13 February 2011

Kalau BN tidak mendapat kemenangan 2/3 Muhyiddin akan jadi PM lebih awal

Kegagalan Abdullah Badawi untuk memimpin parti dan kerajaan menyebabkan BN tidak mampu untuk mendapatkan kemenangan 2/3 didalam Dewan Parlimen dalam pilihanraya umum yang lalu. Hasilnya Abdullah terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dengan ‘sedikit’ imbuhan dalam bentuk tanah yang bernilai puluhan juta ringgit di Kuala Lumpur sebagai ‘ganti-rugi’ kerana meletakkan jawatan.

Orang nombor duanya Najib naik menggantikan beliau sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO serta Pengerusi BN peringkat nasional. Abdullah telah mendapat tekanan yang begitu besar sehinggakan beliau terpaksa berfikir dengan mendalam yang akhirnya membawa beliau mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Setelah beraku sedikit ‘golden hand shake’ beliau meletakkan jawatan dan Najib Razak mengambil alih jawatan beliau. Apa yang penting kita ketahui ialah perletakkan jawatan itu adalah hasil dari penolakkan yang jelas oleh rakyat terhadap BN pimpinan UMNO sehinggakan BN hampir-hampir tumpas dan hanya mampu untuk memerintah dengan ‘majority’ yang tipis di Dewan Parlimen Persekutuan.

Lain-lain perkataan jika seseorang Perdana Menteri tidak mampu untuk mendapatkan sokongan 2/3 di Dewan Parlimen maka pada bila-bila masa sekali pun Perdana Menteri wajar meletakkan jawatan kerana ‘precedent’ ini telah dimulakan dengan perletakkan jawatan oleh Abdullah Badawi. Seandainya BN menghadapi keadaan yang sama didalam pilihanraya yang akan datang maka Najib akan terpaksa meletakkan jawatan sebagai PM seperti yang dilakukan oleh Abdullah Badawi 2 tahun yang lepas.

‘Game plan’ perletakkan jawatan bagi Abdullah Badawi dahulu adalah untuk mempercepakan kenaikkan Najib, dan usaha untuk memberikan tekanan kepada Abdullah meletakkan jawatan dilakukan oleh Muhyidin Yassin. Muhyiddin menjadi orang kuat menekan Abdullah untuk mengundurkan diri kerana jika Najib naik ke kerusi Perdana Menteri beliau sendiri menagih jawatan Timbalan PM kepada Najib walaupun beliau belum tentu untuk menjadi PM kerana Najib adalah 6 tahun lebih muda darinya.

Yang penting beliau mesti menjadi Timbalam PM kerana jika ada apa-apa yang berlaku kepada Najib beliau sudah bersedia untuk mengambil alih jawatan yang disandang oleh Najib itu.

Akhir-khir ini tidak kurang juga ramainya rakan-rakan di dalam UMNO membuat andaian yang jika Najib tidak berupaya mendapatkan kemenangan 2/3 didalam pilihanraya yang akan datang maka Muhyiddin akan mengambil tempat Najib kerana kegagalan mempertahankan majoriti 2/3 atau untuk mengembalikan kemenangan 2/3 itu merupakan satu kegagalan kepada Najib.

Malahan sudah nampak tanda-tanda dari perbualan penyokong-penyokong pimpinan ingin melihat BN untuk memenangi pilihanraya kali ini dengan hanya mendapat majoriti yang mudah bagi memudahkan Muhyiddin mengambil alih kepimpinan negara seperti Najib mengambil alih dari Abdullah Badawi dahulu.

Saya difahamkan yang ada pemimpin veteran yang berkepentingan untuk melihat Muhyiddin mengambil alih kepimpinan UMNO dan negara kerana jika keadaan itu berlaku maka mudah baginya untuk menempatkan ahli keluarganya menaikki tangga kepmpinan negara kita.

Jika apa yang saya dengar itu benar maka usaha untuk memantapkan UMNO itu sudah pasti tidak akan mendatangkan apa-apa munafaat bagi parti ini. Mengikut apa yang didengar mendesak Najib untuk meletakkan jawatan akan lebih mudah jika BN mendapat majoriti yang simple seperti apa yang dialami dalam pilihanraya yang lalu.

‘Game plan’ setengah pihak didalam UMNO ini sebenarnya amat merbahaya bagi BN kerana jika silap perkiraan maka UMNO dan BN akan menghadapi kemungkinan menerima kekalahan hasil dari politiking yang tidak sihat di kalangan pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli parti kita sendiri.

Bagi pihak yang ingin melihat perkara ini berlaku telah mula bercakap tentang kegagalan Najib untuk melaksanakan pelan-pelan pembangunan yang diumumkan oleh beliau kepada umum. Kumpulan ini nampaknya lebih suka jika pelan ini gagal kerana ianya akan memudahkan usaha mereka untuk menekan Najib untuk berundur dari memimpin negara.

Baginya isu terhadap Najib itu sangat memenatkan mereka untuk mendapatkan keyakinan rakyat keseluruhannya. Selama ini saya berpendapat isu-isu peribadi Najib dan keluarganya yang heboh diperkatakan itu datangnya dari luar UMNO, tetapi akhir-akhir ini isu ini sebenarnya disuburkan oleh mereka didalam UMNO dan BN sendiri kerana permainan politik dalaman yang sangat kotor dan tidak berfaedah.

Tetapi itulah penyakit yang sedang dihadapi oleh UMNO. Kalau politiking seperti ini masih berlaku maka tidaklah mustahil UMNO akan kecundang dihadapan mata rakyat dalam pilihanraya yang akan datang. Didalam UMNO kini elemen ‘orang Najib’ dan ‘orang Muhyiddin’ nampaknya akan timbul secara beransur-ansur dan ini merupakan satu situasi yang tidak sihat untuk parti.

Jika benar apa yang dikhabarkan itu, maka Najib akan mengambil tindakkan untuk hanya mencalonkan orangnya didalam pilihanraya yang akan datang. Untuk memberi alasan bagi menggugurkan seseorang penyandang itu adalah perkara yang mudah kerana keseluruhan mereka yang sedang menyandang di kerusi Parlimen dan Undangan negeri ada masalah masing-masing.

Alasan rasuah dan salah gunakuasa merupakan alasan yang paling mudah bagi Najib untuk menurunkan sesiapa sahaja yang sedang menyandang itu.

Lagi pun Najib mempunyai hak untuk menentukan sesiapa yang boleh atau tidak boleh bertanding kerana janji beliau untuk menurunkan ‘winnable candidates’ itu akan tetap dilaksanakan. Najib mempunyai hak untuk memastikan yang pemilihan calun didalam pilihanraya kali ini adalah dari mereka yang setia kepada beliau.

10 comments:

  1. Muhyiddin?

    that is another disaster!!

    ReplyDelete
  2. tak sure lagi kut....

    ReplyDelete
  3. tun daim meramal

    http://azlishukri.blogspot.com/2011/02/ramalan-terbaru-tun-daim-beban-sejarah_13.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+AzliShukriToday+(AZLI+SHUKRI+TODAY)

    ReplyDelete
  4. Biarkan mereka berdua berebut kerana 2x5, 5x2 jawapan nya sama.
    But I think Muhdin is slightly better than Najib which has so many stories and need to write off the first lady - a liability.
    biarkan biarkan semua nya jadi luncai sama dengan PAKATAN!

    ReplyDelete
  5. Hishammuddin the best choice.

    ReplyDelete
  6. 1. Hisham ??? Are you serious ???

    2. Let's give Najib a chance. The man must be given time to follow through with his plan and strategies. On thing for sure, i.e if he is to succeed, the laggards still surrounding him especially those from the legacy of the previous premier, must surely be dropped ASAP ! It's these deadwoods that will pull Najib down together with them !

    3. The same overhaul should also be given to the running of the party. If there is talk of an impending Cabinet reshuffle, then the same should be addressed, at least to the choice of potential candidates from UMNO or even from the component parties.

    Serindit Desa

    ReplyDelete
  7. we need a new system....an overhaul...or its business as usual....tak ke mana, going no where so a 360 degree changes is necessary.....bn must give way for the process of change to take place....so raayat you are the penentu in the coming general election....want to change or not?????

    ReplyDelete
  8. serindit desa,

    Najib is another dead wood. He can't even take care of his bed-mate, how can we expect him to care of us all?

    cukuplah!!

    ReplyDelete
  9. L__G

    Kebanyakan orang melayu masih menyokong UMNO dan BN kerana terpaksa. Waktu ini tidak ada alternatif yang "credible". Orang Melayu hari ini mahukan sebuah parti yang bersih dan jujur dan yang boleh menjaga kepentingan orang Melayu tanpa memudaratkan bangsa lain.Orang Melayu bukan buta atau bodoh- kami tahu ada yang corrupt dalam UMNO tapi bukan semua. Kami masih beri peluang kepada UMNO kerana menolak Pakatan Rakyat. Tetapi percayalah-sebaik saja ada parti melayu yang lebih berwibawa, jujur, bersih orang Melayu akan memilih parti ini.

    ReplyDelete
  10. saya rase adalah lebih baik angkat mahathir jadi PM, sekarang ini saya tengok komen2 dia lebih sudu dari kuah, dia rase diri dia je betul, kalau mahathir naik jadi PM cepat sikit BN @ ameno cepat bungkus.

    ReplyDelete