Jelas, pilihanrayua semakin hampir. Banyak isu yang dipaparkan oleh pihak parti kerajaan sekarang memberikan bayangan yang kuat yang pilihanraya sudah hampir tiba dan ada pandangan yang menyatakan pilihanraya akan di adakan pada penghujung tahun ini juga.
Keputusan untuk memanggil pilihanraya ada di tangan UMNO khususnya kepada Presidennya yang juga Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak. Jika pilihanraya diadakan pada bulan November ianya merupakan penggal yang terpendek ia itu 3 tahun lapan bulan. Dalam sejarah pilihanraya negara penggal 1978 ke 1982 merupakan penggal yang hanya 3 tahun 8 bulan juga.
Keadaan ekonomi global yang dijangka akan bertambah buruk menyebabkan kemungkinan penggal pilihanraya kali ini akan menjadi penggal yang pendek kerana BN tidak mahu terjebak dalam situasi ekonomi global serta negara kita yang lebih buruk semasa pilihanraya nanti. Faktor ekonomi merupakan salah satu faktor terpenting dalam menentukan tarikh pilihanraya negara.
Oleh kerana desakan untuk mengadakan pilihanraya terawal yang mungkin maka BN yang belum lagi berkeyakinan tentang sokongan rakyat nampaknya menggunakan apa sahaja isu yang mereka anggap boleh melemahkan pihak pembangkang yang kian kuat dan kehadapan semasa ini.
Isu yang sedang di mainkan oleh pihak parti kerajaan khususnya UMNO, ialah isu komunis dan Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS. Isu meng-komuniskan Mat Sabu itu dianggap isu yang terbaik bagi UMNO untuk mengurangkan pengaruh PAS. UMNO tidak mampu untuk mendapat sokongan rakyat melalui rekod dan menampilan cemerlang. Oleh itu UMNO mengambil jalan dengan cara ‘discredit’ pembangkang dan pemimpinnya.
Ucapan Mat Sabu di Tasek Gelugor beberapa hari yang lepas dianggap yang terbaik untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap isu yang sangat besar yang sedang dihadapi oleh UMNO dan BN sekarang ini, iaitu isu persepsi rasuah yang menebal dan telah menjadi stigma yang kekal kepada UMNO dan BN. Isu ‘Mat Sabu dan komunis’ yang tidak menesabah ini juga diharapkan oleh UMNO untuk memalingkan pandangan rakyat terhadap isu kenaikan harga barangan keperluan yang terlalu mahal pada masa ini.
Kalau diteliti ucapan Mat Sabu yang telah direkodkan di Tasek Gelugor itu tidak ada sepatah pun isu komunis di sebut oleh Timbalan Presiden PAS itu. Tetapi Utusan telah menulisnya dengan besar di dalam akhbar harian itu semata-mata untuk discredit PAS yang sedang mengembang pengaruhnya di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.
Saya selalu menyebut di dalam tulisan saya di dalam blog saya ini yang segala isu yang ditimbulkan oleh UMNO merupakan isu yang ‘counter productive’ kepada BN dan UMNO. Semua isu yang dimainkan oleh UMNO akhir-akhir ini merupakan isu yang ‘self defeating’ bagi parti pemerintah ini. Semakin hari rakyat semakin celek tetapi UMNO terus terusan menggunakan isu yang memakan diri mereka sendiri.
Rata-rata orang ramai berpendapat yang UMNO tidak mungkin berjaya untuk mendapat sokongan tambahan melalui rekod yang baik untuk parti itu. Isu Mohamad Sabu ini merupakan isu yang UMNO anggap terbaik untuk memalingkan pandangan rakyat dari isu transformasi ekonomi dan politik yang tidak ada tanda-tanda kejayaannya. Pelan transformasi ekonomi tetap dan masih berada di dalam lab yang dihuni oleh Idris Jala di Jabatan Perdana Menteri.
Isu Mohamad Sabu ini juga diharapkan oleh UMNO untuk menutup segala kesalahan dan kesilapan pihak pemerintah dalam menangani isu Bersih 2.0 dua bulan yang lepas. Bak kata Dr Mahathir, UMNO sudah rosak sampai ke ususnya. Jika kata-kata seperti ini yang datangnya dari seorang bekas pemimpin negara yang di anggap besar oleh pengikutnya tentulah ianya satu pandangan yang sangat berasas, apatah lagi Dr Mahathir merupakan pengasas kepada parti UMNO yang ada pada hari ini.
Hari ini Utusan telah meminta semua pihak menolak PAS sedangkan Utusan itu sendiri telah ditolak oleh pembaca dan kini Utusan hanya mempunyai pembaca tidak lebih dari seratus ribu sehari. Cara Utusan melakukan serangan yang merapu terhadap Mohamad Sabu itu seolah-olah meminta semua pihak melupakan kes rasuah di dalam kerajaan UMNO dan semua kes salah guna kuasa yang berlaku begitu serius di dalam pentadbiran BN pada hari ini.
Isu komunis yang diputar belitkan oleh Utusan ini juga mungkin menjadi isu yang paling akhir sebelum pilihanraya yang akan datang ini. Jika Utusan ingin menjadi akhbar yang ber intregiti akhbar ini mesti juga lah membesarkan isu rasuah yang secara sistematik yang dilakukan oleh parti-parti di dalam BN khususnya UMNO.
Rasuah dilakukan secara sistematik melalui projek-projek infra struktor dilaksanakan secara ‘negotiated tender’ yang begitu maha untuk dibayar oleh rakyat. Semuanya ini merupakan tindakan yang memerah rakyat yang sudah menjadi ketagihan kepada pemimpin-pemimpin UMNO sekarang ini.
Jika Utusan sebenarnya bertanggungjawab ianya mestilah secara terbuka yang rasuah boleh di cegah kerana kerajaan Pulau Pinang telah berjaya mengelakan dari ketirisan dalam urusan mengurus wang rakyat dan telah memberikan keuntungan kepada rakyatnya yang berbilang kaum itu.
Kenapa Utusan tidak mengenengahkan kejayaan P Pinang yang melaksanakan pentadbiran secara ‘transparent’ tanpa berat sebelah kepada mana kaum dan agama.. Contohnya banyak kotraktor Bumiputra berjaya mendapatkan tender secara terbuka. Kerajaan P Pinang tidak memilih bulu, siapa yang ada meritnya dialah yang berjaya mendapatkan projek-projek kerajaan negari itu.
Di sebaliknya UMNO yang dikatakan berjuang untuk Melayu itu hanya menggunakan isu keistimewaan Melayu itu untuk kroni-kroni dan pengampunya dan ramai kontraktor bumiputra tidak mendapat apa-apa kerana segala projek yang hendak di laksanakan sudah ditentukan siapa yang akan mendapatnya, dan selalunya hanya kroni-kroni nya sahaja yang akan mendapatkannya. Kontraktor Melayu yang tidak masuk dalam senarai kroni hanya menganga denagn air lior meleleh hingga ke dagu.
Saya pernah menulis yang UMNO itu hanya untuk beberapa orang yang eksklusif sahaja. Ahli-ahli yang ramai itu hanya dijadikan seperti kerbau-kerbau di sawah, gunanya hanyalah untuk membajak sawah dan hasil padinya dibaham oleh tikus-tikus yang liar di dalam kepok padi sahaja.
Melayu yang lain hanya mendapat sekam-sekam padi sahaja dan itulah yang digunakan oleh pemimpin kita untuk memujuk orang Melayu menyokong mereka melalui subsidi gigi palsu, lembu pawah, kambing pawah dan berbagai-bagai lain yang tidak bernilai untuk rakyat yang memerlukan peluang untuk membangun bagi berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah di antara kaum di negara kita ini.
Sekarang pilihanraya hampir tiba dan jika kerajaan yang memerintah benar-benar sebuah kerajaan yang adil di dalam pilihanraya kali ini, peluang untuk semua parti untuk mendekati rakyat melalui media masa perdana wajar diberikan kepada pembangkang juga. Jika ini diberikan, maka peluang untuk sesiapa untuk memfitnah dan berbohong dengan rakyat akan dapat dikurangkan. Rakyat perlu diberikan ‘accessibility’ yang seadil-adilnya kepada semua pihak.
Yang terlalu berkurangan bagi pihak BN ialah kejayaan yang benar-benar ‘organic’ dalam melaksanakan dasar-dasar dan perancangan serta transformasi ekonomi dan politik negara yang dijanjikan oleh BN sekarang ini. Kejayaan perancangan yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini tidak nampak lagi kejayaannya maka untuk menutupi malu pihak pemerintah bertindak menyerang parti-parti pembangkang habis-habisan dengan isu-isu yang mengarut.
Serangan BN itu seperti serangan parti yang membangkang. Kenapa begitu? Kenapa mengambil ‘attribute’ parti yang membangkang….menghina pihak lain di mana-mana. Parti pembangkang pun tidak berbuat demikian.
Tindakan defensif sambil menyerang secara ‘offensive’ yang dulunya dilabelkan oleh BN sebagai sifat pembangkang, kenapa pula BN melakukan perkara yang sama?
Kalau BN bersikap seperti pembangkang semasa masih berkuasa, adakah itu tanda-tanda awal yang BN akan menjadi pembangkang selepas pilihanraya nanti? Kenapa bersusah payah sangat nak jadi pembangkang?
Ramai juga rakyat yang mahu melihat UMNO duduk di kerusi pembangkang di Dewan Parlimen dan Dewan-Dewan Lagilatif di negeri-negeri. Ibarat main gasing: kalau dah selalu memangkah kali ini elok juga mengambil giliran untuk memusing gasing.
Biarlah pihak lain pula mengambil giliran untuk memangkah.
Tulisan saudara tepat ke sasaran. Kuncu-kuncu BN kini sedang bermaharajalela untuk meraut segala kekayaan sementara mereka masih berkuasa. Dalam keghairahan mereka membolot pusaka Negara, isu-isu agama dan bangsa sengaja diungkitkan untuk mengaburkan pandagan rakyat.
ReplyDeleteBegitulah jijiknya perangai mereka yang mabuk kuasa dan duit ini. Sampai sanggup mereka mencemarkan insitusi Raja-Raja semata-mata untuk kepentingan mereka sendiri. Sudah lupa malu dan hilang akal untuk memimpin. Yang pandai hanya melanun kekayaan Negara.
Salam Tuan Aspan,
ReplyDeleteBaru sahaja tiba rumah setelah puas menghabiskan masa berkampung di kampung kelahiran saya dan tempat bersemadi kedua ayah dan ibu tercinta. Harap tuan sudah dapat luangkan masa menziarahi saudara mara untuk merapatkan silaturahim.
Isu UMNO ini sangat mudah. UMNO memang tidak akan berubah. Isu utama utama adalah sejauh mana pakatan rakyat berjaya meyakinkan majoriti rakyat bahawa mereka mampu mentadbir negara. Taktik UMNO sangat mudah dijangka cuma pakatan rakyat sangat lambat dan tidak bijak manipulasi keadaan. Sangat terikut dengan rentak tari UMNO.
Berbuih lah mulut tuan dan para penceramah PR dalam menelanjangkan UMNO yang pada saya adalah perbuatan yang hampir kepada sia sia. Saya katakan sia sia kerana UMNO memang bertelanjang. Tak payah lah tuan susah susah kan diri telanjangkan UMNO. Yang perlu tuan dan para pemimpin PR tunjukkan pada rakyat adalah jenis baju yang meliputi badan kalian. Apalah erti telanjangkan UMNO kalau parti dokongan tuan juga bertelanjang ataupun hanya diliputi kertas surat khabar macam Pak Kadok.
Salam Pak Aspan,
ReplyDeleteMungkin tak perlu tulis semula sejarah Tanah Melayu dari zaman kolonial hingga merdeka.
Kita kena mulakan sejarah baru,
kali ini biar rakyat sendiri yang tulis!
sdr aspan,
ReplyDeletei share the view of ibni ismail. there has been much exposures now. UMNO exposing PR's backside and vice versa. added perhaps by UMNO exposing their own folly and those of the stable of bloggers and their loyal followers.
it's now time for 'this is what we are and here is how we are going to do it.' blog readers can easily be convinced; in fact we already are convinced. but what about those masses? them masses who read UMMB publications; who listen to and watch RTM and Media Prima, who attend ribbon-cutting ceremonies and endure the VIP's 'enlightening' speeches?
scrooge
Pak Aspan,
ReplyDeleteAMANAH is too quiet. They should start to say something on the tendering process of the mega projects by the BN government. Let us start by a legislation categorically defining that "all non-open bidding process to be categorized as RASUAH". Others can cover the politics but AMANAH must stay true to the course.
zaidi,
ReplyDeleteInsyaallah ia akan bergerak. Senyap sekejap kerana kita sedang menghadapi bulan ramadhan dan sekarang pula orang ramai sedang merayakan syawal.
BUT it will be definite and surely in motion as soon as we can.
Thanks zaidi.
Salam.
ReplyDeleteTepat sekali jangkaan Tuan. Latah UMNO selalunya counter productive dan memakan diri.
Yayasan Warisan Johor iktiraf Mat Indera
Saya tidak perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber untuk membuat pendirian bahawa Mat Indera ialah seorang pejuang kemerdekaan, seperti yang disebutkan oleh Mat Sabu. Saya hanya merujuk kepada buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri. Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn. Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. Nah, saya tak pasti adakah selepas ini nama-nama ini pula akan dilabelkan sebagai pengkhianat tetapi merekalah yang bertanggungjawab mengangkat ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.
Siapa Mat Indera
Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa Mat Sabu supaya bertaqwa baru-baru ini. Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/analysis-a-opinion/5201-kerajaan-johor-iktiraf-ketokohan-mat-indera
Salam Tuan Aspan,
ReplyDeleteSaya setuju dengan pandangan Sdra. Ibni Ismail.
Sumber yang rapat dengan MB Selangor pernah beritahu saya bahawa di Negeri Selangor ada banyak lagi kes penyelewengan era Khir Toyo yang belum didedahkan. Mereka tidak mahu buang masa dan khabarnya MB Selangor lebih menumpukan usaha membantu dan membangunkan rakyatnya. Hingga usahanya itu adakalanya mendapat reaksi kurang senang oleh partinya sendiri PKR dan juga PAS serta DAP.
Menurut sumber itu lagi jika tanya rakyat biasa tidak kira parti di Selangor mereka sokong penuh usaha MB Selangor itu. Lihat sahaja program TAWAS Negeri Selangor sebagai contoh.
Tambah sumber itu lagi sejak PR memerintah Selangor telah banyak isu permohonan tanah rakyat dapat diselesaikan. Semuanya ini, menurut sumber itu lagi adalah kerana kesungguhan usaha oleh MBnya sendiri supaya rakyat didahulukan.
testing..
ReplyDeleteSaudar AA,
ReplyDeleteUMNO/BN memang setakat ini masih menggunakan taktik 'baling batu, sembunyi tangan' tetapi isu kali ini amat jelas sekali yang ia cuba menguburkan Mat Sabu tetapi percubaan begini akan 'boomerang' mereka.