Zairil Khir Johari, 28 tahun telah rasmi menjadi ahli DAP setelah memberikan pertimbangan yang serius sejak beberapa ketika. Anak kepada seorang ahli kepada Jemaah Kabinet yang pertama, Allahyarham Tan Sri Khir Johari ini mengambil keputusan kerana ramai rakan-rakan dan ahli-ahli veteran UMNO sendiri memberikan galakan untuk berbuat demikian.
Sebagai seorang anak kepada veteran UMNO dan pula seorang Menteri Kabinet Tunku Abd Rahman keputusannya itu telah mengundang banyak pertanyaan dan persoalan. Zairil dengan jelas memberikan sebab yang membuatkan beliau mengambil keputusan ini.
Pertamanya parti yang ayahnya sertai dahulu sudah tiada lagi sekarang. Yang ada sekarang hanyalah sebuah parti yang baru ditubuhkan pada 1988 dahulu yang menggunakan nama ‘UMNO’ yang telah mati itu. Beliau menambah yang umur beliau lebih tua dari usia parti itu. Parti yang bapanya sertai dahulu ditubuhkan pada tahun 1946.
Mempertahankan kritikan yang dilebelkan terhadap beliau sebagai penderhaka dan anti Melayu beliau menjawab bahawa jika bapanya masih hidup dan berusia seperti beliau sekarang sudah pasti bapanya tidak akan menyertai parti yang mengelirukan dan yang menggunakan nama ‘UMNO’ yang asal dahulu. UMNO sekarang, kata beliau hanyalah ada kepada namanya sahaja. Katanya lagi, roh dan semangatnya sudah tidak ada walaupun parti itu menggunakan nama keramat itu.
Tetapi yang patut diketahui umum, tindakan Zairil ini merupakan ‘tip of the iceberg’ tentang apa yang berlaku dibawah ini. Anak-anak muda termasuk anak-anak super veteran UMNO (UMNO asal) seperti Zairil ini memupunyai pendirian seperti ini. Jika itu adalah kebenarannya, tentu ianya bersebab. Tidak payahlah kita menyalahkan pihak-pihak yang lain untuk memberikan jawapannya.
Tentu ada sebab-sebab yang kuat kenapa mereka bertindak untuk membelakangkan kita dan mengenepikan parti gantian kepada UMNO asal itu (UMNO Baru). Kenapa kita tidak bertanya kepada diri kita sendiri kenapa mereka tidak berminat kepada kita lagi. Kalau seorang perempuan yang kita suka tidak berminat kepada kita, kenapa pula salahkan orang yang mendapat perhatian perempuan itu. Jika anak-anak muda tidak berminat kepada kita takkanlah kita nak salahkan parti pembangkang pula.
Itulah sebenarnya kesilapan kita. Tetapi kita tidak mahu menerima dan melihat yang kita mempunyai masalah yang besar hinggakan anak-anak muda tidak lagi berminat untuk menyertai dan menyokong UMNO. Apabila kita ditolak kita mulalah mengadakan demonstrasi jalanan seperti apa yang sering berlaku diSelangor.
Zairil Khir Johari adalah diantara ramai anak-anak muda yang meminati parti DAP, sebuah parti berbilang kaum yang kini masih dikuasai oleh kaum Cina. DAP telah berjaya mennunjukkan yang parti itu mampu mentadbir sesebuah kerajaan jika terpilih. Hanya kita yang merasakan kesempitan nafas apabila melihat rakyat memberikan sokongan kepada kerajaan DAP diPulau Pinang.
Maka tugas pemimpin UMNO terutamanya pemimpin pemuda mereka sendang membelek-belek dan tercari-cari jika terjumpa kesalahan sedikit sebanyak dalam pentadbiran P Pinang untuk dijadikan isu politik. Tetapi rakyat tidak terpengaruh juga dengan tindakan pemuda UMNO P Pinang untuk menjadi ‘spin doctor’ bertujuan untuk memburukkan imej kerajaan P Pinang yang ada sekarang ini. Tetapi kerajaan pimpinan Guan Eng ini tidak juga mampu diburukkan oleh pemimpin pemuda UMNO P Pinang.
Permainan biasa media perdana untuk memomokkan DAP sudah tumpul dan tidak berbisa lagi. Permainan politik oleh RTM dan TV3 dan media perdana yang lain dianggap oleh masyarakat seperti angin lalu sahaja atau apa yang kita katakan ‘masuk telinga kiri keluar telinga kanan’.
Tidak keterlaluan jika saya sebutkan yang apa pun yang kita katakan sudah tidak diyakini rakyat lagi. Jika kita berkata benar sekali pun rakyat sudah menutup telinga dan memalingkan pandangan mereka daripada kita. Sebahagian besar rakyat sudah menganggap kita sudah tidak perlu diberikan perhatian lagi.
Dalam pada itu DAP pula tidak terganggu dengan segala tuduhan yang kita lemparkan. Momokan pihak media perdana tidak mengganggu mereka untuk memperkuatkan partinya disetiap peringkat dan kawasan. Nampaknya DAP serius untuk memaparkan parti itu sebagai parti berbilang kaum dan dalam perbualan saya dengan beberapa pemimpin kanan DAP nampaknya parti itu akan menurunkan calun-calun berbagai kaum termasuk dari kaum Melayu didalam pilihanraya yang akan datang.
Zairil mungkin akan menjadi salah seorang anak muda Melayu yang akan dipilih untuk mewakili DAP didalam pilihanraya yang akan datang ini. Pihak kita akan memankan isu panas untuk menakutkan orang Melyu untuk menyokong PAS dan juga akan menggunakan isu agama yang sempit untuk menakutkan orang Cina untuk menyokong PAS.
Politik memecah-mecah ini dengan sendirinya memakan diri sendiri kerana sekarang ini rakyat tidak lagi boleh disuruh arah seperti menyuruh arah kerbau untuk membajak sawah dari pagi hingga kepetang.
Zaman untuk mendapat atau mengekalkan kuasa dengan menggunakan isu perkauman dan agama sudah sampai kepenghujungnya. Rakyat memahami hakikat yang semua rakyat berhak untuk menganut apa-apa agama dan mengakui Islam adalah agama rasmi bagi negara.Tuhan pun memfirmankan kepada kita yang manusia dijadikanNya dengan berpuak-puak dan berlainan diantara satu dengan lain bagi kita memahami dan menghormati diantara satu dengan lain.
UMNO dan pimpinan kita jangan menjadi Melayu apabila bercakap dengan orang Melayu dan menjadi Cina apabila berhadapan dangan orang Cina atau menjadi yang lain apabila bercakap dengan orang lain. Pucuk pimpinan UMNO patut berhenti menjadi cicak kubin, bertukar warna mengikut warna tempat dia hinggap. Politik secara ini membosankan semua orang yang melihat dan mendengarnya. Pemimpin seperti ini selalunya dianggap oleh ramai sebagai pemimpin yang tidak ada ‘batu pelir’.
Untuk mendapatkan sokongan pucuk pemimpin kita terpaksa berwajah yang berbagai-bagai. Ini memalukan kita yang menjadi pengikut ini. Sampai bila kita hendak bermuka-muka seperti ini?
Sikap bermuka-muka hanya dilakukan oleh seseorang yang tidak berkepimpinan dan tidak mungkin boleh membuat keputusan dengan baik. Pemimpin kita mesti belajar dari sikap bermuka-muka individu-individu yang mengelilingi pemimpin-pemimpin ini.
Soalan yang lebih sesuai ditanya kepada anak Khir Johari ialah kenapa tidak masuk PAS atau PKR dan memilih DAP.
ReplyDeleteElok Zairil masuk DAP kerana boleh menambah bilangan orang Melayu dalam parti itu.
ReplyDeleteBagi saya kalau tidak mahu masuk UMNO, elok masuk DAP.
sudah tentu ada istimewanya DAP
ReplyDeletepada pandangan anak muda seperti zairil
nota
nanti ada la yg cakap
anak umno masuk parti komunis
ngeh3
Aspan, you have huge sense of politics in you bro. if DAP put up many Malay candidates it simply means there will be big Malay representatives in Parliament.
ReplyDeleteYou see bro, the Indians is small in number but they are well represented through MIC, PPP, DAP and PKR.
If I am not mistaken there are more than 20 of them in Parliament and this never happen before.
So let many more Malays in DAP. It is also good for the party to how its multiracial party.
I shall support DAP if there are more Malay paricipation in the party.
Man (Batu Pahat)
Asalkan anak-anak Melayu masuk parti yang berdasarkan rakyat sama ada DAP atau PAS atau PKR saya tidak kisah. Asalkan bukan masuk UMNO, MIC, MCA, PBB, SNAP dan sekutunya.
ReplyDeleteKalau ramai masuk Pakatan Rakyat cerah harapan Malaysia menjadi negara yang bebas dan merdeka dari rasuah dan salah guna kuasa.
Kuasa di tangan rakyat.
Mehdi
Syukurlah Zairil tak masuk UMNO! Tunku Abd Rahman, Tun Hussein Onn pun tak masuk UMNO Baru ini.
ReplyDeleteSaya takut betul klau Zairil anak pemimpin Asli UMNO ini masuk UMNO Baru.
Alhamdulillah!!
Din abidin
Di zaman TDM ramai orang Melayu menyertai DAP. Strategi ketika itu adalah agenda sulit pimpinan tertinggi UMNO utk meramaikan org Melayu dalam DAP bagi tujuan mengawal DAP pada masa-masa tertentu. Dilaporkan ia adalah rencana pengambilalihan DAP secara terancang dan untuk jangkamasa panjang, pada suatu ketika yg telah ditetapkan.
ReplyDeleteSama ada Zairil ini termasuk dalam rencana itu, wallahualam.
Tn. Hj. Aspan,
ReplyDeleteKita hendaklah buat BARISAN, naik ROCKET dan akhirnya kita akan sampai ke BULAN..Rakyat..He3..
-sender Rakyat Penang lo.
Salam Tn Aspan/Semua,
ReplyDeleteUMNO asal yang Mahathir dah meninggalkan, menjadi musang berbulu ayam. Betul tak...!
OK, Kalau UMNO Baru adalah musang berbulu ayam, ini bermakna yang duduk dalam kapal UMNO Baru ini adalah "MUSANG BANYAK BULU". Kah..kah...uh...kah..kah...!
SAYEMBARA KUASA :-
Pergi ke kedai membeli baju,
Baju dibeli bewarna ungu,
Kalau nak cari Pemimpin Lembu,
Carilah saudara dalam UMNO Baru,
Pemimpin Lembu pergi ke Tenang,
Kesian Normala asyik ditelanjang,
Sampai laki dia MENO nak terajang,
Buatlah apa saja asalkan menang,
Si Meno lupa ada satu lagi kuasa,
Kekuasannya tidak dapat dilangkaui,
Kalau Meno tak tahu agama,
Jom tunjukkan demo kuasa ILAHI,
Kuasa ILAHI kuasa dominan,
Pada yang bersalah ILAHI kata "NO",
Kalau Pakatan Rakyat nak berkekalan,
Bila dah berkuasa tenggalamkan APCO.
"Teropong Ajaib"
Tn Aspan, saya dan kebanyakan kawan (professional dan berumur 25-30an) juga berkongsi rasa yg sama. the real umno is Dead! yang baru ni tak cool kata org muda hehe..
ReplyDeleteUMNO bermuka2 hingga sanggup menikam orang melayu dari belakang. Tak Percaya? baca ni:
"Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Najib Abdul Razak telah mengumumkan dasar yang terbuka untuk pelaburan asing pada Jun 2009, termasuk melonggarkan kawalan, dan memberi laluan kepada syarikat tersenarai agar tidak perlu mematuhi kuota 30% saham bumiputera"
sumber: MERDEKA REVIEW.
www.merdekareview.com/bm/news.php?n=10953
Kesian kt Orang Melayu. Depan Melayu cakap lain, belakang cakap lain. Kesian Bangsa Melayu dibodohkan dan tak dipercayai oleh pemimpin sendiri demi kepentingan politik.
kalau ada org muda dalam umno, cuma fikir nk kaya = lobi projek. Bukan nak fikirkan pasal bangsa pun. Tak caya pgi je survey..
Tahniah En.Aspan.komen2 Tuan memang amat adil dan bermutu.kalaulah semua pemimpin umno spt Tuan negara ini takkan jadi sampai begini.teruskan usaha murni Tuan.
ReplyDeleteNinda saya adalah seorang perintis di dalam UMNO dan pernah menjadi exco kerajaan negeri. Anak-anaknya semua merupakan penjawat kerajaan samada sebagai pentadbir, guru atau anggota keselamatan negara. Namun tiada seorang pun yang aktif di dalam politik.
ReplyDeleteHakikatnya tiada seorang pun antara 38 orang cucu beliau menjadi ahli UMNO. Ada seorang dua hanya atas kertas itu pun lewat tahun 70an lalu. Kini yang aktif berpolitik memegang jawatan parti di dalam PAS atau PKR. Kami tidak terkejut jika ada yang akan menjejak langkah Zairil ke DAP.
Ayahanda-ayahanda kami yang masak dengan permainan serta campur tangan orang politik atasan mereka sentiasa mengingatkan kami bahawa UMNO hari ini bukan UMNO yang ninda kami perjuangkan.
- Kaukus Semangat Melayu -
Kepada Anon yang bertanya kenapa tidak PAS atau PKR?
ReplyDeleteKe mana lagi bagi kami Melayu yang tidak percayakan UMNO-BN, Anwar dan berpegang kepada agama itu bukan politik.
Hanya mereka pemikiran yang telah dibasuh oleh BTN tidak mampu menerima hakikat ini.
Percayalah ramai Zairil diluar sana.
A'kum Tuan Haji Aspan...
ReplyDeleteSaya amat tertarik pada tulisan tuan mengenai kisah Kairil Khir Johari. Sepertimana tlh saaya katakan, saya dulu adalah penyokong tegar UMNO, malah sebagai generasi ke2 Felda & anak Johor, memang begitu lah sifatnya.
Saya tidak terperanjat jika Khairil mengambil tindakan tersebut, kerana saya yg telah berusia 60 tahun pun boleh berubah! Saya tlah katakan yg Mahathir tlh mengajar saya serik utk menyokong UMNO lagi kerana UMNO yg ada hari ini bukanlah lagi UMNO yg tlah berjasa memerdekakan Per. Tanah Melayu, UMNO yg tlh dipermasyurkan di istana Johor dulu, tapi ianya aadalah ciptaan Mahathir yg gila kuasa! Tengok saja semasa Pak Lah menjadi PM, tak habis habis dia menyalak di tepi pagar hinggakan orang tua tu letak jawatan, bukan nak membela!...
Mahathir akan berusaha sedaaya upaya mengawal UMNO sekarang kerana ini adalah parti ciptaannya & kepunyaannya! Contohnya, tengok saja pada Mukhriz (PM dalam penyediaan), tanpa sebarang jawatan dlm parti pun boleh jadi timbalan menteri kementerian yg kanan!
Justeru itu, jgn ditanya lah jika saya tinggalkan UMNO dan berdiri bebas sebagai pengundi PR. Apa yg ada dlm UMNO hari ini adalah penipu, pembodek, penamak dsb sebagai ahlinya... Saya tidak boleh menjadi manusia hipokrit kerana saya mempunyai prinsip!
Rakyat di dahulukan utk ditindas, pencapaian kroni diutamakan!!!
Ini adalah hakikat serta kenyataan.
Semuga Allah merahmati kehidupan tuan kerana sememangnya tuan bercakap benar seperti apa yang tersirat di hati kami tetapi tidak dapat diluah....bravo tuan!
ReplyDeleteSaya mcm nak setuju dgn komen rakan di atas iaitu Mahathir sdg monitor umno (baru)dan kerana itu jawatan Najib dan kabinet skrg dikatakan masih di bawah penyeliaannya. Beliau tak setuju dgn Khairy dan mengkritik Pak Lah. Najib terhutang budi dgn Mahathir apatah lagi rahsia Najib tentu ada dalam fail Mahathir. Mahathir sebelum ini menolak cadangan untuk dijadiakan Menteri Kanan mcm Lee Kuan Yew tapi umum mengetahui peranan beliau. DAP pula cuba menarik sokongan melayu dan tidak mustahil Perak akan bermenteri besar dari DAP.
ReplyDeleteEncik Aspan,
ReplyDeleteThis era of globalization, information is powerful and moves faster than bullets.
People revolt against the government in Tunisia has now spread to Eqypt. Containment of their people frustration no longer can be control purely by Government propaganda when government of the day failed to meet people aspiration even when the government subversively or corruptibly force the people to submit to their ideology.
We hope this country don't go to that path as road to recovery can be painful and it may push the country development years behind its neighbor. However this country need few good Statemen that genuinely care for this country above self/family/friends and shape new political landscape which ultimately propel this country out of old style of politicking which is outdated.
Encik Aspan. We need more voices like you to remind all political parties that their political futures are determined by the people and the people are their master. Not by bigot and narrow political views that been propagate by the politicians themselves.
kabarnya zairil ni anak tiri kepada khir johari, nama betul adalah zairil khir johari bin abdullah,.. dan kabarnya lagi beliau berdarah cina..
ReplyDeleteJebat Jr: kalau dia anak tiri kepada Khir Johari namanya mestilah ber "bin" kan Khir Johari. Kalau dia ber "bin" kan Abdullah, dia adalah anak kandung/anak tiri Abdullah. Ada ke kat Malaysia Mixed Wedding dibenarkan setakat ni?
ReplyDelete