10 August 2011

MCA/BN mimpi di siang hari?

MCA tidak lagi bersemangat. Pengerusi MCA Selangor Donald Lim menyatakan yang beliau akan meletakkan jawatan sebagai pengerusi negeri Selangor jika MCA tidak mendapat menambah kerusinya di dalam pilihanraya yang akan datang. Sekarang ini MCA hanya mempunyai 2 kerusi Dewan Undangan Negeri yang di menanginya dari 14 yang dipertandingkan. MCA juga mempunyai 1 kerusi Parlimen yang dimenangi mereka dari 7 yang dipertandingkan.

Kalau ditengok dari kehadziran MCA di Selangor sekarang ini parti itu sudah hilang mayanya untuk bergerak dan seolah-olah menyerah sebelum bertanding. Maka dari segi lojiknya DAP akan mengambil alih kedua-dua kerusi DUN dan 1 Parlimen di Selangor dalam pilihanraya yang akan datang. Jika pembahagian kerusi dibuat seperti pembahagian pilihanraya yang lalu ada yang berpendapat semua kawasan parlimen dan DUN yang diberikan kepada Gerakan dan MCA akan kalah semuanya.

MCA nampaknya akan mengikut jejak dan langkah Gerakkan yang sudah tiada lagi kukunya dan nampak jelas parti itu akan hilang dalam politik negara kita dalam masa hanya beberapa bulan sahaja lagi. Ramai di antara rakan-rakan saya dari MCA yang saya bercakap mengakui yang partinya hanya menunggu retak sebelum belah.

Kehilangan kerusi MCA dan Gerakan tidak akan memindahkan kerusi itu kepada UMNO kerana kebanyakan di antara kerusi yang ditandingi oleh MCA adalah dibandar-bandar dan separa bandar. Donald Lim berkata yang MCA akan hanya akan memenangi kerusi-kerusi yang dipertandingkan jika parti itu berkeupayaan untuk meletakan calon yang baik serta berkalibar tinggi.

Jika di sentuh isu kalibar calon, UMNO juga menghadapi masalah yang sama. Di Selangor seperti juga di mana-mana negeri sekali pun menurunkan calun yang berkalibar merupakan isu yang sangat besar. Setakat ini belum lagi nampak bayangan siapakah yang akan dipertaruhkan oleh UMNO untuk menjadi Menteri Besar jika benar UMNO masih terkelior untuk menumbangkan kerajaan PR Selangor.

Kekurangan pimpinan UMNO Selangorlah yang menyebabkan negeri itu terpaksa diketuai oleh DS Najib sendiri. Najib sendiri mempunyai masalah yang sangat berat dan krisis terhadap kepimpinannya itu tidak akan membawa apa-apa makna kepada UMNO Selangor walau pun beliau sendiri mempengerusikan UMNO negeri yang terkaya dalam negara itu.

Di Selangor tidak banyak isu-isu negeri dan tempatan yang akan mempengaruhi pengundi kerana Selangor terletak di pusat negara yang mana pengundi akan dipengaruhi oleh isu-isu nasional. Krisis keyakinan kini merupakan faktor yang paling utama yang akan mempengaruhi trend pengundian.

UMNO sedang sedaya upaya untuk memenangi kerusi-kerusi yang mengalami kekalahan dalam pilihanraya yang lalu tetapi jika ada pun kemenangan di kawasan-kawasan tersebut ianya akan juga mengalami kekalahan di kawasan-kawasan yang mereka telah dimenangi mereka dalam pilihanraya lalu.

Kalau di dasarkan kepada faktor ini cita-cita MCA/BN untuk mengambil alih kerajaan negeri Selangor berkemungkinan tidak akan kesampaian.Mungkin ianya tinggal sebagai mimpi di siang hari sahaja.




9 comments:

  1. MCA dari segi teknikalnya sudah lebur. Biarkan..biarkan...

    abdillah

    ReplyDelete
  2. AA

    Tetapi,jika kita baca komen2 di kalangan blogger UMNO dan para pendokong UMNO di blog2 mereka terus mengkritik kerajaan PR Negeri Selangor dengan memeprlihat seolah2 UMNO sahaja yang mampu memerintah di Negeri Selangor. Adakah mereka juga bermimi di siang hari?

    RDA

    ReplyDelete
  3. AA

    Betulke AA orang kuat pemuda UMNO di Negeri Selangor yang merupakan anak kepada mahaguru silat Omardin disebut2 sebagai bakal calon MB Negeri Selangor? Kalau betul, memang UMNO Selangor ketandusan pemimpin yang berkaliber.

    ReplyDelete
  4. Pak,

    What this means is that the issue or to be exact the fabrication and fictive creation of "race and religion controversies" will intensify and will be fully utilized by both UMNO and MCA to win the GE and recapture Selangor.

    This coupled with the many trojan horses embedded and bought inside the PR parties will be unleashed unto the Malaysian population with massive coverage from the "msm" (thus we have just a couple of days ago, the Homely Minister accusing the internet or to be exact, the alternative media of spreading lies and slander).

    My only hope is that since AMANAH is created to stop these and similar immoral and illegal practices, AMANAH would be able to do something about it. Why am I suggesting AMANAH for this role? Simply because it is a non political NGO and it's inception is to steer Malaysian politics away from these "MahaVellu ..err.. Machiavellian" and despicable doctrine and principle. AMANAH just like BERSIH would be nonpartisan in fighting these destructive element of our UMNOcentric political system. So an NGO that sides with no one but for moral, clean and fair practices (unlike PERKASA and the not so cleverly hiding it's bias for UMNO, MMLA) AMANAH would be perfect for the role or should I say that the role somehow was tailor made for AMANAH!

    I think this is the best way that AMANAH can display and showcase it's strength and worth to all Malaysian and to all the political parties (and it's members, most importantly). If and only if AMANAH can be the impartial referee and to some extend "the fair judge" on behalf of the Malaysian people, we can have a radical paradigm shift in the mind of Malaysian voters especially the Malays. And what better way for AMANAH to show itself in the eyes of all Malaysian, other than to be the sane voice and the moral beacon of society (but in that respect those UMNO and BN politician who saddles heavy baggage s should remain on the sidelines).

    Nick.

    Salam and GOD bless.

    ReplyDelete
  5. bagaimana pula DAP/PAS. adakah dpt seperti MCA/BN?

    ReplyDelete
  6. Saudara AA

    BN/MCA are obviously in the self-gratification mode. They can't seem to shake it off.

    ReplyDelete
  7. CSL should dissolve MCA and invest into phonography and marketing of DVDs which is profitable bearing in mind that the main actor is the president himself. He can't be charging for guest appearances from time to time...

    ReplyDelete
  8. MCA tak boleh jadi macam "sudah terpatuk baru mengada". Bahaya juga tu sebab CSL sepatutnya dinamik.

    ReplyDelete
  9. Pak Aspan,

    Kenapa AMANAH terlalu diam? Seharusnya AMANAH mengeluarkan stand point bagi setiap isu yang dibangkitkan seperti pengundi hantu, MAS-Air Asia hatta sehingga sampah tak dikutip supaya diketahui rakyat jelata bahawa AMANAH itu hidup dan bersuara! Itu belum diminta untuk bertindak.

    ReplyDelete