13 September 2011

Utusan - ibarat beruang sayangkan tuannya

Dr Mahathir Mohammed telah menasihati Najib supaya jangan mengadakan pilihanraya dahulu. Buat masa sekarang UMNO perlu menumpukan masa untuk meneliti calon-calon yang sesuai untuk memastikan parti itu menang dan diberikan sokongan oleh rakyat.

Isu memilih calon-calon yang ‘winnable’ memang selalu disebut oleh DS Najib dan beliau berjanji akan memastikan calon BN semuanya calon yang ‘winnable’ (boleh memang). DS Najib merasakan dan mungkin telah mengaku oleh kerana permainan politik yang sarat dengan politik kotor termasuk politik wang dan mengampu sejak dua tiga dekad yang lalu UMNO sudah kekeringan kepimpinan di setiap peringkat termasuk peringkat tertinggi.

Sesungguhnya apa yang disarankan oleh Mahathir itu benar kerana UMNO sudah kehilangan kepimpinan. Tetapi Mahathir juga yang memulakan mencantas dengan sistematik dan menggunakan kebijaksanaan beliau secara salah dengan menghilangkan barisan kepimpinan yang baik dan hanya menerima mereka yang pandai satu perkara, iaitu mengampu dan memastikan kuasa peribadi di dalam parti dan negara tidak terjejas.

Lama kelamaan inilah yang terjadi dan beliau sendiri dipanjangkan usia untuk melihat hasil perlakuan politik beliau selama ini. Lupakan sahaja cerita lama ini. Sekarang kita berhujah bagaimana untuk mempraktikkan pemilihan calon ‘winnable’ tadi.

Jika dikatakan untuk memilih calon yang ‘winnable’ ianya bermakna calon-calon yang akan dipilih nanti tidak semestinya datang dari Jawankuasa Bahagian seperti yang selalu diamalkan. Sekaligus UMNO mengakui bahawa kepimpinan di bahagian-bahagian tidak diterima oleh orang ramai dan mereka hanya dipilih oleh perwakilan dari cawangan-cawangan yang boleh dijual-beli.

Dalam politik sekarang ini UMNO sudah mulai sedar bahawa rakyat bukan seperti dahulu lagi; UMNO itu boleh letak sesiapa sahaja untuk menghadapi rakyat. Apabila UMNO sudah dipersepsikan sebagai parti yang tidak ‘reliable’ dari segi moralnya maka rakyat tidak lagi merasakan berkewajipan untuk terus menyokong UMNO. Malahan sudah ramai antara ahli UMNO itu sendiri telah bertukar pemikiran yang jika UMNO terus diberikan kepercayaan mereka akan terus melakukan rasuah dengan lebih rakus lagi.

Jika UMNO diberikan sekali lagi kepercayaan maka akan lebih kuatlah kepercayaan mereka yang terpilih nanti unuk melakukan rasuah kerana mereka percaya bising macam mana pun rakyat mereka akan tetap memberikan kepercayaan kepada UMNO.

Saya berpendapat bahawa lebih penting dari mencari ‘winnable candidates’ tadi ialah untuk UMNO mencari mekanisme untuk menjadikan UMNO itu sebagai ‘winnable party'. Sekarang ramai di kalangan ahli UMNO yang ‘winnable’ mengikut takrifan UMNO sekarang ini mempunyai ‘apprehension’ yang tinggi untuk menjadi calon kerana takut tertewas kerana imej UMNO yang tidak ‘winnable’ itu.

Kecenderungan rakyat untuk kembali memangkah simbol bertambah jelas. Jika kecenderungan ini bertambah jelas lagi maka yang UMNO perlu lakukan ialah untuk membina dalam jangkamasa yang terdekat ini untuk transform UMNO dari parti yang sinonim dengan rasuah dan salahguna kuasa kepada parti yang serius untuk mencapai matlamat penyatupaduan rakyat dan dipimpin oleh pemimpin yang masih tidak mempunyai imej rasis, rasuah dan tidak berdisiplin.

Masalah di dalam UMNO ini ialah parti itu tidak ada lagi kredibiliti kepimpinan. Oleh kerana itulah kecenderungan rakyat memangkah simbol bertambah jelas. Mereka menganggap simbol dacing itu adalah rasuah. Simbol dacing itu adalah pemimpin yang lemah. Simbol dacing itu adalah simbol parti yang tidak menghormati orang lain. Simbol dacing itu juga dianggap sebagai simbol pembaziran dan ketirisan dalam pengendalian harta dan wang rakyat.

Maka apa sahaja simbol yang menyaingi dacing akan mendapat sokongan kerana sudah terlalu jemu dengan masalah yang timbul dalam pemerintahan dacing itu tadi. Kali ini adalah pertandingan di antara dacing dengan simbol-simbol lain.

Usaha untuk mendapatkan calon yang ‘winnable’ itu memang baik tetapi sepatutnya ia telah dilakukan sebelum imej parti itu jatuh ke tahap yang ada pada hari ini. UMNO sepatutnya dari dulu lagi menjaga imej parti tetapi pemimpin-pemimpin mereka tidak mengendahkan isu ini dan terus mengabaikannya.

Mahathir mungkin jujur dalam memberi nasihat kepada pemimpin kepada parti yang beliau tubuhkan pada 1988 yang lalu itu. Tetapi sekarang ianya sudah begitu jauh tersasar perjuangannya dan sikap yang boleh menambat kepercayaan rakyat ramai. Rakyat sudah tidak mahu legi berpecah khususnya orang Melayu. Itu sebabnya saya selalu menyatakan secara terbuka yang rakyat mahukan penyatuan bangsa itu tetapi mereka telah memilih untuk bersatu di luar UMNO dan BN.

Agensi-agensi yang memberikan sokongan kepada kerajaan pada hari ini juga tidak mempunyai kredibiliti lagi. Contohnya Utusan kepunyaan UMNO ini sudah dipandang oleh rakyat termasuk orang Melayu yang sudah mula pandai berfikir, akhbar itu hanyalah sebuah badan propaganda UMNO yang tidak adil dan hilang penerimaan rakyat yang pernah mereka alami.

Utusan dipandang sebagai akhbar yang memecah-belahkan rakyat semata-mata. Akhbar ini selalu menimbulkan kontroversi dan polimik yang akhirnya memakan diri UMNO itu sendiri. Isu Mohamad Sabu yang dimulakan oleh Utusan telah membawa rakyat kepada isu kebenaran dan kesahihan sejarah negara yang dibaca oleh anak-anak sekolah kita.

Sekarang sudah terbentang kepada rakyat yang rata-rata berpolimik dan ramai rakyat yang sedar bahawa perjuangan kemerdekaan memang telah dipelopori oleh badan-badan yang wujud lama sebelum kewujudan UMNO dalam memperjuangkan kemerdekaan. Sekarang UMNO tidak boleh lagi memonopoli isu perjuangan kemerdekaan ini lagi.

Hasil daripada isu yang dimulakan oleh Utusan ini juga sudah timbul pula polimik yang negara kita bukan tanah jajahan Inggeris tetapi hanya merupakan negara ‘protectorate’ Inggeris. Apabila ada isu-isu seperti ini maka pemikiran rakyat pun berbelah dan jika berlaku perbalahan ini yang menerima bahayanya ialah UMNO akhirnya.

Kadangkala saya terfikir samada Utusan ini memberikan markah tambahan kepada UMNO atau pun telah mengurangkan markah parti sudah sedia kehilangan banyak markah sekarang ini. Adakah Utusan ini membantu atau menambah parah kepada UMNO yang didokongnya?

Cara Utusan menyokong UMNO ini ibarat sokong membawa rebah. Saya ingin membawa sekali lagi cerita yang pernah saya tulis di dalam blog ini beberapa ketika dahulu. Ceritanya ialah tentang seekor beruang yang dibela oleh seseorang dan beruang ini amat menyayangi tuannya tanpa batas. Beruang ini akan menjaga tuannya berlebih-lebihan dan akan membunuh sesiapa sahaja yang dianggapnya boleh merosakkan tuannya.

Pada suatu hari seekor nyamuk hinggap di pipi tuannya. Maka beruang tadi amat berang dengan nyamuk itu kerana hinggap di pipi tuannya yang amat dikasihinya itu. Tanpa berlengah, beruang itu terus sahaja menampar nyamuk di pipi tuannya itu sekuat hatinya.

Akhirnya nyamuk itu tidak tentu matinya, tetapi yang sudah tentu ialah muka tuannya telah ‘sempong’ kerana sebelah pipi tuannya itu telah hilang. Maka tinggallah tuannya tanpa pipi di sebelah kiri. Sampai akhir hayat tuannya itu sebelah mukanya kelompong kerana kasih beruang belaannya kepada tuannya itu.

Saya nampak Utusan ini adalah seperti beruang dalam cerita pendek saya tadi. Utusan sesungguhnya telah mencederakan UMNO begitu serius sekali. Utusan selalu memainkan peranan beruang yang sayangkan tuannya tadi.

Jadi cita-cita UMNO untuk mencari calon yang ‘winnable’ itu mungkin tersasar kerana parti yang tidak lagi ‘winnable’. Namun pandangan Dr Mahathir itu patut juga diberikan perhatian.

17 comments:

  1. Betul kata tuan. Sekarang rakyat sudah tidak melihat kepada calun, tetapi parti. Parti ABU - Asal Bukan Umno.

    ReplyDelete
  2. Utusan, you reap what you sow....

    ReplyDelete
  3. Bab Utusan ni saya amat setuju dengan saudara. Terlalu over. Sokong membawa rebah. Orang Melayu cakap lebih sudu dari kuah. Saya malas nak baca akhbar Melayu sebab terlalu meleret-leret dan banyak gosip.

    ReplyDelete
  4. Salam, Tuan Aspan
    Memang Utusan ialah Akhbar usang yang tak perlu dibaca oleh orang-orang melayu. Tak ada kualiti dan masih lagi berbicara dengan mengamalkan politik dongeng sebagai pengampu Umno.

    ReplyDelete
  5. Talk bout winnable candidates. Kalau Isa Samad dan Ali Rustam masih dipilih sebagai calon, yes, mereka mungkin winable candidates tapi definitely bukan yang clean dari politik wang pada pandangan pengundi. Well,

    ReplyDelete
  6. Untuk memastikan semua calon BN adalah'winnable'?

    Tolonglah Tuan Aspan tunjukan kepada saya cara mana yang mungkin PM kita mampu untuk melakukannya. Pada perkiraan saya yang kurang cerdik ni, UMNO sudah terperangkap dengan amalan budaya yang bertuhankan "kuasa" untuk meraih kekayaan dan kemewahan peribadi yang telah mereka amalkan sekian lamanya bermula dari peringkat bawahan hinggalah ke peringkat tertinggi UMNO. Mereka yang berkepentingan dan mencari kepentingan sanggup berhempas pulas menghabiskan wang ringgit dan masa hanya semata-mata untuk kekal berkuasa dan merebut kuasa dengan apa cara sekali pun. Istilah dan suasana seperti cah keting, tikam belakang, gunting dalam lipatan, membelot dan bermacam-macam lagi sudah menjadi kebiasaan berlaku pada setiap kali berlaku pemilihan wakil disemua peringkat UMNO. Ada sesiapa yang nak menafikan fakta ini?

    Sesungguhnya tiada tempat dan ruang didalam Pertubuhan UMNO ini bagi mereka yang jujur dan iklas untuk berjuang demi negaranya melalui politik, Sejarah telah banyak kali menceritakan epik sedih melayu sebegini

    ReplyDelete
  7. Malaysia rosak kerana media yang jahat, orang politik yang rasuah serta tak amanah, professor kangkong yang dah expired ke`professoran'nya dan tukang tulis sejarah yang pembohong.

    ReplyDelete
  8. Saudara Aspan,

    Analogi anda benar. Rakyat di luar UMNO sangat berterima kasih kepada Utusan. Sokong membawa rebah!

    ReplyDelete
  9. bato tu bang.. dah lamo ese tengok utusan ni, meghapu mak amek.... dah jadi meluat dah... yg heghan eh.. nyawo eh masih disambung, montang2 lah lidah rasmi k'jaan, kalau kono ket sekobar pembangkang, dah lamo tutup..!!!

    ReplyDelete
  10. inilah sekobar yg hidup eh memfitnah org... ntah bilolah agak eh nak mampuyh..!!

    ReplyDelete
  11. As-salam Tuan,

    1. Saya setuju komen tuan mengenai calun2 'winnable candidate' ni. Komen sy terima Tun M hanya bole pandang saje apa yg beliau lakukan dahulu.. Pd UMNO winnable candidate hanya kpd hartawan2 UMNO yg mempunyai modal shj untuk menjd calun.. Sbb calun2 yg mempunyai modal akan menggerakkan jentera bwh tapi memerlukan ongkos yg byk..

    2. Utusan2 - Dulu akhbar yg paling berprestij.. La ni jualan merudum. Ingat lagi di kg sy dulu kalau lambat or tak order dulu mesti tak dpt beli.. Sama gak dgn TV3, hanya buka slps 8.45pm..

    Joyadi

    ReplyDelete
  12. Dalam ekonomi ada apa yang disebut 'law of diminishing returns'. Sebagai contoh baja adalah diperlukan supaya pokok menjadi subur dan mengeluarkan hasil yang lumayan. Tetapi akan sampai pada satu peringkat hasilnya akan mula berkurangan. Malah pokok boleh mati jika baja berlebihan.

    Menggunakan analogi yang sama, tindakan yang berlebih-lebihan oleh Utusan Malaysia ke atas apa jua isu yang tecetus khususnya di akhir-akhir ini akan menyebabkan UMNO akan menjadi lebih parah lagi sehingga tidak mampu untuk recover dalam PRU ke-13 nanti.

    Fikir-fikirkanlah.

    ReplyDelete
  13. Ontahsoponomo

    Kalau sdr analogikan kedudukan parti UMNO sejak PRU 12 dulu bagaikan tangki air mega awam buatan bahan besi yang dibina semasa UMNO ditubuhkan dulu untuk keperluan seluruh negara, yang mana semenjak kerja penyelenggarannya diambil alih oleh TDMahathir mula berkarat dan tiris yang berterusan, di samping injab bebolanya sesekali tidak berfungsi. Di mana dengan memakudkan tangki air tersebut sebagai organisasi parti UMNO, air dalam tangki sebagai seluruh ahli UMNO dan injab bebolanya sebagai presiden UMNO, saya percaya, berdasarkan analogi di atas, sdr akan bersetuju bahawa cara mudah dan berkesan untuk membaiki tangki air mega tersebut ialah dengan merehatkan UMNO pada PRU 13 nanti sehinggalah pihak kontraktor yang dilantik dapat menyiapkan kerja penggantian tangki air awam itu kepada jenis tahan karat.

    ReplyDelete
  14. saji, what a great analogy!

    ReplyDelete
  15. Tu la .. kan dah di kabo Madey ne penjahanam negara... ha ne dia nak masuk jarum lg... punah

    ReplyDelete
  16. Anon 08:18:00

    "Tu la .. kan dah di kabo Madey ne penjahanam negara... ha ne dia nak masuk jarum lg... punh"

    Madey tidak sekadar nak masuk jarum jer, bahkan nak masukan lagi garam ke dalam tangki air besi mega UMNO yang dah karat dan tiris teruk tu?

    ReplyDelete
  17. Tuan Aspan
    Semua org blh jd calon yg winnable. Allah jadikan setiap org semua nya juara.Tapi bila dari mula lagi dah tak betul, maka Allah tutup pintu berkat dan rahmat. Mula2 dgn sistem dan pemilihan cawangan/ bahagian yg tak betul; piliharaya yg di bantu oleh perkakas2/entiti yg langsung tiada integriti; menguruskan negara dgn tidak berhemah bila di pilih, jadi tunggulah masa di talqinkan, itupun jika rakyat nak talqinkan nnt.... Janji Allah tetap di tunaikan

    ReplyDelete