Kita selalu berkata dengan berbagai perbilangan Melayu yang diketahui ramai sejak turun temurun. Salah satunya ialah, ‘sekali air bah sekali pasir berubah’. Itu sebabnya dalam apa-apa kegiatan, perlakuan, kegiatan dalam apa-apa bentuk pun perubahan tetap akan berlaku.
Kadangkala perubahan itu berlaku secara evolusi dan perlahan yang kadangkala tidak kita sedari. Kita manusia sendiri berubah dari muda menjadi dewasa dan dari dewasa menjadi tua. Rupa kita pun berubah kerana keadaan fisik kita berubah. Pemikiran dan memberikan persepsi kepada sesuatu keadaan pun berubah. Kalau dahulu sesuatu nilai kehidupan itu dianggap baik tetapi akhirnya nilai itu tidak lagi diterima masyarakat.
Agama suci kita pun menyatakan dengan jelas yang kita mesti hidup mengikut waktu dan zamannya. Apabila kita statik dalam kehidupan kita maka kita akan tidak lagi dapat menyesuaikan diri kita dengan keadaan sekeliling. Tetapi agama kita juga menyatakan dengan terang-terangan supaya kita tidak lari dari tali Allah. Kita tidak boleh lari dari mengtauhidkanNya sambil bertawajjuh dan bertawassul denganNya disetiap ketika dan detik.
Rupa bentuk muka bumi pun berbeza dari rupa bentuk di antara sebelum dan selepas ‘ice-age’. Malah bumi ini ‘is more intelligent than putting all human minds together’. Bumi berubah mengikut zaman dan waktunya. Maka manusia wajar berubah dari masa kesemasa selari dengan perubahan untuk kebaikan sebagai yang di tuntut oleh agama kita.
Perubahan itu tidak memberikan ‘exception’ kepada politik dan siasah negara serta rakyatnya. Politik ini adalah permainan manusia yang tidak terlepas dari perubahan manusia itu sendiri dan ianya akan juga membawa perubahan kepada badan-badan politik itu secara parallelnya. Ramai di antara kita tidak menyedari perubahan yang besar di dalam minda manusia yang bermain politik ini. Hanya kepada siapa yang berfikir dan sentiasa sensitif terhadap perubahan itu akan sedar. Itulah sebabnya agama kita mengingatkan kita, berfikir sejenak itu lebih baik dari beramal sepanjang malam.
Kadangkala perubahan itu hanya di sedari setelah perubahan itu telah jauh jaraknya dari kita yang statik dan tidak berubah itu. Apabila kita tidak sedar tentang perubahan itu maka akan sampailah waktu kita sudah tidak lagi menjadi ikutan jika kita seorang pemimpin. Sedar-sedar kita sudah tidak lagi dihormati oleh orang ramai yang kita pimpin kerana kelekaan kita dan tidak menyedari tentang perubahan di dalam pemikiran rakyat dan persepsi mereka terhadap kita.
Apabila sampai waktu itu maka kita akan menghadapi masalah besar untuk membuat ‘adjustments’ terhadap selera rakyat yang sudah lama melalui perubahan itu. Perhubungan kita dengan orang ramai akan sentiasa dilanda perbalahan minda dan pendapat serta persepsi terhadap sesuatu isu itu kerana kita tidak memperbaiki pemikiran kita secara ‘abreast’ dengan pemikiran rakyat yang telah jauh kehadapan.
Kalau dahulu kita boleh meyakinkan rakyat dengan retorik yang besar-besar dengan menggunakan media perdana cetak dan letronik sekarang media perdana sudah tidak mampu untuk menjadi agen yang membawa sokongan kerana kesedaran rakyat tentang apa yang sebenarnya berlaku di dalam kerajaan mereka.
Rakyat sudah tahu apa tanggungjawab mereka dan di mana letaknya kuasa mereka sebenarnya serta telah dapat memahami apa tanggungjawab parti dan kerajaan. Di sebaliknya kita masih lagi menguruskan kehendak rakyat dengan menggunakan sentiment yang berbagai-bagai seperti isu perkauman dan isu-isu sensitif yang lain.
Rakyat tidak termakan lagi dengan isu ungkit mengungkit yang selalu digunakan oleh pihak kita. mengungkit tentang perbekalan air bersih, bekalan letrik dan berbagai-bagai lagi keperluan asas kehidupan yang di berikan kerajaan bukannya untuk dibalas budi walaupun kerajaan itu sendiri telah berubah menjadi kerajaan yang tidak bertanggungjawab.
Mereka tahu yang pembangunan itu adalah di atas kerja kuat rakyat berbilang kaum dengan membayar berbagai bentuk cukai. Rakyat dari semua ahli-ahli parti, samada parti kerajaan atau pembangkang bersama-sama membayar cukai untuk di isi kedalam kantung perbendaharaan kerajaan. Mereka juga tahu tindakan kerajaan menindas pihak yang tidak mengundi parti kerajaan itu merupakan tindakan tidak bermoral seolah-olah mereka yang membangkang tidak ada hak sedangkan mereka jugalah yang membayar cukai kepada kerajaan.
Oleh yang demikian janganlah kita menggunakan isu pembinaan sekolah di kampong-kampong atau pemberian subsidi gigi palsu kepada makcik-makcik di kampong itu untuk mendapatkan sokongan di dalam pilihanraya. Apa sangatlah subsidi gigi kepada orang tua di desa-desa jika dibandingkan dengan jumlah ketirisan yang beratus billion ringgit yang berlaku di dalam kerajaan serta subsidi-subsidi yang amat besar kepada kroni dan mereka yang telah sedia kala menjadi orang kaya-kaya.
Ini merupakan contoh-contoh perubahan yang sedang berlaku di dalam politik tanah air kita sekarang ini. Apabila rakyat tidak lagi menerima cara berkempen yang saya sebutkan tadi, yang tinggal bagi kerajaan atau mana-mana pihak yang ingin mendapatkan dokongan rakyat ialah samada kita memimpin tanpa rasuah, beretika serta bertanggung jawab sebenarnya kepada rakyat seperti yang di akui oleh pemimpin-pemimpin kita.
Rakyat sebenarnya sangat benci dengan pemimpin yang rasuah tetapi mereka tidak dapat membuktikan kerja rasuah itu berlaku kerana perlindungan yang diberikan oleh OSA serta akta Polis dan banyak lagi akta yang disalah gunakan seperti ISA. Rakyat tahu yang sipolan dan sipolan itu ialah perasuah besar tetapi mereka akhirnya tidak mampu untuk membuktikannya kerana sebab yang baru saya sebut tadi.
Maka mereka bertindak untuk memberikan sokongan kepada pihak lain dan mereka ini tidak wajar dipersalahkan. Rakyat bertambah marah lagi dengan pimpinan rasuah yang menggunakan isu rasuah itu juga kepada pembangkang semata-mata untuk mengelakan isu itu difokuskan kepada mereka yang sediakala rasuah. Perubahan persepsi rakyat ini amat payah untuk dihilangkan.
BN terutamanya UMNO wajib berubah jika tidak mahu diubah oleh rakyat. Perubahan itu melibatkan imej parti secara total. Imej sebagai parti yang dikuasai oleh pemimpin yang tidak boleh dipercayai seperti sekarang kepada imej baru yang bersih dan memberi harapan kepada rakyat untuk menyambung mandat mereka. Jika ini tidak dapat dilakukan maka rakyat mempunyai hak untuk mengharapkan keadaan yang baru yang boleh memberi harapan kepada mereka kepada kerajaan alternatif yang mempunyai hak untuk diberikan mandate itu.
Kita tidak boleh terus-terusan memaksa rakyat untuk tidak berubah kepada parti alternatif jika kita sendiri tidak berubah. Bagi saya keseluruhan ahli dan kepimpinan UMNO wajar melakukan tindakan drastik dalam membina imej dan persepsi baru…pimpinan baru, barisan kepimpinan yang baru, kabinet yang baru serta semuanya baru.
Banyak yang mengatakan saya ini bermimpi di siang hari kerana pemimpin kita yang sedang berkuasa tidak akan berkorban dan berpisah dengan kuasa yang ada di tangan mereka. Jawapan saya kepada pandangan ini mudah. Saya hanya memberikan pandangan. Mahu tidak mahu itu bab lain. Setidak-tidaknya saya boleh membuktikan apa yang saya perkatakan ini akan terbukti kebenarannya. Saya berharap pandangan saya ini tidak ada kebenarannya tetapi saya tidak boleh mengelak dari memberikan pandangan seperti ini.
Tetapi apabila kebenaran itu sampai, masa itu sudah terlambat untuk membetulkannya. Takut-takut UMNO tidak mampu menjadi parti pembangkang. Tengok sahaja di Selangor dan P Pinang, UMNO tidak berupaya menjadi pembangkang kerana UMNO hanya pandai melakukan satu kegiatan sahaja….iaitu berdemonstrasi. Itu pun tidak berani secara terbuka tetapi menggunakan NGO yang di namakan GAPS.
Di empat buah negeri UMNO telah terbukti tidak mampu menjadi kerajaan lagi lantaran ditolak oleh rakyat dan juga tidak mampu untuk menjadi pembangkang yang baik. Justru itu kita ingin bertanya terutamanya kepada empat buah negeri ini, apa yang UMNO mampu lakukan dengan baik? Jadi kerajaan telah pun ditolak rakyat dan apabila jadi pembangkang pun tidak menunjukan prestasi sebagai pembangkang yang baik.
Sebab itulah banyak pihak yang selalu mengingatkan kita…berubah jika tidak mahu diubah. Berikanlah kepada pemimpin yang mampu memimpin rakyat yang berbilang kaum ini. Jika kita tidak mampu memimpin dengan baik, jadilah penyokong yang baik pula.
salam tuan ,
ReplyDeleteTiada apa yang akan berubah bilamana mereka-mereka ini sama ada pemerintah BN mahu pun pemerintah pakatan terus GILA KUASA..mengejar kekayaan sementara peluang masih ada..dibuainya dengan cerita tranformasi dan konspirasi..penyokong BN tetap setia , penyokong pembangkang tetap mara..semuanya bergantung kepada TATKALA seseorang itu membuat keputusan..sama ada keputusan di sertai dengan jihad atau keputusan dengan wang ringgit..kita sebagai rakyat dan pengundi yang perlu berubah bukan yang mereka yang di atas..yang jelas berubah adalah kekayaan dunia mereka sahaja..
Salam Sdr Aspan dan para pembaca:
ReplyDeleteHarap renung dan baca beberapa kali penjelasan sebenar ayat Al-Quran dari Imam Ali Zainal Abidin (as) (cicit Nabi Muhammad [SAW]):
" Dosa-dosa yang merubah kenikmatan, menzalimi orang lain, merubah kebiasaan yang baik, berpura-pura melakukan kebajikan, mengingkari nikmat Allah, dan tidak bersyukur kepada-Nya. Inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah SWT: `Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan suatu bangsa sehingga mereka sendiri merubah apa yang ada pada diri mereka' "
"Malah bumi ini ‘is more intelligent than putting all human minds together"
ReplyDeleteBetulke ayat diatas.. setahu saya seekor anjing kurap pun lebih inteelligent dari bumi ni.
Prof Kangkong
Baru malam tadi sembang dgn seorang Setiausaha Politik. Ayat yang paling meninggalkan kesan kepada aku berbunyi "kalau UMNO kalah dalam PRU13 aku dah ada PENCEN"
ReplyDeleteKau bayangkanlah Pan menteliti orang kanan Menteri UMNO ni... Tak ada langsung sepanjang perbualan dengan dia menyentuh nilai2 perjuangan UMNO. Apatah lagi isu yg TERKINI langsung tak ada reaksi. kesian dgn penyokong2nya kat Kampong. Mentaliti yang terbina dlm minda dia aku tengok ialah PERSIPAN UNTUK MENJADI ORANG KALAH.
Susah nak berubah walaupun dah ada bukti Pembangkang Menang 6 negeri termasuk WPKL masa PRU12.Sikap angkuh maseh tebal maseh berlagak MACAM KUAT...Nasib baik ada ISU BUNTUT SAIFOOL DAN ISU SEX JADI-JADIAN SEBARAN DATO TRIO bolehlah tengelamkan sikit isu rasuah dan harga barang naik.umno perlu buat kenduri syukur atas jasa besar Saifool dan RTC and the Geng.
ReplyDeleteIt is not the strongest of the species that survives, nor the most intelligent that survives; It is the one that is most adaptable to change.
ReplyDeleteYr genine opinion bros.
ReplyDeleteBila saudara Aspan mengusulkan supaya berubah sebelum diubah, pada pandangan saya, ia membawa maksud bersihkan diri dari dosa-dosa agar dilihat suci lagi mensucikan...?
ReplyDeleteMana mungkin pemimpin UMNO Baru yang kita kasihi akan berubah kerana ilmu kepemimpinannya diwarisi dari Tun Mahathir. Kepimpinan melalui teladan. Perjuangan hanya untuk anak, isteri, kroni dan kepentingan diri sendiri.
Kita sebenarnya tidak pernah membenci pada UMNO lama atau UMNO baru tapi kita amat benci cara kepimpinan Tun Mahathir.
Pasti ramai diantara pembaca akan bertanya kenapa dibabitkan Tun Mahathir ?
Disebabkan kepimpinan orang tua inilah maka ramai rakyat Malaysia berduyun menjadi ahli UMNO hanya kerana memfokaskan keuntungan dari projek pembangunan.
Mereka terdiri dari ahli perniagaan yang mementingkan untung rugi perniagaan mereka saja melalui tender kerajaan. Bukan untuk memperjuangkan nasib rakyat khususnya bangsa melayu.
Kalau pun mereka bercakap tentang rakyat, itu hanya lah retorik semata-mata.
Kumpulan ini yang bertanggongjawab mempromosikan rasuah dalam parti dan kerajaan. Untuk mendapatkan kelulusan segera segala permohonan, mereka melobi dengan duit, sex, pangkat, saham, pelancungan dan berbagai lagi.
Dalam pemilihan pemimpin dalam parti juga mereka melobi untuk mendapatkan kedudukan walaupun mereka sebenarnya tidak layak duduk dibarisan kepimpinan.
Akibatnya kita memiliki pemimpin kaya yang korup dan bangang. Kalau diikut pada sejarah, bangsa melayu adalah bangsa yang kuat pada agama islam, berilmu dan tidak pernah takut pada cabaran dan ugutan.
Tapi pemimpin kita dalam parti hari ini hanyalah bangsa melayu pengecut dan bacul bila berhadapan dengan hujah pembangkang.
Mereka dilihat hebat hanya kerana duduk dibelakang penguam negara, polis, hakim, SPRM.
Itu menunjukan apa ?. Tidak lain mereka itu adalah orang yang bersalah dan sedang melakukan kesalahan yang dilindungi pelbagai akta. Bila pilihanraya akan tiba mereka jadi ketakutan kerana kalah bererti mereka akan didakwa dimahkamah. Apakah orang-orang inikah yang kita akan pertahankan dalam pilihanraya nanti ?
Siapa yang melantik Mohd. Najib jadi presiden parti? Disebabkan kuasa dari beberapa kerat manusia yang berkepentingan dalam parti kita maka Mohd. Najib dijadikan sebagai perdana menteri Malaysia.
Cuba buat undian secara bebas, berapa ramai ahli UMNO yang sokong orang itu jadi PM ?
Berbanggakah kita dengan aura Mohd. Najib seorang pemimpin yang dikuasai oleh isterinya Rosmah ?Bagaimana kewibawaan dan ketrampilannya sebagai ketua negara?.
Dan lihatlah barisan menteri dari ahli parti kita. Apakah setiap kali mereka membuat kenyataan akhbar apakah mereka itu dilihat sebagai cerdik atau tidak faham cara mengatasi isu dan masaalah ?
Kelebihan pemimpin kita ketika ini adalah membuat ayat manis untuk menipu dan mengelirukan rakyat. Lihat bagaimana PM cuba perbodohkan kita dengan kenaikan tarif elektrik..?
Siapa yang akan mendengar cakapnya sebagai perdana menteri kerana setiap patah perkataannya yang dilafaskan seperti tiada perasaan. Tidak konsisten dan CAKAP TAK SERUPA BIKIN. Hari ini cakap lain dan esok cakap lain sedangkan apa yang dicakapkannya itu isu yang sama.
Siapa yang akan sokong parti kita sedangkan orang yang memimpin itu adalah pewaris Tun Mahathir ? Hanya kita saja yang sokong kerana kita terpaksa sokong.
Tidak akan ada yang berubah kecuali di ubah. Semuga ahli UMNO peringkat akar umbi keseluruhannya redha memulihkan kepimpinan parti dengan menyingkirkan semua pemimpin yang terlibat dengan tuduhan jenayah rogol, berzina dengan pelacur, bunuh, rasuah, menipu, salah gunakuasa, pembuat fitnah, digantikan dengan ahli yang bersih berakhlak tinggi, dan berkelayakan sebagai seorang pemimpin yang dihormati.
Ahli kecewa.
these leaders can change if they wanna too. but probably... never! most have forgotten the meaning of human values, and that include being color blind too. materialistic and greed have embedded into them as time past, and that have become the most important part of their life. as an example... we have already move into the 20th century, yet after 50 years, one of the orang asli settlement do not even have electricity for their homes. after "pr" took over in selangor, only then, this ppl could see the light. this have already shown... the leaders did not do their work fully? for 50 year plus... it took "pr" less than a year to make it happened after they took over selangor. soon, many will have to tighten their belt more since prices of daily goods will increase.
ReplyDeletesalam...
Salam Tok Pan,
ReplyDeleteTiada "hand brake" untuk berhenti dari tabiat rasuah. Tidak seperti peminum arak, penjudi & kaki perempuan, tabiat rasuah pada hakikatnya amat sukar nak berhenti dan sebab itulah ianya dilabelkan sebagai perbuatan yang paling hina disisi Allah.
Pada pendapat saya UMNO masih tidak mahu membuat sebarang perubahan drastic dan masih mengekalkan konsep "short term survival". Hakikat ini jelas terbukti UMNO kini masih lagi dikelilingi oleh para penyamun, penerima/pengamal rasuah, pengampu, pembodek, penjilat, contractor atas angin, kon-sultan dan sebagainya.
Pejuang2 Melayu dalam UMNO tidak iklas. Lebih 35 tahun DEB dilancarkan, ekonomi kaum Melayu masih dibawah paras sasaran asal iaitu 30%. Kesian jika kita lihat kini rata2 orang Melayu terpaksa berhutang 9 tahun dari pihak bank bukan untuk membeli "jaguar" tapi hanya sebuah "sikancil".
Bagi saya UMNO bukan lagi sebuah parti keramat tapi telah dilaknat. Sama2 kita tunggu dan lihat apa akan jadi pada UMNO seterusnya nanti.
I am free of all prejudice. I hate everyone equally. hahahaha....
Shalom
sdr aspan
ReplyDeletesaya ucapkan syabas kepada 'ahli kecewa' di atas luahan jujur beliau. dan saya yakin masih ramai lagi yang berkonghsi pendapat dengan beliau. jadi apakah yang perlu dilakukan bagi meyakini ahli2 parti yang masih berpendapat, keluhan seperti ini hanyalah dari segelintir ahli sahaja dan lebih ramai menyokong barisan kepimpinan yang ada.
setakat ini, blog ini telah tidak henti-henti meyakinkan umum kedudukan kritikal umno dan barisan kepimpinan. apa yang dapat dirumuskan adalah: pemimpin umno harus peka apa yang sedang dilakukan tidak efektif dalam membendung korupsi (termasuk kuasa) dan jika mereka tidak berubah maka mereka mungkin tersungkur dalam PRU13 nanti. satu barisan kepimpinan baru hendaklah dibentuk bagi meulihkan keyakinan ahli dan rakyat.
kesimpulannya kita dapat (i) melihat dan membandingkan kesan kepimpinan pra dan pasca Mahathir. (ii) memberi ulasan terhadap beberapa isu secara khusus yang meresahkan kita - first lady, PEMANDU, kenaikan harga petrol dan gula etc (iii) mengesyorkan langkah untuk maju kehadapan.
saya berharap dengan pengalaman luas sdr aspan, bolehlah blog ini menumpukan usaha pula ke arah langkah tersebut. saya tidak menolak kemungkinan supaya saudara aspan bersama dato ariff adakan dialog, survey dan serahkan memorandum kpd pihak berkenaan.
scrooge
Assalam Tuan Aspan.,
ReplyDeleteBerubah yang macamana tu?
a)Meletakkan jawatan beramai-ramai.
b)Memulangkan setiap sen duit rakyat yang disonglap.
c)Secara sukarela mengaku kesalahan dan menerima hukuman penjara masing.
d)Semua yang diatas.
Tuan kena berterus-terang dan terperinci dengan apa yang dimaksudkan berubah.
Al-maklumlah,mereka ini sudah lama dibutakan mata,dikeraskan hati dan dihitamkan perasaan dengan segala bentuk penyelewengan.
Menghalalkan yang haram.
Terlalu ramai mushrikin dan munafikin.
Anon 2 June 2011 09:24:00 GMT+08:00 menulis:
ReplyDelete...."kalau UMNO kalah dalam PRU13 aku dah ada PENCEN"
Pemimipin-pemimpin besar dalam UMNO memang sudah menyiapkan dana untuk pencen.
Tetapi ramai lagi pemimpin kecil dan ahli-ahli yang masih belum kumpul dana secukupnya...
Jamal
Kalau UMNO kalah pun dalam PRU akan datang, kami macam tu juga ahli UMNO akar umbi. Akan datang berilah kami wang sebanyak manapun, kami akan tetap beralih kepada Pakatan Rakyat. Kalau tak Pakatan Rakyt, bebas pu boleh juga, asal bukan UMNO dan BN, Tidak bersubahat dengan pelbagai fitnah pemimpin-pemimpin UMNO. Takut api neraka.
ReplyDelete