Pakatan Rakyat sedang mengintai peluang untuk memenangi kerusi-kerusi tambahan di Negeri Sembilan. Ketua Umum PKR, Anwar telah melakukan lawatan ke Negeri Sembilan untuk memperkuatkan usaha PKR menambah kerusi di dalam PRU yang akan datang ini. PAS juga jika mendapat kerusi tambahan PR Negeri Sembilan merasakan yang komponen PR akan berjaya memenangi pilihanraya yang akan datang ini.
Setakat ini BN sedang diwakili oleh 21 kerusi dan PR mempunyai 15 kerusi. Jika dibuat perkiraan PR hanya memerlukan 4 kerusi lagi untuk memenangi pilihanraya ini untuk mengambil alih kerajaan Negeri Sembilan. DAP hanya kalah di Chennah di dalam pilihanraya yang lalu tetapi memenangi kesemua 10 kerusi yang lain. PKR telah memenangi 4 kerusi dan PAS memenangi 1 kerusi. Jika kelima belas kerusi ini masih mampu dikekalkan oleh PR maka PR hanya memerlukan 4 kerusi lagi untuk membentuk sebuah kerajaan dengan ‘simple majority’.
DAP seperti juga di mana-mana kerusi di bandar-bandar parti itu tidak mempunyai masalah untuk memenanginya. Malahan Chennah yang satu-satunya kerusi yang dimenangi oleh MCA akan jatuh ketangan DAP jika ada calun Melayu diletakan di kawasan itu. UMNO di kawasan ini juga berpecahan diantara Ketua Bahagian Rais Yatim dengan beberapa ADUN yang ada dalam kawasan itu. Rais di katakan tidak lagi mempunyai pengaruh seperti dahulu kerana orang Jelebu inginkan muka baru dalam pilihanraya yang akan datang ini.
Banyak pemerhati politik yang menghubungi saya tetap mengatakan yang DUN Pilah akan dimenangi oleh PR kerana perpecahan di dalam UMNO dan pimpinan tempatan selain dari kelemahan ADUN kawasan itu sekarang. Ketua UMNO Bahagian itu dikatakan tidak berkemampuan untuk menyatukan pemimpin-pemimpin tempatan kerana beliau hanya menumpukan perhatian terhadap kontraktor-kontraktor tempatan yang menguasai barisan kepimpinan Bahagian tersebut.
Kawasan DUN Kelawang, Lenggeng, Linggi dan beberpa Kawasan lain seperti Jeram Padang merupakan idaman PR dan tidak terkejut jika PR boleh menembusi kawasan ini dengan adanya perasaan tidak berpuas hati dengan UMNO dan kepimpinan UMNO Negeri Sembilan pada hari ini. Di Dalam pilihanraya yang lepas BN diselamatkan kedudukannya oleh kawasan-kawasan yang mempunyai peneroka FELDA. Harus difahami bahawa NS mempunyai kawasan FELDA yang luas sekali selain dari Pahang dan Johor.
Kalaulah tidak ada kawasan FELDA yang banyak di Negeri Sembilan setengah pihak berpendapat N Sembilan memang kepunyaan PR secara mutlak di dalam pilihanraya yang akan datang ini.
Di Negeri Sembilan kata ramai orang yang menghubungi saya, keadaan memang 50/50 dan pengundi di atas pagar ‘can go either way’. Ianya bergantung kepada sejauh mana usaha PR berjaya menembusi kubu UMNO dan juga bagaimana UMNO bertindak menyelesaikan keadaan di Negeri Sembilan yang agak lemah kepimpinannya. Jika benar yang dirungutkan oleh rakyat ramai terhadap MBnya, saya rasakan menggantikan beliau dengan seorang pemimpin yang lain adalah jalan yang terbaik untuk dilakukan oleh UMNO. Sesungguhnya satu persoalan yang ada dalam setiap pilihanraya ialah, siapa yang akan menjadi MB selepas sahaja pilihanraya nanti? Ramai orang berpendapat Mohamad tidak boleh menjadi jawapan kepada masalah itu, kerana Mohamad adalah isu yang besar kepada pengundi-pengundi di negeri adat ini.
Mohamad Hasan tidak berkemampuan untuk mendapatkan kerjasama yang kuat dari kepimpinan Bahagian-bahagian UMNO dari Negeri Sembilan dan ini merupakan kekurangan yang sangat jelas menjadi penghalang kepada kemampuan UMNO untuk bertahan. Mohamad telah tewas di dalam pertandingan MKT kerana tidak di dukong oleh perwakilan dari NS sendiri. Malahan kedengaran ‘soksek-soksek’ dari pemimpin-pemimpin bahagian-bahagian NS tentang Mohamad dan ini amat membahayakan prestasi UMNO di dalam PRU nanti.
Kali ini tidak ada cukup masa dan ruang untuk menyatakan sebab-sebab kenapa Mohamad tidak mendapat kerjasama pimpinan-pimpinan UMNO bahagian. Elok dinyatakan di dalam posting-posting yang akan datang untuk mengetahui sebab yang menyebabkan MB ini tidak mungkin berjaya mempertahankan Negeri Sembilan di dalam PRU nanti jika beliau masih tidak mendapat sokongan padu dari pimpinan bahagian-bahagian di NS.
Seperti juga di negeri-negeri lain, NS juga tidak dapat lari dari isu nasional yang boleh menjejaskan prestasi UMNO yang sudah sedia terjejas di NS. PR akan memainkan isu ‘bread and butter’ kerana ini menyentuh naluri rakyat yang sudah sedia susah. Kenaikan harga bahan mentah seperti harga getah tidak boleh di jadikan isu yang menambah prestasi parti pemerintah.
Isu rasuah dan salah guna kuasa tetap menjadi isu pokok di dalam kempen pilihanraya dan ini merupakan isu nasional yang sangat mudah diterima oleh rakyat yang mengundi. Di tambah pula dengan ketiadaan kegiatan di cawangan UMNO sejak beberapa tahun yang lalu menyebabkan UMNO di rasakan amat jauh dari pandangan rakyat. Keadaan ini dirasakan di mana-mana di seluruh negara.
Dalam pada itu beberapa pemimpin bahagian telah memberitahu yang Mohamad masih merayu untuk kekal satu penggal lagi sabagai MB NS. Dalam isu ini ada beberapa perkara yang harus dipertimbangkan sebelum mengambil apa-apa keputusan berhubung dengan siapa yang bakal menerajui kerajaan NS.
Tentunya persoalan siapa yang akan menjadi MB penggal yang akan datang adalah persoalan yang lazim kerana siapa yang akan memegang jawatan yang penting itu boleh mempengaruhi sokongan rakyat di dalam PRU itu nanti. Mohamad sudah pasti wajar diganti. Tetapi persoalan lain pula yang timbul. Jika Mohamad dialih dan dianjak, siapa pula yang akan menggantikan beliau yang agak ‘viable’?
Di dalam pilihanraya yang lalu 50 peratus dari penyandang ADUN telah diganti oleh Mohamad dan kebanyakkan yang diganti merupakan mereka yang secara relatifnya lebih lemah dari mereka yang dikekalkan. Tindakan Mohamad menggantikan ramai yang berpontensi itu tentulah didasarkan kepada politik peribadi beliau sendiri. Ramai pemimpin-pemimpin yang mendapat sambutan ramai dihindar oleh Mohamad untuk dijadikan calun. Mohamad lebih cenderung untuk mengambil mereka yang tidak berkemampuan untuk melaksanakan tugas dan dijadikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan pula.
Itu sebabnya kerajaan Negeri Sembilan mengikut pandangan orang ramai di bawah merupakan satu kerajaan yang lemah dan tidak berkemampuan. Dengan barisan Exco yang ada ianya hanya menampakan Mohamad sahaja yang celik dan yang lainnya hanyalah dijadikan sebagai ‘yes man’ semata-mata. Mohamad kekurangan sisik politik kerana beliau merupakan seorang ahli korporat.
Itu sebabnya beliau merasakan beliau adalah pemimpin yang datang dari ‘paradise’ dan dengan mudah sahaja beliau memandang rendah pada pemimpin lain yang ada di sekeliling beliau. Itu sebabnya kita mendengar ayat-ayat yang melambangkan sifat sombong beliau seperti orang itu dan orang ini tidak ‘mendalamkan air’. Hanya beliau sahaja yang boleh mendalamkan air. Orang lain semuanya bodoh dan tolol pada pandangan beliau. Memang benar kata orang tua-tua dahulu, ‘kerana mulut badan binasa’.
Saya menyebut ini kerana perkataan seperti ini tidak sepatutnya keluar dari mana-mana pemimpin apatah lagi jika perkataan itu di dengar oleh mereka yang mempunyai asas adab dan adat. Walau bagaimanapun beliau telah berjaya meletakan diri beliau sebagai pemimpin yang tidak boleh dialih dan dianjak kerana beliau telah membuat persediaan dengan menurunkan calun-calun ‘lame-duck’ di dalam pilihanraya umum yang lalu.
Samada calun-calun pilihan beliau itu mampu untuk bertahan di dalam PRU yang akan datang sama-samalah kita lihat. Tugas kita ialah untuk memberikan kemenangan kepada mereka walaupun kita tahu meletakan kembali calun-calun pilihan beliau itu merupakan risiko yang amat berat untuk dipikul oleh pekerja-pekerja dan pembantu pilihanraya itu nanti.
PR di sebelah sana bijak menggunakan isu-isu tempatan ini. Isu kemampuan Mohamad sebagai MB merupakan isu yang begitu laris dan nampaknya diterima oleh rakyat semua kaum. Isu dan slogan ‘welfare state’ anjuran PAS juga telah menunjukan banyak respon yang positif bagi parti itu. Itulah sebabnya pemimpin UMNO tidak berhenti-henti memainkan isu perubahan wadah PAS itu setiap hari dan waktu.
Isu yang dibawa oleh PAS ini merupakan isu yang ‘islamic’ dan ianya tidak lari dari asas memperjuangkan islam itu. Hanya pihak yang merasakan ketakutan sahaja yang akan terus menggunakan isu ini terhadap PAS. Bagi PAS isu yang dimainkan terhadap mereka ini tidak membuatkan mereka mengelabah kerana bidasan terhadap parti itu memang lumrah sejak parti itu wujud dahulu.
Malahan jika ada pihak yang membidas parti itu tentang isu ini ianya akan menambah keyakinan ramai terhadap parti itu kerana rakyat beranggapan jika PAS dikatakan tidak baik itulah sebenarnya yang baik. Ini merupakan perang psikologi UMNO yang sentiasa gagal. Jika buruk kata pemimpin kita terhadap PAS rakyat akan mengambil persepsi sebagai baik.
Isu negara berkebajikan ini setidak-tidaknya akan membawa peralihan atau ‘swing’ terhadap sokongan rakyat terhadap PAS dan ianya sudah pasti memberikan impak yang lebih terhadap kaum bukan Melayu. Dalam piliharaya yang lepas BN telah mendapat 52 peratus sokongan dan PR pula mendapat 48 peratus dari 1.02 juta rakyat NS.
Bagaimana pucuk pimpin untuk melakukan perubahan di NS hanya Tuhan sahaja yang tahu. Kepada pucuk pimpinan, pandai-pandailah membuat pertimbangan yang boleh meletakan BN di NS dengan seimbang untuk mencari ‘point of reconciliation’ di antara mengekalkan Mohamad dan menggantikan beliau di dalam pilihanraya nanti.
Jika tersalah langkah bersedialah kita untuk hidup di bawah pentadbiran baru yang belum tentu buruknya. PR telah mempunyai pengalaman memerintah dan prestasinya tidak pula banyak kekurangannya. Melayu, Cina India nampaknya berpuas hati di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan.
Hanya kita di dalam BN yang menafikannya kerana kepentingan politik kita. Saya faham memang perit untuk menerima hakikat yang kemampuan kita bukan tidak boleh di gugat oleh pihak lain. Saya pun merasakan keperitannya tetapi sebagai sebuah negara yang demokratik apa pun kehendak rakyat mesti kita turuti.
Tentunya ramai yang marah dengan pandangan saya ini, tetapi apakan daya, saya ini seorang yang lemah dan tidak mampu menolak hakikat yang benar yang berlaku di hadapan mata kita.
That’s it.
Memang,Beberapa kerusi BN akan kalah. kekalahan ini memang tidak mustahil jika Mohamad Hasan masih diberikan kuasa menegepalai pilihanraya yg akan datang. Terasa sangat panasnya sekarang ini.
ReplyDeletefaiz, ampangan
Sdr, Aspan,
ReplyDeletePR tidak hanya fokus kepada N. Sembilan sebaliknya semua negeri di bawah naungan BN. Ini selaras dengan hasrat mereka untuk menuju ke PUTRAJAYA.
Dengan peralihan beberapa pemimpin dalam PAS dan PKR, UMNO kini amat gusar kerana pemimpin-pemimpin baru mereka ini mampu membawa perubahan (reformasi) parti masing-masing sebelum PRU13. Sebaliknya, UMNO langsung tidak berani bukan saja membuat transformasi yang dilaungkan malah nak buat pemilihan parti pun KECUT PERUT.
Bak kata sdr Aspan dalam tulisan yang lepas, bukan saja PAS terus bergerak malah seluruh gabungan parti dalam PR (PKR dan DAP) telah terus maju ke hadapan dan lebih bersedia untuk PRU13. Kalau dalam peperangan, BN masih lagi bersifat defensif manakala PR dalam ofensif. Ini memberi tekanan yang amat berat kepada UMNO kecuali mereka dapat memikirkan bagaimana nak membuat 'counter-attack' dalam medan PRU13 nanti.
Sehingga kini, kebanyakkan gerak kerja BN dapat dihidu dan dipatahkan dengan begitu mudah sekali oleh PR. Kelemahan-kelemahan BN yang sedia ada telah banyak dihuraikan di pelbagai media. Selagi kelemahan-kelemahan tersebut tidak diperbaiki, alamatnya BN boleh ucapkan selamat tinggal kepada PUTRAJAYA.
Orang Melayu ramai yang sudah celik dan sudah menunujukkan sikap mual dan jelek dengan pidato-pidato pemimpin BN. Modalnya sungguh mendatar dan diulang-ulang sepertimana yang diucapkan dalam tahun 50an, 60an, 70an atau 80an. Tak ubah-ubah...tapi nak unjurkan TRANSFORMASI. Kan JANGGAL tu ? Satu sudut cakap pasal Melayu tapi disudut yang lain cakap 1Malaysia. Satu sudut cakap pasal Islam dan tapi disudut yang lain cakap Islam itu kejam (potong tangan dan seangkatannya..). Satu sudut cakap pasal 'kami juga laksanakan negara berkebajikan' tapi satu sudut yang lain naikkan harga petrol dan beri derma kepada syarikat kroni (IPP, TOL dll).
Rumusannya, bukan setakat N. Sembilan akan tumbang tapi yang lain-lain mungkin akan ikut sama kalau tak kotakan janji TRANSFORMASI.
MELAYU-JAWA
UMNO, BN perlu kerja keras tingkat persepsi rakyat
ReplyDelete12/06/2011 10:16pm
KUALA LUMPUR 12 Jun – Jentera UMNO perlu bekerja keras dan merangka strategi baru untuk meningkatkan lagi persepsi serta aspirasi rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sejajar dengan perkembangan teknologi komunikasi masa kini seperti khidmat pesanan ringkas (SMS), laman sosial Twitter dan Facebook, perkara yang lebih penting dalam politik adalah persepsi dan bukannya realiti.
"Politik adalah mengenai persepsi. Bukan soal realiti... pembangkang pandai main persepsi yang sudah benar pun nak nafi. Nak minta DNA pun tidak bagi, soal jam tangan Omega tidak terjawab sampai sekarang.
"Sebab itu UMNO dan BN mesti tahu bagaimana kita boleh mempengaruhi minda dan citarasa rakyat supaya mereka lihat UMNO dan BN parti yang berkesan, terbaik dan boleh bela rakyat berbanding orang lain yang pandai berjanji tetapi tidak laksanakan,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO bahagian Ampang di sini.
Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.
Najib berkata justeru, UMNO dan BN perlu membuat sesuatu yang lebih berkesan bagi menunjukkan ia lebih memahami aspirasi rakyat supaya realiti, persepsi serta sentimen rakyat lebih berpihak kepadanya.
"Kerajaan telah buat Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), kita ada pelan yang lebih terperinci, road map yang lebih jelas bukan macam pembangkang yang pandai berjanji. Mereka main dan jual janji tetapi kita tidak boleh sebab kita parti yang memerintah.
"Kita mesti lebih daripada mereka, biarlah persepsi rakyat lebih baik dan meningkat daripada pihak-pihak lain. Kalau rakyat suka BN rakyat akan pilih, kalau benci mereka akan pilih orang lain untuk mewakili kawasan mereka,” katanya.
Najib, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, berkata UMNO juga mesti sentiasa berada dalam keadaan siap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, yang boleh diadakan pada bila-bila masa sama ada tahun ini, tahun depan mahupun 2013.
"Kita mesti bersedia bukan setakat dry run (pilihan raya) sahaja tetapi kena bersedia terhadap persepsi rakyat dan sentimen yang lebih baik, itu yang mesti diutamakan,” katanya. - Bernama
Salam,
ReplyDeleteEjaan yang betul ialah 'calon' bukan 'calun'.
Need not publish this comment. Just to correct a mistake.
Aspan,What you have just narrated was just crude and actual situation that prevails here in NS. i just wonder how Mat Hasan is addressing the issues circulating around his personal issue.
ReplyDeleteBkt cedang
Anon 01:46,
ReplyDeleteThanks bro for your correction.You indeed very sincere and truly concern with Bahasa. i need someone to correct mistakes of this kind.
In actuality I have never been good in writing but I just go through trial and errors. Someday I may be good grammatically in Bahasa.
Thanks again bro.
Tok Pan,
ReplyDeleteSaranan saya la, tolongla jangan usik MB N9. PRU13 nanti boleh la kita dapat MB baru weh'.Rakyat kan selama nie kurang cerdik. MB baru & Ketua Pembangkang baru?.Tukar suka sama tak suka..He3..-sender Rakyat Penang lo.
Bro, only 6 percent swing of votes will change everything in our state and that's achievable.
ReplyDeleteI shall support PR if they promise a Malay MB if they are to become the victor.
I feel miserable under this BN which I have been supporting for past many General Elections.
I feel that a change is necessary and should be now or never.
dusun nyior,
ReplyDeleteKalau DAP meletakan calon Melayu dan mengemukakan calon itu menjadi MB, saya cenderung untuk menyokongnya.
KBD, seremban garden
DAP is better than MCA. The pack between DAP and PAS can be a good alternative to this ailing BN.
ReplyDeleteSatu kupasan hakikait yg menarik... sy pun berasal dari NS sependpt dgn Tuan dlm most of the fact... Wasalam..
ReplyDeleteSdr Aspan,
ReplyDeletePandangan sdr memang tepat pada keadaan sebenar yang wujud di Nogoghi kito. Elok sdr biarkan sajolah keadaan itu berlaku. MB ni tak buleh di tegor sobab yang sdr cakap tulah.
Dari cakap dan adab beliau Mohamad ni oghang yang baghu ngaso bondo-bondo sodap ni.
memang perangai oghang baru ngaso ni macam tu. Kok kalah BN pun kalahlah. Kito oghang Kualo Sawah dan sogo. Kito kona bona Mad ni. Tak akan bogubah bang. Mulut manih di dopan dan lain di bolakang. Dahlah. Kok bolaya UMNO ni biarlah dio bolayar.
oghang pencen Sogo.
Tuan, UMNO main politik selak kain. Sangat meloyakan. Saya berdoa agar dihapuskan politik cara ini.
ReplyDeleteSiapa nak memerintah saya tak kuasa nak ambil tahu. Saya tak tahan dengan politik selak kain ini.
Jemu! Mejemukan!
Kritikan yg rasional. Cuma perlu ditambah sikit cili dan garam...pasti mat hasan tekelontang.
ReplyDeleteKriteria cadangan calon2 mat hasan mudah yo. Jgn tunjuk pandai, mesti angguk wpun pahit, kalau kono marah jgn jawab, kalau nak sokong dio mesti sedio jadi peluru utk hontam musuh2 politik dia disetiap bhg. Mesti tunjuk karakter kebangang2an.
Kalau ni dapek buek insyaallah akan kekal bagi incumbent dan akan dapek jadi calon bg yg kepingin nak jadi YB..
Penyokong mail lasim
Penyokong mail lasim, mail lasim pun satu hal. maso isa jadi mb dio bodek isa, bilo mat hasan jadi mb dio tinggalkan is dan pindah nyokong mat hasan.
ReplyDeletebilo tak laku kek mat hasan mail marah. samad lagi pandai ampu amat.
padan muko mail pun. dulu sobab nak malukan musuh dio dalam umno pilah lotakan razi botanding joseh. razi tu satu sen tak guno. sokaghang nak tanyo mail, razi buleh bantu politik dio ko? tak buleh. umno pilah hanyo untuk kontraktor class f dan kontrol kito.
hanco umno pilah dek mail. sokaghang samad nak ambik alih sobab pocacai dio dah jumpo den kek ulu bondo dan dio cakap mat hasan nak kek samad. apo samad buleh buek kek umno. samad tu macam boghok dapek cincin.
yang menyandang tak guno dan yang nak ambik alih pun bangang.
elok undi pr jo lah lopeh ni. undi umno pun bukan ado paedah eh. tak ado bezo. buleh jalanlah umno ni.
ajk cawangan umno
Den tak nak laie nyokong umno. Cukuplah setakat ni. Pemimpin umno di ns hampeh dan tak ado kepimpinan.
ReplyDeleteBalik-balik cito sapo sokong sapo. mampuih umno ni. Kalau nak copekan umno bungkuih sokonglah mat hasan.
Mat hasan ni macam ponggali kubur umno.Tah apo-apo. Nak laie jadi mb tu!! Den akan mengundi. Dalam bilek ngundi tu den buek keputusan.
jamal
Penyokong mail lasim..
ReplyDeleteMail lasim lai hampeh. Mail manusio yg tak tau buek kojo langsung sampaikan dio tak nampak salah apo2 pasal dio takdo buek 1 bondo pun utk majukan pilah.
Dio tau setahun sekali mesy. Cawangan, setahn sekali mesy bahagian. Lopeh tu jalan kojo sekadarvmakan gaji sebgai exco dan wakil rakyat. Itupun utk majukan kroni kontraktor kelar F yg buleh bagi sumbangan utk dio buek program sikit2.
Duit 15k sebln belanjo program juara rakyat mano poi eh? Duit losap program tak nampak.
Pengerusi JKKK
Mat hasan adalah 1 jenis pemimpin dr spesis parasit. Umno zaman Isa monang 100% tp bilo sampai mat hasan 2/3 pun habih. Kok najib nak tengok 1 lai negori yg dipiin pembangkang lopeh PRU13 sok, silalah kekalkan mat hasan lai 1 penggal. Umumkan awal2 mat hasan kekal lagi memimpin negori sembilan. Insyaallah NS akan dapek MB melayu dari kalangan DAP.
ReplyDeleteMelayudap
waghih waghih Pilah,
ReplyDeletejangan mongato mail lasim. dio nak jadi mb lopeh ni. dio boghangan kuek nak jadi mb. dio guno abu zahar sebagai tali pengelak dan penjenjeng dongan pusat.
He..he..abu zahar dio pocayo!! bantailah lah mail. goli hati den dio bogantung kek abu zahar.
JKKK pilah
saya orang negeri sembilan. saya tak mahu BN. saya nak PR. saya yakin PR akan menang. period.
ReplyDeleteAbu Zahar Tan Sri Speaker tu? Dio tu asyik ajak oghang mempokat elok2 yo bilo dah beronti jd wakil rakyat. Padohal maghin maso jd ketuo bhg diolah kepalo pemocah umno pilah tu.. Sekarang nak mempokat tapi syarat eh mesti sokong mail lasim ngan anan bojeng yb pilah. Yg paling lombab dan penyogan yg tu pulak nak disokong eh..
ReplyDeleteHai ontah uchan uchan. Memanjang nak jadi org ponting dlm setiap hal. Org pilah cakap ' sumo eh dio yg nak memeto-meto.
Oghang dondo swah lebar
Bro Pan....tolong baco TALQIN !!!
ReplyDeleteAspan,
ReplyDeleteHave not met you for almost decade and I'm glad that yr mind's still active.
i instantly agree with you that our MB thinks he's the MB who comes from paradise.
He is there just to insult all of us. I have strange feeling about the GE. I feel that Mat hasan is digging grave for BN.
Anyway i have sent you email giving you my add if you care to drop by in Sikamat while going back to PLebar.
Saudara Aspan,
ReplyDeletekita tolonglah BN dlm pru nanti. tolong setakat yg mampu. memanglah ramai yg tinggalkan BN kali ini kita buatlah apa yg patut.
saya tengok UMNO ni macam nak sampai ke penghujung aje. kalau kalah pun kalahlah.
dah ramai yg menyokong pr, termasuk semua anak-anak saya. saya masih dgn UMNO.
pengundi, paroi jaya
Mohamad Hasan memang elok dipertimbangkan untuk dibersarakan sebelum nasi menjadi bubur.
ReplyDeleteElok digantikan dengan seorang yang bertanggunjawab kerana NS merupakan negeri yg politiknya agak mencemaskan.
Jangan korbankan negeri kerana tidak berani menyuruh Mohamad berhenti.
Jangan menyesal dikemudian hari.
Aspan,
ReplyDeleteIngatkan Isa Samad sahaja yang cepat tangan, rupanya Mat Asan pun sama ajo.
itulah bro, kalau UMNO ni telingkup pun sayo tak ado sosalan langsung.
Membenteras rasuah adalah wajib. Kito kotopikan UMNO ni buek somontaro ni.
Biar dio bolaja yang memakan rasuah itu adalah bodoso.
Encik Aspan,
ReplyDeleteI like many others do not understand the personalities that you mentioned nor their politics.
I have live in Seremban since my high school days and have return back to Seremban and now my children receive their education here.
However, I can't see major changes in Seremban town and the town is dead especially at night. My friend used to joke about Seremban; if you leave the country and return to Seremban 20 years later, you can shut your eyes to visualize the buildings without missing a bit.
I have visited many state capitals, others seems to have their attractions. I can't say the same for Seremban. Ulu Bendul? Naah.
The point is, while some people say UMNO local internal politics determine whether the BN/UMNO stay in power, I would say many people in Seremban just fed-up with little development seen in the development of it's state capital. Problem like new PLUS toll for Seremban, seems to be taking too long to resolve. Soon Seremban will have less reason to visit for out of town parent once TKC relocate to new location. New terminal bus...well forget about it.
Asam Pedas,
ReplyDeleteYour opinion is mutual to my 0bservation. I finished my high school in ACS in 1969 and since then there has not been any much changes in our state capital.
There is no economic neither do any scientific explanation as to why development in Seremban has been slow and nor organic changes that we can shout about.
i may be wrong but I think it's just because the leaders have not been focused on development issue.
Many expected the current MB would be the right person to address the issue but it seems he has no idea of tackling the issue.
For the past 20 years or so we only see some additional traffic lights along Senawang Kuala Pilah road and few more along the Paroi stretch leading to Kuala Pilah.
BUT it is an offense to criticize as that may be construed as political opposition.
So just let it be. We can't do anything about it anyway.
Thanks bro as you are thinking just the way I do.