03 January 2011

Tahniah Rakyat Selangor!!!

Secara peribadi saya ingin mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor yang telah mengambil keputusan untuk memanggil sidang Dewan Undangan Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa melantik 3 Ex-offico dalam barisan Exco Kerajaan Negeri kepada Kebawah Duli Tuanku Sultan Selangor dengan nasihat Menteri Besar. Ketiga-tiga jawatan yang dimaksudkan itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri.

Dalam peruntukkan sekarang Kebawah Duli Tuanku telah dilucutkan kuasa melantik ini semasa krisis perlembagaan 1993 yang dicetuskan oleh UMNO pimpinan Dr Mahathir. Saya telah menulis isu ini acapkali didalam blog ini beberapa ketika dahulu untuk membayangkan kekesalan diri saya sendiri diatas tindakkan pemimpin UMNO semasa itu yang beriya-iya benar untuk menghakis kuasa Raja-Raja Melayu termasuklah kuasa Raja-Raja Melayu untuk melantik 3 jawatan Ex-Officio dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri-Negeri diseluruh Negara.

Tuanku Sultan telah bertitah yang Baginda tidak ada kuasa untuk menerima dan menolak nama sesiapa yang dicadangkan oleh PSC kepada Baginda kerana kuasa itu telah ditarik balek hasil dari krisis perlembagaan pada tahun 1993 dahulu. Semasa itu UMNO bertindak tanpa sebarang ‘mercy’ kepada Raja-Raja Melayu dan kata-kata pemimpin kita semasa itu sangat mengguris hati orang Melayu seperti saya yang tahu tidak ada Melayunya seseorang itu tanpa Raja yang berdaulat.

Saya sedang tercari-cari potongan-potongan akhbar yang boleh membuktikan perlakuan pemimpin-pemimpin kita semasa itu tetapi sampai sekarang saya belum terjumpa lagi. Saya pernah berucap dimerata-rata diseluruh negara membidas tindakkan UMNO ‘menderhaka’ kepada Raja-Raja Melayu tetapi seperti biasa saya menjadi mangsa kutukkan pihak pimpinan UMNO kerana kononnya saya dan ramai yang lain telah menderhaka kepada UMNO.

Sekarang UMNO baru merasakan betapa lemahnya mereka dan dimana-mana pimpinan mereka sedang berlindung dicelah ketiak Raja-Raja Melayu. Sekarang Najib baru merasakan betapa pentingnya Raja-Raja Melayu dan pernah berkata didalam perhimpunan agung UMNO yang lalu yang Raja-Raja masih ada kuasa untuk melantik pimpinan Kerajaan jika ada pihak yang akan cuba untuk mengambil alihnya. Tetapi beliau selaku Ketua Pemuda semasa itu bersama-sama berlegar keseluruh negara untuk mendapat sokongan untuk melakukan kepada pindaan perlembagaan itu.

Sekarang UMNO pula yang menuduh pihak pembangkang yang menderhaka sedangkan kuasa Raja telah menjadi tirus seperti tali gasing yang dilakukan oleh pindaan perlembagaan dicetusan oleh UMNO semasa itu. Kepada semua yang membidas saya tidak berapa lama dahulu elok berfikir; siapa yang durhaka kepada Raja-Raja Melayu….UMNO kah atau pembangkang?

Saya bergembira kerana Negeri Selangor akan memanggil sidang tergempar Dewan Undangan Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa Kebawah Duli Tuanku dengan nasihat Menteri Besar seperti sebelum pindaan yang dilakukan oleh UMNO pada tahun 1993 dahulu.

Rupa-rupanya Pakatan Rakyat (PR) yang membuktikan mereka adalah pihak yang mengembalikan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Jika UMNO jujur dengan apa yang mereka katakan sekarang Negeri-Negeri yang ditadbirnya mengembalikan peruntukan itu kepada peruntukkan asal semasa perjanjian persekutuan ditanda tangani dahulu. Ikutlah contoh Kerajaan Negeri Selangor jika benar UMNO mendaulatkan Raja-Raja Melayu. Jangan bercakap manis dimulut sahaja ibarat menanam tebu dihujung bibir.

Setelah dululuskan oleh DUN Selangor pindaan ini nanti maka Negeri Selangor akan menjadi Negeri yang pertama yang telah sedar dan bertindak membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh UMNO pada tahun 1993 dahulu. Didalam sidang khas itu wakil-wakil UMNO wajar memberikan sokongan kepada usul pindaan itu jika UMNO benar-benar telah berubah dan mendaulatkan Raja-Raja Melayu seperti sebelum pindaan pada tahun 1993 itu.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada rakyat Negeri Selangor diatas kejayaan saudara-saudari sekelian.

16 comments:

  1. Tn. Hj. Aspan,
    Minta TS Khalid cepat2 minta kunci Dewan Undangan Selangor, bukan apa nanti Selangor ikut Perak dimana SUK (Persekutuan) arah kunci pintu Dewan plak. Di Perak dah jadi..Selangor bila plak..Rakyat..He3..

    ReplyDelete
  2. Bro Aspan,

    Another beautiful piece and continue on educating us. Your great idea and courage make us feel exuberant.

    I shall keep on reading your write up...it is so pleasing!

    ReplyDelete
  3. Sekiranya MB membawa usul untuk meminda Art.52 Undang2 tubuh Negeri Selangor, yg memperuntukkan SUK, PUN dan SFO dilantik olih Sultan atas nasihat MB, wakil rakyat Umno perlu menyokong. Kalau tidak, ia dikira menderhaka kepada Sultan( pinjam kata2 yg sering digunakan olih Utusan/Umno).

    Kalau Khalid tidak dapat sokongan 2/3 majority ADUN nanti, bolih lah rakyat S'gor menolong dengan memilih lebeh ramai lagi calon PR utk menang pilihanraya.

    ReplyDelete
  4. Salam Tuan Aspan,

    Merujuk komen saya semalam, minyak masak payah dapat di pasaran dan harga naik.

    Hari ne menteri kata gini;

    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberikan jaminan bahawa harga minyak masak tidak akan dinaikkan buat masa ini.

    Timbalan Menterinya, Datuk Tan Lian Hoe, berkata jaminan itu dibuat kerana bekalan minyak masak mencukupi dan tindakan diambil termasuk menyelaras dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk mempercepatkan bekalan kepada semua kedai.

    Beliau berkata, kekurangan minyak masak disebabkan pembelian panik berikutan khabar angin bahawa harga barang keperluan ini akan dinaikkan.

    Cuba Tuan tengok; masih nak salahkan rakyat (belian panik).
    Dia tak tau ke harga memang dah naik semalam.

    pelik la ...

    ReplyDelete
  5. Tn. Hj. Aspan,
    Saya percaya dgn Timb. Menteri gula kata jangan panik pasal gula cuma bagi saya dia risau rakyat makin banyak tak yakin dgn. Kementrian nya saja..Rakyat..He3..Helo TM jangan panik nanti bodek terlebih plak
    -sender Rakyat Penang lo.

    ReplyDelete
  6. Tuan Aspan...Jangan tak tahu KSU Tan Sri Sidek tu orang Pekan Pahang sebab tu PM simpan dia dan suruh huruharakan Selangor.

    Gusti

    ReplyDelete
  7. Bro Aspan,

    1. Sdra Anon 3 January 2011 21:56:00 GMT+08:00 telah mendahului saya mengulas isu pindaan Art 52 Undang-undang Tubuh Negeri Selangor. Saya bersetuju dengan beliau.

    2. Tindakan TS Khalid untuk mengadakan sidang khas DUN untuk meminda Art 52 ini adalah satu tindakan yang brilliant dan turning the table on UMNO(Baru) - walaupun kita tahu PR tidak memiliki majoriti 2/3.

    3. Sekiranya sidang ini berlaku, kedudukan menyerang UMNO(Baru) sebelum ini akan bertukar menjadi bertahan pula. Bayangkan pressure yang dihadapi oleh UMNO(Baru) sekarang dan dilema yang teramat samada hendak menyokong atau menentang.

    Keadaan ini lebih parah dari kedudukan TS Khalid sebelum mengadap DYMM Sultan Selangor hari ini.

    4. Silap-silap langkah ini akan merupakan pukulan KO aka tmbukan terus pengsan bukan sahaja kepada Selangor tetapi di negeri-negeri lain juga dalam PRU 13 nanti.

    5. Kerajaan Negeri Selangor khususnya TS Khalid perlu meneruskan rancangannya untuk membuat pindaan tersebut. Jangan jadikan isu ini hanya sebagai bargaining chip untuk mendapat konsesi-konsesi dalam isu SS dll sahaja.

    5.Jika pindaan ini diteruskan dan lulus, ia akan merubah perkiraan politik rakyat khsusnya orang melayu apabila tiba PRU 13 nanti. Silap-silap haribulan, jika strategi PR tepat, ia boleh menyebabkan UMNO(Baru) mengalami kekalahan yang tidak pernah diduga.

    Yang jelas dari isu ini, UMNO(Baru) semakin haru biru dalam strategi politiknya.

    bat8

    ReplyDelete
  8. Tn. Hj. Aspan,
    Bila sidang dijalankan, Ketua Pembangkang cuti sakit (hati). Wakil BN lain ada yang minta mc, yang kata tak dapat jemputan (posmen cuti).Yang hadir berkecuali pasal tak faham' Rakyat..He..
    -sender Penang mali lo..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum tuan.. Sejuta tahniah buat Tuan.. Tuan adalah salah satu dari mereka yang memperjuangkan keadilan.. memperjuangkan keluhan hati rakyat. Bukan seperti mereka-mereka tak kira dari parti mana jua yang hanya ingin memperjuangkan tekak sendiri dan kroni.

    Semoga tuan akan sentiasa diberikan kekuatan dan istiqamah dalam memperjuangkan hak rakyat.

    Allahuakbar...!!!

    ReplyDelete
  10. perjuangan bangsa, agama, tanah air dan raja-raja melayu adalah tak lebih hanya slogan UMNO saja.

    ReplyDelete
  11. Alamak Bro, Have we forgotten about the key democratic principal of separation of powers between the monarchy, executive and civil service(administrators).

    So when things are not going their way, Pakatan conveniently used this issue to force a 2/3rd majority vote and challenging the BN Aduns to support them. Unbelievable under the belt tactic.

    If Pakatan had any intention to restore the powers of the DYMM Sultan, then, they should have moved for the necessary change in the Perlembagaan in April 2008, TWO years ago when the Pakatan State Government just convened.

    Attempting unwarranted pressure now on BN Aduns as being traitorous if they do not help to give 2/3rd majority that Pakatan want to change the relevant clauses in the Selangor constitution smacks of hypocrisy at the highest level and is deeply offending to many observers in this political fracas.

    The DYMM Sultan of Selangor showed his great wisdom when meeting MB Khalid yesterday. In one deft stroke he had remained above politics as a Monarch should be.

    ReplyDelete
  12. Eddy,

    It's interesting development isn't it?

    Now BN Law-makers in the State Assembly have to support the move and anything less will be deemed as going against the HH.

    Let us see the ultimate outcome Eddy.

    ReplyDelete
  13. Surely this will get more interesting Bro, but for a non legal person like myself, its a great lesson in our Country/State Constitutions and how a small change in the Perlembagaan could reverberate and haunt back the initiator and the innocent bystanders decades later.

    This is a truly blessed country. Tq.

    ReplyDelete
  14. This issue would not degenerate into the present crisis if the KSN Sidik has been professional and had adhered to the civil service policy of being apolitical and impartial.

    Just ask this question. Why in God's name would he appoint a controvesial Jusa C officer, who could hardly speak English to a Jusa Grade A post when there are many better qualified and experienced Jusa B officers who are waiting for their promotion to Jusa A. Isn't that political, in the first place. This appointment of Kusrin is not an ordinary civil service appointment but was political in nature engineered by Umno with ulterior motive of destabilising the Selangor Government. I would consider it treachery of the highest order.

    Sidik has no class and no finesse as the country's top civil servant in dealing with the non-Umno Chief Execitives of States. Legally and constitutionally bf he could announce Kusrin's name, he has to consult the MB, the State's Chief Executive Officer. Previously, he cancelled an appointment with the Penang CM who wanted to discuss the antic of a 'similar Kusrin' federal officer withoug giving any reason. This bastard is just biadap.

    I think all the country's PTD officers of Jusa C and B grade must be cursing him for his political stance and for always bending to Umno's beck and call. They must be telling this Sidik fella, instead of underqualified Kusrin, why not appoint me.

    ReplyDelete
  15. Seperti yg pernah saya tuliskan di blog ini, krisis ini ada hikmahnya..insyallah..
    Walaupun ada yg menulis PR "tidak ikhlas" kerana tidak cuba mengembalikan kuasa Raja pada tahun 1998, tetapi, setiap perubahan itu pasti ada penyebabnya..Perubahan pemikiran org Melayu khasnya terhadap politik bermula apabila berlaku kes liwat1 DSAI..Org Melayu lebih sedar dan terbuka minda terhadap perjuangan parti2 lain selain UMNO..Untuk kes ini, penyebabnya adalah krn lantikan si Khusrin.
    Syabas krjn Selangor, kami sebagai rakyat akan terus menyokong.. Semoga berhasil tindakan yg diambil MB..

    ReplyDelete
  16. UMNO-BN kini seperti cacing kepanasan.
    Diluah mati emak, ditelan mati bapak.
    Kan susah tu.

    ReplyDelete