Pengumuman memansuhkan ISA oleh PM semalam kita alu-alukan, tetapi jangan merayakannya terlalu awal kerana kita belum lagi melihat deraf Akta baru yang akan mengambil tempat ISA itu.
Lagi pun perjuangan kita bukan setakat memansuhkan ISA tetapi banyak lagi isu yang lebih merbahayakan negara dari isu pemansuhan ISA ini. Mansuhnya ISA itu tidak bermakna semuanya telah selesai dan kita boleh hidup dalam keadaan aman dan tanpa disedari kita dilelapkan mata atau ditutupi pandangan kita daripada isu-isu besar lain yang telah menjadi kudis kepada kehidupan rakyat.
Tentulah isu pemansuhan ISA dan pemansuhan tiga deklarasi dharurat ini akan dijadikan modal politik oleh pihak pemerintah untuk menagih sokongan ramai dalam pilihanraya nanti malahan pemerintah ingin menggunakan isu ini untuk mengadakan pilihanraya secepat yang mungkin. Sebagai pemerintah tentulah mereka mahu satu isu yang mereka anggap besar bagi menutupi isu-isu besar yang lain dari pandangan rakyat.
Dalam keadaan politik sekarang pemansuhan ini tidak mungkin memberikan apa-apa tambahan kepada sokongan rakyat terhadap kerajaan kerana Najib masih lagi membisu terhadap isu Bersih dengan 8 tuntutannya yang melibatkan orang ramai. Apa yang jelas apa yang dilakukan oleh Najib ini merupakan tindakan unilateral beliau sahaja kerana hanya sehari sebelum pemansuhan ini Hishamudin masih masih lagi menyatakan bahawa ISA belum lagi ada pertimbangan kerajaan untuk dimansuhkan.
Isu ISA ini tidak pula melibatkan rakyat yang ramai kerana ianya hanya berkaitan dengan segelintir yang bergerak dalam siasah dan politik dan hanya melibatkan beberapa orang sehaja jika ISA dilaksanakan terhadap mereka. Tetapi isu rasuah merupakan isu yang terbesar yang dihadapi oleh kerajaan pada hari ini. Mungkin pemimpin kerajaan akan berfikir yang setelah ISA dimansuhkan ianya akan mendapat markah yang tinggi dan akan mendapat sokongan rakyat, tetapi hakikatnya persepsi rakyat terhadap kebersihan pentadbiran pimpinan pada hari ini sentiasa bertambah dari hari ke hari dan bulan kebulan.
Bagi mereka yang giat memperjuangkan pemansuhan ISA ini mereka tetap meletakan isu rasuah dan salah guna kuasa sebagai isu yang terhadapan sekali. Rakyat masih tidak berhenti untuk memperjuangkan isu rasuah ini kerana Akta Rahsia Resmi 1971 masih tidak di sentuh oleh Najib. Akta ini telah menghalang rakyat untuk melihat ketelusan kerajaan dalam pengendalian kerajaan. Akta Rahsia Resmi ini contohnya telah menghalang rakyat untuk mengetahui kandungan dan cara kerajaan memberikan konsessi lebuhraya kepada syarikat konsessi.
Isu konsessi lebuhraya ini merupakan isu yang besar kerana rakyat sangat terbeban dengan kos perjalanan di antara satu tempat dengan tempat yang lain. Masih belum diberitahu rakyat bila konsessi ini akan berakhir kerana sedang menunggu masa untuk berjalan tanpa halangan tol di mana-mana.
Segala-gala projek besar yang dirunding terus kebanyakannya dilindungi oleh Akta Rahsia Resmi ini dan maka rakyat berkeyakinan yang ada perkara-perkara yang cuba dilindungi dari pengetahuan rakyat dan dalam kerahsiaan inilah berlakunya rasuah dan salah guna kuasa yang melibatkan pemimpin dan pelaksana kerajaan. Perkara ini sudah berlarutan sejak hampir 3 dekad dahulu dan ianya harus dihentikan. Oleh kerana kerajaan tidak mampu untuk memberhentikannya elok rakyat yang melakukan perubahan ini.
Rakyat tahu, jika kita mahukan kepastian untuk mewariskan kehidupan yang baik semasa kita sudah tiada lagi ialah dengan mewariskan kerajaan yang telus dan bersih dari rasuah. Rakyat sekarang berwajib untuk mengambil alih perjuangan membenteras rasuah ini kerana pemimpin kita tidak boleh diharapkan untuk memperjuangankan isu negara yang sangat besar ini.
Rakyat berhak untuk melalui proses ‘trial and error’ sehingga sampai ke matlamat mendapat kerajaan dan pemerintah yang bersih dari rasuah dan salah guna kuasa ini. Rakyat sudah telalu mual dan tidak lagi mudah untuk termakan retorik dan ucapan yang bergegar-gegar kerana mereka sudah sedar bahawa selama ini mereka telah terpedaya dengan janji dan retorik kosong yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang ada pada hari ini.
Apa yang rakyat mahu sekarang ialah untuk melakukan pilihan secara telus dan itulah sebabnya rakyat tidak mahu lagi usaha mereka untuk membuat pilihan mereka tergendala oleh kerana penipuan yang mereka rasakan dilakukan oleh pihak yang berkuasa setiap pilihanraya berlaku.
Kita mesti bertegas dengan desakan untuk melaksanakan pilihanraya secara gentleman dan telus. Pihak berkuasa mempunyai tanggungjawab mutlak untuk mempastikan desakan ini dituruti dengan tindakan yang jujur untuk diperbaiki dan diperbetulkan. Jangan biarkan rakyat merasa tertekan dengan intrigue kotor yang sering dilakukan sejak zaman berzaman.
Tuntutan pembangkang untuk bersama-sama menggunakan media massa perdana untuk menyampaikan mesej kepada rakyat semasa pilihanraya merupakan satu tuntutan yang wajib dilaksanakan kerana selama ini media massa perdana seperti TV1, TV2 TV3 dan yang lain-lain hanya dikuasai oleh pemerintah sedangkan saluran TV itu adalah milik rakyat yang menggunakan wang dari cukai rakyat termasuk ahli-ahli parti pembangkang.
Jika parti pembangkang tidak dibenarkan menggunakan saluran-saluran TV milik rakyat itu saya cadangkan supaya ahli-ahli pembangkang dikecualikan dari membayar semua cukai kepada kerajaan. Najib perlu mengambil langkah adil kepada semua pihak termasuk parti-parti pembangkang di dalam pilihanraya umum nanti.
Rakyat yang tertekan akan membawa padah yang buruk kepada negara dan ini telah terbukti dengan apa yang kita lihat berlaku di banyak negara di dunia ini dalam mana sekuat mana pun sesebuah kerajaan itu jika ditolak oleh rakyat kerajaan itu akan jatuh bergelimpangan di hadapan mata rakyat nya sendiri.
Seperkara yang perlu dilakukan oleh Najib sekarang ialah untuk menggunakan pengaruh pihak Lagislatif untuk menggubal undang-undang yang ketat supaya rakyat tidak dibenarkan bercakap tentang isu-isu rasis yang boleh memecah belahkan rakyat yang berbilang kaum di negara ini.
Selagi usaha ini tidak dilakukan selagi itulah kita tidak boleh mengaku yang pimpinan kita telah melaksanakan transformasi seperti yang diwar-warkan oleh mereka melalui media massa perdana dan lain-lain.
Too late to be of any good to BN. There are abundant of issues not being addressed yet.
ReplyDeleteLet celebrate H Raya for this whole month first. than we do the deliberations on UMNO and its hegemony on the country.
Rakyat Malaysia mesti bertekad bagi melaksanakan transformasi politik Malaysia yang menyeluruh bagi kesejahteraan ekonomi, sosial, agama dan sebut lah apa pun kepada rakyat yang sudah lama tertindas, tertipu dan mungkin di rosakkan minda nya
ReplyDeletesalam tuan. you gave a very timely precaution against any premature conclusion and celebration in the light of the PM's verbal decree. it is important for all right thinking folks to be reminded about the OSA, which remains untouchable and thus, prevent the freedom of information to be put into practice. well said tuan.
ReplyDeletekomocava
Pemansuhan akta ISA kemudian digantikan dengan dua akta ISA yang baru dilihat seperti ada udang disebalik batu, telunjuk lurus kelingking berkait.
ReplyDeleteAda kemungkinan ia lebih zalim dari apa yang ada sekarang seperti yang berlaku pada BPR menjadi SPRM.
Tunggu dan lihat...
Najib mansuhkan ISA. Mana perginya muhyiddin? Kalau dia tidak mahu bersuara dan sama-sama bertanggungjawab, MANSUHKAN MUHYIDDIN sama.
ReplyDeletenak mansuh or not, won't make a different since he have already mentioned... a new law will be created or whatever. as long as "bn" is in power, jangan nak harapkan perubahan. hook by crook, a change is a must to create a new malaysia for all malaysian. "bn" have to go...
ReplyDeleteEncik Aspan,
ReplyDeleteWell, what can we comment on PM speech? Most distinct was his tone is different than normal for certain. Quoting past US President famous speech and very much sounded like Spartacus drumming his soldiers to final battle, PM's PR men must have polished the man well before this presentation.
So what is the reality? First, at least now I know ISA was created in the 60s though long ago I was make to believe it was legacy left by the British. Anyway why we need another 2 laws to replace ISA must have people puzzled?
About repealing on printing law, we can only guess govt sanction media is no match to online media on credibility that lead to this review. Last check govt controlled media seems to be facing dwelling subscribers every year as they are the only one appear to be dinosaur in the industry. Utusan, NST and others don't need license to be dinosaur.
Now after big speech being government of,by and for the people, the public will be more critical on PM's followup actions. Quoting Caesar famous quote " Caesar's wife must be above suspicion" , until then there are still doubters.
Mansuhkan Rasuah dan Harga barangan Yang meningkat lagilah baik.
ReplyDeleteSalam Tn. Aspan/semua,
ReplyDeleteHakikat kebenaran hari ini bahawa Pemimpin BN tidak lebih dari maukan kuasa dan membolot khazanah negara untuk mengisi serakah nafsu masing-masing. Matlamat inilah yang menyebabkan hak rakyat dikotak-katik dan diketepikan. Mereka tidak ikhlas bekerja untuk Rakyat. Pemimpin2 ini dididik untuk mengampu atasannya dan menipu bawahannya. Mereka terlupa bahawa atasan mereka yang sebenar adalah rakyat.
Dalam keadaan rakyat tengah susah, percaya ke... Menteri Agama Islam pun, dengan tanpa malu boleh buat rumah berjuta $$$$? Bila orang Islam minta bantuan gereja dijadikan pula sebagai isu. Agama seolah-olah menjadi bahan rhetorik politik. Bayangkan tuhanpun hendak ditipunya.
Keutamaan Rakyat bukan ISA. Keutamaan rakyat adalah kos sara hidup yang telah melampaui batas, kutipan tol yang mencengkam perjalanan rakyat dalam negara sendiri, rasuah bermaharaja lela, ketidak adilan penjawat, penguasa dan perundangan. Rakyat meluat dengan pemberian kewarganegaraan sewenang-wenangnya kepada warga asing. Rakyat benci dengan projek-projek gajah putih dan rhetorik politik.
Penyelesaiannya bukannya susah sangat :-
1) Tarikh balek kutipan tol,
2) Turunkan harga barang, elektrik dan tetapkan kadar gaji pekerja menurut kewajaran.
3) Hapuskan PTPTN dan gantikan dengan pemberian biasiswa pada yang benar2 layak atau setidaknya pinjaman boleh ubah tanpa faedah atau caj perkhidmatan.
3) Tangkap dan bicarakan Tiong Keng Seng yang telah berjaya membolot berbillion ringgit duit dari penipuan projek PKFZ dan tangkap pemberi/penerima rasuah yang sebenar termasuklah pemimpin lalu.
Namun apakah solusi di atas ini boleh dilaksanakan? Kalau ikan dah busuk di kepala, tiada cara lain kecuali dibuang atau dikeringkan buat seketika.
Ini suara hati dari sebilangan ahli UMNO. Kalau ahli2 UMNO telah berfikir begini termasuk pemilik blog, cuba bayangkan bagaimanakah pandangan ahli yang di luar UMNO?
Hari ini, semua kerosakan di atas datangnya dari pemimpin2 dan pemerintah banggang yang telah diberikan mandat, amanat atau mereka sendiri yang merompak kuasa secara salah dan kemudian menipu rakyat. Rasanya tidak mungkin mereka akan dapat melaksanakan pembetulan maupun keadilan malahan mungkin keadaan saban hari menjadi bertambah parah.
"Fikir-Fikirkanlah"
salam
ReplyDeleterakyat perlu tahu pembiayaan bagi pembinaan LPT2 yang menggunakan dana khas (baca sebagai royalti yg ditarik semasa pemerintahan PAS); apakah tol akan dikenakan walaupun menggunakan dana khas kerana konsesi menggunakan peruntukan hasil kurniaan bumi Terengganu tersebut.... sedap lah kalau meniaga macam tu
Yang dibimbangkan adalah apabila ISA dimansuhkan, akta baru yang diwujudkan adalah lebih teruk daripada ISA itu sendiri.Dengar khabar, definisi kebebasan berhimpun akan diperincikan dengan tidak memasukkan demontrasi jalanan sebagai hak berhimpun. akhirnya, sama sahaja.tidak ada tapi macam ada.
ReplyDeleteDon't care much about ISA. How many Malaysians are affected by it.
ReplyDeleteMore concerned about high cost of living and helping the livelihood of the poor.
That is what the government is giving importance too.
Teruskan Raya. Lepas ni kita sambut Deepavali pulak.
Hindraf raya sakanlah ya dengan tak adanya ISA. Hahaha
Salam Tuan Aspan,
ReplyDeleteJangan terperanjat jika semua akta yang mengongkong kebebasan menzahirkan pandangan rakyat ini akan di mansuhkan oleh najib. Mungkin ini persiapan terbaik najib untuk ambilalih kerusi ketua pembangkang di penggal akan datang.
Bagaimana agaknya jika akta mesin cetak khususnya yang melibatkan akhbar benar benar di liberalkan dan dimasa PR jadi pemerintah, Utusan dan BH masih ujud setiap hari bernada pembangkang. Menarik juga untuk dilihat apakah PR akan batalkan permit Utusan dan BH seperti mana BN buat pada masa pemerintahannya. Kita kena ingat yg secara bertulis, Utusan dan Berita Harian bukan hak pemerintah. Saya jangka berdasarkan layanan Kerajaan Pulau Pinang dan Kelantan, Utusan akan dibatalkan permitnya nanti. Maka sejarah menyekat kebebasan akhbar akan berulang. Kita tunggu dan lihat bila sampai masanya nanti.
Bila PM katakan bahawa akta mesin cetak akan diubah dengan membatalkan keperluan pembaharuan permit/lesen setiap tahun dan ditukar dibenarkan sehingga dibatalkan lesen berkenaan, saya rasa ianya bukan sesuatu yang positif. Ini mungkin membawa maksud setiap permit atau lesen yang diberikan boleh dibatalkan pada bila-bila masa tanpa menunggu lesen/permit berkenaan tamat tempohnya. Ini adalah tindakan licik sebenarnya.
ReplyDeleteTok Pan,
ReplyDeletePEAM kata hari nie tiada orang boleh mendapat kredit pemansuhan ISA, hanya BN sahaja berhak mendapat kredit. Betul ke?.
Rasa macam sama je kes menuntut kemerdekaan' hanya EMENO sahaja berusaha, rakyat lain tiada peranan no.
Saya nak minta Mat Sabu la sekali lagi ulas ISA dalam ceramahnya nanti. Dia pun bukan orang lain, graduan ISA juga..betul tak Tok Pan.
He3..Lu fikir la sendiri.
-sender Rakyat Jenny lo (Jeniang la tu)
Sometimes being held under ISA is glamorous. You became famous and people know you. Before that you are just a nobody.
ReplyDeleteSome regard you as a hero. For doing what? Is subversive heroic?
Salam Sdr Aspan,
ReplyDeleteTerima kasih kerana mengutarakan isu pemansuhan ISA sekali lagi. Saya harap rakyat tidak tertipu sekian kali dengan isu pemansuhan akta seperti ini.Kerajaan yang ada maseh boleh menggunakan Akta polis dan akta-akta lain yang selama ini disorok(tidak digunakan)... Kalau kita nak pasti benar-benar undang-undang yang menginaya rakyat ini dimansuhkan hanya dengan satu cara saja... tukar kerajaan yang ada hari ini bila PRU13 diadakan. Dengan cara ini kita akan dapat menyelesaikan kekusutan bagi isu-isu lain yang menghantui kita selama ini. Isu tol, kosessi tenaga, rasuah, royalti hasil bumi, pekerja asing, penilaian projek mega, pemaju kosessi projek mega, pengambilan hartanah yang nilainya tidak menusabah setelah di putarbelitkan,pemilikan harta anugerah kepada kroni dan keluarga menteri dsb dapat di siasat dan diambil tindakan sewajarnya. Cukuplah kita dipaksa bodoh selama lebih 3 dekad lalu.Raakyat perlu membuat pengorbanan untuk kita memerdekakan negara kita ini dari gulongan yang memerdekakan kroni dan keluarga mereka selama ini.Bayangkan pada tahun 60an dulu kita hanya perlu beberapa puluh juta sahaja bagi rancangan 5 tahun pembangunan , sekarang kita belanja berbilion ringgit untuk membeli 2 buah kapal selam...jangan mudah tertipu dengan gula-gula tak seberapa....
tuan aspan
ReplyDeleteSaya setuju dgn pandangan tuan. Takkan semudah itu BN nak hapuskan ISA. Bangla & Indon boleh diberi kerakyatan dgn mudah dan banyak lagi benda2 yang tak masuk akal dan mengancam negara telah dilakukan oleh pemerintah bn..... mereka akan tergamak untuk menggadaikan negara selagi dapat bertahan memerintah, takkan la senang2 nak hapuskan salah satu 'senjata' terakhir mereka....