13 July 2011

Elok kita menyesal dulu - Sesal kemudian tiada gunanya

Berbagai-bagai nama dan jenama diberikan terhadap Bersih yang telah menganjurkan rally di Kuala Lumpur dan di banyak kotaraya besar di seluruh dunia secara serentak pada 9hb Julai yang lepas. Di Kuala Lumpur sebagaimana yang telah diagak perancangan yang begitu rapi untuk menggagalkan perhimpunan raksaksa itu telah dilakukan dengan agak kasar dan membingungkan mereka yang percaya kepada sistem demokrasi. Bagi kerajaan demokrasinya berbeza kerana kata pimpinan kita kita ada acuan demokrasi kita sendiri.

Acuan itu tentulah acuan yang hanya memberi kelebihan kepada yang memerintah dan itulah cara yang kita menjadi pemerintah sejak berdekad-dekad yang lalu. Tidak payah kita ulas tentang sistem dan acuan kita itu kerana perkara itu sudah selalu ditulis dan diperkatakan ramai. Tetapi kita hanya tumpukan kepada apa yang kita lihat berlaku semasa rally itu berlaku di Kuala Lumpur Sabtu lalu.

Rally ini merupakan satu perkara yang tidak ingin dilihat berlaku oleh kerajaan yang sudah sedia dengan masalah imej serta menghadapi krisis keyakinan yang amat mendebarkan pihak yang memerintah. Banyak bukti-bukti yang ‘organic’ yang rakyat lihat tentang kelemahan pimpinan kita dan jika ditambah dengan gerakan Bersih menuntut transformasi di dalam cara pengendalian pilihanraya di negera ini persepsi buruk terhadap parti pemerintah bertambah rendah.

Tuntutan ini juga memeningkan pemerintah yang selama ini mendapat kelebihan dari cara pengendalian pilihanraya yang agak tidak begitu telus. Ini hakikat yang tidak boleh dinafikan dan jika ada juga pihak yang menafikannya maka forum ini tidak payah diteruskan. Kegagalan parti-parti pembangkang untuk menjadi parti kerajaan sedikit sebanyak adalah di sebabkan sistem pengendalian pilihanraya yang berat sebelah.

Tuntutan 8 perkara oleh 62 NGO yang bergabung dibawah Bersih ini sangat dibenci oleh pihak pemerintah dan penyokong tegar mereka kerana jika tuntutan ini diterima maka akan wujud ‘even playing ground’ bagi semua parti untuk bertanding dan menawarkan kepimpinan masing-masing kepada rakyat. ‘Even playing ground’ inilah yang menjadi ketakutan BN. Selama ini parti-parti pembangkang tidak pernah mendapat liputan dalam media perdana secara adil. Apa yang di dapati dari media perdana ialah segala bedilan dan tohmahan terhadap pembangkang yang acapkali tidak masuk akal.

Parti pemerintah sedar walaupun parti pembangkang disekat kemudahan media, mereka berjaya juga untuk memenangi mandat di lima buah negeri. Ini menjadi igauan semasa tidur tidak kira malam atau siang hari. Igauan ini bertambah teruk lagi apabila di seluruh dunia di mana ramai rakyat Malaysia mereka mengadakan rally Bersih ini secara serentak.

Igauam PM ini membuatkan beliau mendabik dada mengatakan yang beliau boleh keluarkan 1 million ahli UMNO dari jumlah 3 juta yang terdaftar pada hari ini. Ini merupakan satu cakap yang boleh dianggap lucu kerana dari 500 orang ahli cawangan UMNO hanya 50 oarang sahaja ahli secara pukul rata yang menghadziri mesyuarat agung cawangan. Dari segi teknikalnya UMNO seolah-olah tidak wujud lagi terutamanya diperingkat cawangan-cawangan kerana tiada lagi kegiatan parti yang diusahakan oleh pimpinan cawangan.

Ada setengah pihak mengatakan dari segi moralnya UMNO sudah mati dan tidak bergerak lagi. Jika UMNO (asal) mati dibunuh UMNO gantian ini pula akan mati beragan…….hanya mampu menggerakan cuping mata tetapi tubuh yang lain sudah tidak bermaya lagi.

Hakikat inilah yang menyebabkan pihak pemerintah melakukan apa sahaja untuk menggagalkan rally ini. Jika ada kesusahan kepada rakyat ramai segala strategi untuk memindahkan kesalahan kepada rally dan penganjurnya.

Sekatan jalan raya diadakan beratus-ratus batu dari Kuala Lumpur diadakan untuk menyekat peserta rally untuk sampai ke Kuala Lumpur berhari-hari sebelum rally itu diadakan. Tangkapan dan penahanan dilakukan kepada sesiapa sahaja yang memakai baju kuning, topi kuning, kasut kuning dan apa-apa yang lain yang berwarna kuning.

Di Kuala Lumpur perkhidmatan keretapi, commuter, LRT dan monorail diarah memberhentikan perkhidmatan untuk mengelak kesampaian peserta rally ini. Semua kenderaan tidak boleh masuk ke Kuala Lumpur dan ini semua adalah taktik untuk mengelakan banjiran rakyat yang mahukan transformasi kepada sistem pilihanraya melalui rally anjuran Bersih ini.

Apabila orang ramai tidak datang ke kuala Lumpur seperti biasa maka Bersih dipersalahkan dan dituduh bertanggungjawab ke atas kerugian yang sehari yang di alami oleh peniaga-peniaga di laluan rally ini. Tetapi ada kedai-kedai kopi mamak yang mendapat keuntungan besar kerana dibanjiri oleh peserta rally ini di Pudu dan beberapa tempat yang lain.

Ini memang strategi yang sengaja diadakan semata-mata untuk mencari helah untuk menyalahkan Bersih dengan keadaan itu. Tetapi hakikatnya sekatan Polis inilah yang menyebabkan kerugian ini. Jika dibenarkan rally ini berlaku dan dibantu untuk peserta rally ini berjalan ke Stadium untuk berhimpun secara aman, keadaan ini tidak akan berlaku dan pihak pemerintah tidak akan dapat mencari sebab untuk menyalahkan Bersih di mata rakyat.

Strategi ini mudah difahami oleh rakyat dan untuk dijadikan sebagai strategi untuk mendapat sokongan rakyat, buat masa ini sudah tidak berapa ‘effective’ lagi. Tektik lama ini sudah lama tidak dipakai lagi oleh ramai rakyat dan ini hanya memalukan kita sendiri kerana niat kita dapat dibaca dengan jelas oleh semua pihak. Itulah sebabnya ramai dan banyak pihak berpendapat kerajaan telah mengendalikan isu Bersih dan rally nya ini sebagai ‘counter productive’.

Tetapi kalau kita berkata sedemikian bolehkah pimpinan kita menerimanya? Jawapan mudahnya ialah TIDAK. Pimpinan kita masih menggunakan tektik usang yang sudah lama tidak diterima oleh rakyat yang kian hari kian berfikir dan memerhatikan segala ‘conduct’ pemimpin kita di hadapan rakyat. Pihak pimpinan negara selalu terperangkap dengan kesilapan mereka sendiri. Tetapi mereka masih berfikir yang mereka itu betul dan disokong pula oleh penyokong-penyokong tegar yang tidak mampu atau tidak berdaya untuk berterus terang terhadap pemimpin yang mereka sokong itu.

Akhirnya pimpinan kita mendapat sokongan yang membawa rebah. Pimpinan kita pula berpuas hati dengan lapuran yang sedap-sedap dari pihak ini. Lama-kelamaan mereka tidak sedar yang ombak tsunami sudah terlalu hampir untuk berbuat sesuatu untuk menahannya.

Pandangan seperti ini memang tidak digemari oleh penyokong-penyokong yang tidak mahu berfikir. Apabila jatuh nanti maka kita akan dipersalahkan. Mereka tidak juga bersalah.

Itulah dia keadaannya. Jika sampai waktu hendak jatuh bergelimpangan nanti terima sahaja keadaan itu…..tetapi tolong jangan salahkan pihak lain. Sesal kemudian tidak ada gunanya. Tanggunglah sendiri. Saya pun nak tengok juga keadaan mereka yang garang-garang sekarang ini. Garang kah mereka lagi apabila sampai waktunya nanti?

Kita tunggu.

27 comments:

  1. Slm Tn Aspan,
    Memang benar DS Najib berbunyi macam garang je pada perhimpunan 10 hb tu. Tapi sayangnya bunyi kegarangan telah di dahului oleh KPN dan timbalannya. Yang tak syoknya pelakun watak utama umno sama-sama berada diatas pentas, walhal dia ditangkap sama pada 9 hb. Nampak-nampak macam berani tapi jika didengar betul-betul macam mengeletar takut je... Yang nyata dapat dilihat hanya orang umno saja, komponen lain boleh dibilang dgn jari... mungkin dah dapat rasa kapal dah nak karam......myi

    ReplyDelete
  2. Punca dan fakta utama UMNO/BN di benci Rakyat adalah :-

    1) Hampir semua barang keperluan Rakyat termasuk minyak, letrik dinaikkan mendadak tanpa menghiraukan kedudukan majoriti Rakyat yang benar-benar susah sehingga nak beli akhbarpun tak mampu.

    2) Kebajikan gaji Rakyat tidak dipantau sehingga banyak pekerja Rakyat Malaysia bergaji di bawah $1,000 sebulan.

    3) Rakyat terpaksa bekerja kuat yang menyebabkan Televisyen juga tidak ditonton dan maklumat Kerajaan tidak sampai ke Rakyat. Akibatnya BN di tolak.

    4) Pemimpin UMNO Cawangan, Bahagian, Negeri dan Nasional rata-rata buta kayu dengan lenggok dan aura mencari kekayaan masing2 tanpa puas, dengan menjaga beberapa kerat sahaja dan mengenepikan kebajikan sebahagian besar ahli2 mereka.

    5) Sering Pemimpin UMNO bercekau untuk menduduki kerusi empuk dan menggunakan sogokan setiap kali pemilihan. Hasilnya menyebabkan ahli UMNO rapuh dan tidak tahu untuk menjadi Bangsa yang bermaruah
    kerana puluhan tahun, inilah taktik yang digunapakai selain retorik berbudi dgn sogokan dan membalas budi dgn undi.

    6) Aktiviti bermanfaat tidak dibudayakan. Budaya lepak kedai kopi dgn cerita politik UMNO yang kononnya dengan GAH masing2 telah menyebabkan mereka menjadi pemalas selain mendapatkan duit cara mudah dengan meminta2. Budaya ini dibawa terus sehingga keperingkat Nasional. Akibatnya, semua tempias di atas terbalik kepada UMNO Baru.

    7) Hari ini maklumat dari kawan kerja, kawan pejabat dll, amat negatif kepada pemerintah. Seorang kawan cukup untuk menceritakan kepada 10 orang kawan. Kawan yang menerima berita ini akan menyampaikan kepada ahli keluarga masing2 betapa Pemerintah telah membuat banyak jenayah salah laku dan menganiayai rakyat. Berita yang dibawa pulang akan bersamaan dengan berita anak isteri yang bekerja dan lama kelamaan kebencian rakyat bertambah kepada BN.

    8) Pemerintah pula tidak menunjukkan contoh dan tauladan yang baik. Contoh terdekat, dalam keadaan rakyat susah, terkeluar pula cerita isteri PM membeli cincin sampai $24,000,000.00. Terkejut beruklah rakyat dikampung.

    9) Kerajaan Negeri di bawah Pakatan pula telah dapat mengambil hati rakyat dengan memaksimakan penggunaan masjid, menunjukkan contoh kepimpinan yang berpendidikan dan relevan, bantuan ikhlas yang munasabah dan lain-lain keperluan rakyat.

    10) Untuk menidakkan jangka hayat Pemerintah bertambah pendek, kebanjiran orang asing dibiarkan selain dengan harapan mendapat undi tambahan dengan mewarganegarakan mereka. Cara ini amat salah selain implikasi jangka panjang ke atas rakyat tempatan. Sebenarnya warga asing ini juga ada NGO dinegara mereka yang akan mengarahkan untuk mengundi bukan BN. Yang kaya adalah pengkhianat negara yang menjadi agen dan tali barut dengan mengutip wang dari warga asing ini sebagai yuran perkhidmatan warganegara.

    Keadaan mungkin agak terlambat buat BN memperbetulkan di atas dan hanya keajaiban sahaja yang dapat menolong mereka.

    "Pendapat Umum"

    ReplyDelete
  3. Garang?
    Bukanlah.
    Apa?
    Gawang.
    Apatu?
    Garang kerana Wang.
    Eish!

    ReplyDelete
  4. Saya setuju dengan "Pendapat Umum" - 3.04.

    Sebagai penambahan pihak berwajib seperti Polis, SPR, SPRM, Pendaftaran, Kehakiman, Media Kerajaan dan lain2 jabatan berkaitan, wajib kena telus dan jangan biasa membohongi dan menganiayai Rakyat kerana ia mudah di kesan apabila paparan mereka tidak sama dengan kebenaran.
    Jangan biasakan memberi alasan yang tidak munasabah. Anak isteri mereka-mereka ini juga perasan ke atas tindak tanduk suami mereka. Bayangkan kalau dilihat ayahnya menipu dikaca tv, apakah nasib masa depan keturunan ini?

    Orang sekarang ni bijak-bijak dengan maklumat dihujung jari dan boleh sampai ke pelusuk dunia.

    Sehingga komen wakil UNHCR dan NGO luar negara adalah negatif ke atas pihak berkuasa Malaysia.

    Warga Prihatin

    ReplyDelete
  5. Dear Aspan, the creator works mysteriously. Somehow we can see that in the end the good will be with the good and the bad will be with the bad.
    That applies to the leadership too. Do you realize that?
    Let us change it in the coming election. Habis cerita. Najib and Hisham's lies are slowly but surely surfacing.

    nik sabri

    ReplyDelete
  6. Najib tak usahlah berucap menjerit2makin menjerit makin nampak air muka dia yang tak jujur dalam menjerit. Menjerit pun kena jujur juga . Rosmah pula bila diperhatikan betul2 dia tak sesuai senyum sebab makin senyum makin nampak ketidakikhlasanya. Senyum pula kena ikhlas sebab rakyat boleh baca.Senyuman itu merupakan sedekah tapi kalau tak ikhlas tak payah.

    ReplyDelete
  7. Salam Tuan Aspan,

    Saya faham maksud tuan cuma saya antara yang tuan maksudkan masih 'garang garang' bersama UMNO. InsyAllah saya tidak akan salahkan orang lain jika parti saya tewas di pilihanraya. Tetapi jika cuba ditewaskan dengan cara jalanan maka kita jumpa dijalanan.

    Apa pun kita doakan yg terbaik untuk diri kita semua. Saya tetap berpegang kepada prinsip walaupun pendapat berbeza, kita tetap bersaudara.

    Rasanya tuan tiada masaalah jika saya kekal menjenguk blog tuan ini kerana saya yakin dengan keterbukaan tuan menerima perbezaan pendapat. Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Bro Aspan

    Life goes on, bro. Seminggu dari sekarang orang dah lupapun. Cuma yang berkepentingan nak menyemarakkannya.
    Tak menjadi kudis for Najib. He's still smiling and glowing. The other one looks wan and lost his seri nur Islam (haha).His face cemerut, bak kata orang Indon.
    Semalam on national TV his voice croaked. Pakai neck brace lagi, you all.
    Biak pilah yang berdemo tu. Depa pun bukan pengundi BN and some are not registered voters.
    From now on, Najib perlu menjaga ekonomi seperti kenaikan harga barang dan segala aspek yang menyentuh rakyat biasa.
    Time for him to take care of the Malay rural poor.
    Yang saya bimbang dia hilang pengundi orang kampung which is the real determinant of the BN votes.
    Jaga yang tu dan insyallah BN will still rule.

    ReplyDelete
  9. salam aspan..politic is the game of numbers..selagi the numbers di dalam kerusi parlimen milik orang melayu UMNO terus kekal terutamanya di kawasan kepadatan orang melayu masih kental..maka kemenangan simple majority akan terus membolehkan BN memerintah..hanya tsunami dan impak bersih memungkinkan Pakatan terus menidakkan 2/3 majoriti..itu saje..propaganda kerajaan di kaca TV bukan untuk kita yang di bandar..kalau setakat 100 ribu yang datang pada 9 julai tempoh hari..impaknya pada imej BN dan UMNO tercalar tetapi hakikatnya mereka-mereka di luar sana yang menatap surat khabar arus perdana , TV 1 dan TV 3 akan terus memberi kemenangan simple majority kepada BN..jadi bagamana pakatan dan pengikutnya nak menang..mungkin barangkali tidak mustahil tetapi ianya akan mengambil sedikit masa lagi bukannya sekarang atau PRU13..kerana kelebihan kerajaan ialah mengawal media dan stesen TV dan itulah kuasa yang paling berkesan di dalam sesebuah negara..

    ReplyDelete
  10. Pak Aspan

    Perhimpunan itu sebenarnya cukup dijadikan alasan untuk UMNO yang dicintai ini melihat kembali strategi yang digunakan sekarang ini berkesan atau tidak. Jika ingin maju di dalam sistem demokrasi UMNO kena biasakan diri berhujah dan menangani perbezaan pendapat. Kuasa fizikal elakkan, guna hanya bila terpaksa. Kalau setiap kali belasah rakyat di jalanan macam mana nak menang pilhanraya. Susah betul jadi ahli UMNO sekarang ni. Kenapa tak faham2 lagi!

    ReplyDelete
  11. Tuan Aspan,saya meminati blog tuan,saya rasa kerajaan sekarang ni ditadbir oleh beberapa orang saja,menteri yang ada sedang menyusun langkah melihat perkembangan politik samada nak masuk kem lagi satu atau tidak,pihak pemerintah boleh menafikan tuntutan BERSIH tapi sampai bila,mereka hanya meminta supaya SPR membetulkan beberapa perkara yang dilihat tidak adil atau boleh di manipulasi,jika pihak berkuasa buat tak reti saja tunggulah tuntutan yang lebih hebat akan dibuat.itu adalah tabii manusia.

    ReplyDelete
  12. PM kata "mari kita lihat BUMI ini milik siapa"...... aku takut.... kerana bumi ini milik ALLAH.

    ReplyDelete
  13. Pak Aspan,

    It is very clear to many sane and moral citizen of Malaysia that the BN government especially UMNO leaders are unwilling and worse, incapable of embracing truth, justice and most importantly clear inner conscience. Salvation are presented by GOD to those who are capable of deep self reflection and humility. And it would seem that their gift of salvation has been withdrawn by The Creator and they remain in egoist self righteousness delusion.

    These type of people who are abandoned by their conscience and humanity will never ever feel remorse or guilty until it is too late to matter. It is as if their heart, mind and the five sense have been closed by a black curtain of doom. And if they don't realized it then their fate is sealed and by then they are truly those who are most unfortunate.

    May Allah never place us in the same predicament or situation such as them.

    Nick.

    God bless.

    ReplyDelete
  14. Pendapat Umum menulis:
    "Pemimpin UMNO Cawangan, Bahagian, Negeri dan Nasional rata-rata buta kayu dengan lenggok dan aura mencari kekayaan masing2 tanpa puas, dengan menjaga beberapa kerat sahaja dan mengenepikan kebajikan sebahagian besar ahli2 mereka."

    Orang masuk UMNO untuk di jaga kebajikan mereka. Ahli nak naik jadi pemimpin UMNO untuk dapat kekayaan.

    Ini bunyi macam sebuah persatuan saja dan bukannya sebuah parti politik. Inilah kesilapan besar UMNO.

    Rakyat melihat UMNO sebagai sebuah persatuan yang lebih mementingkan kekayaan pemimpin dan kebajikan ahli sahaja dan bukannya sebagai sebuah parti politik yang membela seluruh rakyat...

    ReplyDelete
  15. salam aspan..apa-apa pun penghinaan dan sumpah seranah rakyat pada BN dan UMNO..saya bersetuju dengan anon 11.41 yang statistik jumlah ahli dewan rakyat yang sedia ada yang di miliki oleh UMNO agak sukar untuk di nafikan kemenangan majoriti mudah bagi BN terus memerintah dan terus mengawal Polis dan Tentera dan seterusnya menganugerahkan saham IPO bumiputra dengan sewenang-wenangnya kepada kumpulan dan penyokong mereka.. yang tidak pernah mengenal susah dan sudah tentu tak peduli dengan tuntutan bersih dan rakyat bawahan..apa yang penting mereka buat duit senang..persoalannya kemarahan rakyat pada hari ini boleh ke menafikan 2 /3 majoriti..itulah POKOK DAN ISUNYA..mereka yang marah ni ada buat kajian dan perhitungan ke untuk bekerja ke arah itu ?

    ReplyDelete
  16. Dalam akhbar The Star hari ini (13 Julai) Prof Shad Saleem Faruqi dari UITM ada menulis tentang fungsi Yang Dipertuan Agong terutama sekali peranan yang Baginda mainkan semasa menangani isu Bersih. Saya petik beberapa ayat:

    1. Others believe that Tuanku’s grant of an audience to Datuk Ambiga Sreenevasan, head of an organisation that had been declared illegal by the authorities, went beyond the bounds of constitutional propriety

    Komen saya: Tiada masalah langsung kerana Kerajaan sendiri pernah menandatangani satu perjanjian dengan Parti Komunis Malaya (PKM) yang bukan sahaja satu pertubuhan haram tetapi juga telah membunuh ratusan ribu rakyat Malaysia. Berapa ramai yang telah Bersih bunuh?

    2. Many feared turmoil. Confron-tation appeared imminent.
    The Government itself found it necessary to brief the Confe- ren¬ce of Rulers on the impending event.
    Many Sultans went out of their way to issue public statements.
    And the Yang di-Pertuan Agong found it necessary to don the mantle of a statesman. The nation is the better for it.
    Though his advice was not ultimately followed, it seems to have had a calming, restraining effect on both sides.
    Komen saya: Rupa-rupanya Kerajaan Najib bagitu panik hingga sampai ke peringkat Majlis Raja-Raja.

    Ramai Sultan yang terlampau excited dan membuat pernyataan-pernyataan awam yang agak keterlaluan (ini pandangan Prof Faruqi bukan pandangan saya).

    Nasihat Agong tidak dipedulikan oleh Kerajaan/Najib.


    Pemerhati

    ReplyDelete
  17. sebelum org umno cukup senstitif dgn warna hijau, dalam mesyuarat agensi di bawah Kem.pertanian di seremban ada exco minta warna hijau dalam expo ditukar dan semua perwakilan gelak ketawa. kemudian orang yang sama bercakap warna kuning yang diharamkan, perwakilan agensi orang India mencelah..susahlah macam tu ni sabtu orang hindu ada upacara agama luar kuil. ramai mahu pakai kuning.. Exco itu ketawa bodoh dan kata melayu saja haram pakai kuning. Seorang lain di belakang mencelah, kuning warna untuk raja! lagi sekali exco gemuk tu ketawa bodoh.

    ReplyDelete
  18. Salam semua..keuntungan diri menjadi keutamaam semua orang termasuk kita yang melayari laman ni..justeru itu kita barangkali belum berjumpa jodoh dgn kroni-kroni yang Ada connection ni..klu kita bersempatan Dan berpeluang mencari kekayaan dari orang umno ni kita Akan tolak mentah - mentah atau kita akan jadi mcm mereka..kita marah sbb kita dpt jadi mcm mereka.. Tak Kira la samada Umno ni skrg sudan jauh sesat perjuangannya tapi hakikat orang yang pandai Dan rajin dlm umno Alan dpt habuannya..jadi itu hak kita sendiri nak jadi apa..

    ReplyDelete
  19. Penyakit orang UMNO
    1. Dulu ramai org dengar ceramah PAS. Penyakit UMNO pun bercakap "biarkan banyak orang luar tu".... Akhirnya dapat Tawan 5 negeri.
    2. Dulu ramai totok UMNO kata Anwar kena buang dari TPM dan malam kena buang tu ramai orang kat rumah dia. Penyakit UMNO bercakap.... "tak pe ramai macam kenduri orang kematian memang macam tu".... Akhirnya Anwar digeruni oleh kawan dan lawan.

    Fikir-fikirkan lah wahai saudaraku yang ku sayangi warga UMNO..janganlah cakap takbur dan sombong kerana sebab cakap badan binasa.... hampir menyamai komen Quiet Despair. kenyataan ini mengulangi plot2 kejatuhan UMNO.

    ReplyDelete
  20. salam tuan,

    dalam tv malam tadi masing2 memaparkan sidang DUN selangor dan Melaka menghalau ahli sidang di pihak pembangkang..., yg mengajar ini adalah speaker BN.

    satu masa nanti bila pakatan memerintah, pilihanraya tidak telus, demonstrasi tak dibenarkan, berita mengampu kjaan pakatan shj.... yg mengajar ini adalah kjaan BN.

    pakya

    ReplyDelete
  21. Tuan, betui beno-benor. menyesai kemudian idok ade gunenye.Temen nyesei sokong UBNO.

    lambo kiri

    ReplyDelete
  22. Anon 14:46:00 GMT+08:00

    "alam semua..keuntungan diri menjadi keutamaam semua orang termasuk kita yang melayari laman ni..justeru itu kita barangkali belum berjumpa jodoh dgn kroni-kroni yang Ada connection ni..klu kita bersempatan Dan berpeluang mencari kekayaan dari orang umno ni kita Akan tolak mentah - mentah atau kita akan jadi mcm mereka..kita marah sbb kita dpt jadi mcm mereka.."

    ======================

    Tolonglah...bukan semua orang seperti anda. Yang dapat habuan itu hanya segelintir sahaja dari rakyat. Jangan insult orang lah....just speak for yourself. If you have such intention, just keep to yourself, jangan nak pukul rata kepada orang lain.

    Lebih ramai lagi orang yang bermaruah dibumi bertuah ini. Janganlah cuba nak tegak benang basah bagi pihak mereka yang rakus ini.


    Wak Jerman

    ReplyDelete
  23. Anon 13 July 2011 13:54


    "senang..persoalannya kemarahan rakyat pada hari ini boleh ke menafikan 2 /3 majoriti..itulah POKOK DAN ISUNYA..mereka yang marah ni ada buat kajian dan perhitungan ke untuk bekerja ke arah itu ?"

    Insyaalah boleh, jika kesemua 8 tuntutan BERSIH/2.0 dipenuhi dan dilaksanakan oleh EC

    ReplyDelete
  24. Encik Aspan. Seminggu sesudah BERSIH yang dikata kotor oleh pihak yang lain.

    Pimpinan UMNO sentisa mempamirkan Melayu mereka dari Melayu lain dengan cara cakap, pakaian yang cantik2 dan songkok yang tinggi2.

    Tetapi kenapa cara politik UMNO lebih menghina PAS dan PKR yang kebanyakan dipimpin orang Melayu dari menbahas polisi untuk kebaikan rakyat? Adakah permainan politik kotor PAS/PKR harus dibalas kotor.Kan UMNO ujudnya lebih lama dari parti2 yg lain.

    Adakah "kejahilan" ratusan ribu jika tidak jutaan penyokong PAS dan PKR disebabkan UMNO kerana Malaysia tidak pernah diperintah parti lawan melainkan UMNO dibawah BN.

    Hati tergerak ingin bertanya, jika di takdirkan UMNO menjadi pembangkang adakah semua pimpinan UMNO sanggup turun bersama pengikutnya kejalanan menuntut kebenaran walaupun kemungkinan menghadapi gas pemedih mata, ditangkap polis dan di tahan dilokap. Adakah tidak perlu kerana begitu yakin dengan system yang dicipta UMNO dan BN akan tetap memihak mereka.

    Adakah ungkapan "Melayu mudah lupa" boleh digunakan keatas UMNO kerana lupa kekalahan 2008 bukan disebabkan kekuatan PR tetapi bertambah kekuatan rakyat menolak UMNO dan konco2 BN kerana tidak dapat mendapat tempat dihati pengundi?

    Adakah UMNO begitu yakin, jika kalah di pilihan raya nanti rakan2 di BN tetap bersama mereka? Masihkah UMNO dapat bergerak tanpa tongkat2 yang selama ini menjadi "tunggangan" mereka seperti MSM dan jentera kerajaan?

    Adakah UMNO dan BN jika kalah ditolak rakyat, menjadi "respected loser" atau "sore loser"? Rakyat tak lupa, sewaktu BN Perak kalah dulu fail2 dipejabat MB diambil semua.

    UMNO, rakan2 BN bersama strategist politik mereka yang pandai2 bertauliah "Deep Blue Ocean" sudah tentu sudah mengandai beberapa kemungkinan untuk merangka rancangan supaya sentiasa mendapat tempat dihati rakyat supaya dapat memerintah selama2nya.

    Jika PM dengan gelaran baru Bapa Tranformasi kerana mengujudkan berbagai program Tranformasi kerajaan sudah tentu lebih mudah melakukan transformasi diri sendiri.

    ReplyDelete
  25. Ludah Mati Mak, Telan Mati Bapak14 July 2011 at 02:38:00 GMT+8

    My sincere remarks, PERCAYALAH ;-

    1) Kalau BN kalah, mula2 mereka akan cuba untuk menkucar-kacirkan negara. Ini iktibar dari arahan perlakuan biadap mereka dalam Bersih 2.0. Namun, fenomena ini boleh dipatahkan oleh DYMM Agong.

    2) Kalau di atas tidak berjaya, mereka2 ini akan lari meninggalkan negara ini sebagai Rakyat buangan. Ini juga tidak selamat kerana Bersih kini berada seantero dunia.

    3) Blog2 ProBN secara tersendirinya akan menghilangkan diri dipersada Internet. Kekentalan Rakyat Bersih tidak seperti Penyokong BN. Dengan kemelut 1) & 2), penyokong BN yang di ibaratkan seperti siKitul dan Tuan Tanah Kedawung akan meresap masuk untuk kembali kepangkal jalan, especially geng2 786 yang terkenal dengan budaya Mudaliar.

    4) Kalau PR kalah, kalah mereka hanya atas kertas sahaja. Namun kekuatan mereka akan bertambah dengan penambahan kelompok elit dan golongan terpelajar yang mewarisi baka dan keturunan baik.

    "Ludah Mati Mak, Telan Mati Bapak"

    ReplyDelete
  26. aku tengok najib macam syok sendiri aja,yang duduk kat belakang tu dok tunggu nak sembelih dia aja,itu pun dia tak tau sebab apco nak duit aja kesan kepada negara dan rakyat bukan dia kesah...kau tunggu bila rebah nanti,mana kawan2 kau hai najibrosmah.....????

    ReplyDelete
  27. Tuan Aspan,

    Mengukur komen penyokong2 umno di atas nampaknya mereka masih tidak faham atau sengaja buat tak faham atau memang dah jadi bebal dgn maksud tulisan tuan. Saya juga ahli umno sejak tahun 1974 yg sentiasa memerhati karenah Pembesar2 umno dan balaci@pembodek Pembesar2 umno yg sedang menggali kubur umno dan pembesar2nya sekali.

    Drp; ahli umno

    ReplyDelete