04 April 2011

Di antara Qarun dengan Quran - pilih lah

Dalam proses melakukan sesuatu perubahan ianya memakan masa dan terpaksa melalui berbagai-bagai dugaan dan keperitan, dan itu adalah satu fenomena biasa. Jika perubahan yang hendak di lakukan itu adalah perubahan untuk kebaikan, proses situ akan melalui kepayahan yang memerlukan kesabaran yang tinggi dan tidak berganjak walaupun mendapat himpitan dan tekanan yang besar.

Kata seorang yang muktabar, ‘jalan ke syurga itu berduri-duri dan beronak, tetapi jalan ke neraka itu penuh dengan roti dan keju yang lazat-lazat’. Itu adalah hakikat dan tidak mampu dihalang oleh manusia seperti kita ini yang lemah serba-serbinya. Memang pun Tuhan telah mewujudkan elemen yang berlawanan itu bagi membezakan manusia yang mengikut yang haq dan yang bathil.

Memang Tuhan telah menjadikan umat manusia untuk berjuang dan selalu mentauhidkanNya. Jika tidak ada iblis masakan kita dapat mengasingkan yang mana yang haq dan yang mana yang bathil. Maka kita setiap masa dan saat sentiasa akan di asak oleh kedua-dua elemen ini dalam kehidupan kita. ‘Wahai Muhammad, telah ku jadikan manusia dan jin untuk berzikir kepada ku’, itu lah salah satu dari firmanNya.

Peringatan ini bukan sahaja datang dari Tuhan tetapi juga dinyatakan dengan jelas di dalam adat dan adab kehidupan seharian kita. Kalau dulu-dulu orang tua-tua, lebih-lebih lagi ibu dan bapa kita akan selalu mengingatkan anak-anak mereka yang akan merantau dengan berkata, “kau pergilah mencari kemajuan, tetapi biarlah kemajuan dunia dan akhirat. Selalu ingat kepada Tuhan, jangan lupa solat dan jangan lupa dosa dan pahala.”

Itulah peringatan ibu saya sebelum saya pergi kemana-mana. DAN saya percaya ibu-bapa saudara/i pun akan berkata perkara yang sama. Hanya di zaman sekarang jarang-jarang kita mendengar ibu bapa mengingatkan anak-anak mereka seperti yang dilakukan oleh ibu bapa dulu-dulu. Di zaman sekarang ibu bapa akan berpesan kepada anak yang akan berangkat ke luar negara dengan berkata, “my son, please try your best to earn a first class degree and make sure you come back with scroll that make us proud.”

Tetapi jarang orang berfikir yang pemergian anak-anak keluar negara itu memanglah untuk belajar. Hanya yang perlu di pesan ialah untuk mengingati Tuhan dan sentiasa melakukan yang baik dan menyiahkan yang mungkar. Jika anak-anak itu sentiasa berada di dalam keredhoan Tuhan maka hajat untuk mendapatkan ‘first class’ degree itu akan dikabulkanNya dan sentiasa di dalam keredhoanNya.

Berbalik kepada ujian dan dugaan untuk berubah ini Tuhan telah pun memberikan kita penyaksian yang jelas malalui banyak yang telah berlaku kepada pejuang kebaikan. Nabi-nabi dan Rasul yang maksum itu sendiri tidak terlepas dari cercaan dan penghinaan dari masyarakat yang bathil.

Muhammad di turunkan untuk menyempurnakan agama kita dengan syariat serta hukum hakam yang jelas. Muhammad adalah pembawa syariat dan syariat itu adalah semata-mata untuk menjadikan penganutNya untuk hidup di dalam ‘civility’. Syariat itu adalah untuk melatih kita hidup berundang-undang dan bertemaddun.

Manusia sentiasa diduga setiap saat dengan elemen kebathilan dan memang telah diwajibkan kepada kita sebelum kita lahir untuk berjuang menegakan kebasaranNya dan melawan segala kebathilan yang di ilhamkan oleh syaitan dan iblis. Tuhan juga berfirman bahawa ‘syaitan dan iblis itu adalah musuh yang nyata’.

Di akhir zaman ini banyak dalil-dalil telah kita lihat. Nyata yang kita sekarang sedang hidup di dalam akhir zaman dan dalil-dalil yang nyata berada di hadapan kita sentiasa. Lagi dunia ini sampai kepenghujungnya lagi banyak dalil-dalil ini timbul dan menyatakan keadaan ini dengan terang-terangan.

Di antara dalil-dalilnya ialah manusia mempunyai persepsi yang terbalik. Manusia mengambil yang salah itu sebagai benar dan yang benar itu nampak seperti salah. Yang bathil berkuasa dan di hormati tetapi yang benar akan sentiasa dihimpit dan di tekan dan ada yang dinesta serta dicerca.

Nuh alaihissalam di nesta dan di caci oleh semua manusia di zamannnya. Semua manusia membina persepsi buruk kepada masyarakat yang Nuh adalah orang gila dan tidak boleh dipercayai. Nuh dikatakan gila bila Nuh membina kapal yang besar di tengah padang pasir yang berbukit bukau. Setiap orang termasuk anak dan isterinya telah mencerca Nuh. Noh tetap bersabar dan melakukan apa yang difikirkan baik untuk masa depan manusia yang beriman dan bertaqwa.

Akhirnya dengan kehendak Tuhan berlakulah bah besar yang tidak dapat dikawal dengan kepandaian manusia dan Nuh berasama-sama pengikutnya sahajalah yang terselamat. Selama 800 tahun dari seribu tahu umurnya digunakan untuk membawa manusia zamannya untuk mentauhidkan Tuhan tetapi Nuh hanya mempuntai 81 orang pengikutnya. Setengah ulama menyatakan Nuh mempunyai 83 orang pengikut yang bertaqwa.

Musa alaihissalam juga bersusah payah untuk membina masyarakat yang diredhoi Tuhan. Pengikutnya kecil kerana masyarakat semasa itu lebih percaya kepada Firaun. Firaun yang mengaku dirinya sebagai penguasa yang hebat di dunia ini.

Apa tidaknya; firaun mempunyai kroni yang besar dan kaya raya dan di antaranya ialah Qarun yang telah mengumpulkan harta yang tidak terhingga banyaknya dan harta yang menggunung ini lah yang membuatkan masyarakat menghormati Firaun dan kroni-kroninya. Masyarakat sudah tidak percaya bahawa rezki itu datang dari Tuhan bukannya dari manusia firaun dan Qarun tadi.

Dalam pada itu Musa terkial-kial untuk menyatakan yang benar dan Musa tidak habis-habis mendapat kutukan masyarakat yang dikuasai oleh firaun dan Qarun itu. Sesiapa yang menyebelahi Musa di anggap bodoh dan tidak tahu meletakan diri mereka di tempat yang sesuai. Ramai di antara pengikut Musa di bunuh dan dan hapuskan oleh kuasa Firaun itu.

Sejarah Qarun ini sudah kembali dan kita boleh sama-sama memerhati dan melihatnya dari jauh dan dekat. Kita mesti akui yang apa yang berlaku dahulu itu, ialah untuk kita belajar darinya. DAN apa kah pelajaran yang kita dapati dari cerita firaun dan Qarun ini?

Tidak payah kita ulas kerana manusia yang berfikir dan sanggup bertefakur barang seminit setiap hari akan mendapat jawapan yang benar. ‘Berfikir sejenak itu lebih baik dari beramal sepanjang malam’ kata agama kita.

Hanya yang mungkin boleh kita sebut untuk dijadikan pelajaran ialah, yang mendabik dada kerana kuasa dan menghina mereka yang cuba membetulkan yang tidak baik itu akhirnya kecundang seperti apa yang di alami olih Firaun dan gerombolannya di Lautan Merah itu.Kedua-dua contoh ini menunjukan tidak semestinya yang majoriti itu benar dan tidak semestinya yang minoriti itu tidak benar dan salah.

Jika kita berlumba seratus meter yang penting ialah siapa yang berjaya di akhir perlumbaan itu. Begitu jugalah di dalam kehidupan segala amalan dan ibadah fardhu ain dan kifayah itu adalah semata-mata untuk kita menentukan nasib kita sesaat di hujung kalam kita. Didalam kehidupan kita yang paling penting kita di hargai masyarakat semasa penghujung kehidupan kita.

‘Musa smiled last but the sweetest and he laughed last and the biggest.’ Tetapi di antara kita tentu kita boleh meletakan diri kita samada di pihak Firaun dan Qarun atau di pihak Musa alaihissalam.

Saya mengingatkan diri saya serta mereka yang mahu menerima pandangan ini bahawa yang rakus melakukan rasuah itu akhirnya akan kecundang juga. Qarun telah tertewas dan segala hartanya yang tidak habis-habis itu akhirnya hilang tanpa dapat di kesan.

8 comments:

  1. Salam abang Aspan, syukur kerana berani mengatakan yang benar, dan berkata benar walaupun pahit itulah yang diperintahkan oleh Allah Taala. Salam dari saudaramu...

    ReplyDelete
  2. tuan aspan,

    tuan tak nak ulas apa2 ke tentang YB (Yang Banduan) Lenggeng tu? Najib kata dia masih wakil rakyat, kalau gitu...dia masih dapat elau /gaji wakil rakyat lah ye.. untung la dia...rasuah sapu...gaji sapu...rayu punya rayu naik turun mahkamah sampai PRU 13.. berapa byk duit rakyat diguna bayar gaji dia...alih2 sibuk dgn PRU 13 kes dia tenggelam dan senyap..

    ReplyDelete
  3. Salam

    Syabas.Satu tulisan yg sungguh baik,berbeza dengan tulisan upahan upahan Qarun di blog lain.

    Teruskan menulis semuga Allah memberi balasan kebahagian di dunia dan Jannah.

    Ameen

    ReplyDelete
  4. Salam Tuan Aspan,

    Nabi Musa KalimuLlah dibela oleh Firaun, akhirnya menentang Firaun. Qarun pengikut Musa, akhirnya menentang Nabi Musa.

    kerana kuasa & harta lalu jadilah pesanan ini; "... my son, please try your best to earn a first class degree and make sure you come back with scroll that make us proud.”.. inilah generasi baru yang hanya berilmu tapi bertaraf 'sacred cow'/lembu suci atau generasi ikan ternak yang akan mati lemas bila dilepaskan ke sungai besar. inilah generasi intelek yang matlamat hidupnya hanya cukup makan, yang sepatutnya hidup ini tidak cukup lagi kalau sekadar cukup makan.

    Dalam reality yang ada di depan kita kini, dengan segala dasar, sistem & caragaya hidup - apakah kita banyak terserempak dengan firaun, qarun, abu jahal, abu lahab berbanding dengan Nabi Musa & Imam Ali KarramaLlah.

    atau firaun & qarun sekadar kesah dalam kitab suci yang berlaku ribuan tahun lampau yang tak kena mengena dengan sosok yag ada...

    ReplyDelete
  5. Salam Tn. Aspan/semua,

    Tuan telah membuka bab kunci kebahagiaan dunia dan akhirat. Good. It's relevant in today's uncivilised world kerana hari ini dan hari-hari mendatang, akan menyaksikan terlalu banyak umat Muhammad SAW menjadi umat jahiliyah yang sesat belaka.

    Setiap hari-hari mendatang, akan menyaksikan dunia ini bertambah tua dan perangai manusia bertambah-tambah hodoh dan buruk sehinggalah datangnya hari kegoncangan dunia yang amat hebat dan ratusan kali hebatnya dari kegoncangan gempa di Jepun.

    Akhir zaman penutup segala Nabi ini juga akan menyaksikan semua gerombolan kaum2 dari Nabi-Nabi Alaihissalam terdahulu seperti umat-umat Nabi Nuh, Nabi Musa, Nabi Isa, Nabi Luth, Nabi Hud, Nabi Salleh dan lain-lainnya telah berkumpul membuat kerosakan yang menyebabkan kegoncangan akidah umat Islam amat kuat. Selain itu, Allah juga telah membuka hijab memberi akses kemurahan dan kemudahan untuk mencari kebenaran Agamanya yang HAK. Ini bermakna semuanya dimudahkan Allah.

    Asakan kebatilan memenuhi ruang kebenaran yang akhirnya menyebabkan hanya 1 dari 1,000 manusia yang dikhususkan Allah untuk meneruskan jalan ke syurga manakala lebihan 999 itu menuju ke neraka.

    Akhir zaman ini, tempoh masa manusia dipendekkan sungguhpun jangka hayatnya melebihi usia Nabi Muhammad SAW(60tahun masehi=63 tahun hijrah).

    Akhir zaman ini, Azab juga telah dimudahkan Allah dengan tentera Allah dari gerombolan kegoncangan para2 Malaikat, Tanah, Angin, Air dan Api akan membaham manusia tanpa perasaan disebabkan manusia sudah hilang pertimbangan akal budi mengalahkan haiwan yang melata.

    Di sinilah nantinya pesalah merasakan azab dunia yang tidak terkira menyelubungi mereka. Belum termasuk azab Neraka kerana azab Neraka tiada siapa yang dapat membayangkan kecuali insan yang mempunyai keimanan tahap tinggi.

    Contoh di neraka, bayangkan selepas kehausan dan dahaga yang amat-amat sangat kepedihannya, selama 70 ribu tahun, individu banduan manusia merayu-rayu mendapatkan air dari para malaikat. Maka selepas 70,000 tahun, dengan izin Allah, barulah malaikat menghidangkan air yang berbentuk Nanah dan Darah yang amat-amat busuk baunya sebagai minuman bantuan Neraka dan terkeluarlah segala isi perut peminumnya berterusan sedemikian rupa selama-lamanya. Imbangan bau busuk Nanah dan Darah ini, kalaulah setitik sahaja air nanah atau darah ini jatuh ke bumi, seluruh manusia akan mati mengalahkan radioaktif seluruh muka bumi kerana baunya.

    Malangnya nasi dah menjadi bubur kerana manusia jenis ini berada ditahapan jahiliah(dulu, kini dan selamanya), masih tidak mempercayai ianya didatangkan dari Allah dan nantinya akan terus termangu-mangu dengan fenomena azab Allah ini.

    Percayalah semua di atas adalah benar belaka yang di datangkan dari dalil Quran dan Hadis Nabi SAW di dalam Kutubbusittah.

    Ingatlah manusia hidup untuk mati. Firman Allah swt: "Setiap yang bernafas akan merasai mati". Ini dalil. Firman Allah swt : "Akan aku penuhi isi neraka jahannam dari kebanyakan Jin dan Manusia. Mereka telah dibekalkan hati, mereka telah dibekalkan mata, mereka telah dibekal pendengaran tapi semuanya buta dan tuli bahkan mereka lebih sesat dari haiwan kerana lupa". Ini dalil.

    Ingatlah 1 hari waktu di akhirat, bersamaan 1,000 tahun di dunia ini. Manusia hidup di dunia seperti berhenti di warung minum kopi dan kemudiannya pulang ketempat asal yang kekal abadi selama-lamanya.

    Mudah-mudah peringatan ini dapat membuka akal setiap insan yang belum terlambat demi mendapat petunjuk Allah yang sebenar.

    Wassalam.
    Hamba Allah

    ReplyDelete
  6. Tuan Haji,
    Manusia yg sentiasa dnegki, pemfitnah dan rajin memburu duniawi (mengumpul harta dan pangkat) ini, tidakkah mereka ingat serta sedar yg maut bakal menjemput tanpa diduga? Demi secebis ketaksuban untuk kemewahan, mereka lupa utk bertaubat sebelum kembali keRahmatullah. Kalau setakat menyebut esok lusa boleh bertaubat, bagaimana pula jika kita berdosa dgn sesama manusia?
    Andai kita masih ada waktu esok atau lusa, boleh lah kita bertaubat, tetapi adakah lima minit akan datang menjanjikan waktu kita masih ada? Apakah natijah dari kematian kita itu, kesyurga ataupun keneraka? Ingatlah, walau harta kita menimbun dan pangkat kita setinggi alam maya sekalipun, kita tidak akan dapat membeli nyawa kita kerana ia adalah kepunyaan Allah Azzawajalla.
    Dengan ini saya mohon fikir fikirkan lah dgn mendalam kerana kita bakal dipertanggunjawabkan apa juga tindak tanduk kita sewaktu hidup di dunia di depan Allah di Yaumil-Mahsyar kelak.

    ReplyDelete
  7. Diakhirat nanti bukan sahaja perasuah dan jemaah qarun dan yg seangkatan dgnnya akan memasuki neraka, malah nasib kita jug belum diketahui akan baik dan buruk balasan yg bakal diterima.
    Tiada siapa dan tiada apa yg boleh menyelamatkan kita melainkan iman dan amal soleh.
    Qorun kaya, saidina osman juga kaya tp ke dua2nya menerima pembalasan yg berbeza.
    Firaun penguasa, nabi sulaiman jg penguasa tap nasib mereka berbeza.
    Kejayaan atau kegagalan disisi tuhan bukan terletak kpd kuasa atau harta spt yg telah diberi kpd firaun, nabi sulaiman, qorun mahu pun saidina osman. Kejayaan adalah kerana keimanan dan ketaatan. Kegagalan adalah krn kekufuran dan engkar kpd tuhan.
    Apa juga kelakuan buruk yg diberi nama spt rasuah, zina dan judi ia termasuk dlm kategori dosa. Apa juga amal baik termasuk dlm kategori pahala tetapi akhirnya semua itu bukan ukuran yg boleh digantikan dgn syurga atau neraka. Yg menentukan adalah samada kita beroleh dan berada didlm rahmat tuhan atau didlm kemurkaannya.
    Oleh itu carilah dan buatlah sesuatu yg allah suka dan jauhilah sesuatu yg allah tidak suka. Itulah kehidupan yg sebenarnya.
    Jgn sesekali kita lupa nasib burung tiong terlatih. Setelah dilatih oleh tuannya, begitu petah ia beri salam dan ucap kalimah shahadah dan ucap selamat pagi tetapi apabila disembelih, ia tak boleh ucap itu semua melainkan akan keluar suara kesakitan sebenar. Maksudnya ilmu sgt beebeza dgn iman dan amal. Ilmu tidak menentukan kejayaan kita diakhirat. Yg menentukannyabialahbsejauh mananiman dan amaknkita beeadabdibwh rahmatNya.
    Salam.

    Sampaikan olehmu walau satu ayat...

    ReplyDelete
  8. http://www.alquran-melayu.com/24-an-nur/

    Dalam perkara2 begini sangat diharapkan kita orang2 Islam bertindak mengikut hukum2 yang telah ditentukan Allah.

    Sila rujuk surah An Nur ayat 11 hingga 21

    ReplyDelete