29 August 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Syawal telah menjelang dan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kaum Muslimin dan Muslimat yang telah tekun menunaikan fardhu Puasa sebulan di bulan Ramadhan ini.

Ucapan ini juga saya khususkan kepada rakan-rakan yang telah mengikuti pandangan saya melalui tulisan saya yang tidak sepertinya ini. Ucapan melalui blog saya ini adalah pengganti kepada diri saya memohon diampunkan segala kesalahan dan kekhilafan dalam segala tulisan saya selama setahun yang lalu.

Saya berdoa agar segala ibadah serta ubudiah saudara/i di bulan Ramadhan yang berakhir sehari lagi ini akan mendapat rahmat dari Allah swt serta syufaat junjungan kita Muhammad saw.

Saya juga tumpang bergembira dengan segala kejayaan yang anda kecapi di dalam bulan ramadhan al-mubarak ini sama ada kejayaan duniawi atau akhrawi serta kita semua berada di dalam segala keredhoanNya di hari ini dan di hari muka.

Diharapkan segala amalan dan ibadah serta amalan yang disertakan dengan ubudiahnya sekali akan mensucikan diri kita dari berkata-kata dan perbuatan yang nista serta ternoda semoga apa yang kita katakan dan lakukan itu sentiasa didalam keredhoan Tuhan semesta alam.

Sama-samalah kita mengingati di antara satu dengan lain agar kita menjaga diri dan keluarga masing-masing terutamanya semasa memandu baik ke kampong dan kembali ke tempat kediaman masing-masing.

Kita mengingati di antara satu dengan lain agar kita faham bahawa kemalangan yang di alami oleh pihak lain itu juga boleh berlaku kepada diri dan keluarga kita.

Akhirnya sekali lagi saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, maaf zahir dan batin.

24 comments:

  1. Salam Saudara Aspan

    Saya tinggal di USJ bersekampung/ berjiran dengan saudara.

    Saya berharapan agar kita dapat bertemu di Masjid AlFalah ketika kita bertakbir/bersembahyang Hari Raya dan seterusnya kita dapat berkenalan diri.

    Sekiranya kita tidak dapat bertemu, saya mengucapkan Selamat Hari Raya dan berbanyak terima kaseh serta ingin berpesan agar Saudara terus gigih berjuang dalam blog saudara.

    ReplyDelete
  2. Red Alfa,

    I am exceedingly delighted that you are quite a neighbor to me. Saya akan bersembahyang sunat di Masjid Al Mukminun jika panjang umur kehari esok.

    Maaf zahir batin bro.

    ReplyDelete
  3. Pak Aspan,

    Selamat meraikan Aidil Fitri, semoga Pak Aspan sekeluarga di rahmati dan di berkati Nya sentiasa.

    ReplyDelete
  4. Orang Miskin Mersing,

    Saya juga begitu. Saya ucapkan kepada tuan Selamat Hari Raya Aidilfitri berserta sesisi keluarga.

    Saya berdoa agar tuan sentiasa dalam keredhoan dan dalam afa'al Tuhan sentiasa di atas segala-segalanya.

    Kirim salam kepada isteri dan anak-anak tuan.

    T Kasih

    ReplyDelete
  5. Tn.Hj> Salam Aidilitri Minal Aidin Wal-Faizin.
    It's hard to swallow for some but to others its an eye-opener. Keep on writing Pan. Never let the will and the spirit be dampened by what's going on around us.
    It may take a generation or may be more for our people to grow up and be wiser. Rome wasn't built in a day.

    Ikhlas from me
    Unggal Zainal
    Bayswater, London

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat tuan sekeluarga. Semoga tuan sekeluarga sentiasa di anugerahkan oleh Nya kemenangan yang berkekalan di dunia dan hari kemudian. Maaf di pohon jika coretan saya ada yang menganggu tuan.

    Saya balik kampong di Batu Pahat sebentar lagi.Tidak sabar untuk berjumpa adik beradik yang lama tak jumpa.

    ReplyDelete
  7. Ibni Ismail,

    Selamat Hari Raya bro. sampaikan salam saya kepada swemua ahli keluarga anda.

    Berhati-hati memandu ke Batu Pahat tu. Saya doakan saudara selamat sampai ke kampong dan selamayt kembali ke KL.

    T Kasih dan salam.

    ReplyDelete
  8. Sdr Aspan

    Saya ucapkan Selamat Hari Raya kepada saudara sekeluarga dan denagn penuh keoihlasan memohon maaf jika terdapat apa-apa ulasan saya yang menyinggung perasaan saudara mahupun pengikut blog ini.

    Diharap saya dapat mengikuti cramah saudara di suatu masa sekembalinya saya ke tanah air; harapnya sebelum PRU13.

    Salam & Eid Mubarak
    Scrooge

    ReplyDelete
  9. Unggal,

    Selamat Hari Raya saya ucapkan kepada semua diBayswater and all friends there in London.

    Saya berterima kasih kepada Umngal kerana memahami apa yang saya sedang perjuangkan.

    Yes, Rome was not built in a day. I appreciate your understanding bro.

    Take care of your good self and o e mail me your contact no as i may be there in London in the coming winter. Let's sip nice coffee in Bayswater once I am there.

    Cheers and salam bro.

    ReplyDelete
  10. Scrooge,

    Salam Eid mubarak to you as well bero.

    i shall see you once you are back in Malaysia.

    i do hope you enjoy Hari Raya to the utmost in Glassgow.

    Regards to yr wife and family.

    Thanx

    ReplyDelete
  11. AA

    Salam and Selamat H Raya to you and family bro.

    Hari Raya in Auckland does not have the feeling like the one we celebrate in KL.

    Tetapi apa boleh buat kerana cari penghidupan untuk anak-anak bro, terpaksalah merantau.

    it has been like this for almost 2 decades bro.

    Regards to everyone. Thanks.

    ReplyDelete
  12. Rayalah dan Merdekalah Tuan Aspan dan semua rakan Muslim.
    Maaf Zahir dan Batin.
    Lepas ni DS Najib akan gigih menjalankan kempen politik.
    Begitu juga beloved blogger kita.

    ReplyDelete
  13. Quiet Despair

    Selamat Hari Raya dari saya sekeluarga untuk anda seisi keluaraga maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  14. bangkelin,

    Selamat Hari Raya to you also bro.tak apa duduk di perantauan jika di sana memberikan penghidupan kepada saudara.Hanya yang kita miss sedikit ialah pada hari-hari seperti hari raya.
    Yang penting you boleh mencari rezki di sana. You are still young..about 5 years to my age.

    Jika ada kesilapan dan kesalahan saya to you bro, saya pohon maaf zahir dan batin. Jika balek ke sini nanti taliponlah. Kita boleh minum-minum kopi kedai mamak.

    salam

    ReplyDelete
  15. Aspan, salam aidilfitri dari dari New Delhi. Semoga anda dirahmati Tuhan sentiasa.

    i sent you email today.

    salam dari saya

    ReplyDelete
  16. Selamat Hari Raya AidilFitri, Aspan.

    ReplyDelete
  17. Saudara Aspan,
    Selamat hari raya, maaf zahir bathin. Teruskan menulis. Saya salah seorang peminat saudara.

    zahari awang

    ReplyDelete
  18. Encik Aspan,

    Selamat Hari Raya Aidil Fitri untuk Encik Aspan sekeluarga. Maaf Zahir Dan Batin.

    Salam

    ReplyDelete
  19. kepada Asam Pedas dan saudara zahari awang,

    Kepada anda berdua saya berterima kasih di atas ucapan aidilfitri saudara berdua.

    Saya juga mengucapkan selamat Hari Raya puasa kepada anda berdua serta seluruh ahli keluarga anda berdua.

    Saya tidak beraya di kampong, tetapi jika anda berdua memandu jauh jangan lah lupa untuk berhati-hati.

    Saya doakan anda berdua agar selalu di dalam keadaan selamat dan sejahtera.

    ReplyDelete
  20. Hai walla,

    Thanks for your Heri Raya greeting and I hope you are well always bro.

    We have not met for a long while and the last time we met was with D Ariff Sabri in TTDI.

    walla, we should meet soonest.

    ReplyDelete
  21. Aspan,

    This year is quite a nice raya here in France.

    My family dari Kedah ramai mai kat Paris bro.

    Syoklah sikit.

    Aku ucap kat hang selamat hari raya.

    ReplyDelete
  22. Salam Tn Aspan/semua,
    Selamat Hari Raya buat Tuan sekeluarga dan semua umat Islam yang menghayatinya.
    Bacaan menurut Sunnah SAW untuk mendapat barokah dan pahala dari Allah swt di Hari Raya ini adalah "Taqobbalulloh minna wamin/ka(lelaki seorang)/ki(perempuan seorang)/kum(untuk ramai)". Penerimanya menyebut Amin dengan diulang ayat yang sama pada pemberinya.

    Wassalam.
    "Fikir-Fikirkanlah"

    ReplyDelete
  23. "Fikir-Fikirkanlah",

    Saya menerima tip yang baik dri saudara dan saya mengucapkan berbayak terima kasih.

    Saya seisi keluarga hanya mampu mengucapkan Selamat Hari Raya kepada saudara seluruh keluarga.

    Saya berdoa saudara akan sentiasa di dalam keredhoanNya sepanjang masa.

    Mari kita mengingati di antara satu dengan lain agar kita sentiasa bertawajjuh dan bertawassul setiap ketika dengan Tuhan dan RasulNya.

    Maaf zahir dan batin saudara

    ReplyDelete
  24. Badri,

    Selamat berHari Raya Aidilfitri aku ucapkan kat hang.
    Sudah lama hang tak kontek saya. I am happy that you are celebrating H Raya with big crowd in Paris.

    Sampaikan salam kepada emak hang. I hope she is still fit and fine.

    Thanks bro

    ReplyDelete