15 September 2011

UMNO mesti buat pendirian - kita pernah dijajah atau pun tidak?

Saya mengikuti perbalahan tentang sejarah negara yang sedang hebat diperkatakan oleh banyak pihak dan individu. Majlis Professor Negara (MPN) menyatakan yang negara kita tidak pernah dijajah, tetapi hanya merupakan negara ‘protectorate’ Inggeris sahaja.

Saya pun pernah bersekolah sikit-sikit dan boleh lah membaca dan menulis sikit-sikit serta faham sikit-sikit isu yang sedang hebat diperkatakan oleh mana-mana pihak termasuk isu sejarah yang luas diperbincang dan diperkatakan oleh orang ramai sekarang ini.

Bagi saya isu tentang samada negara kita pernah dijajah atau tidak ini merupakan isu sensitif yang tidak tertera kerana setelah kita mempunyai kerajaan tadbiran rakyat sendiri kita belum lagi ada sejarah yang kekal untuk dibaca oleh generasi kita.

Kalau kita tidak ada sejarah kita bolehlah di samakan seperti haiwan di hutan. Saya amat kesal dengan kenyataan wakil MPN Zainal Keling yang menyatakan negara kita tidak pernah dijajah dan perkara ini timbul hanya setelah kita mencapai kemerdekaan lebih dari setengah abad.

Jika apa yang diperkatakan oleh Zainal Keling itu benar maka saya kesal dengan Che’ gu saya yang bernama Miss Lim semasa saya darjah 5 dahulu kerana memberitahu saya dan murid sedarjah dengan saya yang kita menyambut hari kemerdekaan pada setiap 31 Ogos kerana memperingati saat negara kita terlepas dari penjajahan kuasa asing ke atas negara kita.

Saya juga menyampah dengan Joginder Singh kerana dalam buku beliau yang menjadi buku teks sejarah semasa itu menyatakan dengan jelas yang Malaya terlepas dari penjajahan Inggeris pada 31 Ogos 1957. Hendak berhujah dengan Joginder Singh pula masalahnya beliau sudah meninggal dunia. Atau pun saya persalahkan Kementerian Pelajaran semasa itu yang memilih buku sejarah karangan Joginder Singh ini sebagai buku teks semasa itu.

Kenapa baru sekarang ada yang memberitahu yang kita adalah seperti negara Thai yang tidak pernah dijajah. Kenapa semua pensyarah dan semua rakyat mengatakan yang kita tidak pernah dijajah oleh sesiapa?

Kenapa buku-buku sejarah dan sejarawan kita menulis cerita dongeng yang mengatakann kita bukan negara yang pernah dijajah? Betul kah cerita Tun Razak pernah menjadi ahli ‘force 136’ untuk mencapai kemerdekaan. Bila datang cerita mutakhir dari Zainal Keling ini ingin pula saya bertanya benar kah Tun Razak menyertai ‘force 136’ dan wujud kah sebenarnya 'kumpulan 136' itu?

Nasib baiklah saya sudah masuk umur 60 tahun. Kalaulah saya baru berumur 10 tahun mungkin saya tidak percaya wujudnya seorang pemimpin kita yang bernama Tunku Abd Rahman Putra seperti yang ditulis oleh penulis buku sejarah negara kerana buku sejarah sekarang itu semuanya tidak betul.

Jika semuanya tidak betul maka segala isi kandungann buku-buku sejarah yang ada sekarang adalah cerita fiction lama sahaja.

Yang peliknya Mahathir yang tidak kering mulut mengingatkan kita yang bangsa Melayu kini lesu ialah kerana akibat dijajah oleh Inggeris dan penjajah lain selama lebih dari 400 tahun, kini bersetuju dengan pandangan Prof Zainal yang kita tidak dijajah. Beliau seterusnya kenyataan PAS akhir ini untuk mengkritik UMNO itu ialah semata-mata untuk menafikan dan memperkecilkan Tunku Abd Rahman. dengan menafikan UMNO sebagai pejuang kemerdekaan.

Di sini lah kelihatan percanggahan politik dan pemikiran Dr Mahathir di dalam satu nafasnya sendiri. Sedarkah Dr Mahathir jika beliau mengakui yang negara tidak pernah dijajah ianya adalah kata-kata yang menidakan UMNO (TUNKU) sebagai pejuang kemerdekaan. Jadi elok kita bertanya, cakap Dr Mahathir yang mana yang hendak kita pakai sekarang?

PAS hanya menyatakan bahawa perjuangan kemerdekaan itu bermula sebelum UMNO itu wujud dan UMNO hanya menyudahkan perjuangan yang belum diselesaikan oleh perjuangan sebelum itu. Ini bermakna PAS sendiri menyenaraikan yang UMNO juga adalah pejuang kemerdekaan.

Tetapi apa yang dikesalkan oleh PAS ialah UMNO mengambil semua kredit perjuangan kemerdekaan itu sendiri dan tidak mahu mengakui ada banyak pihak lain yang telah bersusah payah untuk melepaskan negara dari cengkaman Inggeris penjajah itu.

Sekarang yang amat penting untuk UMNO lakukan sekarang ialah untuk menentukan sikap secara formal; 1) samada kita pernah dijajah atau pun tidak 2) Samada mengakui yang sebelum UMNO wujud ada atau pun tidak pihak-pihak yang telah berjuang untuk memerdekakan negara.

UMNO mesti tegas untuk menentukan sikap dan pendirian, terutamanya TS Muhyiddin yang kenyataannya cuba menafikan peranan pihak lain yang telah lama bertindak melepaskan negara dari jajahan Inggeris.

Jika UMNO mempunyai maruah sebagai parti orang Melayu parti ini mesti menentukan sikapnya secara jelas dan formal supaya rakyat dapat menilai samada parti ini masih relevan atau pun sebaliknya.

Rakyat tidak mahu lagi mereka di ‘kelentong’ dengan kata-kata yang berbelit-belit semata-mata kerana keperluan politik mereka yang hanya menagih kuasa tetapi tidak mahu bertanggungjawab mempertahankan maruah politik mereka.

Tidak habis-habis membelit.

11 comments:

  1. Salam

    Saya bersetuju dengan pendirian saudara. Malahan kalau kita menyusuri wikipedia tentang Commonwealth maka akan jelas status Malaya.

    Terima kasih berkongsi pandangan

    Umi

    ReplyDelete
  2. Tahniah satu pendapat yang baik. Saya menyukainya.

    ReplyDelete
  3. your homework and research is welldone, precise and upto the point. as is always a reflection of your political maturity and openess in whatever subject being tossed around in political wilderness of our political masters and senario. It is a fair and balanced comment. Keep up your good work and let the rakyat be informed of the whole truth and nothing else except the truth. As usual, i'm always at the other end to share and/or digest
    your thought.

    ReplyDelete
  4. Salam Tuan Aspan,
    Sangat bernas sekali pandangan tuan. Saya sangat bersetuju dgn semua pandangan tsb. Begitulah apa yang telah saya belajar dari guru2 dan semua buku2 sejarah juga menerangkan yg demikian. 31 Ogos 1957, rakyat Malaya telah bebas dan dimerdekakan oleh penjajah British. Ini sudah termaktub. Saya rasa masih ada lagi pejuang2 bangsa yg awal sebelum UMNO dalam menuntut kemerdekaan. Ketepikan politik kepartian seketika. Hayatilah sejarah dgn betul dan tenang. Jgn cepat melatah yg mana akan menyebabkan terpantulnya kenyataan2 yg akan menjadi bahan ketawa orang ramai, walaupun anda seorang ahli MPN @ TPM @ apa saja.
    Terima kasih Tuan Aspan.

    ReplyDelete
  5. Pak Aspan

    Inilah intelek Melayu, tulis buku malas, tulis journal paper malas, mengajar malas, buat kajian lapangan malas, menghidupkan ekonomi malas. Harapkan anugerah sahaja. Jadi saya pun malaslah nak cerita fasal Profesor Malas..nasib baik saya sederhana malas jadi taklah malaskan?
    Cuba dedahkan kajian Profesor Zainal Kling ini...ehem malaslah

    ReplyDelete
  6. salam Aspan,

    tak beslah nak debat samada negara ni pernah dijajah atau tidak?

    buat lah perdebatan apa yang pemimpin PAS,DAP dan UMNO dulu buat untuk memerdekakan Malaysia?

    Setahu saya sebelum merdeka dulu penduduk Malaysia ada tiga pilihan? Merdeka, jadi sebahagian dari Indonesia Raya, ataupun jadi negeri kominis..

    Pemimpin PAS berkempen untuk menjadikan Malaysia sebahagian dari Indonesia Raya, rata-rata orang Cina dan pemimpin Cina ketika itu adalah kominis ataupun pro kominis, orang Melayu melalui UMNO pula memilih untuk merdeka secara aman.

    Syukurlah rakyat Malaysia ketika itu telah membuat pilihan yang bijak.. Bayangkkan kalau kita ni jadi sebagian dari perancangan Sukarno ataupun kita ni memilih untuk jadi negeri kominis. Tak pastilah saya bentuk negara Malaysia ketika ini, kalau jadi sedemikian.

    Dalam hati saya bersyukur adanya pemimpin UMNO yang berwawasan yang telah memerdekakan negara ini dan juga telah menerajui negara ini dengan aman dan makmur.

    Haji Lias Pelangai

    ReplyDelete
  7. Salam Tn Aslam/semua,

    Hari ini memperlihatkan bahawa sejarah negara sedang berulang di mana rakyat sedang bangun menentang saki baki bentuk feudal dan penjajahan acuan Penjajah British.

    Mungkin UMNO tidak merasakan Malaya dijajah British kerana UMNO adalah silap mata dan acuan yang dibuat penjajah British untuk "pecah dan perintah".

    Ketika perjuangan menentang Inggeris oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM, Angkatan Pemuda Insaf(API), WARAS, DMU dan lain-lain kesatuan pekerja, UMNO masih belum lahir.

    Kehendak Allah, saki baki manusia pejuang yang menentang British ini, ada yang masih hidup sebagai rakyat biasa yang tidak dijunjung pengorbanan mereka dan mereka inilah semulia-mulia manusia dibumi ini sebagai bukti nyata.

    Oleh kerana sebahagian tali-barut British yang gila harta dan kuasa, telah meyebabkan rakyat ditipu bulat2 dengan dakyah dan propoganda bahawa Komunislah yang akan berkuasa dibumi bertuah ini. Inilah manipulasi dan cara British untuk menangkap dan membunuh pejuang2 tanahair sebenar.
    Tidakkah Chin Peng yang dicop Komunis yang telah berani membunuh Henry Gurney(seorang penjajah yang telah membunuh ramai pejuang Palestin). Tidakkah Manap Jepun yang kini hidup terbuang diThailand yang telah menyelamatkan Bapak Tun Razak dari dipenggal Jepun. Kenapa semua cerita ini dipadamkan UMNO? Tidakkah ianya mulia disisi Tuhan dan manusia sekiranya mereka membenarkan yang hak?

    Sungguh malang negara ini kerana terlalu ramai pemimpin yang hipokrit demi kuasa dan harta.

    Tidak cukup dengan segala jenis penipuan, saban hari bertambah2 kesalahan mereka untuk berdepan dengan rakyat.

    "Fikir-fikirkanlah"

    ReplyDelete
  8. Haji Lias Pelangai

    Mengapa tak cakap pilihan mengekalkan sistem beraja sedia ada itu, seperti di Brunai dan Arab Saudi yang dikekalkan hingga hari ini? Dan tidakkah sistem beraja, dalam banyak hal, lebih sesuai dengan permasalahan atau naluri orang Melayu, disamping lebih Islamaik berbanding dengan sistem demokrasi ciptaan Barat yang kita pinjam sekarang?

    ReplyDelete
  9. Tok Pan,
    Sejarah ada ditulis, semasa Melaka jatuh ketangan Portugis, Punahsihatnya Raja Mandeliar (seorang Kling?) betul ke?.
    La nie Prof. Kling kita kena bawa kes ini ke penimbangtara antarabangsa Hague (betul ke?) macam kes Batu Puteh. Tuntut pengistiharan bahawa kita tak pernah dijajah Britsh. Tentu la Prof. Kling kita menang, saya sokong 100%..He..klau kalah, sama la nasib kita dengan Batu Puteh. Jeng2..jadi milik sapa no..Oh Malaysia ku.
    Hu3..sender Rakyat Jenny lo (Jeniang la tu)

    ReplyDelete
  10. ibnuzar

    Persoalannya,mengapa perkataan "dinaungi" itu baru ditimbulkan sekarang? Nak menidakkan polis Melayu di Rumah Pasong Bkt Kepong itu polis British dari isu2 sejarah perjuangan kemerdekaan yang ditimbulkan oleh Mat Sabu? Nak menyamakan apa yang dilakukan oleh Amerika di Iraq selepas peristiwa 11/9 dengan apa yang dilakukan oleh British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Ke 2? Nak mengatakan British bangsa penjajah baik, berbanding dengan Belanda, misalnya? Nak mengatakan para pemimpin UMNO dari dulu hingga sekarang tidak mewarisi pemikiran British atau Barat yang sekular dan kapitalis itu? Atau, nak menyindir kerajaan seluruh penulisan sejarah negara yang seadanya perlu dikaji dan ditulis semula, atas alasan sejarah sesebuah negara benda hidup, walaupun ia berbentuk fakta?

    ReplyDelete
  11. Tuan Aspan,
    Sekarang ni musim peperiksaan,andainya ada soalan tentang kemerdekaan macam mana ye.(solan PMR yang terbocor)
    Contoh soalan ? Kerajaan manakah yang telah kemerdekaan pada 31 hb Ogos 1957 kepada Persekutuan Tanah Melayu?
    Jawapan:-
    a)British B)Portugis c) Belanda d)Jepun e)Tidak pernah dijajah
    Kalau ikut kewadan semasa saya ingat bingung juga pelajar nak jawab.

    ReplyDelete