21 May 2011

Belum tahu siapa yang setia dan siapa yang lari lintang pukang

Situasi kehidupan rakyat semakin hari semakin menyempit dengan kenaikan harga makanan dan barangan serta perkhidmatan ‘essentials’ naik dan tidak nampak akan turun atau setidak-tidaknya mendatar. Tidak ada siapa yang tidak bersungut dan mengeluh dengan kenaikan harga barang yang tidak ada hentinya ini.

Secara parallel kita akan berhadapan dengan pengurangan subsidi terhadap barang keperluan dan bahan bakar yang selama ini dikecapi rakyat. Tidak lama lagi kita akan membayar ‘good and service tax’ (GST) pula dan semuanya ini akan menambah beban kehidupan rakyat terutamanya kepada gulungan menengah dan gulungan miskin di bandar-bandar dan di ‘sub-urban’ di seluruh negara.

Kerajaan akan memberhentikan pemberian subsidi kepada rakyat secara beransur-ansur bagi mengurangkan defisit terhadap bujet negara dan segalanya ini datang dalam masa yang serentak dan dalam kadar yang mendadak.

Harga makanan telah naik dengan kadar 4.9 peratus dari Januari sehingga April 2011 ini dan ianya amat membimbangkan. Kalau dikaji angka-angka resmi yang dikeluarkan oleh kerajaan harga barang makanan telah naik melebihi 30 peratus dalam jangkan masa 4 tahun yang lepas berbanding dengan kenaikan gaji dan pendapatan rakyat yang tidak melebihi 3 peratus dalam tahun yang yang sama.

Kerajaan nampaknya tidak ada kudrat untuk menyelesaikan atau setidak tidaknya mengurangkan beban ini kerana apa yang mampu di lakukan hanyalah mengalih dan menganjak tangungjawab itu di kalangan rakyat sahaja dan tidak ada nampak sumber pendapatan ‘secondary’ bagi kerajaan. Semuanya diambil dari rakyat yang ramai semata-mata.

Tindakan kerajaan mengurangkan susidi dalam keadaan rakyat sedang ‘sakit’ sekarang ini, menunjukan yang kerajaan kita sudah kekeringan ‘kantungnya’ dan ini akan membawa kesan yang amat memeritkan rakyat dan merencatkan proses pembangunan negara.

Dari segi politiknya pula ungkapan-ungkapan pemimpin negara yang menyatakan yang negara sedang menuju kearah negara maju itu amat payah diterima oleh rakyat. Apabila sampai ketahap kesusahan yang kita semua hadapi ini naluri rakyat memberontak apabila mengetahui yang negara mengalami ketirisan sebanyak RM 28 billion setahun sebagaimana yang dilapurkan oleh Lapuran Ketua Audit Negara tahun 2008 dahulu. 28 billion ringgit ketirisan ini pastinya telah masuk ke dalam saku individu pemimpin yang tidak jujur.

Itulah sebabnya banyak pihak termasuklah blog yang kerdil ini telah puluhan kali menyebut yang penarikan subsidi bukanlah jalan yang pertama untuk dilakukan bagi menghadapi krisis kenaikan kos penghidupan ini. Usaha yang penting yang perlu dilakukan ialah untuk membenteras ketirisan wang negara melalui rasuah dan penyelengan yang dilakukan oleh penggubal dasar serta pelaksana dasar-dasar tersbut (penjawat awam).

Ketirisan sebanyak 28 billion ringgit setahun itu adalah bencana yang tidak mungkin dapat diatasi kerana ketirisan itu belaku dan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin utama negara sekali. Ianya sudah menjadi budaya tegar dalam pentadbiran kerajaan Persekutuan dan Negeri-Negeri dan tidak ada siapa dan pihak yang serius untuk mengambil tindakan membetulkan keadaan. Pihak yang sepatutnya membetulkan keadaan ini juga terlibat dalam ketirisan yang begitu besar ini.

Itulah sebabnya rakyat terus sahaja memberikan keyakinan kepada kerajaan Negeri P Pinang yang telah jelas berjaya menyelesaikan ketirisan yang selama ini tidak dilakukan oleh kerajaan sebelumnya. Begitu juga dengan kerajaan negeri Selangor.

Dalam keadaan Negeri itu ditekan oleh kerajaan Persekutuan negeri itu tetap telah menunjukan prestasi yang jauh lebih baik secara relatifnya dari kerajaan sebelumnya walaupun kenyataan saya ini akan dibenci oleh pihak yang ingin membuktikan sebaliknya kerana kepentingan politik mereka.

Bagi saya itu tidak boleh dilayan kerana yang pentingnya ialah politik orang ramai, kehidupan rakyat yang melata dapat di perbaiki dan kalau boleh kita hendak menolak semua pihak yang menyebabkan ketirisan yang menggila besarnya ini. Rakyat tidak mahu lagi perkara buruk ini berulang terus menerus.

Menjaga harta benda kita adalah wajib di sisi agama. Kalau Ibrahim Ali ingin tahu ini juga adalah jihad. Jika pimpinan yang telah lama memerintah sudah hilang segala hidayahnya ada berkewajipan untuk mereka di tukar dan diganti…samada di tukar semua pimpinan yang ada kepada pimpinan baru parti yang memerintah ini atau pun menolak terus parti ini dari mentadbir negara kita lagi.

Pendeknya biarlah kuasa itu berada di tangan rakyat biasa kerana mereka telah lama bersabar menunggu pimpinan yang ada untuk berubah, tetpi tidak kunyung juga berubah. Kita mesti akui hakikat yang kesabaran itu ada hadnya dan rakyat telah melampaui batasan kesebaran mereka.

Kalau sesiapa yang hendak pandangan saya sebagai ahli UMNO, elok jika seluruh pimpinan UMNO berundur dan menukar pimpinan yang di terima oleh semua rakyat kerana keseluruhan yang ada pada hari ini tidak lagi diyakini rakyat. UMNO sememangnya parti yang sepatutnya menjadi tunjang pemerintahan, tetapi oleh kerana parti ini telah menyimpang sebegitu jauh pimpinan wajar ditukar sebelum pilihanraya ini.

Jika ini tidak juga dapat dilakukan, saya akan terus bersama UMO walaupun sudah menjadi parti pembangkang. Bukan untuk berjanji tetapi saya lebih rela membina kembali parti ini dari bawah. Mungin mereka yang garang-garang hari ini mempertahankan pimpinan yang ada, akan berkeliaran mencari perlindungan dan meninggalkan UMNO, biar lah saya dan beberpa orang yang capek politik ini membinanya semula jika diizin Tuhan.

Yang penting, dari saat ini, rakyat mesti di bebaskan dari tertipu dan tertipu terus-terusan dari pimpinan yang tidak setia kepada rakyat khususnya orang Melayu. Kalaulah keadaan ini berlaku, kita sama-sama lihat kemana perginya mereka yang garang-garang dan memaki hamun orang seperti saya ini sebagai tidak setia, gunting dalam lipatan dan berbagai-bagai lagi ‘superlatives’ yang diberikan kepada saya dan beberapa orang yang lain.

Kalaulah UMNO terpaksa turun saya akan tetap keluar membantu sesiapa yang memimpin parti ini walaupun telah menjadi parti pembangkang. Semasa itu nanti mari kita tengok; siapa yang setia dan siapa yang akan lari lintang pukang nanti.

51 comments:

  1. Encik Aspan,
    Saya telah mengikuti tulisan sdr agak lama juga dan ini kali pertama saya membuat komen. Saya tertarik dengan tulisan saudara ini kerana ianya melambangkan peribadi dan sikap sdr.
    Dikampong saya di Taiping, ada seorang yang sentiasa di ketepikan oleh orang ramai. tidak di jemput dalam majlis-majlis keramaian dan apa-apa acara pun.
    Tetapi kalau ada orang mati dialah yg bersusah payah menggali kubur dan menanamkan simati dgn sempurna.
    Saudar nampaknya serti orang yang saya maksudkan itu.
    semoga tuhan sentiasa bersama sdr.

    Abd.Rahman JKB

    ReplyDelete
  2. Salam Sdr Aspan,

    Rising food prices is a global phenomenon. I have been following this trend since 2008. Fuel price is a bane too.

    Anyway, saya setuju ttg mengelak ketirisan. Ttp kalau tidak ada daya political conviction/commitment, bgmana? Isu ini adalah long-term. GTP? Ahhh saya follow tp maaf, saya tak yakin seduit.

    p5t

    ReplyDelete
  3. sir,

    whilst p5t is factually correct; (the fuel n food prices being a problem that has besotted the world at large), the gist of what aspan is saying is the lack of serious effort by the powers that be in reducing the impact. whilst its true that the government is burdened with the additional costs, alternative ways should be found rather than resorting to the increase of the fuel and staple food prices. reason being, the multiplier effect will adversely affect inflation rate, deepening the disparity between the upper income group and the rest.

    aspan proposed two ways - find alternative means (we still have formidable economists among our fold?) or, what's more relevant here (as aspan has been saying time and again in many, many forms and analogies) is to combat graft seriously to arrest the wanton 'dissipation'.

    aspan made a brief comparison in the way PP n Selangor are run. In such a short spate of time, deficit has been eradicated or reduced (depending which side of the fence one is on), despite all the hurdles. This should NOT be translated as loyalty to opposition or refusal to see good in BN, or a fan numero uno of DSAI. Its plain fact to show that its not impossible to achieve something if one is serious about it.

    so the issue on the table is how to reduce the rakyat of their sufferings and combat graft seriously - nay, wish all ye want, but it's not about personality issues or sex or video or wot hav ya.

    scrooge

    ReplyDelete
  4. Inilah jadinya kalau orang jahil mengambil orang zalim dan orang yang ingkar kepada ketentuan Ilahi sebagai pemimpin dan penasihat yang dilaknati.

    Sebagaimana "Greenboc" nyatakan dalam penerangan bab freemason, sehingga rekabentuk Putrajaya dgn tiang obelisk sudah terang lagi bersuluh adalah unsur2 masonic yang akan menjahanamkan budaya bangsa. Tamadun Nusantara sudah dicemari dalam ertikata bahawa pihak yang berkuasa telah ditundukkan syaitan manusia. Apa lagi yang tinggal? Apa lagi yang hendak diharapkan?

    Sama-samalah kita tunggu kegoncangan yang amat menyakit hati. Kegoncangan yang tidak terperi. Hasil perancangan Ilahi.

    Agaknya beginilah suratan yang akan berlaku sebagaimana yang Sdra Aspan nukilkan, sebagai jalan untuk kembali.

    Bagi mereka yang tidak mendapat hidayah menganggap ini suatu fiksi untuk dijadikan bahan sindiran. Namun yang berakal akan terus mengolah dengan penoh keseriusan bahawa fakta telah menghampiri kenyataan.
    "Kasyaf"

    ReplyDelete
  5. Tok Pan,
    He3..
    Klau kau yang biru pekat pun tahu,yg lebih tinggi lagi la.. tahu apa yg Rakyat meluat sangat tu(tumbuk rusuk) tapi buat dek saja la. Kami dah tukar (Pg), kau pun dah..tukar (S'langor). PRU13 sama2 kita tengok sapa yg di Tukar plak.
    Di doakan Tok Pan sihat, klau nak tukar pun ciket saja lagi. He3..dari biru pekat ke Hijau pekat.
    He3...-sender Rakyat Penang lo.

    ReplyDelete
  6. Salam,
    Kerajaan rasanya sedang menghadapi brain drain sebab menteri menterinya kurang upaya berfikir. Solusi yang mereka nampak hanyalah kurangkan subsidi. They think its their bloody right so mereka boleh tarik subsidi yang diberi bila-bila masa.

    Mereka fikir mereka dah manjakan rakyat so depa nak bagi rakyat "sedar diri" Itulah cara berfikir orang diatas-pemimpin /orang berkuasa.

    Saya setuju spt Sdr puluhan kali menyebut yang penaikan subsidi bukanlah jalan yang pertama untuk dilakukan bagi menghadapi krisis kenaikan kos penghidupan. Stop giving rakyat angka berbilion dalam pemberian subsidi seolah olah rakyat berhutang pulak dengan kerajaan.

    Kalau kerajaan nak berkira dengan rakyat, rakyat juga boleh mula kira...

    DiMsia, kita dah dikenakan cukai berlipat ganda oleh kerajaan. We pay more for lots and lots of things!

    Kita diyakinkan dengan harga siling beberapa barangan hanya untyuk dikeciwakan bila harga siling boleh berubah. Harga tepung naik, harga ayam naik, Bila harga minyak naik, semua barang otomatis naik.

    Rakyat dah kena bayar berganda harga kereta, bayaran tol, cukai jalan, insurance yang tinggi, parking mahal dll. Harga kereta proton di UK lebih murah dari kat Msia sebab kita kena bayar cukai n eksais. Tak logik tapi itu yang berlaku. Harga Honda City di Thailand RM60K tapi kat Msia RM113K. Walaupun kerajaan kata harga minyak kita lebih murah dari Thailand, tapi harga barangan dan makanan di Thailand sangat murah, Sebab itu ramai rakyat Msia melancong dan membeli belah diThai. Orang Siam cuma beli minyak saja ditempat kita.

    Sampailahg masanya kalau tak tukar menteri, tak tukar tindakan KITA akan tukar kerajaan. What have we got to lose? How worse can things be? Whats the point of having bangsa Melayu sebagai pemimpin bila bangsa Melayu merasa saperti bangsat?

    Maaf le, pagi pagi ni ada hot sikit.

    ReplyDelete
  7. Sdr. Aspan,
    Mengelak ketirisan adalah cara utama dan cara kedua ialah mengeluarkan makanan sendiri. Merata tempat kita melihat tanah terbiar yang tidak diusahakan. Perkara begini tidak berlaku dinegara Cina dimana setiap inci tanah diusahakan setidak-tidaknya ditanam pokok untuk mendapatkan balak.
    Apa yang Jabatan Pertanian kita buat? Masih wujudkah Jabatan ini?
    Pak Tua

    ReplyDelete
  8. hmm AA,

    dato cakap dalam suasana
    anak cucu kita sendiri
    hadapi masalah obesiti.

    generasi yg tak tau susah
    yang tak tau payah

    tambah kalau dah dapat title dato
    susah kami nak percaya
    apa yang dato cakap ni lain dari kelaziman dato-dato lain.

    wassalam
    yy

    ReplyDelete
  9. Sdr Aspan,

    Tulisan sdr ini ada banyak kebenarannya. Amat malang sekali kebanyakan pencacai-cacai UMNO menyokong membabi buta tanpa melihat rasionalnya yang sebenar.

    Apa yang saya perhatikan, untuk menggantikan pemimpin UMNO yang sedia ada dengan pelapisnya, saya juga TIDAK nampak kemampuan mereka khususnya barisan PEMUDA mahupun PUTERI. Minda PEMUDA dan PUTERI juga kebanyakan telah dikotori dengan nafsu dunia sahaja. Pantang lihat, semua nak kaut keuntungan tanpa ada rasa DOSA dan takut pada balasan akhirat. Mana silapnya ?

    Islam tidak melarang manusia untuk mencari habuan dunia tapi ianya MESTI dari sumber yang HALAL dan juga MESTI dibelanjakan ke jalan yang diredhai ALLAH. Ini masalahnya.

    In the NUTSHELL, pemahaman dan pengamalan ajaran Islam amat kurang sekali. Saya juga tidak mahu mengatakan keseluruhan pemimpin UMNO tidak pandai beragama malah ada diantara mereka yang belajar agama ke peringkat PHD tapi apakan daya nafsu syaitan yang telah berjaya mengawal ilmu yang mereka ada.

    Untuk memungkinkan seseorang pemimpin itu menjadi BERHATI PERUT, mereka seMESTInya menjiwai Islam sebaiknya. Sifat RasullulLah seperti BERKATA BENAR dan AMANAH mesti ada dihati mereka. Saya percaya rakyat akan kembali kepada mereka. Ini perlu diterjemahkan melalui perbuatan dan tingkah laku mereka dan bukan hanya melalui lisan saja. 'SEEING IS BELIEVING'. Pemimpin UMNO yang sediada hanya pandai BERPOLITIK saja tapi tak nampak hasil kerjatangan mereka lebih-lebih lagi 3 tahun kebelakang ini.

    Kembali kepada ketirisan yang dilaporkan, ianya amatlah menggerunkan. Macam-macam boleh dibuat untuk faedah rakyat. Mereka ini dipilih oleh rakyat dengan harapan sumber negara dapat ditadbir urus dengan penuh AMANAH dan tidak untuk kepentingan DIRI. If the government is GOOD, naturally the people Won't want to change.

    Untuk itu, saya merasakan mereka ini perlu diREHATkan buat sementara waktu untuk memberi ruang kepada mereka membina semula kredibilitinya yang telah merudum jatuh ke dasar bumi.

    MELAYU-JAWA

    ReplyDelete
  10. Salam, saya bersetuju apa yg d katakan oleh saudara itu. Siapa yg pernah mengalaminya tahu bagaimana ianya berlaku. Nauzubillah Min Zalikh, mereka ini tak takut bahawa kematian makin hampir. Perubahan yg patut d lakukan oleh kerajaan yg utama ialah ketirisan bukanya dimasukan sebagai sub agenda dalam GTP or ETP dan segala P lagi.

    ReplyDelete
  11. Betultu Aspan, rasuah dan ketirisan negara perlu dihapuskan dan kerajaan harus serius dalam menangani isu tersebut.

    Yang sedihnya saya, bila TBH dan Ahmad Sarbaini mati di bangunan SPRM, SPRM di hentam begitu sekali . Macam-macam tuduhan yang dilemparkan. SPRM pembunuh, SPRM pilih kasih dan SPRM hanya menyiasat kes kes parti pembangkang. Digembar-gemburkan sebegitu untuk membuat rakyat membenci kepada SPRM.

    Dalam kes TBH, macam-macam perarakan & demonstrasi yang dianjurkan oleh DAP bertujuan untuk menghangatkan keadaan. Dalam kes kematian Ahmad Sarbaini, tidak pulak dianjurkan sedmikian.Kematian Kugan, perarakan dianjurkan oleh PKR, berpuluh-puluh kereta menghantar beliau ke kubur.

    Tapi Allah maha kaya Aspan. Ditunjukkan kebeneran sedikit demi sedikit. Kalau dulu begitu gah sekali, DAP mintak diadakan RCI untuk Teoh.

    Kerajaan yang bertanggung-jawab mendengar gesaan tersebut dan untuk berlaku adil dipilih seorang bangsa Cina untuk mengetuai RCI tersebut. Dah banyak kita dengar kisah menarik mengenai TBH dan kes kes penyelewengan yang dilakukan oleh DAP di akhbar-akhbar dalam RCI tu.

    Sekarang ni pun. dah kurang pulak DAP nak menyebut TBH, dah amat kurang nak politikkan kematian TBH. Dah tak ada perarakan lilin dan sebagainya. Kenapa ye?

    ReplyDelete
  12. Abd Rahman JKB, betul ke orang Taiping macam ni? Kawasan mana? Kemunting? :)

    As I mentioned earlier, MALAYSIA need POLITICAL TSUNAMI kalau tak jadi juga kita tunggu TSUNAMI dari Allah SWT.

    Tuan Aspan, I will join you from scratch!

    ReplyDelete
  13. Pak Aspan,

    Saya orang muda, pemahaman saya kepada politik Malaysia tak setanding dgn Pak Aspan. Tetapi saya nampak dan sedar mengapa UMNO/BN sudah tidak berupaya lagi utk mentadbir Malaysia apatah lagi membangunkan ekonomi.

    Pak Aspan boleh baca penyelewengan Multimedia Super Corridor (MSC) sebuah badan kerajaan yang bertanggunjawab membangunkan potensi ekonomi ICT di Malayisa. Inilah sebabnya mengapa Malaysia tidak akan dan tak boleh menandingi kehehebatan Silicon Valley di US sampai bila-bila pun.

    Sila baca di sini:-

    http://nazri.flavert.com/2011/05/02/hari-sedih-buat-industri-ict-malaysia/

    Maaf kalau spam, saya hanya nak mendedahkan mengapa usahawan2 Bumiputra yang berpotensi untuk berjaya, dipinggirkan oleh pengawai2 MSC yang kuat makan rasuah.

    ReplyDelete
  14. Dari suratman,
    mengenai kenaikan harga makanan,saya berpendapat sesuatu perlu dibuat utk negara kita dpt mengeluarkan produk makanan kita sndr.contoh,beras,gula,bawang,kentang spttnye kita boleh dpt dgn harga yg lbh rendah kalo kita dpt hasilkn sndr tnpa import dr luar..jgnla tanam sawit je..manafaatkn tanah yg ada..jgnla buat kilang nadir bumila,apela,itula,inila..itu smua utk kepentingan sstgh pihak je.rakyat ni ptt diutamakan..upm buatla kajian ttg mknn utama tu dulu.ni kaji pasal durian kacukla,mangga kacukla..utamakan yg ptg..kalo tanah kat smenanjung dah xda,sabah sarawak kan ada..jgn rampas tanah rakyat plak,tp bgla sewa.sama2 menang..kdg2 terpikir,yg jawatan tinggi2 ni xda terpikir ke?ke otak dah bebal sgt sbb makan rasuah?

    ReplyDelete
  15. Salam Sdr Aspan,

    Kesimpulannya,

    BN = Perompak, perogol & penipu.
    Badan Kerajaan Pusat = Kaki pukul BN.
    PR = Bakal macam BN ATAU penyelamat rakyat.
    Rakyat Biasa = Mangsa sehingga kini.

    Dari atas untuk rakyat marhean,
    BN = langsung tidak boleh diharap untuk rakyat buat masa terdekat.
    PR = harapan bergantung pada usaha kerja mereka untuk rakyat (so far better than BN).

    Setuju atau tidak terpulang kepada masing2.

    Sekian, terima kasih.

    Cawan Lama.

    ReplyDelete
  16. Semua orang tahu keadaan parti UMNO Baru ketika ini, tenggelam timbul dengan nafas tercungap-cungap kelemasan selepas pilihanraya ke 12 yang lalu.

    Tapi setelah dapat berpaut pada papan sekeping diparlimen mereka masih bersikap bodoh sombong mengatakan orang lain yang nak mati kelemasan bukan mereka kerana mereka pandai berenang... ?

    Sejak 52 tahun yang lalu, pemimpin UMNO silih berganti sehingga hari ini belum pernah menjadi pembangkang. Itu sebabnya mereka merasakan diri mereka adalah tuan sehingga mengeluarkan fatwa ketuanan melayu dan bangsa lain adalah hamba.

    Tapi pemimpin kita majoritinya hanya bijak menipu tapi bangang dalam mencipta idea bagi membina kebudayaan bangsa melayu yang cemerlang dan makmur.

    Apa yang kita lihat setiap tindakan mereka itu menjurus kepada memperbodohkan bangsa sendiri atas kepentingan kuasa politik semata-mata.

    Cuba kita lihat kembali debat diantara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bertajuk hari ini perintah esok harga minyak turun yang boleh ditonton melalui hanief.blogspot.com.

    Begitu lemah sekali pemimpin kita berhujah dalam menangkis hujah dari pihak pembangkang... lain disoal lain pula yang dijawab. Orang bercerita penjimatan tapi pemimpin kita cerita tentang hal peribadi yang tidak ada kena mengena dengan tajuk debat.

    Ini kah standard pemikiran menteri yang dilahirkan oleh parti UMNO Baru..? Amat memalukan..! Itu kita belum lihat lagi lebih dekat menteri-menteri yang lain.

    Kalau menteri tak faham soalan... Jawabnya pemimpin jenis ini memang tidak akan menyelesaikan masaalah rakyat kerana dia dalam kategori menteri penipu “CAKAP TAK SERUPA BIKIN”.

    Penyokong UMNO Baru yang hadir dalam majlis debat itu pula dilihat tidak faham nilai hujah yang disuarakan oleh pendebat tapi bertepok ikut suka seolah-olah mereka sedang menonton perlawanan gusti.

    Jelas sekali ahli UMNO Baru majoritinya adalah bangang...! Melihat gelagat seperti itu mahukah kita mengaku bahawa kita juga adalah salah seorang ahli UMNO Baru?.

    Apa yang kerajaan buat hari ini sama seperti apa yang dibuat oleh Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek diatas pentas debat. Berlagak bijak tapi tak faham soalan, melalut sehingga berbuih mulut, jawapan yang diberikan pula jawapan bangang.

    Pembangkang keluarkan isu rasuah, ketirisan dan pemimpin kita balas isu itu dengan isu liwat, isu video lucah, isu pengharaman parti PKR...

    Bagaimana parti UMNO Baru akan jadi parti yang hebat dan dihormati sedangkan yang memimpinnya dilihat tidak bersih dari pelbagai skandal dan jenayah dan mereka masih berada dibaris kepimpinan ?


    Sekarang kerajaan dari pemimpin UMNO Baru sedang berkira-kira akan menaikkan harga barang keperluan... bagaimana pandangan ahli UMNO Baru tentang kenaikan harga barang.. Sokong...? he..he..he..

    Kesihan saudara Aspan terpaksa bersama UMNO Baru walaupun parti itu jadi pembangkang selepas pilihanraya ke13..

    Saya tidak tahu sama ada masih ahli UMNO Baru atau tidak kerana selama ini ketua cawangan yang membayar yuran ahli dan saya tidak akan bertanya....

    Bayar atau tidak, saya tidak peduli lagi kerana saya malu jadi ahli UMNO Baru....

    ReplyDelete
  17. Salam saudara Aspan..

    Saya masih meletak harapan kepada BN untuk berubah dan dapat memberikan keselesaan kepada rakyat terbanyak (bukan yng kaya) untuk hidup dan menampung keperluan harian saya tetap akan sokong mereka.

    Tetapi jika sebaliknya berlaku saya dan keluarga terpaksa lah menggunakan kuasa satu orang satu undi kepada pemimpin /parti yng boleh membuat perubahan dan mengembalikan keselesaan tersebut.

    Ini kerana rakyat biasa mcm saya hanya perlu kepada perkara asas, makanan dan pakaian, tempat tinggal, sekolah anak2.

    Sampai bila kita nak mendengar alasan mereka sahaja. Barang naik masaalah global . bagaimana sebelum ini global ekonomi ini tidak berlaku ke. Kenaikan minyak jika berlaku ada lah sesuatu yng klu boleh dihindarkan sebab akibat nya teruk kerana ia ada 'chain reaction' dlm kenaikan harga barang. Bermula dari kenaikan pengangkutan, kenaikan kos mengilang, kenaikan kos upah, kos packaging dan lain2 lah lagi,pendek kata mengakibatkan semua nya bergerak naik dan susah bagi kerajaan untuk control selepas itu.
    Orang terakhir yng akan menanggong semua kos tersebut adalah pengguna seperti saya rakyat miskin.

    Pengilang akan naikan harga produk mereka walau pun kita bantah. Itu terpaksa kerana mereka buka kilang untuk mendapat untung. Operation cost mereka ada range tertentu jika margin untung terlalu kecil, mereka lebih baik tutup kilang dan lari kenegara lain.

    Begitu juga hal nya dgn transportation cost. Jika mereka rugi mereka lebih baik buat bisnes lain. Kita tak boleh control juga jika minyak naik kerana untung mereka adalah ditahap acceptable level kurang dari itu mereka tak mahu buat.

    Banyak lagi jika nak ditulis akibatnya.Adalah lebih baik kerajaan memikirkan alternatif lain sebelum menaikan harga bahan bakar (menarik subsidi atau rasionalisasi harga istilah mereka ) dengan mengekalkan subsidi yng telah lama diamalkan dan berjaya membantu rakyat terbanyak. Tindakan membenteras ketirisan yng saudara sebut diatas adalah diantara priority sebelum penarikan subsidi bahan bakar dilakukan.

    Bagaimanapun mereka ada penasihat yng bijak dgn alasan mereka tersendiri yng melihat angka atas kertas bukan kehidupan sebenar rakyat yng berpendapatan diantara RM800 ke 1500 sebulan yang terpaksa bersilat untuk hidup.

    Kalau itu situasinya maka rakyat ada hak memilih pemerentah , Tak begitu Saudara Aspan.

    Bravo saudara masih menyengat walau diusia senja kita. Teruskan menulis. Jgn peduli pengampu2 yng marah dan hidup selesa tersebut.

    ReplyDelete
  18. Benar beb kenaikan kos hidup bukan sj berlaku dmsia. Benar jugak tiada negara yg kos hidup makin turun. Ketirisan jugak benar. Mesti diatasi. Ketirisan bukan sj berlaku dikalangan politician tetapi paling terok berlaku diperingkat perlaksanaan. Politician kadang2 pun hanya lebih kpd persepsi sj..
    Tp cubalah masuk tender atau sebutharga mana2 jabatan sekali pun. Pasti kena deal dgn malaun2 dr peringkat tecnician sampailah ke KSU. Semuanya ada cukai pintu. Mereka2 ni punya pelbagai mcm fahaman politik ada BN, ada PKR PAS dan DAP. Hari ini majoriti kakitangan kjaan sudah beralih kpd pembangkang.
    Mereka mudah melepaskan diri jika melakukan rasuah krn mereka ada scapegoat, iaitu menteri dan org2 umno. Pihak pembangkang yg tolong pindahkan tuduhan ini kpd para pemimpin umno. Setiap rasuah pasti org umno.
    Jadi kebocoran sebeginilah yg memautkan umno. Kesian menteri2 umno. Pegawai kjaan yg masuk lebih mereka yg dpt bahana tuduhan.
    Baru 1 jabatan sj SPRM serang sudah dpt tangkap pegawai2 kastam yg tiriskan berbillion2 wang negara. Mereka tolong tiriskan dlm bentuk larikan cukai dan seludup brg. Tapi biasalah bila ada yg mati bunuh diri, umno lg yg kena tuduh beb...
    Kalau sprm serbu seluruh jbtn kjaan pasti 28 billion yg tiris tu dpt dikewan balik. Duit tu akan dijumpai sebahagian besarnya dlm akaun pegwai kjaan dan sanak sdr mereka. Tak tau byk mana je yg jumpa dlm akaun proksi politician. Polseks. Nor mohd yaaukub jumpa 2 juta.

    ReplyDelete
  19. Saya cuba baca komen2 di atas. Semua beri komen pihak kjaan tidak berupaya lagi mencari jalan mengatasi bebanan rakyat. Saya juga setuju. Tapi malangnya tiada satu pun yg mampu beri cadangan yg constructive bgmana mahu di atasi masalah ini. Bagaimana buntunya kerajaan mungkin dlm mengatasi masalah ini, saya lihat lebih buntu lagi komentator2 di atas. Kamu sebenarny membuat suatu kerja yg paling mudah di dunia....mengkritik dan menyalahkan org lain. Kerja ii tidak memerlukan apa2 modal selain dr air liur dan sedikit rsearch. Lepas tu bolehlah buat kerja tu...
    Ada juga benarnya komen salah seorg yg beritahu braindrain negara agak seriuos. Tiada lg kalangan rakyat yg cerdik boleh bagi sdgn pd kjaan utk selesaikan masalah essentials goods yg meningkat...

    Makantanggungsdnbhd

    ReplyDelete
  20. bila pemimpin utama dikelilingi penasihat yang lahir2 dah memang kaya dan golongan berada..mcm nilah jadinye...........
    tak akan faham kesusahan rakyat...

    ReplyDelete
  21. 28billion ketirisan sudah pasti masuk ke akaun pemimpin yg tidak jujur.
    Terlalu pasti sdr menyatakan ke mana ketirisan ini pergi seolah2 semua dokumen dan maklumat siasatan ada dirumah sdr.
    Anon 20:13 lebih rasionak dlm hujah yg diberikan. Saya adalah kontraktor kelas D dan kontraktor perbekalan berpejabat di selangor.
    Saya dpt projek selama ini tidak langsung bergantung kpd UMNO atau PKR yg perintah sngor skrg.
    Saya bergantung nasib atas usaha hasil dari rasuah yg telah saya amalkan selama lebih dr 13 tahun sejak saya jasi kontraktor.
    Saya telah membela hampir semua juruteknik, pegawai pembangunan, penguatkuasa dan termasuk juga YDP majlis perbandaran. Hasil kerja keras saya menjaga kebajikan mereka saya tidak pernah putus mendpt kerja2 membekal dan kerja kontrak jalan dan bangunan di seluruh selangor sejak 13 tahun dulu. Saya anggarkan wang yg telah saya habiskan utk merasuah diperingkat pegawaii kjaan ini sudah melebihi 5 juta sejak saya mula menjadi kontraktor. Jumlah ini melebihi 15% dari jumlah projek yg telah saya dapat.
    5 juta ini tidak tiada 1 sen pun jatuh pd tangan org politik samada dr PKR atau UMNO sejak sy niaga..
    Mangsa rasuah

    ReplyDelete
  22. Siapa yang pernah berurusan dgn MoD tahulah betapa peritnya berniaga disitu. Dari atas kebawah. Saya ingat lagi tahun 2003 bila masa nak ambil cek, kena pao jugak. Keuntungan dari hasil membekal masa itu nasib baik tak rugi tapi margin amat tipis sekali. Serik dah nak masuk situ.

    p5t

    ReplyDelete
  23. Mangsa rasuah.....
    Tidak rasa berdosa ke kau cari rezeki cara merasuah org?

    ReplyDelete
  24. MOE pun apa kurang. Kroni ksu kroni tksu kroni sub pembangunan sub perbekalan semua ada.. Muhyidin yassin pun mereka boleh tipu. Kuasa dan segala mak datuk hal2 teknikal mereka guna utk pastikan kroni mereka masuk dlm cutbof point.. Mereka saling faham memahami dan bekerjasama utk menerima rasuah secara rotation ikut syarikat kroni mereka...
    Tuan Aspan mungkin tidak percaya perkara ni berlaku..
    Kontraktor tiri

    ReplyDelete
  25. Semua technician sampai ydp sampai ksu tu buat rasuah atas arahan menteri umno. Dia org bagi2 duit rasuah ikut profit sharing. Menteri mesti dpt lebih.

    ReplyDelete
  26. senang cakap,sebenarnya pemimpin2 BN dan gerombolan kontraktornya dah tak pikir susah rakyat.kalau jatuh tersungkur pun mereka dah kaya tujuh keturunan tak habis makan.....

    ReplyDelete
  27. 21 May 2011 08:26:00 GMT+08:00,

    1. Anda tidak perlu rasa bersalah mempertahankan parti UMNO Baru kerana setiap individu mempunyai kebebasan memilih kecenderungan politik masing sepertimana orang lain yang menyokong parti-parti selain UMNO Baru. kita juga kena belajar menghormati hak orang lain juga sebagaimana orang lain menghormati pegangan politik kita.

    2. SPRM adalah antara isu-isu yang dibangkitkan dari pelbagai isu yang diperkatakan sejak akhir ini. Tetapi masaalah yang paling utama yang perlu kita fokuskan tanpa mengira pegangan politik kita ialah masaalah kenaikan kos barangan keperluan asas dan kesan kenaikannya kepada kita rakyat malaysia sekiranya kerajaan bertegas juga menarik/mengurangkan subsidi petrol yang pasti akan menyebabkan kenaikan yang lebih tinggi kesemua barangan keperluan harian.

    Kenaikan ini tidak sahaja menjejaskan penyokong-penyokong pembangkang, rakyat atas pagar tetapi juga ahli-ahli UMNO Baru biasa juga. saya percaya sebahagian besar ahli-ahli UMNO Baru tidak kaya raya seperti saudara.

    Isu SPRM yang saudara bangkitkan itu boleh kita letak ketepi dulu dan tidak urgent berbanding dengan kesan kenaikan harga minyak Ron95 dan diesel nanti.

    ----------

    21 May 2011 20:13:00 GMT+08:00,

    1. Uiks....dah lama business masih tak faham lagi ke? Kakitangan kerajaan dan orang politik termasuk menteri 2 x 5 sahaja, semuanya adalah dalam satu rantaian proses je - saling perlu memerlukan untuk menjayakan sistem tol projek....if you understand what l mean!...takkan orang politik nak makan sorang je kot...habis tukang kakitangan yang diminta menjayakan rancangannya tak dapat apa-apa ke?

    Kemana hilangnya keyakinan bahawa Allah itu Pemberi Rezeki...

    wak jerman

    ReplyDelete
  28. AsSalam semua,

    Modal umno+perkasa = bangsa diutamakan dahulu kemudian baru la islam itu pun sikit-sikit..

    Pengalaman saya hadir ke ceramah umno + perkasa yang terbaru minggu lepas, LANGSUNG TIADA disebut nak jadikan negara Malaysia ini maju berdaya saing dengan negara jiran, jauh sekali utk dibandingkan dengan negara maju yang lain di dalam dunia ni..

    Mereka ni(UMNO+Perkasa) sibuk sangat dengan Bangsa Melayu akan hilang, akan ditindas la dan akan dihina serta memacam lagi..

    Yang mereka PANDAI ialah MEMBAKAR api bangsa dan agama.. hehehe yang "kelakarnya" ramai plak tu bertempik bertepuk tanda setuju..

    Adehhh.. kesiannya bangsaku begini jadinya..

    Saya dan beberapa rakan yang lain yang hadir disitu hanya mengeleng kepala dan berfikir sesama sendiri..

    Kemudian selepas ceramah, kami singgah dikedai makan dan berbincang tentang ceramah tadi dan kesimpulan yang kami dapat ialah, kalau la begini, lagi seribu tahun pun UMNO dan MELAYU perkasa takkan kemana, sibuk maki hamun bangsa lain dan "menggugut" orang melayu yang tidak sebulu dengan mereka..

    Sedia dan kesian kami melihat keadaan ni...

    Selamatkan NEGARAKU dari pemimpin dan manusia begini..

    ReplyDelete
  29. Wak jerman
    Saya hanya cerita pengalaman saya sendiri. Bukan pengalaman org lain. Itulah yg berlaku.. Saya mengalaminya...kenapa menyanggah apa yg saya lalui sendiri. Org lain saya tak tau.
    Mangsa rasuah.

    ReplyDelete
  30. masa’alah kesetiaan or not. is not that important! terpulanglah pada seseorang individu untuk menilai kepartian mereka sendiri. yang mustahak, kualiti dan performance of the group of people you’ve voted yang terdapat di parti tersebut. our country performance is going down each year. sedangkan negara negara diseberang semakin membangun setiap tahun, yet, negara kito macam tu jugak. investors is running away sebab favoritism. if nothing is done to rectify all this, rakyat biasa seperti kito lah yang akan menanggung kerugian dan kesusahan di masa hadapan. kito perlu berfikir secara “think out of the box” instead of circling around in the same arena. if a party is not willing to rectify their mistakes, or in another term word, “egoism”. then it is time to look for alternative for others to take the lead. performance and quality come first! action speak louder than words. yang aku nampak karang, kekecohan that does not bring any benefits to the rakyat at all!

    burn...

    ReplyDelete
  31. sdr Aspan,
    saya sokong dan setuju pandangan sdr tentang tahap kepimpinan negara kita.
    Hanya taksub sdr terhadap Umno agak keterlaluan, seakan murtad sekira meninggalkan umno.
    Apa peranan kita jika melihat sesuatu yang nyata boleh membawa kemudaratan kepada diri kita, anak dan generaso kita. Harus melakukan sesuatu seperti yang sdr lakukan yaitu menyuarakan pandangan sdr.itu tindakan yang benar. Tetapi sekadar pandangan dan ternyata tidak berkesan dan terus menyokong umno walau apa jadi sekali pun ada lahy satu tindakan yang tidak membantu apa-apa untuk berubah.
    seharus sama-sama menolak umno jika ternyata perjuangan jauh tersasar yang tidak mungkin dipulihkan kerana acuan nya telah membentuk diri umno itu sendiri.

    ReplyDelete
  32. Well said Pan... Charity has to begin from home ....
    Bravo Pan..keep on writing for the good of the mass and as a reminder for the rest up there.

    ReplyDelete
  33. 22 May 2011 00:20:00 GMT+08:00

    1. Saya faham dan pernah ditawarkan sesuatu melalui sistem tol ini. tetapi saya mempunyai kekuatan untuk menolak dan tidak menyokong sistem tol ini. Saya tidak memperolehi projek ratusan juta, namun saya dapat juga walaupun kecil tanpa melalui pintu-pintu tol ini. Saya yakin ianya rezeki dari Allah.

    2. Sebenarnya bukan berapa nilai kontrak yang diperolehi. Jika dapat kecil tetapi berkat,ia membawa manafaat yang lebih dari yang dapat besar tetapi dengan jalan rasuah. tetapi bagi yang diberi rezeki oleh Allah, ada juga yang dapat projek besar-besar tanpa melalui pintu-pintu tol ini.

    3. Sdra, rasuah dalam sektor awam yang melibatkan orang politik, kakitangan awam yang diberi amanah SUDAH MENJADI SATU INSTITUSI. Inilah antara punca terbesar yang menyebabkan ketirisan wang kerajaan/rakyat, melumpuhkan daya saing negara dan pelbagai masaalah ekonomi dan sosial dalam negara.

    Inilah yang sebahagian besar rakyat yang bukan ahli UMNO Baru cuba nak hapuskan. Kesan buruknya tidak hanya kepada rakyat bukan ahli UMNO baru/BN sahaja, ahli-ahli UMNO Baru/BN pun akan menimpa kesan yang sama ( kecuali pemimpin-pemimpin sahaja ).

    4. Inilah antara sebab mengapa kita perlu bersama-sama menggunakan kuasa undi kita dalam PRU13 nanti....menghapuskan amalan korupsi yang telah menjadi institusi dan mengembalikan pentadbiran negara kelandasan yang betul.

    Saudara boleh menggunakan kuasa undi saudara dalam PRU13 nanti bagi menghentikan amalan pintu-pintu tol yang saudara alami ini dengan mengundi untuk perubahan....amalan yang ada hari ini bukan untuk memajukan bang sa melayu tetapi MENGKAYAKAN BANGSA UMNO BARU!!!....

    WAK JERMAN

    ReplyDelete
  34. Wak Jerman,

    Komen saudara mengusik naluri saya. Saya gembira kerana saudara percaya yang kontrak itu bukan dinilai dari besar kecilnya tetapi samada ianya memberi barakah kepada kita atau tidak.

    Saya amat menghargai nilai yang ada kepada anda.

    Penadapatan yang berkat itulah sebenarnya pendapatan yang bersih. Selain dari itu hanya membawa kita kepada kekufuran jika tidak dapat dikendalikan dengan baik.

    Syabas

    ReplyDelete
  35. Akuein

    Salam sejahtera semua..

    Ramai yang kata kakitangan kerajaan makan rasuah..mungkin betul, tapi xsemua..sebab saya juga gov serv..

    Mungkin nanti akan kata saya hanya cakap saya ni baik walhal realiti xde sapa yang tau..terpulanglah..cuma saya sudah banyak kali ditawarkan rasuah, dan alhamdulillah, saya belum terlibat lagi..biarlah gaji saya cukup makan je, keta pun buruk dengan macam2 bunyi yang keluar, asalkan rezeki saya halal..

    Kawan saya seorang peniaga barang IT, banyak projek di pahang, ikut cerita dia, banyak nak kena hulur kat orang tertentu kat sana..tu belum lagi kes 'tangan dari langit' lagi tu..

    Kesian..sebab pembekal/kontraktor terpaksa 'kena tol' bila nak dapat projek..

    Kehadiran saya dalam gov xakan mengubah sistem kerajaan, tapi saya hanya mampu untuk mengubah sedikit sahaja persepsi rakyat dan perlaksanaan kerajaan, iaitu JANGAN RASUAH..mungkin itulah selemah-lemah JIHAD saya..

    ReplyDelete
  36. Wak German n sdr aspan
    Sekarang sdr sudah mengakui wujud pintu tol. Terpulang kpd individu samada mahu serah kpd tuhan atau memilih utk bersetuju dgn rasuah. Apa yg saya ingin nyatakan ialah sikap sdr meletakkan kesalahan bulat2 kpd pemimpin umno seolah2 100% rasuah dan ketirisan itu dtg dari mereka, pada hal tabiat rasuah itu adalah bersifat individu. Jika individu itu tidak ada iman mereka akan lakukan rasuah. Mereka akan cari jalan walau apa sistem atau institusi pun yg wujud. Tanggapan wak German rasuah sudah membentuk institusi itu tidak betul. Dr sudut agama siapa yg bersalah melakukan rasuah samada memberi atau menerima, merekalah yg berdosa.
    Rasuah berlaku bila wujud persetujuan antara 2 pihak utk saling mendpt benafaat.sistem hanya boleh check dan tangkap perasuah jika ada loop hole dlm proses mereka merasuah spt bukti akaun atau saksi dll. Jika tidak terdpt loophole rasuah tidak akan dpt dibenteras. Sebab itu saya kata ia berbalik kpd individu tersebut. Jika induvidu tersebut semua spt wak german, maka dunia akan aman makmur dan sentosa. Di akhirat pula semua akan beroleh syurga tuhan.
    Bagaimana wak german boleh tutut terpengaruh dgn tanggapan aspan 28 bil kbocoran itu adalah pasti masuk dlm akaun pemimpin umno.
    Tuduhan tanpa asas adalah fitnah. Dosa fitnah lebih besar dari dosa rasuah. Aspan teersilap fatwa mengatakan makan rasuah ibarat makan daging sdr sendiri tp sebenarnya yg memfitnah dan mengumpat itu seumpama memakan daging sdr sendiri.

    ReplyDelete
  37. Tahniah anon 22 May 2011 12:02:00 GMT+08:00

    Mungkin sebab amanahnya saudara, M'sia belum ditimpa bala yg menakutkan lg.

    syabas. jangan risau ganjaran disana lebih besar.

    ReplyDelete
  38. Anon 22 May 2011 17:07:00 GMT+08:00,

    Wah..wah.. pandai sebut fitnah rupanya... jangan la pandai sebut fitnah sebelah pihak je, malah fitnah siapa yang lebiH besar?

    Mimang benar bukan semua, tetapi kebanyakan.. lagipun UMNO yg berkuasa, apa tindakan UMNO memperbaiki keadaan. suruh menteri semua istihar harta la..

    Lagi satu saya nak bertanya, hasil negara berbilion2 mana perginya? sedang dikhabarkan projek2 mengunakan wang swasta. Tentu lah ada sesuatu yang tak kena di mana-mana.

    ReplyDelete
  39. Anon 17:26
    Fitnah apa yg kau maksudkan lebih besar tu..ckp la. Mcm mana aku nak jwb..
    Kau tak tau ke selama ni menteri istihar harta?
    Kau tak nampak ke sprm buat apa? Tp kau bukan nak iktiraf pun apa yg kjaan buat. Tak guna pun xplain dgn org jenis mcm kau. Sangkaan jenis kau penuh dgn prejudis dan berat sebelah.
    Kau nak tanya pulaknhasil negara berbilion2. Kalau hasil negara tu hilang dah lamadah akunkau dannsemua rakyat dlm negara ni mati tak makan, tak tido dan tak hidup. Ada faham? Susah nak ajar mcm kau ni. A kena ajar dari alif ba ta balik pasal ekonomi negara.

    ReplyDelete
  40. Anon 22 May 2011 19:06:00 GMT+08:00,

    Menteri istihar harta kat sapa? Bos menteri istihar harta kat sam, sapa nak chek? pandang sebelah mata je?

    Hai tak kat tak tau hari di udara, dicetak menyembor fitah sana sini, buAT2 TAK TAU kE?

    ReplyDelete
  41. 22 May 2011 19:06:00 GMT+08:00

    rAKYAT MAKAN KE TAK MAKAN BUKAN KAU YG TENTU KAN, ORG MCM KAU TU TAU BODEK JE.

    ReplyDelete
  42. Anon 19:06:00

    Kerana pandai sgt kau berekonomi, M'sia duduk ditangga ke berapa dlm dunia.

    Jangan sombong, sombong kau tu memusanhkan negara, kalau tak de emas hitam dah lama M'sia bangkrap.

    ReplyDelete
  43. Tok Pan,
    Ada setuju, ada x setuju tu biasa la. Itu tandanya perbezaan pendapat. Pengalaman saya la, dalam bab rasuah nie. Kalau penjawat awam tak minta rasuah, alhamdulillah syukur. Tapi kena yang tak makan rasuah tapi memanjang hilang' berat oo. Pi pagi, staf/kawan dia kata pi site, pi petang, belum masuk lagi. Tak pa, aku pi hari2, tak kan tak dapat kot'. Dapat, 1 hari tu dapat dia kat kantin. Dia jawab selamba je 'sibok & tak ada masa nak tengok file aku. Habis angin 1 badan, kengkawan yang lain kemuka 1,2 minggu dah brief utk. kelulusan..aku tunggu sampai 5 bulan, aleh-aleh dapat keputusan kena buat pindaan tunai syarat'
    Tu pasal la bila gomen umum k/tangan awam naik gaji, aku jawab depa tak pa la, cukup bulan jolok kad plastic keluar dwet-kami k/tangan swasta, kena silap cket gaji bulan nie bulan depan (klau nasib baik) dapat la..
    esh3...sender Nasib Rakyat la.

    ReplyDelete
  44. saudara semua tentang rasuah ni ada kaitan dengan pihak manakah yang boleh meluluskan projek bernilai jutaan, ratusan jutaan, ribuan jutaan.....Dan pegawai yang terlibat dalam meluluskan tu biasanya dilatik dari kalangan yang direstui oleh kerajaan BN...majoriti kontraktor pun orang BN....YB YB pun menghimpit selalu kontraktor ni....jadi memang macam dah jadi satu INTITIUSI...

    ReplyDelete
  45. Walaupun saya seoarang ahli pembangkang PKR dan pakatan rakyat.. saya amat2 setuju dengan pandangan sauradara dan seingat saya.. inilah kali pertama saya jumpa seorang ahli umno yg agak mempunyai akal fikiran, saya tak pernah lagi berjumpa org umno wlaau dimana pun yg mempunyai fikiran seperti saudara dalam mengutarakan pendapat... tahniah dari saya...

    dan sedarlah bahawa kami dari PR bukan bencikan UMNO, UMNO sememangnya tak salah.. tetapi semua pemimpin UMNO dari bawah hingga ke atas sekalai amat tamak dan gilakan harta benda hak rakyat... bagi kami, selagi UMNO tak jatuh.. jgn bermimpi la UMNO akan berubah.. tidak sama sekali... biarlah UMNO rehat buat 1-2 penggal, then kami akan memberi kepercayaan semula kepada UMNO semula...

    ReplyDelete
  46. Anon 23 May 2011 00:48:00 GMT+08:00

    biarlah UMNO rehat buat 1-2 penggal, then kami akan memberi kepercayaan semula kepada UMNO semula...

    Betul tu.. yg amat penting UMNO perlu insaf.. kembali kepada perjuangan membela rakyat tanpa kepentingan peribadi.

    Ingat ye.. perjuangan bukan meMELIHARA kroni.

    ReplyDelete
  47. anon 22 May 2011 12:02:00 GMT+08:00

    Ha ha ha..

    Ambik Mudah aje..kalau Rasuah Berlaku dalam Kerajaan..siapa yang bertanggungjawab?

    Tentulah Pemimpin Kerajaan yang Bertanggung jawab..tetapi kanapa ia berlaku..masakan Ketam berjalan lurus kalau Ibu bapanya berjalan mengereng...pokok pangkalnya, pemimpin UMNO Dayus, lemah dan Gagal menanggani isu Rasuah dalam Kerajaan!! Ketirisan telah berlaku tetapi tidak ada langkah untuk menutup ketirisan tersebut!!!

    Perlukah kita sebagai Rakyat memilih Pemimpin yang Dayus?? Saya tidak mengatakan UMNO itu Dayus, tetapi kenapa memilih mereka memimpin UMNO?...tidak adakah orang yang berani memimpin agenda memerangi Rasuah dalam ahli lebih 3 juta orang..Dayus kah anda?

    Ha ha ha...

    ReplyDelete
  48. Kerajaan terpaksa menyelaras semula pemberian subsidi kepada rakyat. Saya setuju sebab selama ini rakyat tidak pernah bersyukur atas rezeki yang Allah beri. Rakyat selama ini hanya bergantung kepada kerajaan bukan sebaliknya. Oleh kerana itulah dengan senangnya kerajaan dan kakitangannya menggelapkan duit rakyat. Mulai saat ini rakyat perlu menukar senario ini. Kerajaan pula kena bergantung kepada rakyat. Bagaimana caranya?
    UNDILAH PAKATAN RAKYAT!!!

    ReplyDelete
  49. Undilah Pakatan Rakyat utk bertukar angin. Dah muak duduk dlm perut rimau. Nak try duduk dalam perut naga pulak..

    ReplyDelete
  50. Ada pemimpin di tgh2 barang naik masih boleh ke luar negara dgn wang kerajaan konon bekerja. Jihad bukannya di mulut saja......

    ReplyDelete
  51. Saya tela beberapa kali diajak masuk menjadi ahli UMNO antaranya cawangan Kg Baru, Bukit Bintang, Sunway, Damansara tetapi saya tak pernah tertarik untuk mendaftar sebagai ahli kerana apabila saya bertanya kepada mereka yang beia-ria mengajak saya masuk...apa lagi isu yang kita boleh perjuangkan apabila kita masuk UMNO? percaya atau tidak, ini jawapan yang saya terima: Ala, tak payah nak fikir isu isu tu, sekurang-kurangnya kita dapat rumah kedai sebiji!! Astafiruallah...kerana itulah saya benci pemuda UMNO yang hipokrit!

    ReplyDelete