Sarawak akan menghadapi pilihanraya negeri selewat-lewatnya pada bulan Julai yang akan datang. Sarawak sekarang menjadi tumpuan pemimpin-pemimpin parti politik yang akan menawarkan calun masing-masing untuk mendapatkan mandat rakyat bagi menubuhkan kerajaan negeri yang sekian lama dipegang oleh BN hanya dengan seorang pemimpin yang bernama Tan Sri Taib Mahmud (TSTM).
TSTM telah menerajui kerajaan Sarawak selama 30 tahun dan masih lagi mahukan kuasa memimpin itu diberikan kepadanya. Nampaknya Sarawak tidak mempunyai pemimpin lain dari Taib Mahmud kerana semua yang telah dianggap akan menjadi pengganti beliau semuanya sudah bersara dan tidak mahu lagi terlibat dan politik.
Jika BN masih lagi memenangi pilihanraya ini, Taib Mahmud akan duduk menerajui kuasa di Sarawak sekurang-kurangnya selama 35 tahun sebelum menghadapi pilihanraya yang berikutnya. Ini merupakan rekod yang tidak boleh ditandingi oleh mana-mana pemimpin di negara ini. Malahan TSTM akan menjadi salah seorang ketua kerajaan yang paling lama dalam dunia ini.
Apa pun alasan yang diberikan oleh mana-mana pihak untuk mengekalkan TSTM sebagai ketua kerajaan sebuah negeri merupakan satu tindakan yang sangat membosankan kerana yang akan dihadapi oleh kerajaan pada masa yang akan datang ialah masalah yang mungkin tidak dapat diselesaikan dengan mudah. Di Sarawak nampaknya BN terutamanya TSTM sengaja mahu menempah masalah untuk rakyat yang telah begitu lama dikelirukan oleh pemerintah yang tidak mahu mengenali apa itu kebencian rakyat.
Sarawak sedang menghadapi ‘vacuum’ kepimpinan yang sangat besar kerana TSTM tidak pernah mahu mendidik, membentuk dan menyediakan pimpinan lapisan bagi negeri kenyalang itu. Tidak ada rekod sesebuah negara itu akan berada di dalam keadaan yang aman politiknya jika dipimpimpin oleh seseorang dengan begitu lama.
Pilihanraya akan tiba tidak beberapa bulan sahaja lagi dan pemimpin-pemimpin pusat mundar mandir ke Kuching seperti orang keluar masuk jamban untuk berkempen bagi meneruskan kenikmatan pimpinan yang ada pada hari ini yang kian hari kian jelas merasakan yang negeri itu adalah kepunyaan peribadinya.
Persoalannya, sampai bila TSTM hendak menongkat langit? Sampai semua kompartmen balak habis? Sampai semua tanah-tanah negeri terjual?Atau sehingga ada di kalangan ahli keluarga beliau mampu mengambil alih tempat beliau? Atau apa?
Tidak adakah walaupun seorang dari 3 juta rakyat Sarawak yang berkemampuan untuk mengambil alih kerajaan dan memimpin Sarawak? Apa lagi alasannya?
Tidak adakah kemampuan pucuk pimpinan persekutuan untuk menasihatkan Ketua Menteri ini untuk melepaskan jawatannya untuk mempastikan rakyat Sarawak tidak merasa resah dengan pimpinannya? Kalau pucuk pimpinan boleh menggunakan kuasa dan pengaruhnya untuk mengenepikan kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat di Semenanjung dengan cara haram, kenapa tidak ada pula kudrat untuk menasihati TSTM untuk mengundurkan diri secara terhormat?
Sekarang semua di pihak kerajaan sedang melutut dan meminta agar kaum Cina di Sarawak memberikan sokongan kepada BN dengan alasan hanya BN sahaja yang mampu untuk menyelamatkan masa depan mereka. Ini adalah disebabkan pengundi-pengundi Cina lebih tertarik untuk mengundi pembangkang khususnya DAP.
Kemenangan DAP dalam pilihanraya kecil Sibu telah memberikan semangat DAP untuk menawan kerusi-kerusi bandar dan kawasan sub-urban di Sarawak. Dengan kembalinya SNAP dalam politik Sarawak pula akan memberikan tekanan kepada BN didalam 29 kerusi Iban dan Dayak selain dari beberapa kerusi yang pasti akan menerima cabaran besar di dalam pilihanraya negeri kali ini.
Sarawak telah dikatakan sebagai fixed-deposit bagi BN kerana semasa pilihanraya Mac 2008 yang lalu pembangkang hanya memenangi 13 kerusi DUN dan satu kerusi parlimen iaitu di Bandar Kuching yang dimenangi oleh DAP. Pada tahun yang lepas BN telah kehilangan kerusi parlimen Sibu kepada DAP di dalam pilihanraya kecil. Dengan 2 kerusi parlimen DAP, parti itu kini sedang mendapat suntikan semangat yang kuat untuk mendapatkan kerusi tambahan di dalam pilihanraya umum yang akan datang. Isu yang laris semasa pilihanraya di Sibu adalah isu TSTM sahaja.
Jika DAP mampu mengekalkan sokongan kaum Cina di Sarawak ianya akan terus menambah bilangan 13 kerusi pembangkang di Dewan Undangan negeri Sarawak. Jika SNAP yang kini kembali ke arena politik negeri itu secara giat maka tidaklah mustahil jika parti itu akan berjaya mendapatkan sekurang-kurangnya belasan kerusi dikawasan Iban dan Dayak. Berlaku sahaja keadaan ini maka Sarawak tidak akan lagi menjadi fixed-deposit bagi BN.
Saya sendiri menjangkakan BN akan berjaya mempertahankan kerajaan negeri di bawah bayu ini, tetapi bolehlah kita anggapkan kemenagan seperti yang diperolihinya seperti dahulu tidak akan berulang lagi. Keadaan inilah yang akan mempengaruhi keadaan di semenanjung dan di Sarawak sendiri di dalam pilhanraya yang akan datang.
Harapan BN untuk mendapatkan majority 2/3 di Dewan Parlimn jika 5 peratus dari pengundi Melayu kembali kepada BN akan melesat jika 25 peratus tambahan rakyat di Sarawak dan Sabah yang akan mengundi pembangkang.
Kalau di kaji halus-halusan kenapa BN menghadapi keadaan seperti ini, ialah kerana rakyat sudah nampak dan merasakan dengan jelas yang pemimpin-pemimpin BN baik di Semenanjung mahu pun di Sabah Sarawak terlalu mementingkan politik dan kuasa peribadi. Dibawa bersama dalam ‘package’nya ialah rasuah dan salah guna kuasa yang tidak mengenal batasnya.
BN pimpinan TSTM selama ini menguasai pengundi dengan wang ringgit yang besar. Lagi pula pembangkang tidak dapat untuk mendekati pengundi di pedalaman. TSTM selalunya akan menggunakan kuasanya untuk menyekat perjalanan pemimpin pembangkang ke pedalaman dengan tidak membenarkan kapal terbang kecil yang membawa pemimpin pembangkang di kawasan pedalam yang jauh itu.
Jika pihak pembangkang benar-benar hendak pergi ke pedalaman itu mereka terpaksa pergi sekurang-kurangnya seminggu sebelum penamaan calun dan duduk di tempat yang di tetapkan sehingga hari mengundi. Pembangkang tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk menyaingi kemampuan kewangan TSTM seorang. Itu tidak termasuk sumber kewangan yang bertimbun dari Kuala Lumpur.
Walau bagaimana pun adalah terlalu awal untuk memberikan ulasan yang tepat kerana di dalam politik bermacam-macam dan berbagai kemungkinan boleh berlaku. Tetapi alangkah baiknya TSTM bersara sahaja dari membiarkan pemimpin-pemimpin BN negeri dan pusat berhempas pulas untuk mempertahankan BN kerana kerakusan seorang pemimpin seperti TSTM.
Inilah akibatnya jika politik itu dijadikan kepunyaan peribadi dan keluarga seseorang pemimpin.
Kalau pembangkang mendapat lebih dari 20 kerusi DUN Sarawak, itu adalah petanda jelas yg BN akan lebih susah di dalam pilihanraya umum nanti.
ReplyDeleteAsalam saudara aspan,,,,sarawak akan melihat perubahan yg cukup besar pilihanraya yg akan di ada bila bila masa sekarang ? Dengan perubahan rakyat yg semakin ber iya iya mahu perubahan ? Kali ini taib sendiri tidak berani menidakkan pihak lawan ?Kekuatan taib hanya bergantung kepada kaki ampu, kaki rasuah dan kroni mereka ? Kekuatan taib yg paling kuat sekali ada alfulus,,, ada kemungkinan pbb dan bn masih mendapat undi yg cukup , seandai rakyat masih boleh di beli dgn duit ??? Sudah tentu duit yg cukup banyak mampu mengaburi mata pengundi yg buta hati,,,tapi itulah hakikatnya??? Rakyat yg di desa sudah tentu terlalu ramai yg masih kais pagi makan pagi, kais petang makan petang,,,sudah tentu rakyat yg sebegini hanya bisa di beli mungkin sekadar rm 100 shj.? Taib dan regime nya,,, sudah mempunyai cukup dan sangat luas pengalaman dalam bagai mana dan cara memenangi pilihanraya kali ini ??? Taib akan all out kali ini, yg penting menang ??? Soal maruah, tipu, intergriti, tidak menjadi soal yg penting dia masih dgn cm sarawak???...Pbb adalah partikurang lebih bagai umno di malaya ??? Parti yes man, parti pak turut? parti keluarga taib ??? Angin bertiup kencang di kelangan rakyat di bawah,,,untuk mengumban yb2 bn kali ini,,, apakah rakyat sarawak kali sudah bijak ??? atau memang suka di perbodohkan oleh pemimpin yg terang menjadi perompak harta rakyat,,,,sama lah lihat prn sarawak yg akan tiba??? tq
ReplyDeleteApa yang jelas ialah rakyat Sarawak masih kabur tentang masa depan mereka padahal pemimpin mereka sudah lama memperolehi harta yang boleh bertahan untuk 3 atau 4 generasi yang akan datang. Kalau semua diharapkan pada pembangkang dan dengan kemampuan yang terhad untuk bergerak bebas, agak pasti orang Sarawak akan disumpah untuk diperintah TSTM atau keluarganya sahaja sampai hari kiamat. Parti pembangkang dari pusat semestinya menyerahkan tugas berkempen dan memberi kerusi kepada pembangkang negeri kalau hendak membatalkan "fixed deposit" BN dan TSTM.
ReplyDeleteAssalam Tuan Aspan,
ReplyDeleteSuara2 halus yg didengar di S'wak ialah tidak mengapa sumber kekayaan negeri disapu rakyat tempatan (baca Taib Mahmud),itu lebih baik dari kena balun oleh pemimpin Semenanjung..
Sebab itu selama 30 thn rakyat S'wak membutakan mata,memekakkan telinga dan membatukan hati
Saya hanya ada satu perkataan saja utk rakyat Swak:
BODOH
Bijan Hamsor
ayuh rakyat sarawak.tumbangkan taib mahmud.dia dah banyak rompak harta rakyat.billion ringgit harta rakyat di sapunya habis.celaka punya taib.jangan kita di kata bodoh orang luar kerna mempertahankan taib keparat.
ReplyDeletePersoalan yang saudara Aspan Alias ajukan...
ReplyDelete1. sampai bila TSTM hendak menongkat langit?
2. Sampai semua kompartmen balak habis? Sampai semua tanah-tanah negeri terjual?
3. Atau sehingga ada di kalangan ahli keluarga beliau mampu mengambil alih tempat beliau?
Atau apa?
Jawapannya ialah mereka sudah mengiktiraf diri mereka sebagai raja sarawak. Oleh kerana itu perintah sampai mati kemudian digantikan oleh pewaris dan seterusnya digantikan lagi kepada pewaris.... Tidak ada istilah letak jawatan atau serah tugas atau bersara.
Tukar pemerintah bermakna serah kembali harta yang telah dimiliki. Ini juga membawa maksud serah diri ketirai besi.
Tan Sri Taib Mahmud sama seperti pemimpin UMNO Baru dan Barisan Nasional yang lain, berani buat tapi tidak berani tanggong.
Kalah bererti mati..... atau lari tinggalkan negeri lebih mulia dari mati..?
Salam Tuan Aspan/semua,
ReplyDeletePendapat saya yang tak sekolah ni :-
Sejarah sering berulang sebagaimana "mind control" illuminati menyebabkan anak bangsa terus dijajah hasil dari konsekuen dasar Penjajahan yang telah dirangka ratusan tahun dahulu.
Contohnya, setiap hari jarum satu mata illuminati yakni Televisyen dam media masih lagi berperanan mempengaruhi tabiat anak kecil, remaja dan sehingga yang dah masuk isyak pun, boleh terpengaruh.
Secara ilmiah, sajian kehidupan seharian illuminati yang kita amalkan adalah tidak sama dengan apa yang mereka amalkan. Contohnya, jam illuminati, takira jam tangan ke.. atau jam dinding ke.. untuk illuminati adalah anti colockwise, sebabnya mudah, tawaf di Kaabah pun anti clockwise, sistem aliran darah badan kita anti clockwise. Apabila setiap jiwa melawan arus otomatik samada perasan atau tidak, mereka menjadi lemah. Maka yang akan mereka warisi adalah arus kelemahan, arus kebatilan, arus penakut, arus dibawa arus dsbnya. Ini memang sengaja dicipta bertujuan melemah setiap individu selain dari bangsa illuminati.
Setiap makanan di rumah kita samada dari makanan bayi sampai kepada yang dah nak matipun ada unsur illuminati. Wadah yang disediakan nampak perfect, sedap dan menggiurkan. Rupa2nya tak ubah seperti mereka mengilhamkan pornografi yang menghantui manusia kini. Waspadalah semua.
Satu sebab dan punca utama kenapa umumnya terkena pada bangsa kita menjadi lemah yang akhirnya menyangkut kembali kepada rakyat, pemimpin dan negara adalah kerana semuanya dah terbalik.
Di Sarawak, dulu Raja Brooke. Apabila Bangsa sendiri ambil alih, pun dah terbalik. Apa bezanya perangai Taib Mahmud dengan Raja Brooke? Setidak2nya baik lagi Raja Brooke tu kerana hasil perambahan dia di Sarawak adalah untuk melestarikan negara tumpah darah dia sendiri. Brooke tidak merosakkan hutan sebagai sumber kehidupan manusia dan sumber air, malahan melestarikan kehidupan ramai. Tapi sekarang, bila Pemimpin bangsa pegang, habis negeri dan negara jadi broke. Saudara mara disisihkan dan pelbagai penyakit hati tercerna secara tersendiri.
Peliknya cara Pemimpin sekarang ini merambah hasil kekayaan tak ubah seperti esok mereka dah nak mati dengan begitu rakus menggonndolkan apa yang ada. Tidakkah ini membawa kesengsaraan samada pada Pemimpin tesebut maupun kepada Rakyat?
Politik hanyalah sekadar salah satu alat experimen untuk merubahkan sistem kehidupan manusia bernegara. Terbukti pada hari ini kebanyakan negara pengamal politik ala illuminati terutamanya negara Islam, telah menjadi kucar kacir.
Tidakkah ada satu alat pengukur lain yang boleh menyatukan semua kebaikan ini?
Untuk membetulkan Rakyat adalah Pemimpin. Tetapi bagaimana hendak diharapkan kalau "Ketam nak suruh anaknya jalan lurus". Tidak ada maknanya kalau sekadar menang sorak, kampung tergadai.
Inilah persolan dan permasalahannya.
Sama-samalah fikirkan. Ws.
"Teropong Ajaib"