Tuduhan PAS terhadap BN yang BN akan merampas kuasa setalah PR mengepalai pentadbiran kerajaan selepas pilihanraya yang akan datang dinafikan sekeras-kerasnya oleh TS Muhyiddin Yassin hari ini. TS Muhyiddin menjawab yang apa yang diperkatakan oleh salah seorang Naib Presiden PAS merupakan spekulasi untuk memburukkan imej BN dan UMNO dengan membina persepsi orang ramai yang BN tidak akan menghormati kehendak rakyat dan tidak demokratik.
Dalam isu ini saya tidak menyalahkan PAS atau pun UMNO. PAS tentunya mengeluarkan kenyataan seperti ini sebagai respon kepada kenyataan Najib Sabtu lepas yang mengatakan jika BN tidak menang parti-parti lain tidak boleh menang. Apabila seorang Presiden Parti yang memerintah berkata begitu tentulah PAS teringat kepada permainan UMNO yang begitu licik pada masa-masa yang lepas dalam mana PAS banyak kali tersungkur kerana politiking yang tidak ‘gentleman’ dari pihak kita.
Sebelum UMNO menghadapi masalah keyakinan rakyat dulu memang telah melakukan banyak perkara yang memberikan kesusahan kepada PAS untuk berjaya dalam pilihanraya. Tetapi apabila UMNO sudah mula difahami oleh rakyat, dan rakyat pula sudah mula berfikir sebelum memberikan sokongan maka barulah PAS dan pembangkang yang lain menjadi parti-parti yang menjadi ‘alternative’ kepada mereka. Malahan ini lah kali pertama PAS mendapat kerusi yang begitu banyak dalam Dewan Parlimen, lebih banyak dari PAS berada didalam BN diantara 1974 hingga 1978 yang lalu.
UMNO pula kini sedang mencuba untuk berubah walaupun segala usahanya diwas-wasi oleh rakyat tentulah marah jika PAS membuat tuduhan yang mereka anggap melulu itu. Mereka (UMNO) telah membuktikan jika kekalahan mereka tidak banyak maka mereka akan melakukan tindakkan yang dianggap coup de tat seperti apa yang berlaku diPerak. Tetapi UMNO tidak mampu melakukannya dinegeri-negeri seperti Kedah dan Kelantan kerana kekalahan UMNO adalah terlalu besar.
Jadi jika rakyat mahukan PAS memerintah maka mereka harus memberikan sokongan kepada parti itu secara besar-besaran. Begitu jugalah jika UMNO mahu setabil dalam kerajaan-kerajaan negeri maka UMNO wajar memdapat sokongan yang besar. Itulah sebabnya mana-mana pihak jika boleh mahukan representasi sekurang-kurannya dua pertiga didalam Dewan-Dewan Legislative dinegeri-negeri.
Banyak pihak telah membuat ramalan yang kita akan menghadapi ‘hung parliament’, tiada parti yang akan mendapat kemenangan mutlak dan ianya akan membawa kita kepada lanskap politik yang baru dan memaksa kita untuk melakukan politik baru dinegara kita. Jika perpaduan rakyat (national unity) masih lagi menjadi agenda kita maka seperti yang saya beulangkali menyatakan kita terpaksa memulakan ‘negara baru dan politik yang baru’ dan ianya bukan kali pertama berlaku dinegara kita ini.
Keadaan selepas pilihanraya 1969 dahulu telah menyaksikan pemimpin-pemimpin kita telah kembali kemeja rundingan dan setiap ketua kaum duduk bersama-sama dan membina politik baru berdasarkan kepada asas Perlembagaan Persekutuan dengan sedikit ‘adjustments’ disana sini.
Untuk melakukan ini ianya mesti dilakukan oleh pemimpin Melayu yang dihormati yang tidak tercemar dengan menerima rasuah secara sistematik atau pemimpin yang dikemudikan oleh ahli keluarga atau kelemahan-kelemahan yag lain. Ia perlu diketuai oleh seorang Melayu kerana negara ini mesti diteraskan kepada bangsa Melayu dalam segala bidang.
Jika kita masih tidak mahu melakukannya sekarang, sebelum kita menghadapi pilihanraya ini, maka kita akan menghadapi kesulitan politik yang tidak dapat dibayangkan pada hari ini. Yang pastinya tidak akan ada parti yang akan mendapat sokongan yang mutlak dan akan membawa negara kepada ‘animosity’ yang sangat merbahaya.
Jangan ditunggu sehingga ‘nasi sudah menjadi bubur’. Lakukan apa yang patut dilakukan sekarang. Jika ini dilakukan barulah boleh kita katakan transformasi politik seperti yang diretorikkan oleh DS Najib sejak akhir-akhir ini.
BN boleh disifatkan sebagai kereta berjenama yang terlalu tua. Kos untuk 'Maintainance'nya terlalu mahal kerana acap kali masuk 'workshop' kerana selalu rosak. Jika dilakukan 'overhaul' terhadap kereta tua ini maka kereta tua yang berjenama ini bolehlah berfungsi agak lama sedikit. Apabila di'overhaul' tentulah banyak 'spare-parts' yang diganti dengan yang baru...bukan gitu?
Buat masa ini elok DS Najib berhenti mengumumkan satu lepas satu perancangan yang setakat ini belum nampak lagi perlaksanaannya secara ‘organic’ oleh rakyat jelata.
Setuju benar dengan Tuan Aspan. Kita mesti mulakan satu negara yang baru. Betul2 maju dan bebas rasuah. Barulah negara kita diiktiraf maju sebenarnya. Bukannya kelompok elit yang rapat dengan umno saja yang dok bolot kekayaan negara dengan lagak mereka yang besar kepala. Iaitu memberi peluang pada semua rakyat malaysia menikmati kekayaan negara secara adil pada semua bangsa dan khususnya untuk orang melayu. Dikala itu baru kita lihat tiada lagi rakyat malaysia masih guna kereta cabok proton saga versi tahun 1985 lagi dan masih dok naik bas lompat era 80an.
ReplyDeleteOrang malaysia waktu yang demikian betul-betul dilihat berpendapatan tinggi dan bukannya seperti yang diwar-war PM najib tu, sembang je kuat tapi habok pun tak ade.
Kalau setakat nak buat transformasi tak payahlah nak berabok-abok nak keluar terma-terma yang mengelirukan rakyat seperti NKRA, KPI dan lain-lain. Itu semua tak lain tak bukan hanyalah nak tipu rakyat.
Bukan susah nak jadi negara maju, yang penting rasuah mesti ketahap sifar. Kalau UMno tak boleh buang perangai yang sedemikian, eloklah suruh PM dan jemaah menteri dan ahli-ahli umno mereka bertaubat beramai-ramai sebelum rakyat negara ni menyumpah dan menghukum mereka. terutama sekali kaki bodek PM Najib tu, PM Apanama.
Ada pendirian yang dinyatakan oleh salah seorang pemimpin kabinet Najib yang sedang berkuasa sekarang ni seperti berikut... "lebih baik BN kalah PRU 13 daripada kabinet Najib turun pangkat" Kalau itu pendirian Kabinet Najib cakap apa pun tidak akan masuk telinga Najib segala rintihan ahli UMNO dan rakyat yang menyokong UMNO. Kalau masuk telinga kiri keluar telinga kanan ada juga tersangkut sikit2 tapi masalahnya tak masuk langsung telinga kiri macam mana nak keluar telinga kanan.
ReplyDeletePepatah cina kata, ikan mula busuk dari kepala. Mahathir dakwa pula kebusukan itu hingga ke usus-usus. kalau begini sekali kebusukan umno skrg apakah ada peluang untuk kita membuat pembedahan? barah ke tahap 4 bermaksud tunggu maut sahaja.
ReplyDeleteSaya baru-baru ini ada dengar majlis anjuran Perkasa Negeri Sembilan di Seremban. Ramai yg hadir yg kebanyakannya rakan-rakan lama dari umno. anak-anak muda juga boleh tahan ramainya. Maka berkobar-kobarlah pimpinan negeri dan pusat mengkritik petualang ketuanan melayu. Mereka sanggah menteri Nazri Aziz tetapi Najib tak pula sdgkan slogan 1 Malaysia itu punca segalanya. Kaum China dan India sekarang kata "sekarang 1 Malaysia semua sama" lalu Brahim Ali jadi leader hulubalang melayu dan ramai ahli-ahli umno ikut serta. Malam itu Isa Samad juga dijemput sbg tetamu khas, beliau tidak berucap ttg ketuanan melayu sebaliknya menyerang Nik Aziz dan Anwar. Adab bahasa beliau amat buruk menghina orang lain, dia kata Nik Aziz sbg gasing melayu tiada taji dan Anwar sbg kaki sondol. Isa mungkin merasakan jika beliau menghina kaum china dan india tentu memberi kesan kepada DUN yg beliau wakili. Rata-rata china dan India kawasannya menyokong beliau. Saya perhatikan jika berita maki hamun Perkasa itu sampai kepada kaum lain tentu BN akan parah. Najib terbukti berada dipersimpangan sekarang. Ahli-ahli umno mula hilang kepercayaan maka akan terbukti kereta buruk yang sdr Aspan kata perlu baikpulih secara total itu belum tentu boleh meluncur laju. Seperti mercedes lama tahun 60an di lebuhraya.. antik tapi memalukan anak-anak muda.
Encik Aspan,
ReplyDeleteLet's look in the future for this instance.
In Islam, we been taught no to engage in fortune reading and not to gamble. However in Malaysia, any Ahmad, Ah Kow and Samy can be good fortune-teller by reading the future for the next 30-70 years unless RAHMAN theory proven to right. And unlike England, fortunately this type of betting is still not allowed in Malaysia.
These fortune tellers and pundits likely to say after Najib and Mahyuddin to be PM is:
Son of T. Hussein, followed by son of T. Mahathir and bit of luck and patient SIL of T. Badawi. Looking further beyond it could be a toss between son of T. Najib and T. Mahyuddin with son of T. Hishammudin not far behind.
Maybe new theory of Son Of Tun might supersede RAHMAN theory after GE 13.
Asalam saudara aspan,,,Saranan tuan sekadar menjadi saranan sampah buat umno dan najib,,,permasaalah umo najib ini ialah keegoan melebihi batas kemanusian,,,mereka tidak akan mendengar pandangan rakyat??? kira anda ingin membuat satu teguran dan krektikan kepada laman wab 1 malaysia,,, anda mungkin tak dapat menebuskan tapisan yg tidak memberi ruang kepada rakyat untuk menyuarakan pendapat,,,melainkan segala nya ampuan dan pujian ??? mana mungkin mereka umno dan najib dapat membawa perkara yg baru melain perkara yg lama, dgn gubahan yg baru...Betul apa yg di bicarakan oleh tuan,,, sepatutnya ahli politik di malaysia ini harus mengubah style politik yg lebih matang dan terbuka??? Mana mungkin berlaku ahli politik akan senantiasa menjadi pemerintah dan akan senantiasa menang dalam piliharan raya ??? Ini bererti najib dan bn harus dan berani menerima keputusan rakyat, bukan menjadikan rakyat sebagai tool sahaja??? Rakyat telah lama dapat menerima kekalahan dan kemenagan,,,rakyat boleh terima semua yb yg telah menang walaupun mungkin tak saliran dgn parti yg di wakil oleh yg tersebut...inilah yg sepatut berlaku,,, mana2 pemimpin harus berjuang untuk semua bangsa tampa ada rasa ragu2...Yg menjadi persoalan yg cukup besar kini,,,permasaalah pemimpin kini yg tak sangup kalah??? Ini yg menjadi keadaan politik kita di malaysia tidak matang dan jujur,,,yg menjadi mangsa ialah rakyat??? Misal dalam sidang parliment yg kita ada,,,terang2 ketelusan tidak berlaku,,,seolah pendekar amin sudah melebihi kuasa raja??? yang rakyat inginbiarlah perbincang satu pokok itu berwibawa ??? bukan menghadkan suara yg mengkretik??? Tidak mungkin umno dan bn akan membawa perubahan yg kita harapkan , melainkan mengecewakan??? persoalan perubahan ini , hanya ada satu kunci ia itu rakyat melalui undi??? Rakyat di bawah sini bukan benci dgn bn tapi mual, dgn sikap pemimpin yg telah memmualkan....tq
ReplyDeleteAspan, percayalah... UMNO dan BN takkan kalah... saya amat pasti... tapi, yg lawaknya apa? yang lawaknya semua akan balik ke BAU (business as usual)... kakaka... Aspan, awwak kena beritahu Melayu Melayu sekalian untuk berfikir dgn otak, bukan dgn hati... satu hari nanti, semua melayu akan hidup miskin kerana negara sudah bankrap... macam mana mana syarikat..kenapa? lihatlah contoh contoh dalam 30 tahun ni... awak rasa negara kita kuat kah? baik dari segi ekonomi mahupun politik, negara kita memang lemah sekali... kerana umno, melayu binasa...tapi tak apalah... boleh curi drpd kaum pendatang kekeke
ReplyDelete