Semalam dua peristiwa berlaku yang menarik perhatian saya. Pertamanya lahirnya sebuah parti baru, KITA (Keadilan Insan Tanah Air) dan pengumuman calon BN bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri, Tenang, Johor. Antara dua peristiwa ini saya lebih berminat untuk menulis tentang majlis pelancaran parti KITA dan meneliti buah fikiran yang terkandung dalam ucapan Datuk Zaid Ibrahim pada majlis itu.
Saya telah mendapat undangan untuk menghadiri upacara pelancarannya di Sime Darby Convention Center, dan saya telah menghadiri majlis itu bersama beberapa orang rakan saya yang lain. Majlis itu dihadiri oleh lebih kurang 500 orang jemputan dan telah dijalankan dengan penuh ‘professional’ dan sangat menarik perhatian yang hadir.
Ramai wakil parti-parti lain yang kelihatan bersama dalam majlis pelancaran itu; antaranya Presiden PPP, Kayveas, PKR, SNAP, SAPP serta beberapa yang lain datang mendengar ucapan Datuk Zaid Ibrahim dengan penuh teliti. Zaid telah menyampaikan ucapan yang sangat menarik dan bagi saya Zaid telah memberi olahan tentang perlembagaan secara luhur dan betul mengikut pandangan saya.
Apa pun pihak lain katakan tentang Zaid, beliau tetap merupakan seorang pemimpin yang berani menyatakan perkara yang benar berkaitan dengan inti parti perlembagaan negara serta cara parti-parti yang berpolitiking yang telah merosakkan budaya siasah rakyat kita semua. Zaid telah mencadangkan cara penyelesaian kepada masalah yang penting ini.
Oleh kerana saya terlalu sibuk dengan tugasan peribadi dan keluarga saya tidak dapat mencuri masa untuk menulis tentang parti KITA dalam sehari dua ini. Saya akan menulis tentang pemikiran serta pandangan Zaid dalam kelangsungan politik negara kita mengikut persepsi beliau mungkin esok atau lusa apabila tugasan ‘domestic’ saya selesai. Saya berminat dengan pemikiran Zaid itu.
Zaid telah melahirkan kembali aspirasi politik yang beretika seperti yang pernah dirasai oleh kita sebelum tahun 80-an dahulu yang pernah menjamin kelangsungan politik yang sangat berwibawa serta berjaya menyatukan rakyat yang hidup di negara ini.
Saya akan kembali untuk menulis kerana apa yang dikatakan oleh Zaid itu semuanya adalah kata-kata yang ditunggu oleh ramai. Zaid ada pemikiran yang telah saya tulis dalam blog ini, tetapi mungkin saya gagal untuk menyampaikannya kepada orang ramai dengan baik dan difahami dengan mudah.
Saya jumpa saudara/saudari dalam sehari dua ini.
Eloklah tu Aspan.. bila nak hantar borang masuk jadi ahli AKIM.. eh KITA..kok bersinar bintang KITA seperti gemilang dan cemerlang pelancarannya ... macam dah biasa dengar tagline 'cemerlang, gemilang ni tapi dah lupa kat mana pulak...
ReplyDeleteWe recognize and know the species of Zaid Ibrahim and who his supporters. So I respectfully ask you not to put yourself on par with Zaid sycophant.
ReplyDeleteThe real issue is to Change the government. Zaid the pretender can have the glittery opening as long as he still has the money.
ReplyDeleteNever in my life again that I will trust this Zaid and he can go and fly kite and he is "cakap tak serupa bikin".
AnakHulu Selangor.
eluklah saudara masuk parti kita. Ada parti betul senang orang buat perkiraan
ReplyDeleteTn. Hj. Aspan,
ReplyDeletePEAM bru umum nak uat kereta kabel ganti 'MATA TANGGA'.He3..dlm. senibina selalu kita orang panggil 'anak tangga' je. Sah punahsihat dia macam saya juge 'B.M 7 (zaman kite le no)..Rakyat..Hu3..
-sender Rakyat Penang lo.
Asalam saudara aspan,,,, Zaid bukan lah pemimpin yg calang2 pemimpin. dia mempunyai pemikiran yg cukup berpandangan luas ? Mungkin dgn parti kita, mungkin zaid boleh melaksanakan idea2 yg bernas untuk di jadikan tauladan oleh kita semua.... Masih ramai yg masih yakin bahawa zaid bisa memberi impak baru kepada politik taNAH air ???? Sudah tentu ramai yg tidak bersetuju bahawa kewujudan KITA akan menjadi penghalang kepada maklamat pr menumbang bn umno..., Disinilah nanti kita akan melihat apa kah ahli politik kita di pr dapat memberi kerja sama dgn KITA atau parti yg lain dgn bermaklamat dan tujuan yg sama, ia itu jom ubah politik negara....Munsuh yg sama, hanya landasan yg berbeda ??? Seandai parti2 yg bertujuan yg sama ini, tidak sekata dalam menentukan kawasan, maka, rakyat sekali lagi akan kecundang dan kecewa ??? Inin bererti pemimpin yg kita harap seperti anwar, loim kit siang nik aziz dan lain2 lagi,,, masih berpolotik dgn kepatian yg sempit, tampa pemikiran yg lebih luas dan matang??? Apakah ikatan di antara parti yg sealiaran tujuan perjuangan, dan bermaklamat sama bisa bersatu bukan kereta parti,,,tapi kerena kemahuan ,dan kehendak rakyat??? Inilah persoalan yg harus di ambil berat oleh pihak yg terbabit????tq
ReplyDelete