Ibrahim Ali sudah bertindak terlalu jauh dan melampaui batas sebagai seorang yang hidup di dalam sebuah negara demokrasi. Perkasa dipergunakan olehnya untuk memperjuangkan kehendak dan kepuasan peribadi beliau dengan membakar semangat rakyat untuk berfikiran ganas dan ini merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab terhadap bukan sahaja kepada rakyat malahan kepada diri beliau sendiri.
Ibrahim Ali dengan Perkasanya telah bertindak untuk memaksa Bersih membatalkan rally yang dirancangnya pada 9hb Julai yang akan datang dan beliau bertindak seolah-olah beliaulah yang berjuang untuk negara sedangkan hakikatnya Ibrahim tidak lebih dan tidak kurang dari seorang yang berjuang untuk kepentingan peribadi beliau sahaja.
Ibrahim telah menakutkan orang ramai dengan mengingatkan jika ada apa-apa yang berlaku orang-orang Cina terpaksa membeli stok makanan dan sebagainya dan kata-kata ini sengaja dilakukan beliau untuk memanaskan keadaan dan akhirnya keadaan itu akan memberikan keuntungan kepada peribadi beliau di atas rasa takut rakyat.
Bersih tidak pernah bercakap tentang pergaduhan. Mereka hanya bercakap tentang isu kebersihan dan ketelusan pelaksanaan PRU di negara ini dan ingin menggunakan rally ini untuk menunjukan manifestasi rakyat yang tidak berpuas hati tentang perlaksanaan PRU selama ini.
Ibrahim dan Perkasa mengambil kesempatan untuk menonjolkan diri dengan menggertak dan menakutkan orang ramai yang rally itu mungkin akan menimbulkan haru- biru di dalam negara.
Dengan kenyataan beliau di Dewan Sultan Sulaiman Kg Baru hari ini, beliau sepatutnya di ambil tindakan oleh Kementerian Dalam Negeri kerana kenyataan menakut-nakutkan rakyat ini merupakan kenyataan yang terlalu tidak bertanggungjawab. Kenyataan beliau ini sudah membuktikan yang Perkasa dan Presidennya itulah yang cuba membina rasa gelisah di antara kaum dan ini tidak boleh di ambil enteng lagi oleh pihak yang berkuasa.
Apa yang di inginkan Ibrahim ialah beliau dipandang sebagai juara dalam ‘mainstream politics’. Maka saya cadangkan supaya Ibrahim Ali ditahan di bawah ISA. Dengann cara itu beliau akan mendapat apa yang beliau inginkan….iaitu untuk dipandang sebagai hero. Kenyataan Ibrahim akhir-akhir ini amat merbahayakan negara dan beliau patut di letak di dalam tahanan.
Ibrahim boleh membuat apa sahaja untuk dipandang sebagai hero tetapi janganlah sampai ‘at the expense of national security’. Ibrahim Ali bertindak untuk memperbodohkan rakyat dengan melakukan tindakan supaya beliau masih dipandang oleh masyarakat sedangkan beliau sendiri tahu apa yang beliau inginkan. Apa yang dilakukan oleh Bersih itu bukan penting bagi beliau. Yang penting beliau mesti menyibuk dan mendapat perhatian ramai….tidak lebih dan tidak kurang.
Kalau kita tidak bersetuju dengan demonstrasi jalanan kenapa pula kita hendak melawannya dengan demonstrasi jalanan dan terus pula untuk menjadikannya sebagai satu peperangan yang boleh menjahanamkan kesetabilan politik negara. Bersih perlu membuat pengakuan yang rally itu hanyalah satu rally yang mana seperti yang dirancang. Jangan menari dengan rentak yang dimainkan oleh Perkasa kerana tindakan itu hanya memperbodohkan diri kita sendiri.
Beliau (Ibrahim Ali) telah melantik diri beliau sendiri sebagai General peperangan. Peperangan apa tu? Siapa yang hendak berperang? Bagaimana beliau hendak mengetuai peperangan sedangkan beliau lah yang mendahului mengangkat bendera putih jika kalah dalam pertempuran. Hanya beliau berharap boleh mengangkat bendera merah jika memenangi peperangan itu dan di nampakan sebagai hero yang perkasa.
Berbagai-bagai pandangan yang telah saya terima melalui email saya berhubung dengan rally yang akan dianjurkan oleh Bersih ini. Ada yang menyokong dan ada yang memberikan pandangan yang berbeza. Tetapi setelah di tolak dan dicampur rakyat ramai memberikan perhatian yang baik terhadap rally anjuran Bersih.
Walaupun mereka ramai yang tidak dapat bersama mereka tetap memberikan sokongan moral dan mengharapkan apa yang dikehendaki oleh Bersih untuk melihat perlaksanaan pilihanraya yang bakal di adakan itu akan berjalan secara demokrasi yang sebenarnya.
Saya telah menulis tentang isu ini yang terang-terang saya katakan yang Bersih telah pun berjaya mendapat sokongan ramai samada rally itu berjaya diadakan atau mampu di kekang oleh pihak yang berkuasa. Perasaan rakyat tidak boleh di kekang oleh Polis atau badan-badan penguatkuasa yang penuh kuasa.
Aspan, kau dah berkenalan dan berkawan dgn Ibrahim Ali sejak kita semua berada di dalam kampus dulu.
ReplyDeleteAku kawan jugak dgn dia tetapi tak serapat kau.
Jangan kritik Ibrahim bro, pasal dia memang acam tu. orang bergaduh dia celah tengah, dari dulu sampai sekarang.
Dah ada yg mahu percaya dgn dia boarkan aje bro. Lama kelamaan orang akan tahu siapa kawan kita ni.
Tok Him tu meme gedebe. Kalau nak ikut cara dia muntah kita dibuatnya.
ReplyDeleteKami orang Pasir Mas dan mengundi pun di Pasir Mas.
Kami tunggu dia balek kg. Kita dah jemu dengan tindakan nya. Kejap-kejap sokong PAS dan Tok Guru Nik Aziz tu macam tuhan kepadanya. Sekarang TGNA macam hantu kepadanya.
Kita amat mengenali Tok Him ini. pendirian tak tetap. Mana yang buleh bagi dia makan itulah yg dia sokong dan nak bawa kami beralih mazhab.
Orang KL dia boleh temberang.
comparing the integrity of these 2 persons, Ambiga and Ibrahim, is like comparing and apple with bacang bro.
ReplyDeleteAmbiga the apple while Ibrahim the bacang.
jali
Ibrahim Ali dan Perkasa ini penggali kubur untuk BN. Saya sudah fed up dengan orang pasir mas ini.
ReplyDeleteApabila BN kalah nanti kita tengok di mana Ibrahim berada. cakap aje besar. jiwanya kerdil.
umno kota baru.
Kawan cadang jagan gunakan ISA untuk Pak IM takut nanti ISA di salah gunakan oleh pihak berkuasa.
ReplyDeleteLebih baik hantar dia ke PSO.
PUSAT SAKIT OTAK .
Penyokongnya pun lebih kurang tengah kati lapan tahil .
Shit..shit..shit.Basket...someone is going crazy but above the law.
Apa nak di kato ?
sedih pulak saya Aspan;
ReplyDeletetak terfikir ke kita terikut-ikut cakap peguam yang mempertahankan kes murtad Lina Joy dulu?
Bro Aspan,
ReplyDelete1. You know too well Ibrahim Ali is capable of doing anything....anything at all if he has a strong backup and getting lots of benefits for himself. Asal dia dapat untung seorang.Jual/khianati kawan, sumpah bohong perkara enteng je bagi dia.
2. Dalam suasana sekarang, kita tidak heran dengan ugutan 13 mei, amaran kepada orang cina supaya jangan keluar rumah kerana tindakan sebegini bukanlah perkara besar bagi Ibrahim Ali. Tetapi kita heran dengan tindakan pihak yang berkuasa yang berdiam diri dengan tindakan Ibrahim Ali kali ini yang jelas lagi terang mengugat keselamatan negara, membakar api perkauman yang boleh menjejaskan kestabilan negara
3. Bayangkan jika tindakan ini dibuat oleh orang lain dipihak yang satu lagi terutama dari kalangan pembangkang. Ramai dari pihak pembangkang diambil tindakan yang pantas seperti kilat oleh pihak berwajib bila membangkitkan perkara yang jauh lebih kecil/remeh dari tindakan terbaru Ibrahim Ali.
4. Itulah persepsi rakyat hari ini.
bat8
Perkara pokok yang perlu dihalusi ialah mengapa si Ibrahim Katak ni diberi peluang yang amat luas untuk menyebarkan dakyahnya.
ReplyDeleteBagi saya ada orang atau lebih tepat lagi organisasi yang telah memberi maksum kepada si Ibrahim untuk melalak.
Oleh itu janganlah kita menuding jari kepada si Ibrahim sahaja. Sebaliknya kita juga harus sedar siapa tuan anjing yang membiarkankan anjingnya menyalak siang malam mengganggu ketenteraman.
Lihat sajalah, permit untuk buat demo pun boleh dapat sehari sahaja selepas membuat permohonan.
jadi usahlah lagi nak berselindung dibalik si Ibrahim dan Perkasanya lagi. Itu pengecut namanya.
Ungka dgn kera lebih kurang sama je... Ungka pemalu sikit sbb muka brlainan warna, jadi putih bila dapat keris tapi utk dihidu aje... Si kera berahim ni mcm org tua kata, berani2 kera - pandai mengacah je..!! Dapat makan sikit, sonyap lah dio ...
ReplyDeleteSalam tok,
ReplyDeleteJangan heran dengan si Brahim tu... Dia adalah dari jenis species "amphibian" macam katak, ular & boya.
Dimana ada air (duit) kat situ dia hidup...
katak dah bertukar menjadi anjing buruan....
ReplyDeleteKepadi ahli Perkasam,
ReplyDeleteBaik kamu semua,keluar dari Perkasam. Buat malu saja.... Dah tahu bos kamu si katak lompat yang penuh dengan agendanya sendiri...kamu semua pulak terhegih hegih...nak masuk Perkasam.
Betul betul bangang kamu semua...
Hidup Ambiga, hidup Lina Joy n mati katak Ibrahim Ali
ReplyDeleteIbrahim Ali tu ada juga buat sesuatu utk melihat bangsa melayu tidak mudah diperbodohkan. Tak mungkin sama org yg hanya tahu komen tp tidak buat apa2 dgn org yg buat sesuatu utk melayu wpun ada tersilap di sana sini.
ReplyDeleteSerupa juga mcm org sembahyang tp tak brp sempurna dgn org yg langsung tak sembahyang.
Aku pilih Ibrahim yg gedebe dr memilih Ambiga yg dah sah bukan melayu, bukan Islam malah pejuang kes murtad Lina Joy pulak tu.
Siapakah melayu yg sanggup pilih Ambiga dan bandingkan ambiga apple dan ibrahim bacang? Saya lebih suka bacang. Dan yg mengeji bacng pun dlm diam2 akan makan bacang.
Ambiga ambiguity
Aspan,
ReplyDeleteAdakah sdr cuba mengatakan ambiga dan bersih tiada agenda peribadi dan ibrahim ali penuh dgn agenda peribadi? Pitty
Pitty,
ReplyDeletesaya tolong jawab on behalf of Aspan, boleh? Jawapannya...YA. Saya ulang: Ibrahim Ali PENUH DENGAN AGENDA PERIBADI.PERIOD. FULLSTOP.KHALAS.
AMBIGA & BERSIH? Jawapannya...YA tetapi mewakili SUARA RAKYAT!period.fullstop.khalas.
Bro Pan,
ReplyDeleteKami masuk ITM Shah Alam tahun 1972, Brahim Ali & Zaid Brahim senior sikit. Dulu pun kami memang tak percaya dgn katak dua ekor ni. Tanya orang Mass Com & Law pasai depa dua ekor ni
zahari awang
Tok Beraheng Pasir Mas ni oghey bijok, bukey setakat tipu rakyat Pasir Mas & PAS Kelatey, 1 Maleysial, Najeb-rosmah,Mahadey pong habeh keno tipu.
ReplyDeletehok aku hingat sangat kato2 Tok Beraheng adalah;
"..‘Allah pun boleh pening dan sakit kepala’ kerana banyak sangat yang sembahyang hajat minta macam-macam"..,
Gilo doh weh Tok Beraheng nih,..Baso jenih dok sedaa diri kifarah yang menimpo, hanyo kerano mulut celupaa & ketidok-istiqomahannyo, maloh garo-garo suko tamboh musuh dari tamboh kawey bilo bertedoh & sering dijadikey tempat makey sebagai tempat kecing-beroknyo..,
Pakat turong ramaa-ramaa 9 buley Tujoh di KL. lepah tu pileh la,.. nok dok pehok mano: BERSIH @ umnu KJ @ Tok Beraheng PERKASA. sapo lopak katok > akey mati katok.
Maah la Tuan Aspan, Segalo yang baik dari ALlah SWT, Segalo yang burok dari umnu-BN.
Pitty,
ReplyDelete1. Ibrahim adalah politikus dan sekaligus menjadi public sudah berdekad-dekat. Latar belakang, rekod-rekod lampau beliau yang begitu lama tidak menyukarkan sesiapa untuk membuat penilaian yang agak tepat tentang motif dan agenda disebalik sesatu tindakannya. Mungkin sdra pitty baru setahun jagung,maka masih belum kenal siapa Ibrahim Ali.
2. Sdra mungkin terlepas pandang tentang ucapan beliau di majlis pelancaran demo kotornya. Beliau membuat ugutan yang amat berbahaya untuk membuat huruhara. Beliau membaydangkan akan memulakan pergaduhan antara kaum.
Adakah Ambiga dan mana-mana pemimpin bersih membuat ugutan yang serupa?
3. Dari komen pitty diatas,adakah pitty fikir Ambiga mempunyai agenda peribadi? Jika ada, ramai penjenguk blog ini mengetahuinya.
Wak Jerman
Sepatut si berahim ni dah lama masuk ISA...apa yg pihak kerajaan tunggu...si sham tu takut sangat ke kat si berahim...double standard...
ReplyDeleteTuan ... Saya juga dpt merasakan promosi BERSIH kali ini mmg mendapt liputan yg ckup meluas samada dipihak kerajaan maupun dipihak pembangkang... Makna sambutan nya nanti mmg akan luar biasa...
ReplyDeleteKepada penyokong lina joy,
ReplyDeleteApa Islam perlu ke dengan wanita yang bernama Lina Joy???
Buat apa kalau Islam menang kuantiti dan kalah kualiti
Ambil yang baik dari bangsa Yahudi ia itu lebih mementingkan KUALITI
pergi mampos lah kalau melayu nak murtad. Ambiga hanya menjalankan tugasnya sebagai peguam profesional dan bukan mubaligh kristian.
Bro Aspan
ReplyDeleteYang hadir semasa ucapan braheng ali kat Kelab Sultan Sulaiman Kg. Baru hanya lah melayu kaki ekor,penarek kereta, kakak GRO pencen dan pembodek-pembodek yang mengharapkan projek.tak sampai 200 orang.
kami anak kampong baru yang pernah merasai "pahit maung" semasa peristiwa berdarah 13mei69 walaupun masih bersekolah lagi tak YAKIN muka macam Ibrahim Ali berani berjuang dimedan hadapan sekira tercetusnya insiden seperti 13 mei. Dengar cerita dari blog bro. Aspan dan Sakmangkol, brahim Ali ini pernah meraung setelah disabitkan dengan ISA.
Begitu juga mahaguru silat lincah, Omar Din pernah menangis dalam lokap. Ini diceritakan sendiri oleh sahabat saya yang secara kebetulan pernah disumbat dalam lokap yang sama.
moral of the story, orang yang cakap berdegah-degah "habuk pun tarak"
Kepada Anonymous 8.22:
ReplyDeleteIsu yang di perbincangkan adalah berkenaan isu BERSIH. Tak ada kena mengena dengan agama atau bangsa.
Kalau ikut logik pemikiran saudara (saya agak saudara seorang lelaki lah, kalau salah harap maaf), asalkan dia tu Melayu atau Islam ke, dia pukul kita, dia tipu kita ke atau dia menganiaya kita, kira tak ape ajelah ye.
Kalau itu tahap pemikiran saudara sebagai seorang Melayu dan Islam (saya agak lagi), maka saya cuma boleh kata "no further comment".
Dalam hal BERSIH ni, yang dituntut adalah satu proses pilihanraya yang telus dan adil! Salah ke nak minta yang tu? Kalau salah kat mana salahnya? Adakah benda yang diminta tu benda yang tidak baik? Benda yang bercanggah dengan tuntutan agama dan nilai murni kemanusiaan sejagat?
Adakah kerana adanya Ambiga yang bukan Melayu dan bukan Islam dalam BERSIH maka kita tentang tuntutan yang dianjurkan BERSIH? Hanya semata-mata kerana dipelopori bukan Melayu?
Atau jika sekiranya sebarang tuntutan kepada perkara-perkara bathil yang dipelopori oleh orang Melayu harus kita terima? Hanya semata-mata kerana diketuai Melayu?
Dalam masa tuan meminta pemerintah agar bersikap lebih terbuka dengan budaya demontrasi jalanan kerana tuan berfahaman bahawa demontrasi jalanan ini adalah sebahagian dari keindahan sistem demokrasi, tuan juga mengambil keputusan untuk menjatuhkan hukuman kepada Ibrahim Ali semata mata kerana Ibrahim ali membuat keputusan untuk mempraktiskan hak berdemontrasi beliau yg secara kebetulan berbeza dengan keputusan yg telah tuan buat. Adakah tuan rasa budaya menghentam semata kerana berbeza pemikiran ini budaya yg sesuai? Ya memanglah sesuai kerana apa erti demokrasi jika kita dihalang dari menghentam dan juga di hentam.
ReplyDeleteJika tuan bercakap ttg kegagalan UMNO menangani isu Bersih ini menyebabkan Bersih mendapat publisiti percuma kepada ibrahim ali, maka tuan juga mengulangi apa yg UMNO buat iaitu memberi publisiti percuma. Saya memang tidak gemar langsung dengan cara Ibrahim ali ini berpolitik. Pada saya ianya tidak sihat tapi sekalung tahniah juga kepada Ibrahim Ali ini kerana nyawa dia dalam politik dilihat amat liat. Agaknya pasti ada sesuatu yg istimewa pada Ibrahim Ali yg saya belum jumpa. Hanya Nik Aziz sahaja yg tahu istimewanya Ibrahim Ali hingga dengan bermurah hati meletakkan beliau sebagai calun PAS di Pasir Mas. Tak mungkin malahan mustahil Nik Aziz yg dilihat sebagai bukan kepalang cerdiknya ini sebegitu bodoh untuk bersetuju meletakkan ibrahim sebagai calun PAS. Buat rakan2 PAS, jika terserempak Tok Guru, cuba cubalah tanya kan keistimewaan Si Ibrahim ni.
Apapun seperti yg saya pernah nyatakan dalam komen yg lepas, saya tetap anggap demontrasi jalanan ini tidak perlu jika semata mata untuk memperbetulkan sistem pilihanraya yg kita amalkan sekarang. Sistem yg ada ini tidak dapat diperbaiki selagi menggunakan konsep majoriti berdasarkan kerusi parlimen. Jika setakat pembangkang berjaya mengumpulkan undi majotiti keseluruhan (jumlah undi bukan kerusi) sekitar 51% pun, pembangkang masih gagal utk bentuk kerajaan. At least pembangkang perlukan sekitar 60% undi majoriti barulah boleh diterjemah dalam bentuk kerusi parlimen. Sisitem ini yg perlu kita ubah. Kita cuba seperti di US dimana pemilihan Presiden (PM di Malaysia) di adakan berasingan dengan pemilihan parlimen. Barulah kita lihat dimana kekuatan parti kerajaan. tetapi percayalah yg ianya tidak akan berlaku kerana ianya akan mengugat kerajaan. So, demontrasi jalanan ini hanya akan mencapai maksud jika tujuan nya untuk rombak sistem parlimen sekarang. Tetapi pada saya, jika DSAI menang dan jadi PM pun.. beliau tidak akan ubah sisitem ini kerana inilah sistem yg memberi kelebihan pada sesiapa yg menjadi pemerintah.
Selamat berdemontrasi jalanan untuk pahlawan pahlawan melayu yg terbilang. Dato Ambeega dan pengikutnya seperti Tn. Hj. Mohammad Sabu perlukan khidmat para pahlawan melayu sekalian. Pastinya kalian tidak akan membiarkan Dato Ambeega berjalan jauh jauh seperti kalian kerana dia bukan pahlawan tetapi kena ingat yg dia adalah ketua.
Si pengecut pemuda UMNO baiklah duduk rumah diam diam. Perkasa pun pada jangkaan saya tidak akan turun kerana seperti biasa lah. Tok Berahuim ini memang kuat berdentum guruhnya tapi hujan tetap tak turun2.
Encik Aspan,
ReplyDeleteSo what have Malaysia sons and daughters like Ibrahim Ali and Amiga have achieved so far that we can emulate?
Tok Hyem, student leader turned politician has earned him deputy minister post in the past. Presently Perkasa President under pretext championing Malay rights. Against Bersih to organize protest walk in July.
Amiga a lawyer, past Bar Council President and was invited to White House for the activism she pursued. No small feat being a women and minority citizen in this country. Leading Bersih and it appears to have across support for it's causes except from ruling party.
For Pak Hyem contributions may earn him Tan Sri in the future. Perhaps Doctorate of Philosophy from local or some unknown universities like our present politician and his spouse have been fond of showing.
Likewise Ambiga courage may earn her more international recognitions (minus new local title bestowed) and perhaps be invited to be visiting professor to some ivy league universities.
Is it hard to decide whose side to take and we as parent want our children to emulate their success for better Malaysia?
@anak watan kampong baru,
ReplyDeleteKat Mersing, Perkasa dengan NGO ntah apa-apa buat demo juga bantah Bersih, ada lah 30 orang ikut. Kumpul depan stadium mini lepas tu berarak sambil nyanyi `ini lah barisan kita' ke IPD buat repot.
Macam kat kampong tuan, yang berdemo melayu Perkasa/Umno kaki ekor, kaki pompuan, Kontraktor kelas F yang dah setahun tak ada projek, orang UMNO yang dah expired, yang muka blank tak tau ape ke benda Bersih 2.0 dan muka baru bangun tidur sebab dapat call kena paksa datang demo. Lepas demo boleh le pergi ambik indent!
Patut dia orang tu masuk Maharaja Lawak.
Pembenci2 brahim...
ReplyDeleteIkutvsuka kome la nak benci kat brahim tu. Isunya isu nasional. Asapan selalu cakap kalau nak hujah pegi kpd isu pokok. Kenape kome2 semua pegi isu pribadi? Tak standad langsung hujah kome2 semua. Bila isu nasional kome semua takda isu nak balun sebab asas Bersih langsung tak kuat utk spin dan ajak sejuta org. Dulu anwar ada muka lebam. Dulu paklah memang lembab. Kita dari umno pun naik fedup. Apatah lagi dgn perangai menantu si KJ. Kami pun pakat tutup mata. Buat dan lantaklah ko org nak buat apa. Nak kumpul sejuta ke tiga juta ke lantak kome lah.
Tp asas nak kata spr taknadil dan undi pos tak adil ni isu sejak awal 60an lagi woii! Lama dah. Isu basi dan rakyat pun tahu kome dah boleh tawan sampai 6 negeri dlm kononnya ketidakadilan SPR. Parlimen pun BN dan hilang dua per tiga.
Kome nak kata SPR terlalu terok?
Sebenarnya komelah yg teelalu terok dqn bengong. Mudah dipeebodohkan minda dek ambiga kesayangan kamu dan lina joy tu?
Pity
"Sheet! Sheet! Sheet!"
ReplyDelete- Keluhan Sdr. Ibrahim Ali apabila laser printer kehabisan A4 paper.
Sebenarnya apa yang diluahkan oleh Yb. Ibrahim Ali dalam ceramah atau kenyataan media adalah bagi pihak orang yang bacul dan pengecut.
ReplyDeleteMemang kita berhak memarahi beliau dan menuduh apa saja yang setaraf dengan kelakuannya. Tapi dia adalah standard pencacai yang makan upah.
Sama lah juga dengan anggota polis yang membunuh model Monggolia, Altantuya. Pada mata kasar kita melihat anggota polis itu yang menembak mati model tersebut kemudian dibom dengan c4.
Persoalan yang tidak terjawwab sehingga hari ini ialah siapa yang mengarahkan anggota polis itu membunuh warganegara Monggolia tersebut...?
Tidakkah kita terfikir tentang Yb Ibrahim Ali ini dari seorang ahli parlimen tiba-tiba dia tubuh PERKASA.Dan tugasnya pula tak ubah seperti ketua pemuda UMNO Baru.
Yb Ibrahim Ali pula begitu angkuh seolah-olah dia paling berkuasa bila bercakap tentang perkauman. Dan apabila ada rakyat menyuarakan ketidakpuasan hati tentang cakap dan tingkah lakunya, dia pula selalu dilindungi oleh menteri dalam negeri dan menteri dijabatan perdana menteri...?
Kalau datuk T sehingga kini tidak didakwa diatas kesalahan menayangkan video lucah dikhalayak ramai yang dianggap sebagai anak kesayangan UMNO Baru, Yb Ibrahim Ali pula dtatang tak ubah seperti anak emas kerajaan BN....
Itu mengingatkan kita bahawa Yb Ibrahim Ali tidak boleh disentuh apatah lagi untuk menangkapnya.
Jika ada sesiapa yang mencadangkan Yb Ibrahim Ali dikenakan akta ISA maka orang dibelakang Ibrahim Ali juga perlu diseret bersama. Siapa mereka ?
Sila bertanya pada Najib Razak dan Mahathir... mereka ada jawapannya.
Selumbar..
ReplyDeleteMemang selumbar tidak tahu pilih mangsa. Siapa pun dia akan cucuk. Betul ke tak betul ke, itu bukan soal. Tanyalah pd najib n mahathir cara bersurat. Nanti jika dia bagi jawaban ko bagilah 1 copy kat aku... Kalu boleh suruh C4ty berckp sendiri siapa yg guna dia..