Seperti apa yang telah dikatakan oleh blog ini dan banyak blog yang lain serta pandangan dari banyak pihak, Taib Mahmud ini lebih banyak membawa masalah kepada BN dari membawa kebaikan dalam pilihanraya di bumi kenyalang ini.
PM Najib terpaksa berkerja keras untuk meyakinkan rakyat Sarawak yang Taib akan bersara tetapi sampai kehari dan saat ini Najib selaku Pengerusi BN kebangsaan tidak dapat memberikan tarikh yang muktamad bila Taib akan bersara dan meninggalkan politik Sarawak.
Lebih malang lagi Najib tidak lagi memberi tahu rakyat siapa yang akan menggantikan Taib. PR telah siang-siang lagi memberi tahu siapa yang akan menjadi Ketua Menteri jika PR memenangi hati rakyat dan mendapat mandat dari mereka. Setidak tidaknya rakyat sudah tahu siapa yang akan menjadi KM jika barisan pembangkang memenangi pilihanraya ini.
Situasi yang tersepit seperti ini tidak sepatutnya berlaku jika kepimpinan BN dapat merasakan apa yang berdenyut di dalam nadi rakyat kerana terlalu lemah untuk membuat keputusan yang drastik untuk meredakan perasaan marah rakyat terhadap Taib. Kelalaian pimpinan BN menyelesaikan isu ini menyebabkan keadaan begitu genting bagi BN dan jika berlaku penolakan rakyat jangan dipersalahkan rakyat.
Sentimen yang kuat dengan BN memang nyata, tetapi oleh kerana Taib masih berkeliaran dalam BN maka rakyat sudah hilang sabar kerana rakyat telah memberikan signal sebegitu lama kepada BN supaya Taib mesti bersara. Tetapi malangnya BN masih lagi meletakkan Taib sebagai calun dan ini merupakan ‘spoiler’ yang amat ketara kepada BN yang pada pandangan setengah pihak sedang berada seperti telor di hujung tanduk.
Kalau benar seperti yang dikatakan oleh PM Najib yang BN ada pelan peralihan kuasa belioau mesti menghebahkan kepada rakyat siapa yang akan menggantikan Taib dan bila peralihan itu akan berlaku. Kedua-dua isu ini adalah isu yang sangat penting kerana jika rakyat percaya dengan janji Najib itu, tetapi apabila sampai masanya orang yang akan menggantikan Taib itu serupa dengan sikap dan perangai Taib maka rakyat akan mengalami kekecewaan lagi.
Rakyat Sarawak ingin tahu siapa dia yang akan menggantikan Taib kerana ini isu penting. Jika beliau digantikan dengan orang yang tidak diyakini oleh rakyat maka rakyat akan terpaksa menunggu lima tahun lagi untuk menggantikannya. Sampai bila rakyat hendak diperdaya dengan janji yang tidak jelas ini.
Isu masa pun penting. Rakyat nak tahu bila kerana ini adalah isu penting. Rakyat tidak mahu pemimpin berjanji seperti menanti hari kiamat. Kita tidak tahu bila hari kiamat. Tiada siapa yang boleh memberi tahu sesiapa bila hari akan kiamat. Jelas kedua-dua isu ini merupakan isu yang di sebut-sebut oleh mereka dari Sarawak yang saya kenali.
Kalau Najib benar-benar telah ada calun penggantinya, nama pemimpin itu mesti diumumkan sekarang (sebelum hari mengundi) bagi rakyat membuat penilaian.
Jika kita serius untuk memanangi pilihanraya ini dengan senang kedua-dua isu ini wajar diselesaikan sekarang. Sepatutnya Taib tidak di turunkan lagi sebagai calun. Jika Taib tidak diturunkan sebagai calun keadaan yang kita hadapi ini tidak akan seberat sekarang.
Seperti juga rakyat di mana-mana negara, kesabaran mereka ada hadnya. Jika sudah melampaui batas sempadan kesabaran itu maka kita tidak boleh menyalahkan sesiapa lagi terutamanya pihak parti pembangkang. Kita selalu menyalahkan parti pembangkang kerana kesalahan kita sendiri. Kita tidak pernah bersalah tetapi rakyat membenci kita.
Sambutan yang diberikan terhadap perjumpaan dan rally politik di antara BN dan PR malam tadi di Bandaraya Kuching menampakkan dengan jelas betapa jauhnya perbezaan di antara sambutan kedua-dua belah pihak. Rakyat berduyun-duyun memenuhi ceramah besar-besaran PR sedangkan ceramah umum yang dihadziri oleh PM Najib tidak mendapat sambutan. Semuanya adalah kerana penolakkan rakyat terhadap Taib.
Rakyat tidak mahu lagi mereka di jadikan seperti dahan bengkok, untuk kera-kera meniti membaham buah-buah yang lebat itu. Rakyat tidak mahu lagi di perlakukan seperti kerbau di sawah; di paksa membajak tetapi hasil padinya di makan oleh tikus-tikus gemuk yang lapar di kepuk padi. Secara beransur-ansur rakyat sudah tahu yang negara ini mereka yang punya, bukan kepunyaan pemimpin-pemimpin.
Rakyat sudah mual dengan sikap kepimpinan yang menggunakan media untuk memperkecilkan pihak lain sedangkan isu yang besar tentang mereka begitu jelas dilihat oleh rakyat segenap lapisan.
PM Najib nampaknya tidak ada masa yang mencukupi untuk memberitahu rakyat perancangan beliau untuk Sarawak kerana masa beliau ditumpukan untuk mempertahankan Taib yang sudah tidak lagi disukai oleh rakyat negeri itu.Itulah sebabnya banyak negara menjadi kacau bilau kerana pimpinan yang sudah tidak diterima masih lagi bergayut kepada kuasa.
Pengakhir kata, Najib hanya mempunyai beberapa hari sahaja lagi untuk menyelesaikan masalah ini. Najib perlu melakukan tidakkan yang berkesan. Kita berharap Najib akan mengambil keputusan muktamad kerana selalunya Najib amat popular dengan sikapnya yang selalu berubah-ubah dan tidak muktamad.
Keadaan BN begitu kritikal, kalau tidak masakan PM berkubang selama enamhari untuk mendekati terus rakyat yang sudah hilang keyakinan terhadap Taib.
Memanglah, betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dalam hal Sarawak ini kesalahan datang dari kita sendiri. Jangan sekali-kali menyalahkan orang lain. Ingat, negeri Sarawak itu rakyat Sarawak yang punya, bukannya Najib atau Taib Mahmud.
Jangan di nafikan hak rakyat Sarawak untuk memilih siapa yang mereka mahu. Kita tidak boleh terus-terusan memenangi pilihanraya kerana ‘intrigue’ politik, tetapi mesti memenangi jiwa rakyat dengan ‘merit’ yang ada kepada pemimpin-pemimpin kita.
Kita perlu akui Taib tidak lulus dalam ujian NKRA politik yang dilaungkan oleh Najib. Kalau Najib luluskan juga Taib dalam NKRA itu maka elok diketepikan sahaja ‘acronym-acronym’ yang begitu banyak yang dianjurkan oleh PM Najib kita.
Seperkara yang wajar diakui; BN Sarawak sudah hilang hidayahnya. Jika hidayahnya masih ada masakan Taib masih lagi mengetuai BN negeri itu?
Ini adalah maklumat dalaman, BN mahu Taib bersara jikalau Taib tidak mendapat 2/3 mandat rakyat. BN berharap majoriti BN akan menurun di Sarawak dan Taib boleh di paksa bersara, sepertimana yang di lakukan degan Tun Abdullah Badawi. Tetapi malangnya, BN tersilap hitung kebencian rakyat Sarawak terhadap Taib begitu mendalam, sehingga BN risau yang BN boleh kehilangan majoriti di Sarawak. Sebab itulah, PM terpaksa turun padang.
ReplyDeletePada pendapat saya, langkah in sudah terlambat, BN mungkin tumbang di sarawak kali ini.
"Kita tidak pernah bersalah tetapi rakyat membenci kita." memang benar Tuan Aspan, selama 50 tahun BN memerintah mereka tidak pernah membuat sebarang kesalahan. Justeru, mereka tidak pernah meminta maaf kepada rakyat. Mereka sentiasa mendabik dada.Mereka saja yang terbaik.mereka saja yang mampu memerintah. Sebagai rakyat kebencian saya pada BN sudah sampai ke tahap maksima. saya redha kalau Malaysia ini dilanda tsunami (hatta saya mati sekalipun mahupun kehilangan semua orang tersayang) asalkan semua pemimpin BN yang penuh hipokrit ini lenyap dan timbul satu generasi baru yang dapat mengambil tampuk kuasa dengan adil dan saksama.Kenapa,Allah tidak menjadikan tuan saja PM? atau takut bila tuan berada di atas, tuan juga menjadi seperti mereka? Waalahualam.
ReplyDeleteTuan, kenapa kelantan yang dipimpin oleh PAS yang sama melayu yang sama Islam tapi tidak sudah-sudah BN mahu menawan balik? Dalam hal media, kenapa kita tidak boleh menjadi seperti Mauritius yang kalau dilihat didalam peta hanya sebesar TITIK tetapi mengamalkan demokrasi yang matang yang jauh lebih baik dari kita. Semasa pilihanraya umum mereka tahun lepas, saya berkesempatan berada disana. Di berita TV nasional liputan diberi secara saksama kepada kerajaan pemerintah dan pembangkang.Siaran berita menunjukkan PM berkempen selama 10 minit di kawasan kempen kemudian diikuti oleh ketua pembangkang di kawasan lain. Kemudian ahli perlimen kerajaan dan diselang seli dengan ahli parlimen pembangkang.Bila ditanya secara rambang kepada 80% rakyat, mereka memangkah 1 utk Kerajaan dan 1 untuk pembangkang kerana mereka percaya, kalau kita tinggal semua affair kepada kerajaan tanpa ada check and balance dari pembangkang, maka rakyat akan diperkudakan oleh parti yang memerintah.
Encik Aspan,
ReplyDeleteFirstly, my apologies because my comment is slightly deviate from the present topic.
Since our PM, DPM and perhaps almost entire cabinet are in Sarawak campaigning , it beg a question "Who is in-charge running the nation".
I think majority of the public beginning to wonder the politicians that we put into office are more focus on running their politics than focusing running the country.
Our elected politicians need to reminded... again and again.;.there is always time and place for politics. But definitely not all the time. The nation need their undivided attention to solve problems of the nation that seems to get bigger everyday. If the government have the sound policy for the public, there is no reason to fear that their party of partners could not be elected.
kita pun pelik..law of the junggle digunapalai oleh umnongok/bn selama ini
ReplyDeleteTuan Aspan,
ReplyDeleteFor BN to retain or to remove TS Taib seems like a double edged sword at this very moment.
IMHO, if the PM removes him immediately from the current elections, the negative implications will be much greater in the sense where the business & middle class Melanau/Iban/Chinese vote will be swung as high as 50% to the opposition due to Sarawakians' regionalist outlook.
One must concede that S'wakians has seen the prime example where their closest neighbour (Sabah) has not developed into what had been promised after UMNO took over. They would not like a repeat where the Federal Govt & peninsula political party officials often has the final say in the state.
I also believe as of today, the issues had already went beyond anti-Taib sentiments. The opposition could easily exploit autonomous issues such as the Petroleum deal to generate more discontentment towards the Fed. This will only backfire more towards the BN.
Therefore, it is better for PM to thread this issue carefully ONLY after the Sarawak elections.
Nevertheless, all is not lost for BN as there are still plenty of supporters holding faith in BN and I sincerely hope they could hang on to at least 30 seats to ensure effective check & balance in the Sarawak's State Legislative Assembly should the opposition win miraculously this time.
ada kemungkinan tak KM nie mengumumkan undur diri sehari sebelum buang undi? jika berlaku apa reaksi org sarawak? Adakah masih merestui PR atau kembali ke BN?
ReplyDeleteRancangan wanita Islam Safiyya TV9 jauh daripada konsep Islam
Tuan Aspan
ReplyDeleteIt is plain simple. Sarawakian are fed up with the Politic Of Development as envisaged by Tan Sri Taib. Nothing in that Policy benefits the rakyat but instead to himself, family and cronies. Just you go to the outskirt of the city, saya malu la tengok rakyat yang miskin. The difference between the rich and the poor is immeasurable. Mana itu duit dari balak, minyak dan gas. High time to change tyres and tubes together.
kehadiran PM dan TPM memberi gambaran bahawa masa depan sarawak di ambang kehancuran..apa pun teori yang mengatakan kekalahan minima memang dirancang untuk memaksa taib mahmud bersara ianya hanya satu teori yang barangkali ada kebenarannya tetapi yang hakikiatnya rakyat sarawak sudah bosan dengan pembohongan taib mahmud tetapi tidak bersedia kehilangan pemerintahan kepada kerajaan lain..mereka hanya perlukan hero untuk mengasak kerajaan yang sedia ada.. ianya juga berlaku di semenanjung..justeru itu najib terus relevan dan anwar pun relevan di dalam menuntut keperluan semasa ini walaupun najib dan anwar mempunyai masalah peribadi yang serius hanya yang membezakan keduanya i yang akan menggunakan kelebihannya dari semua sudut..
ReplyDeletesalam tuan aspan..saya rasa taib tak akan berundur kerana bini baru beliau tak suka duduk umah seharian nak melayan orang tua kerepot ni..kalau jadi KM lagi maka isterinya akan sibok menjadi perhatian rakyat sarawak dan sibok dengan tugas sebagai isteri KM..Kalau kawin je dapat duit tapi takda kuasa dan glamour takda makna..maka taib mahmud akan terus menjadi KM..itu teori sya je.
ReplyDeleteTaib's reluctant to name a successor. Isn't reminiscent to us that Koh Tzu Koon did exactly that before the 2008 12 GE. The voters of Penang showed him the exit door. The voters of Sarawak may do exactly that in the 10th State Election.
ReplyDeleteMeskipun PKR merudum banyak sebelum ini tetapi kubu kuat PKR tetap tidak roboh.
ReplyDeleteDalam konteks yang sama, sebanyak mana PR mahu menunjukkan jalan keluar buat BN tetapi kubu Pak Taib akan tidak akan tergugat.
Pelayar Blog Politik
en aspan, untuk apa kita masih menyokong BN lagi? siapa tak sayang parti melayu jika ditanya kepada orang melayu. apatah lagi parti yang beragama islam!
ReplyDeletejika parti yang mengagung2kan islam menang, tapi haram sepatah pun nilai2 islam tidak digunapakai... baik parti bukan islam yang adil kepada rakyat untuk mereka pilih.
sudah terang lagi bersuluh akan kebebalan dan kebodohan BN, akan tetapi sebagai orang yang suka akan kebebasan memilih, ambo tak dapat menolong orang lain memilih parti yang mereka suka atas sebab masing2.. takkan kita masih bodoh untuk memilih?
apapun ambo TETAP BERIMAN DAN YAKIN, barua2 BN khususnya SPR dan beberapa jabatan kerajaan lain akan terus menerus dipergunakan BN tanpa rasa bersalah sedikitpun kepada rakyat! anjing2 inilah patut BN ketepikan terlebih dahulu jika mahu menang dengan bergaya, tunjukkan kejantanan sendiri.. ini tidak, semua instrument kerajaan diperguna semahu2nya oleh BN yang mana rakyat yang maha tidak bersekolah dan tidak ada sijil untuk meneruskan kehidupan pun naik bengang dan menyokong pembangkang dan mempunyai tahap kebencian kepada BN ditahap gaban...
kalau dulu politik Sarawak bebas elemen kaum, bangsa dan agama tetapi apabila persaingan kerusi terhadap kuasa bertambah sengit tidak dapat tidak politikawan hanya ada isu agama, bangsa dan kaum untuk dimainkan bagi meraih sokongan. apakah perkembangan ini sihat?
ReplyDeleteFikir-Fikirkan