Utusan Malaysia sedang bermain dengan api. Akhbar ini melalui pandangan Awang Selamat telah menunjukan permusuhan semata-mata kerana kekalahan BN dan kemenangan DAP di dalam hampir kesemua kerusi di dalam kawasan Cina dalam pilihanraya Sarawak baru-baru ini. Bukankah memang parti-parti yang wujud sejak negara mencapai kemerdekaan adalah berdasarkan kepada bangsa-bangsa yang ada di dalam negara ini.
Semasa mencapai kemerdekaan Perikatan telah memenangi hampir kesemua kerusi kerana sokongan mengikut selera bangsa-bangsa yang ada di Semenanjung Tanah Melayu? UMNO diwujudkan untuk mengambil hati dan membawa orang-orang Melayu menyokong gagasan Perikatan. MCA pula wujud untuk tujuan membawa orang-orang Cina kepada Perikatan dengan sokongan melalui parti khas untuk bangsa Cina itu dan MIC pula untuk meraih sokongan dari bangsa India.
Parti Melayu UMNO bersama dengan parti orang Cina, MCA dan MIC yang membawa sokongan kaum India bersekutu dalam Perikatan dan membentuk kerajaan Merdeka Tanah Melayu pada 31hb Ogos 1957. Selama itu parti-parti pembangkang juga adalah berdasarkan kepada lunas-lunas bangsa-bangsa juga. DAP didominasi oleh bangsa Cina tetapi orang Melayu juga boleh menyertai parti itu dan tidak pernah ditahan dan dicegah untuk menjadi ahlinya.
Penubuhan PAS juga adalah didasarkan kepada penyertaan orang-orang Islam dan tidak mengambil kira dari bangsa apa sekali pun, tetapi ianya di dominasi oleh bangsa Melayu sahaja. Sejak merdeka inilah cara dan pattern pengundian yang digalakan oleh Perikatan dan kemudiannya BN. Oleh kerana BN telah menikmati sokongan dari kaum Cina melalui MCA maka isu isu ini tidak timbul isu perkauman sedangkan cara mendapat sokongan itu adalah berasaskan kepada permainan poitik perkauman.
Tetapi akhir-akhir ini oleh kerana orang Cina sudah hilang keyakinan terhadap kita maka kita mainkan isu perkauman yang begitu menebal. Kejayaan DAP meraih sokongan itu dikatakan diperolehi dari isu prkauman yang dimainkan oleh DAP, tetapi kita sendiri telah lupa yang sokongan Cina terhadap BN selama ini adalah di asaskan kepada sentimen perkauman itu.
Pihak kita tidak mahu menerima yang kita adalah negara demokrasi. Itulah sebabnya blog ini selalu mencadangkan supaya kita berubah secara radikal dan bermula dari peringkat struktornya. Kita mesti memulakan politik baru seperi pemimpin dahulu melakukannya semasa mencapai kemerdekaan. Untuk melakukan itu ianya mesti ditaja oleh seorang pemimpin yang luar dari barisan kepimpinan hari ini, yang dihormati oleh semua kaum dan pihak. We must start the nation anew.
Barisan kepimpinan hari ini wajar berkorban kerana selagi pimpinan yang ada pada hari ini masih memerintah negara ini maka isu yang hangat ini akan bertambah hangat dan tidak akan ada kesudahannya. Kita selalu membuat komentar tentang politik negara hanya di dalam parameter politik di Semenanjung sahaja sedangkan nun di seberang lautan Cina merupakan wilayah yang mempunyai kuasa politik yang kuat dan bertenaga.
Jika semua pihak mahukan negara ini dalam keadaan aman kita harus mempunyai pemimpin yang berani tetapi di hormati oleh semua pihak. Kita tidak boleh dipimpin oleh mereka yang bermuka-muka kepada kaum-kaum…bercakap lain dan berbeza mengikut kaum apa yang ada di hadapan kita. Saya bukan mempertahankan DAP tetapi di dalam sebuah demokrasi tulin isu membidas parti yang sedang mendapat pengaruh itu adalah tidak betul.
Jika kita mahukan pengaruh kita bertahan setidak-tidaknya, kita wajar melakukan perubahan yang drastik. Jika kita benar sayangkan parti dan kerajaan yang ada mungkin memerlukan pengorbanan. Dahulukan nasib parti dari politik peribadi sendiri. Jangan pula kita lakukan perkara yang tidak bermoral seperti membunuh parti ini lagi semata-mata untuk mempertahankan kuasa. Cukuplah setakat apa yang telah di lakukan 20 tahun dahulu.
Di dalam pertandingan bola sepak, kita tidak boleh mengalihkan tiang-tiang gol semata-mata untuk memenangi pertandingan itu. Jangan pula bertindak membuang ‘referee’ seperti yang pernah dilakukan oleh pemimpin kita 23 tahun dahulu. Tun Salleh menjadi korban politik yang dimainkan oleh pihak eksekutif.
Pengasingan kuasa yang sepatutunya di suburkan di dalam sistem politik demokrasi telah luntur dan tidak nampak kemajuan di dalam usaha kita untuk memperbaikinya.
Selalunya jika pihak yang takut kepada kekalahan, kekalahan itulah yang akan tiba. Kalau sebuah busut itu dianggap berhantu suatu hari itu busut itu akan berhantu. Jika kita mengelabah sangat dengan kemaraan DAP maka DAP lah yang akan menang kerana kita asyik dengan perasaan takut itu.
Kita jangan menjadi seperti seorang yang takut berjalan dalam gelap. Orang yang takut berjalan di dalam gelap selalunya akan membuat bising untuk menghilangkan ketakutan itu. Kalau tidak berani menerima keputusan plihanraya maka elok kita ubah perlembagaan dan jangan di adakan pilihanraya lagi untuk mengelakan isu untuk membenci pihak yang menang.
Kita asyik menyalahkan pihak lain tetapi kita tidak pernah melakukan introspeksi yang mendalam kenapa kita di tolak. Orang lain semuanya salah, hanya kita sahaja yang betul. Kita mesti ingat parti politik kita ini bukannya agama yang tidak boleh dibelakangkan oleh mereka yang tidak berkeyakinan kepada kita.
Setakat ini tidak nampak dan terbaca yang DAP membuat kenyataan anti Melayu dan anti mana-mana bangsa. Yang selalu kita dengar membuat kenyataan anti Melayu ialah MCA. UMNO pula selalu memperkecilkan kemampuan orang Melayu dengan meminta orang Melayu hanya menyokong mereka membabi buta. Benar atau salah UMNO mahukan orang Melayu menyokong mereka. Sekarang ditambah pula dengan sikap rasis yang ada pada Utusan.
Salam....setuju dengan pandangan Tuan...satu pandangan yang bagus ....
ReplyDeleteTuan,
ReplyDeleteSatu tulisan yang bernas. Sememangnya, kita di Malaysia ni berusaha dalam konteks apa yang terbaik untuk Negara.
Yang baik dan betul kita hargai, yang salah dan mengarut kita jauhi.
Sistem kenegaraan yang kukuh dan mendapat kepercayaan rakyat sangat-sangat kita perlukan.
Bila rakyat mempercayai akan keadilan yang boleh mereka kecapi dari Sistem Awam yang 'efficient', dan effektif serta Kehakiman yang tidak boleh diperlekehkan, maka kita tidak perlu bimbang lagi kerana ... kita YAKIN.
Buat masa kini, siapa yang sebenarnya mahukan sistem ini, dan siapa yang takut kepada sistem ini.
Hanya mereka yang ada PERKARA yang hendak disorok sahaja yang TERKETAR-KETAR, silap haribulan terkencing dalam seluar dibuatnya.
Orang macam ni dia takut dunia lebih dari dia memahami azab akhirat.
A.Alshukor
Sdr Asfan,
ReplyDeleteSebenarnya sokongan kpd UMNO hanya akan menurun. MCA pun begitu. UMNO tidak akan sama lagi dah!
UMNO yg disokong Perkasa selalu membuat kenyataan rasis tetapi DAP pulak yg menjadi sararan. Jika DAP menjadi targetnya maka itulah parti yg sedang naik. Itulah hakikat politik di Malaysia.
Mendapat pandangan dari saudara memberikan kami ruang untuk berfikir. Sdr berjaya membawa saya berfikir dan mentelaah segala isu yg ada di sekeliling politik kita.
syabas sdr walaupun mungkin sdr akan menjadi korban.
Ahmad Selamat (jawa Pontian)
Salam..
ReplyDeletePandangan tuan berpijak dibumi yang nyata.
Umno sememangnya perlu memperkasakan diri dan bukan mempamerkan dirinya perkasa..
Malangnya barisan kepimpinan yang ada cuma tahu mempamerkan keperkasaan dengan mengunakan segala sumber kuasa yang ada. Badan kehakiman, perundangan diperggunakan sesuka hti untuk melindungi dan menutupi kelemahan yang ada. Ini akan mewujudkan penindasan secara halus kepada rakyat.. Kesannya rakyat akan memberontak..Golongan aristrokrat akan terpisah dengan rakyat. Suasana tidak stabil boleh terjadi dan mengkucarkacirkan negara..
Ok, jom kita sokong DAP, Melayu akan hilang didunia...
ReplyDeleteTunggu masa akan tiba
Saudara lupa ke ceramah Violet Wong yang rasis. Orang china kalau nak kutuk Bumi, dia akan cakap dalam bahasa Mandarin. Sebab itu kamu tidak dengar.
ReplyDeleteHai janganlah tertelan bulan terlampau taksub hingga tidak dapat lihat kebenaran yang nyata.
Di Sarawak segala projek besar2an diberi pada China. 90% ekonomi dikuasai oleh kaum it. Juru analis akan berkata tiada apa2 yang perlu di tidak puas hati dan sokongan sepatutnya beralaih ke BN. Jangkaan ini telah lama di bacai. Apa yang China kiblat DAP adalah menukar perlembagaan. Melayu dan Islam akan tinggal nama sahaja seperti di Singapura dimana status bumiputera ada di perlembagaan tapi hanya sebagai perhiasa,
Mentalit kena betul. UMNO bukan Perkasa dan Perkasa bukan UMNO.
tidak kalau ramai-ramai kita tinggalkan UMNO, neutralkan dominasi kaum cina dalam DAP dan rebut jawatan tertinggi
ReplyDeleteMelayu x hilang, orang cina pun suka
Anon 10:05
ReplyDeleteSokong DAP, Melayu akan hilang didunia???
Bukan Melayu yang hilang tapi Umno yang akan hilang didunia.
Ini lah "typical Mentality" orang Melayu yang diracuni oleh Umno. Akhirnya akan jadi Pencacai Umno
Saudara Aspan,
ReplyDeletePandangan introspektif diri (sebagai seorng Melayu) yang bagus lagi bernas.
Seperti lazim mereka-mereka seperti Anonymous 25 April 2011 10:05:00 GMT+08:00 akan pasti ada membiaskan kita semua dari perkara pokok yang ingin diketengahkan.
Salam Saudara Aspan,
ReplyDeleteSatu pandangan introspektif diri (sebagai seorang Melayu) yang bernas dan bagus.
Seperti lazimnya pandangan seperti dari Anonymous 25 April 2011 10:05:00 GMT+08:00 yang membiaskan kita dari pemahaman sebenar pasti akan ada. Persetankan saja.
Umno adalah parti yg baghal & memalukan org melayu kerana menampakkan kebahalolan melayu. Org utara kata ' serempak ' .
ReplyDeleteTak Melayu hilang di dunia.
ReplyDeleteUMNO tidak lagi mewakili Melayu, UMNO mewakili kroni kroni kaya sahaja dan Melayu biasa akan susah.
Apa gunanya ada maruah Melayu dengan UMNO tetapi negara bankrap? Penukaran kepada Pakatan Rakyat bukan soal perkauman tetapi soal menyelamatkan negara tercinta.
Pembaziran and kontrak kontrak kroni akan merobohkan negara ini. Idris Jala pun dah kata negara mungkin bankrap pada tahun 2019. Ini bukan orang cina tetapi kroni kroni UMNO yang seperti lanun. Wang sumber-sumber asli kita sudah banyak di rompak dan rakyat yang susah!
Adakah ini Malaysia yang kita mahu?
Apa gunanya ada kebanggaan bangsa seperti yang dikatakan UMNO tetapi hilang segala-galanya?
Jom Melayu masuk DAP, supaya komposisi menjadi 60:40. 60% Melayu dan 40 % Cina. Maka melayu tidak akan hilang di dunia...kerana itu melayu perlu sentiasa bijak berfikir......dan bukan sentiasa menakut nakutkan melayu...he he...
ReplyDeleteTQ for a well balanced opinion.
ReplyDeleteI hope for every 1 Awang Selamat or 1Perkasa chauvinist, there will be 9 Aspan Alias.
I have always been advised to VOTE for Opposition not for the sake of opposing the Govt of the day but more of CHECK & Balance. In every democratic country, this is the norm. DAP happens to be the one party who fights consistently though I may not agree on certain issues they harp on sometimes.
It is difficult to change some opiniated & sexist people with narrow minded views who not only distrust other races or the weaker sex. They have inferior complex & do not like be challenged. If they fail, they want others to fail too.
Sometimes I wish for Tunku Abd Rahman & P.Ramlee days when racial politics/race has never been such a sensitive & sensational issue.
Wish you good health so you can keep sharing your well balanced thots.
A Malaysian Peranakan
Yes, sokong DAP tidak kecinaan, mereka betul betul Malaysian Malaysia,rasuah dan kroni bukan amalan mereka, keadilan mereka bagi pada semua, mereka tidak anti ugama, tidak anti Melayu, tidak anti Sultan malah cukup hormat pada kesultanan Melayu.
ReplyDeleteMereka tidak tamak nak najdi PM, mereka cukup menghormati perlembagaan negara, Bahas Melayu mereka daulatkan, ekonomi untuk Melayu diberi keutamaan.
Siapa kata DAP rasis memang kurang bijak, hilang akal. Keahlian DAP untuk semua kaum, posisi wakil rakyat pun dibahagi samarata, kempen pilihanraya pun sopan.
Yang rasis ialah Melayu, yang rasis ialah Utusan, yang rasis ialah Perkasa dan yang terbaru yang paling rasis ialah 1B.
Orang Melayu dan Bumiputera boleh tidor lena, kalau UMNO tidak boleh jaga Melayu, PKR dan PAS boleh jaga Melayu dan Islam dengan baik, DAP tentu sokong.
Kalau DAP menguasai negara, ekonomni bertambah makmur, jenayah dapat dikurang, rasuah dan judi mungkin langsung tiada, askar, polis dan kakitangan kerajaan dirombak ikut susunan bangsa yang betul.
Banyak lagi kebaikan dan pembaharuan yang boleh dibawa oleh DAP untuk kemakmuran semua dan di antaranya, memberin kebebasan kepada media dan bloggers untuk lebih bebas dari sekarang kerana sudah tentu ISA sudah dihapuskan pada masa itu.
Bestnya DAP.
Anak saya yang nombor 3 fasih bahasa mandarin, tagaloq, kantonis. Dia dulu sekolah kebangsaan tp masa sekolah saya sengaja hantar dia ke kelas luar bahasa2 cina ni. Di universiti pun dia ambil subjek2 bahasa cina ni. Dia pun ramai kawan dikalangan cina. Berbeza dgn sebahagian kwn2 cina dia yang baca bahasa ibunda sendiri pun tak tau, anak saya sangat lancar. Tapi alhamdulillah semangat Melayu dia kuat.
ReplyDeleteSkrg setiap hari dia akan jadi penterjemah saya apa2 tulisan yang ditulis di akhbar berbahasa cina di malaysia, kerana kami langgan akhbar2 tsb. Ucapan2 pemimpin dap, mca dan gerakan yang berlambak di internet pun saya minta dia terjemahkan.
Andai anda semua tahu apa yang selalu ditulis sama ada di akhbar atau internet mahupun yg tersirat di majalah2 cina, pasti anda tidak akan tergamak menuduh utusan sebagai rasis.
Kami anak beranak lebih tahu siapa yang sangat rasis. Sampaikan iklan atau notis bahasa mereka pun ada tersirat yg rasis. Andai ramai melayu tahu apa yang mereka kata dan tulis, silap2 13mei boleh berulang.
Nasihat saya, berfikirlah sblm menulis...supaya kehormatan orang pada diri kita tidak akan hilang perlahan-lahan.
Dah biasa lalu jalan banyak selekoh, jalan dah lurus pon dia masih nak selekoh, icu la jwb nye.....
ReplyDeleteSuku Ulu Muar,
ReplyDeletePandangan sdr saya amat yakin akan kebenarannya krn sdr telah baca dan banding kedua2 akhbar utusan dan akhbar cina. Pandangan sdr amat realistik dan berpijak dibumi nyata. Sdr perlu bantu org melayu memahami betapa rasisnya kaum cina samada dr Dap, Mca mahupun gerakan.
Sdr aspan saya ingin berterus terang. Saya amat keliru dgn hujah sdr yg terlalu byk kadang2 hujah dlm posying sdr bercanggah di antara satu sama lain. Saya tidak tahu apa sebenarnya yg sdr mahu kerajaan ini lakukan.
Sdr kata dlm posting lalu umno sudah tidak boleh diharap utk memperjuangkan nasib org melayu spt yg dipeejuangkan oleh org terdahulu tetapi bila ada suara dr umno atau akhbar yg cuba memperjuangkan melayu sdr pun tidak setuju krn itu rasis.
Saya sarankan sdr introspeklah semula kenapa sdr mempunyai pemikiran bercelaru dan tidak fokus ke mana sebenarnya flow pemikiran atau doktrin yg sdr anuti dlm negara majmuk ini.
Melayu keliru
Sdr aspan
ReplyDeleteSaya hairanlah tengok bila sdr kata dap tidak rasis. Saya tidak percaya pun kalau sdr berpendirian sebegini. Tidak mungkin sdr tidak tahu menyelam air dalam tunggak spt yg sdr selalu sebut.
Saya sarankan supaya jujurlah kpd diri sendiri.
Istiqamah
Kerana marahkan nyamuk, kelambu ekau bakar yo... Sudah sudah lah tu.... Let it go. You have had your chance.... but things ddin't go your way.So let it go. Tuhan kan ado. Let it be kato Beatles. Kena percaya Qada' dan Qadar ni.... Apa yang terjadi sekarang ini adalah perancangan Allah yang Maha Esa. Tiada daya dan upaya kecuali dengan kebenaran dan kehendaknya. Kena terima ni secara total dan sepenuhnya, kalau tak nanti jadi politik suku, ugama suku... Adalah tu perancangan Allah SWT untuk negara kita ni. Kalau serah pada Dia, insya Allah selamat. Jadi buek apo ekau poning-poning... Ekau selalu den lihat jumpo Zaril skang nih... Takkan Zaril tu Melayu, dari segi istilah mahupun Perlembagaan den raso dio bukan Melayu. Ekau ni Aspan.... apo laie yg tak kono dengan negaro kito nie? I know you know what I'm talking about.Ekau den lihat ko sano sini dak senang dengan UMNO... Apo kono eh Jang.... Tak dapek tu doh... WALAU APA PUN ASPAN, DAP ITU RACIST TO THE BONE. Wasalam.
ReplyDeleteYe DAP party paling racist, korang tanya org CIna kenapa dia org sokong DAP, saya pernah tanya sorang CIna, tau apa dia kata, memng panas...kita mau sama rata maaa. Itu ke yang aspan mau, anak ko nanti macam mana. Klu ko tak invollve dalam perniaagan org Cina u jgn cakap Cina tak rasis ok..
ReplyDeletebaby cinta,
ReplyDeleteawak sangat sempit perkiran dan kabur pandangan mata mu. Pemimpin UMNO tidak kekal tanpa orang dan taukeh Cina. Awak nak emotional tu kenapa?
Hishammuddin Husein ada Cina di belakangnya. Najib ada Cina dibelakangnya, Ibrahim Ali ada Cina di belakangnya,Khairy ada Cina di belakangnya, Rosmah ada Cina di belakangnya, MB NS ada Cina di belakangnya, Adnan Yakob ada cina di belakngnya,Zamri ramai Cina di belakangnya dan semua pemimpin UMNO di sokong oleh bangsi Cina di belakang mereka.
Tetapi bila berucap bawa sentimen Melayu.
Tengku Adnan seratus peratus disokong oleh Cina sport toto. Semua orang tahu.
Dr Mahathir ramai Cina dan taukeh India di belakang nya. Bila bercakap dia bercakap pasal Melayu.
Yang kita dok beriya benar bercakap pasal melayu ni pasal apa.
Semua pemimpin kita sudah di beli oleh Cina. Hanya kita yang pariah di bawah ini bercakap pasal semangat Melayu berdentum-dentum.
Saya sokong Aspan...kerana pemikiran Aspan itu prakmatik.
Aspan..lawan mereka ini..mereka ini Melayu hipokrit.
Abang Tua.
Thank you for your insightful post Mr Aspan. Apologies in advance - I will be writing in English as my written BM is unfortunately undecipherable..
ReplyDeleteFor those who call Chinese racist...If you categorise Chinese in that manner you are in fact projecting the sins of a few (or how you perceive certain people to be) onto the rest of the Chinese people. This is dangerous. This is how racism starts. This is how racism is rationalised.
Baby Cinta - how does "kita mau sama rata" translate to racism? Equality is something most people strive for. If the Chinese people can't vote for another political party without being stigmatised or labeled traitorous, or even run for PM, how is this not racism?
I am still unfortunately classified by my race when I return to Malaysia. Why can I not be just called a Malaysian either overseas or by my own Malaysia countrymen?
- Charis
Mr Aspan, you indeed truly a Malaysian of a Malay origin. Following your insightful writing and thinking make me feel confident that there is still a good Malay whom we can trust his thoughts and opinion.
ReplyDeleteI am conclusive that you are a pure Malay who is magnanimous and having liability in looking at things with proper political disposition.
why are you not involve in politics sir??
denial
denial,
ReplyDeleteI am set not to be physically active in politics as I am not good in 'politicking'.
I shall remain as an observer and I write up my mind freely. As a free man politically I enjoy dispensing my opinion without any fear as one has the very right to say out his opinion truthfully.
Furthermore there is no more certainty in politics especially the party in which I am a member.
Thanks denial
charis tidak fasih berbahasa melayu sbb tu takut di salah tafsir? unfortunate malaysian who doesnt speak or write well in bahasa kebangsaan but still want people recognize them as malaysian?
ReplyDeletemahu sama rata? but over protected your own vernakular schools? protect your own business? discriminate between malay workers and chinese workers in chinese co? and then you want to talk about sama rata?
those who ask for sama rata is try to eliminate hak melayu yg termaktub dalam perlembagaan. mahu sama rata tapi pada masa yg sama tidak membenarkan kaum lain masuk dalam entiti mereka. itulah yg sebenar benar racist. komposisi kaum pun berbeza tp ada niat nak sama rata. adilkah? itukah yg dipelajari di overseas?
aspan, mereka yang menyokong kamu dalam setiap posting anda ada 2 wajah. jangan termasuk perangkap. pernahkah dengar bidalan sokong bawa rebah?
UMNO akan terkubur dgn terkuburnya madey, berapa tahun madey memuja cina semasa pemerintahannya? sebelum jadi PM bukan main konon nak bela melayu.. porah.. bila dah jadi PM, yang kaya raya krono anak beranak EEE, melayu tetap merempat, biasiswapun kena rembat.. pandai sungguh UNMO.
ReplyDeleteHairanlah apabila DAP menjadi topik, sesetengah komen akan mengaitkan ia sebagai rasis dengan serta merta. Rasis 'kat mana, saudara ini nak tanya. Adakah ini propaganda sejak dulu lagi?
ReplyDeleteLGE pernah ditahan ISA demi membela seorang gadis melayu. Anak Melayu yang ditembak salah polis turut dibela. Tanpa berfikir panjang, jelas Dap PERNAH berperanan membangkang kezaliman polis, membangkang gejala rasuah yang berleluasa di negara tercinta ini dan akhir-akhir ini membangkang tingkah-laku keluarga Taib meraih kekayaan bumi Sarawak tanpa menghiraukan masalah yang dihadapi penduduk Bumiputera Sarawak. Kalau ini pun digelar rasis, tak tahulah saudara ...
Sampai ke tahap ini, negara telah lemah dalam pelbagai bidang dan yang asyik dikomen rakyat jelata ialah skandal seks dan isu2 lama seperti soal bahasa, soal sekolah vernakular dan sbg-nya. Kalaulah prestasi sekolah kebangsaan dapat dipertingkatkan, permintaan terhadap sekolah2 vernakular akan berkurangan. Ini bukan berkaitan hal rasis tetapi kualiti.
Sesetengah saudara di sini mentertawakan bahawa kaum bukan Melayu tak fasih dalam bahasa Melayu. Adakah ini benar2 isu tulen? Sebagai contoh, di Amerika kalau imigran yang tak fasih bahasa Inggeris dalam hal2 berkaitan dengan ajensi kerajaan seperti polis, mahkamah dsbnya, jurubahasa akan dicari tanpa sebarang rungutan. Kalau dibandingkan di negara ini, sekiranya negara Malaysia mempunyai ideologi "anti-racism" sudah lama orang sebegini didakwa atas kesalahan "Hate Crime".
Kini, kerajaan terjebak dalam krisis tahap pucuk kepimpinan atau "Leadership crisis". Akhbar Utusan yang merupakan "UMNO's mouthpiece" memberi imej yang buruk kepada masyarakat Malaysia. UMNO ialah pemimpin negara yang pelbagai bangsa tetapi apa yang dilaungkan oleh akhbar kawalannya sentiasa berbau perkauman. Pendirian Utusan yang rasis membawa makna yang UMNO juga bersekongkong pendiriannya dengan Utusan.
Pernahkah DAP membangkang hak Melayu berkaitan DEB? Yang DAP membangkang ialah PERLAKSANAAN DEB. Di kalangan melayu sendiri, perlaksanaan DEB tidak efisyen.
Andai kata anon di atas, Melayu boleh menganggotai DAP. Kalau ramai Melayu dalam DAP apa yang ditakutkan. Kelakar sungguh, polis, askar ramainya dari kaum Melayu. Cina bagaimana nak kontrol M'sia? What a myth.
For every UMNO Malay there is surely a Chinaman behind him. Semuanya bersekongkong. Sistem kerajaan kini semacam bangkai yang kian merosot.
Dear Chinese Racist
ReplyDeleteWherever your heart is is where you are. I do not need to be physically present in my country to care about it. If I were, this would be hypocritical.
"sbb tu takut di salah tafsir" Maaf, saya tidak boleh berbahas sebaik Mr Aspan. Saya dah baca blog ini dan perbincangan di bawah - ini kan bukti saya boleh baca dan memahami Bahasa Melayu? I would like it if you do not attack me directly as a person, or make assumptions based on my race or what language I type in. In the same way I will not critise your Bahasa Inggeris, or impute certain characteristics based on the what you write. Please be polite, we are all adults here.
Your statement regarding '2 wajah' is ironically quite apparent in your written statements.
I personally support hak Melayu - I am not quite sure how you made the jump from sama rata to that. I support equality, but it does not mean that everyone is the same. Equality does not necessarily mean uniformity of thought, actions and treatment.
Most of your comment is regarding a tit for tat problem, it happens both ways, with almost every culture, and is how problems escalate. I.e. if I yell at my friend, and she yells back - we will get into an argument. It will escalate, and it will destroy the friendship. If the walls come down on both sides then the rifts can be healed. It is the same in this case. It will take time and effort, but Malaysia will be stronger if we work through these problems. Malaysia has so much untapped potential.
- Charis
Salam Tn. Aspan/semua,
ReplyDeletePendapat saya :-
Baik Melayu ke, Cina ke, Dayak ke, dan apa jua bangsa di dunia ini dijadikan agar masing2 saling mengenali masing2 dan bukannya bermusuhan. Tiada dalam sejarah kaum Cina mendurhakai Melayu kecuali Melayu itiu sendiri. Janganlah salahkan Cina aje sebab Cinapun manusia juga.
Kita perlu ingat kaum Cina dalam pengalaman dunianya lebih mirip kepada pengalaman Islam untuk urusan dunia terutamanya mereka bersatu-padu, menderma dan suka tolong menolong. Lihat Bangsa Melayu? Ini fakta.
Tapi selaku orang Melayu yang mengaku beragama Islam, ada baiknya salahkanlah diri sendiri. Malaysia dah 1/2 abad kot, ditadbir oleh Melayu. Apa yang nampak? Yang nampak Melayu yang memerintahlah yang melemahkan bangsanya sendiri dan bangsa Melayu pula suka mendengar yang karut marut yang berbaur fitnah.
Kita boleh menyalahkan pemerintah Melayu di atas kelemahan kaum Melayu. Sebabnya, pemerintah Melayu ada kuasa, ada jentera dan ada semua kemudahan.
Kedua, takkanlah segelintir Melayu yang tak sedar diri masih nak menyalahkan Cina. Bermacam2 dasar yang canggih2 diadakan untuk DEB tapi tinggal dasar aje. Masih tak nampak ke... Melayu ooi! Yang kuat ada dalam sanubari Melayu ialah penting diri, kaut untuk kroni, tamak haloba, berdengki, bertelagah, suka mengadu domba dan tidak satu hati. Instrofeksilah sikit diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain.
PALING TIDAK KALAU MELAYU NAK TUNJUKKAN SATU HATI, RESPECTLAH SIKIT PEMILIK BLOG INI YANG MENYAMPAIKAN HUJAHNYA. KENAPA NAK MELAWAN ARUS? INILAH NAMANYA MELAYU PENDENGKI. KALAU NAK KOMEN CARA TAK SERIUS DAN DITERTAWAKAN ORANG, BAIKLAH BUAT BLOG SENDIRI. MALANGNYA ORANG SEPERTI MELAYU PENDENGKI INI TIDAK MAMPU PULAK NAK TARIK ORANG.
I DO RESPECT CHARIS WITH YOUR INTELECTUAL ARGUMENTS. AT LEAST YOU HAVE THE GUT TO WAKE-UP OUR FELLOW MALAYS THAT STILL HAVING A DAYLIGHT DREAMS WITH TOO MANY RHETORICS FOR BLAMING OTHERS.
Wassalam.
"Teropong Ajaib"
Quote: "When Malays speak up about their rights, it must be racism. When non-Malays speak up about their rights, it must be human rights. I am no hardcore UMNO but I am a simple Malay who sees ingrates around me. Malaysia now is for us to ruin. Well done people!"
ReplyDelete