25 November 2011

Selepas Kelantan Muhyiddin ke Kedah membawa lagu yang sama

Muhyiddin mengingatkan rakyat Kedah pula supaya jangan mengulangi kesilapan dahulu dengan memberikan kuasa pentadbiran Kedah kepada PAS. Katanya kerajaan persekutuan akan terus membantu rakyat Kedah tetapi jangan ulangi kesilapan dahulu dengan mengenepikan BN.

Saya ingin bertanya kepada TS Muhyiddin, apa kah kesilapan yang dilakukan oleh rakyat Kedah? Apa silapnya rakyat Kedah memberikan mandate kepada PAS? Apa kah untungnya rakyat Kedah jika kali ini memberikan mandat kepada BN khususnya UMNO?

Bukankah UMNO sudah memerintah negeri itu sejak merdeka tetapi keadaan negeri Kedah serupa juga. UMNO selalu memperkecilkan kebolehan PAS dengan mengatakan Kedah terlalu miskin dan rakyatnya miskin sejak PAS memerintah. Bagai mana rakyat Kedah boleh miskin kerana pemeritahan PAS kerana PAS baru memerintah negeri itu belum pun sampai 4 tahun.

Tidak kah Muhyiddin sedar yang kebanyakan mereka telah miskin dari dahulu lagi. Jadi selama 50 tahun BN memerintah kenapa mereka masih miskin (kalau benar mereka miskin)? Adakah BN bermaksud sejak 4 tahun dahulu rakyat Kedah menjadi miskin kerana PAS yang memerintah? Kenapa cepat sangat rakyat Kedah jadi miskin?

Memang benar Kedah merupakan negeri yang tidak sekaya Selangor tetapi kita perlu ingat dan bertanya kenapa tidak jadikan rakyat Kedah kaya raya selama 50 tahun BN memerintah? Kenapa?

Apa yang saya tahu Kedah di bawah pentadbiran Uztaz Azizan adalah dalam keadaan baik dan pemimpin UMNO sendiri mengandu dan menganda dengan pemimpin PAS itu. Menteri Besar PAS itu tidak menilai seseorang itu berdasarkan kepada fahaman politik mereka dan MB itu merupakan seorang yang magnanimous.

Pemimpin dan ahli PAS tidak diberikan peluang untuk mendapat kemudahan semasa BN memeritah dahulu, tetapi Azizan tidak berdendam dengan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO.

Kalaulah rakyat berfikir untuk memberikan mandat kepada UMNO siapa yang akan menjadi Menteri Besarnya? Bashah? Mahadir Khalid? Atau siapa? Adakah Jamil Khir Baharom pula yang hendak ditonjolkan? Atau Mukhriz Mahathir? Sebutkan sahaja satu di antara nama-nama ini, adakah berbaloi untuk menyebutnya.

Nama-nama yang saya sebutkan tadi semuanya bertanding dalam pilihanraya dahulu tetapi nama-nama ini tidak membantu BN untuk mengekalkan kerajaan Kedah di tangan BN. Mukhriz belum terbukti kepimpinannya kerana buat masa sekarang beliau ini bersandar kepada nama Dr Mahathir.

Jika Dr Mahathir sudah tiada saya percaya Mukhriz tidak akan mampu untuk menunjukan kepimpinan yang sepatutnya. Ramai orang Kedah memberikan pandangan ini kepada saya sejak akhir-akhir ini. Dulu ada DR Affifuddin, tetapi maklum sajalah UMNO, kalau ada orang berkalibar sedikit orang itu akan diketepikan kerana mereka berebut sesama sendiri. Itu sebabnya pemimpin lekeh-lekeh macam Bashah boleh menjadi Pengerusi Perhubungan…macam tidak ada orang lain.

Jadi peringatan TS Muhyiddin itu tidak membawa apa-apa ‘consequence’ dan tindakan rakyat Kedah memberikan mandat kepada PAS dalam pilihanraya dulu bukannya satu kesilapan. Sebaliknya memberikan kepercayaan kepada UMNO dan pemimpin-pemimpin mereka di Kedah itulah merupakan kesilapan.

Sesungguhnya peringatan Muhyiddin itu sendiri adalah satu kesilapan. Ramai rakan-rakan di Kedah menalipon saya yang mereka hanya mentertawakan kata-kata Muhyiddin semalam. “Kalau benarlah UMNO itu betul-betul mampu membawa pembangunan kepada Kedah kenapa Kedah miskin sedangkan negeri itu telah diperuintah oleh BN selama 50 tahun?” kata seorang guru besar yang telah bersara Jerlun?

“UMNO sekarang sedang membawa tempurung menadah simpati dari rakyat Kedah sambil memperlekehkan kerajaan Kedah pimpinan Uztaz Azizan. UMNO sekarang turun padang menjanjikan perkara yang sama sejak 50 tahun dahulu. Pembangunan…pembangunan…hanya UMNO boleh menentukan masa depan yang baik. Lima puluh tahun dahulu pun menjanjikan masa depan yang baik tetapi apa yang di tinggalkan kepada rakyat hanyalah kesusahan dan menyalahkan PAS yang baru 4 tahun memerintah Kedah.

Sebenarnya rakyat Kedah tidak melakukan apa-apa kesilapan dalam pilihanraya yang lepas. Yang melakukan kesilapan ialah UMNO, kalau tidak masakan UMNO ditinggalkan oleh rakyat jelapang padi itu.

Kalau pun UMNO hendak mencuba nasib untuk mendapatkan kembali pemerintahan Kedah, siapa yang hendak memimpinnya dan siapa pula barisan yang hendak mengambil alih itu?

Pertanyaan ini acapkali ditanya oleh ramai yang saya kenali di Kedah itu kerana yang hendak melakukan pengmbil alihan itu adalah di kalangan mereka yang sudah sah di tolak oleh rakyat di Kedah.

Eloklah Kedah kekal dalam tangan PAS itu.

14 comments:

  1. ibrahimovic, pokok sena25 November 2011 at 04:27:00 GMT+8

    Abang AA,

    saya selalu dok kata apa yang abang AA katakan itu.

    siapa dia yang nak mai pimpin kami di kedah ni?

    kami tak mau abik risiko memberikan kembali kat UMNO.

    tang mana salahnya PAS di Kedah ni?

    ReplyDelete
  2. kalau BN menang, itu kesilapan besar rakyat kedah.

    cukuplah tu UMNO, kami lebih aman di bawah PAS. janganlah kacau kami lagi wahai umno.

    enough is enough, kata orang putih. pergilah cari sokongan tempat lain bro muhyidin.


    zamani

    ReplyDelete
  3. Pak,

    For the past 3 decades UMNO and its leaders have exhibited 3 clear characteristics which are : 1) lying when they speak (examples are so abundant that it would take me pages to list them but then again the NFC scandal is worth listing), 2) whenever they make promises, they will break it (most election promises made by UMNO and BN for the past 5 elections remain false promises) and most despicable 3) when given trust, duty, agreement and responsibility, they will dishonor and breach it willingly (so many ministerial duties and responsibility given to them were dishonored, misappropriate and misuse. Even sacred and lawful federal agreement between the states and the Fed were unconscionably breached and broken such as the oil royalty).

    AND Muhyiddin expect the people to give them another term? And should many of us law abiding citizen and who profess our believe in GOD and Islam and other religions give those pathetic "leaders" another term? So many muslims who are pretentious in their piety should really examine their faith and "akidah" if they have no qualms whatsoever in giving those vermin the mantle of power. For those who are pretentious about piety, who boast their strict adherent to the daily 5 prayers "practice" and who fondly bragged about their countless visits to the holy city and land, should really take a good hard look at the heart of their akidah and their understanding of what it means to be a muslim because their complicity in electing hypocrite and unmoral characters into power will be brought to task by GOD and no excuses about ketuanan melayu or exigent situation (dharurat) will be accepted!

    The Malay Muslims should remember that any crime and misdeeds done by a leader they elected, they will be held accountable too in the day of judgement and no amount of prayers and hajj will absolve their sin of complicity and that facts is lost to many pretentious pious malay muslims!

    Nick.

    ReplyDelete
  4. Ali Rastam, KM Melaka mendabik dada pencapaian negeri itu dan membuat perbandingan dengan Kelantan.

    Hanya satu sahaja yang saya boleh gambarkan Rastam. Dia akan merengek seperti kanak-kanak kecil hendakkan gula-gula daripada bapanya, supaya kerajaan pusat memberi bantuan kewangan setiap projek yang hendak dilaksanakan di negeri itu. Tak kisahlah kalau projek itu baik atau tidak. Yang penting dia kelihatan berbuat sesuatu di negeri itu.

    Jadi jangan hairan kalau setiap kali PM balek atau keluar negeri, dialah satu-satunya KM/MB yang senantiasa berada di Bunga Raya KLIA.

    Saya tidak tau berapa billion ringgit kah hutang Melaka kepada kerajaan pusat.

    Kalaulah negeri-negeri yang diperintah pembangkang dapat sumbangan mengikut hak mereka, negeri itu tentulah lebih maju daripada negeri yang diperintah BN.

    ZMS

    ReplyDelete
  5. Saya harap rakyat Kedah tidak tertipu dengan janji janji palsu UMNO, yang TMY wakili. UMNO hanya mangunakan mandat dari rakyat untuk kepentingan kaum elit dalam UMNO sahaja.

    Jikan nak tahu kekayaan kaum elit ini, cuba pergi ke tempat letak kereta PWTC minggu depan waktu perhimpunan agong UMNO, dan tengok kereta kereta mewah kepunyaan elit dalam UMNO.

    ReplyDelete
  6. Napak Pak Din kita confident cakap dengan Kedahans UMNO akan berjaya rampas balik negeri itu.
    Sayapun yakin begitu.
    Tok Zizan kurang sihat, tak ada pemimpin yang menyerlah untuk pimpin negeri itu.
    Lagipun kan ke orang UMNO yang first come to the rescue especially during floods and other catastrophe.
    Tak gunalah cakap hadis itu dan ini dan nak laksanakan hukum hudud if basic necessities for living are ignored.

    ReplyDelete
  7. tsm ni nama aje orang islam tapi langsung tak malu menipu ketika berucap

    ReplyDelete
  8. Pak AA.

    TS Muhyiddin sudah seperti separuh akal, berani kata rakyat Kedah telah buat kesilapan memilih pembangkang untuk mentadbir Kedah.

    Lebih baik TS Muhyiddin mengaku sahaja UMNO/BN sudah membuat banyak kesilapan sebelum Praya 12 dan dia tahu Pakatan Rakyat telah menjadi pilihan rakyat Kedah sejak 2008. Agaknya TS Muhyiddin buta hati/akal yang rakyat Kedah sudah banyak membaca, mendengar, bertukar maklumat berkaitan kemungkaran, kesilapan, pencabulan, salah penggunaan kuasa,rasuah, tidak bermoral, zalim dan banyak lagi yang negatif yang boleh disemak dalam kamus Dewan BP.

    Sebut sahaja sebarang kemungkaran, semuanya ada dalam kamus UMNO/BN, dan sudah berlaku tiap hari dahulu, sekarang dan akan datang.

    ReplyDelete
  9. ZMS..kalau ada kelapangan, cuba baca LKAN..negeri melaka satu2nya negeri yg xbayar hutang pada kerajaan pusat..hehehe..

    Rasa kelakar bila TPM dok kata rakyat Kedah rugi sebab diperintah oleh PAS..tapi sebelum tu ada pelawa PAS supaya ber"sama" dengan UMNO semasa di Kelantan..

    Semalam kata kalau PAS bekerjasama dengan UMNO "amat molek"..bila kat Kedah lain lak bunyinya..

    TPM..nak tipu golongan senior mungkin boleh..nak tipu golongan junior pada zaman maklumat dihujung jari(walau xsemua maklumat boleh digunapakai), minta maaf ya TPM..apa2 pun untuk TPM..Good Luck..

    ReplyDelete
  10. Salam Pak Aspan;

    Cukuplah buat UMNO/BN.UMNO mesti tonjol siapakah CALUN CALUN yang JUJUR lagi AMANAH.Apakah masih ada lagi calun calun sedemikian dalam UMNO?????Apakah Najib, Mohyidin, Shafie, Hishammudin, Zahid bolih cerita sikit tentang amanah dan integriti.....APAKAH ORANG ORANG PAS, PKR TAK PANDAI BERPOLITIK?????Seperti dikatakan olih Dr Zahid.ORANG ORANG YANG PANDAI PERPOLITIK LAH YANG PANDAI MENIPU RAKYAT.Siang malam mereka hanya cari jalan dan strategi nak tipu RAKYAT.

    Tengok saja baru baru ini. Cerita Syahrizat dan keluarganya. Apakah Manusia seperti mereka ini nak kita sanjung GILA dan pilih jadi MENTERI?????NAUZUBILLAH....berdosa kita memilih Orang Orang seperti ini jadi Pemimpin.TIDAK ADA APA YANG BOLIH KITA BANGGAKAN LAGI DENGAN UMNO, MELAINKAN MEREKA SEMUA BERTAUBAT DAN UBAH SIKAP, TAPI BAGi MANUSIA YANG TELAH MAKAN DAN HIDUP DENGAN BENDA YANG TIDAK BAIK MAKA AMATLAH SUKAR UNTUK BERUBAH...KERANA ZAT ZAT KOTOR TELAH SEBATI DALAM DIRI MEREKA.

    ReplyDelete
  11. Quiet despair,
    Pemimpin yang agak "menyerlah"/pakar kelentong dari BN/UMNO memang ramai di Kedah tetapi yang lurus/jujur memang tak ramai atau tiada. Pas leadership is anytime better than UMNO though there is much improvement needed. God forbid! Kedah should never go back to UMNO. Which planet are you from?
    Pemerhati dari Kuala Nerang

    ReplyDelete
  12. Hello QD

    Aku org Kulim dan ahli UMNO, sejak 50 tahun UMNO berkuasa, yg terlalu kaya adalah pemimpin UMNO.
    Kalau UMNO tolong sesuatu cepat keluar TV, tapi kalau pihak PAS buat haram tak keluar TV. QD undi aku ke PAS bukan lagi UMNO.

    ReplyDelete
  13. aku_ein,

    Terima kasih.

    ZMS

    ReplyDelete
  14. Saudara Aspan
    saya setuju dengan QD bahawa mungkin Kedah akan di ambil semula oleh lembUMNO sebab cara@mainan@ kerje jijik, kotor dll tu mmg kerja depa tapi saya berdoa supaya Allah bagi kemenangan kepada mereka yang ingin memakmurkan bumi nya. Walau apa pun, kita tau janji Allah itu tetap akan di tunaikan. Aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn. Selamatkan lah Malaysia ini dari penjarah@penyangak@perompak@per....bersiri ni.

    ReplyDelete