Chua Soi Lek dikatakan akan bertanding samada di NS, Johor atau pun Perak dalam pilihanraya yang akan datang ini. Beliau telah menyatakan yang beliau telah dijemput oleh menteri-menteri besar ketiga negeri ini dan ditawarkan kerusi untuk beliau (CSL) untuk bertanding di dalam PRU yang akan datang ini.
Chua Soi Lek adalah juga pengerusi MCA negeri bagi Johor dan Perak. Sejak terlibat dalam scandal video lucah beberapa tahun yang lalu Soi Lek merupakan seorang Presiden Parti dalam komponen BN yang masih belum dapat menentukan di mana beliau akan bertanding. Nasib beliau sama seperti nasib Presiden Parti Gerakkan yang masih tercari-cari kawasan untuk bertanding.
Ini merupakan pertama kali dalam mana presiden-presiden parti tidak mendapat ilham di mana mereka akan bertanding. Ketua Wanita Gerakan sendiri telah meminta Presidennya supaya tidak lagi bertanding kerana jika presidennya bertanding ia akan membawa rebah kepada Gerakkan. Hairan juga kenapa Ketua Wanita Gerakan masih ingat yang Gerakan masih teguh dan kuat.
Soi Lek merupakan seorang presiden MCA yang paling ‘controversial’. Dia juga adalah presiden MCA yang paling kelam kabut dengan keadaan politik hari ini yang kecenderungan bangsa Cina lebih memberikan sokongan kepada DAP. Ramai orang Cina dan orang Melayu sudah tidak lagi mahu menerima mana-mana parti politik yang ‘chauvinistic’ seperti MCA. Bangsa Cina lebih berminat kepada parti berbilang kaum dan itulah sebabnya DAP sedang mendapat sokongan dari bangsa Cina dengan jelas sekali.
Orang Melayu pun mulai sedar yang menyertai parti yang ‘chauvinistic’ Melayu pun merupakan satu perkara yang sudah ketinggalan zaman kerana mereka lebih berminat untuk berbaik-baik dan hidup bersama secara aman dalam masyarakat berbilang kaum serta jiran tetangga yang berbilang bangsa dan agama di samping menghormati di antara satu dengan lain.
‘Chauvinist’ macam mana sekali pun, rakyat tahu ianya tidak praktikal untuk hidup sendirian dengan bangsanya sendiri sedangkan negara kita adalah negara berbilang kaum dan tidak ada keamanan jika masing-masing bangsa dan parti memainkan isu rasis yang ‘chauvinistic’ itu.
Pemimpin atau parti yang hanya mendapat sokongan dari kaumnya sendiri sahaja tidak mungkin dapat mentadbir negara dengan baik. Pemimpin yang akan berjaya memimpin rakyat Malaysia adalah pemimpin yang bersifat ‘magnanimous’ serta mendapat sokongan dari semua kaum.
Faktor inilah yang menyebabkan parti-parti di dalam PR mendapat sokongan kerana rakyat sudah naik jemu mendengar UMNO dan penyokongnya bercakap pasal Melayu sesama sendiri untuk mendapat sokongan politik sedangkan yang hendak ditadbirnya ialah rakyat semua kaum. Begitu juga MCA yang hanya bercakap pasal Cina dan menaikan semangat kaum Cina untuk membenci Melayu dan bangsa lain dalam negara ini.
Bentuk siasah dan politik zaman sekarang ini dan masa-masa akan datang ialah politik berbilang kaum yang bersama-sama hidup tanpa rasa prejudis di antara satu kaum dengan yang lain.
Usaha PAS untuk menjadikan parti itu menjadi parti yang diterima oleh semua kaum nampaknya sudah mula mendatangkan hasil. Usaha DAP untuk menunjukan serta menjadikan parti itu benar-benar sebuah parti berbilang kaum sedang menampakan hasil. Jika kita berkehendakan sokongan rakyat pendekatan kita ialah pendekatan tanpa isu rasis dan perkauman menebal kerana tidak ada satu kaum pun boleh hidup dengan kaumnya sendiri dalam negara ini.
Di atas hakikat inilah UMNO sudah tidak lagi relevan sebagai parti yang membawa penyatuan kaum kerana sifatnya yang rasis yang keterlaluan. UMNO dahulunya merupakan parti yang diyakini oleh bukan sahaja orang Melayu tetapi juga oleh semua kaum kerana sifatnya yang magnanimous dan bijak mentadbir negara yang berbilang kaum dengan penuh etika dan melunaskan pentadbiran berdasarkan kepada moral dan ‘governance’ yang baik.
Penyakit yang dihadapi oleh UMNO ini juga menular kedalam MCA dan MIC. Segala-galanya bertindak di atas lunas perkauman yang sangat merbahaya untuik masa depan dan rakyat. Penyebab kenapa isu rasis begitu menggila dimainkan oleh pimpinan UMNO, MCA dan MIC ini ialah kerana pemimpinnya lemah dan tidak lagi diyakini oleh rakyat seperti dulu.
Budaya yang menjolok mata itu berlaku di setiap peringkat parti, dari atas sehingga ke cawangan-cawangan. Oleh itu bagaiman rakyat hendak meneruskan sokongan dan seterusnya memberikan mandat kepada mereka lagi?
Bak kata Dr Mahathir sendiri: UMNO sudah busuk hingga ke ususnya. MCA serta Gerakkan juga telah menghadapi masalah besar kerana terlalu mengikut rentak dan langkah UMNO yang tidak mempunyai moral dan etika seperti parti yang memerintah negara.
Tidak hairanlah jika presiden MCA itu menjadi seorang kembiri politik dan sampai sekarang belum dapat menentukan tempat atau kawasan untuk beliau sendiri turun bertanding dalam pilihanraya yang akan datang.
Sdr Aspan;
ReplyDeleteSaya rasa dimana sekalipun Pres MCA, Gerakan, Ketua Wanita MCA, Gerakan bertanding pada PRU akan datang mereka akan menerima kekalahan, musibah terhadap korup, rasis dan kronism . Kemungkinan besar BN tidak akan dapat membentuk kerajaan jika tidak dibantu oleh kerusi Sabah dan Sarawak. MP Sabah dan Sarawak boleh dimand untuk jawatan kabinet yang lebih sebelum penamaan calun. Bak kata orang mereka boleh taruh harga, dengan cara ini juga Senator yang akan menjadi menteri kabinet juga dapat dikurangkan jika mereka ini betul-betul mendesak PM bagi jawatan kabinet. Situasi ini perlu diberi perhatian oleh PR agar konsessi kebinet dapat di untukkan kepada Sabah dan Sarawak " approprietly" daripada melantik calun menteri yang bukan pilihan rakyat yangmana pada akhirnya jadi "Officeboy PM" dalam kabinet. Dengan angota kabinet yang dipilih dari seluruh Malaysia juga akan dapat menjana satu demensi baru dalam pentadbiran negara menerusi "applied politic governance" Dengan cara ini juga kita boleh mengajar umno, MCA, MIC gerakan dan komponen yang sewaktu dengannya bagaimana kehendak rakyat Malaysia keatas kerajaan yang memerintah negara... bukan 1 malasia....1 olang punya cala....
Pak Aspan,
ReplyDeleteCS Lek perlu dibenarkan bertanding kerana dia merupakan calon "bola tanggung" BN. Jika DSAI boleh dituduh dengan bermacam video, pastinya CSL boleh dituduh (mengaku pulak tu). Politikus kembiri CSL mewakili parti MCA yang sudah dikembirikan juga. Kemana jua kembiri ini pergi, tiadalah dapat menghassilkan zuriat. Tapi kalau Presiden parti Melayu terbesar itu tidak pernah bertanding jawatan Presiden...adakah itu dikira kembiri? Atau sekadar angin pasang?
Alahai...