15 August 2011

Di Semenanjung BN hanya ada saki baki UMNO - Komponen lain akan hanyut.

Kita sedikit sebanyak boleh membuat ‘prediction’ awal tentang apa yang akan berlaku di Semenanjung dalam pilihanraya nanti. Dalam pilihanraya yang lepas di Semenanjung BN telah memenangi hanya 80 kerusi termasuk kerusi yang di menangi oleh calun bebas yang menggunakan symbol PAS, iaitu Ibrahim Ali.

Dalam kumpulan 80 calon BN yang menang ini adalah 15 yang dimenangi oleh MCA, 1 oleh Gerakan dan 2 lagi oleh MIC. Lain-lain perkataan UMNO Semenanjung hanya memenangi 62 kerusi dan menjadi 70 kerusi jika di campurkan dengan kerusi-kerusi UMNO/BN yang dimenangi di Sabah.

Jika UMNO mampu mempertahankan semua kerusi yang dipertandingkan di Semenanjung ia bermakna UMNO hanya mempunyai 62 kerusi selain dari tambahan sebanyak 8 kerusi di Sabah (jika menang). Jika MCA tewas di 11 kerusi di Semenanjung seperti yang di telah di ramal oleh banyak pihak maka BN di Semenanjung hanya memenangi 67 kerusi kesemuanya. Justru BN terpaksa menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai tumpuan untuk mencukupi kerusi bagi membentuk kerajaan dengan majoriti mudah 112 kerusi.

Jika di dasarkan kepada kemenangan BN sebanyak 67 kerusi di Semenanjung maka BN harus mencari 55 kemenangan kerusi di Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan kemenangan mudah di Parlimen. Tetapi di Sabah dan Sarawak jumlah kesemua kerusi Parlimen ialah, 26 di Sarawak dan 25 di Sabah dan jumlah kesemuanya di kedua-dua negeri Malaysia Timor ini hanyalah 51 kerusi.

Jika BN memenangi kesemua kerusi di kedua buah negeri ini pun ianya tidak akan dapat mencapai matlamat untuk menubuhkan kerajaan mudah di Persekutuan. Persoalannya sekarang ialah mampukah BN memenangi kesemua 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak sedangkan DAP sedang mengembangkan pengaruhnya di Sarawak terutamanya di Kawasan-kawasan Bumiputra Sarawak.

DAP mempunyai ‘advantage’ besar kerana parti itu adalah parti multi-racial yang boleh dianggotai oleh mana-mana suku kaum pun termasuk Iban, Dayak dan lain-lain. Dalam pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini kita telah melihat kemenangan DAP di 12 kerusi Dewan Undangan Negeri di kawasan-kawasan bandar di sana.

Banyak pihak berpendapat yang BN akan kehilangan 8 kerusi Parlimen di Sarawak dan 7 kerusi Parlimen da Sabah. Maka kedua-dua buah negeri ini BN hanya mampu memenangi 41 kerusi dari 56 kesemuanya.

Jika 67 kemenangan BN di Semenanjung (termasuk MCA) di campurkan dengan 41 kerusi di Sabah dan Sarawak, maka BN akan hanya memenangi 108 kerusi keseluruhannya dan kita tidak nampak bagaimana BN boleh diyakini akan mampu menubuhkan kerajaan walaupun dengan ‘simple majority’.

Di dalam perkiraan apa sekali pun kita mesti meletakan angka untuk kontijensi. 67 kerusi yang ditelah akan di menangi oleh BN itu harus mempunyai peratusan kontijensinya. Kita tidak tahu lagi apa yang berlaku kepada BN di dalam percaturan pemilihan calun Parlimen ini.

Dalam perkiraan tadi kita tidak masukan kemungkinan Pasir Mas yang akan kembali kepada PAS yang sekarang di sandang oleh Ibrahim Ali. Ibrahim Ali telah memenangi kerusi itu di atas symbol PAS kerana jika Ibrahim Ali bertanding di atas tiket bebas sejarah telah membuktikan yang Ibrahim telah hilang wang pertaruhannya dalam pilihan raya 2004 dahulu. Pasir Mas dikatakan akan jatuh semula ketangan PAS.

Ramai di dalam UMNO menyatakan yang Tengku Razaleigh akan tidak di turunkan oleh UMNO kali ini sebagai calon. Jika berita ini benar maka Gua Musang juga akan jatuh ketangan PAS. Jika Pasir Mas dan Gua Musang jatuh ketangan PAS maka Jeli juga akan jatuh justru BN tidak akan mendapat apa-apa kemenangan di Kelantan.

Jika ini berlaku maka angka 67 kemenangan BN di Semenanjung tadi akan jatuh kepada 64 sahaja. Saya berkesempatan untuk berbincang dengan pemimpin-pemimpin UMNO di Terengganu akhir-akhir ini. Saya di beritahu oleh mereka yang UMNO di negeri Terengganu tidak akan mampu memenangi di sekurang-kurangnya 3 kerusi Parlimennya kerana pergolakan besar di dalam UMNO di negeri itu Jika berita ini benar maka bilangan kerusi BN di Semenanjung akan turun lagi kepada 61 kerusi sahaja.

Angka kemenangan BN sebanyak 61 kerusi ini belum lagi mangambil kira kerusi-kerusi BN yang dijangka dengan jelas akan menghadapi kekalahan. Satu-satunya kerusi yang dimenangi MCA di Selangor iaitu Ampang yang sekarang di sandang oleh Ong Tee Kiat akan menjadi milik DAP atau mana-mana parti PR.

Di jangkakan kerusi BN Raub akan tumbang juga dengan berbagai-bagai isu peribadi Ng Yen Yen dan di Johor sahaja BN dikatakan akan kehilangan sebanyak 3 lagi kerusi Parlimen. Jika di tolak 5 lagi kerusi ini dari 61 untuk BN tadi maka BN di Semenanjung akan hanya memenangi 56 kerusi kesemuanya.

Jika 56 kerusi di Semenanjung ini di campurkan dengan 41 kerusi di Sabah dan Sarawak maka angka kemenangan BN keseluruhannya akan berlegar di angka 97 kerusi sahaja. Sejak beberapa bulan yang lepas ada pihak yang sentiasa memberitahu saya yang BN akan memenangi lebih sedikit dari 90 kerusi.

Semasa itu saya tidak dapat mempercayainya kerana tidak diberitahu angka itu secara saintifik. Tetapi apabila perkiraan ini dilakukan maka saya sudah nampak lojiknya bagaimana 97 kerusi itu hampir menjadi kenyataan. Yang penting yang mesti diketahui ramai ialah di Semenanjung BN itu hanyalah UMNO kerana parti-parti komponennya akan pupus dalam politik negara selepas pilihanraya yang akan datang.

Nazri Aziz telah menafikan yang beliau melamar DAP untuk bersama BN tetapi sebenarnya beliau benar-benar membuat tawaran tersebut. DAP telah menolak lamaran itu kerana tawaran itu hanyalah sebagai tindakan desperate satu parti yang telah lemas dengan kuasa serta telah hilang segala hidayahnya.

Oleh kerana itu jika kita dasarkan kepada hukum akal kita jelas BN akan tewas di dalam pilihanraya yang akan datang. Hanya perkiraan Tuhan sahaja yang akan mengubah apa yang telah di kira tadi. Perkiraan yang ditulis ini hanya perkiraan manusia yang serba serbi lemah ini dengan tambahan sedikit dengan ‘intuition’ yang ada pada diri saya. Masalahnya ‘intuition’ saya selama ini banyak juga yang menjadi kenyataan.

Kepada sesiapa dan pihak yang tidak suka kepada ‘intuition’ yang ada pada diri saya ini supaya berdoa agar kali ini apa yang saya rasakan itu adalah salah. Semua pihak hanya perlu berdoa sahaja sekarang ini agar yang maha menghakimi akan membuat penentuan. Setakat ini itu semua hanyalah perancangan manusia sahaja.

Hanya DIA sahaja akan menentukan segala-galanya.

51 comments:

  1. AA'

    kalau gitu kemaslah BN!!

    sidek

    ReplyDelete
  2. Itulah yang sebaik2nya untuk Malaysia buat masa ini. Berilah peluang kepada pihak lain pula untuk menerajui negara yang kini dalam serba-serbi tidak kena. Kalau pihak yang lain itu juga tak mampu melakukannya, maka bolehlah di tukarkan kembali kepada BN yang mungkin telah berubah pada pilihanraya akan datang.

    ReplyDelete
  3. Well AA, i say its about time we give PR a try in running the country. After 50+ years BN have become uncompetitive just like any monopolistic vendor ~ high price lousy service. BN's rejuvenation/transformation (or whatever your want to call it) can only happen when they sit in the opposition bench for at least one term. It will deflate the collective ego (by the way is Big Mac size)of the BN "leadership" in no time. I can safely say that represent what the thinking Malaysian aspire now.

    ReplyDelete
  4. Salam Tuan AA,

    Penilaian saya juga adalah sealiran dgn tuan wpun tidak se'detail' analisa tuan. Terutama kerusi2 di Sarawak & Sabah (dijangka at least 15 kerusi akan jatuh ketangan PR). Kerusi2 'fragile' MCA, MCA & Gerakan juga dijangka akan dirampas.. Momentum PR di Lembah Kelang masih teguh ditangan PR.. Tempiasnya juga dpt dirasakan dinegeri2 lain terutama di NS.
    Pada sy BN kene jatuh baru lah kesedaran akan timbul bila kuasa tidak lagi berada ditangan mereka..

    Wallahualam

    ReplyDelete
  5. sidek

    Bagi2kan dahulu harta rampasan perang, kemudian barulah berkemas.Tidakkah ini apa yang mereka sedang dilakukan?

    RDA

    ReplyDelete
  6. Kalau itu lah ramalan AA kita hya mampu ucapkan "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un"

    Jom kita sedekah pisang ramai2 kat mesjid...tanda syukur. Lagi lama UMNO memerintah lg hancur negara bertuah anugerah Allah ini.

    ReplyDelete
  7. Secara umumnya analisa tuan hanya berkisar kpd hearsay dari kawan2 disamping intution tuan yg kuat mengatakan BN akan kalah.tuan hanya discounted kerusi2 yg sedang dipegang oleh BN. Tuan tidak discounted langsung kerusi parlimen yg sedang dipegang oleh PR dan kerusi PR yg telah jadi bebas. 81 kerusi yg BN kalah itu terdapat 24 kerusi Pas dan 31 kerusi PKR(sebelum 5 jasi bebas). Adakah tuan mengandaikan semua kerusi itu akan kekal ditangan PR?
    Buatlah analisa masing2. Analisa siapa yg tepat sama2lah kita tunggu. Intution tidak membantu apa2 dalam menaik atau menurunkan kerusi yg dimenangi.
    Walaupun intution tuan byk yg betul tapi saya yakin lebih byk intution tuan yg salah. Jika tidak masakan BN terus memerintah sehingga kini.
    Penganalisa tak bertauliah.

    ReplyDelete
  8. Tak hairan lah UMNO bawak berjuta Bangla masuk jadi pengundi. Tak lama lagi, orang Melayu yang perlu menbiayai segala tuntutan subsidi dan hak keistimewaan Banglaputra. Padan muka.

    ReplyDelete
  9. biar UMNO tggl sluar dalam PRU 13 nnti..

    ReplyDelete
  10. Pak,

    I think now the pertinent question is how to initiate a paradigm shift that will be embraced by the malay rural population? It is apparent that the coming GE13 will be dicey or more to the point using all of it skills in manipulation, gerrymandering and phantom voting aided by aliens voting), UMNO could still be the "gomen" albeit with a simple majority.

    We must realize that we can let the fate of this nation and it's people to chance. We need to get the overwhelming majority of malay to support and collectively agree that UMNO needs to be on the losing side for them to change. We can't only rely on the opposition to be able to take down BN, we the rakyat especially the malay (more importantly those rural and neglected malay) MUST be able to deny UMNO any sizable support and simultaneously taught all political party not to take the support of the voters for granted (the paradigm shift of "people power" in the mind of the malays).

    Wouldn't you say that this role is specifically tailored for AMANAH? Hope TR and all the opposition leaders such as those in PKR and PAS (excluding DAP cos they already realized that becoming PM is a big taboo at present) would set aside their individual ambition of becoming NO 1 and concentrate on what's good and necessary for this country. Save and fix this country first and who becomes the PM must be relegated to the least important task.

    I'm still cracking my head on how to accomplish this arduous task but then again I'm just an ordinary person, I "hope and wish" that TR with all his wisdom and experience would have come up with something workable to do this and save Malaysia. Please don't let us think that only TDM and his sidekick Daim are planning and scheming. TR, please prove to us that you're indeed the "The best minded PM, Malaysian didn't have"!

    Nick.

    Salam and GOD Bless.

    ReplyDelete
  11. Kepada Anon 23:30:00

    Intuition betul atau tidak, apa yang ditulis oleh Pak Aspan ada kebenarannya. UMNO akan hilang banyak kerusi dan tewas disebab banyak faktor2nya. Tak perlu di ulas di sini,

    Jika UMNO masih lagi relevan dan kuat sudah pasti mereka tidak gadai maruah dan kedaulatan negara dengan mengambil rakyat asing sebagai pengundi. Apa lagi menukar taraf 'Penduduk Tetap' kpd Warganegara. Jika mereka masih lagi kuat dan relevan kenapa mereka import pengundi luar?

    ReplyDelete
  12. Tuan Aspan,

    Memang benar, sudah sampai masanya UMNO perlu disungkurkan.

    Tapi harus diingat, UMNO stack holder sangat licik, putar alamnya no wahid.

    So, kalau nak tumpaskan UMNO ne, kena humban ke gaung terus.

    Kalau setakan setengah-setengah - tengok je onar apa yang bakal dilakukan.

    ReplyDelete
  13. Salam Tuan Aspan.

    Saya juga membuat perkiraan yang sama. Malahan hal ini juga disedari oleh najib. Kami didalam UMNO tahu PRU kali ini jika berjaya kekang barisan pembangkang maka selepas election nanti pembangkang dijangka semakin lemah. Kami juga sedar kelemahan kami dan dalam masa yang sama juga sedar akan kelemahan pembangkang. Biarlah rakyat tentukan pilihannya.

    Saya juga percaya kerana memang ada logiknya untuk UMNO melamar parti tuan. DAP jauh lebih berkaliber dari MCA ataupun Gerakan. Namun sesuatu yang tuan kena ambil perkiraan adalah kelicikan pengundi cina. Kita lihatlah nanti samada pengundi cina sedia untuk hanya diwakili DAP dengan terus mematikan MCA. Jangkaan saya adalah DAP akan diberi lebih kerusi namun MCA akan dibiarkan hidup. Ini stail politik orang Cina.

    Saya merujuk DAP sebagai parti tuan kerana penulisan tuan cenderung kearah parti ini. Maaf jika silap. Parti tuan ini juga tidak kurang hebat politik dalamannya. Lee lam Thye dan YB Wee pun tumpas akibat gegaran politik dalaman ni. Namun orang sehebat tuan pasti akan berjaya mengharungi gelombang walau dimana laut pun.

    ReplyDelete
  14. Pak Aspan,

    Saya percaya ramai pembaca yang tersentak dengan analisis yang pastinya akan di sebut-sebut oleh bloggers lain dan media utama. Ini pastinya mewujudkan keadaan panik di UMNO dan keresahan kepada yang berkuasa. Jadi teruskan sahaja..nampaknya ramai anonymous yang akan meroyan lagi!

    ReplyDelete
  15. AA, dah sampai masa untuk negara kita berubah. Satu analisa yang padu dan tepat.

    ReplyDelete
  16. I pray to my god that what you forecasted will come true.

    If Malaysia is to progress into 21st century, she cannot be run by a corrupted UMNO, MCA, MIC and other BN components again.

    ReplyDelete
  17. "bn" will only lose if there's no "gerrymandering" and "postal vote". many seats were being created in small populate area which should be combined to make it more into one seat depending on the population ratio on that surrounding area. example, 100k - 60k voters vs 30k - 20k or less voters just for one seat.

    salam...

    ReplyDelete
  18. Saya doakan semoga Allah Swt menghancurkam BN selepas PRU13 nanti...!

    ReplyDelete
  19. Kalau benar kiraan tuan, kalau menjadi kenyataan, saya akan belanja tuan makan tomyam Restoran Restu Ibu

    ReplyDelete
  20. Ada kesilapan yang berlaku dalam pengiraan di atas. Jumlah kerusi yang BN boleh dpt dari Sabah/Sarawak hanyala 36 kerusi, bukan 41, sbb jumlah kerusi di Sabah Sarawak hanyalah 51 (bukan 56. 56 ialah jumlah kerusi Sabah/Swak yang BN PERLU menang utk dpt simple majority) Jadi, final number ialah sebenarnya 92 kerusi, maka betullah prediction yang "BN akan memenangi lebih sedikit dari 90 kerusi."

    ReplyDelete
  21. umno tak akan hilang kuasa...polis dan askar dalam tangan umno

    ReplyDelete
  22. Aspan dan Sakmongkol dah cukup untuk memusnahkan Umno. Tak perlu PKR.
    Tsk, tsk, dan anda berdua mengaku sebagai ahli UMNO.
    Rasanya Umno tak perlu anda berdua.

    ReplyDelete
  23. Kesilapan Besar UMNO bilamana menharamkan pertandingan dalam pemilihan pucuk pimpinan dengan anggapan perpecahan akan berlaku, tanpa melihat natijah dari itu. Sepatutnya UMNO mesti di lahirkan dari pejuang2 yang sanggup bertanding secara gentelman ( politik wang haram & di gugur kelayakan)Apa takut? Kesilapan BN/PM pulak bila mana melantik orang2 yang tidak pernah bertanding PRaya dan kalah Praya menjawat jwtan Menteri dan Tim. menteri - ini demoralisedkan semua pekerja parti, kata mereka lebih baik MENGAMPU saja tak payah bertanding - mesti jadi Menteri.

    Umno yang serba tak menjadi

    Wasallam dari Pengundi tanpa parti!.

    ReplyDelete
  24. @anon 13:22

    Bukan Aspan dan Sakmongkol yang memusnahkan UMNO. Anda maseh "in denial" UMNO telah sudah lama dimusnahkan oleh kepimpinan yang gelojoh memperkayakan diri jauh dari memperjuangkan untuk bangsa.

    Penyokong tegar seperti andalah yang maseh tidak kenal dan tidak membezakan apa yang diperjuangkan kepimpinan yang korup dengan perjuangan UMNO yang sepatutnya.

    Banyak Aspan dan Sakmongkol telah menyerlahkan apa yang salah dalam UMNO tetapi bukan sahaja anda tetap membuta dan mempekakkan diri tetapi menganggap mereka dua ini sebagai telah mengkhianat UMNO.

    Resmi Hang Tuah maseh terus hidup?

    ReplyDelete
  25. Takkan Aspan dan Sakmongkol bercakap benar pun tak boleh?

    Hanya ahli-ahli lain dalam Umno yang tamak haloba, pengecut dan yang tidak bermoral langsung yang akan cuba salahkan Aspan dan Sakmongkol.

    ReplyDelete
  26. Tidak siapa, melainkan Allah, yang kekal, biarpun sebuah parti gagah perkasa, dan tidak terkecuali UMNO/BN. Masa 54 tahun suatu jangka masa yang lama untuk memerintah sesebuah negara oleh sebuah party politik. BN sekarang sudah sangat teruk (tenat) dan sudah hilang arah tujuan, selain tujuan hendak menongkat langit. Mereka telah mengkhianati amanah (pada pendapat aku yang hina dina ini) untuk memerintah dengan adil. masanya sudah tiba untuk BN diberi masa untuk berehat dan merenung ke dalam diri, melakukan muhasabah, seperti kita semua dikehendaki melakukan muhasabah. Ma'aa salamah, UMNO/BN!

    ReplyDelete
  27. Assalam Tuan Aspan,

    anon 13:04
    "umno tak akan hilang kuasa...polis dan askar dalam tangan umno"

    Saya tidak risau kalau PR kalah,paling membimbangkn jika UMNO tidak menerima kekalahan.

    Jibby pernah kata akan pertahankan Putrajaya walau dgn apa cara sekali pun.

    Maka terbayanglah huru-hara yang ditimbulkan bagi menghalalkan pengisytiharan Darurat.

    Institusi Agong.polis dan tentera akan diheret sama.

    Moga2 intuition saya salah.

    ReplyDelete
  28. Pak aspan,
    Betul ke ni? So tak payah tunggu ai Tsunami sampai? Alhamdulilah... :)

    ReplyDelete
  29. Bagi mengekalkan kuasa, BN perlu meningkatkan usaha pemutihan pekerja asing dari pendatang haram kepada pendatang dg izin kepada IC merah kepada IC biru dalam sekelip mata.

    ReplyDelete
  30. Dengan bantuan pendatang2 yg ade IC + Permanent Resident yg ade Ic + pengundi Hantu + plus undi pos + tactic kotor yg lain...boleh la UMNO bertahan nyawa2 ikan.....

    kalo PR vS BN on a fair ground...dah lame bungkus dah umno...walopon ramai penyokong tegar umno cuba meafikan..

    heheheheh.

    ReplyDelete
  31. Saya mendoakan apa yang dicongak oleh tuan menjadi kenyataan. Saya nak lihat bebenor mereka yang menzalimi rakyat, menyamun harta negara dan rakyat selama ini, membela kuncu-kuncu melarikan diri di segala pelusuk dunia.... seperti puak nazi melarikan diri selepas perang dunia ke 2 tamat....myi

    ReplyDelete
  32. Tuan,
    Hitungan tuantu memang munasabah kalau kita ikut pertarungan "gentleman". Tapi apakah UMNO tu parti "gentlemen'? UMNO Selangor begitu yakin akan memenangi 2/3 kerusi DUN Selangor tapi apakah keyakinan tu berdasarkan pertambahan sokongan rakyat Selangor terhadap UMNO? Nyatalah bukan jadi apa yang begitu menyakinkan UMNO? Undi hantu, undi tindih, undi ulang, undi rakyat segera..........Itulah "secret weapons" UMNO!

    ReplyDelete
  33. Ibni Ismail, u r wrong, chinese in Msia is more daring now. U see the Sarawak State Election..SUPP is almost gone, so will MCA...

    ReplyDelete
  34. salam Tuan..

    andai kata BN jatuh pru13.. mungkin akan ambil masa yg lama untuk BN bangun kembali.. Silap2 Umno pun makin pupus... kalau kita perhatikan Umno hidup kerana menjadi kerajaan.. kebanyakkan dewan2 mesyuarat umno tanah kerajaan.. umno tak macam pas. Yg membuat bangunan hasil kutipan, derma ahli yg sanggup mempertahan pas..

    ReplyDelete
  35. Kamen rider black, Alex Rathy, Anon 19.22

    I put to you a hypotethical question.
    What if PKR wins and BN loses the GE.
    Will you be saying it's due to phantom votes, illegal immigrant votes, fraud etc. etc?
    Of course not. You will be saying they are the people's choice.
    Haha. Think before you accuse.

    ReplyDelete
  36. Mungkin juga ada benarnya andaian AA tu, kalau di lihat dari tindak balas rakyat terhadap kerajaan dan layanan kerajaan yang teruk terhadap rakyat, tak pelik pilhanraya akan datang akan mengalami perubahan yang besar..

    ReplyDelete
  37. My ONLY wish is that your forecast is correct. We have enough of 50 + years of government - corrupt, incompetent, irresponsible,lack of transparency, dirty, having attitude that WE know better , abusing their power and others. Time for CHANGE

    ReplyDelete
  38. QD,

    Kalau bengap jgn bg tau kat org,

    UMNO main tipu kalau ada peluang.

    Contoh; Pengundi ada 100, UMNO dapat 40, QD dapat 45 undi, jadi ada 15 lagi tak mengundi, masa ne la UMNO guna kelebihan kawal SPR.

    Saat2 akhir QD dapat 45, UMNO dapat 47. da paham.

    Kalau pengundi ada 100, QD dapat 75, UMNO dapat 24, Masa tu UMNO mati kuman...

    ada erti....

    ReplyDelete
  39. Salam Tuan Aspan, minta izin sambung sedikit.

    Menarik untuk dilihat jika UMNO berjaya pertahankan semua kerusi sedia ada dan PAS juga menang disemua kerusi sedia ada. DAP menang di kesemua kerusi means MCA dan Gerakan kosong kerusi. MCA & MIC juga dijangka tewas kerusi di Johor provided PAS yang bertanding terutama di Segamat.

    Kita akan lihat kerajaan baru dengan UMNO jadi pembangkang yg kuat. Persoalan siapa yg dominasi kerusi di pihak Pakatan Rakyat bukan satu isu kerana tuan sudah beri jaminan yang parti tuan adalah multi racial. Kita perlu suasana segar dengan pengalaman baru. Tiada masaalah jadi pembangkang tetapi berjuang tetap berjuang.

    ReplyDelete
  40. salam tuan n others,

    umno's weak links here

    http://politiknegerisembilan.blogspot.com/2011/08/aspan-oh-aspan-kemaruk-dan-taksub-pada.html

    http://politiknegerisembilan.blogspot.com/2011/08/sah-aspan-alias-anjing-dapig-yang-akan.html

    http://roketkini.com/2011/08/09/jalan-lain-untuk-bina-kepimpinan-negara-oleh-aspan-alias/

    ReplyDelete
  41. Tuan Aspan,
    Saya nak komen ada satu 'Anonymous'sebut Umno ada Askar dan Polis.Ingat Rakyat ada raja.Kita perlu lihat apa yang terjadi di Zimbabwe bila mereka memiliknegarakan harta kaum pendatang dan kulit putih.Apa sudah jadi satu dunia pulaukan Zimbabwe,ekonominya tergolek hinggakan note satu ratus juta juga ditebitkan.Sekarang ini dunia dihujung jari.Contoh pukul 10 pagi peristiwa terjadi pukul 10.30 pagi CNN,BBC dah siar keseluruh dunia,ini tak masuk gambar yang di muat naik ke You Tube ke,fb ke.
    Jadi kesimpulannya tentera dan polis taatlah pada goverment of the day.

    ReplyDelete
  42. Asspan, Orhang Kampong kito camno .... bungkuih kali ko .....

    ReplyDelete
  43. Orang Seremban,

    Tolong contact saya melalui e mail saya.

    itu pun klau tak keberatan.

    Thanx

    ReplyDelete
  44. IbnIsmail,

    Saya begitu tertarik dengan kesungguhan saudara dalam berbincang dan saya nampak kesucian niat dan saudara serius orang nya termasuk tentang memikirkan tentang bangsa kita.

    saudara, ada kah atau tidak ada termaktub dalam perlembagaan negara kita tetap akan diketuai oleh orang Melayu.

    Situasi sekarang orang Melayu berpecah belah di dalam UMNO maka mereka lebih cenderung untuk bersatu di luar UMNO. Orang Melayu sekarang ini ingin bersatu jauh dari kotak parti-parti politik.

    Mereka akan berada di dalam semua parti dan mereka akan bergerak untuk mencapai matlamat mendapatkan kerajaan yang 'descent' dan di yakini.

    Oleh itu jika PR mendapat mandat yang mendominasi kerajaan tetap orang Melayu. Hanya dua negeri P Pinang dan Melaka sahaja yang bangsa lain boleh menjadi ketua eksekutifnya.

    Itulah sebabnya agar rakyat memiliha mana-ana pemimpin Melayu di mana-mana mereka bertanding di dalam PRU nanti.

    Malahan sesiapa yang menjadi calun Melayu di dalam DAP sendiri jika orang Melayu mendapat sokongan maka orang Melayu akan lebih ramai untuk menjadikan DAP sebagai sebuah parti yang berbilang bangsa keahlian dan kepimpinannya.

    tetapi ini akan membuatkan mereka dalam BN khususnya UMNO akan merasa gelabah dan itu adalah fenomena biasa.

    Selagi setiap negeri mempunyai Raja Melayu insyaallah orang Melayu akan menjadi MB nya.

    Untuk menjawab persoalan sdr tadi, jawapannya Melayu tetap mendominasi politik negara bukannya parti.

    Zaman sekarang kita terpaksa berjuang jauh kehadapan dari perjuangan yang di pengap oleh parti dan inilah yang menyebabkan orang Melayu jauh ketinggalan.

    Ibn Ismail, oleh kerana sadara begitu serius elok kita berjumpa dan hubungi saya melalui e mail saya. TK.

    ReplyDelete
  45. Anon 08.59

    Ooh begitu kaedahnya ya. Dah tentu PKR menang! Kan ke depa terkenal dengan nama Parti Kelentong Rakyat.
    Tahniah. Clap hands.

    ReplyDelete
  46. AA

    I brows through some blogs especially the ones that come from NS. They incessantly condemn you for you association with DAP.

    what is yr comment bro?

    ReplyDelete
  47. jefrri,

    Thanks for visiting me and I am exceedingly happy that you follow the happenings within politics of the cyber society.

    i have been an 'old cock' in UMNO but I see UMNO now as beyond recognition.I am just unable to compute how UMNO has come to this state of affair.

    What we see now is not UMNO anymore. UMNO has failed to create viable leadership at all level. The party only manages to create sycophants and apple polishers.

    i am now thinking to look at this leadership problem beyond partisan politics.

    i am concerned about Malays with leadership. Hence I now strongly believe that Malays should be in every party and get supported by the Malays.

    True, I admire DAP for their seriousness in creating the party as multiracial. You see bro, in the very near future all the racist parties will now be relevant any longer as the people especially the young do not want to be involved with racial animosity.

    They want harmony and live i happiness within the border of this beautiful nation.

    This is where UMNO has failed miserably and any view that contrasts against it will be branded as opposition. There is no way that UMNO can adjust to the needs of the young.

    i have not deide on anything but joining DAP is one of the options available for me if there need be.

    The condemnations by the UMNO group on me is normal and I am not going to be disturbed by those.

    The more they condemn me the more self defeating for them.

    anyway, those who condemn me are those who are still novice in politics but they think they are good.

    i shall decide when the time comes and i hope we should respect each other's wish. This is a democratic country as they frequently claim.

    Thanks jeffri

    ReplyDelete
  48. Pak,

    I'm so "impressed" with many "popular" UMNO blog "rebutting" your postings with such "intellectual argument"! With arguments such as "kemaruk", taksub, DAPig, and traitor" it's no surprise that "UMNOmesra" blogs are becoming the "darling" of the cyber communities. The love that was shown by the internet literate Malaysian even prompted the
    "Defacto" communication "Direktorrr, Ahmad Maslan to warn UMNO or its members of the need to be internet savvy! BUT Ahmad Maslan omitted one very salient point which is "a lie will eventually destroy the liar and the truth and justice will prevail eventually". Which bring me to the most incomprehensible and laughable quote from TDM himself "pembangkang juga terlibat menipu undi". Did TDM succumb to the same malady he accused all malays, "melayu mudah lupa"? SPR is under PAS's Majlis syura or is it really under the thumb of the PM's Dept?

    Nick.
    Salam and GOD bless

    ReplyDelete
  49. Masa hadapan Malaysia akan ditentukan oleh ahli-ahli politik dari Malaysia Timur. PM masa hadapan mungkin juga ahli politik PBB ke, PBS ke, PBDS dll.

    Yang semua kat Semenanjung ni, gigit jari saja le. Dah bertahun-tahun menipu harta mereka, dah ni balasannya yang akan datang.

    Mungkin jugak Putrajaya dipindah ke negeri Sarawak dan KM menjadi PM Malaysia. Berjoli sakun lagi le.

    ReplyDelete
  50. tik..tik..tik

    masa berdetik.. bila pulak Aspan nak masuk DAP... tunggu punya tunggu ..macam nak tunggu buah tak gugur..

    cepatlah Aspan ye.. jadi jangan tak jadi ..orang kampong Padang Lebar ramai dah tahu, yo!

    ReplyDelete
  51. umno bukan saja ada askar dan polis, umno juga ada perkasa, utusan rtm1&2, tv3, ntv7, 8tv & channel 9, kalau umno kalah unmo akan jadi pembangkang paling kuat dalam sejarah malaysia. lain komponen bn mca, mic, gerakan, ppp disemenanjung akan ta..pau

    ReplyDelete