10 September 2011

Kita boleh namakan anak kita P Ramlee, tetapi tidak akan jadi P Ramlee

Dalam isu siapa pejuang kemerdekaan negara sekarang sedang hebat diperdebatkan. Tetapi tidak apalah, kerana pilihanraya sudah hampir tiba. Umno memang sebuah parti yang memperjuangkan kemerdekaan tetapi UMNO hanya memasuki perjuangan kemerdekaan itu di pusingan akhir perjuangan itu dan UMNOlah yang kumpulan yang terakhir untuk menyudahkan perjuangan dan menerima kemerdekaan itu.

Yang menjolok buahnya ramai tetapi belum berjaya. Tetapi kejayaannya sampai apabila UMNO wujud untuk menyambut buah yang akan jatuh setelah banyak pihak yang menjoloknya. Memangpun hakikatnya siapa yang menjolok buah itu jarang-jarang yang dapat menyambutnya. Selalunya orang lain yang menyambutnya dan mereka lah yang menerima buah-buah yang jatuh tadi.

Oleh kerana UMNO adalah kumpulan yang terakhir yang menjoloknya maka UMNO lah yang menyambut buah kemerdekaan itu. Yang menjolok sebelumnya ramai. KMM, API dan banyak lagi yang menjolok kemerdekaan ini. Malahan PKM juga merupakan salah satu di antara banyak kumpulan yang menjolok kemerdekaan tetapi PKM berjuang melakukannya dengan mengangkat senjata. PKM sudah di haramkan kewujudannya dan kita semua menerima pengharaman itu dengan baik.

Dalam isu ini yang hanya boleh menyelesaikan perdebatan ini ialah untuk kita semua mengakui yang sejarah kita yang mengatakan UMNO itu merupakan parti yang memperjuangkan kemerdekaan itu adalah seratus peratus benar. Tetapi yang kurangnya dalam penulisan sejarah kita ialah kita meninggalkan nama-nama manusia perjuangan kemerdekaan dengan pertubuhan-pertubuhan mereka yang telah berhempas pulas untuk melepaskan negara kita dari belenggu penjahan asing itu.

Kalau kita manusia yang berfikir dan mempunyai perasaan tentulah kita faham yang orang lain pun mempunyai perasaan. Kenapa kita tidak terima sahaja yang sebelum UMNO diwujudkan itu puluhan badan-badan dan pertubuhan yang wujud dengan semangat perjuangan untuk memerdekan negara. Apa salahnya kita terima hakikat ini dan berbaik-baik di antara semua pihak. Jika sudah bertengkar tidak boleh kah bersama-sama mengakui yang kedua-dua belah pihak ada betulnya dan ada kesalahannya.

Sekarang sudah jelas yang UMNO merupakan parti yang memperjuangakan kemerdekaan dan sebelumnya ada puluhan pertubuhan yang wujud dengan tujuan yang sama. Oleh kerana itu sudah menjadi kenyataan apa lagi yang hendak bertengkar ini? Semua orang tahu yang pilihanraya akan tiba dan tentulah isu ini dijadikan isu oleh pihak yang berkuasa untuk mengekalkan kuasa dan mandat rakyat. Pulangkan kepada rakyat untuk menilainya.

Akhirnya sekali lagi kita akui yang pertubuhan yang banyak wujud uitu semuanya bertujuan untuk memerdekan negara termasuk UMNO.

Tetapi satu persoalan pula yang harus kita fahami yang UMNO sekarang ini tidak kena-mengena dengan apa-apa perjuangan kemerdekaan negara. UMNO yang memperjuangkan kemerdekaan itu ialah UMNO yang sudah di kuburkan itu. UMNO sekarang di tubuhkan pada Februari 1988 sedangkan kemerdekaan kita ialah pada 1957, iaitu 41 tahun sebelum UMNO sekarang wujud. Tetapi PAS, MCA dan MIC memang wujud semasa usaha memerdekan negara semasa itu. UMNO sekarang belum ada lagi.

UMNO sekarang hanya menggunakan nama UMNO asal yang berjuang untuk kemerdekaan dulu. Kita boleh menamakan anak kita P Ramlee kerana hormat kita kepada jasa allahyarham P Ramlee kepada industri perfileman negara kita.

Tetapi P Ramle yang sebenarnya sudah meninggalkan kita hampir 41 tahun yang lalu. Maka P Ramlee yang baru lahir ini takkan lah hendak mengaku P Ramlee yang memperjuangkan industri filem negara dulu…bukan gitu?

P Ramlee yang sudah meninggalkan kita itu tinggi seninya. P Ramlee yang ada pada hari ini perongos sifatnya dan tidak berseni...asyik mengumpulkan harta sahaja.

30 comments:

  1. Mengarut artikel ni. Macam mana umno memperjuangkan kemerdekaan sedangkan negara kita tak pernah dijajah...... Betulkan fakta anda....

    ReplyDelete
  2. SayaBukanKling,
    Kesian awak ini. Kalau tidak pernah di jajah kenap buat stadium untuk mencapai kemerdekaan?
    Semua pemimpin dok kata termasuk Dr Mahathir, Tun Razak, Tunku dan UMNO sendiri sentiasa memperingatkan kita yang kita sudah merdeka dan terlepas dari penjajahan 450 tahun, sekarang nak cilok kata pula kita tidak pernah dijajah. Takkanlah rendah sangat pemikiran awak!
    Inilah sifat orang UMNO!! bercabang-cabang lidah. Atau pun awak sedang deman panas?
    Nak pinda lagi sejarah ke?
    Membelit aje kerja orang macam awak ni.


    sulaiman akhlakan.

    ReplyDelete
  3. Tok Pan
    Tipah tertipu la lagi.
    Ingatkan Merdeka, rupa-rupanya tak pernah dijajah pun.
    He3...sender Rakyat Jenny lo (Jeniang la tu)

    ReplyDelete
  4. Pak,

    A cousin of mine, who is in his early 20 put up an excellent argument about UMNO's demand for the rakyat to always remember and be thankful for the "merdeka" that was delivered by UMNO. His argument was "haven't we, Malaysian, shown enough gratitude and thankfulness to UMNO and it's leader for giving us merdeka in letting them rule us for half a century? All those leaders who fought for independence was revered, honored and placed in power. They are now dead but not forgotten."

    And then he added a pertinent question to the NEW crop of UMNO leaders' "And why should we owe a debt of gratitude for the "post merdeka" UMNO leaders whose contribution to the country is corruption and mismanagement? WE have already shown our gratitude to our Bapa Kemerdekaan, Bapa Pembangunan dan Bapa Penyatuan. We would be stupid and worse, insane to feel gratitude to leaders who are corrupt, selfish, greedy, egomaniac, inept and who are good for nothing to this nation of ours!" Gratitude should be showered to those who deserved it and clearly the current crop of UMNO leaders (going back 3 decades ago till now) doesn't deserve it. So we, Malaysian are left with only one choice and that is "ANYTHING BUT UMNO OR ASALKAN BUKAN UMNO (ABU)!"

    Nick.
    P.s - UMNO baru was never the continuation of the old UMNO. We can see this clearly when TDM assume the 000001 membership number of UMNO Baru. So in fact Dato' Onn, TAR, TR and THO was never made a member of UMNO Baru, even posthumously. By usurping the title of the 1st member of UMNO Baru, TDM has literally severed the connection between the old UMNO and the UMNO Baru. There was only one UMNO in Malaysia and just like arwah P. Ramlee, both are dead and buried.

    ReplyDelete
  5. Woi! Brother!
    Kita mana pernah di jajah kalau tak caya tanya sama Prof Emirotus Khoo kerana dia sedang mencanang kesana kemari buat penjelasan dan semua orang jadi kelabu asap.
    Yang mana satu betul ni?

    ReplyDelete
  6. To Sayabukankling,

    Very nice retort to "Prof" Ramlah! Wondered where she got her PhD and what's the title of her thesis if any? Could it be "History revisited: UMNO Baru is the real champion of Merdeka and TDM was in fact the real person who gained merdeka for Malaya (err.. can I have a title of Dato' Seri or maybe a Tan Sri to go with that...?)"

    Nick.

    ReplyDelete
  7. Anonymous, saya rasa kenyataan SayaBukanKling tu adalah sebagai sindiran dan pulang paku buah keras kepada kenyataan-kenyataan professor-professor kangkong & kongkang yang cuba berlagak hero mutakhir ini. Jangan mudah melenting bro! nanti termakan diri.. hehe.

    Apa pun, hakikatnya sejarah negara kita perlu ditulis dan digarap semula untuk lebih difahami oleh generasi pada hari ini tentang susah payah dan darah pejuang yang diwariskan oleh datuk nenek moyang kita. Ini termasuklah sejarah sejak zaman kegemilangan Melaka dahulu.

    ReplyDelete
  8. Sulaiamn Akhlan:
    komen SayaBukanKling itu momokan kpd kenyataan Prof Dr Zainal Kling kononnya Malaysia tidak pernah dijajah British, tetapi cuma dilindungi mereka. Licik sungguh British ni sampai berjaya meyakinkan seorang Professor Keling Malaysia bahawa Britain hanya "melindungi" Malaysia, bukan menjajah, dan Britain tidak emmerintah Malaysia. Kalau mengikut logik Prof ini, Orang Putih cuma "menasihati" Raja2 Melayu dan tidak memerintah mereka.

    Pandai betul Prof Keling memutar kata2.


    sri hartamas

    ReplyDelete
  9. Saya nak tahu, bagaimana boleh jadi nama Professor(zainal)macam tu? Tapi kena pula dgn perangainya

    ReplyDelete
  10. Pertamanya aku pelik bila dikatakan British sebagai pelindung bukan sebagai penjajah. Prof keling ni nak pinda sejarah. Kalau dah jadi pelindung kenapa pula beri kemerdekaan, yang beri kemerdekaan adalah penjajah. Yang orang melayu ( kecuali orang UMNO ) bermati-matian dalam sejarah perjuangan melayu selama ini sebagaimana dalam buku sejarah tu melawan pelindung merekalah. Tenguk !!! keling ni dah mula nak pesongkan lagi pemikiran melayu. Yang lawan penjajah bukan UMNO, yang sambut peralihan kuasa bila British takut pada kebangkitan rakyat adalah UMNO, british kata beri Merdeka. Maka bapak UMNO ketika itu Tg Abd Rahman dengan gembira mengisytiharkan merdeka. Merdeka epala hotak apa? bukan dia yang berjuang. Dia senang lenang, duduk dalam sangkar emas british. Sebab tu puak-puak UMNO ni dia tak kan rasa nikmat kemerdekaan kerana bukan dia yang berjuang. Dia hanya bersekongkol dengan british menuduh pejuang-pejuang kemerdekaan sebenar itu sebagai pengkhianat, pemberontak, haluan kiri dan kominis. Pejuang-pejuang ni berjuang untuk membebaskan penjajahan bukan sahaja penjajahan negara, tapi pemikiran dan budaya. Mereka kan terus berjuang. Budaya dan cara pemikiran Prof keling dan Ramlah Adam ni masih belum merdeka. Puak-puak prof pembodek ni aku kenal sangat masa aku belajar dulu. Sebab tu lah sekarang ni minda mahasiswa jadi macam minda budak tingkatan 3. Aku mintaklah pembaca sekelian fikir-fikirkan lah antara perkataan PENJAJAH dan PELINDUNG. Sikap ini diwarisi oleh UMNO Barisan Nasional yang memerintah. Buat perjanjian Federalisma, menyatukan negeri-negeri melayu dibawah kesatuan tanah melayu dan akhirnya dikenal Malaysia, atas nama pelindung tapi sebenarnya mereka adalah PENJAJAH. Hasil mahsul dirampas dengan berbagai Akta dan Peratoran. Lepas itu tak pakai lagi peraturan, guna mahkamah, beli hakim, blackmail hakim perasuah. Tenguk apa jadi sekarang ini. Ambil contoh Kelantan dan Terengganu. Apa dibuat dengan hasil minyak diperairan mereka. macam helah dan alasan dibuat untuk menjustifikasikan tindakan mereka merampas hasil mahsul negeri ini. Katanya pelindung tapi mencuri harta rakyat negeri ini tiap-tiap hari. Tanggungjawab untuk membangun negeri dalam perjanjian federalisma di abaikan. Kemana hasil nya? Pembesar-pembesar UMNO yang kenyang. Dari dulu mereka kenyang. Kerja tak banyak tapi hasil lumayan. Siapa pemikir mereka? Tak lain tak bukan ialah puak-puak mamak. Dari dulu sampailah sekarang.

    ReplyDelete
  11. Tidak susah nak faham maksud anak Kling bernama zainal tu. Dengan menganggap Tanah Melayu tidak pernah dijajah tetapi 'dinaungi', secara tak langsung kata- kata yang mengaitkan bahawa umno bersubahat dengan british, jadi tali barut british sebagai agen penjajah akan terlupus sama sekali.

    Ia juga adalah untuk menyatakan bahawa umno bersama-sama british 'melindungi' Tanah Melayu. Masalahnya, dilindungi dari siapa sebelum pendudukan jepun? Dan di mana british semasa pendudukan jepun di Tanah Melayu. Mengapa menggunakan PKM untuk menentang Jepun?

    Secara peribadi, kesimpulan mudah yang aku buat......

    1- British penjajah paling bangsat selepas Jepun kerana merompak harta Penduduk Tanah Melayu (TM) melarikan diri ketika Jepun menyerang TM, masuk semula dengan tak tau malu selepas Jepun menyerah kalah.

    2- British adalah pihak sebenar yang perlu dipertanggungjawabkan kerana telah membekalkan senjata kepada komunis untuk menentang Jepun. Jika benar kata anak kling, british sebagai pelindung, mengapa tidak saja british yang tentang jepun di sini bersama anak tempatan.

    3- Pada masa itu, umno adalah teman rapat british dan penyokong setia british melalui onn dan tungku. Apabila aku menyatakan british sebagai penjajah paling bangsat, secara tak langsung, mereka yang bersetongkol aku anggap pengkhianat. Yang support komunis adalah british pada peringkat awal, bila dah tak terkawal, semua jadi mangsa.

    4- 31 Ogos setiap tahun kita sambut merdeka. Nak tanya anak kling, merdeka dari siapa? Kalau tak pernah dijajah, apalah makna majlis laungan kemerdekaan di stadium merdeka pada 31 ogos 1957. Atau ia sebenarnya majlis serah tugas dari pentadbiran british kepada umno. Yang bertukar hanyalah orang yang mentadbir, tetapi sistem masih kekal.

    Ini adalah penilaian aku, takde siapa boleh kata aku salah dia yang betul. Aku juga tak boleh kata siapa yang tak setuju dengan aku itu salah. Kerana sejarah adalah sejarah, kejadian/ peristiwa yang telah berlaku. Apa yang aku ulas ialah pandangan aku berdasarkan sejarah tersebut.

    ReplyDelete
  12. Kita suka menyeru kepada akhlak mulia yang ada pada setiap manusia. Mari kita menghormati orng yang pergi sebelum kita. doakan supaya ruh-ruh mereka tidak tersiksa dialam barzakh sana. Alfatehah.

    ReplyDelete
  13. Haru biru Prof2 BN nak menjawabnya.. Terima la hakikat yg memakan diri sendiri.. Hehehe

    ReplyDelete
  14. keling, memang itu lah sifatnya, satu alam putar belit kata-katanya.

    ReplyDelete
  15. Jahat betul UMNO melupakan jasa Mat Kilau, Tuk Janggut, Maharajalela, Rentap & Rosli Dhobi serta pejuang yang lain yang berjuang bukan atas dasar parti tapi atas dasar menetang penjajahan.

    Tiba-tiba sambutan Merdeka UMNO claim dialah yg buat semua. Kurang asam betul.

    Adi

    ReplyDelete
  16. Tuan Aspan,

    Satu komentar yang bukan saja bernas tetapi adil. Terima kasih.

    ReplyDelete
  17. queen elizabeth nak saman zainal keling.
    kerana british dituduh tak pernah jajah tanah melayu.
    kini dia sedang berunding dengan david cameron.
    cara mana nak saman.
    mampuih kau, anak keling.
    di asia tenggara ni yang aku tau, thailand saja yang tidak pernah kena jajah.
    itu sebab mereka cuma ada satu raja saja.
    tanah melayu ada berapa?
    sembilan.
    itu bukti kena jajahlah tu.

    - raja kumar.

    ReplyDelete
  18. UMNO has to be toppled to do away with the problems they created. Life can't be nice anymore as long as this racist party still in power.

    Help us to help everybody man...

    ReplyDelete
  19. Setuju sangat dgn komen si mohamad... aku dulu memang dalam "inner circle" UMNO, baru aku nampak dengan mata kepala sendiri, perjuangan yg selama ini dilaungkan oleh orang2 UMNO ialah perjuangan mengisi perut & poket masing2 secepat & sebanyak mana yang mungkin! Yang ikhlas ingin memperjuangkan nasib rakyat, kesemuanya terpinggir & tersisih...

    ReplyDelete
  20. Semuanya bermula dengan komen Mat Sabu berhubung dengan peristiwa Bkt Kepong dan kemudianya disambut oleh Utusan Malaysia tanpa mengetahui dengan tepatnya isi butir komen tersebut.

    Maka bertaliaruslah response dan reaksi dari pelbagai pihak khususnya pro-UMNO yang juga tidak tahu dengan tepatnya isi butir komen Mat Sabu.

    Mutakhir ialah hujah Prof Zainal yang tiba-tiba menyatakan Malaysia/Malaya tidak pernah dijajah.

    Saya tak nak komen tentang hujah Prof di atas. Tapi apa yang dapat saya komen ialah betapa terdesaknya UMNO untuk mempastikan survivalnya sehingga setiap individu/organisasai dari pelbagai latarbelakang ditangkapmuat menghentam SEORANG Timb.Presiden PAS tanpa benar-benar mengetahui apa yg telah diucapkan.

    Tidak kah nanti ianya akan memakan diri sendiri?

    ReplyDelete
  21. Encik Aspan,

    I thought there must be respite from all these foolishness during Raya. But then again I see:

    Astro serving repeats of Malay movies which does not justify recent  increase of subscription rates. These movies seems to have same theme....cerita hantu. Is this kind of Malay entertainment in 21st Century?

    6% service telco service tax. Flip-flopping by the govt and blame shifting on the issue. Like to see Telcos to speak-up  but then again they could loose their licenses.

    1 Malaysia Raya Open House in Permatang Pauh. Didn't the govt already hosted Raya Open House on 1st day of Raya? As tax payer, I do have a problem when this become anything but Raya for the folks in PP especially when many of us don't have a chance to attend.

    Malays bashing Malays over some historical event and an individual who was  hanged by the former colonial master.  And Malaysia medias have been on over drive mode on this issue. They just made Hitler's chief propaganda Joseph Goebbels full of envy in his grave. UMNO = Malay Unity???

    If we notice that Indonesia just gave Malaysia a finger regarding exporting their citizens to be our maid. We failed to realized they are inching closer to match Malaysia economically with their new found democracy.

    With all the abuses to people  mind and soul, do we still want to believe we can become developed nation soon? Unfortunately, our future generations likely to believe their lives is no different during  P Ramlee era and still singing to the tune" Di manakah akan ku cari ganti".

    ReplyDelete
  22. Asam Pedas,

    UMNO have been abusing the minds of the Malaysians and for decades and all their misinformation and deceits were doing them good favor to rule irresponsibly on the nation for more than 5 decades.

    They have no qualm of telling lies as that is one and the only way to sustain power. Saying anything the truth is strictly forbidden in the party and whoever say the truth will be systematically ostracized by the party without mercy.

    Only the sycophants survive and after long decades the party does not have any more leaders of the required quality. That is how names like Hishamudin, Najib, Zahid, Shapie Apdal come to light in Malaysian politics.

    BUT Malaysian these days seem to be watchful on these half-baked leaders and there are strong indications that they will be at the opposition bench just after the coming GE.

    Their shenanigans is no more tolerable and time for change has come bro.

    Each and everyone of us is responsible in effecting the change that this nation desperately needs.

    thanks bro

    ReplyDelete
  23. Kesimpulannya kita semua, termasuklah moyang, datuk nenek, anak beranak, cucu cicit, kena tipu dari dulu, kini dan selamanya selagi United Mamak National Organization serta professor-prfessor kangkong dan kling terus mentadbir negara.
    Saya dan keluarga yang lahir di Tanah Melayu selepas era kolonial tidak berhutang apa-apa dengan United Mamak National Organization (Baru).
    Period. Tammat. Habis. Full stop. Fin.
    Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  24. I am Malay by blood and culture, but today I choose to write in a foreign language because I am ashamed of being a Malay on account of the comments made by Anonymous 09:32:00 and Anonymous 12:40:00. Surely, Zainal Kling's stupidity has nothing to do with his name or ancestry.

    ReplyDelete
  25. Zainal Keling @ PARIA is no better than those indians who were brought in to tap rubber for us in the pre independence day. He is bullshiting just to continue his servive by the corrupt government to earn a living.

    ReplyDelete
  26. Tok Pan,
    Nak sambut Merdeka..PM pi Australia sambut kat sana la plak, kot-kot orang Australia ramai-ramai datang sambut merdeka, rakyat kat sini dah tak kebulur hadir sambutan merdeka.
    TPM plak pi England nak beri penjelasan pasal apa rakyat kat sini tak ingin sambut merdeka..He3..
    Rais sedang sambut Hari Raya 1 Malaysia la plak kat Guar Perahu..Tok Rais nak sambut merdeka apa pasal..Kita tak pernah dijajah 400 tahun lol..
    -sender Rakyat Jenny (Jeniang la tu)

    ReplyDelete
  27. Kaum cina tak perlu bimbang dii bumi bertuah ni..kalau tidak menang dalam pilihanraya akan datang ni. .Masih ada tempat. .Begitul lah baik budinya orang umno ni. .bila pemimpin umno tertekan tak dapat kuasai 2/3 parlimen maka bangsa lain di tatang dengan macam macam keistimewaan hinggakan di beri biasiswa ke luar negeri dengan kouta yang tinggi. .Konsep 1 malaysia di canang untuk mendampingi mereka. .Orang umno sekali lagi baik sekali. .tetapi orang melayu terpaksa bersaing dan termenung melihat mereka kini semakin ditinggalkan. . Tetapi takpala sekali kita yg memerintah. .Itulah harga yang umno dan melayu kena bayar bila hilang sedikit kuasa. .Pakatan pulak nak ambik hati kaum cina kini mendakwa datuk moyang mereka pun pejuang kemerdekaan. .Ambik hati lagi. .Sampai bila melayu asyik nak ambik hati orang lain. .Dan biarkan sesama melayu bergaduh. .Macam mat indera sanggup serang orang melayu sendiri dan komunis yg berjaya bunuh melayu dengan kejam sekali. .dulu british mainkan kita sekarang yahudi pulak jolok kita. .Sudahla wahai melayu bangkitla pertahankan tanah melayu ni. .

    ReplyDelete
  28. Tak pernah saya dengar orang India namanya keling

    RDA

    ReplyDelete
  29. History written by the winner.
    Tahukah bahawa permintaan setiap tahun dari China kepada Jepun - "Tulis kembali buku sejarah dengan betul" kerana buku sejarah Jepun tidak menulis dengan jelas contohnya peristiwa Nangking serta kekjaman pihak Jepun terhadap warga China. (Sorry, buku sejarah dalam bahasa Jepun saya telah hanyut dek banjir jadi takleh buat 100% reference di sini)JADI kenapa kita perlu hairan dan terkejut denagn pelbagai fakta yang mengelirukan??

    ReplyDelete
  30. Saya terpanggil membuat komen atas komen yang mengejek/
    menjatuhkan imej keling/dll kerana nak menang dalam debat
    yang malaysia telah/tidak pernah di jajah.


    Saya give up lihat komentar melayu menghina propeser zainal
    kerana ideanya yang malaysia tak pernah dijajah.


    Apolah bosar sangat benda yang dicakapkan dek propeser
    ini sampai melenting tuan tuan yang mengeluarkan kata
    kata kesat itu?


    Melayu suka pandang hina kalau mat itu ada dkk/ kaitan dengan
    keterunan india dsbnya.


    Heran. Ini satu budaya 'budak hitam' . Kalau ikut cerita
    yang saya pernah baca - cerita bermula dengan kumpulan
    10 budak itam . Lebih kurang ceritanya beginilah. Di dalam
    adventure 10 budak hitam ini akhirnya semuanya mampus
    akhirnya. Dari adventure nomor 1 -lalu tepi parit, 1 masuk parit :mampus
    tinggal 9 . Akhirnya dengan adventure seterusnya hambis 10 semua
    mampus.


    Kalau melayu dok hina lain melayu hanya pasal debat, tanpa beri
    alasan langsung pada topik- mereka ini ibarat ada 10 budak hitam
    [katakan kadam mereka] yang akan mampus satu demi satu
    semasa debat tengah berjalan. Kan rugi. Apa kena mengena keling
    di dalam nama propeser itu di dalam debat.


    Tak kanlah pasal ada nama kling di dalam nama propeser, dia udah
    salah, teori itu terus di tongsampahkan tanpa melihat apa yang dia kata.


    Tuan tuan yang mengutuk atas dasar keling sekalian, review sebentar.

    Kita semua kata kita melayu. Kalau bukan dkk -maknanya tuan adalah
    satu/atau combo dari -

    jawa kontrak [yang duduk selangor /meru/pasir panjang]
    anak angkat cina
    orang khmer [yang duduk kat ganu dan kb]
    orang thai [ yang duduk kat kedah /penang/ perak]
    orang bugis [ yang duduk kat johor]
    orang asli [semua negeri]
    indon sumatre [medan/acheh]

    Adakah mana mana geng diatas ada kelebihan dari geng keling?

    ukuran - intelek
    ketrampilan :spik inglis
    kecantikan-khususnya untuk pompuan
    ada pompuan geng di atas menang miss world?


    kalau tuan kaji sejarah , geng india dah jajah dari segi agama /ketenteraan
    semua geng di atas.


    Di dalam semua ukuran , geng india akan muncul juara.
    spik inglis? geng dkk menang beb!!!!


    ukuran 'kacak' -geng india menang [ tegap/tinggi]


    kecantikan - ada geng di atas lebih cantik dari aishawara rai?


    Ini soalan aje . Renung renunglah .


    Kadang kadang bukan pasal dkk , kita marah tun mahathir.


    Kita marah dia pasal rejim pimpinanya membazir ...


    Kita tak benci Dolah pasal dia ada label badawi . Tapi dia tetap dkk.



    Kita tak benci anwar pasal dia dkk, tapi sayang dia pasal dia dianiayai dek
    rejim kejam tun mahathir


    Ditakdirkan tuan dapat nantu dkk, adakah tuan akan caci cucu/nantu tuan?

    Tentu no.



    Kesimpulannya
    ------------------------


    Tidak ade sobab nak kondem melayu hanya pasal ada kling padanya.



    Keluarkan keling dari pesbooknya dan nilailah nukilannya.


    Dan janganlah kamu benci sesama kamu kerana ini adalah arahan tuhan -mu!!!


    khong khek khuat

    ReplyDelete