31 December 2010

Selamat Tahun Baru - Kalau nak ubah....ubahlah!!

Kita akan meninggalkan tahun 2010 yang penuh pancaroba ini dan akan menapak ke tahun yang baru sekejap lagi. Malam ini Kuala Lumpur akan merayakan kedatangan tahun baru dan berbagai macam parti dianjurkan di beberapa lokasi di bandaraya untuk menandakan kegembiraan menyambut tahun 2011. Penganjuran parti-parti ini juga diadakan di banyak tempat di seluruh negara dan kita sedang melihat ramai anak-anak muda membanjiri pesta-pesta ini.

Pesta-pesta seperti ini memang lazim dianjurkan di mana-mana kota besar di seluruh dunia dan jutaan wang ringgit peribadi dan kerajaan dibelanjakan untuk menjayakan pesta yang sudah menjadi tradisi bagi setengah masyarakat dunia dan juga di negara ini.

Tidak kurang juga orang-orang seperti saya duduk di rumah dan menonton TV untuk melihat berbagai-bagai rancangan yang menarik yang diterbitkan oleh stesen-stesen TV kerajaan dan swasta negara kita. Seronok juga duduk di rumah dan menonton TV dan tidak payah berbelanja banyak untuk bersama-sama mereka yang berkemampuan tinggi untuk mengeluarkan perbelanjaan besar itu menyambut kedatangan tahun Masihi 2011 yang belum pasti baiknya kepada kehidupan masyarakat kita.

Kalau duduk di rumah pemikiran kita memang tidak boleh melupakan kejadian-kejadian yang mempengaruhi keadaan kita sebagai rakyat negara ini selama setahun yang lepas. Jika diimbau kembali, kita akan teringatkan kepada siasah negara yang telah menempuh berbagai-bagai cubaan dan dugaan yang memerlukan pertimbangan rakyat untuk memastikan kita semua hidup di dalam sebuah negara yang aman damai walaupun tidak mempunyai kekayaan yang melimpah ruah.

Lagi miskin kehidupan kita lagi kita ingin melihat negara aman damai dan ditadbir oleh pemimpin yang bertanggungjawab kepada kita semua dan kita juga mahu melihat pemimpin-pemimpin kita membayangkan kepada rakyat bahawa mereka berkemampuan untuk berkorban jika mereka tidak berkemampuan untuk menjaga hati rakyat dan negara.

Rakyat kita sepanjang tahun 2010 sedang di dalam pencarian dan sedang melakukan ‘soul searching’ yang serius kerana rakyat sedang berhadapan dengan senario politik yang memilukan. Rakyat terutamanya yang sudah berumur sedang merasakan kebimbangan tentang keadaan anak-anak mereka yang tinggal apabila mereka sudah tiada lagi di dunia ini. Walaupun pada hakikatnya Tuhan telah menjanjikan rezeki bagi setiap umat sejak 120 sebelum dilahirkan tetapi kita masih lagi tidak dapat mengelak daripada usaha secara syariatnya untuk memastikan kehidupan anak-anak dan generasi yang akan datang terjamin.

Pertembungan nilai dan budaya yang begitu ketara menambahkan kebimbangan dari hari ke hari dan dan minggu ke minggu. Sebagai ibu-bapa dan datuk nenek kepada cucu-cucu kita yang begitu comel-comel sekarang ini terfikir di benak kita apakah nasib akan menimpa mereka setelah mereka dewasa dan kita sudah tidak ada lagi di dunia ini. Adat berkata yang tua-tua ini akan pergi dahulu dan tinggallah yang muda-muda ini untuk menempuh kehidupan yang masih jauh dan perjalanan masih panjang itu.

Saya memahami keadaan ini kerana bersama dengan mereka yang serius dan yang menhadapi keadaan yang telah saya katakan di dalam banyak tulisan saya. Saya tahu perasaan sebenar mereka yang di bawah-bawah ini kerana rungutan mereka selalunya diluahkan kepada orang-orang seperti saya ini.

Dengan politik yang tidak menentu sekarang ini, kerisauan mereka bertambah serius. UMNO sekarang sudah kehilangan kredibiliti yang teruk. PKR pula sedang menhadapi kekecohan dalaman. Pemimpin UMNO tidak lagi memimpin negara seperti yang sepatutnya. Kali ini kita tahu yang rakyat begitu serius untuk melihat perubahan berlaku kerana kita mahu mencari kepastian yang kita tidak lagi terjebak dengan politik yang begitu ‘deveiving’.

Rakyat sudah jelak dengan pengumuman lepas pengumuman tentang perkara-perka yang kononnya sebagai transformasi ekonomi dan politik dan berbagai-bagai yang sangat payah untuk difahami oleh rakyat. ETP (Economic Transformation Plan) misalnya telah diumumkan dengan begitu hebat tetapi akhirnya telah pun diumumkan oleh PM Najib yang projek permulaan kepada ETP yang digembar-gemburkan ini rupanya dengan melancarkan projek MRT yang berharga RM36 billion tidak termasuk kos pengambilan tanah dan sebagainya.

Apa semuanya ini? Kita mesti ingat rakyat sekarang sudah pergi sekolah sikit-sikit dan sudah boleh baca dan membaca. Nampak sangat yang ETP ini hanyalah untuk kumpulan-kumpulan yang sama dengan kos yang begitu tinggi. Tidak ada siapa yang berfikir dan serius akan percaya yang kos untuk membangunkan MRT boleh sampai ke harga yang begitu tinggi.

Tidak dapat sesiapa yang berfikir mampu untuk tidak mempercayai yang projek seperti ini adalah cara pihak-pihak yang rakus untuk mendapatkan kekayaan yang ratusan kali ganda. Tidak siapa yang tidak percaya yang melalui projek-projek seperti inilah rasuah yang begitu sistematik dilakukan. Kalau itulah contoh ETP yang dilaung-laungkan itu, maka matilah rakyat. Untuk mendapatkan kehidupan yang sempurna maka ianya hanyalah ibarat mimpi di siang hari sahaja.

Rakyat sudah penat dengan perlakuan pemimpin-pemimpin kita yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab ini. Jadi bagaimanakah kita hendak yakin bahawa pemimpin-pemimpin hari ini merupakan pemimpin yang boleh kita letakkan amanah dan keyakinan untuk menjaga generasi kita yang akan datang? Perbidalan Inggeris ada berkata, ‘if you cannot convince them, confuse them’. Agaknya itulah strategi pemimpin kita lakukan untuk mengelirukan rakyat dan mengambil kesempatan untuk menipu dan membelit rakyat sehingga kurus kering.

Sakit hati dan kepala memikirkan bagaimana pemimpin sanggup memberikan kekayaan kepada kumpulan-kumpulan yang sama dari dulu hingga sekarang dan menggunakan rakyat untuk menyokong mereka bagi mereka merompak dan memerah kita terus-terusan? Kebenaran tentang keburukan ini tidak difahami oleh ramai rakyat terutamanya di desa-desa kerana istilah dan ‘jargon-jargon’ besar dipergunakan oleh pemimpin pada hari ini, hanya untuk mendapatkan sokongan rakyat bagi menyambung projek rampokan yang menhimpit rakyat ini.

Parti yang nampak serius dan masih ada disiplin pada hari ini hanyalah PAS bagi orang Melayu dan DAP bagi orang Cina. Itulah sebabnya ramai kaum Cina sanggup memberikan sokongan kepada PAS dan sudah ramai orang Melayu memberikan keyakinan kepada DAP. Bagaimanapun, BN cuba untuk memecahkan sokongan kepada PAS dan DAP tetapi saya menjangkakan bahawa usaha itu tidak akan berjaya setidak-tidaknya buat sementara waktu ini.

Kehilangan sokongan yang banyak terhadap BN bukan kerana kempen pembangkang yang kuat tetapi oleh kerana ‘testimonial’ BN yang tidak baik sejak 2 atau 3 dekad yang lalu. Penyakit berbahaya yang menghinggapi BN sejak sekian lama tidak ada siapa yang berusaha untuk menyembuhkannya, malahan setiap pemimpin pemerintah sudah dihinggapi oleh kuman dan virus penyakit ini secara menyeluruh.

Kita tengok sahajalah dahulu. Kita berharap dengan kedatangan tahun yang baru ini ramai di antara pemimpin pemerintah akan membuat resolusi, ‘tidak mahu rasuah!’ atau ‘kita bersihkan parti kita dari perasuah dan perogol di dalam kabinet dan pimpinan kita’ atau apa-apa pun niat yang baik untuk rakyat dan negara.

ATAU yang lebih baik lagi, ‘aku tidak akan bagi bini aku masuk campur dalam urusan negeri dan negara kita lagi.’, atau ‘bini mesti duduk rumah, tak payah keluar TV selalu, kerana rakyat dah menyampah ni’.

Ini semua cadangan-cadangan untuk resolusi tahun baru, jika berani untuk berubah. Kalau tidak berubah maka rakyat akan mengubahnya. Saya pun sudah hampir nak ‘surrender’ kerana tidak ada faedahnya menegur pemimpin bebal yang kita ada. Kalau rakyat nak ubah, ubahlah. Tidak ada apa lagi yang boleh kita lakukan untuk memperbaiki keadaan.

Pokok dek kau lah jang ooi! Togah dek lonjak posok ketayap kek kopalo. Tak dapek den nak nolong eh doh.

9 comments:

  1. apo nak jadi ngan msia ( sesetengah orang berkepercayaan msia bakal menjadi tompek titik tolak kebangkitan semula islam di dunia ini )

    ReplyDelete
  2. No matter what UMNO will still exist BUT as an opposition party.

    What say you Mr Aspan Alias?

    ReplyDelete
  3. Encik Aspan,

    UMNO sudah memusuhi perjuangan Melayu. Tak usahlah sdr nak cuba mempertahankannya lagi. Buat perit saja.

    Jaga cucu encik Aspan baik-baik, lagi ada faedah.

    ReplyDelete
  4. Apo nok dikato laie, jang oi.
    Ikut jo cakap ketuo.
    Semogo 2011 membawa lebih sinar kebahgiaan kepado kito semou.

    ReplyDelete
  5. How true. There is a saying...."TRANSFORMATION starts at home". It is not that hard isn't it.

    SELAMAT TAHUN BARU

    ReplyDelete
  6. Asalam saudra aspan,,,,Betulah apa kawan tuan tempoh hari bilang,,,tuan seumpama ,,,anjing menyalak bukit..? Akhir nya kita terasa mual dan jemu,,,sebab kita membuat kretikan,,, kurang2 adajua yg di guna pakai,,,,Seperti juga tuan bicara, umno di mata rakyat sudah tidak ada nilai,,melainkan bahawa pemimpin yg kita ada kini,,,lansung tidak memberi satu harapan,,,tapi kehampaan dan kecewaan...?Perubahan akan tetap berlaku,,,,rakyat sudah boleh melakukan nya??? Dengan pendedahan yg cukup luas, apa yg menjadi persoalan kepada kerajaan bn umno??? Tahun BARU 2011,,, TANDA PERUBAHAN akan mendatang,,, kali jom berubah akan mengubah segalanya,,,Kita akan mendapat pm baru, dan kabinet baru,,, tq

    ReplyDelete
  7. Salam Tuan Aspan,

    Peringatan untuk UMNO dan yang berkuasa;

    1. Janji sekolah percuma tapi yuran makin bertambah...apa ne????

    2. Janji minyak naik, barang lain tak naik tapi mamak naik cepat.. cam ne ni...

    3. Janji rakyat di utamakan ... boleh percaya ke????

    Barangkali dacing tu kena tukar senget sikit la... banyak sangat yang tak adil..

    tapi pemimpin langsong tak mesra rakyat.. apa ne, juara rakyat apa ne??

    ReplyDelete
  8. Salam Sdr Aspan,

    Selamat tahun baru.Semoga kedatangan tahun baru ini akan membawa rahmat dan kesejahteraan kepada kita .Itulah doa dan harapan kita.

    Nampaknya saudara semacam putus asa dan lemah semangat apabila mengatakan,"Saya pun sudah hampir nak'surrender' kerana tidak ada faedahnya menegur pemimpin bebal yang kita ada".Saya memahami sentimen dan perasaan saudara itu.Namun, saya mengharapkan keadaan itu akan menjadi cabaran dan rangsangan yg akan membakar semangat sdr untuk terus berjuang dengan lebih gigih dan komited agar pemimpin yg bebal dan degil itu akan berubah atau perubahan akan dilakukan oleh pemimpin lain yg mendapat ilham dan kesedaran, hasil dari usaha gigih sdr itu.Perjuangan yg murni dan luhur untuk membawa perubahan dan kebaikan biasanya memerlukan ketabahan dan kecekalan yg luarbiasa yg juga menuntut pengorbanan.Tetapi pengorbanan itu tidak akan menjadi sia-sia.Jika usaha kita itu berasaskan kepada niat yg ikhlas dan murni saya percaya,walau apa pun, diakhir nanti ianya akan membawa hasil yg baik yg akan menyumbang kepada kejayaan perjuangan itu.

    Askar Tua

    Askar Tua

    ReplyDelete
  9. saya suka saranan terakhir pasal 'wife'..haha..nice one..

    ReplyDelete