Salah satu yang terang dinyatakan oleh agama kita ialah ‘kemiskinan membawa kekufuran’. Itu sebabnya Islam sentiasa menggalakan supaya umatnya berusaha dengan tekun untuk mengelak dari menjadi miskin kerana kemiskinan boleh membawa sesuatu kaum, masyarakat dan juga negara menuju kearah kekufuran itu.
Itulah sebabnya di dalam islam dan juga di dalam agama-agama lain, membentuk pihak yang kurang bernasib baik merupakan satu amalan fardhu kifayah yang amat dirahmati Tuhan. Islam menganjurkan kita membayar zakat dan itu merupakan salah satu dari rukun agama kita itu. Zakat itu disempurnakan untuk membela umat yang miskin dan tidak bernasib baik, malahan itu merupakan tanggungjawab semua samada kerajaan atau individu-individu untuk membantu dan membawa mereka keluar dari cengkaman kemiskinan itu.
Di peringkat negeri dan negara kerajaan diwajibkan untuk mentadbir secara Islam yang mengambil elemen sedekah dan pembayaran zakat itu dengan serius. Adalah sangat berdosa bagi kita untuk membebankan rakyat dengan sengaja walaupun ada jalan untuk mengelakan dari kita membebani mereka. Setiap agama menggalakan kerajaan membela rakyat yang ramai ramai susah ini dan nilai ini bukan sahaja dianuti oleh kerajaan tetapi dipraktikkan di dalam kehidupan seharian dan dijadikan addin oleh individu-individu yang telah berjaya di dalam kehidupan mereka.
Salah seorang yang terkaya di dalam dunia ini, Bill Gates misalnya, diketahui umum yang beliau hanya mengambil 20 peratus dari kekayaannya untuk diri dan keluarga beliau. Selebihnya diberikannya kepada kerja-kerja sosial bagi kepentingan manusia sejagat. Ramai lagi di antara individu-individu kaya-raya di dunia ini membelanjakan kekayaan mereka untuk kepentingan rakyat. Amalan ini merupakan satu amalan yang mempunyai nilai kesyukuran terhadap apa yang telah dianugerahkan Tuhan terhadap mereka.
Tetapi tidak semua kerajaan atau individu yang berbuat perkara mulia seperti ini, malahan mereka melakukan kerja yang nilainya terbalik dari mereka yang disebutkan tadi. Selalunya nilai terbalik ini berluasa di dalam kerajaan-kerajaan dan rakyat di negara-negara membangun dan di dunia ketiga. Sifat tamak dan haloba serta mementingkan diri sendiri di atas kepentingan rakyat yang miskin itu menjadi lumrah. Ianya berlaku sehingga tahap memperdayakan rakyat ramai semata-mata untuk kepentingan segelintiran individu yang menghampiri orang yang berkuasa sahaja.
Kita baru sahaja berhadapan dengan isu kenaikan tariff letrik kerana kerajaan mahu mengurangkan pertambahan peruntukan subsidi. Rakyat bukan membantah kenaikan itu dengan sewenang-wenangnya Rakyat pun berfikir untuk kebaikan kerajaan juga dan itu pun yang selalu dilakukan oleh rakyat selama ini. Tetapi yang rakyat naik marah ialah sikap pemimpin yang bertanggungjawab di atas ketinggian tariff itu dari dahulu lagi.
Di dalam isu kenaikan tariff bekalan letrik ini, ianya di lakukan dengan sengaja oleh kerajaan untuk kepentingan beberapa rakan dan sahabat korporat pemimpin yang berkuasa. Yang tidak disenangi rakyat ialah mereka telah merasa tertipu dengan apa yang berlaku di dalam isi PPA (Power Purchase Agreement) di antara TNB dan syarikat IPP pada tahun 2006 yang lalu sehingga menyebabkan Pengerusi TNB sendiri begitu kecewa dan marah dengan tindakan kerajaan memaksa TNB membeli bekalan tenaga dari IPP dengan harga yang tinggi dari yang sepatutnya. Tan Sri Ani Arope telah meletakan jawatan dan sehingga hari ini beliau merasakan ketidak adilan yang dilakukan oleh EPU di Jabatan Perdana Menteri ketika itu.
Jika TNB mempunyai bekalan tenaga dengan harga .12 sen kenapa EPU memaksa TNB untuk membeli bekalan tenaga itu dengan harga .23 sen dari syarikat kroni pemimpin besar kita itu. Kenapa EPU sanggup memaksa TNB membeli dengan harga yang begitu tinggi dengan jumlah yang di tentukan oleh EPU samada bekalan itu diguna atau pun tidak. Bukankah ini satu tindakan yang sangat hina dan memalukan negara?
Bukankah tindakan itu sama seperti syarikat IPP itu merompak segala dana yang ada di dalam TNB itu? Ramai difahamkan yang kebanyakan infrastuktur pembekalan itu telah disiapkan oleh TNB dari awal lagi. Kenapa begitu zalim dan di manakah letaknya maruah pimpinan yang bersama melakukan kerja yang sangat hina ini.
Bukankah tugas TNB untuk mendapatkan bekalan yang semurah mungkin supaya rakyat tidak dibebankan dengan harga tariff yang tinggi hasil dari kos pembelian yang terlalu mahal dari syarikat kesayangan pucuk pimpinan itu? Apabila isu ini sudah menjadi pengetahuan umum, saya mencadangkan supaya perjanjian di antara TNB dan syarikat IPP terbabit di ‘declassify’kan untuk tatapan rakyat. Ini merupakan satu isu yang sangat serius dan ini bukannya isu kecil-kecilan. Ini adalah rompakan yang lebih merbahaya dari rompakan bersenjata.
Menteri yang bertanggungjawab terhadap tenaga ini telah menyatakan yang perjanjian itu tidak boleh di paparkan kepada pengetahuan umum kerana perjanjian ini adalah ‘private agreement’ di antara TNB dan syarikat IPP itu. Saya ingin bertanya kepada Peter Chin, kalau kerajaan tidak boleh melakukannya siapa yang boleh? Bukankah TNB itu kepunyaan rakyat dan kerajaan yang di berikan mandat oleh rakyat?
Bagi saya ini merupakan jawapan yang tidak bertanggungjawab dan ianya menampakan dengan jelas yang perjanjian itu mempunyai elemen ‘hanky-panky’ yang tidak mungkin diampunkan rakyat jika mereka mengetahui perkara yang sebenarnya. Dr Mahathir wajar menghadap rakyat untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan orang ramai kerana beliau merupan PM semasa itu dan jabatan EPU yang memaksa TNB menerima kandungan perjanjian itu terletak di bawah dagu beliau.
Alang-alang sudah menyebut isu ini, kita wajar bertanya pula bagaimana dengan perjanjian konsessi-konsessi lebuhraya yang juga merupakan bebanan terhadap rakyat? Hanya kerajaan sahaja yang boleh untuk melakukan ‘declassification’ ini. Untuk mengelakan kerajaan ini diragui dengan lebih teruk lagi saya mencadangkan supaya pemimpin yang bertanggungjawab itu menjawabnya secara terbuka kepada khalayak ramai.
Dr Mahathir mesti menjawab kenapa pilih untuk membeli tenaga dengan harga .23 sen/pKh sedangkan ada pihak yang berkemampuan untuk menjualnya kepada TNB dengan harga .12 sen/pKh. Dr Mahathir juga perlu menjawab kenapa TNB dimestikan membeli tenaga itu dengan jumlah yang di tentukan samada tenaga itu diperlukan atau pun tidak?
Semuanya ini melibatkan untung nasib dan masa depan rakyat. Setelah diberikan mandat untuk berkuasa sebegitu lama, kenapa pimpinan tidak mensyukuri mandat yang telah diberikan rakyat selama ini?
Kita jangan miskinkan rakyat dengan berbagai-bagai bebanan kerana kemiskinan itu akan membawa kekufuran. Itu bukan sesiapa yang berkata,: itu adalah apa yang nyata dan jelas di sebut oleh agama suci kita.
Betulkan hujah anda Aspan. Cari fakta yang betul. Kami terlibat dalam proses penswataan dan penubuhan IPP dahulu. Untuk pengetahuan anda, orang yang bertanggungjawap sebenarnya ialah DSAI secara 'shadow director' melalui TDM. DSAI sangat mahir dalam kerja2 kotor seperti ini. Jika anda tidak terlibat, tidak perlulah berhujah dengan fakta yang nipis.
ReplyDeletedia dah tulis buku tapi tak jawab isu ni dlm buku dia
ReplyDeleteBro,
ReplyDeleteTDM nak menjawab aka explained kepada rakyat mengenai tindakan-tindakannya? Kita kena tunggu kucing tumbuh tanduk atau kena tunggu kambing boleh terbang macam burung dulu lah.
Dia tidak rasa dia perlu bertanggungjawab kepada kita rakyat. Bagi dia, kita berhutang budi dan nyawa kepaadanya kerana itu dia kekal menjadi PM selama 22 tahun.
masakan tidak begitu anggapannya bahawa kita terdesak, teramat memerlukan kepimpinannya, sebab itu dalam pencen pun masih sebok mencampuri urusan politik dan negara. Hatta berusaha agar anaknya Mukhriz dapat menjadi PM satu ahri nanti.
bat8
nak jawab ape beb. Dulu lain sekarang lain.
ReplyDeleteDulu berapa harga minyak hari ini berapa pulak ?
Tanya lah menteri yang berkenaan.
Ani Arope is irrelevan now.
Tuan Aspan,
ReplyDeleteKini rakyat semakin sedar dan tahu apa sebenarnya yang telah berlaku untuk sekian lamanya. Pimpinan hari ini wajar mendedahkan perjanjian yang membebankan rakyat ini dan jangan gentar nak berhadapan dengan Dr. Mahathir, jika tidak...nyawa UMNO/BN akan berada di hujung tanduk. Buatlah keputusan yang bijak sekarang.
Sdr Aspan, Inilah kezaliman yang dibuat oleh Kerajaan yang dipimpin oleh seorang pemimpin yang tidak mempunyai persaan. Kalu iapun harga yang akan ditetapkan perlulah secara staggered bermula dengan 12 sen/kwH dan dinaikkan secara berperingkat. Kalau harga belian rendah mungkin TNB boleh mengeksportkan lebihan tenaga ke negara jiran seperti dilakukan dikalangan negara-negara di Eropah.
ReplyDeletePak Tua
Setuju dengan pandangan Aspan dalam hal ni.. TDM perlu menjawab pertanyaan rakyat dalam hal ini.
ReplyDeleteUntuk berlaku adil; DSAI perlu juga menjawab pertanyaan ; kenapa beliau tak menghalang TDM ketika itu kerana beliau adalah anak emas TDM ketika itu; Alasan semua orang takut pada TDM tak boleh digunakan kerana dalam sejarah tak pernah dengar pun TDM hantar orang ke penjara tanpa sebab dan tak pernah dengar pun dia menghantar mafia ataupun 'hit-squad' untuk melemahkan lawan beliau.
Lagipun Anwar pernah berkata "Usah sebut perkataan perjuangan kalau takut menimpa kesusahan"; bukan begitu .
Kalau Dr Mahathir menjawab isu ini pun, saya buat ramalan bahawa dia akan menidakkan apa apa kaitannya dengan isu ini. Kemungkinan dia kan menuding jari kepada EPU sebagai penasihatnya. Mungkin juga dia menuduh Ani Arope meletak jawatan CEO TNB atas sebab peribadi.
ReplyDeleteBagaimana Tun Dr Mahathir dapat memegang kuasa dgn begitu lama kalau dia tidak menggunakan ilmu putar alamnya?
sri hartamas
Sdr Aspan, Mahathir jangan di usik. TDM tidak boleh dipersalahkan tau. Hanya dia sahaja yang boleh melakukan kesilapan walau macam mana besar pun. walaupun dia yg menjahanamkan sistem demokrasi kita mesti puji dia. Nanti penyokong tegarnya marah. sdr Aspan tak serik-serik dimarahi penyokong beliau ke? dia ada immunity besar. Jangan usik dia. Biarkan dia buat apa yg dia suka. Orang Melayu kan memang sifatnya menyokong sesiapa yang membohongi mereka, bukan gitu tn Aspan? Sdr di kecam kerana bercakap perkara yg betul. penyokong dia kata Mahathir ni adalah pemimpn yg terbaik dalam sejarah dunia dan alam.
ReplyDeleteTkasih
Mustpha Ibrahim
Salam Tuan Aspan,
ReplyDeleteSaya teringat pesan seorang kawan saya:
"Never,ever,ever,ever trust an Indian"
Dan yang menariknya kawan saya itu seorang keturunan India dari Klang.
Sekarang baru saya faham maksud dia.
Janganlah nak harapkan Dr M memberi penjelasan.
ReplyDeleteBukahkan bila timbul persoalan-persoalan sukar seperti ini, Dr M akan mula mengidap 'sindrom apanama' ??
Mahathir..."IPP/PPA? saya tak ingat"
ReplyDeleteIn umno… privatisation is simply means privatise the profit & socialize the loses...
ReplyDeleteAnonymous :
ReplyDelete5 June 2011 10:26:00 GMT+08:00
...Kami terlibat dalam proses penswataan dan penubuhan IPP dahulu. Untuk pengetahuan anda, orang yang bertanggungjawap sebenarnya ialah DSAI secara 'shadow director' melalui TDM....
Anda mempertahankan TDM dan menunding jari kepada DSAI sebagai orang yang tanggongjawab keatas IPP kerana anda juga terlibat sama ketika perjanjian dimeterai ?
Persoalannya ialah... Kalau DSAI sudah melakukan kesilapan dalam pentadbirannya ketika itu tapi kenapa kerajaan hari ini tidak mengubah malahan meneruskan kesilapan itu... Apa muslihat ?
DSAI sendiri begitu kuat mendesak agar kerajaan memperbetulkan semula perjanjian yang melibatkan EPU, IPP dan TNB, malangnya kerajaan pula cuba berdalih kononnya perjanjian itu sebagai private agreement...?
Kenapa masih tunding jari menyalahkan orang lain sedangkan kerajaan yang berkuasa mengubah sesuatu pekara adalah DS Mohd. Najib dan DS Muhyiddin ?
Helo bro, kalau bodoh jangan berlagak pandai tapi mesti rajin belajar, tak tahu bertanya... tak gitu ?
Itu pasallah pemimpin kita amat suka ahli UMNO jadi bodoh agar mudah dibangangkan dalam segala hal. Dan diajarnya bercakap bohong bagi mempertahankan pemimpin yang menyeleweng dari amanah.
Zaman sekarang adalah zaman ahli UMNO bercakap benar dan membongkar segala kepalsuan pemimpin dalam parti dan dalam pentadbiran kerajaan.
Kita tidak perlu PAS DAP atau PKR memperbetulkan UMNO tapi kita sebagai ahli yang sayangkan parti perlu bertindak memperbaikinya dari dalam.
"Berani kerana benar,
takut kerana salah..."
"Betulkan hujah anda Aspan. Cari fakta yang betul. Kami terlibat dalam proses penswataan dan penubuhan IPP dahulu. Untuk pengetahuan anda, orang yang bertanggungjawap sebenarnya ialah DSAI secara 'shadow director' melalui TDM. DSAI sangat mahir dalam kerja2 kotor seperti ini. Jika anda tidak terlibat, tidak perlulah berhujah dengan fakta yang nipis".
ReplyDeleteMalang sungguh bangsa melayu yang senang diperkotak katik kan oleh pemimpin UMNO. Tak kan lah dah tersepit nanti baru nak sedar. Tak berbelas tahun tolong subsidise towkey cina tu. nak tunggu berpuluh tahun kena baru nak sedar?
Anon 23:14
ReplyDeleteAnda berbohong!
sdr aspan
ReplyDeletei believe anon 5 June 2011 23:14:00
was commenting on anon 5 June 2011 10:26:00. d way i see it, he's saying how easy anon 10:26:00 was taken in by TDM in incriminating DSAI.
correct me if im wrong.
scrooge
Betul ke tafsiran tuan hal kemiskinan membawa kepada kekufuran tu...setahu kawan kemiskinan bergantungbkpd tahap kesyukuran dan keimanan seseorg. Jika seorg yg bernafsu besar RM10k pendapatan sebln pun tak cukup. Kalau nafsu lg besar RM20 sbln pun dianggap dibawah garis kemiskinan. Tp kalau seseorg itu ada sifat syukur dan beriman, jika pendptnRM2k sbln, dia akan jalankan kehidupan cara org berpendapatan RM2k sbln. Jika pendapatan RM2k sebulan tapi berbelanja sehingga RM10k sebln, golongan inilah yang akan terdedah kpd bahaya kekufuran dgn melakukan pelbagai penipuan dan mencuri atau sbgnya demi utk meneruskan tahap hidup RM10k.
ReplyDeleteHujah tuan uyk mengaitkan kadar 23/pkh dgn hadis ini tak tepat. Kadar itu menjadi perjanjian sudah lebih 15 tahun. Pd zaman TDM tak naik pun tariff letrik ni. Kenapa? Sebabnya harga minyak rendah. Skrg harga minyak brp? Langit dgn bumi perbezaan harganya. Jadi faktanya bukan krn IPP tp krn harga minyak dunia yg melambung.
Antipembenci TDM
Tuan2, sebab tu TT kata 'jumpa ular jumpa keling' ketok kepala madey dulu.
ReplyDeletesebagai ahli umno awak sepatutnye mendedahkan dan segera buat laopran kepada pihak berwajib mengenai penipuan ini. jika ands sekadar menulis blog, anda adalah seorang yg fasik. tolong bukitikan pada ahli umno yg lain anda mampu buat perubahan bukan buat provokasi.
ReplyDeleteTerimakasih
The problem is no one cares enough to understand unless and until it hits them squarely on the head.
ReplyDeleteIs anybody fighting against MRT mode of implementation?No one dares raise a voice.
Awarding a direct nego PDP is bad.Allowing PDP to bid for tunnels is madness personified.Giving them Swiss Challenge advantage is criminal.
Only later will the complaints come i.e not integrated,tak cukup trainsets etc.And most of all . .mahal.
If capex is 20% higher. .impact on ticket prices could be 60% ( cos of finance cost).So if one spends 300 ringgit per month commuting. . .180 ringgit goes to line cronies pocket UPFRONT.Burden is rakyat for next 50 years.
Are u proud to leave that legacy to ur anak cucu?
So fight when u can NOT on the past.Curse TDM if u want but don't make our anak cucu curse us for not fighting n protecting their rights when we hv the opportunity.
Please fight the right causes where CHANGE is possible.
Masih ramai melayu yang masih tak sedar-sedar lagi bagaimana kerajaan Umno/BN mengjahanamkan bangsa dan negara.
ReplyDeleteBukan hanya IPP sahaja yang buat duit..Malah semua kementerian buat duit dan akan mendapat habuan masing-masing ketika berkuasa.
Kalau nak diselidik, menteri-menteri termasuk yang dah pencen yang mememegang kuasa lebih satu penggal, semuanya bertaraf "Bilionaire"
Kementerian Kerja Raya-Konsesi lebuh raya, JambatanP.Pinang semuanya ada inti
Kementerian Keewanagan-Syarikat Insuran-rakyat di paksa beli insuran kenderaan yang berat sebelah
Kementerian Komunikasi- Telco service provider-buat call tak jawab pun dah kena caj.
Banyak lagi kalau nak cerita kat sini.
Saudara Antipembenci TDM,
ReplyDeleteHa ha ha...
Aku gelakan kao pasai apa..masa TDM..memang minyak Murah,TNB boleh kawtim bayaran IPP, Bila minyak Naik, TNB dah tak boleh kawtim IPP. Jadi depa pass kos tu kat Rakyat(Pasai depa nak capai KPI yang Najib Set, kalau tak naik Takriff camana depa nak capai KPI..ha ha ha)..
Jadi kalau tenggok masalah kena tenggok Root Cause..jadi perjanjian IPP dengan TNB (yang depa kata berat sebelah)..bukanya Harga Minyak/Gas naik..pasai TNB tak boleh kawal harga Minyak Dunia..Understand!!!
lagi satu , lepas Ani Arope Belah, kenapa Tajuddin Ali pun kena KAPAK oleh TDM??? May be Sdr Aspan perlu tanya Tajuddin ALI kot ..ha ha ha.
Pasai Anwar dalam Kabinet tu..aku kata No Komen..pasai semua menteri kecut Telo dengan TDM masa beliau jadi PM..ha ha ha..la ni bila Anwar kat Luaq..baruler telo dia tekeluaq balik ..tak gitu Sdr Aspan.
Sdr Aspan,
ReplyDeleteSetelah membaca artikel tuan dan komen-komen dari pembaca, ada yang OK dan tak OK bagi saya.
Dalam apa-apa business mesti ada risiko untung rugi. There is no such thing...PROFIT ALL THE WAY. Kalau gitu orang kampung yang tak belajar tinggi pun nak business jenis ini.
Nak pendek cerita...kerajaan seharusnya meneliti semula perjanjian IPP. Untung biarlah berpada. Ini nak bayar pelbagi tuntutan (perjalanan, kerja lebih masa dll) pegawai kerajaan pun TERKEHEL nak ditunaikan. Dahlah rakyat membayar pelbagi cukai dan sara hidup yang tinggi ketika ini. Tapi nak bayar konsesi tol dan IPP takde masalah walaupun nilainya berbilion ringgit.
Nak beri biasiswa kepada pelajar cemerlang pun sampai nak bergaduh PERKASA dengan MIC dan MCA. Camne rakyat nak yakin dengan urus tadbir dengan kerajaan sekarang. Janji pemimpin UMNO dapat MASYUKKK...tak dapat nak saya bayangkan komisyen Scorpene memcecah RM400 juta..guna air liur saja tanpa modal.
Nak gerakkan projek yang dijanji masa PRK dan RMK pun terbantut...alahai PENCACAI UMNO lu fikirlah sendiri ...
Dah letih...masa untuk menukar kerajaan.
MELAYU-JAWA