01 April 2011

Pilihanraya Sarawak - jika bertambah kerusi pembangkang, moralnya BN kalah.

Sarawak dalam delima politik yang sangat nyata. Delima ini juga di rasakan oleh barisan kepimpinan pemerintah kerana tidak ada siapa yang boleh memberikan kenyataan yang tegas yang Sarawak akan masih sebagai Sarawak yang kita kenali selama ini. Kepimpinan masa depan Sarawak masih menjadi persoalan ramai samada parti yang memerintah sekarang ini akan masih serupa dengan apa yang telah di alami oleh rakyat negeri itu setelah pilihanraya negeri pada 16 hb nanti.

Taib Mahmud yang telah memerintah Sarawak selama 3 dekad telah mengenepikan secara sistematik semua ‘budding leaders’ yang mucul dan mereka semua telah hilang dari arus perdana politik negeri itu walaupun mereka muncul kemudian dari kemunculan Taib. Ramai pemimpin-pemimpin negeri itu telah tampil tetapi mereka kemudian bersara dan keluar dari barisan kepimpinan bersama Taib kerana Taib tidak pernah berniat untuk membentuk barisan kepimpinan lapisan jika beliau bersara.

Pemimpin seperti Affendi Norwawi, Daniel Satem, Abang Abu Bakar, Bujang Ulis, dalam ramai lagi pemimpin-pemimpin ini sudah tiada kerana mereka merupakan barisan yang ‘last-in, first out’ dan Taib terus bermaharajalela sehingga mengakibatkan kekosongan kepimpinan yang nyata di negeri itu.

Sekarang desakan rakyat untuk mengundurkan diri sedang memuncak dan jika Taib bersara sekarang ini sudah pasti Sarawak akan terjerumus di dalam perebutan kuasa kepimpinan yang kuat yang akhirnya akan memecahkan dominasi keluarga Taib khususnya dan PBB amnya. PBB sekarang ini sedang menghadapi krisis keyakinan yang sangat merbahaya dan parti alternatif lah yang akan mendapat munafaat kerana isu kepimpinan ini. Dalam kata yang lain Taiblah sebenarnya yang membina kekuatan parti-parti pembangkang dengan terus menerus duduk di puncak kepimpinan negeri kenyalang ini.

Walaupun Taib telah memberitahu umum yang beliau akan bersara selepas pilihanraya ini, rakyat sekarang tertany-tanya siapa pula penggantinya? Apabila disebut Dato Seri Awang Tengah sebagai pengganti, ramai secara spontan berkata ‘dia tu kerjanya cari wang sahaja. Awang Tengah tidak akan mampu menyatukan Sarawak dan beliau akan lebih rakus dari Taib.

Budaya menebang hutan belantara telah menjadi semakin berluas-luasa dan kegiatan rasuah tidak ada kesudahan. Orang-orang Dayak sudah nampak bagaimana mereka di letakan di tahap kemiskinan terus terusan supaya mereka akan menjadi kaum yang sentiasa mengharapkan upah mengundi di dalam setiap pilihanraya. Begitu juga kaum Iban. Tetapi kesedaran ini sudah mula berputik dan ramai di antara pengundi Dayak dan Iban sudah sedikit sebanyak tahu cara bagaimana untuk mengajar kepimpinan yang rasuah, iaitu melalui pilihanraya sahaja….tidak ada jalan yang lain.

BN berbangga dengan kemenangan pilihanraya kecil di Semenanjung akhir-akhir ini dan berkeyakinan rakyat telah kembali memberikan sokongan kepada BN. Tetapi apa yang tidak di tonjolkan ialah, di dalam siri 15 pilihanraya kecil BN dan PR tidak ada apa-apa kekalahan dam kemenangan.

BN telah berjaya menawan dua kerusi dari Pakatan, iaitu di Hulu Selangor dan Dewan Undangan Negeri Galas. Tetapi kita jangan lupa BN telah kehilangan 2 kerusi penting kepada PR iaitu Parlimen Sibu dan Parlimen Kuala Terengganu. Tiga belas kerusi yang lain kekal kepada penyandang masing-masing samada dar BN atau PR.

Jika kita andaikan pada 16 hb nanti di Sarawak akan di adakan 71 pilihanraya kecil serentak kita akan menyaksikan berapa kerusi pembangkang yang akan ditawan olih BN dan berapa pula kerusi BN yang akan ditawan oleh pembangkang. Berapa kah di antara 8 kerusi pembangkang yang akan ditawan oleh BN dan berapa pula di antara 63 kerusi BN yang akan ditawan oleh pembangkang.

Ada 29 kerusi yang sangat panas dalam pilihanraya ini iaitu di kawasan-kawasan Dayak dan Iban dan kebarangkalian BN di kalahkan di dalam beberapa kerusi di antara 29 itu adalah besar.

Jika pembangkang mampu untuk meraih tambahan kerusi di dalam pilihanraya ini dan BN tidak mampu mengurangkan jumlah kerusi pembangkan daripada 8 kesemuanya, dari segi moralnya BN sesungguhnya telah tewas. Untuk menafikan kuasa 2/3 di dewan Undangan Negeri Sarawak pembangkang hanya memerlukan kemenangan di 24 kerusi sahaja.

Jika DAP memenangi semua 15 kerusi yang telah diperuntukan oleh pembangkang, PKR dan SNAP hanya perlu untuk memenangi 9 kerusi sahaja lagi untuk menafikan kemenagan mutlaK BN seperti yang dialaminya selama ini. Jika situasi ini berlaku di dalam pilihanraya ini maka BN terpaksa mencari jalan untuk membina kembali keyakinan kepada kepimpinan samada di Sarawak, atau lebih-lebih lagi di peringkat Persekutuan.

Penambahan kepada penolakkan Taib di Sarawak adalah juga penolakkan kepada kepimpinan persekutuan. Sepertimana yang telah dicadangkan oleh blog ini acapkali dahulu, kita terpaksa memulakan negara baru dengan cara dan sistem politik yang baru dengan kepimpinan yang baru yang lebih ‘magnanimous’ dengan pengalaman yang luas dalam menghadapi rakyat yang kian hari kian berfikir.

Kita terlalu bangga dengan kemenangan politik selama ini, tetapi kita lupa yang akhirnya kita bukan dikenang kerana kemenangan atau kalah di dalam peperangan atau politik. Sebaliknya kita akan dikenang samada kita berjaya atau tidak untuk memperkuatkan nilai ‘spiritualism’ di dalam politik dan pentadbiran sesebuah negara itu.

Nilai ini memang sudah ada di dalam politik negara kita selama ini tetapi telah terhakis sejak 3 dekad yang lalu. Rakyat sudah mula nampak yang nilai yang di sebutkan itu sudah mula bercambah di kalangan pari-parti alternatif seperti PAS dan DAP.

Jika di sebut perkara ini ia akan menambah kemarahan di kalangan pemimpin dan penyokong pimpinan yang berkuasa pada hari ini. Marah macam mana sekali pun keadaan itu tetap wujud dan sesiapa boleh duduk di dalam ‘state of denial’ terus-terusan. Itu merupakan hak masing-masing untuk memilih.

13 comments:

  1. Undangan yang dibuat oleh para pengundang (tuan rumah) perlulah dipenuhi secara baik, berhemah dan bersopan santun. Kalau tuan rumah berpuas hati sudah tentu undangan berkenaan akan dipanjangkan. Kalau tidak sekali itu saja undangan yang dia akan terima.

    Namun, sebaik mana undangan itu di penuhi tetapi kalau pihak yang diundang menggunakan undangan berkenaan untuk duduk dikerusi undangan terlalu lama tanpa menghiraukan ada tetamu lain yang menunggu giliran, secara tidak langsung sikap sebegini akan membangkitkan persepsi negatif di pihak pengundang.

    Tetamu yang berhemah ialah mereka yang faham bahawa undangan ke atas mereka bukanlah wajib, tanpa had dan dipenuhi dengan sesuka hatinya. Sebagai tetamu jangan lupa bahawa pengundang juga adalah manusia yang punyai nilai dan perasaan. Perasaan jelak, jemu dan rimas yang meresapi jiwa pengundang lambat laun akan ditunjukkan jua kepada tetamu yang menyebabkan perasaan itu timbul.

    Justeru kalau pihak yang diundang sedar tentang hakikat ini dan sedar bila tempoh yang sebaiknya untuk mengosongkan kerusi undangan berkenaan dan kalau semasa dalam undangan itu dia dapat menambat hati pengundang sudah tentu tuan rumah mahu mengundangnya kembali dan kalau direkomenkan tetamu yang baru, tidak pula pihak tuan rumah keberatan menerima cadangan berkenaan.

    Sebaliknya kalau undangan dipenuhi dengan aktiviti yang tidak menyeronokkan, sampai pengundang jadi bosan atau pun dipergunakan undangan berkenaan melebihi had maka ia bakal membuatkan tuan rumah berasa bosan atau menyesali undangan yang dibuat. Ini menyebabkan tuan memandang rendah pada tetamu dan kalau perasaan negatif tuan rumah berlebihan tempiasnya mungkin jatuh atas tubuh pihak yang dekat dengan tetamu tadi.

    Meskipun pengundang berasa jemu, jelak dan rimas atau mengalami pengalaman negatif dek sikap tetamu tetapi kalau tetamu itu masih sedar dan mahu mengelakkan 'persepsi nasi menjadi persepsi bubur', sudah tentu dia akan 'minta diri' sebelum diminta bangun oleh tuan rumah atau sebelum tuan rumah menggunakan haknya untuk membuatkan tetamu meninggalkan majlis.

    hik hik

    ReplyDelete
  2. Sdr Aspan,

    1.Jika pembangkang mendapat 24 kerusi, maka ternafilah kuasa 2/3 di DUN Sarawak.

    2. Jika selama ini Sarawak adalah Fixed Deposit bagi BN kali ini tidak tahu apa nama depositnya pulak.

    3. Taib Mahmaud adalah orang yg sebenarnya membantu pembangkang berkembang. Jika dia mahukan BN terus berkuasa penuh beliau sepatutnya bersara dari dulu lagi.

    3. Kelemahan BN untuk menasihati Taib untuk berhenti maka pucuk pimpinan pusat juga terpaksa mengambil tanggung jawab itu.

    4. Akhirnya pilihan raya umum nanti BN akan menghadapinya dengan risiko yg amat tinggi.

    Itulah yg dapat saya rumuskan dengan tulisan sdr ini.

    T Kasih.


    said tahmil

    ReplyDelete
  3. Kalau PR memenangi 20 kerusi maka pada pilihanraya UMUM sebanyak 9 kerusi Parliament Sarawak akan jatuh ketangan pembangkang.

    Apo nak di kato bang.


    amir, Kuching.

    ReplyDelete
  4. BN hegemony has to be stopped before the rakyat is milked dry.

    ReplyDelete
  5. Dear Mr Aspan,

    I am a voter in Belawai and I can see that the wind of change is truly visible.

    My mum and my wife vote in Batu Kawah, another hot spot for the opposition it seems.

    We are going to vote for the opposition for the first time and I won't regret it.

    My brother however is voting in Satok and I see he is still for Abang Johari (BN.

    BN may loose the 2/3 majority and the oppositin is gaing stronger by the day.

    JBD

    ReplyDelete
  6. Taib has been overstaying too long. So at last he is the man that history will write to be the cause of BN's fall.

    kata orang, harimau mati meninggalkan belang, Taib mati meninggalkan tembelang.

    Ash jbn. miri

    ReplyDelete
  7. kepada orang-orang semenanjung,

    Kalau boleh semasa pilihanraya Sarawk ini, jangan menyibuk pasal kami di sini.

    Kamu semua tidak tahu bagaimana Taib mempermainkan kami.

    Mainlah jauh-jauh.

    ReplyDelete
  8. April 2011 18:52:00 GMT+08:00

    pengundi, sarikei said...

    Sarawak buakan bapak kau yang punya...

    ReplyDelete
  9. MOTOSIKAL SINI PUN KENA TOL...
    TOL BAGI KERETA PUN MAHAL GILAK.
    JALANRAYA DIJABATAN DEKAT TABUAN MELAYAU 15 TAHUN BERLOBANG LOBANG TAK RATA.. MACAM NAIK PERAHU DI BANTAI OMBAK
    JALAN RAYA DARI LUNDU HINGGA KE LAWAS TAK PERNAH RATA.. EVEN FLY OVER PUN BERLEKUK / TAK RATA..
    PAPAN TANDA KE LOKASI PEJABAT KERAJAAN TIADA
    KE TAMAN PERUMAHAN PUN TAK ADA
    ROUND ABOUT DI MATANG ESPATUTNYA DI MUSNAHKAN MASIH ADA KERAP JEM GILAK SETIAP HARI SEBAB APA KERANA RUMAH YB ADA BERDEKATAN...RAKYAT TAK PENTING YB ITU PENTING
    KERETA KERAJAAN NEGERI PLATE NO QSG...(KERAAAJN NEGERI ) MEWAH SUNGGUH..BMW/MERCEDES/AUDI/VOLVO/LEXUS/CAMBRY/SAAB DAN LAIN
    TRAFIK JEM SETIAP HARI SEBAB KURANG KEMUDAIAN PENGANKUTAN AWAM..AMAT KURANG DAN KETINGGALAN/
    SAMPAH BERSIH DI PUSAT BANDAR LUAR SIKIT DARI KUCHING 10 KM KOTORAN MERATA-RATA/SUNGAI DI JALAN WAN ALWI/ FOOCHOW KOTOR TERAMAT KOTOR/ORANG MALAYA /SABAH YG KERJA HAMPIR 40 TAHUN KAWIN DAN BERADA CUCU DI SARAWAK SUKAR MENDAPAT PR (PENDUDUK TETAP ) 3 BULAN KENA COP PAS MASUK SWK..ADA YANG PENCEN 20 TAHUN DAN MATI MASIH TIDAK DAPAT PR.../SATU LAGI MEREKA TAKUT DI SUMPAHAN/TULAH JIKA TERIMA BANTUA BN WALAU PUN RM10 JIKA MEREKA UNDI PEMBANGKANG.. ITU SEMACAM UGUTAN KEPDA ORANG TUAN DI SWK..

    ReplyDelete
  10. Sdra Aspan,

    Semoga Allah SWT melindungi rakyat Sarawak yang telah sekian lama menderita dijajah oleh Kerajaan BN melaui sekutunya BN Sarawak.

    Ya Allah Ya Tahun ku janganlah Engkau hampakan permintaan raykat Sarawak yang teranyanya dan dijajah ni.

    Semoga kesemua rakyat Sarawak akan sedar bawa ini saja satu-satu nya peluang bagi kita untuk mengubah nasih masa depan kita, anak-anak cucu kita dan Negeri Sarawak amnya.

    Kemenangan kepada BN bermakna kita mengkhianati dan membunuh masa depan kita sendiri dan tidak ada siapa yang boleh kita persalahkan lagi.

    Berilah peluang kepada Pakatan untuk penggal ini. Untuk PR kali ini jangan lah mempertaruhkan nasih kita kepada BN kerana BN telah mengkianati kita.

    HIDUP SARAWAK UNTUK SARAWAK.

    ReplyDelete
  11. Pengundi Sarikei,

    Ada ke orang semenanjung jadi wakil rakyat di Sarawak?

    Anon 20:34,

    Tak faham bahasa apa yang kamu gunakan. Kenapa tak guna bahasa Malaysia?

    Anon 6:54,

    Sarawak untuk Sarawak? Untuk sampai pada maksud itu marilah kita tolak parti politik dari semenanjung yang terang-terang tamak dan haloba hinggakan parti Snap dipinggirkan oleh rakan sesama pakatan.

    Ayuh!

    ReplyDelete
  12. Saudare Aspan,

    sedikit pembetulan:

    dayak = mewakili seluruh peribumi sarawak termasuk iban

    Iban = salah satu puak peribumi sarawak

    Kepada 'Pengundi Sarikei': sedar la sikit kita orang sarawak perlukan kekuatan pemimpin semenanjung dalam menjatuhkan Taib..nak harapkan kekuatan pemimpin melayu sarawak cukup susah bukan kerana mereka lemah, tetapi kekangan dpd kerajaan negeri kita sendiri..so, iboh kau nak eksen gilak bah. nak harapkan kau, sampei bila kita org swk kedak tok..

    ReplyDelete
  13. a w g 1 0 3 1,

    saya mengucapkan terima kasih kepada sdr kerana mengingatkan saya tentang apa yang telah sdr tulis itu.
    T Kasih

    ReplyDelete