Lepas satu isu timbul satu isu yang melibatkan pemerahan wang rakyat yang di lakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan keluarganya dalam jumlah yang besar dan tidak terfikir oleh sesiapa yang mempunyai sedikit daya pemikiran yang baik.
Isu yang terakhir yang kita dengar setakat ini ialah isu NFC (national feedlot centre) yang melibatkan keseluruhan keluarga Ketua Wanita UMNO dan seorang Menteri yang masuk ke dalam Jemaah Menteri negara melalui pintu belakang itu.
Dengan terbongkarnya tindakan mencuri ini maka ramailah pemimpin-pemimpin UMNO yang membuat kenyataan sambil berbohong di Parlimen dengan menyatakan yang projek lembu itu adalah projek yang berjaya.
Muhyiddin Yassin yang bertanggung jawab untuk menjadikan projek ini menjadi realiti telah meminta Noh Omar untuk menjawab dan mempertahankan Sharizat di dalam parlimen tetapi beliau menyepi dan tidak berkata apa-apa. Tindakan Muhyiddin untuk meminta Noh Omar untuk menjawab itu memang tindakan yang bijak kerana jawapan yang sebodoh itu hanya boleh diberikan oleh orang seperti Noh Omar itu.
Yang mengejutkan saya ialah penglibatan Khairy Jamaludin membantu Noh Omar mempertahankan tindakan keluarga seorang ahli jemaah kabinet negara dengan mengatakan yang projek itu adalah projek yang berjaya. Khairy menambah lagi kekalutan dengan memberi tahu rakyat yang pembelian kondominium berharga RM10 juta itu adalah tindakan yang betul kerana untuk mengelakan wang lebihan syarikat itu dari ‘idle’ di dalam akaun syarikat.
Khairy yang baru mula hidup ini sedaya upaya untuk memperbodohkan orang ramai. Khairy yang selama ini saya anggap pemimpin berpotensi dalam UMNO dan negara sekarang sudah menampakan dirinya sudah terpengaruh dengan budaya mempersendakan rakyat. Mungkin Khairy terpaksa bersama-sama Noh Omar menganggap rakyat ramai ini bodoh dan boleh diperlakukan apa sahaja terhadap mereka (rakyat).
Dengan tindakan Khairy memberikan alasan yang jembel untuk mempertahankan Sharizat dan keluarganya saya telah dapat membuktikan teori yang saya selalu sebut; sehebat mana pun dan sehandal mana pun pemikiran dan kepimpinan seseorang itu, apabila terlibat di peringkat kepimpinan UMNO seseorang itu akan menjadi lemah pemikiran dan akan selalu bertindak bodoh mempertahan perkara yang tidak boleh dipertahankan lagi.
Pendeknya UMNO hanya mampu untuk merosakan pemikiran orang ramai dengan menyakinkan perkara yang bathil itu di terima sebagai perkara yang hak. Apa sahaja yang buruk yang di lakukan oleh mana-mana pemimpin tertinggi UMNO itu mereka (pemimpin UMNO) akan berpusu-pusu mempertahankan kesalahan sesama mereka.
Dalam isu NFC ini amat jelas kerajaan sedang cuba untuk memperlembukan orang ramai dengan projek lembu ini. Mereka menggunakan lembu untuk melembukan kita semua. Mereka seolah-olah meminta kita semua bertepuk tangan kerana kegagalan projek ini dan menganggapkan yang projek ini adalah projek berjaya.
Noh Omar dan Khairy seolah-olah menganggap yang kita di bawah ini semuanya lembu yang tidak tahu mengira dan membaca.
Kalau perbahasan yang bodoh ini datangnya dari Noh Omar tidak meagapalah kerana itu pun kemampuan ahli parlimen Tanjung Karang itu, tetapi kalau perbahasan yang seperti ini datangnya dari Khairy Jamaludin ianya amat memeranjatkan bukan sahaja saya yang tidak sepertinya ini tetapi juga dari ramai ahli masyarakat yang bertanya kepada saya kenapa universiti teragong dunia ini mengeluarkan produk seperti Khairy Jamaludin.
Apa pun yang berlaku sekarang ini rakyat perlu melakukan tuntutan untuk mendapatkan kembali hidup di dalam sebuah negara yang kita sanjungi seperti yang kita semua alami dahulu.
Caranya ialah untuk rakyat beramai-ramai melakukan pembetulan ini dan yang paling tepat waktunya ialah semasa pilihanraya yang akan datang. Kita tidak mahu lagi membaca lapuran ketua audit negara yang sama kandungannya seperti yang kita sedang baca sekarang ini tertulis dalam lapuranya pada tahun-tahun yang akan datang.
Kepada Khairy elok kita ingatkan supaya janganlah mencari isu yang lembab seperti ini untuk mendapatkan apa yang saudara idamkan dalam UMNO ini. Elok cari isu yang lain kerana kalau beliau masih mempertahankan Sharizat ianya adalah ‘self defeating’ bagi beliau.
Sepatutnya saya tidak masuk campur dalam hal Khairy ini tetapi saya tidak tahu kenapa saya masih ada sedikit ‘soft spot’ terhadap pemimpin muda ini. Khairy ini seorang pemimpin yang baik dan berpotensi tetapi beliau menjadi ahli parti yang salah untuk beliau.
salam datuk...saya dah lama hairan...kenapa pemimpin kita belajar tinggi-tinggi tapi otak macam lembu....dengan kita-kita sekali dilembukan nya
ReplyDelete"Noh Omar dan Khairy seolah-olah menganggap yang kita di bawah ini semuanya lembu yang tidak tahu mengira dan membaca." - Saudara Aspan, kenyataan seperti nie merupakan satu penghinaan yang amat sangat terhadap Rakyat Malaysia, kedua-dua ekor lembono nie perlu dan wajib disula...
ReplyDeleteEncik Aspan,
ReplyDeleteWhat you highlighted reflect level of maturity and leadership qualities ( or rather lack of it) that we have natured in our country. If PM really interested to know why people are switching allegiance against the government, he doesn't have to look far and hire expansive image and media consultants for answers.
As several Euro countries embroiled in economic crisis, we saw PM of Greece accepted lost of public confidence honorably and hand over the Premiership to his political opponent and PM of Italy has done the same. It is still un imaginable that would happen in this country. Even if this country in the brink of collapse. Auzubillah.
Finally,I found several interesting Peribahasa about lembu that may be very relevant to this case.
Laksana lembu kasi, Galak saja tiada melawan.
Lembu tanduk panjang, tidak menanduk pun, dikata orang menanduk juga
Menghela lembu dengan talinya, menghela manusia dengan akalnya
And my personal favorite: Umpama lembu dogol, tak boleh menanduk cuma menyondol
This is the result of tribal thinking. Other people - all wrong! Our people - all right!
ReplyDeleteThere is no justice or truth There is only US and THEM!
Bro,
ReplyDeleteSaya jawab begini:
Projek ini diluluskan semasa Khairy "boss" di tingkat 4. Jadi apakah motif Khairy bermatian mempertahan NFC? Sebab rasanya Khairy ada kepentingan (ada share) dalam NFC ini dengan suami/anak Sharizat sebagai proxy. Kalau tidak takkan graduan Oxford sanggup bermatian menegak benang basah kalau ia tidak melibatkan beliau. Sedikit masa lagi banyak cerita(atau tahi)yang akan keluar.
Aspan,
ReplyDeleteThis is interesting...
Malaysians Must Know the TRUTH: Deputy Prime Minister Muhyiddin and his sick Cattle Whore - http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2011/11/deputy-prime-minister-and-his-sick.html#comment-form
Finally to share this...
Might be worth his while to support her mum...who knows?
Sunday People * NST Online - Cowgirl Izzana makes the moo-ves
Saturday, November 12, - RACHAEL PHILIP
- http://www1.nst.com.my/Current_News/SundayPeople/article/CoverStory/20091030210328/Article/index_html
You be the judge.
Shalom.
Pak Aspan,
ReplyDeleteKhairy memang berpotensi tetapi akibat bergaul dgn kumpulan sesat jadi diapun tersesat, namun dia masih permata cuma di dalam lumpur. Akan hal lembu itu, tiadalah kami hairan kerana Nujum Pak Belalang sudahpun menujum kepada kami akan perihal lembu2 yang hilang itu. Akan segala duit hasil negara bolehlah dituntut akan tetapi Mamak Bendahara kena masuk gua dengan merangkak ke belakang. Kata orang dahulukala, Kerana pulut santan binasa ; Kerana lembu BN binasa?
Kadang-kadang saya naik meluat apabila Khairy asyik dirujukkan sebagai graduan Oxford. Kalau 10 atu 20 tahun dahulu mungkin kita rasa megah bukan kepalang tetapi sekarang sudah melambak malah dalam bidang yang lebih hebat dan mencabar. Apa tah lagi dari dulu hingga sekarang, dia langsung tidak menampakkan kematangan dan kebijakannya menangani pelabagai isu.
ReplyDeleteOrang N9
Ada kalanya saya jatuh kesian pula apabila dia terlalu mencuba supaya dapat dilihat dan didengar setelah tidak dilantik untuk memegang apa-apa jawatan walaupun dia seorang Ketua Pemuda UMNO Kebangsaan. Akhirnys dia memperbodohkan dirinya sendiri.
ReplyDeleteOrang N9
Sdra, Ini tak termasuk berapa projek dan kontrak yang di berikan pada keluarga Sharizat ni...cuba selongkar sikit..saya ada dengar syarikat juga dapat supply nanotech marker untuk bekalan diesel pada bot 2 nelayan ,
ReplyDeleteif in japan, kobe beef is of the highest standard than m'sia will have its best beef from shahrizat's family of the name "BANGSAR ONE MENERUNG BEEF".
ReplyDeleteTHIS TYPE OF COW HAD BEEN TRAINED TO USE LIFT, EXERCISE AT THE CLUBHOUSE AND TAKE SHOWER IN SWIMMING POOL. ALL THIS WILL INCREASE THE IQ OF THE BEEF MEAT AND THOSE WHO EAT THIS " BANGSAR ONE MENERUNG BEEF" WILL HAVE HIGHER IQ.
nasibkita,
ReplyDeleteaku pun hairan kenapa lembu yg tak pegi skolah pun kepandaian dia sama cam pemimipin2 negara kita...
Saudara Aspan. spot on indeed!
ReplyDeleteMakes no difference at all whether KJ is Oxford grad. One just needs to donate a couple of millions, and voila you get the degree!
All ALL ALL Politicians take credit for their efforts in all winning issues.
ReplyDeleteAll ALL ALL politicians will blame others in other losing issues.
All politicians will never take responsibilty.
All ALL ALL politicians keep their mouth shut when it suit them.
All ALL ALL politicians are pragmatic(unprincipled).
All ALL ALL politicians are opportunists.
All ALL ALL politicians have camp followers, parasites,wannabes and passing-off-ers, bag carriers apple polishers, yes men, bag men, men in black, 1st floor, 2nd floor ,3rd floor,4th floor,.. ad infinitum ad nauseum.
Minister of Agriculture and KJ and Tundol refuse to understand corporate governance transparency lift the corporate veil insider trading and a 100%loan/advance/grant by the federal government to a comporation, will make that coporate entity a wholly owned entity, same like the executive jet paid by khazanah used by the previous pm who said that the government did not buy the jet.
Gen46.
salam..semasa demam pilihanraya makin hampir macam-macam cerita timbul..kerakusan menteri-menteri semakin hari semakin terserlah.Di dalam menghadapi peperangan politik ni, pemimpin umno sudah terperangkap dengan jerat yang dipasang sekeliling mereka..musuh-musuh mereka adalah di kalangan mereka sendiri.yang menjadi duri dalam daging..mencucuk hingga boleh PADAM..JADI YANG DIANGGAP WINNABLE TU DAH KIRA MENINGGAL LA..JADI YANG DOK INTAI DARI BAWAH TENGAH BERHAYAL BOLE JADI WINNABLE..tapi lembu-lembu ni pun tengah tunggu kena sembelih juga satu hari nanti. .Gurka umno yang tengah buat kerja dengan penuh semangat ni. . Makin hari makin tertekan nak menghadapi rakyat yang tunggu nak belasah mereka. .
ReplyDeleteDAH BODOH MACAM LEMBU NAK BUAT MACAMANA? SEMBELIH AJELAH. BOLEH JUGA BUAT RENDANG.
ReplyDeleteBro Aspan,
ReplyDeleteKomen ikhlas yang amat berani dan jujur dari saorang penyokong tegar UMNO saperti saudara. Saya cadangkan PKR hantar tiga ekor lembu didepan Kondo mewah diBangsar tu-satu untuk Noh Omar, satu untuk Khairy dan satu untuk Sharizat.Kalau UMNO boleh hantar kepala lembu kepejabat Tan Sri Khalid Ibrahim hanya kerana isu kecil saperti "kuil". Ini soal penyalahgunaan RM9juta wang rakyat tiga ekor lembu ditambatkan didepan kondo mewah tu memadailah. Lepas tu kita panggil Aljazeera dan CNN buat lapuran. Apa kata saudara?
the youngman, sometime he is okie, and sometime a joker. as ppl use to say, mungkin sebab politikal survival punya hal. if he able to forgo those, correct the wrongs, being straight, firm, right thinking, color blind, am sure, he will move further. respect need to be earned and not demanded.
ReplyDeletesalam...
Beberapa bulan lalu saya beranggapan KJ adalah salah seorang pelapis yang boleh membawa **** keambang pemulihan, tetapi selepas meneliliti komen menyelamat ibu tua, satu patah perkataan saja yang wajar saya katakan kepada pembelaan beliau....BENGONG
ReplyDelete