BN telah berjaya mengekalkan mandat 2/3 di dalam pilihanraya negeri Sarawak, sabtu lalu tetapi terpaksa berpuas hati dengan kehilangan 8 lagi kerusi ke tangan pihak yang bertentangan. BN juga telah kehilangan banyak undi kalau dikira dari segi jumlah undi yang dibuang untuk pembangkang.
Pada keseluruhannya keputusan itu boleh di simpulkan yang BN bertambah lemah sedang PR bertambah kekuatannya dengan memenangi 7 lagi kerusi dan satu kerusi melalui calon bebas. BN tidak selayaknya merasakan yang mereka itu masih sekuat dahulu.
Tumpasnya hampir keseluruhan calun dari SUPP kecuali enam dari 19 yang dipertandingkan itu membayangkan bahawa rakan kita Cina di Sarawak ingin bersatu di bawah DAP. Kecundangannya Presiden SUPP George Chan merupakan tamparan yang sangat hebat kepada BN khususnya SUPP. Di antara 6 kerusi yang dimenangi oleh SUPP, 4 daripadanya adalah calun Dayak di kawasan majoriti Dayak. Keempat-empat itu ialah Opar (Ranum Mina), Bengoh (Dr Jurip Susil)dan Simanggang (Francis Harden |Hollis), Engkilili (Dr Jonical Rayong Ngipa). Ini bermakna SUPP hanya mempunyai 2 calunnya yang menang dari kaum Cina.
Nasib SUPP adalah sama seperti nasib Gerakkan dan MCA di semenanjung kerana Cina mahu bersatu di luar parti traditional mereka dan memilih DAP sebagai payung perjuangan mereka. Kalau trend ini berterusan makan pada masa yang singkat sahaja kaum Cina akan mempunyai hanya satu badan siasah yang mewakili mereka, iaitu DAP.
BN juga telah mengalami penghakisan sokongan dari beberapa kawasan yang di dominasi oleh kaum Iban dan beberapa kerusi yang di dominasi kaum ini yang dimenangi oleh BN telah ,mengalami kemerosotan majoriti yang ketara, terendah di dalam sejarah pilihanraya Sarawak. Sekarang jelas sokongan dari kaum Iban tidak lagi boleh diambil ‘for granted’ lagi.
Apa pun analisa yang kita lakukan, hanya DAP dan PKR sahaja yang menapak kehadapan di dalam pilihanraya ini dengan penambahan bilangan perwakilan mereka di dalam DUN Sarawak. PBB hanya kekal dengan 35 kemenangan, sedangkan rakan komponennya SUPP, SPDP dan PRS mengalami kemerosotan bilangan kerusi yang mewakili mereka di DUN Sarawak.
Kata perbilangan, ‘lulus jarum lulus kelindan’. Hanya kata-kata politik sahaja yang akan menafikan kemaraan sokongan kepada PR di Sarawak, tetapi pada hakikatnya Pakatan Rakyat sedang secara tangkas sudah mengambil tempat semaian bagi melebarkan pengaruh mereka di bumi kenyalang itu.
Walaupun BN telah memenangi 55 kerusi tetapi dari jumlah undi yang dipungut oleh BN sangat jauh merosot jika di bandingkan dengan pilihanraya 2006 dahulu.
Dari hampir 700 ribu pengundi yang keluar membuang undi, jumlah yang diperolehi oleh DAP dan PKR jika dicampurkan hampir 300 ribu (termasuk yang di perolehi oleh SNAP) sedangkan jumlah yang diperolehi oleh BN melalui 55 kerusi yang dimenangi mereka hanya dalam lingkungan 370 ribu sahaja. Angka ini melambangkan yang BN sedang mengalami kemerosotan undi yang ketara dan tidak pula kita tahu cara mana masalah ini mampu diatasi.
Imej BN kepada mata rakyat tidak boleh dinafikan sedang menurun. Hanya BN mendapat kelebihan infrastruktor dan kekuatan kewangan sebagai pihak yang memerintah sahaja yang membawa kemenangan kepada mereka di dalam pilihanraya tersebut.
Tentunya BN pusat tidak boleh mendabik dada yang kemenangan di Sarawak boleh dijadikan ukuran yang BN sudah kembali pulih dari kemurungannya sejak akhir-akhir ini.
Kita mesti mengingati kembali sejarah yang masih baru dalam ingatan kita; dengan hanya beberpa kerusi yang dimenangi oleh pembangkang pada pilihanraya 2004 dahulu dinegeri-negeri Kedah, Trengganu dan Selangor mereka telah mampu menguasai negeri-negeri tersebut dengan mudah pada tahun 2008 yang lalu.
Kalau di Semenanjung kita menjadikan kejayaan kita mempertahankan kerusi-kerusi dalam pilihanraya kecil kita boleh menganggap kita telah kehilangan kerusi-kerusi di kawasan yang penting di Sarawak jika kita anggap pilihanraya di negeri itu sebagai pilihanraya kecil di 71 kawasan secara serentak.
Kita mesti mengakui hakikat yang kita sedang kehilangan banyak kerusi serta sokongan. Malu juga untuk berbangga-bangga dengan kemenangan itu kerana kita tahu yang kemenangan BN itu adalah disebabkan kempen sokongan yang kuat melalui kuasa wang dan kuasa eksekutif kerajaan semata-mata.
Kekuatan pengaruh sebagai pihak yang memerintah kerajaan itu ditambah pula dengan dukongan media massa cetak dan letronik seperti TV3, RTM dan yang lain-lain itu lah yang membolehkan BN mencapai kemenangan itu.
Kalaulah pertandingan itu diadakan di ‘even playing ground’ belum pasti kita akan mencapai kejayaan itu. Pendeknya kita harus mendapat sokongan secara ‘legitimate’ sebelum kita mengaku sebagai pihak yang hebat dan kuat.
Bercakap berkenaan 'even Playing Ground' bagaimana harus ada ven level playing gronud apabila BN memenangi 55 kerusi dengan purata 7,000 undi sau kerusi sedangkan Pakatan memenangi 15 kerusi dengan undian purata 20,000 undi (hampir 3 kali ganda bagi setiap kerusi). Adakah akan ada pemnsepadanan semula dengan mengecilkan lagi kerusi BN dan membesarkan lagi kerusi pengundi yang menolak BN? Benar, kerusi Pakatan kebanyakan dimenangi di bandar tetapi wajarkah peratusan perbezaan pengundi yang melampau sedangkan kerusi yang diwakili tidak melambangkan pola pengundi yang sebenar? Bilakah malaysia akan berubah... benarlah bak kata Isham Rais, jika Pilihanraya boleh merubah negara sudah tentu pilihanraya akan diharamkan.
ReplyDeletePaling ketara serta pelik apabila Taib mahmud dengan segeranya mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri walhal pada kebiasaannya keesokkan harinya atau Isnin baru mengangkat sumpah... takut pada bayang-bayang sendirikah atau takut PM memintas dengan calon KM yang lain?
1) The original version is about 22 minutes, in high definition, in proprietary i-catch format, converted to general format for playback with general video player. The youtube version is about 2 minute, low-definition and part of the face blurred by Anwar Supporters.
ReplyDelete2) In the beginning, before Anwar & Eskay switch off all lights in the room, the i-Catch camera were recording in colour. That is why eskay shirt (green) and Anwar’s face are seen in color.
3) When Anwar switched off all lights (except bath room’s), then the i-catch CCTV technology automatically switched to night-vision mode. Hence, it became black-and-white.
4) i-Catch CCTV technology is very advance. The reason for the 4 cameras to be positioned close to each other is for the technology to process the vid with pixel-noise-cancelling software (algorithm), hence making the quality very clear.
5) Anwar has been proofed by many journalist not tweeting during the prostitute session. Only Anwar’s Supporter websites claimed he is tweeting..
6) About the big-belly issue. Everyone, including me, when captured in video will look “fatter” than we really are. That is very common problem with camera angle. Most cameras are not meant for Cinema/Movie Production. Furthermore, Anwar is not that slim either. The man in the video has a very common shape of 60+ years old man. FYI Anwar is 64.
7) Janggut/Goatee – In the original version (clear high-definition 22 minutes), the goatee or “Janggut” is very visible. Not only that, even the “mole” or “marking” in Anwar’s face (right cheek, mid face) is also visible.
Only in the 2 minutes youtube low-resolution version, the Janggut can’t be seen clearly. It is actually there, but anwar’s supporters can’t see it.
Thai banner/subtitles – In the original version, there is NO thai “banner” in the video. Ask any of the 20+ journalist who watched it.
No Thai subtitles/words in the original version. It only appears in the low-quality, youtube version.
9) DAP supporters said: “We don’t care if Anwar frequently use prostitute service or not. If he can rule this country, we will vote for him.”
A very stupid statement. If a political leader frequently use prostitute services, he is very likely to relay secret and confidential information about our government, defence & economic information to prostitutes connected with foreign intelligents like CIA, M15
10) PAS supporters said “Distributing & showing porn material to the public IS A CRIME”.
Yes, pornography business & distribution it is a crime. But for revealing that certain political leader is corrupt or have a very low moral (Vijandran, Chua Soi Lek & Anwar), it is not a crime. Everyone including you and me WANT To KNOW the TRUTH because these people are leaders. Leaders should have integrity & honour, not corrupted with prostitues scandals and lies.
————— Rakan2 ku, sila sebarkan maklumat2 ini ke website2 lain!! Terutama yg berbahasa inggeris
Salam Sdr Aspan
ReplyDelete@anon 10:13 a crime is a crime no less and no more; the critical issue on point is that law enforcement and justice have failed because the perpetrators have not been charged. They can only be free if an independent judiciary finds them not guilty. Also under what or any law allows 'moralistic whistleblowers'?
As the perpetrators are purported Muslims they should know that they can be guilty of Qazaf for having produced and distributed fitnah. If they are acting for good/ in interest of Islam bring then this proof by 'filming technology' on which a Shariah Court judge can be convinced and get the prosecution.
Only a fair trial counts otherwise they are all fitnah and no Muslims shall be part of it if they truly believe in Allah's Akhirat.
Salam sejahtera..
ReplyDeleteKalau ikut data@statistik pengundian, kita boleh nampak, BN semakin kurang undi..mungkin BN ada data yg lebih tepat mengenai jumlah undi yg diterima dalam saluran 1, 2 dll..dari situ kita akan dapat tahu golongan mana yang sokong, golongan mana yang bangkang@protes..
Kita tengok balik PRU12, sokongan dari golongan muda@atas pagar adalah rendah..sebab itu sekarang, mungkin, banyak aktiviti yg melibatkan golongan muda@belia bagi menarik minat@sokongan mereka pada BN...
Apapun BN jangan mudah puas hati atas "kemenangan yg diterima"...PR juga jangan mudah puas hati atas "kekalahan yg diterima"..
Rujuk pada bilangan undi yg diterima oleh BN pada PRU12...maaf saya tiada statistik mengenai ini semua...kalau xsalah, bilangan undi yg diterima sangat rendah..pape pun terpulang kepada YB2 yg masih dipertanggungjawabkan..rakyat sentiasa memerhati anda..pemimpin juga begitu, we'll watching you..always watching...
akuein
A small leak will sink a great ship.
ReplyDelete