Apabila kekusutan politik berlaku terutamanya di kalangan orang-orang Melayu tentulah fokus ramai adalah kepada UMNO, sebab UMNO ialah sebuah parti yang telah memupuk dan membina kepimpinan Melayu. PAS juga telah membina kepimpinan Melayu (Islam) tetapi oleh UMNO itu adalah sebuah parti yang memerintah tentulah parti itu menjadi badan siasah yang akan menerima baik dan buruknya dalam isu pembangunan kepimpinan bangsa Melayu.
UMNO (asal) telah menumpukan untuk mengasah kepimpinan Melayu dan pemimpin utamanya telah melahirkan pemimpin yang bertanggungjawab untuk mempastikan rakyat Malaysia khususnya orang Melayu dapat dibela dan dipertahankan di muka bumi Malaya dan kemudian Malaysia akan terjamin.
Kepimpinan yang baik merupakan kemestian bagi sesuatu bangsa itu tidak berpecah dan kepimpinan yang di asah itu akan menerima hakikat bahawa pemimpin itu bertanggungjawab terhadap kestabilan negara samada dari sudut perhubungan di antara kaum dan perhubungan sesama kaum. Jika berlaku salah satu atau kedua-duanya sekali pimpinanlah yang sepatutnya mengambil 'accountability' tersebut.
Pemimpin yang di asah itu akan diberitahu yang kesilapan yang kita lakukan hari ini akan membuahkan kecelaruan dalam jangka masa yang panjang. Itu sebabnya kepimpinan wajar menggubal dasar-dasar yang kekal yang boleh diguna pakai buat masa yang panjang. Apabila dasar itu sentiasa berubah mengikut siapa yang menjadi pemimpin semasa, maka rakyat akan berubah dan perbezaan pendapat di antara yang biasa dengan sesuatu dasar itu akan berbalah dengan dasar baru mengikut acuan individu yang sedang memimpin.
Ramai yang berpendapat Husein Onn merupakan PM yang paling lemah semasa dekadnya. Tetapi Husein berpegang teguh kepada dasar yang telah di anggap sebagai dasar yang boleh diguna pakai oleh beliau yang telah ditetapkan oleh pentadbiran sebelum beliau.
Zaman beliau adalah zaman pemindahan kekayaan negara kepada Bumiputra dan beliau mempunyai pemimpin pelapis yang telah beliau tugaskan untuk melakukan dengan cara yang terbaik supaya saham-saham yang dipindahkan kepada Bumiputra itu tidak kembali jatuh ketangan bukan Bumiputra.
Banyak syarikat-syarikat kerajaan (Public Companies by Guarantee) yang sekarang dipanggil GLC telah dipindahkan kepada Bumiputra dengan mechanism yang teratur supaya saham-saham yang dipindahkan itu tidak terjatuh kepada orang lain di samping oleh Melayu mendapat perolehan dividen yang munasabah yang lebih dari kadar inflasi negara.
Tengku Razaleigh dipertanggung jawabkan selaku Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Pelaburan Kabinet (JPP) untuk mencari mechanism yang terbaik. Justru itu wujudlah apa yang dikenali sebagai Sekim Amanah Saham Nasional (ASN) yang sehingga hari ini memberikan nikmat palaburan yang mempunyai dividen yang tinggi yang melepasi kadar inflasi negara sejak ianya mula di tubuhkan.
Sekim ini merupakan salah satu dari initiative kerajaan semasa itu untuk memberikan kebaikan kepada orang Melayu dan ianya di berikan sokongan yang kuat oleh kaum lain. kepimpinan kita dihormati dan kaum lain menerima hakikat bahawa Bumiputra mesti diberikan galakan dan sokongan untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum-kaum lain. Bangsa asing sentiasa memberikan dukongan kepada kerajaan untuk menjayakan apa sahaja projek ‘economics dan social engineering’ yang dilancarkan oleh kerajaan semasa itu.
Sokongan itu bukannya mudah di dapati. Tetapi sokongan itu didapati dari keupayaan pimpinan Melayu untuk mendapatkan keyakinan dari kaum-kaum lain. Keyakinan itu tentulah diperolehi dari sikap jujur pimpinan semasa itu yang pimpinan kita adalah serius dan tidak bermain-main dengan rasuah dan salah guna kuasa.
Penyertaan orang Melayu di dalam ‘commerce and industry’ memang dirasai kerana SekimASN, ASNB serta PNB telah mewakili orang Melayu di dalam syarikat-syarikat gergasi dengan pegangan saham yang besar. Maka sekali gus pimpinan kita telah berjaya membawa masuk ramai Bumiputra di dalam syarikat-syarikat besar dengan penyertaan orang Melayu yang ramai di dalam pengurusan syarikat-syarikat tersebut. Pendeknya penyertaan Bumiputra di dalam pengurusan syarikat-syarikat besar itu bukan sebagai ‘conduit’ taukeh-taukeh besar tetapi sesungguhnya duduk didalam pengurusan syarikat tersebut kerana pegangan ekuiti yang besar melalui PNB,ASNB dan Sekim ASN itu tadi.
Zaman inilah zaman kejayaan awal Bumiputra yang sangat drastik bayangkan di dalam jangka masa 1971 sehingga 1984 penyertaan ekuiti Bumiputra meningkat dari 2.7 kepada 18.4 peratus pada tahun 1984. Tengku Razaleigh dan rakan-rakan di dalam JPP telah berjaya mengendalikan peningkatan ekonomi Bumiputra khususnya didalam bidang ekuiti Bumiputra kepada angka yang sangat memberangsangkan.
Tetapi beliau tidak dapat lagi memainkan peranan besar itu kerana tugas beliau telah di ambil alih oleh orang lain dan beliau sendiri telah dipindahkan ke Kementerian Perdagangan dan Perindustrian. Dari 1984 sehingga 2003 pegangan ekuiti Bumiputra hanyalah meningkat ke 18.9 peratus sahaja dan angka resmi ini terkandung di dalam ucapan Dr Mahathir yang terakhir di Parlimen sehari sebelum beliau mengundurkan diri dari jawatan beliau. Lain-lain perkataan sejak 1984 ‘marginal increment’ kepada pegangan Bumiputra di dalam syarikat-syarikat awam dan badan-badan berkanun yang berkepentingan bumiputra hanyalah sebanyak 0.5 peratus sahaja.
Angka-angka ini merupakan angka resmi kerajaan dan pada sesiapa yang mempunyai minat dan tenaga untuk membaca boleh membezakan kepimpinan di antara zaman Husein atau sebelumnya dan zaman selepas Husein. Di zaman Husein dan sebelumnya tidak banyak retorik dari pemimpin kerana barisan kepimpinan masa itu merupakan kepimpinan yang tulin dan legitimate. Kepimpinan yang berkualiti memang tidak payah berucap berdentum dentam kerana mereka boleh di nilai dari hasil kepimpinan mereka.
Slogan pun tidak ada semasa itu selain dari slogan Muhibbah kerana kerajaan beserta dengan sokongan rakyat sangat-sangat memerlukan kehidupan yang Muhibbah di antara kaum. Isu rasis pun tidak kedengaran kerana masing-masing kaum menghormati kaum yang lain.
Dalam perlaksanaan dasar yang kuat oleh pihak pimpinan dan penggubal dasar maka pelaksana terutama Unit pelaksana dan penyelarasan JPM (ICU) merupakan Jabatan yang paling sibuk menyelaraskan segala projek yang melibatkan rakyat ramai dilaksanakan secara betul. Tetapi ini hanya boleh dilakukan jika perlaksana juga adalah telus dan jujur melaksanakan dasar yang telah ditetapkan itu.
Tetapi semuanya ini sudah menjadi sejarah dan tidak pun ramai yang ingat dan mahu mengikut cara yang telah terbukti berkesan ini. Ini adalah disebabkan jika kita melaksanakan tugas dan tanggung jawab dengan telus dan jujur cara ini tidak dapat menerbitkan elemen-elemen salah guna kuasa dan rasuah.
Dari era pertengahan lapan puluhan nilai ini sudah beransur-ansur hilang kerana pada waktu itu sudah mula tanda-tanda pemimpin-pemimpin mendekati harta dan wang untuk mereka sendiri. Ramai pemimpin serta penjawat awam sudah mula merasakan nikmat kaya raya dan mereka telah beransur-ansur melupakan ketelusan yang kebaikan.
Dalam politik UMNO yang menjadi tunjang pentadbiran negara telah dicemati dengan unsur-unsur rasuah yang menggila. Pucuk pimpinan tidak mahu mengambil tindakan awal kerana jika di ambil tindakan pucuk pimpinan takut tidak dapat kekal lebih lama menjadi pemimpin utama negara. Justru siapa yang memberikan sokongan yang tidak berbalah bagi mereka ini akan diberikan kedudukan tanpa mengambil kira nilai moral mereka ini.
Maka secara beransur-ansur kepimpinan negara menjadi lemah dan setelah hampir 3 dekad sejak zaman itu inilah yang kita dapati sekarang. Kebanyakan pemimpin kita menjadi umpatan rakyat ramai dan mereka sudah tidak mampu mendapatkan penghormatan dari rakyat yang mereka pimpin. Rakyat mulai menolak kepimpinan kita dan telah pun terbukti di dalam PRU 12 yang lalu.
Untuk mempertahankan diri pihak pimpinan kita mengalih isu-isu penting ini dan menyalah parti-parti pembangkang. Kita perlu ingat jika kita betul seperti kepimpinan dulu kala masakan rakyat marah? Rakyat marah mesti bersebab. Takkanlah rakyat saja-saja hendak marah. Pihak kita bolehlah menyalahkan parti-parti pembangkang tetapi kita sendiri tidak mahu memulihkan persepsi buruk terhadap kita sendiri.
Tetapi UMNO dan BN memilih untuk membidas pemimpin pembangkang tidak habis-habis. Sesiapa sahaja yang memberikan pendapat yang ikhlas akan di label sebagai penyokong pembangkang. Dalam hal ini amat jelas UMNO telah gagal untuk membentuk kepimpinan pelapis dan rakyat sudah tidak tahu lagi untuk memberikan keyakinan kepada siapa dikalangan pimpinan tertinggi parti kita ini.
Kekosongan di setiap peringkat kepimpinan kian hari kian jelas. Pemimpin-pemimpin penyandang dan yang akan mengambil alih melalui kaedah conventional iaitu Timbalan mengambil alih jika PMnya bersara sudah tidak dapat dipakai lagi. Yang akan mengambil alih pun belum tentu mampu untuk menjadi pemimpin yang lebih baik kerana mereka itu adalah dari kumpulan yang sama dari segi nilai dan kemampuan kepimpinan mereka.
Apa yang diperlukan oleh rakyat ialah kerajaan yang ‘descent’ yang boleh mengimbangi pembangunan fisikal dan pembangunan nilai kemanusiaan. Ini lah tuntutan dari rakyat seperti kami dan kita dibawah ini kepingin untuk mendapatkan kembali pentadbiran yang pernah kami rasai dahulu.
Sekarang elok kita bertanya kepada diri kita samada UMNO masih boleh memberikan harapan untuk mengasah kepimpinan Melayu kerana sedikit sebanyak kita telah jelas melihat pemimpin-pemimpin UMNO pada hari ini merupakan mereka yang tidak ada kepimpinan yang tulin untuk kita harapkan membela generasi Melayu yang akan datang.
Apakah pilihan-pilihan yang ada kepada kita untuk mewujudkan kepimpinan Melayu yang berkesan kerana kepimpinan Melayu yang baik ialah Melayu yang berkemampuan untuk memimpin Melayu dan rakyat malaysia yang berbilang kaum ini.
Tulisan ini akan di sambung dalam posting yang akan datang kerana sudah terlalu panjang.
This is what we have been facing since the 'old man' ruled this nation.
ReplyDeleteYou are saying the truth..the actual thing that we face.
Cheers Encik Aspn
Aspan, you must agree with me...UMNO is not the place to develop leadership.
ReplyDeleteUMNO is the party to promote 'yes man', 'yes boss', 'beres boss, 'you are handsome boss', 'your wife is beatiful boss'.
jamil
Aspan, your party is only capable of developing court jesters lah bro.
ReplyDeleteYou may become one pretty soon since you are still there.
AA
ReplyDeleteDari segi aliran bentuk /style senibina tempatan, berakhirnya era PM, THO atau permulaan era PM, TDM ialah bermulanya kemasukan pengaruh senibina bentuk/ style pascamoden yang terkenal dengan elemen2 binaan palsu - tiang2 romen kalisikal palsu, siling klasikal palsu, pintu klasikal palsu, tingkap klasikal palsu, dinding klasikal palsu, tangga klasikal palsu dan pintu pagar klasikal palsu
Asal kapas menjadi benang
ReplyDeleteAsal benang menjadi kain
Barang yang lepas usah dikenang
UMNO Baru sudah jadi lain
Asal benang menjadi kain
Kain dipakai buat mengaji
Pemimpin UMNO sudah jadi lain
Pilihlah yang baru untuk diuji
Barang yang lepas usah dikenang
Kelak nanti memakan diri
Prestasi UMNO jelas terbentang
Marilah bersama PR di PRU13 nanti
jamil, i agree with you. one of those created by UMNO is man like QD..he he he
ReplyDeleteSalam Tuan Aspan,
ReplyDeleteInilah sebenarnya masaalah kita. Setuju benar dengan pemikiran tuan ini. Kita telah terlalu lama membiarkan perkara ini berlarutan. Pada saya yang salah adalah kita yang membiarkan ianya berlaku. UMNO memang terlalu besar jasanya pada kita tetapi kita juga kena insaf bahawa UMNO juga hanyalah satu wadah dalam menuju matlamat hidup kita.
Masaalah nya adalah kita mudah terikut dengan 'spin' oleh pemimpin politik seperti najib dan anwar. Kita lihat di media samada media pemerintah mahupun pakatan rakyat, isu utama adalah najib, rosmah dan anwar. Tulisan2 seperti tulisan tuan ini tidak akan mendapat tempat. Ketaksuban dan ketaatan melampau ini antara masaalah org kita.
Pemimpin pelapis tidak akan timbul jika generasi muda tidak minat malahan menyampah melihat perangai ahli politik. Tinggal lah generasi yang hanya mengikut sahaja arahan pemimpin. Jika pemimpin suruh ke jalanan, kejalanan lah mereka ini. Jika suruh ke dalam dewan air cond di PWTC, maka datanglah mereka ke dewan. Ber duyun duyun lah datang. Akhirnya publisiti pergi pada najib dan anwar.
Saya sarankan kita semua aktif berpolitik. Pastikan disetiap parti ada org yg kesetiaannya hanya pada bangsa, agama dan negara. Terasa bersalah sebenarnya hanya dengan jadi pemerhati pasif. Merungut dan mencerca sahaja di alam siber ini sahaja tanpa bertindak, rasanya kurang berkesan. kalau kita gagal ubah parti politik ini kita sudah mencuba. Sekurang2 nya di Hari Kemudian, dalam rekod tercatat kita sudah berjuang.
Amacam Wak Jerman, jom masuk UMNO baru. Saya tidak pernah masuk UMNO baru kerana kami di Johor pada masa tu tak perlu isi borang masuk UMNO baru..tak pun masuklah PAS.
Tuan Aspan,
ReplyDeleteSaya tunggu tulisan tuan selanjutnya. Harap akan ada tuan tuliskan alternatif kepada UMNO dalam mewujudkan kerajaan yang 'Descent' dan sejauh mana tuan yakin dengan alternatif tersebut. Penat dan letih dengar cerita UMNO ni.
Ibni Ismail,
ReplyDeleteUMNO membunuh benih kepimpinan di setiap peringkat. Lebih khusus lagi sejak pembunuhan UMNO (asal) dahulu.
Mahathir wanted all his loyalist to keep him at where he was....ia to be the PM for a long period of time.
In the end all the scums survive and the good leaders sank.
This can be written by historians who are honest and sincere for the next generation to read.
Ibnu Ismail,
ReplyDeleteTerima kasihlah atas pelawaan. Saya masih lagi ahli Umno lama walaupun parti teraebut telah mati dibunuh. Paling dekat saya dengan Umno Baru adalah semasa mwnemani kwngkawan m2ngambil upah mengiisi,menyalin dan mwndaftar nama-nama ahli Umno lama menjadi ahli Umno Baru tanpa Pengetahuan empunya diri tahun 1988/89 dulu.
Sdra, yang menghadapi masaalah ketandusan barisan pemimpin pelapis hanyalah Umno Baru je. Tengok parti PAS,DAP & PKR mereka mwmpunyai barisan muda yang berpendidikan dan berkemampuan tinggi. Yang substandard semuanya dah beehijrah ke parti Umno Baru sdr.
Jika diperhatikan sejarah parti sdr, dari mula lgi orang yang cerdik,berwawasan berprinsip tidak diterima. Pucuk pimpinan parti sdr hanya mahu ahli-ahli yang yes yes sahaja. Memang itulah tujuan pengasasnya. Twngoklah sejarah parti sdra. Tu pasailah kita tengok kat mana-mana blog, pwmbahas dari parti sdra begitu substandars je hujahnya, jumud dan mempunyai daya fikir yang lemah.
Bukan setakat dalam parti je begitu, perkara sama juga c6ba diterapkan dalam sistem pendidikan kita.Tujuanny untuk melahirkan rakyat yang yesman je.Menerima bulat-bulat propaganda mereka...untuk apa? Untuk memastikan kuasa mereka tidak tergugat dan dapat terus memfaraidkan harta negara 6ntuk diri dan kroni mereka sampai kiamat.
Teruslah sdra menyokong kepimpinan parti adra. Sama-sama kita gadai masa depan anak cucu kita demi kepentingan pemimpin parti sdra dan anak cucu mereka sampai kiamat.
Wak Jerman
Salam,
ReplyDeleteJika org UMNO berfikiran mcm Wak Jerman, kemajuan Tamadun Melayu tak perlu tunggu tahun 2020 utk maju.
Benar Wak, maju akal/minda/fikiran dulu baru maju kebendaan.
BN terlalu gentar menghadapi pilihanraya kali ini. orang yg takut selalunya akan menjerit...tak boleh salahkan juga BN ni...
ReplyDeleteEverybody,
ReplyDeleteAs usual i must comment as real as possible. After tedious and meticulous thinking, I conclusive that Najib is hard working. The thing is he is not able to work diligently.
i think he a fake but UMNO fellas vote him in.
Nasib lah you all!
Janganlah berputus asa!
ReplyDeleteUiTM telah menawarkan Anugerah Kepimpinan Ibrahim Ali kepada student yang membuktikan komitmen dan perjuangan memartabatkan bangsa Melayu.
Kita memang perlukan kepimpinan baru..tapi Anugerah Ibrahim Ali?..IBRAHIM ALI? The General?
Kita Perdana Menteri/Meteri2 Kabinet. Ada presiden dan Majlis Tertinggi.Dan ada KSU/KSN tai Kita tak ada "PEMIMPIM' semua tak ada hala tuju...
ReplyDeletePEmimpin KL
Nak uruskan sekor Katak saje pun kelam kabut jadi macam mana nak harapkan ada Pemimpin lakni ?
ReplyDeleteBelum perang pun nak fikiaq panggil Panglima Garang , ingat kini zaman Paramaeswara ke ?
Lagi banyak ???? , wa pun tak erti lah nak bicara.