05 November 2011

Bahasa Inggeris wajib dipertingkatkan - tetapi PPSMI bukan penyelesaiannya

Dr Mahathir berkata DS Najib boleh menyelesaikan isu PPSMI yang sedang dibahaskan oleh rakyat. Dr Mahathir merupakan orang yang bertanggungjawab melaksanakan PPSMI semasa beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dahulu.

Muhyidin telah mengambil keputusan dan meminta sokongan dari kabinet dan Parlimen untuk kembali kepada mengajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Malaysia. Apabila isu ini masih menjadi perbahasan kita tidak terlepas dari bertanya, kenapa sudah 54 tahun merdeka isu medium pengajaran dalam bahasa apa ini masih tidak terlerai.

Mahathir berkata Najib boleh menyekat implimentasi pengajaran dalam Bahasa Malaysia ini kerana beliau (Najib) adalah Perdana Menteri. Najib sendiri adalah seorang pemimpin yang sebenarnya masih mahukan pembelajaran sains dan matametik ini dalam Bahasa Inggeris.

Tetapi Najib tidak berapa berani untuk meminta Muhyiddin untuk membatalkan hasrat beliau (Muhyidin) untuk tidak meneruskan pembelajaran Sains dan Metamatik dalam Bahasa Malaysia.

Ada berita yang sampai kepada saya yang Najib telah berpesan melalui seorang yang berpengaruh supaya meminta Muhyidin untuk meneruskan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran itu dalam Bahasa Ingeris, kerana Najib tidak berani untuk membuat teguran terhadap Muhyidin. Malahan Muhyidin semalam telah membuat kenyataan yang DS Najib telah bersetuju untuk perlaksanaan pembelajaran subjek sains dan matematik kembali menggunakan Bahasa Malaysia.

Hakikatnya Najib dan Muhyidin sangat berbeza dalam isu PPSMI ini tetapi Muhyiddin telah mengambil sikap bertegas untuk kembali kepada pengajaran dalam Bahasa Malaysia ini kerana sentimen ini menguatkan beliau di kalangan ahli-ahli UMNO. Muhyidin mengambil sikap kemelayuan yang kuat dalam isu ini. Muhyiddin telah memberitahu media yang tindakan PAGE untuk mendesak Muhyidin menimbangkan saranan mereka untuk meneruskan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris lagi tidak akan di layan.

Muhyidin mendapat markah tambahan di kalangan ahli-ahli UMNO tetapi Muhyiddin lupa yang UMNO itu sendiri sudah kehilangan markah yang banyak dalam menghadapi isu ini. Popular di kalangan ahli UMNO tidak semestinya popular dari pandangan orang ramai dan rakyat jelata. UMNO itu sendiri sedang menghadapi masalah untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti itu.

Saya tidak lagi berkeupayaan untuk menentukan sikap dalam isu ini kerana isu ini terlalu komplikated dan amat payah untuk memberikan pandangan secara konklusif. Tetapi yang jelas Muhyidin tidak berkeyakinan dengan apa yang telah di dasarkan oleh Dr Mahathir dahulu untuk memperkuatkan penggunaan Bahasa Inggeris dengan pembelajaran matemetik dan sains dalam bahasa Inggeris kerana Bahasa Inggeris itu adalah bahasa antarabangsa.

Saya secara peribadi tidak begitu berkeyakinan yang PPSMI akan membina kekuatan pelajar-pelajar dalam berbahasa Inggeris kerana matematik dan sains itu merupakan subjek yang kuantitatif yang tidak boleh membantu murid-murid atau pelajar kita untuk memperkuatkan penguasaan mereka dalam Bahasa Inggeris.

Saya berpendapat kalau benar kerajaan ingin melihat Bahasa Inggeris di kuasai oleh pelajar-pelajar kita kerajaan patut menjadikan English 1119 dalam peringkat SPM di wajibkan kerana subjek English 1119 itu akan memaksa pelajar mengambil subjek English Literature sekali gus akan memperkuatkan penguasaan Bahasa Inggeris dengan lebih jelas di kalangan lepasan sekolah menengah negara kita.

Bahasa ini akan hanya menjadi kuat jika kita belajar dan mempraktikannya secara praktikal (bertutur dan menulis) dan mengajar dalam Bahasa Inggeris dalam subjek matematik itu tidak mencukupi untuk seorang pelajar itu menguasai bahasa itu.

Sesuatu bahasa itu termasuk Bahasa Inggeris akan hanya boleh di majukan jika kerajaan memberikan penekanan kepada satu subjek ini iaitu subjek English 111 ini kerana ianya akan memberikan penekanan terhadap nahu dan ‘pronounciation’ sekali dan benar-benar Bahasa Inggeris yang betul.

Kita sepatutnya mengambil jalan yang tengah dengan memberikan pembelajaran dalam Bahasa Malaysia untuk kemajuan bahasa kebangsaan kita dan menekankan murid-murid untuk belajar Bahasa Inggeris secara khususnya dan lengkap melalui English 1119 itu.

Memberikan peluang untuk murid-murid mengambil subjek English Literature di peringkat tingkatan 5 akan menjadikan murid itu memahami Bahasa Inggeris dan sekali gus melengkapkan mereka dengan Bahasa Inggeris yang betul dan bukan setakat bercakap inggeris semata-mata tetapi berbahasa inggeris yang sebenarnya.

Setidak-tidaknya dijadikan subjek English 1119 itu di peringkat tingkatan 5 sebagai option yang digalakan kepada mereka yang serius untuk menguasai bahasa antarabangsa itu. Penekanan bukan sahaja setakat memperkuatkan Bahasa Inggeris tetapi juga bahasa-bahasa ilmu yang lain seperti bahasa jepun, mandarin dan yang lain-lain.

Saya bersetuju supaya medium persekolahan dinegara kita ini di dalam bahasa kebangsaan. Dalam ‘obsession’ kita untuk menguasai bahasa lain kita tidak boleh membiarkan bahasa kita sendiri tidak terbina. Bahasa jepun menjadi bahasa antarabangsa kerana sikap patriotik orang jepun untuk memperkayakan bahasa mereka.

Bahasa mereka maju bukan dicapai dalam sekelip mata. Bahasa mereka maju kerana perjuangan bangsanya memperkayakan bahasa mereka sejak ratusan tahun dahulu. Maka kita juga berkewajipan untuk membina bahasa kebangsaan kita terus menerus sehingga bila-bila; dari satu generasi ke generasi yang seterusnya.

Dalam isu PPSMI ini saya membuat ‘conclusion’, yang bahasa Inggeris tidak akan berjaya diperkayakan jika diteruskan pengajarannya dalam dua subjek ini malahan ia akan membantutkan usaha untuk membina bahasa kebangsaan kita. ‘It will be neither or there’.

Adalah lebih baik jika PAGE mendesak kerajaan supaya memberikan masa pembelajaran yang secukupnya kepada subjek English 1119 di ajar secara serius di sekolah-sekolah jenis kebangsaan kita.

Itru lebih potensinya untuk bahasa Inggeris dikuasai oleh murid-murid yang akan berguna untuk masa depan rakyat dan negara.

Hentikan mengambil keputusan berdasarkan kepada kehendak politik sesuatu pihak kerana jika ianya terus di lakukan secara begini kita tidak akan kemana-mana. Kita perlu ingat yang kita sudah merdeka selama 54 tahun dan tidak ada sesiapa di dalam dunia ini yang akan menyangka yang kita masih lagi terkial-kial untuk menentukan jalan serta arah kemajuan untuk bahasa dan penggunaan bahasa bagi rakyatnya yang berbilang kaum ini.

Keadaan yang kita hadapi ini sudah cukup untuk membuat ‘conclusion’ yang bahasa selama ini telah menjadi alat politik bagi setengah pemimpin yang lemah dan tidak berupaya mengurus negara yang kita cintai ini.

Mungkin cadangan Dr Mahathir untuk mengadakan referendum terhadap isu ini perlu di pertimbangkan. Dr Mahathir berkata ini undang-undang manusia bukannya undang-undang tuhan kerana ianya boleh di mansuhkan. Cadangan ini agak lebih demokratik jika kita mahukan pandangan rakyat yang sebenarnya terhadap isu ini.

Hanya saya ingin menekankan sekali lagi yang pengajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris tiu tidak boleh pelajar menguasai bahasa Inggeris kerana mmetamatik dan sains ini adalah ‘subjek yang ‘quantitative’ dan tidak mungkin bahasa inggeris boleh dipertingkatankan penguasaannya jika PPSMI ini terus di laksanakan.

6 comments:

  1. Sdr Aspan,

    Dr Mahathir telah mencadangkan referedum untuk menentukan hala tuju PPSMI. Tetapi dia tak buatpun referendum semasa dia lancarkan dahulu, hanya bersentimenkan isu graduan Melayu tidak mampu bertutur bahasa Inggeris setelah isu ini disensasikan oleh warlord GPMS dulu.Mahathir hanya one man show buat keputusan, tak kira bercanggah atau tidak dengan perlembagaan dan Akta Pendidikan 1996. Adakah Mahathir telah lupa?

    ReplyDelete
  2. Salam Encik Aspan,

    I agree with your thoughts that mastering of English language not necessary done through Math and Science subjects. It must be a burden for the M & S teachers to master a language at the same time to teach effectively for a very important subjects. 

    Politicians just add confusions to the teachers, students and parents with their constant change of policy such as this which more incline towards political interest rather than education itself. One must ask, who is on the loosing end here and whose interest that we must protect for the sake of education because policy formulated found to be failure. Formulating education policy is not a Russian Roulette that can be played by chance. 

    The best policy is to allow education system manage by educators. Minister only formulate policy that only add value to the existing system. Not anything less.

    Akhir sekali saya mengucapkan Selamat Menyambut  Eid ul Adha al Mubarak pada Tuan Haji Aspan Dan keluarga. Sekian.

     

    ReplyDelete
  3. Sdr Aspan,

    I am not making a stand on PPSMI as this is as you say, a complicated issue with far-reaching consequences. However, I do wish to highlight that you may not be entirely accurate in opining that the purpose of PPSMI is to strengthen mastery of the English language. As I see it, the proponents of PPSMI favour it to facilitate the continuation of mastering these subjects at higher levels as many sources of valuable references in science and maths are in English, while there is dearth in the effort to translate these English references to Malay in order to fully promote the use of Malay in these subjects.

    But I do agree with your proposal in introducing 1119 - in fact I would support the syllabus to incorporate English Literature at earlier level. I fondly remember Tom Brown's School Days in my primary 6, with my elder brother's dog-eared and battered hand-me-down copy.

    Scrooge
    (Dicken's Christmas Carol too, of course!)

    ReplyDelete
  4. Sdr Aspan,

    Salaam dan Eidul Mubaarak.

    saya setuju supaya pembelajaran sain dan matehematics di dalam bahasa Melayu kerana sains and mathematics adalah nature. Mempelajarai nature dalam bahasa Melayu adalah baik untuk pelajar2 Melayu dan pada masa yang sama sebagai faktor penyatuan rakyat2 muda negara ini. Disamping itu ia juga adalah untuk memperkukuhkan dan mendaulatkan bahasa Melayu. Dulu Mahathir buat bukan kerana nak memajukan bangsa melayu sangat tapi lebih untuk menguntungkan kroni nya yang membekal hardware ke sekolah2. Dualu nak buat tak payah referandum, sekarang padai pulak nak referedum. Memang mahathir mudah lupa. Bukan Melayu yang mudah lupa, tetapi mahathir lah yang mudah lupa. Banyak perkara2 buruk yang dilakukan nya yang dia lupa.

    Bahasa Inggeris boleh diperkukuhkan dengan syllabus pembelajaran spt yang saudara cadangkan.

    Rakyat yang bukan Melayu mesti faham bahawa bahasa adalah faktor penyatuan bangsa Malaysia. Kalau mereka benar2 ikhlas nak menjadi bangsa Malaysia, PPSMI mesti ditolak. Bahasa2 lain boleh juga dipelajari. Ianya tidak disekat.


    ~wassalaam

    ReplyDelete
  5. Saya bersetuju dengan pandangan tuan bahawa cara terbaik untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris ialah dengan mengukuhkan pengajaran bahasa Inggeris dan bukannya melalui PPSMI.

    Saya merupakan salah satu pelajar terakhir yang mengikuti pembelajaran Sains dalam BM sebelum PPSMI diperkenalkan. Penguasaan bahasa Inggeris saya boleh dikatakan agak baik, dan ini bukan hasil daripada pengajaran bahasa Inggeris di sekolah tetapi melalui keluargan dan bacaan saya sendiri. Tahap pengajaran Bahasa Inggeris di mengikut sukatan pelajaran adalah amat rendah berbanding dengan Bahasa Melayu yang menumpukan penguasaan tinggi terhadap tatabahasa, struktur ayat dan sebagainya.

    Apabila saya mempelajari Sains di tahap SPM dan STPM, kebanyakan cikgu mencampurkan bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (maklukmlah cikgu-cikgu lama yang berpengalaman), dan saya tidak mengalami masalah untuk memahaminya disebabkan saya menguasai kedua-dua bahasa. Di peringkat universiti, saya dapat mengikuti jurnal-jurnal sains antarabangsa tanpa masalah.

    Saya percaya bahawa asas Bahasa Inggeris yang kukuh adalah amat penting. Di peringkat pengajian tinggi, pengajaran sains boleh dilakukan secara dwi-bahasa atau melalui kelas Bahasa Inggeris tambahan (contohnya English for Science) untuk menyediakan pelajar terhadap dunia Sains antarabangsa.

    ReplyDelete
  6. Dear Aspan,

    PPSMI can take up to a certain point, but in the process what most people will talk is merely technical side of English.

    If we look at the exam paper format in BM and English at all levels (UPSR,PMR,SPM/STPM), a parent or even a student would notice that the format for BM is tighter than English.

    Similarly, the number of weekly contact hours for BM to English for most schools is between 3:2 or 4:3.

    One way to start up is to have it swapped - 4:3 for English to BM, English paper more strict than BM, and BM has to be scaled to make more appealing to other races but still retaining the national identity.

    This can be a starting point and one of a win-win solutions for schoolchildren.

    ReplyDelete