09 May 2011

UMNO mesti diperbetulkan dulu sebelum pilihanraya - Dr Mahathir jemu dengan sikap pemimpin-pemimpin UMNO

Saya bersetuju dengan kenyataan Dr Mahathir yang isu agama dan tuntutan-tuntutan yang datang dari semua pihak itu adalah kerana kerajaan Persekutuan yang lemah. Kalau kerajaan Persekutuan kita kuat, tidak akan timbul isu-isu yang tidak munasabah seperti yang kita dengar sekarang. Kerajaan yang lemah merupakan ‘breeding ground’ yang sangat subur untuk elemen-elemen buruk wujud dan amat mudah bagi mereka yang opportunis untuk mengambil kesempatan memainkan isu-isu yang merbahaya.

Dr Mahathir berkata dia sudah jemu dengan pemimpin UMNO yang hanya mementingkan kekayaan, APs serta memperjuangkan untuk anak-anak dan menantu semata-mata. Selain dari itu pemimpin-pemimpin sekarang hanya mementingkan gelaran dan pangkat. Sebab-sebab ini lah yang mendorong ahli-ahli UMNO sendiri mengundi parti pembangkang di dalam pilihanraya yang lalu. Dalam pilihanraya yang lalu lebih dari 1.5 juta ahli UMNO mengundi parti pembangkang.

Masalahnya ahli-ahli UMNO tidak ada lagi kesetiaan kepada parti mereka semata-mata kerana tidak dapat kehendak hati. Dr Mahathir telah bercakap benar yang ahli-ahi UMNO tidak mempunyai sifat juang yang tinggi dan memilih untuk memberi laluan kepada pembangkang. Saya yakin apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir itu benar kerana pengalaman beliau sendiri.

Dr Mahathir sendiri kalau kita ingat telah meninggalkan partinya semata-mata kerana marahkan Abdullah Badawi dan menyeru pengundi untuk memilih calun dan bukannya memilih parti. Beliau telah keluar parti pada penghujung tahun 2007 sebelum pilihanraya umum 2008. Beliau mempunyai saham besar di dalam menjatuhkan BN di beberapa buah negeri dalam pilihanraya itu.

Tidak ada siapa yang mengkritik beliau dengan kelakuan yang tidak membawa faedah kepada parti itu kerana beliau adalah Dr Mahathir. Kalau Dr Mahathir buat salah ianya tetap benar. Kalau manusia jembel seperti tuan-tuan dan saya mengkritik parti sendiri dengan niat untuk kebaikan parti itu adalah kerja salah dan wajar dimaki dan dihamun.

Pendeknya saya percaya kepada pandangan Dr Mahathir yang boleh menjahanamkan UMNO itu adalah pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya sendiri. Dalam perbilangan orang-orang tua dahulu ada disebutkan apa yang dikatakan ‘mati bawa najat’. Jika benci dengan seseorang dalam parti itu, biarlah parti itu terkubur pun tak mengapa. Dalam berbilangan yang moden sedikit ianya disebut sebagai’ kerana nyamuk seekor dua kelambu dibakar’. Dr Mahathir telah membakar kelambu yang besar kerana marah kepada nyamuk: bukan nyamuk aedes atau nyamuk tiruk, tetapi nyamuk yang dinamakan Abdullah Badawi dan menantunya Khairy.

Kadang-kadang saya yakin dengan kata-kata Dr Mahathir yang ‘Melayu mudah lupa’. Ini disebabkan pengalaman beliau sendiri yang selalu lupa dengan apa yang beliau katakan dan yang diperlakukannya sendiri. Beliau selalu mengambil keputusan kerana masalah peribadi dengan seseorang. He did immoral politics for moral reasons.

Tetapi tidak mengapa, sekarang beliau serius nampaknya untuk melihat UMNO kembali berjaya. Tidak seperti dalam pilihanraya yang lalu. Pilihanraya lalu keadaannya berlainan kerana Abdullah Badawi yang dibencinya masih ada. Tetapi dalam pilihanraya sekarang Abdullah sudah tiada dan Dr Mahathir minta kita pilih parti. Dalam pilihanraya yang berikutnya nanti, kita belum lagi tahu samada beliau meminta kita mengundi calun atau parti.

Hendak marah-marah dengan beliau pun tak boleh kerana beliau adalah Dr Mahathir. Mengkritik dasar beliau itu adalah satu dosa besar. Cukup-cukuplah kita membuat dosa kerana mengkritik Dr Mahathir ini. Kalau kita kritik juga alamat kita akan dimaki dan di hamun oleh ‘foot soldiers’ fanatik beliau yang masih ada saki bakinya. Penyokong-penyokong beliau garang-garang. ‘Tak selamat hidup jika kita menegur pemimpin mereka ini’

43 comments:

  1. Bro,

    1. I stopped listening to TDM since form 4, that was some 30 years ago.

    2. Inilah orang yang memberi nafas dan makna baru bagi rasuah di negara kita. Orang yang menanipulasi setiap "benda" semata-mata untuk kepentingan dirinya.

    He's talking about weaknesses UMNO Baru yang beliau asaskan but at same time menghamburkan racun-racun berbisa untuk menaikkan suhu perpecahan kaum dan ugama.


    bat8

    ReplyDelete
  2. "Dr Mahathir berkata dia sudah jemu dengan pemimpin UMNO yang hanya mementingkan kekayaan."

    Ohhhhhhhhh ... adakah aku baru bangun dari tidurku ....

    ReplyDelete
  3. Dah jemu dengan sikap pemimpin UMNO?..dah buang tebiat ke Mahathir ni?

    ReplyDelete
  4. Ai Tuan Aspan, apa dah jadi?
    Tak suka Tun M tapi gunakan pandangannya dalam blog Tuan.
    Negarawan kesayangan kita ni memang cakap tepat dan bernas sentiasa.
    Ya, Najib tak usahlah adakan pemilu sekarang.
    Betulkan kalut-malut perkauman yang semakin menebal sekarang.
    MCA dam DAP bukan main tunjuk taring sekarang. Tunjuk siapa paling kuat racistnya.
    Kes sodomi al-juburipun tak tahu bila nak berakhir. Bosannya.

    ReplyDelete
  5. Syok sendiri,

    Lemah betui kamu ni. Koma bacalah isinya.


    ss

    ReplyDelete
  6. Bawa bertenang tuan - takkan dendam tok ayah tu nak bawa sampai ke kubur.

    Jangan pandang siapa yang cakap, pandang apa dia cakap. Kalau baik jadikan tauladan, kalau buruk jadikan sempadan. Pengalaman adalah guru yang terbaik.

    Ada apa pada nama, bila mati kita semua akan dimakan anai anai.

    ReplyDelete
  7. kluangman,

    begitu juga sdr. Jangan pandang siapa saya yg bercakap. Tengok apa yang saya cakap.

    Saya sentiasa tenang, itu sebab saya bercakap tanpa rasa takut dan gulana.

    It's nothing but telling the truth. You should have heard what he said.

    ReplyDelete
  8. "Mengkritik dasar beliau itu adalah satu dosa besar"

    Fatwa mufti mana yang Aspan bawa kali ni. Ada dalil ke atau sedap-sedap guna agar nampak power tulisan Aspan kali ni.

    Setahu saya, Mahathir dikritik dengan dahsyat sekali. Di panggil Bapa Rasuah, Mamak Kutty, MahaFiraun,diktator dan macam-macam gelaran yang diberi oleh pengikut PAS dan PKR. Mahathir dijuga digelar rasis oleh DAP.

    Tak cukup dengan macam-macam gelaran, puak PAS asyik pulak sembahyang hajat agar Allah menjatuhkan musibah kepada Mahathir. Ada Mahathir ambik pot?

    Takkan! Satu persatu Allah tunjukkan kebenaran dan malangnya orang Melayu malas nak berfikir. Ambik kes Anwar ni, tak satu-satu masalah yang ditimpa oleh beliau, malangnya masih ramai yang masih "buta" dan "pekak" walaupun sebenarnya mereka boleh melihat dan mendengar.

    ReplyDelete
  9. Sdr Aspan,

    Kluangman dan Syoksendiri adalah sebahagian dari 'foot soldiers' yg sdr maksudkan. Cakap TDM dah tunggang terbalik...dulu lain sekarang lain.

    When you're in POWER...you're always RIGHT. Taat dan patuh apa saya kata dan jangan ikut seperti saya lakukan. Ini bukan prinsip idealisma pemerintah Islam. Maaf la...too bad to have this kind of leader.

    Dikulit nampak 'smooth' je tapi disebalik kulit ALLAH saja yang tahu... berubah lah kepada parti alternatif Melayu dan Islam.

    People may come and go but the GOOD GOVERNANCE remains intact. Jadi, kita jangan risau siapa yang akan memerintah tapi apa yang yang penting ialah sistem KEHAKIMAN, KEPOLISIAN, SPR, SPRM dan seangkatan dengannya mestilah diwarisi oleh mereka-mereka yang AMANAH dan BERINTEGRITI tinggi.

    MELAYU-JAWA MALAYSIA

    ReplyDelete
  10. Anon 22:30 Kebenaran itu boleh di lihat dari sudut pandangan masing-masing.

    Saya melihat dari kehancuran semua sistem demokrasi sejak Mahathir memerintah.

    Penguatkuasa tidak bejalan dengan baik.

    Perundangan dan judiciary sudah terbarai.

    Rasuah berkembang sejak Mahathir jadi PM dan kalau nak di senaraikan terlalu banyak.

    Awak pandang dari sudut lain. Nanti sdr akan faham sendiri.

    Zaim Ahamad, kuantan

    ReplyDelete
  11. Saya masih membaca tulisan Saudara Aspan.
    Tapi dah lama saya tak berani komen sebab blog ni telah menjadi satu magnet untuk yang anti-kerajaan.
    Tengoklah macam mana Keluangman dan Syok sendiri dikritik.
    Tak boleh ke kita brsetuju untuk berbeze pendapat.
    Sra Aspan, saya masih menunggu bilakah agaknya abang akan menulis baik sedikit tentang UMNO.
    Banyaknya benda baik yang diperkenalkan oleh Najib.
    Takkanlah saudara tak boleh acknowledge sikit.
    Thanks.

    ReplyDelete
  12. Quiet Despair,
    Saya bersetuju untuk berbeza pendapat dan kita selama ini pun memang berbeza pendapat.

    Saya perasan sebenarnya saudara yang tak suka kepada pendapat saya yang berbeza selama ini.

    Saya tentulah berbeza dengan saudara dan sedang pun bersetuju untuk berbeza pedapat. Apa masalah sdr lagi? Pendapat kita memang berbeza.

    Berbezanya pendapat kita kerana sdr dan saya memandang dari sudut yang berbeza. Sdr berhak untuk berbeza dengan saya.

    Saya lebih tekun untuk melihat politik dari sudut spiritnya. Sdr memandang dari superficial politic yang sudah terbukti tidak kekal kekuatannya.

    Serupa macam kita bertuhan dan beragama: seorang diantara kita melihat dari zahir atau syariatnya sedang seorang lagi melihat dari hakikatnya.

    Kedua-duanya penting. Syariat tanpa hakikat itu hampa, hakikat tanpa syariat itu batal, bukan begitu Quiet Despair?

    jazakallah.

    ReplyDelete
  13. Saya fikir tak payah Tuan Aspan melayan tongong-tongong 2-3 orang kat atas ni. Berlian dan kaca pun tak dapat dibezakan. Macam manalah Melayu nak maju kalau ikut cara 2-3orang ni.

    Bat8, 21:03, 21:06, 21:27, Melayu-Jawa, Sdra Zaim Ahmad, kamu-kamulah sebenarnya harapan Umat Melayu agar terlepas dari belenggu kehidupan semasa.

    Khusus buat Sdra. Zaim, saya simpati dengan masyarakat di Pahang apabila LYNAS sebagai ancaman baru zuriat2 masyarakat di sana.

    Hanya pengkhianat sahaja yang tidak akan melayan kehendak rakyat.

    Intelek Rakyat

    ReplyDelete
  14. Apalah hamlaunya quiet despair ni. Kau tak tengok ke Kluangman dan Syok Sendiri cakap yang tidak berfakta. Main sedap mulut je. Dahlah macam lalang pulak tu.
    Kalau voting disini, ramai yang setuju pendapat saya.

    Kami bukanlah magnet yang anti kerajaan atau magnet yang boleh dicucuk hidung kerana ramai diantara kami adalah pemikir-pemikir dan bekas ahli UMNO yang dapat membezakan di antara baik dan buruk, yang benar dan yang salah dan kami bukanlah dari golongan pencacai atau penegak benang basah. Faktalah sikit...!

    Anti Musibat

    ReplyDelete
  15. Alih pandangan Rakyat pasal Video Anwar, Sarawak Buat Election,

    Alih pandangan Rakyat pasal PAS dijemput join UMNO, RON97 dinaikkan 20 sen.

    Alih pandangan Rakyat pasal isu Kristian, GULA naik 20 sen.

    Inilah agaknya kerja APCO ye...!

    ReplyDelete
  16. Salam bro,

    Orang muda-muda yang garang-garang sekarang ini sebenatnya tak ada apa-apa pun dalam diri mereka tentang perjuangan. Mereka berjuang untuk mendapat perhatian ramai sedangkan sdr adalah ahli UMNO yang datang dari 'school of thought' yang berbeza keadaan. Kita dahulu dilatih untuk sayang kepada perjuangan bukannya kepada seseorang.
    Masa sekarang politik seseorang lebih mengutamakan personality cult bukannya untuk party. Itulah sebabnya tidak ada accountabilty kepada kepimpinan sekarang.
    Contohnya jika ada kesalahan Najib, hanya Najib yang menanggungnya. Muhyiddin terlepas sedangkan kesalahan itu adalah kesalahan bersama kerana mereka bersama didalam jemaah kepimpinan.
    Malahan orang Muhyidin suka Najib terdesak keana itu memudahkan Muhyidin naik.
    Sikap ini sudah menjadi sebati. Tidak ada apa lagi boleh dibuat. UMNO mungkin menunggu mati sahaja.

    roslan

    ReplyDelete
  17. Bro,

    saya mengenali sdr begitu lama. Saya tahu that you are being possessed by UMNO. But with your critical views you re being dubbed as anti gov. It is a waste of time bro writing on UMNO cos the members especially the young do not understand your language of politics. They think that they are more UMNO than people like you and me. Let them bro. let's talk on something worthwhile. They are bunch of confused people. They themselves are the murderers of UMNO. We stay at sideline and just watch the demise of this madly party.

    johan

    ReplyDelete
  18. Yang menghancurkan melayu bukan cina tapi mamak.Mamak bukan melayu dan mamak juga adalah pendatang. Bila bercakap di depan Melayu, maka beliau berkata akan membela melayu tetapi apabila di belakang pentas beliau membela Ananda Krisna, Vincent Tan dan ramai lagi...
    Mamak memamng lidah bercabang, sebab tu bila jumpa ular dan mamak, kita perlu bedal mamak dahulu kerana mamaklah punca ular mematuk kamu.
    Ada faham.......

    ReplyDelete
  19. Bro

    Thanks for giving me the space in your blog.
    Yes we agree to disagree. No problem with that.
    Yang saya cakap tu tentang commentators anda yang bertubi-tubi mnghentam Keluangman umpamanya.
    Nampaknya macam blog saudara dikuasai oleh pmbenci UMNO.
    Janganlah delete komen orang pro-UMNO. Tentu ramai yang turut menulis kepada anda.
    Saya menghormati dalamnya fahaman anda tentang Islam. Sayapun ada dengar tentang hakikat dan syariat daripada Atuk saya, orang Melaka sebelah ibu saya.
    Saya tidak berpeluang belajar agama begitu mendalam sebab tinggal dan belajar di luar negara.
    Just came back for good ten years ago.
    Tentang hakikat ni, bukan ke video sex and sodomy Anwar tu hakikat sebenarnya.Kenapa tak percaya?
    Saudara, tulislah baik pulak tentang UMNO to show that you are a fair and balanced blogger.

    Anti Musibat

    Bak kata Atuk Melaka saya lahabau hamlaulah kau.

    ReplyDelete
  20. berbeza pendapat untuk mendapat yang terbaik dari yang terbaik untuk kebaikan negara, bukannya berbeza pendapat sebab orang yang dipuja kena kritik kita pun nak melompat. tapi mentaliti rakyat dari 'dunia ketiga' selalunya begitulah, belajar tinggi-tinggi tapi pertahankan seseorang pemimpin bermati-matian, sepatutnya pertahankan negara kita supaya tak jatuh muflis.

    ReplyDelete
  21. UMNO tak sesuai untuk politik Malaysia modern.

    ReplyDelete
  22. Quiet Despair,

    Let me answer for the last time on the current issues that we are talking about. Why do you ask me to believe the video and sodomy issue?

    It's my very right to believe or not to believe.

    There is another aspect that a well traveled man like you to attend to: that is ethics.

    Why is Saiful not charged on Qazaf for example.

    i am talking about the motive of the charges.

    On the sex video you sound so frustrated that i have not believe it yet. What is your motive.

    I have been writing the real corruptible practices by the ruling party which I am a member. I have not heard a breath of your agreement to my view which is also the view of many including UMNO members and the few clean leaders within the party.

    But you choose to belittle religious leaders just because they are from another party.

    i am not at all disturbed by your attitude but I hope you bear with me with the difference as I have been tolerating your unkind comments on other leaders of other parties over trivial matters. BUT did I complain?

    I am wonder which country you have been residing. You don't have to tell me that.

    If you have been staying in advanced nation and you come back with this kind of thinking, I am quite disappointed with you.

    But that is your funeral. Sorry Quiet Despair, I don't mean to disrespect you. I always respect everyone who respects himself.

    ReplyDelete
  23. Quiet Despair,

    Amat sedih dan malang lagi apabila difahamkan sdr belajar di luar negara lama dan tak berpeluang belajar ilmu agama begitu mendalam.

    Apa yang ingin saya sarankan kepada sdr supaya mendalami ilmu agama supaya dapat ia membantu sdr untuk membuat satu-satu penilaian berita samada FACT atau RUBBISH. Kalau kita main logik akal saja tanpa dibantu ilmu agama itu yang menjadi porak peranda pemikiran khususnya ahli-ahli UMNO.

    Kita mengaku pendokong agama Islam tapi amat terasa kecewanya apabila nasihat-nasihat ulamak-ulamak muktabar atau mufti-mufti diketepikan begitu saja. Kita bukan hidup untuk selamanya...selepas menjangkau umur 63 tahun, kita dah dikira dapat bonus dari ALLAH. Itu pun kesihatan dah perlahan-lahan terjejas...sakit itu sakit ini dan macam-macam lagi.

    Bersiap jugalah untuk hari akhirat. Disitulah tempat KEKAL ABADI samada ke NERAKA atau ke SYURGA. Muhasabahlah diri...jangan sewenang-wenangnya mendapat DOSA KERING dengan menyambut berita-berita yang tidak ditapis atas dasar ilmu agama dan kita tumpang sekaki buat fitnah..dijauhkan semua itu.

    Apa yang sdr Aspan ingin paparkan bukanlah anti UMNO tapi itu adalah fakta untuk difkir dan ditapis secara waras dan ilmuan. Kita jangan ambil sumber ....'saya pun ada dengar ....' sebagainya. Baca berita dari banyak sumber tidak kira sumber UMNO atau PR atau NEUTRAL yang difikirkan intelek, kemudian itu barulah sdr timbang atas dasar IMAN sebagai seorang Islam dan seterusnya barulah boleh keluarkan hujah yang berfakta. Jangan hentam kromo saja. Jangan terlampau JUMUD dengan pemikiran.

    Maaf teguran saya...bukan apa, saya mengharapkan sdr dan seangkatan dengan sdr dapat menjadi insan yang BERINTERGITI di masa hadapan.

    MELAYU-JAWA MALAYSIA

    ReplyDelete
  24. Bro

    Cool it. Don't have to be hot and bothered.Dont have to be ultra-sensitive.
    This is your blog and you have the last word.
    I am just defending people like Kluangman and others who are maligned in this blog.
    As an UMNO man you must at least admit there are millions of good things UMNO did.
    If not for UMNO, where will the Malays be? Please ponder on that.
    And BTW, many of my friends complained that you deleted their comments when they tried to defend UMNO leaders.
    Cubalah jadi macam Rocky, orang bantai diapun, dia publish the comments.
    In the final analysis, we all want the same things but in different ways.
    And that is what UMNO aspire to do with Najib being people friendly.

    ReplyDelete
  25. Quiet Despair, I have been following your comments in another blog but i conclude your are just wanting to swallow all UMNO do.UMNO have done a lot for the country but remember they are paid handsomely through their salaries and through their big corrupt practices. They are given the mandate to administer Malaysia and the rakyat have the right to give the mandate to others for a change.Whether it's UMNO or Pakatan the development money comes from the rakyat. Hormati prinsip itu saudara. UMNO did not do things for free and it is too expensive to maintain them to manage us.

    i for one, will vote for the alternative and you don't have the right to say that is a wrong choice. i pay tax to hundreds of thousand ringgit every year and it's up to me to deliver my vote to which party.

    To Aspan, you are magnanimous to me. I think you have more love for UMNO than Despair. despair is just doing the amusing job for UMNO while you are not.

    To everyone, please don't think that supporting parties other than UMNO is illegal and unpatriotic.

    thanks

    ReplyDelete
  26. Omar Bahari, pandanga sdr sangat betul. Terbukti dinegeri saya P Pinang. Semua kerajaan tempatan berjalan dengan baik dan banyak di nataranya telah membuat keuntungan. Semasa BN memerintah duli tidak ada satu tahun pun kerajaan tempat mendapat untung kerana kelemahan pentadbiran dan rasuah yang menular.

    Yang penting bagi kita wang ringgit dan harta kita tidak di curi seperti yang dilakukan oleh pemimpin UMNO. Kalau harta benda rakyat lebih selamat dengan Pakatan maka pakatanlah yang wajar diberi sokongan.

    malim kundang, penang

    ReplyDelete
  27. Rugi rakyat menghantar Quiet Despair belajar keluar negara. Pemikirannya macam orang sekolah rendah sahaja.


    UMNO jelebu

    ReplyDelete
  28. Ala you all, biak pi lah dengan Mr Despair.
    Maafkan lah saja dia. Yang kita tau kita penyokong Aspan.
    QD tu bukanna lahir di sinipun.
    Maklumlah anak diplomat ala KJ.
    Nak tunjuk lebihlah dia Melayu dengan menjadi ahli UMNO.
    Kita ajarlah dia cara Islam yang betul. Janganlah kita mengutuk dia.

    ReplyDelete
  29. dari suratman,
    sape yg bersih kat umno?hm..rasionalisasi..rasionalisasi..tak rasional..

    ReplyDelete
  30. Saudara Aspan,

    Quiet Despair said - "If not for UMNO, where will the Malays be? Please ponder on that.
    And BTW, many of my friends complained that you deleted their comments when they tried to defend UMNO leaders.
    Cubalah jadi macam Rocky, orang bantai diapun, dia publish the comments."

    Saya fikir QD ini samaada egonya terlalu tinggi, bodoh sombong, bangang atau .... Apakah orang yang tidak matang saperti beliau harus masuk campur urusan politik negara yang kita cintai ini? Saya rasa malu kalau QD adalah juga ahli UMNO, sebuah parti yang saya juga anggotai. UMNO memanglah telah berjasa semasa kepimpinan yang terdahulu,sehingglah sampai ke zaman Mahathir, yang merosakkan negara ini dengan menggadai segala harta bumi dan projek kepada bangsa cina dan india. Nasib baiklah PM DS Najib agak cerdik dan bertanggungjawab.

    Sebagai pengakhir kata, I'm telling QD to fuck off or be DQued from the blog. If he thinks he is so right about what he said, he must be fantasizing or fucking the lamp post like TSRTC. Didn'the knows that Rocky is a kaki bodek? That is why he is now in Malay Mail. He's very bias in his writing.

    Being an UMNO member, I feel very annoyed with the mentality of QD.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  31. Aspan,

    Don't waste yr time with those political court jesters This is yr blog and you have the right to write what's in yr mind.
    I discovered a lot of wisdom which the UMNO newbies would understand what you mean. Let them Aspan, one day they will understand, I'm sure.


    zahari zain, kelang

    ReplyDelete
  32. Kebanyakan orang yang melihat kewibawaan Tun Mahathir hanya pada luarannya saja yang disebut sebagai bapa pembangunan. Tapi mereka tidak melihat kesan yang telah terjadi pada rakyat khasnya orang melayu dari hasil pembangunan yang dilaksanakan dalam era pemerintahannya sebagai perdana menteri.

    Melayu bijak jadi melayu pengampu. Melayu pengampu jadi melayu pencacai. Melayu pencacai jadi melayu tak bermoral hentam melayu..... itu semua terjadi kerana nak merasa kenikmatan dari projek pembangunan Tun Mahathir.

    Ramai dikalangan orang melayu lemah dalam matematik dan ekonomi maka mereka tidak nampak setiap pembangunan yang dilaksanakan oleh Tun Mahathir wujud ketirisan, rasuah, kroni, nepotism dan salah guna kuasa. Itu sebabnya Tun Mahathir telah mengarahkan agar matematik dan sains dipelajari dalam bahasa inggeris agar orang melayu lebih bodoh lagi.

    Selain jawatan Perdana Menteri, Tun Mahathir juga memegang jawatan menteri kewangan dan juga menteri dalam negeri. Apa muslihat beliau menjawat lebih satu kementerian dalam satu masa ? Dan kenapa harta kerajaan diswastakan ? Ada sesiapa boleh jelaskan apa kebaikan penswastaan yang dibuat oleh Tun Mahathir untuk rakyat ?

    Cerita dibelakang tabir Tun Mahathir sepanjang pemerintahannya selama 22 tahun sebagai PM masih belum dibongkarkan secara jelas penyelewengan yang dilakukan oleh kerana dia masih dilindungi oleh kerajaan BN.

    Tapi kita telah menerima banyak persoalan tentang salahlaku Tun Mahathir semasa berkuasa.

    Ianya berkaitan dengan salahguna kuasa polis, rasuah dalam sektor awam, mengaku bodoh untuk mengenal pasti penipuan dari Ling Liong Sik. Mengubah institusi kehakiman dengan memberi kuasa penuh kepada peguam negara bagi melindungi pemimpin khususnya Tun Mahathir sendiri. Dan berbagai lagi (tak cukup ruang).

    Disebabkan ketakutan yang teramat.... sehingga dia terlupa diri sendiri sama terlibat dengan mengeluarkan kenyataan bahawa dia sudah jemu dengan pemimpin UMNO yang hanya mementingkan kekayaan, APs serta memperjuangkan untuk anak-anak dan menantu semata-mata. Selain dari itu pemimpin-pemimpin sekarang hanya mementingkan gelaran dan pangkat.

    Kita semua sedia maklum bahawa semua pemimpin UMNO Baru terlibat dengan rasuah. Ini boleh dibuktikan dengan SPRM yang tidak menjalankan penyiasatan secara bebas terhadap pemimpin tertinggi parti dan kerajaan.

    Sedangkan Anwar Ibrahim bekas ahli UMNO yang dibenci sehingga kini tidak dapat dibuktikan terlibat dalam rasuah. Moral bersih dari rasuah ini mencerminkan bahawa Anwar adalah pemimpin yang patut diberi peluang memimpin. Kewibawaan ini yang cuba dikotorkan oleh konspirator dengan membuat fitnah kes liwat dan video lucah. Kononnya Anwar tidak layak jadi perdana menteri kerana moralnya tidak elok.

    Kita sebagai ahli UMNO Baru peringkat akar umbi yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan dan jawatan dalam parti melihat situasi ini amat memalukan.

    Seperti kata saudara Aspan....

    Sebab-sebab ini lah yang mendorong ahli-ahli UMNO sendiri mengundi parti pembangkang di dalam pilihanraya yang lalu. Dalam pilihanraya yang lalu lebih dari 1.5 juta ahli UMNO mengundi parti pembangkang.

    Dan pekara ini akan berlaku lagi dalam pilihanraya ke13.....

    ReplyDelete
  33. Assalam Tuan Aspan,

    Dalam sebuah negara demokrasi semua orang mempunyai hak untuk bersuara dan tiada had untuk berniaga asalkan bayar cukai.

    Dalam sebuah negara komunis,cuma pemimpin yang boleh bersuara, semua orang mendapat bahagian yang sama walaupun ada yang rajin/malas.

    Dalam sebuah negara Mahathir hanya pengampu boleh bersuara,peniaga berjaya dengan cemerlang sebab "know who" bukan "know how".

    Dalam sebuah negara 1Malaysia hanya Perkasa dan Utusan boleh "menyatukan" negara dan semua rakyat kena "menyumbang" dari segi kenaikan petrol,cukai,gula kerana keselamatan negara lebih penting,sebab itu kena beli kapal selam,kereta kebal,kapal perang..

    Dalam sebuah negara yang rakyatnya sudah kecewa dengan segala bentuk penyelewengan,akan muncul pergerakan2 yang tidak dirancang dan tiada kesatuan (loose grouping)tetapi mempunyai satu halatuju iaitu menjatuhkan "establishment".

    Dalam sebuah negara yang sibuk memperkuatkan pasukan RELA dan undi pos,pemberian kad pengenalan kpd pendatang,pemindahan daftar nama pengundi2,perampasan Perak,amaran perampasan Selangor at all cost,kelucahan video melampau,kaum2 dilagakan,agama siperseterukan..

    Dalam sebuah negara tertindas,kesabaran rakyat ada batasnya, dari Revolusi Perancis ke Mesir dan Libya.

    The end move in politics is always to pick up a gun. ~ R. Buckminster Fuller.

    Mari kita berdoa kemelut ini tidak sampai ke situ.

    ReplyDelete
  34. salah ke QD tu cakap???

    emosi betul la Tuan Aspan...

    Tuan Aspan ni pandai komen pasal org

    tapi diri sendiri tak cermin...

    apa la...

    confirm la komen ni tak lepas...

    ReplyDelete
  35. Syukurlah, ramai juga rakyat dalam blog ini, adalah golongan benar.

    Terbukti Anti Musibat you are Pro Kebaikan bukan dari golongan lahabau dan hamlau. Keep on with your mission kerana Sdra adalah dari golongan insan yang tahu mensyukuri nikmat.

    Salam.
    Formula123

    ReplyDelete
  36. Antara produk yang berjaya dihasilkan oleh Madey ialah Quiet Despair. Ini lah punca Melayu hancur. Pencacai tahap gaban.

    ReplyDelete
  37. Anon 20.04

    Amboi sedapnya ekau suruh QD fuck off atau diQD.
    Woi blog siapa ni? Ini negara demokrasi. Siapaun layak bersuara.
    Ada QD ramai yang join debate dan hentam dia. Tak memberikan pandangan tapi mengutuk je.
    Best jadinya blog Aspan. Rancak babe.
    UMNO tu parti kau sorang ke? Cara kuku besi kau tu cara PKR. Janganlah cuba nak mengaku kau orang UMNO.
    Orang UMNO berbudi bahasa.
    Aku kenal QD itu daripada blognya dan juga komen dalam beberapa blog lain.
    Dia suka provoke orang. Dia bukannya bodoh.
    Beberapa tahun dulu dia ada blog yang menunjukkan keluarganya, kawannya dan rakan-rakannya di merata dunia.
    KJ tu memang kawannya.
    Mereka anak diplomat, jadi tak de lah biasiswa. Janganlah kata dia dapat biasiswa.
    Depa Bahasa Malaysiapun tak de dan tak ambil SPM.
    Apa je jadahnya makna TSTRC tu.

    Suka semua orang

    ReplyDelete
  38. Aspan,

    Quiet Despair is ok. He has the ethics even if he is angry or not happy with anyone. He is quite a cool guy babe.

    But if shy off the boy kluangman, nobody can complain. He is so conceited and hollow.

    Just ignore him. He is an irritant, not only in yr blog but in few others which I came across.

    Orang Melayu kata, kancil nak berak gajah. i think he is still young and green.

    ReplyDelete
  39. Farouk,

    Saya bersetuju dengan sdr. QD boleh berbeza dan tidak memanggil orang lain denga nama-nama yang buruk.

    QD tidak becakap dgn bahasa yg bisa dan dia seorang adult.

    Dia seorang yang polite and he respects the elders even though he is not agreeable with them.

    He has finesse and presentable. QD tidak menjatuhkan hukum kepada kawan-kawan dalam blog dengan menghina dan mencerca.

    Perbezaan di antara saya dengan QD itu adalah tolerable.

    Thanks farouk

    ReplyDelete
  40. Apalah "suka semua orang-21:45" melalut ni...!

    Mana ada ada Anon:20:04 Be...b!

    Agaknya ginilah cara gerombolan menabur fitnah ye...!

    ReplyDelete
  41. Terima Kasih Apan, Farouk dan semua.
    Hope you guys understand me. I am just a bit naughty. A bit cheeky.
    I am thought to respect everyone. I have to because I went to school and work with all colors, religion and strata of people even those from the ghettos.
    Kita cuma berbeza pendapat sahaja.
    Nothing personal or taken to heart.
    We all the want the same things in different ways.
    Tidak harus menjadikan perbalahan peribadi.
    Saya cuma komen di blog Aspan dan Sakmongkol kerana mereka matang dan berfikiran lain daripada kebanyakan bloggers. Rocky seorang kawan.
    Aspan terutamanya sangat berpengetahuan mendalam dalam agama dan saya meghormati dia.
    Saya sentiasa ingat yang dalam dunia cyber ni kita cuma orang invisible dan tidak patut menggangap komen sebagai tuduhan peribadi.
    Thanks.

    ReplyDelete
  42. Saya ahli UMNO yang sokon Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat berjuang untuk rakyat. BN= barang naik, bini najib, semuanya betul belaka. Pemimpin UMNO hari ini penipu. Cakap tak serupa bikin.

    ReplyDelete
  43. Ada Dalil(tolong tanya Ustaz atau guru masing2 dulu) yang menyatakan "orang yang paling mulia disisiku (Allah) ialah orang yang Bertakwa" bertakwa antara maksudnya ialah " orang yang Takut kepada Allah SWT".Yang Mulia bukan Melayu, mamak, cina, India,Orang Kaya, Miskin, Orang Kedah,Pahang, N.Sembilan atau seumpamanya.

    ReplyDelete