Keadaan berubah dengan masa. Itulah sebabnya Islam mengingatkan yang kita mesti hidup mengikut masa dan zamannya. Apa-apa agama pun menyatakan yang perubahan itu adalah satu elemen yang tidak dapat di elakkan. Sedangkan secara fisiknya dunia ini pun berubah. Jika kita tengok peta dunia sebelum dan selepas ‘ice age’ misalnya, perubahan dalam bentuk dunia pun berubah dengan begitu besar.
Manusia sentiasa berubah dari muda sehingga tuanya usia. Semasa muda manusia mampu melakukan banyak kegiatan yang memerlukan tenaga, tetapi manusia itu berubah menjadi matang dan tua dan dituruti dengan tenaga dan kudrat yang berkurangan. Semua makhluk berubah dan tidak statik.
Pemikiran kita berubah dari masa ke semasa dan dari zaman ke zaman yang lain. Persepsi terhadap sesuatu perkara berubah dan perubahan ini akan memberikan reaksi kepada pihak lain kerana memang satu principle kepada sains yang menyatakan ‘in every action there will be reaction’.
Hidup ini ibarat pusingan roda, kadangkala diatas, kadangkala di bawah. Tidak ada siapa yang dapat mengelak dari pusingan ini. Begitu juga kuasa; kita berkuasa di satu masa dan akan hilang kuasa itu pada suatu hari nanti. Kuasa itu akan datang atau hilang bergantung kepada perlakuan sendiri. Tidak ada kuasa yang hilang disebabkan kesalahan pihak lain.
Dunia ini berubah dengan sendirinya jika kita lihat dari zahirnya. Tetapi pada hakikatnya ianya berubah dengan afa’al tuhan atau dalam erti lainnya adalah disebabkan kehendak dan gerakNya. Kadangkala kita lupa bahawa kuasa yang paling dan Maha besar adalah kuasa Tuhan, dan selalu kita merasakan kuasa kecil yang dipinjamkanNya itu adalah hak kita untuk selamanya. Ingat kata-kata ini, ‘The earth is much more intelligent and putting all human minds together’.
Saya menyebut isu ini kerana kita selalunya mendabik dada yang hanya kita sahaja yang mampu membawa pembangunan dan orang lain tidak berkeupayaan. Kitalah yang telah membangunkan negara, kitalah yang telah mencipta segala kejayaan, kitalah yang membawa penyatuan umat, kita adalah contoh kepada seluruh dunia dan semuanya kita. Kita telah mengambil segala keizinan Tuhan kepada kita seperti orang yang kufur nikmat. Semuanya adalah ‘kerana aku..aku…dan…aku…seolah-oleh tidak ada Tuhan yang bersifat mukhalafah dan manawi di sebalik segala-galanya.
Tidak ada unsur maknawi yang lain apabila mendapat kejayaan selain dari kita dan parti kita. Segala kuasa ghaib dinafikan; hanya kita..aku…kita dan aku. Tuhan telah pun menunjukan sedikit demi sedikit untuk kita mengakui bahawa kuasa yang ada kepada kita ada PEMILIK MUTLAKNYA. Kita hanyalah peminjam sementara semata-mata.
Sedikit demi sedikit kuasa pinjamanNya telah diambil balik oleh pemilikNya, tetapi kita masih merasakan yang kita adalah pewaris kepada segala kuasa dariNya. Kita sedang diintai-intai oleh kelemahan dan kegagalan kita sendiri.
Kita sudah tidak dapat membezakan dua bentuk kesalahan hina yang sama, sehinggakan kesalahan yang dilakukan oleh orang lain itu sahaja yang hina sedangkan kesalahan yang sama atau lebih hinanya yang kita lakukan tidak diperbetulkan. Kesalahan oleh pelaku seks haram itu sahaja yang salah tetapi salah guna kuasa dan rasuah itu tidak beberapa besar kesalahannya.
Kita lupa pelaku seks haram yang diintai dan dirakamkan itu merupakan dosa besar kepada Tuhan tetapi dosa rasuah itu adalah lebih besar kerana ianya melibatkan manusia lain. Lain-lain perkataan ianya adalah kesalahan sesama manusia dan isunya ialah isu ‘hablum minan naas’. Ianya melibatkan harta dan wang ringgit manusia yang kita diamanahkan untuk memimpin.
Setahu saya isu ‘hablum minan naas’ adalah lebih besar dari isu ‘hablum minallah’. Allah itu Maha pengampun dan pengasih dan dosa dengan Tuhan mudah terampun dari dosa kepada manusia lain apatah lagi dosa kepada rakyat yang puluhan juta ramainya.
Itulah sebabnya dosa kepada rakyat cepat mendapat balasan. Jika kita orang politik maka kita akan hilang sokongan dari mereka. Sebagai pihak yang memerintah parti kita sedang pemerhatian rakyat dan jika kita masih tidak berubah cara pendekatan kepada mereka kita tidak mustahil ditinggalkan oleh mereka kerana mereka tidak ada apa-apa ‘obligation’ terhadap kita.
Hanya kita sahaja yang merasakan yang mereka mesti membalas budi kepada kita sedangkan hakikatnya kitalah yang sepatutnya membalas budi rakyat yang telah memberikan mandat untuk mentadbir negara yang dianugerah kekayaan yang melimpah ruah.
Isu membalas budi tidak lagi menjadi bahan kempen yang sesuai kerana pemimpin dibayar gaji dan elaun yang besar untuk mentadbir mereka. Mereka yang mengupah pemimpin kita untuk mentadbir negara. Itulah sebabnya apabila mereka melihat pemimpin-pemimpin yang mereka upah itu tidak melaksanakan tanggungjawab dengan jujur mereka ada hak untuk mengganti manusia lain untuk diupah mentadbir negara. Sebenarnya pemimpin itulah hamba kepada rakyat, bukan sebaliknya.
Rakyat mentertawakan pemimpin yang meminta rakyat membalas budi mereka sedangkan merekalah yang sepatutnya bersyukur kerana diberikan mandat untuk mentadbir negara.
Kalau kita mengambil upah untuk menoreh getah di kebun seseorang tuan punya kebun ada hak untuk menukar penorehnya jika didapati penoreh yang diupahnya itu tidak jujur dengan menjual torehan itu tanpa pengetahuan tuannya. Jadi pemimpin-pemimpin UMNO ini merupakan mereka yang telah diupah oleh rakyat untuk menoreh getah mereka.
Jadi menorehlah dengan baik. Jangan dicuri getah torehan itu dan dijual tanpa pengetahuan tuannya iaitu rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini. Pilihanraya yang akan datang ini ialah proses memilih siapa yang akan menjadi penoreh. Jangan pula penoreh upahan pula yang mengatur dan menggertak tuan punya kebun.
Rakyat sekarang sedang mengira berapa banyak getah mereka yang dicuri oleh penoreh-penoreh si kebun getah mereka. Dengarnya berbillion telah tiris dan telah banyak kerugian yang dialami oleh tuan punya ladang getah itu, iaitu rakyat.
Tuan punya ladang sekarang sudah sedar yang penoreh upahan mereka lebih kaya dari mereka. Isteri penoreh pun glamor gila! Ladang-ladang rakyat yang punya. Mana boleh jadi....
“Tunggu!!!" Kata mereka. "Nanti kami pilih penoreh-penoreh yang lain!!"
Bukan sekeap aje Aspan. Kebun tuannya pun dijualnya!!
ReplyDeleteAli
ini kes bukan aje sekerap dan kebun tuannya yg dijual, bini tuan pun di rembatnya, kalau dah malaun...
ReplyDeleteEncik Aspan,
ReplyDeleteSuatu ketika dahulu, Tun Mahatir pernah mengatakan bahwa rasuah adalah macam makan babi.
Itulah bermulanya era rasuah dibawa olih Tun.
Baru-baru ini TPM berkata rasuah adalah musuh no:1 negara.
Selalu dalam fikiran saya adakah mereka yang berani cakap ini itu pasal rasuah benar-benar bebas dari rasuah.
sdr aspan,
ReplyDeleteisu yang dipolitikkan (bukan isu politik) kebelakangan ini banyak mengalih perhatian rakyat daripada isu lebih relevan seperti ekonomi rakyat biasa (semua kaum terutama bumiputra). tahap olahan isu politik semasa popularis ini agak membimbangkan - contohnya isu agama rasmi (yg sepatutnya ditafsirkan sebagai mengangkat martabat Islam) telah di'spin' sebegitu rupa sehingga lari dari maksud asal (isteri saya cukup marah bila saya katakan 'anda isteri rasmi saya' - sekaligus menukar persepsinya yg telah termakan oleh isu agama rasmi yang telah diputar).
isu 'here and now' bagi rakyat seperti saya ini yang bukan lulusan institusi seperti LSE adalah cukup mudah - kenapa harga gula dan petrol naik (seterusnya menaikkan harga barangan lain terutama makanan) sedangkan ETP memberi persepsi transformasi bagi segelintir golongan sahaja.
rakyat bagi saya memerlukan perkara asas sahaja - welfare, health and education yang setimpal dan sekata, sistem pengangkutan dan komunikasi yang baik yang memberi kemudahan asas (bukan kesenangan atau kemewahan seperti tertinggi, terbesar, terpanjang di dunia) - affordable and convenient, backed up by a reliable delivery system. asasnya adalah 'service' melalui human capital dan bukannya infrastruktur serba canggih yang tidak mampu dituruti oleh kemampuan biasa.
saya terfikir sejenak, sewaktu ketua bahagian dan ahli UMNO/BN belum mengenali AP, lesen dsb, sewaktu GLC (Govt Losing Concern) belum membiak, berita yang dibaca mengenai ketirisan di Filipina, dan di beberapa negara-negara Afrika, graduan tidak bekerja, rusuhan akibat tekanan hidup susah hanya berlaku di sana dan tidak akan berlaku di Malaysia yang berbilang kaum dan bekerjasama dalam semangat muhibbah (contemporaneous with Tun Ismail's NEP).
sayang.. ladang yang begitu subur yang boleh membantu tuan ladang dan penoreh mungkin tidak mampu lagi ditanam semula. kalau dapat pun, bertahun-tahun lagi lah rakyat marhaen terpaksa berikat perut menunggu pokok getah membesar.
si penoreh pulak dalam syok mentadbir ladang dengan cara tersendiri mentarbiyahkan sehingga anak-anak sudah tidak kenal lagi apa sistem pawah dan tidak berupaya menilai kedudukan sebenar penoreh.
bila ditanya, lain pula dijawabnya... isu liwat, seks, agama, tak mengenang budilah dan entah apa lagi. tapi soalan asasnya masih tak terjawab.
apa agaknya akan jadi pada ladang kita ni ye?
scrooge
Dah tiba masanya tuan kebun menukar penoreh. Masalahnya tidak penoreh baru yang lebih baik untuk mengambil alih.
ReplyDeletePak Tua
Ada beberapa calon yang tersedia bakal menggantikan penoreh sekarang:
ReplyDelete1) Yang kapir laknatullah - ada juga yang akan kata, lebih baik kapir dari Islam - terpulanglah, kubur masing2.
2) Penoreh tua, dah bertongkat pun, kebun torehan yang dia jaga sekarang pun semak samun, tak tertoreh, dia banyak bercakap dengan pokok dari menoreh. Susu getah takkan keluar kalau pakai air liur je.
Dia dah pandai bawa anak menantu menoreh sama, pi umrah pun kawan anak menantu yang nak taja.
Sekarang dia dah jarang menoreh sejak berkawan dengan Lim, tauke babi dan judi yang sedang meluaskan ladangnya sampai ke Sarawak. Tak lama lagi kebunnya pun mungkin boleh buat benda yang sama.
3) Penoreh ni yang paling aktif, dia toreh dari pagi sampai malam, atas bawah dia toreh, depan belakang dia toreh, pokok getah muda lagi dia suka toreh. Kalau kurang susu, dia tambah gel.
Dari majikan lamanya, banyak juga dia sapu jual getah skerap, bapak ipar duai sekejap jadi jutawan dan hasil penyamunan sampai sekarang dia anak bini tak habis makan. Kawan2 dia semua jenis "S" dan "K" Class. Makan malam kat Thailand, minum pagi kat London - siapa kata jadi penoreh tak kaya??!!
Cita citanya hanya satu, nak jadi Ketua Penoreh... nak luaskan jajahan torehannya tanpa dakwa dakwi, tanpa sumpah lanah yang merimaskannya sekarang.
"Foot and buttock soldiers" dia ada kat atas ada kat bawah...
4) Ini penoreh yang sedia ada kalau masih mahu dikekalkan, bini dia lagi kuat menoreh dari dia, penyamun al penyangak samalah macam di atas sana. Sebab kuasa lebih, kebun pun luas, di ajak nya sepupu dan kawan2 untuk tolong percepat toreh mana yang patut. Hasil kebun sebenarnya banyak kena curi bukan semasa dia yang menoreh tapi peninggalan dari bekas bossnya, penyamun tarbus padang pasir anak menantu - hari ini dia sengsara menanggung beban.
Rakyat umpama timun dengan pemimpin umpama durian, digelek atau menggelek, tetap luka dan derita.
Keluar mulut harimau, masuk mulut naga.
Salam Tuan Aspan,
ReplyDeleteSecara umumnya saya berpendapat tulisan Tuan Aspan ini adalah untuk mengingatkan (tanggongjawab manusia untuk ingat mengingat)pemimpin2 UMNO yang memegang kuasa buat masa ini (betulkan saya jika salah).
Walaubagaimanapun pada pengamatan saya, pemimpin2 UMNO ne kebanyakkannya degil2 belaka. Mereka ne bukan boleh dinasihat. Kita nak nasihat dengan ikhlas, kita pula dimakinya, tak cukup dimaki, diterajang malah ada yang disiksa.
Tulisan Tuan memang baik bagi mereka yang mahukan kebaikan untuk rakyat.
Dengan sedih saya terpaksa nyatakan, sebilangan mereka sama sahaja sama ada diberi peringatan atau tidak kerana hati mereka telah keras akibat terlalu lama (50 tahun )mengkhianati rakyat.
Asalam saudara aspan,,,,Tidak dapat di nafikan , bah kata aspan getah semakin tua, susu getah semakin berkurangan, semantara taukey getah masih dgn sikap lama dan lapok ,,,?Yg menbeda sekarang harga susu getah sangat tinggi harganya,,,tapi nilai ringgit yg mahal itu sama nilai dgn RM 1 tahun tujuh puluhan dulu....?,Memang patutlah umno menjadi parti pemekang pada g13 ini...? Walaupun saudara aspan melontarkan tulisan teguran etah berapa kali,,,namun perubahan yg di syor tidak menjadi,,,. bair terus terang umno dan crew yg ada kini, ada spesis yg menyombong, tak sedar diri, tidak mengunakan pendekat yg masra....? Mereka lebih suka membuat pendekat, melalaui isu, perkauman, isu agama, fitnah, guna kuasa polis sewenang2 nya ? Kali ini majoritis sembangan politik, warong kopi,,,jalanan, cakap kpg ? memang di jangka kali ini umno akan tercundang ??? Dgn hakikat itu mereka yg angkoh dan ego ini, akan sedar bahawa kuasa yg ada tinggal sedikit boleh lari ? Ini sudah tentu penyesalan yg tak terhingga ? mungkin ramai yg telah menjadi kayaraya akan lari keluar negara ? tq
ReplyDeleteWah kluangman,
ReplyDeletePandai budak ni rupanya!! Baru aku tau.
del, kluang
Sdr Aspan,
ReplyDeleteCakap sdr ni betul, tetapi macam mana nak perbetulkannya selain dari jangan diundi mereka lagi?
Itu sahajalah Aspan.
"Kita lupa pelaku seks haram yang diintai dan dirakamkan itu merupakan dosa besar kepada Tuhan tetapi dosa rasuah itu adalah lebih besar kerana ianya melibatkan manusia lain"
ReplyDeleteBetul tu Aspan.. tapi kalau pelaku seks ni bercita nak jadi Perdana Menteri dan berlakun alim depan orang ramai tapi sebenarnya adalah seorang "Munafik Akbar".
Sepatutnya dia ni dan keluarga beliau akan berasa malu dan perlahan-lahan mengundurkan diri dari area politik. Dahlah tua bangka, tunjukkanlah teladan pada cucu-cicitnya, bertaubatlah sebelum terlambat.
Inike penoreh getah yang Aspan cakapkan nak menganti penoreh getah yang lain tu. Tak selamatlah tuan tanah kalau dapat penoreh getah macam ni.
Sdr Aspan,
ReplyDeleteSaya juga bersependapat dengan tulisan sdr. Rasanya dah sampai masanya penoreh getah ini ditukarkan. Nasihat dah nasihat dah..tapi terlalu DEGIL atas alasan I'm the BOSS and always RIGHT. Kalau kepala dah berkelakuan sedemikian apa pula yang bawah-bawah tu lagi hebat.
Kalau ayah dah mengajar RASUAH sudah tentu anaknya juga begitu kalau tidak tak masuk TEAM. Saya amat beryakinan kalau diminta sumpah laknat atau sumpah muhabalan (terminologi yang diguna pakai oleh UMNO), kemungkinan ramai yang kecut perut atau bagi alasan baru pula.
Apa yang saya lihat, nak jadi pemimpin UMNO, kebanyakannya akan menggunakan teori tanam pelaburan dan tuai hasil apabila berkuasa. Tak kira dari peringkat cawangan ke, Bahagian ke, Majlis Tertinggi ke malah sampai ke peringkat nak jadi Presiden di suatu ketika.
Jadi apa nak hairan dengan kualiti pemimpin yang ada dalam UMNO dan kabinet. Cuma mungkin segelintir yang kecil atas kewibaan masing-masing.
Bagi saya nak ubah atau perbaiki UMNO rasanya dah agak terlambat untuk PRU13 ini atas sebab KEDEGILAN dan sifat BOSSYnya. Tukar saja dengan yang baru supaya dalam 5 tahun akan mereka betul-betul dah buat 'OVERHAUL' pemimpin-pemimpinnya.
Sekadar untuk Kluangman, selalu bagi alasan yang ingin menegakkan benang yang basah..not to point. Eloklah kalau tinggal dalam GUA saja. Maaf...
MELAYU-JAWA
MELAYU-JAWA
Banyak Ladang getah Melayu dah lama dijual UMNO. Tapi yang disalahkan ialah 'pendatang' yang telah beli tanah ini secara halal dengan pendapatan halal. Bahkan kerajaan negeri dapat banyak hasil cukai dan duti setem dari ladang-ladang 'pendatang' ini. Bodohlah orang Melayu. Ladang dan hasilnya dicuri tapi orang macam Mahathir dan Ibrahim ALI yang jadi hero. Inilah muka sebenar 'Ketuanan' Melayu yang mengenepikan 'Ketuannan Rakyat.
ReplyDeleteAnon 11:25,
ReplyDeleteBila pulak Tn Aspan kata dia menyokong pelaku seks yang nak jadi PM? Yang dimaksudkannya kalau pelaku seks tidak boleh jadi PM kenapa pelaku rasuah nak dikekalkan sebagai PM..btul tak agaknya Tn Aspan?.
Saya kira Tn Aspan maksudkan kalau pelaku seks itu memang tidak layak tetapi kenapa kita biarkan pelaku rasuah dan barisan pimpinan di benarkan jadi pemerintah?..seangkan dosa rasuah lebih teruk kerana mencuri hak rakyat.
Mat Mersing
Assalam Tuan Aspan,
ReplyDeleteSaya tertarik isu 'penoreh upahan' atau realitinya ahli politik yang dipilih rakyat.
Ia adalah satu amanah besar,yang bukan sahaja bertanggungjawab kepada manusia tetapi kepada Allah.
Sungguh lucu bila ahli politik ini tanpa segan silu meminta kenang budi atas jasa-jasa termasuk pembangunan seolah-olah itu duit mereka sendiri.
Yang lebih memilukan sekarang dah sampai ke tahap ugut rakyat!
Kalau tidak undi mereka,tiada peruntukan pembangunan dari kerajaan persekutuan.
Bukankan duit itu datangnya dari pembayar cukai yang tidak mengira parti,agama atau kaum?
Sudahlah projek semua kena sapu anak-beranak,sedara-mara,ipar-duai,harga barang dan petrol naik bagi menampung penyelewengan dan masalah ketirisan.
Rakyat kena lagi!
Agak-agaknya bilalah manusia bergelar rakyat Malaysia yang diberi akal oleh Allah akan sedar?
Bahawa apa yang kita dapat semasa kempen pemilihan adalah 'gula-gula politik'.
Ini termasuklah pemberian projek asas seperti jalanraya,api,air,dan elaun untuk kakitangan kerajaan dan Felda.
Tapi percayalah,generasi baru hari ini tidak mudah diperdaya akibat celik maklumat terutamanya IT.
Kalau dulu 'main stream msedia' boleh 'spin' sesuka hati,sekarang ini kita ada sahabat dimana-mana yang membekalkan maklumat dalaman tentang penyelewengan.
Sekuat mana dan sehebat mana kuasa yang kita ada adalah sementara.
Yang patah kan tumbuh,yang hilang akan berganti.
Kpd pengikut blog ini adalah diingatkan suoaya berfikir secara realistik. Byk pandangan tak berpijak dibumi. Kalau Ikut bacaan tuan punya blog ni seolah2 seluruh rakyat sudah tolak umno. Tak ada sekor pun yg nak dgn umno lagi. Tapi apa yg berlaku betulkah begitu? Takut nanti bila kalah terok atau BN menang 2/3 barulah tersedar rupa2nya umno masih dpt sokongan majoriti. Bila tak boleh terima takdir tuduhlah spr dan pemimpin BN kekalkan kuasa dgn cara tipu....
ReplyDeleteBuatlah bacaan yg realistik. Tanya dan siasat betul ka BN ni dah nak mampus sgt. Di srawak BN menang 2/3. PRK BN menang. Jadi di mana yg dikata oleh tuan punya blog ni BN dah ditolak rakyat?
Tuan aspan,
ReplyDeleteDosa tetap dosa. Tuhan tak kata dosa rasuah lebih besar dr dosa zina atau liwat. Ajaran begini boleh menjurus kpd sesat atau salah faham dlm agama. Jika tuan aspan nak bandingkan amalan baik yg penting dan amalan baik yg kurang penting mungkin boleh diterima.
Mcm mana tuan aspan ukur dosa rasuah lebih besar dr dosa zina dan liwat?
Adakah wujud istilah tuhan lebih suka org zina dan liwat dari org rasuah?
Jgn terlalu mempertuhankan akal dan logik fikiran....
Sukazina
Sekadar untuk Kluangman, selalu bagi alasan yang ingin menegakkan benang yang basah..not to point. Eloklah kalau tinggal dalam GUA saja. Maaf...
ReplyDeleteTolong nyatakan 'point'/alasan mana yang dikatakan ingin menegak benang basah,,jangan sebut tapi tak bagi contoh..tolong bersikap melayu jawa jantan.
Tolong juga bagi jaminan, mereka yang menggantikan pemimpin dan kerajaan sekarang tidak buat perkara yang sama, mengkhianati rakyat?
Kerajaan Selangor belanjakan 600 ribu untuk buat papan iklan membantah ISA? Apa kena mengena ISA dengan rakyat biasa? Yang relevan dengan ISA hanyalah segelintir pemimpin politik yang 'bangsat'. Kenapa aamaun itu tidak disalurkan kepada kemudahan rakyat dan siasat siapa yang dapat kontrak buat papan iklan tersebut.
Perjuangan kita bukan nak tegak parti, perjuangan kita menyatakan kemungkaran pemimpin tidak kira mana parti pun.
kluangman,
ReplyDeleteMana lebih banyak...rm600 ribu atau RM1.5 billion?
RM 1.5 billion di ambil oleh Mizan Mahathir dari duit rakyat untuk selamatkan perniagaannya semasa bapaknya jadi PM.
36 billion kerugian BNM kerana Mahathir minta Nor Mohamad Yakcop semasa menjadi ketua di jabatan treasury BNM untuk bermain dengan pertukaran wang antarabangsa pada sembilan puluhan dahulu.
Hanya dua kes sahaja boleh merugikan rakyat sebanyak hampir 37 billion ringgit.
Saya tahu 37 billion tu lebih besar dari 600,000. Tak taulah kalau kluangman kata 600 ribu lebih besar dari 37 billion.
johnwayne
Johnwayne...persaolan lama kalau nak diungkit, lebih baik tanya berapa nilai Singapura apabila Tengku Abdul Rahman serahkan pulau itu pada LKY? Berapa nilai Pulau Batu Putih masa Paklah serahkan pada LKY?
ReplyDeleteYang hendak dipersoalkan di sini kenapa penyokong pembangkang merasakan pemimpin mereka macam malaikat, tak mungkin melakukan perkara yang sama atau lebih teruk dalamm soal pengkhianatan kepada rakyat.
Rata2 penyokong kerajaan hari ini merasakan berlaku penyelewengan dan rasuah dan minta Najib ubah dan perbetulkan dengan segera. Ertinya penyokong rasional, yang salah tetap salah tapi perlukah sampai tukar kerajaan sedangkan tidak ada alternatif yang terbaik.
Tapi cuba tanya penyokong pembangkang, beranikah mereka mengaku pemimpin mereka juga rasuah?
Sokong dan taksub atas dasar apa? Atas dasar kepartian atau atas dasar mencari kebenaran.
kluangman,
ReplyDeletepandangan u sudah tertutup. kalau tak boleh tukar kerajaan kenapa kita memilih kerajaan demokrasi?
Orang ramai sudah berpuluh kali memberi peluang kpd BN untuk memperbetulkan segala-galanya tetapi BN tetapi melakukan kerja hina itu.
kamu kata kita tidak ada alternatif.
hanya orang buta sahaj yang tidak nampak perkara yang sebenarnya.
Kuma diseberang lautan kamu nampak. Gajah dibibir mata kamu tak nampak.
saya tidak suruh kamu mengundi pembangkang tetapi biarlah rasional pandangan kamu.
selama ini saya jarang-jarang mengundi tetapi kali ini terpaksalah balek ke kluang untuk mengundi parti alternative.
Tak kanlah pandangan ramai yang nak berubah itu salah dan hanya kamu sahaja yang nak mempertahankan kerajaan rasuah macam BN ini.
Tak apa. Lepas mengundi kira kira undi.
Tuan,
ReplyDeleteKluangman tidak menjawab soalann johnwayne diaas. Dari jawapannya diatas saya konfius, TAR dan Paklah ni pemimpin pembangkang dari PAA ke amasa depa melepaskan singapura dan batu putih tu?
Penyelewengan tetap penyelewwngan selagi ia tidak iambil tindakan kerana ia tetap kurugian yang meati dipikul oleh pelakunya.
wak jerman
wak jerman,
ReplyDeleteBiarlah kluangman tu begitu. kalau dia tak bersikap macam tu dia bukanlah kluangman.
Kita doakan dia supaya cepat matang dan mempunyai pemikiran yang membangun.
Tuan Aspan tak payah jawab. Menghabiskan masa sahaja membaca pandangan kluangman.
Demokrasi memang membolehkan kerajaan ditukar ganti, tapi demokrasi juga membolehkan kerajaan sekarang dikekalkan - lu apa cerita?
ReplyDeletekluangman ini loyar buruk rupanya.
ReplyDeleteSaolan sudah dijawab, yang salah tetap salah, tidak kira dari parti mana. Perjuangan parti perjuangan kamu.
ReplyDeletePerjuangan saya perjuangan kebenaran. Pemimpin pembangkang mana yang nak saya sokong kebenarannya? Sebelum inipun saya sudah terbiasa mengkritik dan mengutuk pemimpin kerajaan. Adakah kamu terbiasa mengkritik pemimpin kesayangan parti kamu?
Lidah kamu lebih mudah untuk menyebut konspirasi? fitnah? zina itu lebih kecil dosanya dari rasuah? Itu yang kamu terbiasa.
Salam Tuan Aspan,
ReplyDeleteTelah saya khabarkan juak2 UMNO ne memang degil2 belaka.. apapun sabo je le.
Kluangman... kenapa la kamu tak mahu berfikir..
1. Kamu kata kerajaan selangor membazir belanja rm600,000. Tapi kenapa kamu tak kata kerajaan BN membazir belanja juta2 untuk projek 1M'sia ke, beli kapal selam ke dan lain2 yg lebih membazir. Kalau nak jadi baik biar ikhlas.
2. Kamu menuduh org yg kena ISA bangsat, tapi kamu tak sedar kami rakyat bawahan ne melihat org mcm kamu tu beribu kali bangsatnya.
3. Kamu juga menyindir2 pemimpin PAS makan rasuah, tapi kamu tak sentuhpun pemimpin2 UMNO yang jadi bapak2 rasuah.
Tuan Aspan, saya memohon la, supaya semua pemimpin, pak menteri ke, PM ke, semua kena istihar harta, supaya rakyat boleh semak dari mana mereka dapat harta. Jangan peon je kena istihar harta.
Kepada kluangman, berlaku adil la, jika kamu tak berjuang untuk parti, bagaimana kamu nak memilih pemimpin yang baik? di M'sia ada ke sistem yang membenarkan perkara begitu?
Saya percaya bukan semua pemimpin UMNO tidak baik, dan bukan semua pemimpin PAS baik2 belaka. Nisbahnya dalam UMNO 70 NG/30 G, manakala dalam PAS sebaliknya. Mana yang kamu pilih?
Kluangman,
ReplyDeleteJangan emosional. Nak masuk kisah iklan kerajaan Selangor untuk bantah ISA bagi saya amat wajar. Budget kerajaan negeri Selangor 'SURPLUS' bukannya 'DEFICIT' selama lebih 10 tahun yang dialami kerjaan pusat. Apa cite ? Nak maklum, bukan Kerajaan Selangor saja tapi P. Pinang dan Kedah. Itu baru 3 tahun memerintah. Sistem ISA tu sudah lapok dek telan zaman. Ia amat zalim dari pandangan Islam... MASUK JEL TANPA BICARA. Ia juga tidak tertulis samada dalam Al-Quran mahupun Hadith yang menyokong akta ISA ini.
ISA kini hanya digunakan untuk dijadikan pelindung kepada kerajaan yang sediada dalam keadaan terdesak. Sudahlah tu..ia digunakan atas dasar 'selective basis'. Apa tidaknya, lihat saja tulisan Utusan Meloya dan suara-suara sumbang Ibrahim Ali (PERKASAM)...nak berjihad konon...maaflah kalau ini standard yang ada untuk kita pertahankan. Kenapa tidak dikenakan ISA ? Ini semua mainan untuk mengapi-apikan antara kaum. Kita kena faham kafir tu dibahagikan kepada dua iaitu kafir HARBI dan kafir ZIMMI. Kluangman kena faham ini. Sebab tak fahamlah umat Islam jadi haru-biru tentang tanggung jawab kita terhadap orang kafir.
Ada orang Islam UMNO atau PERKASAM nak ke hadapan bila geng dia MCA persoalkan cadangan haram judi dan negara Islam yang nak dibawa oleh umat seIslam UMNO iaitu PAS. Kenapa UMNO diam membisu ?
Saya merasakan empat orang penoreh yang ditentang oleh Kluangman adalah lebih BERINTEGRITI dan AMANAH jika dibandingkan dengan pemimpin UMNO yang sediada. Kena baca banyak sumber dan tapis berita. Jangan sembrono terima bulat-bulat dari orang yang fasik dan tidak tahu kebenarannya. Jangan jadi UTUSAN MELOYA yang begitu tidak profesional apabila melaporkan KERAJAAN KRISTIAN ? Kan dah terkantoi tu ..konon nak tarik sokongan Melayu tapi malang Melayu yang sedar naik muak dan mual kerana dah faham tujuan berita itu.
MELAYU-JAWA JANTAN
kluangman,
ReplyDeleteNak tunjuk pandai. Tetapi akal tak ada.Kesalahan pembangkang besarnya sekelumit awak jadikan isu. BN telah menjahanamkan wang ringgit kita kamu nak defend.
Buntut pemimpin BN penuh taik, nak tunjuk buntut orang.
Orang macam kamulah yang tidak boleh membaiki keadaan. Kamu kata BN itu rasuah tetapi tak boleh tukar.
Kamu tahu ke apa yang kamu cakap ni? Nanti kena kata bahlol marah pula. Tak kata awak memang sah macam tu.
kluangman, selamat cari makan!!
ReplyDeleteIklan rokok untuk satu billboard je dah RM1.0 juta, Bro. Apa ada 600ribu kalau untuk menyebarkan maklumat pada rakyat di seluruh Selangor.
ReplyDeleteMenantu Taib Mahmud yakni adik Sheila Majid minta harta sepencarian sahaja RM400,000,000.00Banyak tu......? Ini bukan kerajaan tau...! Tapi indivdu ni dah ada duit banyak tu... Kesian rakyat Sarawak.
Sebenarnya kalau cukai pendapatan dipulangkan ke kerajaan negeri-negeri masing-masing untuk memungutnya, pasti Pusat akan mengelabah. Pasti Rakyat dinegeri ini akan makmur dan selamat dengan tadbir urus yang baik. Tapi herankan.. macam manalah Kerajaan Negeri2 seperti Kelantan, Selangor, Kedah dan Penang terlalu baik hati untuk dibuli sehinggakan duit tersebut tidak sampai ke tangan Kerajaan Pakatan. Bayangkan Tuan punya tanah tak dapat apa-apa, tapi hasil getah terus dikutip oleh penoreh yang dah ikat kontrek cara tak betul. Alasannya undang-undang. Bana apa undang-undang macam ni...? Kesian, kesian...!
Buat Anon 19.52 yang seekor ni, berpijaklah dibumi yang nyata. Sebab musibat binatang macam kau yang dah buta hati, buta mata, pekak telinga yang menyebabkan Rakyat menderita.
Buat Anon 19.57 yang mungkin spesis yang sama dengan 19.52 adalah seekor lagi binatang yang sukazina yang juga dah buta hati, buta mata, buta telinga dan tidak layak mengangkat martabat parti manapun diMalaysia kecuali parti binatang sebab nama sukazina itu sendiri adalah nama musibat.
"Anti Musibat"
Teman-teman komentar,
ReplyDeleteElok jangan kita respon dengan pandangan kluangman. Tidak ada faedahnya. Bercakap berbelit-belit macam ular. Biarkan dia bercakap sorang sorang. Saya ingat dia ni budak kecik lagi. Sombong pulak tu!
Kluangman....
ReplyDeleteBicara dan ucapan cukup bijak....tapi keluang tetap keluang .....bijak terbang didalam gelap..mengelak segala objek..cuma x berjaya menelak pukat..hehehe
Salam tn aspan,
ReplyDeletesatu perkara yg saya lihat dlm diri kebanyakan ahli2 umno ialah, mereka berpandangan kalau pemimpin mereka kotor, pemimpin lain pun buat benda yg sama juga. sedangkan, pd hakikatnya adakah sama org beriman dgn org yg tak beriman? adakah sama org yg takutkan ALLAH dgn org yg tak takut ALLAH? adakah sama org yg berani tinggalkan solat dgn org yg sgt2 menjaga kewajipan solat?
contoh mudah, bg kita yg tak pernah membunuh, adakah kita sanggup membunuh jika berpeluang membunuh musuh yg sgt2 kita benci? sedangkan kat luar sana, ada org yg sanggup membunuh hanya semata2 cemburukan pasangannya.
begitu juga, apakah kita sanggup merompak atau mencuri jika ada peluang sedangkan di luar sana berapa ramai penyamun pencuri yg bukan sj melakukannya ketika ada peluang, malah depan balai polis pun mereka sanggup buat.
sebab tu kebanyakan ahli2 umno tidak mahu menerima hakikat yang orang lain tak akan buat macam pemimpin mereka buat sekira org lain diberi peluang memerintah. jawapan biasa jika ditanya.."ala, pas ke pkr ke dap ke sama je.... kalau memerintah dorang pun sebat jugak..." inilah pemikiran kebanyakan ahli2 umno dan rakyat yg sayangkan pemerintah sekarang. jadi, tak hairanlah mereka tetap mempertahankan pemerintahan yg ada sekarang. sedangkan hakikatnya, bukan semua orang yg berani membelakangkan hukum hakam Tuhan.
begitu juga dgn dsai. dlm minda kebanyakan ahli2 umno, sudah terpasak bahawa dsai itu adalah seorang pesalah s*x dan rasuah, sedangkan tuduhan2 tersebut bukan saja didatangkan oleh org2 yg fasiq, malahan mahkamah sendiri pun masih tidak dpt membuktikannya.
oleh itu, walau apapun yg dikata orang, mereka tetap berpendirian bahwa dsai itu adalah seorang sangat buruk perangainya, lebih buruk dan hina dari pemimpin2 mereka yg sesetengahnya sudah pun dihukum oleh mahkamah ataupun parti mereka sendiri.
datangkanlah ayat Quran yg memberi amaran agar kita diperintahkan supaya berhati2 dlm menerima perkhabaran dr org2 fasiq, supaya kita tidak menyesal, sedikit pun mereka tidak peduli. malah ayat2 dari suratkhabar fasiq tu jugalah yg mereka pegang. malah ada pula dgn bangga mempertahankan suratkhabar fasiq itu! tak hairanlah alim ulama' pun mereka tuduh dgn macam2 tuduhan, dan gelar dgn mcm2 gelaran. malah mereka anggap pemimpin2 mereka yg jelas melanggar perintah ALLAH itu lebih mulia dari ulama'. sedih sungguh saya melihatnya.
kepada yg lain, saya harap, berhati2lah dlm membuat tuduhan. saya bukanlah seorang peminat dsai. tapi saya kesian dgn nya dan keluarganya yg ditimpa dgn pelbagai ujian yg sgt2 berat, yg kita sendiri tak mampu utk menghadapinya.
cuma saya fikir, mungkin memang ALLAH tak mahu beliau menjadi seorang pm sebab ALLAH tahu yg demikian itu lebih baik baginya dari memikul tanggungjawab yg begitu berat sebagai seoarng pemimpin, atau mungkin sebagai kifarah dosa2 beliau yg gagal utk membersihkan umno dari dalam, atau mungkin juga ALLAH mahu mengangkat darjat beliau sebab semakin tinggi darjat seseorang semakin besarlah ujian utknya.
Wallahu a'lam.
Kalau kita ahli parti yang rasuah dan tahu bahawa kebanyakkan pemimpin atasan terlibat dengan rasuah, apakah kita mahu bersubahat dengan nya, sedangkan orang yang bersubahat adalah sama dengan orang yang mengambil rasuah.. Kepada Kluangman, Quiet Despair, adalah baik kita memjadi pengkianat ( traitor ) dalam parti yang rasuah dari kita menjadi pengkianat kepada negara, bangsa dan ugama. Kenapa saya kata begitu, kerana kita sudah tahu bahawa kebanyakkan pemimpin atasan UMNO terlibat dengan rasuah, adakah kita ingin menggadaikan negara, agama dan bangsa dengan memilih semula pemimpin demikian untuk mentadbirkan negara.Sudah tentu tidak....Fikir fikirkan lah..
ReplyDeleteTeman-teman komentar,
ReplyDeleteMulai hari ini diishtiharkan tolong jangan komen atau jawab apapun pada Kluangman kerana dia ni dah menjadi-jadi dan cuba nak alih pandangan pembaca pada topik sebenar.
Seekor lagi musibat.
Salam tn aspan,
ReplyDeleteizinkan saya memetik ayat Quran yang menjadi rujukan saya dalam komen saya sebelum ini....
"Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seseorang yang fasik dengan membawa satu berita, maka selidiklah terlebih dahulu agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya (secara jahil), maka dengan sebab itu jadilah kamu di atas perbuatan kamu itu orang-orang yang menyesal.” - ayat 6 surah al hujurat.
terima kasih.
Seperti biasa saya setuju dengan Keluangman.
ReplyDeleteTak perlulah kita menukar penoreh kalau dia masih menoreh dengan baik.
Diapun telah memperkenalkan teknik moden dan terbaik.
Don't fix what is not broken.
Ada ke penoreh lain lebih baik daripada penoreh sekarang yang wujud sejak zaman moyang kita.
Buatnya penoreh baru yang kita pilih tak pandai menoreh dan melukakann pokok getah kita.
P.S. Sdra Aspan dan kawan-kawan tak kecewa ke Anwar mesti enter his defence.
Saya menunggu komentar Tuan dan rakan-rakan senua.
kepada beberapa org komentar, saya minta maaf kerana entah di mana silapnya saya telah kehilangan beberapa komen yang sepatutnya saya siarkan.
ReplyDeleteNak explain saya tak tahu kerana saya bukan IT savvy. Kalau tak silap saya ada 3 atau 4 komen yang saya tahu sebabnya hilang.
Malu juga rasanya bila orang tahu saya tak pandai tentang komputer ini.
Maaf
Quiet Despair,
ReplyDeleteYou are a nut. You let me know and declare to everyone whether you are happy with anwar being called to defense in court.
You are pure and plain silly for displaying yr slimy attitude to the public.
Did the writer ever support anwar? He was just against your kind of what being to convict a person while he was still in proceeding.
Aspan, you will be so silly bro to respond to this mute and dumb man called Despair.
johnwayne
Mr Despair,
ReplyDeleteDid you really go to school? It's nothing, but just being inquisitive about you.
There are some mismatching in you lah!
Dr di
Kluangman and Quiet Despair are just typical UMNO goons, very ideal in words, but fail in action..
ReplyDeleteIt frustrate them knowing UMNO/BN has lost people trust..Let them try harder..
Encik Despair,
ReplyDeleteYou now, you used to earn good regards from me, but..........
Aspan
ReplyDeleteYa sayapun ada komen panjang lebar ekoran posting you Antara Kesetiaan dan tanggungjawab.
Takpe. It's a technical glitch. You are forgiven.
John Wayne
Don't have to jump. I was just asking for the feedbacks from you all.
Did I accuse Aspan of supporting Anwar? If he does, that's his right.
Anyhow, you write better in Bahasa Malaysia.
Can't figure out what you are trying to say.
Hidzir Hashim
Cheers to you!
Jumpa ular, jumpa eee, ketok kepala QD dulu
ReplyDeleteQD baik ko makan babi je la..
ReplyDeleteSalam hormat saudara Aspan,
ReplyDeleteBerikut teras damai agama besar dunia sekaligus bukan landasan yang tepat untuk melancarkan perang salib terhadap orang kristian oleh segelintir katak gamaknya!
HINDU: “Inilah rangkuman dari seluruh kewajipan: jangan lakukan kepada orang lain apa yang menyakitkan jika dilakukan kepadamu.” (Mahabharata 5:1517)
BUDDHA: “Jangan menyakiti orang lain melalui cara-cara yang menyakitkan bagi dirimu.” (Udana 5:1)
KONFUCIUS: “Jangan lakukan terhadap orang lain apa yang kamu tidak ingin lakukan terhadap dirimu.” (Analects 15:23)
KRISTIAN: “Segala sesuatu yang kamu kehendaki supaya orang lakukan kepadamu, lakukanlah demikian juga kepada mereka.” (Matius 7:12)
ISLAM: “Tidak seorangpun di antara kamu yang beriman, sehinggalah kamu mengasihi saudara-saudara mu (manusia bersaudara), sebagaimana kamu mengasihi diri kamu sendiri.” (Hadis: Sahih Bukhari dan Muslim).
AGAMA ADALAH TALI KEAMANAN MANUSIA
- Naspazi
KOMEN "LAPTOP BURUK" AMAT LOGIK DAN CUKUP BERNAS. SAYA SOKONG SEPENUHNYA.
ReplyDeleteHa ha ha...
ReplyDeleteKeluangman..are U sure Penoreh no 3 jadi PM kalau Pakatan Pas, PKR dan DAP Menang dalam PRU13???
Renung-renungkan..jangan sampai Juling ..ha ha ha.
BDW..good job..