PKR ulangi cabaran untuk mengadakan debat di antara Najib dan Anwar dan cabaran ulangan ini dinyatakan dengan terbuka oleh salah seorang Naib Presidennya iaitu Nurul Izzah Anwar. Cabaran ini telah dibuat beberapa bulan dahulu oleh Anwar tetapi ditolak oleh Najib dengan bermacam-macam alasan tetapi bukan bersebab.
Saya berkeyakinan Najib boleh mengambil kesempatan jika beliau benar-benar terbuka dan yakin beliau telah melakukan yang terbaik dan diterima rakyat dan akan dapat membuktikan apa juga yang dicadangkan oleh PR itu tidak akan dapat menandingi apa yang telah dilakukan oleh beliau (Najib).
Di dalam perdebatan itu jugalah Najib mempunyai kesempatan untuk menidakkan buku jingga anjuran PR itu tidak baik dan membuktikan yang negara akan bangkrap jika dilaksanakan apa yang ada di dalam buku jingga itu.
Jika benar Najib mempunyai kelebihan dari perancangannya beliau tidak akan ada ‘hessitant’ untuk menerima cabaran itu. Hanya jika beliau tidak ada keyakinan untuk memberikan perbahasan yang baik sahaja yang boleh menyebabkan beliau keberatan untuk berdebat. Tidak ada alasan yang lain kenapa perdebatan ini tidak diterimanya.
Pihak kita telah berulang kali dan sentiasa memberikan persepsi yang apa yang dilakukan oleh PR itu tidak boleh dilaksanakan. Didalam berdebatan ini jugalah Najib boleh membuktikan yang PR itu hanya berangan dan tidak akan mampu untuk melaksanakan apa yang dirancangkan oleh ‘coalition’ pembangkang itu.
Najib tidak boleh bersikap defensif di dalam isu perdebatan ini. Rakyat ramai tahu dan boleh ‘menyelam air di dalam tunggak’ dan cara yang paling effektif bagi Najib untuk memberikan perbahasan yang apa yang dirancang oleh pihak pembangkang itu ada mustahil untuk dilaksanakan.
Apabila rakyat sudah dapat membaca dan ‘menyelam air di dalam tunggak’ itu maka pihak ramai akan mula memberikan pandangan masing-masing dan kepada siapa yang menunjukan keberanian itu membuka perancangannya, pihak itulah yang akan diyakini oleh pengundi di dalam pilihanraya nanti.
Pihak kita tidak boleh lagi memberikan alasan yang PR hanya tyemberang kerana pihaknya telah meminta perdebatan secara terbuka. Tindakan ini sahaja akan memberikan kelebihan kepada PR. Jika apa yang pihak kita kata yang mereka itu temberang maka di dalam perdebatan itulah Najib ambil kesempatan untuk membuktikan tuduhan kita benar. Jika Najib berjaya membuktikannya pihak kita tidak aka nada masalah untuk berkempen selepas itu dan tidak payah lagi kita menggunakan tektik yang tidak beretika untuk memenangi pilhanraya itu nanti.
Jika kita tidak beranai menghadapai cabaran ii akhirnya nanti rakyat akan membuat persepsi yang pihak kita adalah pihak yang sebenarnya temberang dan pihak yang takut untuk menghadapai manusia yang digeruni oleh pihak kita.
Kepada DS Najib, jika kita betul-betul di pihak yang benar, jangan ditangguh lagi. Terima sahaja cabaran dari mereka. Jika kita bukan dari pihak yang benar-benar, pandai-pandailah memberi alasan untuk menolaknya. Tetapi untuk memberikan alasan menolaknya itu merupakan satu usaha yang sangat berat untuk dilakukan.
Sekarang bola di kaki DS Najib. Tendanglah kemana yang beliau rasakan arah yang baik. Kita tidak boleh ber’taici’ lagi. Rakyat sedang memerhatikan kita dengan begitu dekat sekali.
hai tak abis-abis lagi kau Aspan.Buat apa nak dilayan yg pandai cakap Putar Alam tu...orang pon dah boleh nilaikan.Saudara ni mmg pro Pembangkang.
ReplyDeleteAsalam saudara aspan,,,, mungkin kali yg kedua ini najib akan sambut cabaran debat oleh anwar ??? Tidak mungkin najib bisa lagi memberi alasan yg kurang bijak, dan merugikan umno, rakyat memang membuat permahatian tentang beranikah sang jaguh umno najib berdeb dgn anwar?... Kali ini sudah tentu najib lebih yakin,,,sudah agak lam menjadi pm ? Tiap tiap hari dan malam dia sering berucap begitu hebat dalam media umno >? Najib akan sambut cabaran kali ini ? Hanya demi maruah dan berselindung dari ketakutan, najib akan menerima cabarab debat, namun ada suara 2 lain yg akan memberi komen, demi untuk keslamat negara, debat harus di batalkan. Tengoklah nanti, inilah strategi najib akan di guna pakai ????tq
ReplyDeleteAtaihpagaq,
ReplyDeleteKalau hang bodoh jangan masuk campur dalam isu ini.
Penulis kata elok Najib terima cabaran untuk berdebat dan di situ kita tengok siapa yang betul.
Hang kata Anwar putar alam. Itu hang kata. Tetapi lebih ramai dok kata Najib lagi putar alam.
Berdebat dulu baru kita tau siapa yg putar alam.
jin aprit.
Salah orang PKR ajak debat. Najib tak dak teloq. Yang ada teloq, Rosmah. Kalau ajak Rosmah berdebat memang di teruih terima. Kalau ajak Najib, dia kena mintak permission Rosmah dulu.
ReplyDeleteFair Request Aspan;
ReplyDeleteMacam mana pulak permintaan kami rakyat marhaen ni;
i. Kami mintak Anwar tanpa berdolak-dalik berikan DNA beliau. Once for All, kami mintak kes liwat beliau diselesaikan dengan kadar segera dengan pemberian DNA ni.
ii. Kami mintak Anuar bermubahalah, yang dia tak pernah meliwat dan tidak 'menyudu' perempuan Cina tu.
iii. Kami mintak Anuar samanlah Ummi Hafilda dan Nala kerana mereka dengan sengaja telah menjatuhkan maruah Anuar.
Fair request kami tu, kan!
Wakil NGO
saya kira sdra Ataihpagaq tidak pernah pegi luar negara,maybe asyik dok di bawah katak tempurung, tak tahu negara lain lagi hebat demokrasinya..untuk makluman di UK contohnya..setiap menteri yg wujud dlm kabinet akan terdapat menteri bayangan (shadow) di pihak opposisi, mereka akan berdebat (dalam Parlimen dan tempat terbuka) menerangkan polisi kerajaan yang memerintah dan opposisi akan berhujah secara jantan mengatakan polisi mereka lagi hebat..dan pengadilnya adalah rakyat.
ReplyDeleteSemasa kempen election UK tahun lalu, PM waktu tu (Gordon Brown) berhujah dengan David Cameroon live dlm tv beberapa kali,so mengapa Msia tidak boleh meniru demokrasi dari bekas penjajah kita ni? ada apa2 lagi alasan ? ataupun sengaja mencari alasan?
Berdebat dalam menghadapi pilihanraya itu biasa dimana-mana negara maju.
ReplyDeleteHanya di negara kita saja yg debat ini tidak ada sebab yang berkuasa takut kisah mereka terbongkar.
Selama ini hanya mereka yang jadi pembangkang sahaja yang terpaksa menghadap segala-galanya itu.
Tak usahlah Najib terima cabaran itu kerana beliau mesti kantoi jika berbahas.
Najibtu bukan nya bersih orgnya. Hanya kuasa yg melindungi keaiban beliau.
john wayne
Apa nak berbahas-bahas lagi!!! Undi aje PR dalam pilihanraya nanti.
ReplyDeleteUMNO mesti di ajar kali ini.
kbb
Saya tidak pernah memaksa debat itu di terima.Saya hanya mencadangkan diterima pelawaan itu untuk membuktikan yang kita benar.
ReplyDeleteKalau dah nak tunjukan sangat kita seolah-olah takut, terpulanglah.
Gasak lah. siapa pula yang paksa. Mungkin takut kalah! Itu saja jawabnya. Kalau berkeyakinan menang berdebat Najib akan menerimanya. Beliau tdak akan beri peluang.
Itu sahaja.
penyokong najib mcm najib jugak, bahas pon entah apa2. x dapat fikir secara rasional langsong. Asyik dgn DNA dan dlm kain. Mentaliti pon dah jadi kelabu & biru x dapat fikir. Najib klu cakap pon guna teks saja mana nak tahu berdebat. terkencing kot bila berdebat. Tapi kalau kat dlm media berapi sampai berbuih mulut. Hampeh x dak teloq punya PM.
ReplyDeleteYang anon otak UMNO nie memang tak panjang akal hampa ;
ReplyDelete- Nak bagi DNA buat apa dah thn 1998 dulu rekod DNA anwar dah ada . Hampa ingat DNA orang ni berubah setiap tahun .
- Nak mubahalah ! hampa tau ka mubahalah tu apa . 1998 dulu anwar dah sumpah tapi otak2 biru sorang pun tak peduli . Masa tak sumpah suruh sumpah ..bila dah sumpah kata tipu pula .
- Nak saman ? agak2 hampa bila saman tu akan dibicara ? saman mahadey pun mahkamah buang ..saman vk lingam yang ada video pun mahkamah buang ... Apa kata hampa suruh Umi Hafilda tu upload 18 klip tu ke internet .. mai sama2 tengok .
memang dah berkarat otak hampa nie ..memang padan la pemimpin UMNO kaut duit banyak2 tinggal kentut ja kat hampa habuan otak biru karat.
Tak yah debat Aspan.
ReplyDeleteBAk kata orang Kalau nak kenal Allah... tak payah susah payah belajar bahasa arab, hafal alquran dan sebagainya..,, lihat aja penciptaan NYA.
Di Selangor... kami beri peluang pada PKR. Kami terpesona dengan segala magical dan wonders yang akan dijanjikan. Lihat aja di Kg Bangi Lama dan Dengkil ni... YAng jelas hanya pembangunan Papan Tanda. ( Papan Tanda Tasbih/Wirid dan lagi satu Papan Tanda Nama Ketua Kampung). Pembangunan lain... ada juga.... bekas bekas air seluas mata memandang.
Jangan kata masa tak cukup lagi,.... kononnya baru 3 tahun.
Jadi kami dah kenal dah Plan Ekonomi Pakatan.
Aku pangkah BN kalau Mat Mongol berani berdebat dgn Anwar!!!!...masalahnya NAJIB NI XDE TELUR....kah...kah...kah...
ReplyDeleteWakil NGO,
ReplyDelete1. Soal DNA Anwar bukan masaalah sangat sebab isu ini sedang dibicarakan oleh mahkamah sekarang ini dalam kes liwat 2. Kita serahkan kepada hakim lah buat keputusan. Ke hang nak jadi hakim ganti yang ada sekarang.
2. NGO hang patut demo pasal DNA ni dalam kes yang tak jadi bicara mengenai kes statutory rape yang berlaku di Melaka tahun 1994 dulu.
3. Hang patut bela nasib mangsa rogol dan. anak yang telah dahirkan dari peristiwa ini kerana sampai sekarang tidak terbela. Kedua beranak tu orang orang malayu islam.
Dari dok sebok nak bela pelacur dalam video tu. Bukan rakyat Malaysia pun, silap2 pendatang haram. Lagipun polis dok siasat, tunggulah hasil siasatan polis.
Elok la NGO hangpa pi tanya kabar anak yang tak berdosa itu. Bela nasib anak tu, cari bapak dia. Dalam setahun dua lagi mungkin anak tu nak masuk sekolah. Kesian budak tu, anak org lain bapak dia org hantar hari pertama. Anak ni......NGO hampa xdak hati perut kaaaaa
Wak Jerman
Bro, what's this thing with 'kita' ??
ReplyDeleteBuku hitam, putih, merah dan terkini iaitu buku hijau Libya hanyalah 'fiksyen-fksyen' politik. Ianya tidak lebih sekadar pemikiran manusia pada satu-satu masa yakni tidak mampu kekal relevan sepanjang masa. Jadikanlah buku hijau sebagai iktibar.
ReplyDeletehe he
anon 19.00..
ReplyDelete;-) aku suka hujah hang..
Sekiranya seseorang itu telus, boleh saja debat. Debat ni tak perlu nak berapi-rapi tapi memadai dengan memberi fakta yang bersahaja. Di USA, calon demokrat/republikan kena debat, lepas tu calon2 presiden pun kena berdebat, siap ada pusingan lagi.
ReplyDeleteSeorang presiden/PM mestilah ada **kepandaian** untuk menerangkan idea kepada sesiapa sahaja, termasuk rakyat. Oleh itu, tidak timbul pasal siapa yang lidah lebih licin dan sebagainya.
Kalau susah sangat, boleh dilimitkan pada 5 soalan misalnya dan soalan itu perlu dijawab oleh Anwar/Najib - tidak perlu bertikam lidah.
Salam tuan aspan, mintak di buang kan link house pk dari blog tuan. Rasa macam x sesuai lah. House pk banyak maki hamun & kata kata lucah. Macam tuan menyokong pulak blog yg sebegitu. X kisahlah sy pro or anti umno tapi harap di stop kan blog. Saya sokong blog sakmongkol, nor bisha dan mso yg banyak hujah yg bernas dan isinya yg memang buat org berfikir secara rasional.jazakallah qhair.
ReplyDeleteAspan...saya tengok pihak yang menyokong UBN membabi buta hanya berbahas dengan 'argument' loyar buruk sahaja.
ReplyDeleteDah tak dapat nak jawab depa pegi bantai personal.
Kepada UMNO kalau nak jatuhkan orang lain, janganlah sampai buat fitnah.
Lama-lama nanti orang tau juga. Tapi tak pa. Nature will act on them.
Juwita...
ReplyDeleteBanyak hujah yg baik2 dan bernas dr pihak penyokong BN tapi tuan punya blog tak nak keluarkan... Its also an agenda to down grade Hujah BN...
Anon 16.55
ReplyDeleteBetul kata anda tu. Banyak hujah pro-BN didelete.
Ramai kawan saya yang beri komen puji BN dan marahkan Anwar didelete.
Kalau tak, takkanlah nampak orang sama yang menyokog PKR sahaja ada tempat di sini.
Encik Aspan tolonglah jadi macam Sakmongkol atau Rocky yang memberi ruang kepada semua beri pendapat.
Anda dah jadi macam Din Merican yang cuma luluskan komen pro-Anwar.
Tapi anda kononnya penyokong BN.
Biarkan apa saja komen. Boleh berdebat secara sihat.
Kalau tak suka, bantailah si pengkomen tu. Mudah saja.
one man one vote.kita tgk sapa yg kena
ReplyDelete