UMNO tidak lagi mempunyai ‘privilege’ untuk mendapatkan sokongan secara otomatik dari orang Melayu seperti yang pernah dialaminya dulu-dulu. Sekarang orang Melayu mempunyai pilihan kepada UMNO. Apa pun yang dikatakan untuk menafikan keadaan ini orang Melayu ada PAS dan PKR dan DAP pula sudah mula mendapat tempat di hati ramai orang Melayu. Ini hakikat dan sesiapa mempunyai hak untuk menafikannya jika semata-mata untuk menyejukkan hati sendiri.
Maka kita sudah mula nampak yang UMNO sedang berusaha untuk mengembalikan sokongan orang Melayu dengan beberapa langkah mutakhir ini yang diambil oleh pucuk pimpinan, PM Najib. Samada langkah-langkah mutakhir ini berjaya dilaksanakan bergantung kepada masa dan kemampuan pimpinan kita untuk merealisasikan pencapaian yang disebutkan didalam perancangan yang diumumkan sehari dua yang lepas.
Tetapi hikmah yang kita dapati dari desakankan kuat rakyat jelata yang kini sudah celek membuatkan UMNO terkial-kial untuk melakukan apa yang sepatutnya dilakukan sejak 3 dekad dahulu. Bak kata perbilangan Inggeris, ‘It’s better late than never’ dan bagi seorang rakyat seperti saya dan ramai yang lain tetap akan memerhati dan meneliti perlaksanaannya, samada benar seperti yang dirancangkan atau hanya sebagai retorik biasa yang menjemukan seperti yang selalu kita dengar sejak satu dua dekad yang lalu.
Dengan keadaan ini, kita telah mula melangkah kearah sistem 2 parti yang pada saya akan menjadikan politik negara lebih matang dan memberikan peluang kepada rakyat untuk memilih yang mana satu yang dianggap lebih baik diwaktu pemilihan dilakukan oleh rakyat. Dahulunya kita selalu mendengar alasan pihak UMNO dan BN menyeru rakyat untuk memberikan kesinambungan kepada pemerintahan UMNO dan BN kerana ‘continuity’ itu penting untuk tidak mengganggu pelan pembangunan yang dirancang terganggu jika kuasa diberikan kepada pihak yang lain dari UMNO dan BN.
Alasan itu sudah tidak lagi diterima rakyat terutamanya dikalangan rakyat yang masih muda dan belia kerana banyak yang dirancang oleh pihak kerajaan telah gagal semasa peringkat perlaksanaan dan ‘delivery’nya. Kita selalu gagal apabila sampai ke peringkat perlaksanaannya. Rakyat merasakan sudah puluhan kali peluang itu diberikan kepada UMNO untuk terus berkuasa tetapi kuasa yang diterima itu selalunya dikotori oleh kegiatan rasuah dan sebagainya sehinggakan segala yang dirancang itu tidak ada yang berjaya dilaksanakan dengan sempurna. Pemimpin kita selalu mengambil kebaikkan dan timbang rasa rakyat terutamanya orang Melayu sebaga kelemahan yang boleh dipandang remeh dan enteng sahaja.
Disinilah UMNO dan BN selalu menghadapi kegagalan kerana melakukan rasuah sudah menjadi perkara yang lazim dan masing-masing tahu yang masing-masing itu melakukan kerja yang tidak semenggah itu. Tetapi oleh kerana masing-masing mempunyai rekod yang sama yang diketahui oleh masing-masing maka tiada siapa yang akan dapat mengambil tindakkan kepada sesiapa dikalangan mereka untuk membetulkannya. Maka budaya it uterus sahaja berkembang dengan tidak ada siapa yang boleh mengawalnya.
Ramai berharap dengan pengumuman apa yang dinamakan TERAJU oleh PM Najib semalam akan membawa suatu yang baik bagi meneruskan usaha menjayakan program ‘social dan economic engineering’ sejajar dengan semangat untuk mengimbangi pegangan dan pengaruh ekonomi dikalangan rakyat dan diantara kaum yang senget sebelah sekarang ini. MCA nampaknya tidak bersetuju dengan program ini kerana parti itu mahukan segala-galanya diberi samarata tanpa mengira kaum.
Saya secara peribadi berharap TERAJU akan tahu apa yang patut dilakukan. Jangan pula kali ini apa yang diumumkan oleh PM itu gagal lagi seperti kegagalan semua perancangan yang diumumkan sejak beberapa bulan yang lalu. Kita takut jika PM hanya menumpukan sepenuh masa membuat perancangan tetapi tidak ada satu pun yang berjaya disempurnakan.
TERAJU masih dalam peringkat pengenalannya dan saya beranggapan ianya adalah pengganti kepada Unit Penyertaan Bumiputra yang telah diluputkan oleh kerajaan sejak Dr Mahathir mengambil alih jawatan PM dahulu.
Masih belum diberitahu apa kah langkah-langkah berkesan untuk mengimbangi pembahagian kekayaan negara dikalangan rakyat berbilang kaum dinegara ini. Katanya lima syarikat kepunyaan kerajaan akan disenaraikan diBursa Saham K Lumpur untuk perlaksanaan awal TERAJU ini. Hanya yang belum diberitahu bagaimana kah cara dan kaedah untuk pengekalan saham-saham tersebut ditangan Bumiputra.
Saham-saham yang dipegang oleh Bumiputra melalui pengagihan dari Kementerian Perdangan dan Perindustrian ini selalunya menghadapi masalah ‘redemption’ yang tinggi yang akhirnya menguncupkan pegangan Bumiputra didalam syarikat-syarikat yang disenaraikan diBursa Saham Kuala Lumpur. Walau bagaimana kita tidak boleh membuat penilaian kepada TERAJU ini masa sekarang. Kita berharap kali ini ianya benar-benar dilaksanakan dengan baik dan keuntungan yang jelas bagi Bumiputra yang masih memerlukan tongkat lagi.
Jika ada pihak yang hendak membuang tongkat itu silalah. Bagi kami yang ramai ini masih inginkan tongkat itu. Jika kami tidak memerlukan tongkat itu lagi nanti, kami tetapi tidak akan membuangnya. Kami akan simpan tongkat itu, kerana mungkin suatu hari nanti kita akan memerlukannya lagi.
Kita jangan bersikap bongkak dan takbur dengan mengatakan kita tidak perlukan tongkat lagi semata-mata ada pemimpin kita yang mahukan tongkat itu dibuang selama-lamanya.Kalau kita imbas kembali sejarah, pemimpin inilah yang menggunakan tongkat untuk 'bail-out' perniagaan anaknya dengan menggunakan wang rakyat melebihi RM 1 billion kerana kerugian yang dialami oleh anak kesayangannya dalam perniagaan perkapalan.
Pendeknya rakyatlah yang telah berkorban untuk anaknya berniaga sehingga menjadi 'multi-millionaire' sekarang ini.
Secara keseluruhan saya bersetuju dengan tulisan anda, cuma barisan akhir berkenaan tongkat itu saya tak setuju langsung.
ReplyDeleteSaudara Aspan, Tongkat itu sangat bahaya sebab ia mempunyai saka turun temurun yang patut di musnahkan dan di buang. Takut saka pada tongkat itu akan menghancurkan generasi Melayu di masa hadapan.
Perhatikan bagaimana Amerika sudah takut pada China dan India. Kita mahukan Amerika juga takut pada Malaysia kalangan Melayu, sebab Amerika berkata bahawa China berniaga dengan mereka semata-mata untuk menghancurkan ekonomi Amerika. China hampir menguasai amerika sebagai kuasa ekonomi terbesar dunia. Kalau Melayu masih hendakkan tongkat dan menyimpannya, percayalah Tongkat saka itu akan memusnahkan Melayu dengan sendirinya, tanpa di sebabkan oleh orang lain.
Sedangkan bangsa yang selalu dianggap lemah oleh Amerika, iaitu bangsa Arab pun sudah tunjuk taringnya. Kata calon President Amerika yang akan datang iaitu Donald Trump, mengatakan Arab Saudi sudah tidak respect Amerika lagi bila kerajaannya memberitahu Amerika supaya membuang Mubarak.
Kata Trump ahli politik di mana saja di dunia adalah manusia yang dungu, begitu juga di Malaysia, semuanya korup. Lihatlah bagaimana Korea Selatan setaraf Malaysia di tahun 70an telah jauh meningggalkan Malaysia. Mereka telah membolot perniagaan di Amerika sehingga Amerika pun sudah ketinggalan. jangan hidup dengan tongkat sebab tongkat adalah umpan politik yang hanya menipu melayu.
Di zaman gemilangnya, mengikut Allahyarham bapaku, tunggul kayupun boleh menang sebagai calon UMNO dalam Pelihan Raya. Sebabnya pemimpin2 UMNO dimasa itu tidak pernah hilang perjuangan asas parti iaitu, tidak lain dan tidak bukan, semata-mata untuk mengperkasakan rakyat dalam semua bidang, termasuk ugama, ekonomi dan sosial dan bukan mengperkayakan pemimpim UMNO sahaja.
ReplyDeletePemimpin2 kita kena fahamkan diri mereka dengan memimpin mengikut hukum sysrak dan adat yg betul.
ReplyDeleteEntahlah! Saya tak yakin apa yg diumumkan Najib itu akan terlaksana.
ReplyDeletejib
Salam Tn Aspan/semua,
ReplyDeleteSedikit sebanyak saya menyetujui pandangan Anom : 22:59 kerana ada kebenarannya. Begitu juga dengan pandangan Tuan. Saya ambil jalan tengah. Dalil yang saya pegang adalah :-
1) Penilaian insan adalah melalui niat dan perbuatan samada pemimpin maupun pengikut. Kalau niat dia betul dan ikhlas sering menempah kejayaan dan kalau niat dia ada udang disebalik batu, maka kegagalan perbuatannya akan terpampang selepas dia tiada atau tidak berkuasa. "Harimau mati meninggalkan Belang, Manusia mati meninggalkan Nama".
Padahnya, generasi mendatanglah yang akan memikulkan emas atau najis yang ditinggalkan.
Secara logik dalam kontek politik, pertama keperluan modal untuk pilihan raya dan kedua meraih sokongan dalam PRU itu sendiri. Pembalikan kata-kata sepeti Teraju ke, UPB ke,NEP ke.. dll, adalah tidak penting kerana dari perspektif Pengurusan, yang kita perlukan adalah "result".
Pengurusan lama tapi muka baru, ia adalah sinonim dengan bibit2 kegagalan kerana dikuatiri tidak efektif.
Setiap benda baru yang dicanangkan yang ada mirip kesinambungan Pengurusan lama, maka pada saya hasilnya sedikit dan ruginya banyak.
Kedua, oleh kerana sejumlah besar masyarakat Bumiputera tiada fondasi kewangan kukuh, soal redemption memang pasti berlaku sekiranya tiada pelaksanaan konkrit suatu mekanisme yang benar2 effektif ke arah itu.
Ketiga, masaalah ketidakadilan yang hanya akan menebalkan "kronisme" juak2 tertentu. Padahnya akan memburukkan lagi jurang satu golongan yang ada kelas dan satu golongan yang sama merempat.
Keempat, masaalah kepekaan rakyat spt barang naik, sistem judiciari, eksekutif dan tool-tool dalam menjaga hak rakyat seperti polis media dll, masih ditakuk lama. Ini yang paling penting. Persoalannya apakah keadilan pengagihan itu dapat dijamin?
Yang saya takuti, niat kerangka yang dirancang itu adalah jangka pendek sebagai gimik politik di dalam meraih sumber modal dan pengaruh undi. Fikir2kanlah.
Salam Pak Aspan,
ReplyDeleteJelas sudah apa yang berlaku dulu kini dan selamanya UMNO Baru perihal kelakuan dan tindakan ahli yang memusnhkan bangsa Melayu terbanyak.
Susahnya, Melayu dibuang tongkat dengan alasan ditekan oleh bangsa lain untuk menyamaratakan hak sebagai rakyat Malaysia.
Itupun selepas mantan dah kini Menteri Perdana serta barisan hebat saf kepemimpinan Melayu memanfaatkan tongkat-tongkat untuk mencangkul perbendaharaan rakyat demi kekayaan diri dan kerabat.
Apo dayo potong gotah, apo nak dikato.
Melayu terbanyak dah tak sayang UMNO Baru.
Apo nakd ikato
Bro Aspan,
ReplyDelete1. melayu bukan UMNO Baru dah lama berjalan tempang tanpa tongkat-tongkat keramat hak keistimewaan melayu. Orang melayu marhaen jika bertongkatpun hanya menggunakan tongkat-tongkat yang dibuat sendiri dari dahan-dahan kayu yang orang UMNO Baru tak pandang pun dan yang depa tak hingin je.
2. yang kecoh pasal tongkat ini hanyalah melayu-melayu dari golongan UMNO Baru je. Mereka ini kalau tak ada tongkat seperti kontrak kerajaan, duit rasuah dll dah lama lumpuh.
3. Sebenarnya orang melayu bukan UMNO Baru dah lama hidup tanpa tongkat-tongkat ini kerana tongkat-tongkat ini semua kena rampas oleh puak-puak UMNO Baru.
4. Kita boleh tengok bagaimana kemajuan orang melayu secara keseluruhannya terutama yang kat kampong-kampong. Kehidupan mereka semakin perit dengan kenaikan pelbagai barang keperluan harian dan kos sara hidup.
Walaupun mereka agak terkesan dengan semua ini, mereka masih boleh bertahan walaupun perit.
5. tetapi bolehkah puak-puak UMNO Baru survive setelah segala tongkat-tongkat ini satu hari nanti sudah hilang?
bat8