22 April 2011

MCA, selesaikan masalah sendiri dulu - Jangan masuk campur hal Sarawak

MCA menuntut Taib Mahmud meletakan jawatan kerana tidak mendapat sambutan dari kaum Cina dan ianya jelas dengan kekalahan SUPP di dalam pilihanraya Negeri Sarawak 16 hb yang lalu. Seruan untuk bersara dari pemimpin rakan komponen sendiri ini menunjukan yang BN sedang berada di ambang kekeliruan yang nyata dan tidak dapat disorokan lagi.

MCA akhir-akhir ini sudah seperti ayam berak kapur. Kalaulah MCA itu sendiri merupakan parti yang di terima rakyat kenapa MCA telah kalah di enam belas kerusi di dalam pilihanraya yang lalu? Yang lucunya Gan Ping Sieu, Naib Presiden MCA tanpa malu dan segan mendesak Taib untuk berhenti kerana orang Cina tidak menyokong BN walaupun dengan sokongan dan kerja keras MCA dalam pilihanraya itu.

MCA sepatutnya membersihkan rumahnya sendiri dahulu. MCA sepatutnya menumpukan perhatian terhadap rakan kongsi dalam BN di Semenanjung sahaja. MCA tidak sepatutnya bercakap besar apatah lagi dalam keadaan sekarang, dalam mana orang Cina lebih berminat untuk bersatu di dalam DAP. Tidak kah Gan Ping Sieu terfikir yang kekalahan SUPP itu adalah kerana rakyat melihat MCA datang ke Sarawak untuk menyibuk dan membuatkan pengundi menolak SUPP.

SUPP telah kalah di dalam 13 kerusi yang di tandinginya. SUPP hanya memenangi 6 dari 19 kerusi yang ditandinginya. Itu pun empat dari enam yang menang itu adalah calun SUPP dari kaum Dayak. Hanya dua calun Cina yang menang di atas tiket SUPP itu.

Sebagai rakan BN MCA tidak perlu menyatakan hasratnya secara terbuka. MCA sepatutnya berbuat seperti apa yang di lakukan oleh PM Najib dalam usaha untuk menurunkan Taib dari kepimpinan Sarawak seperti yang beliau janjikan dahulu. Bukankah PM Najib telah pun berjanji yang Taib akan turun dalam masa yang terdekat ini?

MCA sudah cukup memberikan masalah kepada BN. MCA yang sepatutnya mendapatkan sokongan kaum Cina untuk BN tetapi sebaliknya calun-calun MCA yang menang itu kesemuanya diturunkan kekawasan majoriti kaum Melayu. Jika MCA sedar tentang perkara ini parti itu tidak sepatutnya menyibuk untuk menyuruh orang itu dan ini berhenti, sedangkan parti itu sendiri sedang menghadapi kemungkinan mengalami apa yang di alami oleh Gerakkan.

Kita masih teringat apabila MCA dan Gerakkan telah menyalahkan UMNO kerana kekalahan banyak kerusi di dalam piihanraya yang lalu. MCA telah mengkritik UMNO dan meminta UMNO supaya memberikan peluang sama-rata kepada semua bangsa dan kononnya memberikan peluang istimewa untuk orang Melayu itulah yang meletakan negara tergulung kedalam negara yang terjerat dengan ‘middle income’ trap dan berbagai lagi.

MCA sepatutnya menegur pimpinan UMNO di dalam mesyuarat dan perjumpaan di antara pemimpin. Memanglah apa yang di sebut oleh MCA yang UMNO adalah penyumbang besar di dalam kekalahan BN di dalam pilihanraya itu. Tetapi tugas menegur parti yang berada di dalam komponen itu adalah terletak kepada komponen-komponen parti yang ada di dalamnya.

Keresahan MCA melihat kemaraan DAP sebagai parti idaman bangsa Cina itu menyebabkan parti itu membuat kenyataan yang bercanggah di antara satu kenyataan dengan kenyataan yang lain. DAP di sebaliknya pula telah secara beransur-ansur membuktikan yang parti itu merupakan parti yang mampu memerintah kerajaan sejak 2 tahun yang lalu.

Di Pulau Pinang parti itu telah berjaya mentadbir negeri itu dengan lebih baik dan ini tidak disukai oleh semua parti komponen BN kerana rakyat sudah tidak banyak lagi masalah apabila untuk berhubung dengan kerajaan negeri itu. Kebanyakan dari orang Melayu Pulau Pinang nampak bergembira dengan pentadbiran DAP. Ramai di antara Melayu tulin di Pulau Pinang yang saya kenali berkata, “Now it’s better than Gerakkan time. One can say anything to the contrary,I am extremely fascinated by the way the state is managed” kata seorang Melayu yang saya kenali begitu lama.

Hanya ahli-ahli UMO dari keturunan India Muslim (atau Mamak) sahaja yang sibuk berdemo kesana kemari mencari kesalahan DAP ibarat mencari kutu dalam rambut untuk menafikan kebaikan yang di lakukan oleh parti itu. Saya bukan orang pandai tetapi saya tidak nampak bagaimana BN boleh mengambil kembali pentadbiran P Pinang dalam pilihanraya yang akan datang.

Jika BN boleh mengambil kembali pentadbiran P Pinang melalui cara demokratik yang benar saya terlebih dahulu mengucapkan tahniah walaupun saya merasakan di dalam hati saya yang itu hanyalah ibarat mimpi di siang hari. Di Pulau Pinang pemimpin UMNO yang aktif ialah Rizal Merican, Musa Sheikh Fadzir serta anak beranaknya dan semua orang yang sama rupa dengan mereka sahaja. Kebanyak yang Melayu yang berupa Melayu kesemuanya seolah-olah menolak atau tidak berminat dengan kita lagi.

MCA sepatutnya sedar, di Sarawak UMNO bukan pengerusi BN seperti di negeri-negeri lain Saya tidak bersama menyokong PBB, tetapi kita sekarang ini terpaksa memberikan pengakuan yang PBB telah memenangi kesemua 35 kerusi yang mereka tandingi baru-baru ini. Secara moralnya MCA atau pun UMNO tidak berhak untuk menghitam dan memutihkan politik negeri itu. Itulah sebabnya saya menunggu cara mana PM Najib hendak menuniakan janjinya yang Taib akan berhenti dan bersara tidak lama lagi.

Sebenarnya PBB boleh menentukan hendak ke kiri atau ke kanan. PBB boleh membuat keputusan samada untuk bersama BN atau sebaliknya. Malahan PBB boleh menetukan siapa yang jadi PM dan menurunkan mana-mana pemimpin BN jika mereka mahu. Isu rasuah dan salah guna kuasa terhadap Taib tidak menjadi kerana kaum pribumi samalah seperti orang Melayu di Semenanjung. Tetapi orang-orang Cina di Sarawak seperti juga di Semenanjung adalah kaum yang realistik dan berani menentukan apa yang meraka mahu.

Orang-orang Cina kata mereka tidak mahu kerajaan yang rasuah dan menyalah gunakan kuasa, maka mereka belakangkan mana-ana parti yang di anggap mereka sebagai perasuah dan penyalah guna kuasa. Mereka kata 1Malaysia tidak relevan maka mereka menolak pihak yang memperkenalkan isu 1Malaysia. Sekarang ini cadangan Pemandu untuk mempastikan setiap rakyat memunyai akaun 1Malaysia mereka menolaknya kerana kerja itu adalah kerja membazir. Apa sahaja yang mereka tidak bersetuju mereka berani menzahirkannya di dalam peti undi semasa rakyat membuat pilihan.

Di sebaliknya orang Melayu memang sudah terdidik untuk hidup di kawal oleh orang yang lebih berkuasa. Dalam kontek politik pada hari ini sebenarnya Melayulah yang paling rasis. Ramai di antara kita memberi alasan kalau tiak undi UMNO Melayu akan hancur dan berderai. Di antara kita di berikan alasan yang untuik menjaga bangsa UMNOlah parti yang wajib disokong. Oleh kerana baik dan ‘senang runding’ orang Melayu itulah kita diperalatkan oleh pemimpin untuk kepentingan peribadi mereka.

Mereka berani rasuah kerana orang Melayu memang di anggap kaum yang akan mengundi mereka lagi kerana ‘terpaksa’. Sikap ‘patronizing’ pemimpin Melayu itulah yang menyebabkan pemimpin kita tidak takut melakukan kesalahan. Mereka beranggapan bangsanya boleh diperkotak katikan dengan alasan untuk menjaga bangsanya berkecai dan bepecah. Orang-orang Melayu sentiasa di ’ransom’ oleh pemimpin mereka sendiri.

Orang Melayu ditakut-takutkan oleh pemimpin mereka sendiri dalam UMNO yang Melayu hanya akan selamat di dunia dan akhirat dengan UMNO. UMNO di yakinkan seolah-olah lebih tinggi dari agama. UMNO tidak pula mendidik orang Melayu yang rasuah itu kerja salah malahan mereka beranggapan seolah-olah rasuah itu ada di mana-mana dan perkara itu adalah perkara biasa. Berkata benar tentang kekejian yang dilakukan oleh pemimpin UMNO itu sudah menjadi kesalahan.

Berkata benar dalam UMNO itu salah. Pemimpin-pemimpin UMNO seolah berkhutbah supaya melakukan apa suruhannya dan menjauhi segala larangan mereka untuk selamat di dunia ini. Orang Melayu tidak dibenarkan menggunakan akal. Orang Melayu hanya diminta menjadi burung balam; menganggok kesana dan kemari.

Itulah perbezaan ketara kaum kita dengan kaum Cina. Selama ini MCAlah yang menjadi badan siasah kepada bangsa Cina. Tetapi apabila MCA sudah dijangkiti oleh penyakit UMNO maka orang Cina memilih parti DAP untuk dijadikan badan siasah yang mewakili mereka. Orang Cina tahu apa yang mereka inginkan. Sebaliknya kita yang tidak tahu apa yang kita mahukan kerana sentiasa mengikut kemahuan pemimpin mereka yang ‘deceitful’ itu.

Itulah sebabnya UMNO semakin hari semakin mengurang sokongan dari rakyat terutamanya dari bangsa Cina. Orang Cina bukannya membenci UMNO. Saya yakin jika UMNO berubah barisan kepimpina yang ada ini dengan mereka yang lebih ‘reliable’ mereka akan kembali menyokong UMNO dan MCA. Tetapi pemimpin UMNO dan MCA tidak mahu berubah dan tidak akan berubah.

Setakat ini belum lagi nampak tanda-tanda perubahan itu, maka kita terima sahajalah badai dari kesalahan kita sendiri itu sehingga kita berubah. Dari pada kita memberikan fokus menyalahkan orang lain, elok jika kita melakukan introspeksi yang serius kenapa semakin hari semakin menirus sokongan mereka terhadap kita, seperti tali gasing; semakin kehujung semakin halus.

22 comments:

  1. Satu pandangan yang berani, iklas dan jujur. Sebenarnya, pandangan seperti inilah yang baik untuk parti agar mereka yang memimpin sedar akan kesalahan kesalahan yang telah di lakukan dan cuba memperbaiki segala kesilapan yang telah lalu.Bukan seperti kebanyakan 'Suara Suara Blogger' dalam 'Penggabungan Suara' yang kaki bodik, hampih dan tulisan yang langsung tiada nilai, tapi nama nama sandaran bukan main lagi hanya indah khabar dari rupa. Sungguh jelek.

    ReplyDelete
  2. razali ismail, seberang jaya22 April 2011 at 08:36:00 GMT+8

    Aspan,
    Saudara berani... memang berani. Saya ucapkan berbanyak T kasih di atas kejernihan kata-kata yg sangat jujur itu.
    Itulah sebenarnya yang berlaku dalam situasi sekarang sdr.

    ReplyDelete
  3. Encik Asfan,

    Jika ramai yang berani bercakap seperti encik, UMNO boleh jadi relevan di Pulau Mutiara ini. Saya hendak menjemput sdr jika ajk cawangan saya bersetuju menjemput sdr untuk berceramah atau berbincang.
    Tidak berani berjanji tetapi saya cuba.

    KJD, penang

    ReplyDelete
  4. Salam TN. Aspan/semua,

    Hasil kajian Rakyat Miskin Bandar:-

    Tidak mudah untuk merubah Pemimpin yang kuasanya sudah berdaki selagi tidak ditimpa musibah. Namun janganlah "sudah terhantuk, baru nak tenggadah". Barulah nak ungkap "sehingga ketitisan darah terakhir", bla, bla, bla..! Ini kerja mengarut.

    Akidah memimpin dan ulama UMNO sering menyimpang dari ketentuan sebenar hanya semata2 mengikut ego penampilan, telunjuk dan pengarahan yang salah. Buktinya terlalu banyak sekali.

    Majoriti Pemimpin UMNO syok sendiri, tidak mesra rakyat dan hanya mesra kroni.

    Dalam pemilihan UMNO, kalau nak menang, maka terlalu banyak pemimpin UMNO di peringkat akar umbi sekalipun, akan menggunakan metode duit, fitnah dan taktik kotot yang menjijikkan. Maka tercicirlah cerdik pandai membawa haluan kerana mereka tidak suka cara begini.

    Masjid2 yag dibina UMNO, jarang dipergunakan pemimpin UMNO kerana mereka lebih suka bersantai di hotel2 dan ditempat yang berdahi licin. Walhal di masjid inilah pusat Rakyat saban hari berkumpul bagi menguatkan kesedaran diri. Oleh kerana, ini kerja iman dan hati, maka tidak mungkin Pemimpin UMNO boleh reverse buat yang sama.

    Pemimpin UMNO bangga diri dengan rumah besar, kereta besar, duit besar, selera besar walhal rata2 rakyat miskin sekelilingnya sedang memerhatikan.

    Rakyat nampak dan tahu bahawa terlalu banyak bentuk pembangunan yang dilaksanakan bukanlah untuk kepentingan rakyat, terbaru email $50 juta. Itu peringkat nasional. Dengan prasarana internet yang lembab dan mahal manakan Rakyat mampu. Kajilah berapa ramai rakyat yang ada internet dan komputer. Rakyat yang ada komputer seperti kita tak ubah seperti anjing menyalak bukit. Tak tahulah siapa yang nak dengar luahan hati ini.

    Yang pasti, rakyat mahukan harga barang rendah dan berpatutan bukan seperti sekarang ikan sardin yang pecah perutpun RM7.50 sekilo.

    Kuasa Politik UMNO hanya untuk orang berduit dengan menuba Rakyat miskin. Rakyat miskin akan sedar apabila anak2 mereka menjadi kelas menengah dan menolak UMNO kerana dikira UMNO tidak menolong ketika mereka miskin. Sekiranya ada sekalipun UMNO menolong, maka itu menjadi tanggungjawab pemerintah seperti PR menolong rakyat di Selangor hari ini.

    Dalam bentuk material, PR rakyat jauh sekali kedaifannya berbanding BN. Namun Pemimpin PR umumnya, lebih konsensus dan memahami hati nurani(spiritual) rakyat sehingga setiap kali ceramah besar, rakyat pula yang ikhlas menderma mereka.

    Pemimpin UMNO kini sering melawan arus Rakyat, contohnya Rakyat sekarang lebih banyak yang mahukan Solat Hajat daripada berpoco-poco, rakyat mahukan harga barang murah bukannya naik melambung-lambung.
    Rakyat mahupun kesederhanaan, Pemimpin UMNO pula mahukan kemewahan.

    Inilah fakta Dilemma UMNO masakini.

    Katalah "yang benar itu tetap benar waemah siapa sekalipun yang hendak membuat kerja2 pemesongan, pasti tidak akan berjaya.

    Tak tahulah macam mana BN nak menang dalam PRU mendatang.

    "Teropong Ajaib"

    ReplyDelete
  5. Salam Saudara Aspan

    Orang Melayu kini dan kian lama telah dirayu untuk menyokong UMNO atas dasar mengkondisikan pemikiran orang Melayu - hilang akan kuasa/ketuanan Melayu oleh kerana orang Cina melalui kemenangan DAP dapat bermaharaja lela setelah juga orang Melayu telah dipecah-belahkan oleh orang yang berkehendakkan hanya kejayaan akhirat semata-mata dan oleh orang yang hanya berfanatik menyokong Anwar nak jadi PM.

    Lebeh menjelekkan usaha rayuan dan mengkondisikan pemikiran secara demikian ialah ianya kehendak dan usaha yang menyembunyikan secara licik kepentingan diri sang pelanun dan pekorap dengan mengunakan dengan tidak bertanggung jawab isu-isu lebeh ke perkauman yang akan menjahanamkan negara.

    ReplyDelete
  6. I wish many Malays will be as objective as you are. Presently, seeing the majority of the Malays in Malaysia makes me conclude that they themselves are the biggest threat to their own race. Many are corrupt, dishonest and without any real capability and skill to live as decent humans in this challenging world. Thanks to UMNO and its leaders the last 20-30 years for using the Malay race for the selfish benefit of a few (Dr. M?)

    ReplyDelete
  7. Aspan,
    This is a classic show by the a British group of brilliant actors including Kenneth William
    This clip of Carry On Cleo portrays a clear picture the real situation Najib got to face through. Rosmah is just like Capernia

    http://www.youtube.com/watch?v=xPEXCpDIrYM

    ReplyDelete
  8. Tuan Aspan,

    Pandangan yang amat baik dan pujian dari saya atas keberanian dan keiklasan Tuan sebagai ahli UMNO dan bekas pemimpin UMNO. Jika Tuan masih muda Tuan boleh menceburi politik semula.

    Bukan membodek tapi atas prinsip yang betul harus dipuji dan yang tak betul harus dikeji, bukan sebaliknya. Syabas Tuan teruskan menulis. Wassallam

    ReplyDelete
  9. Dap baik utk semua kaum. Melayu penang selesa dgn kerajaan DAP. Dap sgt anti rasuah. Jika begitu apa lagi, mari kita sokong DAP ramai2. Kata ibrahim pendek mari kita tengok siapa kenaaa!
    Budak2 dap yg baru merasa pegang kuasa mcm group kroni mendiang TBH yg mengumpul kelas F org melayu utk kumpul dana DAP itu dibolehkan dan tidak boleh dianggap rasuah. Itu cara utk dpt projek. Lagi pun selama ini pun projek melayu memang cina yg buat.

    Kroni teoh Beng Hock

    ReplyDelete
  10. Masalahnya adakah UMNO mahu berubah, sori la ... selagi sistem yg berkuasa mendapat semua diamalkan.. UMNO tak kan berubah.. UMNO mengharapkan KUASA untuk KEKAYAAN. Mana mahu mereka melepaskan kuasa demi kebaikan.
    Telah tersurat UMNO kini hidupnya hanya untuk WANG...WANG dan WANG,

    Jika UMNO ikhlas masakan rakyat tak menyokong.. siapa tak mahu kebaikan??

    Untuk melepaskan UMNO dari cengkaman WANG satu je ubatnya.. TUMBANGkan dulu... lepas tu kita lihat lah siapa yg ikhlas dlm UMNO>

    Yang sedihnya akar umbi UMNO yang baik jadi mangsa....

    Pulang lah UMNO...!!! pulang lah..

    ReplyDelete
  11. Di Pulau Pinang pemimpin UMNO yang aktif ialah Rizal Merican, Musa Sheikh Fadzir serta anak beranaknya dan semua orang yang sama rupa dengan mereka sahaja. Kebanyak yang Melayu yang berupa Melayu kesemuanya seolah-olah menolak atau tidak berminat dengan kita lagi...kah!kah!kah!terbaik dari Pak Aspan.Kalau ahli UMNO semua boleh jadi macam Pak Aspan tentu Pakatan akan tumbang tapi UMNO tetap bodoh sombong. Guna Utusan/TV3 to maximum sehingga rakyat dah cuak sangat...so bila semua dah cuak timbul perasaan ingin melawan. Ini yang terjadi.

    ReplyDelete
  12. Malays fear factor are NEP,they are so afraid of losing this privilege that they sacrifice their pride,dignity and competiveness.All in the name of NEP.

    Once u get rid of NEP,thats when u get rid of ur fear.

    NEP is the double edges sword that enrich mamak kutty families and cronies,at the same time its weaken the malays with fear of losing it.
    The questions is can UMNO survive without NEP?'NO'
    And can the Malays live without NEP?'YES',if Malays can live without NEP,then why do they need UMNO?

    ReplyDelete
  13. Org cina menolak 1masia? Bila timbul cdgn 1M1B beria2 pulak mendesak najib nyatakan pendirian menentang 1M1B. Pastikan dasar 1msia diteruskan. Dap sebenarnya telah berjaya mengawal pemikiran melayu yg anti UMNO spt penulis blog ini. Begitu teruja sekali dgn apa sj yg dilakukan oleh pentadbiran DAP penang.

    Melayu keliru

    ReplyDelete
  14. Rasuah dikatakan hanya amalan yg sinonim dgn umno. Sinonim ini berlaku krn seluruh pakatan pembangkang sudah berjaya melabelkan dgn propaganda bhw rasuah itu umno dan umno itu rasuah. Hanya meletakkan tagging rasuah tanpa apa2 kelulusan atau bukti. Tuduhan tangkap muat tp disebabkan ia berjaya dimomokkan kpd rakyat maka rasuah itu hanya dilihat berkait dgn umno.
    Sekarang kita sedang menyaksikan seluruh pemikiran PAS dan pakatan pembangkang sedang dirasuh pemikirannya dgn ayat quran berkaitan qazaf, iaitu wajib membawa 4 saksi yg layak dan jika takda saksi maka penuduh wajib disebat 80 rotan.
    Mereka sedang dirasuah samada mahu berdiri diatas kebenaran atau berdiri di atas kepentingan politik. Anwar dan dap sedang merasuah pemimpin pas dgn imbuhan kuasa dan kemengan pd pru13 akan dtg. Oleh itu anwar harus dipertahankan walau pun terbukti dia bersalah.

    Melayu keliru

    ReplyDelete
  15. Anon 18:03,

    Sebenarnya saudara yang keliru kerana tidak memandang dari sudut objectivity tetapi sebaliknya melihat dari sudut politik semata-mata.

    Tetapi sdr ada hak unuk berpandangan begitu kerana ramai di antara kita takut untuk melihat ada pihak lain yang mampu membuktikan kemampuan untuk menradbir negara atau negeri secara telus dari relaivity nya.

    T Kasih

    ReplyDelete
  16. Sdr hanya mengambil pendapat dr kawan penang yg berasa selesa dgn DAP tp selesa dari segi apa tidak dijelaskan. Saya melayu tulin penang dan bukan melayu bertaraf mamak. Saya dpt merasai bagaimana himpitan halus DAP utk side line kami melayu penang terutama dlm soal tanah dan pembangunan. Wpun pun ada mamak melayu yg mengambil kesempatan dan mengaut kekayaan tp saya tidak akan korbankan kepentingan melayu hanya disebabkan perangai segelintir melayu mamak ini. Tidaklah DAP cina itu lebih baik hanya disebabkan mamak melayu 3 empat ekoq yg melanun. Tak byk mana pun lanunan mereka berbanding dgn lanunan halus cina dap yg sdr sgt kagumi itu.

    Melayu keliru

    ReplyDelete
  17. Patut la melayu keliru, terkeliru dgn diri sendiri

    ReplyDelete
  18. Melayu keliru...

    semasa Gerakan memerintah saudara tidak pernah merasa himpitan dari Gerakan? Bohong lah saudara, saya pun orang Penang...


    Melayu tapi line clear

    ReplyDelete
  19. Sdra/ri sekelian,

    Elok sokong DAP dari MCA di Penang. Sebab apa? Sebab DAP orang Melayu boleh sertai tetapi MCA orang Melayu tidak boleh menjadi ahli.

    Lagi pun UMNO sudah tidak mendapat sokongan Melayu lagi, jadi elok orang Melayu sertai DAP untuk kebaikan semua kaum.

    Kita hentikan membenci DAP sebab kita sudah ada pengalaman di bawah perintahan parti ini.

    Penang lebih bersih sekarang dan keadaan lebih nyaman di bawah DAP.

    Kerenah birokrasi sangat berkurangan. Seronoklah! Saya menyokong DAP dalam pilihanraya akan datang. Dulu saya pilih BN tapi kalah!

    Kalau BN nak ambil alih kerajaan negeri, pergi ke negeri lain. Penang tak payag berubah. DAP lebih baik....jgn marah ye?

    sharom,Pulau Tikus

    ReplyDelete
  20. Tuan Aspan,
    Tuan berani dan berkata benar. Kami di Penang ok ok saja.

    Pemimpin UMNO sahaja yg mengelabah.


    Din duda, Seberang Perai.

    ReplyDelete
  21. Org melayu penang yg sangguo bertuankan cina dap sama taraf dgn melayu spore yg bertuankan LKY. Skrg melayu spore mungkin lebih baik dr melayu spore sebelum tahun 65 kot. LKY sudah tunaikan janji kpd melayu spore. Skrg tanah2 melayu spore semua sudah dibangunkan dan antara tanah termaju didunia. Mungkin melayu penang teruja dgn kemajuan melayu spore! Tirulah dan melayu penang boleh sokong dap dgn melancarkan dasar pandang ke spore. Mudah2an selamat hangpa hangpa dan melayu mangkuk semua. Lagi 20 tahun kalau melayu penang mati, melayu mamak takkan mati sebab melayu mamak boleh hidup dlm persaingan di mana2 pun. Yg tak tau bersaing ni melayu tulin....
    Melayu keliru yg dah tak keliru

    ReplyDelete
  22. Budaya rasuah sebenarnya di mulakan oleh pemberi. Orang dah nak bagi. Takkan tak mau?

    Orang Cina lah yang merupa punca kepada rasuah. Nak kontrak, bagi rasuah. Nak cepat, bagi rasuah.Tak mahu ikut giliran, bagi rasuah. Pasal itulah di Negara China, perasuah di hukum bunuh.

    Saya sokong kalau Malaysia, mengenakan hukuman sama pada pesalah rasuah, terutamanya yang melibatkan kakitangan kerajaan.

    RD

    ReplyDelete