Kepada seseorang isu umur merupakan isu sensitif terutamanya kaum wanita. Masih ramai kaum wanita yang menyorokan umur sebenarnya. Kalau umurnya sudah 59 tahun seperti saya ini dia akan mengatakan yang umurnya ialah lima puluhan dan tidak mengatakan yang umurnya akan menjadi 60 setahun lagi. Dengan adanya kosmetik yang moden memang kadangkala kita tidak menyangka umur seseorang itu sudah hampir enam puluh tahun.
Saya lahir pada tahun 1952 iaitu 6 tahun selepas UMNO ditubuhkan. Lahir sahaja saya UMNO sudah berumur 6 tahun. Tetapi umur UMNO itu tidak panjang dan sudah ditakdirkan mati ketika usianya 42 tahun. Matinya UMNO itu kerana dibunuh.
Tetapi ada satu parti baru dilahirkan dan diberikan nama UMNO pada tahun 1988 dahulu. Sekarang UMNO yang muda sudah berusia 23 tahun. Tetapi oleh kerana UMNO yang baru lahir ini menggunaka kad pengenalan UMNO yang mati dulu maka UMNO ini terpaksalah merayakan ulang tahun yang ke-65 walau pun usianya masih muda, malahan lebih muda dari umur anak bongsu saya.
Agaknya itulah sebabnya UMNO yang muda lela ini berjalan pun sudah ‘goyeh’ bak kata orang kampong saya. Ibaratnya gigi pun sudah tanggal, mata sudah rabun, rambut sudah putih macam rambut saya, kepala sudah botak, dan kulit pun sudah kecut. Orang tua selalunya banyak penyakit dan terpaksa dilayan seperti orang sakit.
Kata sahabat saya dari Terengganu, “dah tua-tua ini memandang hanya nampak yang jauh, kalau kencing pun dah dekat. Kawan pun dah tidak ramai lagi kerana yang muda-muda sudah tidak mahu berkawan dengan kita. Kalau berjumpa sesama tua ini soalan yang pertamanya ialah bertanya samada kita ada darah tinggi atau kencing manis. Masing masing menjawab gula dalam kencingnya ialah level 10, 11 atau lebih. Telinga pun tak beberapa dengar lagi” katanya selamba.
Kawan saya ini datang dari Terengganu untuk merayakan ulang tahun UMNO yang ke-enam puluh lima. “Bukan kah UMNO ini baru 23 tahun?” tanya saya kepada Othman ini. Dia hanya ketawa dan menjawab, “Dah nak dilihat tua, macam mana nak buat brother? Itulah sebabnya UMNO sekarang mengidap penyakit tua” katanya sambil mengilai.
“Orang tua ni kalau kita kata dia salah dia marah. Kalau anak-anak mereka tidak menziarah mereka, mereka akan rasa kecil hati. Cakap mereka tidak boleh dibantah. Kalau dibantah dikatanya anak derhaka. Sekarang ini ramai anak-anak muda tidak mahu lagi orang tua mereka bekerja kerana mereka mahu melihat orang tua mereka duduk sahaja dirumah dan beribadat.” Katanya lagi.
Dalam hati saya apakah sebenarnya pendirian Othman ini. Saya bertanya lagi, “habis tu UMNO ni macam mana? Dia kata dah 65 tahun? Dia lantas manjawab, “Umur dia pun tipu apa lagi yang lain-lain? Tapi aku masih pergi keperayaan ini kerana nak jaga hati orang yang tua ini. Tak jengok, nanti dia marah. Pergi ajelah. Bukan rugi pun. Macam-macam nasihat diberikan bukan dia dengar pun, Maklumlah orang tua, telinga pun dah pekak! Katanya menyindir.
“UMNO Terengganu macam mana Man?” saya bertanya lagi. Dia manjawab, “entahlah! Rasa-rasanya kalah pulak kali ni! Tapi biar dia lah, nasehat kita bukan dia nak dengar pun. Kalau kalah pun kalahlah. Sedangkan umur dunia pun akan berakhir apa lagi umur parti? Bukan tidak ada parti-parti politik yang dah mati dalam dunia ini.” katanya selamba.
“Apa lagi program di KL ni selain dari merayakan ulang tahun UMNO?” Othman menjawab, “Entahlah, tapi anak saya ajak saya pergi ke Taman Melewar untuk menghadiri program PAS. Dua-dua anak saya di KL ni memang sudah bertukar kepercayaan politiknya. Saya pergi ajelah. Takkan aku nok duduk rumah sorang sorang!” sambil senyum.
“Man, berapa PAS dan berapa UMNO dalam rumah kau Man?” tanya saya. “Anak aku 3 orang. Semuanya menyokong PAS menantu 3 orang menyokong PAS juga. Bini aku senyap-senyap menyokong PAS sebab dia ingat aku marah kalau sokong PAS. Bini aku tak tau yang aku pun belum tentu lagi.” Sambil senyum-senyum.
Perbualan macam saya dengan Othman ini memang biasa didengar. Sejauh mana merebaknya pengaruh PAS ini saya tidak tahu, tetapi ‘intuition’ saya tetap merasakan UMNO dalam bahaya.
Tetapi saya tidak mahu bising-bising nanti ada orang marah kerana mereka hanya mahu mendengar cerita yang sedap-sedap.
Humorous but true.
ReplyDeletePerbandingan ahli UMNO dengan ahli PAS memang ketara, begitu juga dengan keluarga masing2 - keluarga PAS memang sukar ditarbiyah atau ditukar bentuk, mati hidup balik, rejam 100 kali pun depa tetap sokong tok guru - itu aku puji.
ReplyDeleteKain pelikat UMNO huluq depa sapu sebab depa kata tu duit rakyat jugak, tapi pangkah tetap PAS - itu aku puji jugak, pintar kelas satu - tok guru depa ajaq.
Orang PAS kalau kesetiaan pun memang kelas dunia, demi kawan, sanggup tidoq atas jalan - itu aku puji.
PAS Islamkan DAP pun dah lama berlaku - beberapa orang pemimpin DAP sekarang dah pandai bagi salam, dah pandai baca hadith, dah pandai baca Al Quran, dah pandai tafsir dan dah pandai pun menghukum halal haram, dah pernah pun masuk surau bagi ceramah - Ini memang UMNO yang bodoh tu tak pandai langsung.
Terengganu mungkin kembali ke tangan PAS, satu perkembangan yang menarik kerana perhubungan Hadi Awang dan Md Said pun nampaknya mesra dan boleh berunding, siapa kalah atau siapa menang - semuanya masih berlegar kepada orang Melayu dan Islam.
Dalam hal ini ahli UMNO kawan baik tuan Aspan yang anak menantunya masuk PAS tidaklah menjejaskan sangat UMNO secara langsung, cuma mungkin menjejaskan MCA, sebab mereka undi di Kuala Lumpur, bandar besar, mereka sokong PAS tapi tentulah pangkah DAP sebab PAS tak bertanding di Kuala Lumpur pun.
Salam..
ReplyDeleteAdakah situasi ini berlaku dalam keluarga Tuan Aspan? Maaf andainya soalan ini menguris perasaan Tuan..
salam tuan, secara peribadi saya setuju pandangan tuan. Nak kata Pas akan menang ditganu tu - taklah sampai kesitu. Tapi apa yang saya tahu, mereka yang sokong pas dulu sebab tak puashati dengan umno, MASIH belum tukar pendirian mereka. ( mereka yang saya kenallah )
ReplyDeleteKluangman, jawab dengan jujur
ReplyDeleteKalau di takdirkan anda mempuyai anak gadis jelita tiba-tiba anda terpanggil atau mendapat seru untuk berjihad ke jalan Allah dan anda hanya ada pilihan untuk mengamanahkan untuk menjaga anak gadis anda kepada 5 hamba Allah dibawah ini semasa permergian anda, siapa kah pilihan anda kluangman?
A)Rahim Thambi Chik
B)Jamaluddin Jarjis
C)Rais Yatim
D)Nizar Jamaluddin
E)Noh Omar
Siapakah Wanita Model muslimat pilihan anda
A)Sharizat
B)Azalina Othman
C)Wan Azizah
D)Rosmah Mansor
E)Rafidah Aziz
Kalau anda mempunyai perniagaan dan mahu memberi amanah untuk menjaga keewangan anda, Siapakah diantara calon yang berikut yang menjadi pilihan anda
A)Khir Toyo
B)Isa Samad
C)Nik Aziz
D)Khairy Jamaluddin
E)Nor Yaakob
Diantara muka-muka bukan Islam dibawah ini, muka yang mana boleh dipercayai untuk bekerjasama dengan Islam
A)Samy Vellu
B)Kayveas
C)Chua Soi Lek
D)Lim Guan Eng
E)Koh Tsu Koon
Good one kluangwoman. Bravo!
ReplyDeleteSeorang isteri didkehendaki taat kepada suaminya selagi suami itu tidak engkar kepada perintah Rasul dan Allah - dalam hal ini Wan Azizah sudah out.
ReplyDeleteKalau Nurul, mungkin boleh pertimbangkan kot :)
Dari segi akidah, keimanan hendaklah kekal dalam apa jua keadaan, halal dan haram itu jelas dan nyata, tidak boleh dicampur hatta syubahat sekalipun - dalam hal ini Nik Aziz tidak dominan dan stabil.
Islam agama rasmi dan agama Persekutuan Malaysia dan cita cita untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam sepenuhnya adalah wajib kepada setiap umat Islam. Lim Eng Guan kena pastikan terlebih dahulu Karpal Singh akur kepada perkara tersebut dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam Malaysia sekiranya Lim Eng Guan mahu bekerjasama seterusnya.
Nizar yang dilihat berpotensi pada awalnya didapati gagal menjadi seorang MB kepada seluruh rakyat Perak sebaliknya sekadar menjadi tunggangan kepada DAP dan kini PAS sendiri sudah tidak percayakannya lagi, sekadar 1 pencalonan untuk Timbalan Presiden.
Itu jawapannya.
Nama nama lain sudah tidak relevan, zaman hitam masing2 telah berlalu, kekotoran yang sudah terpalit tidak boleh dibersihkan lagi, terpahat dalam sejarah.
Kita mesti terus berharap, berdoa dan yakin di kalangan umat Islam hari ini akan muncul pemimpin yang Islam menjadi pegangan kuatnya untuk memimpin negara, warna kulit bukan ukuran.
kluangman,
ReplyDeleteJadi aku minta fatwa dari kamu;
Wan Azizah ni macam mana, terpaksa cerai dengan Anwar ke?
Penting untuk dapatkan fatwa kamu ni!!!
Mat Mersing.
kluangman,
ReplyDeleteI think you talk too much nonsense. You are taking over god's duty. Bercakap berlebihan hanya menampakan kelemahan sendiri atau lebih tepat kebodohan sendiri.
I suggest you take a long rest before you being perceived as a budding comedian.
yasin
There are no more leaders in UMNO bro. All good leaders in UMNO had sunk. Those who are still floating are all scums.
ReplyDeleteIt would be best interest of the nation if UMNO is permanently sidelined.
Isa Ibrahim, Kota Damansara.
Syabas KLUANGWOMAN, a brilliant questions.
ReplyDeleteKalaulah saya, straight to the point saya ambil:-
1. Nizar Jamaluddin
2. Wan Azizah
3. Nik Aziz
4. Lim Guan Eng
Senangkan...!
Tapi Kluangman melalut lagi...! Cakaplah yang nak jaga anak perempuan kau tu si Rahim, contoh wanita yang boleh ajar anak kau tu si Shahrizat, yang boleh jaga harta kau to si Toyo dan akhirnya siSoi Lek adalah bukan Islam yang kau boleh percaya. Susah sangat ke...Kluangman? Yang kau pergi tawaf keliling tu apasal? Orang bagi ABC tau. Ini soalan darjah 1. Sebabnya nak test IQ kau. Ai, lemah... lemah....!
Betullah cakap Sdra Miskin Mersing tu, bawa aje siKluangman ni ke Mersing untuk merehatkan fikiran dia.
Anti Musibat
Haha lucunya. Takut juga Abang Aspan kita orang marah-marah dia mempersendakan UMNO.
ReplyDeleteTapi tak apa. Syabas UMNO nak jadi tua walaupun umur muda. Tak macam orang lain, dah tua tapi mengaku muda.
Malam tadi menyambut hari lahir dengan suntikan botox.
Pak Man tu pandailah. Kaki satu dalam UMNO, kaki satu lagi dalam PAS.
Pergi juga PWTC untuk makan free.
Macam Aspan juga. Bukan tentang makan free tapi keahilan dalam UMNO.Wakaka.
Maklumlah kawan, tentu senada dan seirama ya tak.
Itu ahli palsu namanya.
Dan bininya pandai main kayu tiga ya, jadi orang PAS. Nasib baik Pak Man tak kuat setianya kepada UMNO.
Kalau tak bercerai-berai pulak dalam umur senja macam sering berlaku di Terengganu dan Kelantan.
Pak Man cakap BN mungkin kalah di Ganu. Taklah Pak oi. Ustaz Hadi kan baik dengan MB Ahmad.
Dia boleh tarik Hadi dan gangnya masuk UMNO. Tinggal lah Tok Guru terkonteng-honteng.
After all Tok Gurupun nak pencen.
Janganlah suruh Taib Mahmud sorang saja berundur, ya tak? Ku Li pun dah lama pencen.
Patutnya LKS dan Karpalpun pencen juga. Alangkah bahagianya hidup kita.
Tidak hairan kalau Pak Man tu tak setia dengan UNNO.
ReplyDeleteDr Mahathir lagi dahsyat. Dia sanggup keluar parti kerana bencikan Dollah. Semuanya sekatang, top to bottom semuanya berpolitik kerana peribadi.
Biarlah UMNO tu hilang terus kerana parti itu menjahannamkan mentality org Melayu.
Mail, Kubang Pasu
Sayapun macam Pak Man, Aspan..
ReplyDeleteAhli UMNO seumur hidup....
UMNO bagi rasuah masa kempen...saya sapu tapi undi tetap PAS...
UMNO anjur makan bersama pemimpin, saya bedal...tapi undi tetap PAS..
UMNO kata melayu mesti bersatu, saya bersatu.....tapi undi tetap PAS...
UMNO suruh PAS masuk UMNO, saya sokong...tapi undi tetap PAS..
Bila memilih pemimpin, takkan kita nak undi UMNO.....luar dalam kita tahu kerja pemimpinnya....sapu bersih beb....bahaya betul....
Jadi bab pilih pemimpin, saya tetap undi PAS walaupun saya ahli UMNO seumur hidup.
Anon 9.04
ReplyDeleteBangga nampaknya jadi talam dua muka. Jadi traitor.
Kalau Islam sejati tak macam tu. Berdosa tau.
Macam free loader makan duit haram.
Yalah kan, PKR tak jamu orang makan sebab duit guna untuk fight Anu-war.
You tak pandai but crafty and wily like a fox. Anu-war ajar you macam tu ya? Tsk tsk more's the pity.
@Kluangwoman, @AntiMusibat, @MatMersing, @Yasin,
ReplyDeleteAjaklah Sedara Kluangman kita ke Mersing...pergi berenang kat pulau, piknik, memancing, belajar scuba diving..dah tension ya amat gamaknyer sedara sorang ni.
Kat Mersing kita orang tak stress pun pasal Umno kah, Pas kah, PRU13 kah, video kah, Kristian ugama rasmi kah..kah..kah..kah (tiru sikit Tukar Tiub)
Orang biasa macam kami kat Mersing nih bertungkus lumus nak cukupkan keperluan idup hari-hari je..jadi banyak-banyak ler bawa berehat..kah..kah..kah!
Semoga Pak Aspan di rahmati dan sejahtera selalu.
Ajak ler Quiet Despair sekali temankan Kluangman!
ReplyDeleteKluangman,
ReplyDeleteI have concluded you are psychopath and having zero IQ and EQ based on your answer on the above questions.
You are not fit to be my mate
Quiet Despair kenapa kamu bebal sangat, buat namaaja belajar luar negeri..
ReplyDeleteAku cerita pasal undi PAS, apa kena mengena dengan Anu-war.
Aku dapat duit UNMO aku bagi pada yang hak,lebih baik derma duit tersebut pada fakir miskin. Pemimpin BABI ( rasuah=BABI )terutama dalam UMNO perlu di ajar. Kalau berani, semua pemimpin UMNO yang BABI ( rasuah ) sila buat sumpah laknat yang kamu semua tidak pernah makan duit rakyat, salah guna kuasa dan mengambil harta yang bukan hak kamu. Kalau semua pemimpin BABI tersebut berani buat sumpah laknat, sayalah orang pertama yang akan sokong UMNO kembali.
Kluangwomen,
ReplyDeletePencacai mana ada IQ...
IG letak kat jubo
Anon 12 May 2011 13:42:00 GMT+08:00
ReplyDeleteJenis QD ne jangan kan bersumpah...
kena sumpah seranahpun dia tak heran.. janji masukkkkk.