17 February 2011

Kebaikan dan kelembutan rakyat - dianggap sebagai kelemahan.

Najib nampaknya bersungguh untuk mendapatkan sokongan setiap kaum di negara ini untuk memberikan dukongan kepada pentadbirannya. Kesungguhannya nampak jelas dengan tidak putus-putus membuat pengumuman selepas satu pengumuman dan semuanya adalah untuk menambat hati rakyat untuk berdiri di belakangnya didalam pilihanraya umum yang bakal tiba.

Najib sedang melakukan ‘taici’ dengan semua pihak kerana beliau belum lagi berjaya untuk mencari ‘reconciliation point’ untuk menagih sokongan semua pihak. Tindakan beliau bercakap berlainan dengan berlainan bangsa yang dihadapinya itu menunjukkan beliau belum lagi mempunyai keupayaan untuk menarik sokongan semua pihak terhadapnya.

Apabila orang Melayu memberikan sokongan, sokongan itu datangnya dari lakunan beliau sebagai pejuang Melayu tetapi dalam masa yang sama MCA dan bangsa yang menganggotai parti itu akan membidas UMNO kerana mereka menganggap UMNO itu sebagai parti ‘racist’. Apabila beliau berhadapan dengan bangsa Cina beliau mengatakan yang orang Cina mempunyai hak samarata dengan konsep 1Malaysianya dan ketika ini orang Melayu pula akan ‘meroyan’ dan mengkritik beliau terutamanya dari PERKASA pimpinan seorang Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas.

Pendeknya Najib tidak mampu untuk mencari resepi yang mantap untuk mendapatkan sokongan menyeluruh dari kaum Melayu dan Cina. Sampai bila Najib bertahan untuk melakunkan watak yang bermuka-muka ini sama-samalah kita lihat dan perhatikan.

Setelah bertindak membelakangkan semangat DEB dengan melupuskan syarat peruntukan untuk Bumiputra dalam pelancaran NEM tahun lepas tidak beberapa hari yang lalu diumumkan pula TERAJU untuk memantau penyertaan Bumiptra dan ianya adalah berlawanan dengan NEM ciptaannya itu. Bagi perlaksana dasar pegawai-pegawai kerajaan begitu keliru untuk melaksanakan yang mana satu hendak diikuti.

Kita tidak boleh mempunyai muka yang terlalu banyak wajah yang berbeza bergantung kepada tempat dan siapa yang dihadapinya. Tidak ada rekod yang membuktikan sifat bermuka-muka ini mampu untuk bertahan secara ‘sustainable’ dalam jangka masa yang panjang. Kawan-kawan kita dari bangsa Tionghwa pandai untuk menilai permainan ini. Itulah sebabnya mereka teah menunjukkan sikap yang terbuka bahawa mereka tidak boleh lagi bertahan untuk mengekalkan sokongan kepada BN.

Itu jugalah sebab utama kenapa DAP mendapat tempat di hati keseluruhan masyarakat Cina dan juga secara beransur-ansur mendapat sokongan dari kaum Melayu pada masa ini. Cadangan DAP utuk menurunkan bebrapa calun Melayu kali ini akan melengkapkan usaha DAP untuk melambangkan parti itu sebagai parti berbilang kaum.

Justru itu sebahagian orang Melayu akan pasti memberikan sokongan kepada parti yang tetap terlalu teruk dimomokkan oleh media massa negara ini sejak 40 tahun dahulu. Apabila DAP sudah mendapat tempat dihati rakyat maka ianya bukan lagi satu usaha yang mudah bagi BN khusunya MCA untuk menyaingi sokongan rakat terhadap DAP. Rakan-rakan Melayu dan India Muslim di P Pinang khususnya telah nampak bukti bagaimana urusan kerajaan P Pinang lebih baik dari kerajaan BN dahulu.

Majlis-Majlis Perbandaran di Pulau Pinang buat kali pertama telah berjaya mendapat pendapat ‘surplus’ yang agak besar dan ini tidak pernah berlaku semasa parti GERAKKAN memerintah P Pinang selama 40 tahun dahulu. Bukti ini dilihat dengan mata-kepala rakyat dan ianya membuktikan kerugian yang dialami oleh kerajaan tempatan di Pulau Pinang selama ini adalah kerana ketirisan dan rasuah yang tidak dapat dikawal.

Berita ini tentulah tidak disenangi oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan BN di Pulau Pinang kerana mereka lebih suka untuk melihat kerugian di Majlis-Majlis Tempatan untuk dijadikan isu politik tempatan. Itulah sebabnya ramai rakan-rakan di Pulau Pinang memberitahu bahawa cita-cita BN khusunya UMNO dan MCA untuk mengambil alih kuasa kerajaan di Pulau Pinang bolehlah dianggap seperti mimpi di siang hari sahaja.

Jika calun-calun MCA dikalahkan didalam pilihanraya yang akan datang oleh DAP maka DAP akan mendapat nikmat sokongan orang-orang Cina dan Melayu dan parti itu merupakan parti yang tunggal untuk mewakili suara kaum Cina di negara ini. Ini sangat berbeza dari dahulu dalam mana kaum Cina yang diwakili didalam kerajaan Persekutuan dan Negeri diwakili oleh dua parti kaum Cina iaitu MCA dan GERAKKAN.

Blog ini telah menyebut puluhan kali untuk kita semua memulakan politik baru yang boleh mentautkan perbezaan diantara kaum di negara ini. Ianya mestilah dilakukan oleh seorang yang berpengalaman yang dihormati oleh semua kaum dan mempunyai sifat ‘magnanimity’ yang tinggi. Kita terpaksa mencari seorang Melayu yang boleh bercakap secara benar dan jujur dan boleh ikuti oleh semua kaum.

Pemimpin serupa ini sudah tiada di dalam barisan kepimpinan kita maka itulah sebabnya pucuk pimpinan kita adalah seperti cicak kubin yang berubah warna mengikut tempat dia hinggap dan melekap.

Kita sekarang menyaksikan tindakkan kita cuba untuk menunjukkan segala kelemahan yang dilakukan oleh kerajaan-kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat (PR) sebagai kaedah untuk mendapatkan keyakinan orang ramai. Tidak apalah kaedah itu kerana itu merupakan cara politk yang lazim bagi poitik dunia ketiga ini. Tetapi kita mesti juga menunjukkan kebaikkan dan kejujuran kita didalam mentadbir kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri-negeri yang masih ditadbir oleh BN.

Mengambil alih kerajaan negeri Perak secara ‘illegitimate’ dua tahun lalu hanya membebankan UMNO kerana rakyat Perak sedang menunggu masa untuk mengembalikan kerajaan negeri itu kepada PR. Memecah belahkan wakil-wakil PR di Dewan Lagislatif tidak menghambat sokongan rakyat kepada PR yang pernah disokongnya dahulu.

Tindakkan merampas kuasa yang dilakukan di Perak telah menyentuh perasaan rakyat kerana rakyat bukannya memilih BN dalam pilihanraya itu, tetapi dengan kuasa yang ada di Persekutuan itu telah digunakan untuk melakukan perkara yang tidak disenangi oleh rakyat Perak.

Jika kita halusi keadaan yang ada sekarang kita melihat dengan terang dan jelas, banyak pihak yang telah menubuhkan badan-badan siasah untuk menumbangkan BN. Usaha semua pihak untuk berunding bagi menghadapi BN satu lawan satu yang diperkatakan dimana-mana itu bukti jelas yang terlalu banyak pihak yang ingin menjatuhkan BN khususnya UMNO.

Di Malaysia Timor (Sabah dan Sarawak) usaha sedang giat dijalankan untuk mencari titik persefahaman diantara MCLM, UBR dan SNAP di Sarawak dan ini membayangkan terlalu banyak pihak yang mahu melihat BN kali ini gugur didalam pilihanraya yang akan datang. Walaupun mereka berbeza tetapi mereka mempunyai motif dan niat yang sama; iaitu untuk memberikan pengajaran kepada BN yang mereka anggap sudah keterlaluan mengambil kelembutan rakyat ‘for granted’ atau sebagai satu kelemahan.

Jika titik persefahaman itu dicapai maka kita akan menyaksikan perubahan kepada ‘pattern’ politik tanah air dalam masa yang sesingkat ini. Politik bukan sesuatu yang static tetapi ianya sentiasa hidup dan berubah mengikut masa dan keadaan.

Di Sarawak menumbangkan BN itu bukanlah suatu usaha yang tidak dijangkakan kerana Taib Mahmud sudah menjadikan Sarawak sebagai negerinya sendiri. Sehebat mana pun pemimpin itu sejarah dunia telah membuktikan yang pemimpin yang duduk ditampuk kuasa terlalu lama akan menjadikan negeri atau negara itu kacau bilau.

Salah seorang dari bapa saudara saya berpesan, ‘jika kau jadi guru besar, jangan duduk di satu sekolah itu lama-lama, nanti kau ingat sekolah itu kau yang punya’. DAN itu pun hakikat yang berlaku di Sarawak.

9 comments:

  1. Salam Tuan Aspan/Semua,

    Selaku rakyat biasa yang kais pagi makan pagi, saya setuju bahawa apapun yang manusia lakukan, pertama-pertama sekali mestilah ikhlas yakni kunci penting di dalam maqam mahmudah samada di dalam pemimpin maupun di dalam rakyat.

    Tidak kira Islam atau Kafir, ikhlas mereka di dunia ini, pasti ada timbang tara. Ikhlas itu tidak boleh dilihat. Ia adalah urusan hati dan ubudiah. Namun percernaan ikhlas itu adalah "we get what we give", contohnya kalau kita baling batu akan dapat batu. Mana mungkin orang baling batu dapat emas? Inikan pula kalau dicernakan manusia(pemimpin) sebagai janji kepada manusia(rakyat).

    Perkara di atas tidak dipelajari oleh manusia sekular yang dah lama berada ditampuk kekuasaan. Ini samalah seperti konsep "Firaunisme". Bukan sekadar sesama manusia, tetapi tuhanpun hendak ditipunya.

    Mengulangi kesilapan yang sama, pada mereka2 ini, tidak memberikan apa-apa kesan kononnya kekuatan semangat mereka adalah "segala tools atau perkakas samada berbentuk arahan maupun kebendaan, berada di tangan mereka". Ini silap besar.

    Kelebihan Mahathir di dalam perkara di atas menyebabkan dia cepat-cepat turun dari tampuk kekuasaannya dan sehingga hari ini, dia tetap berperan sebagai individu di sebalik tabir, juga membuat percaturan yang menyebabkan UMNO semakin hari semakin nazak. Nazaknya UMNO adalah seperti nazaknya orang2 yang tidak bersalah di Memali dengan dirasakan kepayahan terlebih dahulu di dunia ini. Begitulah nazaknya yang akan hadapi oleh kesinambungan UMNO. Ini adalah fakta sungguhpun dinafikan.

    Ingatlah firman Allah swt. keatas manusia2 zalim selaku penindas "Wamakaru-makrallah, wallahu-khairum-maakirin"- "Mereka membuat makar dan Allah juga membuat makar. Sesungguhnya makar Allah lebih baik(yakni mengatasi segala-galanya dimuka bumi ini)".

    Surah AlZalzalah juga menyebut bahawa kebaikan dan keburukan kita sebesar zarrah(lebih kecil dari atom) sekalipun, pasti akan dibalas Allah. Kalau dosa sesama manusia, wajib manusia yang dianiaya itu dicari di dunia ini untuk memohon maaf. Jika tidak, balasan penganiayaan sesama manusia itu, akan tetap dilaksanakan di dunia ini oleh Allah. Tunggu sajalah waktu dan ketikanya.

    Ayat2 di atas ini semuanya sinkron dan berlaku sampai hari kiamat.

    Hari ini tidak dapat dinafikan lagi bahawa pengamal2 "Firaunisme" untuk terus mengekalkan kekuasaan telah menebar keseluruh pulusuk dunia.

    Seterusnya "air yang tenang jangan disangka tiada Tsunami". Inilah pepatah terbaru yang Allah tunjukkan supaya manusia berfikir.

    Kebijakan UMNO ke atas Selangor dan Perak, akhirnya membawa padah kepada pembuat makar itu sendiri. Urusan Rakyat bukan urusan main2 dan kepalang tanggung. Ia adalah amanah samada suka atau tidak, sedar atau tidak, semua ini mempunyai sebab dan akibat. Tiada satu manusia sekalipun yang boleh terlepas dari kerangka ini.

    Sama-sama fikirkanlah.

    "Teropong Ajaib"

    ReplyDelete
  2. Tuan,

    Saya respect la comment consistent mengenai cara pimpinan PM Najib dari seorang ahli. Seperti Dato Arif of Sakmongkol AK47, you really sayang your party.

    Right my Party, wrong my Party ...

    Masaalahnya, selagi mana UBN tak kalah dan orang yang baru dan menghayati perjuangan asal, parti ini perlu kalah dan hilang hak memerintah.

    Kalau di Tunisia, Mesir dan berberapa Negara yang bergolak di Timur Tengah melakukan melalui demonstrasi, adakah ia cara terbaik.

    Kita di Malaysia telah bergerak ke arah itu melalui PRU12 (0308), sekiranya ada keikhlasan dalam diri BN dan PR, pastikan sistem yang adil.

    Biarkan kita rakyat memilih, be fair.

    Persoalannya ... berani ke ???

    A.Alshukor

    ReplyDelete
  3. Kalau UMNO ini dipimpin oleh seorang yang iminati dan dihormati ramai saya akan terus menyokong UMNO.

    Tetapi jika kumpulan yang ada pada hari ini saya mintak maaf. Saya pergi undi parti lain.

    Seorang pentdbir parti UMNO di pusat adalah seorang penjudi yang besar. Memegang saham dalam Sport TOTO dan lain-lain yang haram.

    Jika parti ditadbir oleh penjudi, tidak hairanlah jika UMNO dijadikn alat perjudiannya.

    Saya sudah tidak tahan lagak dan laku pemimpin UMNO. Najib tak boleh kerana beliau tidak pun mampu menjaga ahli keluarga beliau yang gila glamor itu.

    Kata orang lebih sudu dari kuah. Saya menyampah.

    Buat kali pertama saya akan mengundi PAS atau mana-mana parti dalam PR. After all this is democratic country.

    jaffar hassan

    ReplyDelete
  4. Encik jaffar hassan,

    Samalah kita. Buat pertama kali kami sekuarga akan mengundi parti lain dari BN.

    Adik beradik saya diKL dan JB sudah sepakat untuk berubah.

    Sebabnya samalah dengan sebab yg Encik jaffar sebutkan tadi.

    Lepas mengundi kita kira undi siapa yang menang. Jika ramai yg mahukan BN yg korup ini, kita terima sajalah!

    ReplyDelete
  5. Saudara Aspan, anda terlalu menitikberatkan undi orang Cina seolah undi orang lain tidak bermakna dalam menentukan tiap pilihanraya yang lalu. Ingat, kerajaaan pimpinan BN bergolak pada PRU12 bukan disebabkan undi kaum Cina tetapi lebih kepada faktor Hindraf dan undi kaum India. Jelas, dalam prinsip demokrasi, menjerit melaung akan kepentingan sesuatu kaum dalam menentukan kemenangan adalah satu pemikiran cetek dan ini yang disuarakan oleh saudara Alias yang saya rasa seorang yang cerdik dalam analisa politik demokrasi. Dalam demokrasi, "collective soul factor" yang menentukan suara rakyat keseluruhan.

    ReplyDelete
  6. Memang kita nampak Najib bersungguh untuk mendapatkan sokongan setiap kaum di negara ini. Sama seperti Tun Mahathir walaupun sudah bersara tapi dia juga berusaha dapatkan sokongan semua pihak agar dia terus dilindungi dari tindakan undang-undang.

    Kalau mengikut pandangan Aspan Alias BN akan tersungkur pada pilihanraya akan datang dek kerana kepincangan pentadbiran dan para pemimpinnya yang terbukti telah bergelumang dengan pelbagai noda dan dosa.

    Sila tanya pada rakyat khususnya di felda, apakah mereka percaya BN akan kalah pilihanraya ke13..?

    Tapi benarkah BN akan tumbang sedangkan semua kementerian sedang berlumba menggulakan rakyat dengan pelbagai projek dari hasil kenaikan harga barang keperluan..?

    Dan yang membanggakan ialah sebahagian besar dari rakyat Malaysia menyokong atas kenaikan harga barangan keperluan. Jika ada sesiapa kurang pasti sila rujuk kepada ahli UMNO Baru.

    Di Merlimau sekarang ini lihat betap kerasnya kerajaan bekerja untuk menang dalam pilihanraya kecil itu dan Najib sepatutnya mengambil kesempatan diatas kelembutan rakyat apatah lagi kalau rakyat memang mudah dilembutkan dengan rasuah..?

    Kita jangan lupa bahawa BN telah memerintah Malaysia selama lebih 53 tahun dan selama itu rakyat sudah diajar bagaimana sedapnya makan rasuah.

    Sebagaimana kerajaan mengajar rakyat cara bagaimana seronoknya main buntut seperti yang dibicarakan dalam mahkamah. Sungguh bernafsu walaupun benda itu kotor dan berbau busuk. Akhirnya ia sudah menjadi kebiasaan.

    Saya tidak menyalahkan Aspan Alias kalau melihat Najib sedang melakukan ‘taici’ dengan semua pihak. Ini disebabkan dia perlu menang dalam pilihanraya umum demi keselamatan diri, jika kalah dia akan jadi pencacai kira anak tangga mahkamah seperti yang ditanggong oleh Anuar Ibrahim... semua orang tahu tentang hal itu.

    Najib perlu ambil semua kesempatan yang ada walaupun terpaksa bermuka-muka memandangkan pakatan pembangkang yang diketuai oleh Anuar Ibrahim masih terumbang ambing dalam pentadbirannya untuk menyatukan tiga jadi satu.

    Kalau kita kumpulkan penyokong diantra Najib dengan Anuar, pastinya ia seimbang. Ini disebabkan penyokong Najib mahukan upah dan penyokong Anuar pula percaya pada retorik.

    Ini menunjukkan kedudukan parti pakatan pembangkang tidak kuat seperti yang digambarkan, ianya tidak lain hanya mengharapkan ahli UMNO Baru jadi pembangkang dalam parti mereka sendiri.

    Jangan digembar-gemborkan kononnya apa yang berlaku di Mesir tidak mustahil akan berlaku di Malaysia. Itu hanya khayalan kosong saja. Rakyat Malaysia tidak segagah rakyat di Mesir.

    Lihat bagaimana Tun Mahathir pecah perintah bangsa melayu semasa pemerintahannya dan lihat bagaimana kesannya pada hari ini. Tidakkah kita sedar bahawa kerajaan BN telah mengajar rakyat bangsa melayu jadi pengecut, ikut kata saja seperti yang dilakukan oleh ahli UMNO Baru..?

    Sebagai contoh, pemimpin UMNO dan BN telah memfaridkan segala harta bangsa melayu sesama mereka sejak dari dulu sehingga hari ini, ada sesiapa atau kumpulan yang berani menyuarakan persoalan itu secara jantan..?

    Kita tidak mahu cabar sesiapa tetapi kita percaya tiada sesiapa yang berani menyuarakan hal itu walaupun Anuar Ibrahim sendiri. Jika berani bersuara dia akan dituduh bersubahat melakukan kejahatan itu.

    Jangan padang rendah pada kemampuan BN kononnya akan kalah dalam pilihanraya umum akan datang.

    Biarpun ia parti rasuah tapi ramai yang ketagih dengan rasuah. Sehingga hakim dalam mahkamah sanggup melutut ikut kata kerana rasuah. Inikan pula orang seperti kita... tak gitu tuan Aspan Alias..?

    Ada SPRM kisah..

    ReplyDelete
  7. Blog yg amat saya sukai dan hormati atas pndgan yg ikhlas. Kepada Perut Besar, undi Cina mmg brperanan bsar dlm mana2 PRU @ PRK. Hmpr 70% undi Cina telah beralih kpd parti selain BN dan saya pcaya ini akan berulang di PRU 13 kelak. Pd saya, slp nye UMNO yg x dpt nak mengawal kekuatan dlm BN. Sistem kuota menteri perlu diubah dgn memberi tmpt hnya kpd parti yg mndpt sokongan rkyt. Knp perlu diberi muka dan dilantik sbgai penggubal dasar sekiranya telah ditolak oleh rakyat. "rampasan" kuasa di Perak akn menghantui BN kelak. Percayalah. Kekuatan UMNO hanya pd wang. Rasuah diutamakan! Rakyat sdh mula nmpk akn ketelusan PP, Kedah, Selangor dan Kelantan. Pcaya lah kuasa wang akan dirampas oleh kuasa rakyat dan kebenaran akan terhebah jua...........

    ReplyDelete
  8. Anonymous @18 February 2011 01:14:00 GMT+08:00

    Saya stuju dgn pendapat anda.

    ReplyDelete
  9. When God is about to confer a great responsibility on man, he will first exercises his heart with suffering, his sinews and bones with toil.

    He will exposes the man body to hunger, subjects him to extreme poverty. He confounds the man undertakings with setbacks and troubles, therefore to stimulate his heart (or mind) to have patience and toughen his nature in order to supply (or to provide him with benefits despite of) his in competencies.

    Meaning no pain no gain.

    It's a quote from Mencius (Meng Tzu), a Chinese ancient philosopher.

    ReplyDelete