21 January 2011

Sebenarnya siapa yang derhaka?

UMNO Selangor akhirnya bersetuju untuk hadzir didalam persidangan khas Dewan Undangan Negeri Selangor pada 24 Januari yang akan datang. Persidangan itu dipanggil untuk meminda perlembagaan Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa melantik 3 pegawai Tertinngi kerajaan negeri yang menjadi ahli Ex-Officio didalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) kepada Tuanku Sultan Selangor dengan nasihat Menteri Besar.

Jawatan yang dimaksudkan ialah Setuiausaha Kerajaan, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang negeri. Pindaan kepada bab52 perlembagaan Selangor jika diluluskan akan mengembalikan kuasa Tuanku Sultan Selangor seperti sebelum pindaan perlembagaan 1993 semasa krisis perlembagaan yang dicetuskan oleh UMNO dahulu.

Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Noh Omar telah menyatakan yang semua ADUN BN telah diarah untuk menghadziri Persidangan khas itu tetapi tidak bermakna pindaan akan diluluskan. Noh berkata perkenan Tuanku Sultan untuk Dewan Undangan bersidang tidak semestinya Tuanku mahu undang-undang itu dipinda.

Noh seterusnya menuduh yang TS Khalid Ibrahim durhaka kepada Sultan kerana Khalid mahu kuasa perlantikan pegawai itu dibahagi-bahagikan dengan Tuanku Sultan. Dengan kenyataan Noh itu menunjukkan yang UMNO sedang mencari helah untuk menutup malu kerana sebenarnya UMNO tidak mahu pindaan itu diluluskan untuk memberikan kuasa itu kembali kepada Tuanku Sultan.

Apa pun alasan yang diberikan oleh UMNO, kita mesti ingat satu perkara; mahu kah atau tidak UMNO mengembalikan kuasa yang pernah dipegang oleh Tuanku Sultan dikembalikan kepada Tuanku. Jika mahu, UMNO tidak payah bercakap banyak, hanya sokong sahaja pindaan itu untuk membuktikan yang UMNO benar-benar jujur untuk melihat Tuanku mendapatkan kembali kuasa yang pernah dipegang oleh Tuanku Sultan.

Jika UMNO tidak mahu menyokong pindaan itu maka ianya membuktikan yang UMNOlah yang berdegil untuk tidak mahu memberikan Tuanku Sultan untuk berkuasa melantik 3 pegawai tertinggi kerajaan negeri itu. Itu sahaja dan tidak payah berdolak dalik dan memutar belitkan isu yang sudah jelas boleh dibaca oleh orang yang pandai membaca dan sedikit menulis.

Cuba elakkan menuduh kerajaan Selangor dengan bermacam-macam tuduhan liar kerana rakyat nampak sebab yang menyebabkan UMNO begitu kecewa dengan persidangan khas itu.

Silat yang ditunjukkan UMNO itu tidak lebih dari hanya silat pulut sahaja. Itulah sebabnya kita tidak boleh menyombong apabila kita berada diatas. Hidup ini ibarat roda: duduk diatas dan dibawah ini merupakan pusingan yang natural yang berlaku dalam kehidupan kita ini.

Kalau benar UMNO yang berucap kehulu kehilir kononnya untuk menaikkan kedaulatan Raja-Raja Melayu itu, didalam persidangan khas itulah tempat untuk membuktikan yang UMNO itu mendaulatkan Raja-Raja Melayu dan mendaulatkan Melayu keseluruhannya.

Pemimpin-pemimpin UMNO seperti Noh Omar terpaksa berbohong kehulu dan kehilir, kebukit dan kelurah untuk menutupi sikap UMNO sebenarnya tidak merasa molek jika kuasa itu dipulangkan kepada Kebawah Duli Tuanku.

Didalam isu ini kita bukan untuk menunjukkan siapa yang cekap dan siapa pula yang lembab. Isu ini bersabit dengan masa depan Melayu dan bangsa-bangsa lain untuk hidup bersama-sama dalam kehidupan yang muhibbah dan harmonis diantara satu dengan yang lain.

Kepada Satim Diman yang mengetuai parti pembangkang didalam DUN Selangor perlu memberikan arahan supaya jangan derhaka kepada Raja. ADUN-ADUN BN wajar bersama-sama memberikan penghormatan kepada Tuanku Sultan seperti yang anjurkan oleh kerajaan PR Selangor.

Berbuat baik dan hilangkanlah prasangka untuk bersama-sama mendaulatkan Tuanku Selangor seperti yang dikehendakki oleh rakyat melalui kerajaan pilhan mereka iaitu kerajaan PR. Noh mesti ingat lagi banyak bercakap lagi mudah pihak lain melihat kelemahan beliau. Jangan ditolak usul itu, kerana jika ditolak sekali gus terbukti bahawa UMNOlah yang tidak mahu perlembagaan ini dipinda.

Jadi bagaimana pula Khalid yang dituduh menderhaka kepada Tuanku Selangor? Mana lojiknya pihak yang mengusulkan kuasa itu diberikan kembali kepada Raja itu pula yang derhaka sedangkan mereka (UMNO) yang membebel kerana kecewa dengan pindaan ini mengakui mereka taat dan setia kepada Raja seperti yang dikehendakki oleh semangat Rukun Negara itu?

Kita tunggu 24 hb untuk membuktikan siapa yang derhaka dan siapa pula yang tidak derhaka. Kepada UMNO saya mengucapkan selamat bersidang dan tunjukkan bukti yang UMNO itu menghormati institusi Raja. Pada hari itu nanti ADUN-ADUN dari BN elok bangun pagi-pagi untuk bersiap menyokong pindaan itu. Masuklah kedalam DUN dengan senyuman manis dan berjanji untuk tidak berbohong lagi. Jangan bersilat-silat lagi. Ini bukan masanya untuk menunjukkan kemahiran bersilat. Kalau kita pandai bersilat, ada orang lain yang lebih pantas dan mahir dengan silatnya.

Lidah jangan bercabang-cabang. Berfikir dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan tentang isu ini. Kalau tidak kena cara bercakap rakyat akan naik jemu dan mual terhadap kita semua.

13 comments:

  1. Jika tak silap perjalanan dewan boleh dilihat secara live melalui TV Selangor. Jadi semua YB YB harus mengawal rasa dan jiwa agar tidak ditempelak oleh rakyat jelata.

    ReplyDelete
  2. Itulah dulu kurangkan Kuasa sultan sekarang kena kembalikan semula... kejahatan UMNO dulu kenalah UMNO sekarang pikul....Kalau UMNO sekarang buat Jahat lagi UMNO akan datang pula yang kena tanggung. Aku nasihat YB2 UMNO jangan buat jahat . jangan buat tak senonoh di hadapan rakyat dan Raja2 Melayu dan jangan DURHAKA dan juga kalau boleh bertaubatlah banyak2 macam mana kita suruh Anwar bertaubat.

    ReplyDelete
  3. satu cadangan yg bernas dr tuan aspan,

    saya lihat isu ini bkan lg dikira sbg isu utk dipolitikkan dan di canang kehulu kehilir utk mengatakan siapa yg durhaka dan siapa yg taat...

    scr peribadi saya lihat ini adalah tpt dimana menunjukkan siapa yg benar2 ikhlas dlm memperjuangkan agenda yg mereka sampaikan....

    untuk BN, inilah masanya utk tunjukkan keikhlasan mrk dlm memperjuangkan hak2 MELAYU,

    dan bg PR, dlm isu ini mrk xrugi apa2 pon krn apa yg dilihat rakyat PR yg ingin mengembalikan hak2 Sultan di tpt yg sepatutnya

    sekian,
    -ORG BARU BELAJAR_

    ReplyDelete
  4. apa kata Perkasa? usaha mengembalikan hak sultan ini tidak termasuk dalam agenda ketuanan melayu mereka? saya fikir si Noh Omar yang gebu dan lidah pendek itu tercunggap-cunggap mencari bunga silat. Dia kata ini semua permainan politik, seolah-olah dia buta ttg perlantikan SUK itu pun permainan politik umno jugak. dia fikir semua orang bodoh!!!

    ReplyDelete
  5. Salam Pak Aspan,
    Malam tadi Yasinan di Felda Jelai. Ada beberapa generasi pertama (peneroka) dah tak nak bersalaman dgn saya. Lepas yasin berborak-borak pasal Tenang yang tak tenang. Rupanya ramai peneroka yg berminat dengan parti selain UMNO ni. Layan borak je la.
    Yelah, peneroka ni akan emas Menteri Perdana. Saya ni bukan Menteri, jadi ramai yang tak suka. Bila cerita pasal kebenaran, kita dianggap pembangkang. Itulah gaya pemikiran UMNO.

    ReplyDelete
  6. Noh Omar lulusan Undang2 tapi saja2 je dia buat2 bodoh untuk mengikut arus UMNO tapi saya tengok terkial2 untuk membuat kenyataan membela UMNO tapi temberangnya dan belitnya rakyat selangor yang tak belajar undang2 pun faham. Buatlah trik yang rakyat tak Faham jangan buat trik bodoh.

    ReplyDelete
  7. Noh Omar mengamarkan sifat pemimpin2 Umno. Cakap macam orang bodoh. Lulusan undang2? Tak semestinya tahu undang2 jikalau tidak pernah beramal dng ilmu. Macam Nazri juga. Jadi peguan, bolih sign Perjanjian2 shj. Manalah tahu undang2. Cakap diParliament mengenai undang2, semuanya macam 'loyar' yg tak reti undang2.

    ReplyDelete
  8. Allah yang menetukan segala gala nya.
    Buat baik lah kepada rakyat dan buat jahat jangan sekali.
    Harapkan pemimpin UMNO tak lupa dengan perkara sebegini.
    Dulu ingatkan pemimpin UMNO ni pandai belaka rupa nya pandai menghancurkan bangsa!
    Alahai... Noh dan Toyo. Kesian Tok Najib! sebab KSN dia yang kena tetapi padan pun muka dia kerana asyik nak main selamat je.

    ReplyDelete
  9. Saya rasa isu ini tidak difahami dengan tepat oleh pihak anda. Tulisan anda juga dipenuhi oleh fahaman assobiah(menyokong kaum/pihak anda walaupun bereda di landasan salah). Apa yang dilakukan oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim bukannya mengembalikan kuasa kepada Sultan, tetapi kepada dirinya sendiri tetapi menggunakan Sulyan untuk menarik sokongan rakyat. PEMBOHONGAN BESAR.

    ReplyDelete
  10. SEMUA BOLEH,

    You are the one who doesn't understand the spirit of Federalism and I think you should stay away from the discussion.

    We don't have time to do the civic course for you. In the mean while please read the federalism concept and just digest it, not for anybody but for your own goodself.

    Thanx

    ReplyDelete
  11. Salam Tuan Aspan,
    Rasanya remark "Semua Boleh" ni tak pakai otak, tak pakai hati dan mungkin hati dan otak yang dah karat. Stupid, stupid, stupid.....! Kalau nak buat apapun fikirlah masa depan anak cucu kau yang akan datang. Dapat duit yang ciput je dah mabuk cakap yang luar topik. Orang macam nilah yang bertambah memalangkan lagi nasib bangsanya. Bodoh punya saki baki UMNO ni. Entah penjilat jenis apapun aku tak tahu. Dungu sangat. Jangan masuk lagilah blog ini, buat malu je pada Bangsa Melayu dan Tuan Aspan selaku pemilik Blog ni.

    "Teropong Mat Sentul"

    ReplyDelete
  12. Tn. Hj. Aspan,
    Noh Omar seorang peguam?. Sifu saya kata praktis peguam terbahagi kepada 3 :1.'Business lawyer, those think 'masuk' dulu. 2.'Good lawyer' those with intigrity. 3.'Lalang lawyer' those not in no. 1 or 2, lu pikirlah sendiri..Rakyat..He..
    -sender Rakyat Penang lo.

    ReplyDelete
  13. Sdra Aspan,

    Seba boleh dan geng-geng tidak dapat memahami apa itu konsep federalisma, konsep pengasingan kuasa dan perlembagaan kita, walaupun mereka cuba. I doubt he understands what des " asobiyah" means.

    2. mereka ini hanya memahami dan tidak keterlaluan jika dikatakan mereka hanya faham satu perkara sahaja iaitu " KETUANAN UMNO(BARU)". Everything else is blur to them. So Much for people proclaiming to be the defender of the malays!...my foot!

    wak jerman

    ReplyDelete