Apa yang sedang dan telah berlaku diTunisia merupakan fenomena yang biasa jika kita baca perkembangan sesuatu pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara itu dalam jangka dan tempoh masa yang panjang. Kebaikan sesuatu pemerintahan hari ini akan membawa kebaikan kepada negara, politik, ekonomi dan semua bidang kehidupan manusia dalam sesebuah negara itu dalam jangka waktu yang panjang.
Begitu juga sebaliknya jika pemerintah menggunakan kuasa secara yang bertentangan dengan moral dan kehendak ramai kita akan menghadapi masalah dengan rakyat sesudah satu atau dua dekad selepas itu. Waktu kita menyedari kesalahan itu selalunya sudah terlalu lewat kerana kebencian rakyat yang tidak ditangani dari awal itu telah memuncak dan pemerintah itu sudah hilang keyakinan rakyat yang ditadbirnya.
DiTunisia dalam mana majoriti rakyat nya beragama Islam, mereka telah menahan dan bersabar sebegitu lama dengan sikap dan kelakuan buruk pimpinan Zainal Abidin ben Ali. Akhirnya rakyat bertindak dan berlaku seperti apa yang telah sama-sama kita saksikan dan dengar kerana sudah hilang kesabaran mereka. Revolusi yang berlaku diTunisia itu merupakan revolusi rakyat dan itu merupakan tindakkan yang ‘natural’ dimana-mana negara serta temaddun didalam rentetan sejarah dunia ini.
Pemusatan kuasa kepada sesuatu puak dan kegiatan rasuah yang terlalu bermaharajalela tidak dapat dikawal oleh pemimpin kerajaan kerana mereka lebih menumpukan kepada pembangunan peribadi masing-masing pemimpin. Pemerintah yang begitu ‘oppressive’ tidak ada tanda-tanda untuk surut.
Pembentukan kroni dikalangan yang berkuasa tidak ada hadnya. Untuk mengekalkan kuasa pemimpin-pemimpinnya melantik sesiapa sahaja yang sanggup menyokong tanpa menilai kualiti kepimpinan mereka. Yang penting mereka mesti memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap pemimpin yang sedang berkuasa.
Pemimpin Tunisia tidak terfikir yang suatu hari nanti rakyat akan memberontak terhadap kepimpinan dan akan membawa bencana kepada kepimpinan mereka. Mereka asyik dengan kekayaan dan glamour kerana mereka memikirkan yang tidak ada satu kuasa pun yang akan menurunkan mereka dari kekuasaan. Mereka berkelakuan seperti apa yang kita lihat dalam filem ‘Titanic’ dalam mana nakhoda kapal yang dinakhodakannya itu sangat kuat dan katanya Tuhan pun tidak akan dapat menenggelamkan kapal yang begitu besar dan gagah itu.
Akhirnya kapal itu tenggelam juga dan melemaskan setiap penumpang dan kakitangan kapal tersebut kecuali seorang.Kita boleh mempelajarai dengan apa yang berlaku diTunisia dan apa yang difilemkan didalam cerita ‘Titanic’ itu tadi. Dalam filem Titanic itu digambarkan betapa takburnya nakhoda kapal tersebut sehinggakan beliau masih bersukaria didalam kapal yang besar itu walaupun kapal tersebut sedang beransur-ansur tenggelam. Dalam keadaan kapal Titanic mula tenggelam nakhodanya masih lagi tidak mempedulikan keadaan itu dan terus menerus bersuka ria dengan musik, arak dan sebagainya.
DiTunisia pemimpin utamanya telah mengelolakan negara seperti negara tersebut adalah negeri kepunyaan beliau dengan isterinya. Isterinya telah mengambil segala peluang perniagaan dan telah terbentuk disekeliling isterinya barisan kroni-kroni yang tamak haloba. Sekarang Zainal Abidin Ali telah lari entah kemana dan negara ditinggalkan kepada orang nombor duanya yang juga mempunyai kelemahan yang sama. Sekarang ini beliau juga sedang menghadapi tekanan dari rakyat untuk meletakkan jawatan dan berundur terus dari menjadi pemimpin mereka.
Semalam seramai lebih kurang 30 orang yang dikenal pasti sebagai ahli keluarga dan kroni yang telah mengambil segala kekayaan negara ditangkap dan akan dibawa kepada pengadilan.Rakyat Tunisia kini terumbang ambing dan puncanya ialah negara dikuasai oleh pemimpin yang tidak berkemampuan. Rakyat akhirnya tidak sanggup menahan keadaan itu lagi. Hasilnya saudara/saudari sekelian telah menyaksikannya dengan mata kepala kita sendiri.
Persoalannya sekarang, apakah ada atau tidak sedikit sebanyak relevannya keadaan diTunisia dan cerita yang difilemkan didalan Titanic tadi kepada kita? Kalau masih tidak mencukupi bukti yang pemimpin dan isteri boleh menghancurkan negara kita ambil contoh dinegara jiran kita Filipina semasa pentadbiran Marcos dan isterinya yang berkuasa dan berpengaruh, Imelda Marcos. Marcos akhirnya telah lari ke Hawaii dimana beliau meninggal dunia.
Seperti diTunisia kita tidak sensitive dengan perasaan orang ramai. Rakyat dari dahulu lagi mahukan pemimpin-pemimpin yang membawa beban diketepikan oleh pucuk pimpinan, tetapi pucuk pimpinan semasa itu dan sekarang memilih untuk mengekalkan mereka kerana mahukan sokongan yang tidak berbelah bagi untuk terus berkuasa.
Sepatutnya dahulu lagi diansur-ansur mengenepikan pemimpin yang tidak berguna ini satu demi satu. Sepatutnya kita lakukan ibarat memakan tabu, busuk seruas dibuang seruas tetapi kini keseluruhan batang tebu itu sudah busuk.
Tidak boleh lagi dibuang seruas lepas seruas tetapi melakukan tanaman semula (replanting) secara besar-besaran. Orang seperti saya tidak mahu melihat keadaan seperti yang berlaku diTunisia berlaku disini.
Kita mesti cari seorang pemimpin Melayu yang berkemampuan untuk menyatukan semua pihak yang bertelagah agar kita segera menyelesaikan masalah yang terlalu rumit untuk diuruskan ini. Semua pihak mesti berikhtiar untuk mencari penyelesaian yang tidak mungkin mampu dilakukan oleh seorang pun yang berada didalam kerajaan pada hari ini.
Rakyat berhak untuk menentukan cara penyelesaiannya jika pemimpin-pemimpin pada hari ini masih beretorik dan menyanyikan lagu-lagu yang lama semata-mata. Pada hakikatnya kita sudah nampak yang rakyat tidak lagi mahu menonjolkan mana-mana parti tetapi sedang mencari pemimpin pengalaman yang mampu menjadi penyelamat kepada keadaan yang menggusarkan ini.
Bagi sesiapa yang berterus terang seperti saya, tekanannya bukannya kecil. Ianya amat memedihkan. Ramai yang bertindak memencilkan saya, tetapi tidak mengapa asalkan saya tidak dipencilkan oleh kebenaran.
salam bang, sedihlah pulak perenggan akhir tu.... Dok ehhh... You Jump, I Jump !
ReplyDeleteAspan;
ReplyDeletePernahkah fikir apa opsyen yang terbaik untuk kita??
i) Nik Aziz- Dikatakan alim ulama, tawaduk, zuhud dan tidak korup (tolak kes Arif Fahmi dan kes Lojing). Hendakke kita pemimpin macam ni, pandai berceramah tapi tak ada visi nak membangunkan negeri dan tak reti mentadbir negeri.Rakyat Kelantan banyak berhijrah kenegeri lain untuk mencari sumber rezeki..
ii) Anwar Ibrahim - Pak Sheikh ni dikatakan pandai berpidato, hensem, alim dan pernah jadi imam.
Masalah moral, korupsi, kroni dan manusia dua alam akan sentiasa menghantui beliau. Jika dibaca coretan Ummi Hafilda pasal beliau, saya percaya igauan dan mimpi ngeri beliau akan jadi kenyataan.
iii) Lim Kit Siang - cauvinis Cina yang tak pernah ubah dengan pandangan asal beliau dulu, hak Melayu sama saja dengan hak bangsa lain di Malaysia tanpa sebarang hak istimewa.
iv) Zaid Ibrahim - seorang kaya yang dikatakan naik dengan sendiri tanpa pertolongan kerajaan, betulke Aspan? seorang politikus idealis tapi bagi saya masih mentah dalam sepak terajang politik. Seorang yang cepat give-up, dulu UMNO, lepas tu PKR dan sekarang ni KITA.. Nak tengok berapa lama dia dapat bertahan disana?
Ceritalah Aspan; antara Najib, Nik Aziz , Anwar Ibrahim dan Zaid; yang mana satu pilihan hati dan kenapa?
Saya tak sabar menanti kejatuhan rejim BN ni macam di Tunisia.
ReplyDeleteKita tangkap dan bicarakan semua tauke rasuah dan pengkhianat harta negara ni.
Semoga kita berjaya
Ramlee
saya tetap sokong abang aspan, kebatilan akan hilang.. pahit itu ubat dan abang bukan keseorangan. pemimpin terbaik ialah dia mengenal Allah dan menunaikan amanah yang dipikul. Komen Anonymous yg pertikai Nik Aziz, Kit Siang di atas adalah budak jalanan yg mencari jalan pulang. nampak mcm pandai tapi bangang. kesian kalau ahli-ahli atau penyokong umno melilau mencari jalan pulang tapi tak pulang sanggup menerima tunjuk ajar orang lain.. yang dia ingat bapak dia umno tu saja yang pandai.
ReplyDeleteAA....setiap kali pandangan anda diutara...setiap kali diiringi kebenaran,syabas...jgn putus asa dalam perjuangan mengkritik regim yang bongkak dan kejam ini.terlalu banyak dosa2 pemimpin BN telah lakukan terhadap rakyat tanpa sedikit pun rasa bersalah.seolah2 tiada sesiapa yang boleh menghukum mereka, termasuk tuhan.soalnya.....adakah pilihan lain untuk rakyat.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteTeori RAHMAN merupakan satu sumpahan. Najib bakal menjadi PM UMNO yg terkhir.
Calon pilihan terbaik untuk kesejahteraan rakyat adalah Nizar Jamaluddin dengan dibantu oleh Nik Aziz.
Anwar? sebagai penggerak, yes! PM? No! 2 x 5 UMNO jugak!
(Walaupun aku ahli PKR)
Salam Tn Aspan/semua,
ReplyDeleteOoi anonymous 22.29 bodohnya kau. Cerita terpinggir kau ni tak layak dicatitkan dalam Blog ni. Kau tak tengok ke Kelantan sekarang dengan Kelantan BN. Nate... suko sangat tuduh2. nate sungguh! Kepalo korokmu.
Kes lojing tu dari zaman Meno lagi, jangan pandai2 tuduh.
Mu tak baca ke... laporan sohih Global Financial Integrity, RM888 billion lesap dalam pelarian modal Malaysia. Kerja siapa kalau puak Meno dan gerombolan. Bayangkan wang tu hilang dalam masa 8 tahun. Nisbahnya, kalau setiap rakyat Malaysia diberi percuma sebanyak RM36,000 setahun, maka selama 10 tahun, barulah duit ni habis. Rakyat semua dah kaya.
Ingat sikit anak cucu kau hai 22.29 kepalo korok, hoi...! Sedarlah.
Tuan Aspan,
ReplyDelete"DONT WORRY, BE HAPPY" You are not alone man....! Tak caya panggillah orang dalam Blog tuan ke majlis tuan. Insya'allah pasti terlalu ramai orang ikhlas yang menyukai kebenaran tuan daripada orang yang buta mata/hati(tapi mata duitan) yang menyisihkan Tuan. Tak caya... boleh try.
Bagi saya, Pas adalah calon paling sesuai.. dengan DAP & PKR dibawahnya.
ReplyDeleteNik Aziz adalah spiritual leader, saya tak fikir dia akan jadi PM. Tapi tulah calon PM dari PAS tak berapa nampak.. kalau nak ada kena tonjolkan diri cepat cepat. Dulu Husam Musa macam ada peluang tapi ni dah macam senyap. Sebenarnya PAS adalah paling layak tapi takde top leader.
Anwar Ibrahim ni susah, banyak sangat benda tak enak didengar. Rasanya Karpal Singh ni the prime reason dia bela (di Mahkamah) Anwar sebab kalau Anwar jadi PM, dia stands to benefit the most. Mungkin boleh digunakan untuk squeeze or blackmail Anwar sebaik mungkin.. yelah sebagai peguambela, banyak rahsia dia dah tahu.
Tn,
ReplyDeleteSAYA SUKA MEMELITI KEBANYAKAN POSTING TN. ADA PERKARA UTK DIRENUNGKAN, SYABAS TN.
1ASALKAN TN BERDIRI ATAS KEBENARAN MAKA TN TAK PERLU RISAU. YG BATIL TAK KE MANA. HIDUP INI SINGKAT SHJ TN.
2MANUSIA MEMANG MUDAH LUPA, DARI MANA DIA DATANG DAN KE MANA PULA DIA AKAN PERGI. KAYA MCM BILL GATES PUN TAK AKAN KEKAL JUGA. PEMIMPIN KITA(BUKAN SEMUA) MEMANG MUDAH/SUDAH LUPA SIAPA YG MELETAKKAN DIA DI ATAS KERUSI EMPUK, KERETA MERCZ, ISTANA KAYANGAN DENGAN HARTA BERJUTA. MEREKA INGAT MAK BAPAK DIALAH YG MEMBERIKAN ITU SEMUA. MEREKA SILAP KERANA MEREKA MUDAH LUPA.
3SAYA LIHAT KEBANYAKAN PEMIMPIN KITA OPPORTUNIS- KAUT SEGALA PELUANG SEMASA ADA KUASA. BILA DAH JADI ZAINEL ABEDEN NANTI TAK MERASALAH. INI CARA PEMIKIRAN DUNIA KETIGA TN. KITA DAH JADI NEGARA MAJU TETAPI SEBAHAGIAN PEMIMPIN KITA MASIH BERFIKIRAN DUNIA KETIGA. APA TIDAKNYA TN, DI KELANTAN, PARTI KEBANGGAAN KITA TELAH MENAKLUKI JABATAN PELAJARAN NEGERI(JPN)SEJAK BEBERAPA TAHUN YG LALU. MEREKA KACAU HABIS PENTADBIRAN JPN, SEHINGGA KINI TUNGGANG TERBALIK JADINYA. YG BODOH /PEMALAS MENJADI RAJA DAN YG BEKERJA DAN BERKEBOLEHAN TERPERAPLAH KAU JIKA TIDAK ADA HUBUNGAN DENGAN ORANG POLITIK KEBANGGAAN KITA. NAK NAIK PANGKAT TAK LAKU DENGAN SOKONGAN KETUA JABATAN. NAK NAIK PANGKAT MESTI ISI BORANG TAPISAN, YG PERLU/WAJIB DISAHKAN OLEH ORG POLITIK, BIASANYA KETUA BAHAGIAN. SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM DAH HAMPIR PENCEN, TETAPI SAYA TAK PASTI SAMA ADA, ADA ATAU TIADA PERATURAN JPA YG SEPERTI ITU. BARANGKALI ADA.
4DENGAN KUASA JUGA PARTI KEBANGGAAN KITA TELAH MENGAGIH-AGIHKAN KONTRAK KERAJAAN KPD MEREKA YG BUKAN AHLINYA. NILAI PROJEKNYA BERJUTA, BILANGAN PROJEKNYA BERIBU-RIBU. KEBANYAKAN AKAN BERAKHIR DENGAN PROJEK TERBENGKALAI. WANG KENA PUMP MASUK LAGI UNTUK MENERUSKAN PROJEK. BAYANGKANLAH BERAPA BANYAK WANG RAKYAT HANGUS TERBAKAR DENGAN CARA ITU. SEDIH, SDIH.
5RASUAH BERLAKU DI SETIAP PERINGKAT- PEMIMPINNYA, KAKAITANGAN AWAMNYA, AHLI KEPARATNYA, BAHKAN HAKIM-HAKIMNYA.
6BETAPA KACAUNYA NEGARA KITA TN ASPAN.
masmerah
Salam Tuan Aspan,
ReplyDeletemembaca para terakhir, memang menyedihkan.. Tapi tak mengapa tuan, manusia seperti itu, lama kelamaan akan tetap meninggalkan kita, di saat kita susah!. Harap jangan bersedih kerana masih ramai yang menyanjung tuan melalui tulisan tuan yg membuka minda seperti ini. BERKATALAH YG BENAR WALAU MENYAKITKAN!... DEMI AGAMA DAN BANGSA!
Berbalik kepada isu yg tuan utarakan, ITULAH REALITI DAN HAKIKAT SEBENAR yg terpaksa diakui. Lihat Kg Berembang contohnya, siapa yg membela? Cukong2 tidak mudah untuk "merampas" tanah orang Melayu kecuali dengan menggunakan tunggangan politiknya (faham2 sendirilah ya). Begitu juga dengan BAHASA IBUNDA yg terpinggir. Target penguasaan ekonomi yg tak pernah tercapai. KURANG 10% SETELAH lebih 50 tahun DIBERI PELUANG! (kalau BERASASKAN KPI, dah lama mereka ini di tunjuk pintu keluar. Sungguh MENGECEWAKAN!.
PEMIMPIN DATANG DAN PERGI, BIARLAH MEREKA INI DIHUKUM dan tak mustahil pemimpin sebenar yg akan datang tetapi tiada peluang, akan lebih mengerti kekecewaan bangsa ini!
- Pemerhati Bebas
Salam tuan aspan, saya nak komen sikit boleh x Tuan remove blog2 yg link to this blog, kebanyakannya berunsurkan fitnah esp house of pk . Rasanya mcm langit dan bumi jika di bandingkan dgn blog tuan. Hanya memberi pendapat yg ikhlas.
ReplyDeleteSalam..tuan,
ReplyDeletepenggerak kepada revolusi di tunisia dicetuskan oleh seorang pemuda..sejarah ini akan dikenang sampai bila-bila..
cuma di tanah air kita masih ramai lagi muda-mudi yg hanyut di dalam hiburan yg melekakan..
Hanya dengan kesepaduan pendidikan yang dapat mengubah anak-anak muda kepada kebenaran dan kesedaran..
Bangkitlah anak muda Malaysia..
-panji alam-
Salam Saudara Aspan
ReplyDelete@Anon 22:29; mengikut pada benchmark yang jadi pencapaian (yang sarat dengan korupsi, pegkhianatan amanah dan salah guna kuasa) oleh PM Najib dan pemimpin UMNO amnya, jelas boleh/senang dapat dicapai oleh kesemua calon yang disenaraikan itu termasuk calon yang bernama LKS.
Apakah teruknya nasib Melayu sekiranya LKS diberi mengusahakan menyama-ratakan hak-hak orang Cina dengan orang Melayu, dan seterusnya KPI dia berjaya menjadikan orang Melayu orang Cina sama berkemampuan dan sama kaya-raya?
Belum cuba belum tahu... yang kita boleh nampak setakat ini pemimpin UMNO sudah tidak/hilang laku baik dengan janji juga prestasinya.
BERITA TERKINI,
ReplyDelete1) SEMUA 20 WAKIL BN SELANGOR TELAH TEPUK AIR KE DULANG TIDAK MENYOKONG KUASA SULTAN DIKEMBALIKAN.
SAH. SAH. SAH. PENIPU..... PUNYA KERAJAAN BN! BN LAH PENGKHIANAT.
2)SEMUA 34 WAKIL PAKATAN RAKYAT SEBULAT SUARA MENYOKONG KUASA SULTAN DIKEMBALIKAN.
MALUNYA BN NI, TEMBOK BESAR CINA PUN TAHU MALU.
Patut ke... 20 Wakil Rakyat BN ini duduk di Selangor? Patut ke.... BN dan apek2 lempang MENO memperjuangkan Raja2? Sekarang tembelang siapa yang dah pecah? Wahai Rakyat Selangor, Bersatulah menumbangkan Kerajaan Zalim yang suka menipu kamu. Angkatlah Kerajaan adil yang telah kita nikmati Air Percuma dan pelbagai kemudahan. Insya'allah beban hidup kita selaku Rakyat dapat dikurangi.
ReplyDeleteTn. Hj. Aspan,
ReplyDeleteTempoh hari, PEAM kata BN (tidur sama mimpi pun sama. PR tidur sama mimpi lain-lain. Tetiba ari nie TPM kata Dr. Chua jangan main isu salam bersarung. Eh3..dia tak tau ka Dr. Chua masa memangkah pun tak pakai sarung'..Rakyat..He3..
-sender Rakyat Penang lo.
Tn. Hj. Aspan,
ReplyDeletePatut la 20 ADUN BN tak sokong pindaan tu, pasai mereka hanya 'WAKIL POS' bukan wakil rakyat pun..Rakyat..He3..
-sender Rakyat Penang lo.
Tn. Hj. Aspan,
ReplyDelete21 budak ADUN, main sidang-sidang. 1 kena pecat sebab tak hadir sidang, tinggal lagi 20. 20 budak ADUN main sidang-sidang, tak nak sokong usul tunggu la rakyat tendang masa PRU nanti..Rakyat..He3..
-sender Rakyat Penang lo
kpd sender rakyat penang lo
ReplyDelete20 budak ADUN main sidang-sidang, 1 masuk makhamah mungkin kena tendang