04 October 2011

Rakyat mahu bersatu, tetapi bersatu di luar BN

Di dalam sesebuah negara seperti negara kita yang penduduknya terdiri dari berbilang kaum, yang paling penting kita mesti perjuangkan ialah membina masyarakat dan rakyat yang bersatu dan muhibbah.

Di dalam negara kita dini hari kita sedang melihat keruntuhan dan kejatuhan tahap perhubungan kaum yang merbahaya. Perhubungan di antara kaum ini kini sudah sampai keperingkat yang terendah malahan lebh rendah dan merbahaya dari keadaan sebelum 13 Mei 1969 dahulu.

Laungan dan bisikan rasis yang di amalkan oleh pemimpin-pemimpin yang tidak berkepimpinan merupakan penyebab utama kenapa penyakit membenci di antara satu kaum dengan kaum yang lain sudah sampai ke tahap yang sangat menyakitkan. Oleh kerana kelemahan pimpinan yang tidak di hormati oleh rakyat berbilang kaum maka parti-parti yang rasis yang menganggotai BN sedang sibuk memukul gendang perkauman untuk mendapat sokongan kaum yang mereka masing-masing pimpin.

Semasa kepimpinan negara mempunyai kredibiliti yang tinggi kerana sifat ‘magnanimity’ mereka yang tinggi dahulu, mereka berani untuk mengambil sikap yang jelas untuk melakukan usaha mencapai penyatuan rakyat. Tun Abd Razak berjaya membawa semua pemimpin berbilang kaum kemeja perundingan dan menyatakan dengan terus terang yang ‘national unity’ itu ada matlamat terakhir bagi negara kita.

Tun Razak dan pimpinan beliau berani menyatakan perpaduan kaum itu adalah perkara yang terpenting untuk dicapai. DAN itu pun ‘ultimate’ negara. Kepimpinan semasa itu berani mendapatkan persetujuan semua pemimpin kaum di negara ini untuk negara melalui dasar-dasar yang jelas bagi mencapai matlamat perpaduan kaum itu. Pemimpin-pemimpin UMNO sebagai parti yang utama semasa itu faham tentang keresahan rakyat yang menyebabkan berlakunya kejadian 13 Mei ’69 itu.

Di sinilah lebihnya pemimpin pra Mahathir. Mereka mampu menyelami masalah rakyat yang berbilang kaum ini. Apabila mereka tahu dan faham semua masalah rakyat ini maka barulah mereka lakukan tindakan dengan menggubal dasar-dasar yang boleh menyelesaikan masalah itu. Ini memang asas ilmu pengurusan; ‘one has to understand problems up to specific even before thinking of solving them’.

Pemimpin kita berjaya menyelami segala masalah rakyat yang berbilang kaum, maka pimpinan pun dengan mudah menggubal dasar-dasar untuk membentuk proses-proses ke arah matlamat ‘national unity’ itu.

Tun Razak dan barisan kepimpinannya berjaya mendapat sokongan semua kaum untuk beliau melaksanakan DEB dan pencapaiannya ialah melalui beberapa proses yang telah dipersetujui oleh semua kaum.

Pertamanya untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Keduanya untuk menghapuskan cara mengenali satu-satu kaum itu melalui fungsi ekonominya. Kerajaan tidak mahu lagi Melayu di kenali sebagai pekebun dan petani kecilan yang duduk di desa-desa. Kaum Cina tidak hanya dipersepsikan sebagai gulungan peniaga sahaja dan kaum India tidak digambarkan sebagai hanya pekerja ladang kepunyaan bangsa asing dan taukay besar-besar sahaja. Ketiganya untuk merapatkan jurang pendapatan di antara yang berada dengan tidak berada.

Keempatnya untuk membesarkan serta melebarkan kek ekonmi negara dan menyusun pembahagian harta kekayaan negara mengikut kaum secara equitable (bukan equal).

Bumiputra di berikan kemudahan dan galakan untuk mencapai 30 peratus penyertaan di dalam bidang ekonomi dan industri dan bukan bumiputra sebanyak 40 peratus dan selebihnya untuk bukan rakyat Malaysia.

Dasar ini telah di persetujui oleh semua pihak termasuk yang bukan bumiputra kerana proses pembahagian dan menambah penyertai bumiputra itu bukannya dengan mengambil alih atau merampas hak bukan bumiputra tetapi sebaliknya dengan membesarkan kek ekonomi tadi untuk bumiputra mengusahakan pencapai matlamat pegang kekayaan serta equiti negara sehingga 30 peratus menjelangnya tahun 1990.

Apabila dasar ini mula dilaksanakan saya masih teringat bagaimana kerjasama di antara semua kaum begitu jelas dan saya sebagai seorang pegawai kecil di dalam kumpulan pelaksana itu merasakan kenikmatan begitu nyata kerana ramai rakan rakan bukan Melayu di dalam syarikat-syarikat yang dikuasai oleh bukan bumiputra telah berinteraksi dengan kami untuk mencari jalan bagi menambah penyertaan bumiputra di dalam pengurusan syarikat-syarikat milik mereka.

Mereka berbangga jika dilihat sebagai agen perubahan dan sentiasa memberikan peluang untuk melatih dan mendidik bumiputra dalam bidang pengurusan syarikat syarikat awam yang besar-besar.

Di pihak kerajaan pula telah di wujudkan puluhan atau mungkin ratusan agensi-agensi yang berkepentingan bumiputra untuk membesarkan kek ekonomi bagi melunaskan cita-cita untuk mencapai matlamat 30 peratus pegangan bumiputra dalam equiti kekayaan negara. Puluhan syarikat-syarikat ‘public companies by guarantee’ (sekarang GLC) untuk memegang kekayaan bagi bumiputra yang pada dasarnya akan dipindahkan ketangan bumiputra akhirnya.

Dalam lain perkataan sesiapa yang memegang tampuk kepada syarikat-syarikat GLC ini, mereka mempunyai tanggungjawab besar untuk memajukan syarikat-syarikat tersebut untuk kepentingan orang Melayu dan bumiputra keseluruhannya. Mereka sebenarnya sedang memegang amanah bagi pihak bumiputra semuanya.

Tetapi ramai di antara Melayu yang memegang jawatan-jawatan tertinggi di dalam syarikat-syarikat tersebut sudah lupa atau pun tidak tahu kenapa mereka berada di sana kerana hari ini kita lihat bumiputra tidak mendapat apa-apa dari syarikat-syarikat tersebut sebaliknya hanya berjaya meningkatkan ego kumpulan pengurusan GLCs tersebut. (kita sentuh isu ini dalam posting yang akan datang). Ketua-ketua eksekutif syarikat-syarikat kerajaan ini menjadikan amanah yang di berikan rakyat untuk memupok kekayaan mereka yang tiada batas moral dan agamanya.

Perlaksanaan DEB pra Mahathir sangat berjaya kalau di ukur dari kepantasan peningkatan peratusan pegangan bumiputra di dalam pegangan kekayaan negara. Dari 2.7 peratusan pegangan bumiputra dalam kekayaan negara ini pada 1971 peratusan itu telah meningkat kepada 18.4 peratus pada 1984. Kesungguhan pucuk pimpinan semasa itu untuk melihat matlamat untuk mencapai 30 peratus penyertaan bumiputra di dalam industri dan perniagaan membuahkan pencapaian yang memberansangkan tetapi ianya hanya sehingga DEB di abaikan oleh pucuk pimpinan pada pertengahan lapan puluhan yang membantutkan perkembangan itu.

Sehingga sekarang bumiputra belum pun sampai ketahap 20 peratus penyertaan di dalam equiti ekonmi negara. Malahan kita tidak langsung mendengar pemimpin-pemimpin kita bercakap dan memberikan focus untuk menyelesaikan isu penyertaan bumiputra di dalam bidang perdagangan dan perindustrian.

Keistimewaan untuk bumiputra itu di ambil alih oleh bumiputra yang menjadi kroni kepada pucuk pimpinan dan bumiputra yang mempunyai kebolehan tidak lagi berkemampuan untuk membuktikan kebolehan mereka untuk memajukan diri mereka dengan DEB itu. DEB telah di cemari sejak 3 dekad yang lalu kerana segala keistimewaan yang sepatutnya di rasakan oleh orang Melayu yang ramai hanya di bolot oleh segelintiran Melayu yang berada di dalam sistem kronism yang menebal sekarang ini.

Apabila budaya kronism ini bermaharajalela maka ianya memberikan pandangan negatif bangsa-bangsa lain yang telah menyokong DEB selama ini tetapi bumiputra tidak juga maju. Orang Melayu sendiri yang sudah lama bersabar melihat kemungkaran dari kronism ini sedang dalam pencarian untuk mengelak dari budaya kronism ini berkembang lebih menggila lagi.

Banyak bukti telah di tunjukan oleh orang Melayu sendiri tentang kemarahan mereka terhadap budaya rasuah melalui kronism ini tetapi pemimpin-pemimpin tidak juga mahu berubah budaya buruk ini. Mungkin mereka (pemimpin) mengambil isu isu sebagai isu kecilan sahaja maka mereka (pemimpin) mengambil sokongan Melayu itu sebagai ‘for granted’.

Akhirnya matlamat penggubalan dasar-dasar untuk mencapai matlamat perpaduan rakyat itu gagal dilaksanakan sehinggakan tidak lagi mungkin boleh mencari perdamaian abadi dalam perhubungan antara kaum di negara ini. Mahu tidak mahu kita mesti hidup dalam ‘neighborhood’ berbilang kaum dan adalah tidak aman jika masing-masing kaum tidak menghormati di antara satu dengan lain.

Rakyat kini cenderung untuk bersatu secara berkekalan tetapi mereka sedar yang perpaduan itu akan hanya boleh dicapai jika semua rakyat berbilang kaum beramai-ramai bersatu di luar BN dari sekarang ini. Isu rasis yang digembar gemburkan oleh parti-parti dalam BN sesungguhnya merupakan satu tindakan yang menentang semangat hidup muhibbah dalam masyarakat berbilang kaum. Orang Melayu tidak boleh lagi melayani penyakit rendah diri dan sentiasa merasa takut untuk bersama-sama hidup saling asih mengasih di antara satu kaum dengan kaum yang lain.

Mungkin ada formula baru tetapi eloklah di tunggu sehingga posting yang akan datang ini………(bersambung)…

15 comments:

  1. UMNO SUDAH TERSAR JAUAH DARI PERJUANGAN ASAL DULU UMNO BERJUANG DEMI KEPENTINGAN ORANGMELAYU SEKARANG UMNO BERJUANG DEMI KEPENTINGAN PEMIMPIN DAN PUAK2 KORAT DISEKELILING MEREKA.

    ReplyDelete
  2. UMNO SUDAH TERSAR JAUAH DARI PERJUANGAN ASAL DULU UMNO BERJUANG DEMI KEPENTINGAN ORANGMELAYU SEKARANG UMNO BERJUANG DEMI KEPENTINGAN PEMIMPIN DAN PUAK2 KORAT DISEKELILING MEREKA.

    ReplyDelete
  3. 5 Prinsip RUKUN NEGARA adalah kunci perpaduan jika setiap rakyat melaksanakannya dengan ikhlas.

    Hanya pengkhianat keamanan negara dan perpaduan antara kaum yang tidak mahu menerima dan melaksanakan 5 prinsip tersebut.

    Diharap ada undang-undang yang dapat digubal supaya tiada seorang rakyat pun yang boleh melanggar dan mencabul 5 prinsip Rukun Negara ini.

    ReplyDelete
  4. Saya ingat ketika tahun 70an dulu, naik kereta adalah satu kemewahan, minum air oren bergas adalah satu kemewahan, makan daging juga adalah satu kemewahan.

    Apalah daya saya keluarga saya orang miskin, atuk kerja kontrek JKR, abah kerja kuli kat Singapura, untuk hidup terpaksa bergantung pada ihsan wan/atuk yang dah tua dikampung.

    Tapi walaupun hidup kais pagi makan pagi, kita orang bersyukur juga, tidak pernah marah pada kerajaan atau Allah atas kemiskinan tersebut. syukur dengan apa yang ada. Saya tinggal sama atuk hinggalah Uwan saya meninggal dunia dalam tahun 1970.

    Sebab saya ni pandai sikit, kerajaan UMNO bagi sikit bantuan susu, bantuan cermin mata, bantuan buku, biasiswa dan bila pass SPM dengan gred1 diberi pulak biasiswa untuk melanjutkan pelajaran kat England. Tak merasa anak buruh dapat belajar kat England, saya bersyukur kerana pemimpin ketika itu berjiwa rakyat untuk membantu, sampai sekarang saya ingat akan jasa TDM kerana beri peluang anak Melayu dapat biasiswa.

    Yang sedihnya, adik saya yang tinggal di Singapura, jadi rakyat Singapura. Dalam tahun 1970an dulu, kerajaan singapura melancarkan polisi "stop at two" untuk menggalakkan mereka-mereka yang beranak ramai dan tidak mampu untuk berhenti beranak. Saya masih ingat ketika itu, ibu saya mengandungkan anak yang keenam.

    Mungkin disebabkan tekanan kerajaan, satu hari ibu bapa saya keluar rumah dari pagi. Sampai petang beliau balik. Yang saya pasti, perut ibu telah kembali kempis. Dari desas- desus jiran, saya terdengar ibu saya telah mengugurkan anak kerana polisi kerajaan menakut-nakutkan rakyat yang daif.

    Sedangkan saya dibantu oleh kerajaan UMNO, adik saya terpaksa berdikari untuk memajukan diri sendiri sehingga beliau dapat Diploma di Singapura.

    Bila dah besar, saya sedar apa yang dilakukan oleh Malaysia seperti DEB adalah amat berbeza dengan dasar social engineering "Eugenics" yang dilaksanakan oleh kerajaan Singapura. Di Malaysia, kerajaan UMNO menumpukan kepada majoriti yang miskin aka Melayu untuk meningkat taraf ekonomi mereka melalui 'affirmative action' sedangkan di Singapura hanya menumpukan perhatian kepada mereka yang pandai/kaya raya aka Cina supaya mereka akan jadi lebih produktif, sedangkan orang-orang Miskin aka Melayu akan diberikan tekanan untuk tidak produktif dan tidak berkembang.

    Bila berlaku macam ni, saya rasa amat bersyukur dilahir dan dibesarkan di Malaysia.

    Yang berkata krisis kaum telah bertambah teruk dari 1969, saya percaya ni pendapat yang kurang tepat.

    Perlu saya ingatkan krisis tahun 1969 bukan disebabkan orang Melayu kecewa dengan keadaan mereka yang lebih daif dari orang Cina kerana pada dasarnya orang Melayu ketika itu redha dengan apa yang ada. Punca krisis 1969 berlaku kerana orang Cina Malaysia dah diapi-apikan oleh DAP mereka adalah rakyat kelas tiga kerana hak istimewa orang Melayu ketika itu sedangkan hakikatnya , ekonomi dan lebih 70% jawatan kelas 1 kerajaan adalah dibawah penguasaan oleh orang bukan Melayu.

    Bila diapi-apikan, orang CIna bertambah berani untuk menuntut hak, dan apabila menang sedikit,DAP dan Gerakan telah berarak dibandar KL,dengan sombongnya menghalau orang Melayu supaya balik kampung. Orang Melayu telah bertindak balas dan berlakulah krisis 1969 ni.

    Ini fakta sejarah, Aspan toksahlah nak spin lagi.

    ReplyDelete
  5. Tiada apa yang diharapkan daripada anak Tun Razak melainkan kebocoran dan ketirisan harta negara,tambahan pula dengan kehebatan bininya anak Mansor yang gila glamor yang terlampau.

    ReplyDelete
  6. Encik Aspan,

    Through this article, I can hear your cry and concern for the nation, it's people welfare and the path this country is taking. Kudos for well written article.

    While you may have abandon your fight within UMNO/BN, many others can continue be non partisan to fight the same fight as you are. Not discounting UMNO low key members, though little they could do within because the way UMNO structured and indoctrinated.

    On different gear, anyone who follows state of global economy will probably say this is bigger news than politic. Somehow in Malaysia such importance always overshadowed by politics either by design or maybe politic is only what Malaysians know best.

    What is troubling is we have PM still doubling as Finance Minister in current state of chaotic global economy. He is out of phase from reality. Holding such important position solely based on his political survivability (not discounting other interests) is putting the nation at risk.  Even major companies, CEO and CFO are never allowed to travel in the same plane for sake of business continuity.

    At present state, it is not enough to have team of consultants and advisors to advise Finance Minister. It takes knowledge, skills and leadership which at present PM ability is still questionable not to mention many political battles he is currently facing.

    Come Oct 7, Finance Minister/PM will announce new budget. PR has proposed their version. All have/will be tailored in anticipation of the GE to win people's votes. Hopefully they don't "break the bank" just to achieve their political ambitions which could lead us following the path of almost bankrupt country like Greece. If not, next year budget theme will be slash,cuts and bailouts. 

    ReplyDelete
  7. AA

    Seingat saya TDMahathir semasa menjadi Perdana Menteri dulu ada mencadangkan mengenai konsep perkongsian bijak atau smart partnership antara usahawan bumiputra dengan bukan bumiputra dalam memajukan ekonomi negara. Tetapi ianya hilang begitu. Mengapa? Kerana sukar dilaksanakan, walaupun bunyinya mudah? Atau, bukan bumiputra menolaknya?

    Saya timbulkan semula cadangan TDM di atas kerana potensinya untuk dijadikan 'formula' bagi menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini.

    ReplyDelete
  8. Pak,

    Unity of Malaysian outside of UMNO and BN? That's truly an ideal and most wonderful thing that could happen to this nation of ours. However, UMNO being the malignant entity it is, hates the very idea that Malaysian can be united in heart and mind and of course devoid of UMNO and it's influence. That is the very reason for the political strategy employed by TDM and even now by Najib, to always insinuate and drum into the mind of the ordinary people that opposition is a dirty word, a word that implies communist, terrorist, chaos agent and the ever popular traitor.

    But as UMNO proposes, Allah disposes, it would seem that UMNO's hold or grip on the loyalty of Malaysian and the malays are slipping and slipping fast. And it doesn't help UMNO that their leaders are too busy looting and plundering that they no longer do it quietly and covertly and Malaysian are witnessing the unbridled plundering of the nation's wealth first hand and in angry astonishment. No single institution of this nation is not subjected to this frenzied plundering and Malaysian, as a result began uniting in fear, hate and disgust at those perpetrating the crime and unlawful act, those whom they as citizen have entrusted their trust and loyalty, their leaders who have betrayed them.

    It would seem ironically that despite the effort and the cost spent in various ministries to promote unity among Malaysian, the government succeeded in their effort to unite Malaysian by betraying the trust of the people and committing wanton and blatant looting and plundering. UMNO may in the future be referred in history books as the element that was able to unite Malaysian albeit THE bad and despicable element of corruption and greed. And maybe that's the ONLY thing that we can be thankful for the existence of UMNO Baru and nothing else, not even "merdeka"!

    Nick.

    ReplyDelete
  9. Pak Aspan
    Sehingga kini dengan hujah yang berterusan saya merasakan bahawa rakyat boleh menerima bahawa meritokrasi bermakna yang terbaik di kalangan kita perlu ke hadapan untuk memimpin. Kesatuan pemikiran ini adalah respons kepada keonaran UMNO yang mengabaikan nasib Melayu. Samada PRU13 menunjukkan BN menang atau kalah itu tidak menjadi hal asalkan kita setuju dan pasti bahawa UMNO Mahathir itu tidak sesuai mewakili orang Melayu lagi. Itulah sebabnya dipanjangkan umur Tun supaya dia menjadi saksi bahawa UMNOnya itu akan reput dan kecut sebagaimana parti2 lain yang terlalu lama memerintah

    ReplyDelete
  10. prinsip rukun negara 1 kepercaya kpd tuhan dan bandingkan dgn pancasila 1 ketuhanan yg maha esa.,,,,,,,,relevant yg mana
    bhinika tunggal eka yg dilaungkan 60 tahun dulu dibanding dgn 1 msia yg baru berumur 3 tahun
    kita melayu mesti hadapi perubahan yg bertahap dan trima kenyataaan bahwa kita hanya 10 juta dalam kelompok nusantara yg 400 jt ( msia ,brunei,indonesia,thailand selatan dlk) dan bukalah minda kita utk dunia global.
    Mahathir pun cuba melahirkan 10 ultra jutawan melayu macamsimsalabim utk jadi payung melayu, ,,,,tapi sayang tak capai hasratnya

    ReplyDelete
  11. Tuan Aspan,

    Saya setuju bab penyelewengan amanah rakyat oleh BN terutamanya hak2 peribumi yg hanya dinikmati oleh segelintir peribumi. Ini kita kena tentang. Cuma formula bagaimana pembahagian yang adil itu sahaja yang kita kena fikirkan agar ianya adil dan menyeluruh. Akan tetapi bab perpaduan ini satu isu yang berbeza dengan bab pnyelewengan ekonomi oleh BN. Ianya juga perlu formula baru.

    Isu perpaduan ini harus bermula dari peringkat awal. Formula yg saya fikirkan adalah kita kena minta saudara Cina dan India kita untuk korbankan SJK mereka. Ini untuk memastikan anak anak kita diajar seawal rebung untuk bercampur sebagai rakyat Malaysia. Kurikulum sekolah kebangsaan kita perkasakan dengan ambil kira matapelajaran bahasa ibunda dan kebudayaan ibunda bangsa spt Cina dan India ataupun Kadazan. Kita kena kurangkan aktiviti agama seperti Majlis maulud, bacaan doa diperhimpunan. dsb yg menakutkan bangsa lain. Kita kena saling bertolak ansur.

    Bab pembahagian ekonomi, rasanya tuan sudah sedia dengan formula menarik. Kena tunggu formula tuan sebab sejujurnya saya dah ketandusan idea tentang bab ini. Sentiasa ada ruang untk penyangak ini merompak disiang hari. Undang undang kita sangat mudah dimanipulasi.

    Tuan Aspan juga buat rakan rakan 'gaduh' seperti red alfa, nick, QD, saji, asam pedas dan lain lain tamu blog tuan, InsyAllah saya akan berangkat menunaikan Haji pada 13 Okt ni. Mohon se ikhlasnya kemaafan atas komentar saya yang menyinggung kalian dan doakan dipermudahkan urusan kami sekeluarga di sana serta diterima ibadah kami yang tidak seberapa dibanding nikmat Nya yang telah kami terima. Terima kasih.

    ReplyDelete
  12. Assalamu'alaikum wrbkth TnHj.Aspan..
    We have too many slogans and themes from Bahasa Jiwa Bangsa, Bersatu Teguh Bercerai Roboh, 1Malaysia, Rukun Negara, various Royal Commissions etc...etc..., but alas NONE has yet to materialise...!! Am I being too naive, Tn.Hj...??..

    ReplyDelete
  13. Sdr Ibni Ismail

    1. Saya doakan Allah permudahkan ususan menunaikan fardu haji sdr dan keluarga dan selamat kembali.

    2. Mengenai formula pembahagian yang adil yang sdr timbulkan itu, ingin saya katakan bahawa, untuk sektor industri pembinaan ianya telah saya kaji bersama2 tiga rakan pakar penyelidek di ISDEV, USM, dari sudut amalan pemerolehan kontrak pembinaan Barat dan Islam sekali gus, yang sebahagian hasilnya telah saya bincangkan melalui komen bersiri saya dalam artikal AA yang lalu bertajuk, "Orang Melayu Banyak Pilihan" berkenaan.

    3. Yang saya belum bincangkan ialah bagaimana penggunaan bentuk sistem kontrak pembinaan Barat yang dinamakan Management Contract menjelaskan, secara kontraktual, di peringkat ekonomi mikro atau pelaksanaan mengenai formula pembahagian adil dalam pelaksanaan projek kerjaan dan GLC ,khasnya, dalam erti kata bagaimana bentuk kontrak tesebut mengatasi pelbagai masalah yang sering kita dengar dalam pelaksanaan projek tempatan yang, antaranya, meliputi amalan rasuah,kronisme, alibaba kontrak, industri pembinaan negara dimonopoli oleh bukan Melayu, dari satu aspek, dan dari aspek lain, aduan mengenai kekurangan kerja di kalangan kontraktor kelas F, sub-kontraktor Melayu dan golongan profesional teknikal Melayu.

    ReplyDelete
  14. Mengangkat prinsip DEB tetapi percaya unity di luar BN adalah satu khilaf jiwa dan pemikiran yang agak mengelirukan.
    Bagaimana mungkin kita percaya bahawa Allah itu wujud dan berkuasa dan Dialah yang tunggal tetapi kita mengajak umat islam keluar dari Islam hanya disebabkan kita melihat pemimpin-pemimpin Islam tidak lagi berpegang kpd Islam dengan betul menurut polisi Quran dan Hadis? Kita mengajak semua umat Islam bersatu diluar islam kerana pimpinan yang ada sudah tidak 100% islamik?
    Bagaimana semangat DEB mahu dilaksanakan kembali jika tuan mengajak semua rakyat bersatu di dalam pakatan yang jelas tidak mahu dan menentang sebarang semangat yang diadaptasi di dalam DEB?
    Tindakan ini tidak ada bezanya dengan seseorang yang mengajak umat islam lipakannislam buat sementara waktu kerana pemimpinnya tidak islamik dan apabila semua sudah termakan pujuk dan hasutan, pimpinan dijatuhkan, baru tuan mengajak rakyat bertaubat nasuha dan amalkan kembali roh dan semangat islam.

    ReplyDelete
  15. Kepada 4 October 2011 23:57:00 , saya ingin mengulas pandangan anda.

    Saya percaya dari penulisan anda, anda adalah seorang yang banyak bersyukur namun kita jangan dikelirukan dengan tanggungjawab seseorang pemimpin yang dipilih kita.

    Secara keseluruhannya anda menjelaskan yang kerajaan sedia ada begitu mengambil berat hal rakyat khususya melayu dengan pelbagai bantuan diberikan tapi adakah anda tahu segala bantuan itu bukan datang dari poket UMNO sendiri. Sesiapa sahaja yang memerintah boleh bertindak sedemikian rupa dengan menggunakan peruntukkan kerajaan (rakyat) untuk diberikan semula kepada rakyat samada bantuan BIASISWA, bantuan susu, buku, rumah dsbnya. Anda harus berfikiran matang apabila memberikan hujah.

    Kita melayu mudah bersikap sederhana walaupun ada pihak yang 'menindas' hidup kita terutama yang menindas kita adalah bangsa melayu sendiri. Sikap seperti ini mudah dipergunakan oleh pemimpin melayu untuk mengekalkan kuasa atas sokongan rakyat seperti ini.

    Sebagai orang melayu kita harus bersikap berani mengkritis demi survival bangsa dan keluarga kita.. Perlu ingat pemimpin diberikan amanah untuk membantu rakyat dan bukan dipuja oleh rakyat..

    Bangunlah 4 October 2011 23:57:00, jadilah dewasa dan kuat!

    ReplyDelete