Ibrahim Ali bercakap tanpa berfikir. Tetapi itu tidak memeranjatkan sebab itulah Ibrahim Ali. Kali ini beliau mencadangkan untuk menubuhkan suruhanjaya bagi melucutkab kerakyatan bagi sesiapa yang tidak setia kepada negara. Beliau mencadangkan supaya suruhanjaya ii melucutkan kerakyatan orang yang racist yang boleh memecah belahkan perpaduan di antara kaum.
Ibrahim mencadangkan supaya dilucutkan kerakyatan sesiapa yang memburukan kerajaan serta mengambil tindakan terhadap sesiapa yang menjatuhkan imej negara di mata dunia luar. Selain dari itu beliau juga mencadangkan supaya undang-undang hasutan dipinda untuk melucutkan juga kerakyatan sesiapa yang memburukan kesucian Islam dan sebagainya.
Pertamanya elok kita tanya Ibrahim ini adakah seseorang yang tidak suka kepada kerajaan itu adalah orang yang tidak setia kepada negara? Tidakkah Ibrahim terfikir yang ramai di antara yang tidak suka kepada kerajaan hari ini ialah kerana mereka menganggap kepimpinan kita itu yang tidak setia kepada negara? Ramai di antara rakyat yang cintakan negara terpaksa membenci kerajaan kerana banyak yang dilakukan oleh pimpinan itu merosak dan menjahanamkan negara dalam jangka masa panjang,
Oleh kerana mereka setia kepada negaralah yang mereka melakukan tentangan terhadap perasuah, kerana menerima dan memberi rasuah itu adalah mereka yang tidak setia kepada negara. Jika suruhanjaya ini diwujudkan maka ramailah di antara pemimpin-pemimpin kita yang patut dilucutkan kerakyatan mereka kerana rasuah.
Ibrahim mesti faham yang perasuah itu adalah perompak kolar putih dan tidak ada bezanya dengan perompak seperti Botak Chin yang telah ditembak polis pada hujung tujuh puluhan atau awal lapan puluhan dahulu.
Jika dipandang dari sudut Islam sendiri kita akan lihat dan percaya yang ramai pemimpin kitalah yang paling awal untuk dilucutkan kerakyatan mereka kerana telah merosakan kesucian Islam. Bukan kah Islam mencegah melakukan rasuah? Bukan kah telah berulang kali disebutkan yang perasuah itu di ibaratkan sebagai orang yang memakan daging saudaranya sendiri? Bukan kah itu kata-kata agama kita?
Kalau lah di persetujui suruhanjaya ini di tubuhkan maka saya percaya entah berapa orang sahaja di kalangan pimpinan negara kita yang terlepas dari perlucutan kerakyatan mereka.
Ibrahim sendiri akan menerima nasib yang sama kerana beliaulah orang yang paling lantang menaikan semangat racist di kalangan orang-orang Melayu. Kalaulah Ibrahim dilucutkan kerakyatannya tidak dapat saya bayangkan kerakyatan mana pula yang beliau akan terima selain dari menjadi kerakyatan negara Siam jika di terima.
Pendeknya apa yang di katakan oleh Ibrahim Ali itu elok kita jangan ambil pusing kerana beliau bercakap seperti itu kerana ada udang di sebalik batu. Saya telah pun menulis tentangnya di dalam posting saya yang lepas.
It’s all political talk. Beliau nak cari tempat dan caranya ialah menyaluti diri beliau dengan imej Ultra Melayu. Ada orang yang menjadi ikutan beliau kerana berimejkan Ultra Melayu semasa dahulu telah menaikan beliau kepada puncak kekuasaan negara begitu lama.
Tetapi saya kurang yakin Ibrahim akan berjaya seperti orang yang menjadi ikutan beliau itu. Walau macam mana pun saya ucapkan selamat berjaya kepada Ibrahim Ali. Cubalah Ibrahim! Mana tahu nasibnya baik; dilantik dan di letakan di mana-mana oleh pucuk pimpinan kita.
Salam Tuan Aspan,
ReplyDeleteBanyak sangat komen pasal Ibrahim Ali ne saya rasa kurang faedah. Dia tak dapat mengubah sekulat.
Saya rasa baik tuan tumpukan pada isu Madey yang dah naik minyak, meroyan tahap nyanyu....
malu dapat bekas pm cam tu..
Rasuah adalah kesalahan jenayah tetapi pengkhianatan/treason adalah kesalahan seseorang terhadap keselamatan dan kesejahteraan negaranya sendiri. IA betul dalam hal membawa individu/kumpulan pengkhianat ke muka pengadilan kerana mengkhianati negaranya sendiri tetapi cumanya definisi dan skopnya pendakwaan yang perlu diperincikan lagi.
ReplyDeletePemerhati
Come next 13 GE, Ibrahim is finished unless Umno gives him a safe seat. That is what Ibrahim is fighting for; Perkasa or no Perkasa. Pity those naive malays who blindly followed Ibrahim into Perkasa.
ReplyDeleteDear Aspan,
ReplyDeleteHow r u doing? One thing right about Ibrahim Ali is that you've mentioned is that he simply opens his mouth and shoots at anyone without thinking about his own side and his position. There's still the "jaguh kampung" thing out there even it's now the 21st century. Pity.
Take care.
Dear Aspan,
ReplyDeleteHow r u doing? One point that is spot on is on Ibrahim Ali simply opening his mouth and shooting blabbering but never bother to be more specific enough. A pity figure, and "Jaguh Kampung" is actually irrelevant in the 21st century.
Take care!
Amat pelik bila orang yg berkata2 mcm Ibrahim Ali ni, tak perasan apa yg dikatakan amat tepat mengenai dirinya sendiri.. He shoots at others but unfortunately the bullet bounces.........
ReplyDeleteIA akan terkubur bila mentornya terkubur;
ReplyDeleteOrang tidak tahu Mahathir menipu dalam politik, memperdayakan banyak orang untuk menjadi kerbau dan lembu pawah kepadanya. Selama 22 tahun jadi PM, dalam tempoh selama itu Mahathir melakukan apa saja yang dia suka. Mahathir adalah si diktator demokrasi di Malaysia.
Dengan kuasa yang mengakar tunjang beliau melakukan apa saja. Dengan politik perangkap dan memerangkap dan mencagarkan projek (wang) beliau utuh mempergunakan penyokongnya untuk menjadi hantu dan syaitan.
Orang yang memuja Mahathir hari ini adalah orang yang menerima jasa dan kebendaan rasuah dari Mahathir. Sokongan dan pemujaaan itu diteruskan oleh anak cicit penerima rasuah Mahathir hingga ke hari ini.
Saya atau sesiapa tidak menerima rasuah Mahathir akan membenci Mahathir dari sudut-sudut yang boleh dibencikan. Misalnya mengenai usaha dan pengorbanan Mahathir untuk agama, untuk menyatukan Melayu atau membantu orang miskin. Di zaman Mahathir negara kaya, tetapi rakyat miskin. Inilah yang hendak diatasi oleh Najib apabila PM itu mengumumkan berbagai projek rakyat yang belum pasti akan dicapai dalam masa terdekat.MSO
Minta maaf nama IA tidak sakelumit pun dalam fikiran, maksudnya tak perlu fikir apa apa mengenainya, biarkan nama itu berlalu begitu saja.
ReplyDeletetapi perlu ada oram=ng macam IA ni untuk menyuarakan satu2 isu.. aku salute kt IA sebab dia tak hipokrit cam pemimpin len. dan isu yg dibangkit oleh IA sebenarnya ada maksud yg tersirat. seolah2 isu itu ditujukan kepada pemimpin bukan rakyat sebenarnya ha3.. aku sebagai rakyat tak pernah terasa apa pun bila isu ini disuarakan. cuma kadang2 tu bila difikir ada gak yang bernas dan boleh diterimapakai..
ReplyDelete