11 December 2011

Dr Mahathir meminta Shahrizat berhenti. Yang lain-lain itu macam mana?

Dr Mahathir telah meminta Shahrizat berundur sebelum beliau diundurkan. Dr Mahathir merupakan individu yang terakhir meminta Sharizat berundur kerana terlibat dengan pinjaman mudah dari kerajaan sebanyak RM250 juta untuk membangunkan NFC di Gemas, Negeri Sembilan.

Sebenarnya berundur itu memang tidak payah disuruh dan dipaksa kerana isu itu memang menuntut Shahrizat untuk mengundurkan diri secara ‘voluntary’ sesuai dengan semangat demokrasi yang tulen. Sepatutnya Sharizat lebih awal lagi berundur tetapi beliau sebaliknya menyingsing lengan dan mengkritik pembangkang pula yang melakukan fitnah dan sebagainya.

Seperti yang saya sebut dalam tulisan saya beberapa hari yang lalu keputusan kerajaan untuk memberikan pinjaman dengan begitu mudah adalah disebabkan Shahrizat adalah seorang ahli jemaah kabinet negara. Kalau Shahrizat seorang bidan di klinik desa di kampung saya suaminya tidak mungkin mendapat pinjaman yang mudah daripada kerajaan.

Kalau dipandang dari sudut mana sekali pun, skandal ini melibatkan bukan sahaja Shahrizat tetapi seluruh ahli jemaah kabinet dan sepatutnya yang berhenti bukan Shahrizat seorang tetapi kesemua ahli yang berada di dalam jemaah kabinet semasa itu, terutamanya TS Muhyiddin Yassin yang ketika itu menjadi menteri pertanian dan asas tani negara.

Jika Shahrizat bertanggungjawab, maka Muhyiddin sepatutnya mengambil ‘accountability’ kerana projek ini mendapat sokongan beliau sebagai menteri yang bertanggungjawab. Sayalah orang yang paling awal menerima cadangan TUN yang Shahrizat patut berundur tetapi masalahnya kenapa Sharizat sahaja? Kenapa tidak mereka yang lain yang telah menggunakan kuasa untuk kepentingan anak-anak dan keluarga dengan menggunakan duit orang ramai untuk menyelamatkan keluarga yang gagal dan perniagaan.

Tentu Dr Mahathir tahu siapa yang menggunakan lebih dari satu billion wang rakyat untuk digunakan untuk menyelamatkan perniagaan anaknya yang dalam kerugian besar semasa itu. Kenapa pemimpin itu tidak meletakkan jawatan dengan serta merta? Kita akui yang kesalahan politik dan moral yang dilakukan oleh Shahrizat adalah besar tetapi kenapa tidak mengambil tindakan kepada kes yang lebih besar dari itu?

Saya juga hendak bertanya bagaimana hendak membuang Shahrizat sedangkan parti telah mengambil ketetapan untuk mempertahankan Shahrizat. Muhyiddin Yassin, Noh Omar, Khairy Jamaluddin dan ramai lagi yang mempertahankan Shahrizat. Dalam perhimpunan agong 3 sayap parti dan perhimpunan agong UMNO sendiri tidak ada apa-apa tindakan yang di ambil terhadap Shahrizat.

Inilah masalahnya UMNO ini. Pemimpin-pemimpin mereka mempunyai kepentingan perniagaan. Kepentingan perniagaan itu satu hal. Yang lebih menyedihkan berlaku di dalam UMNO ini ialah nilai kepimpinan, nilai kemanusiaan serta budaya di kalangan ahli-ahli dan penyokongnya telah terlalu ,’un Malay’, budaya yang bukan dimiliki oleh Melayu.

Persepsi kepada sesuatu isu itu sudah terlalu jauh menyimpang dan tidak pernah kita sangka yang keadaan sudah sampai ke tahap yang sangat merunsingkan. Kita boleh lihat apa yang berlaku di Pulau Pinang beberapa hari yang lepas di mana sekumpulan penyokong kerajaan yang anti DAP telah menampakkan kebobrokan mereka dengan menghantar kek berbentuk tahi kepada Lim Guan Eng.

Apa semuanya ini? Tindakkan tidak berbudaya dan beragama ini disokong pula oleh media masa perdana kepunyaan UMNO TV3 dengan menyiarkan berulang kali untuk memberi tekanan kepada DAP. Inikah hasil perjuangan UMNO? Ini kah budaya yang UMNO bentuk selama ini. Ini kah budaya Melayu?

Mentaliti yang sudah jatuh ke tahap ini sekali gus melambangkan pihak yang menyokong UMNO itu sudah berada di dalam keadaan desperate yang tidak terhingga. Di perhimpunan agong di Kuala Lumpur kita mendengar ada pemimpin-pemimpin yang menggunakan ayat-ayat suci, tetapi di bawah, penyokong-penyokongnya menggunakan taktik politik yang bukan islamik.

Mereka membuat kek berbentuk tahi untuk di hadiahkan kepada Ketua Menteri yang menyambut hari jadi yang ke 51. Kalaulah hanya ini yang UMNO mampu untuk mencapai maka kita eloklah berfikir 1000 kali sebelum memberikan undi kepada parti yang kian hari kian gila ini.

Sampai bila kita rakyat hendak hidup bersama dengan kumpulan yang tidak berbudaya ini. Menghantar kek berbentuk tahi ini memang satu insiden yang sudah cukup untuk di nilai bagaimana UMNO membentuk budaya dan sifat penyokong-penyokong mereka. Sifat amarah yang tidak ada batasan semata-mata kerana hendak menjatuhkan pimpinan negeri dengan melakukan tindakkan yang tidak terperi hinanya ini amat memalukan bangsa.

Kenapa tidak bertindak dengan melakukan kerja-kerja baik untuk meyakinkan rakyat untuk menyokong pimpinan UMNO? Percayalah ini bukan budaya yang sepatutnya ada dalam UMNO. Itulah sebabnya saya telah menyebutkan ratusan kali, budaya ini bukannya budaya UMNO yang asal. Ini budaya UMNO baru, parti yang ditubuhkan untuk menyelamatkan Dr Mahathir dahulu. Jika UMNO yang ada pada hari ini serupa dengan UMNO dahulu, politik negara tidak akan jadi begini keadaannya.

Bagi pendapat setengah pihak samada Shahrizat berhenti atau pun tidak UMNO akan tetap berada dalam keadaan yang sama. UMNO itu telah jatuh imejnya bukan oleh kerana Shahrizat seorang. Ia di sebabkan oleh semua pemimpin-pemimpin parti itu. Terus terang saya nyatakan yang patut berhenti ialah Najib dan seluruh barisan pimpinannya. Kata perbilangan, ‘busuknya ikan itu bermula dari kepalanya’.

Jika kita selalu ke pasar untuk membeli ikan kita akan tengok kepalanya dahulu untuk menentukankan samada ikan itu elok atau pun tidak. Kita tidak payah melihat badan ikan itu; cukup sekadar melihat kepala ikan itu sahaja. Kalau engsang ikan itu sudah hitam ikan itu sudah tidak baik untuk dimasak lagi.

Kalau kita pandang dari sudut etika kepimpimpinan semua pemimpin UMNO yang ada sekarang sudah sepatutnya mengundurkan diri, tetapi mungkin oleh kerana Shahrizat tidak sekuat setangah pemimpin yang lain maka Shahrizat tidak mendapat keistimewaan ramai lagi pemimpin yang telah melakukan kerja tidak baik yang jauh lebih hina dari Shahrizat.

Itulah sebabnya di negara-negara maju etika kepimpinan ini merupakan perkara yang lebih di titikberatkan oleh negara-negara tersebut. Seorang ahli kabinet Jerman pernah hilang jawatannya kerana menggunakan kad kredit kerajaan untuk membeli cokelat untuk cucunya yang tidak seberapa harganya. Seorang ahli kabinet Britain hilang jawatannya kerana menggunakan pengaruhnya sebagai menteri dalam negeri untuk mempercepatkan proses permohonan permit kerja untuk orang gaji teman wanitanya.

Saya menyebut perkara dan contoh-contoh ini untuk menunjukkan betapa ketinggalannya kita dalam memilihara etika kepimpinan dalam sebuah negara demokrasi saperti kita ini. Pemimpin-pemimpin kita telah menggunakan pengaruh dan kuasa dengan tidak ada hadnya dan ada seorang pemimpin utama negara yang menggunakan wang rakyat yang berbillion utnuk menyelamatkan perniagaan anaknya. Pemimpin yang saya maksudkan itu tidak pula berhenti dan telah duduk di kerusi tertinggi negara ini dengan begitu lama selepas perkara itu berlaku.

Saya telah selalu sebut tentang perkara ini: iaitu yang membuat salah yang lebih besar meminta pemimpin lain yang telah melakukan kesalahan yang sama untuk berhenti. Ini merupakan satu perkara yang tidak adil.

Benar, Shahrizat wajar berhenti, tetapi yang lain-lain pun perlu berhenti kerana telah melakukan kesalahan yang sama suatu ketika dahulu. Lagi pun apa yang dilakukan oleh Shahrizat ini sepatutnya diambil ‘accountability’nya oleh keseluruhan barisan kabinet kerajaan.

Moralnya Najib dan semua ahli-ahli jemaah kabinetnya perlu berhenti dalam isu NFC ini. Itulah etikanya. Dr Mahathir patut menyeru semua ahli jemaah kabinet negara berhenti bersama-sama dengan Sharizat Jalil. Kesemua mereka itu sama sahaja.

29 comments:

  1. Pak,

    If this scandal (more of a scam actually) were to happened in other country such as Japan or the UK, I thing the whole cabinet and the government itself would have resigned and a new government will be appointed. And it wouldn't stop there as the investigation and trial of CBT and corruption would follow suit. In other words, it's the end of the road for those involved and for their party as well. BUT when it happen in Malaysia, "The Bolehland" of Asia where everything can happen and does happen, corruption and CBT are considered as "not a big deal" if it was done by a minister and especially if that minister is from UMNO (and fully backed by its party no doubt).

    And that is the disease that is UMNO and this disease does not and can not be cured by simply treating it's symptoms or amputating an arm or a leg. It's a cancer that has progressed to the fourth stage and all treatment and medicine is "too little too late"! UMNO has to go to the "Davy Jones's locker" of Malaysian politic for it's own good but more importantly for the greater good of the nation and its people. It's not blind hate but rather a logical and analytical analysis of the political climate of this nation and it's basic requisite for healthy development and growth. Therefore let's give them a massive dose of "ABU" radiation and destroy whatever cancer cell that's plaguing this nation of ours!

    Nick.

    ReplyDelete
  2. Pak Aspan, Malangnya perkataan MALU telah hilang dari kamus UMNO. Kena tibai kiri kanan atas bawah, disindir tak jalan, dibelasah dia melawan walaupun dah jelas jelas buat dosa. Apa cara lagi untuk mengajar dan mendidik? Kita tunggu PRU 13.

    ReplyDelete
  3. "It's synonymous with pillage and plunder,corruption,arrogance that can only be the result of being too long in power" to quote sakmongkol47,
    best describes ketuanan melayu today.
    God willing, ABU in the next next election.

    ReplyDelete
  4. Saya memang ahli UMNO dan apa yang di tulis olih tuan amatlah tepat sekali nampaknya semuanya nak menegakkan benang yang basah lagi terang lagi nak bersuloh.Mereka menganggap semua ahli biasa yang 3 juta ini pecacai mereka sahaja dan menyokong apa saja perbuatan mungkar mereka.Saya rasa ABU memang ubat mujarrab untuk membetulkan alaignmen songsang kepimpinan UMNO baru ni.Jalan ABU lah jalan yang lurus untuk menyelamatkan UMNO yang jelas telah murtad dari perjuangan asalnya.

    ReplyDelete
  5. Assalamu'alaikum, saudara Aspan dan rakan-rakan pengunjung sekalian.

    Terima kasih sekali lagi di atas perkongsian bermanfaat ini. Ya, sememangnya apa yang saudara katakan itu semuanya benar lagi tak perlu disanggah. Malah, seingat saya, sejarah kepimpinan Mahathir bermula pada tahun 1981, yang mana ketika itu, dia ini dikatakan berkonflik secara dalaman dengan Allahyarham Tun Hussein Onn yang ketika itu Perdana Menteri. Namun, sayangnya, anak Allahyarham ini seakan-akan tak pernah belajar daripada kepimpinan kedua-dua Allahyarham ayah dan nendanya ... Hanya kerana mau nama, harta dan pangkat ...

    Begitu juga DS. Shahrizat; bukankah dia kini jadi menteri pun main jalan belakang? Walhal, kerusi Lembah Pantai tu dah ditawan PKR? Justeru, bagi saya, selayaknya UMNO yang ada hari ini diharamkan sahaja, sekaligus beri peluang orang lain pula mendiami Putrajaya, kan? Sebab itulah, elok kita tanya Mahathir dan anak didiknya ini, tidakkah mereka malu dengan orang bukan Islam yang adakalanya jauh lebih bermoral, berakhlak lagi bermaruah, walaupun prinsip mereka hanya berdasarkan pegangan dan ideologi semasa/ciptaan manusia semata-mata? Dengan penggunaan nas Al-Quran yang disalah-tafsir secara sengaja disusuli tindakan secara kontra ahli-ahli bawahan golongan taksub bangsa ini, imej Islam begitu tercalar, tau? Oleh itu, elok kiranya saya sebagai seorang yang baru kembali kepada Islam ini bertanya mereka: "Kalau kalian kononnya begitu khusyuk bersyahadah ketika tahiyyat dalam solat, kenapa perkara mungkar lagi mengarut sebegini boleh terjadi? Bukankah elok jika kalian ini meninggalkan sahaja dunia ini tanpa banyak soal jawab?"

    Dengan itu, cukuplah sudah bagi kita untuk membuat pilihan. Marilah selamatkan Malaysia daripada terus terjual zahir dan batin (yang nyata mahupun yang tersembunyi) agar kita benar-benar dirahmati lagi diredhai-Nya. Akhir kata, sekali lagi, jutaan ampun dan maaf seandainya kedapatan unsur yang tak wajar dalam ulasan ini; maklumlah, terasa dukacita dan marah yang teramat atas segala kmerosotan dan gejala keruntuhan sebegini. Tapislah kiranya perlu agar tulisan semurni saudara ini tidak dipersenda pihak lawan atau sesiapa yang sememangnya sensitif terhadap kebenaran. Terima kasih dan teruskan berkarya.

    ReplyDelete
  6. maaf cakap la, mamat2 umno pulau pinang yang hantar kek tahi ke guan eng takde rupa melayu pun.

    ReplyDelete
  7. Salam tok pan

    In Malaysia a person who has money is always right & being protected....

    ReplyDelete
  8. Pak Aspan,
    Bukankah United Malay National Organisation yang asal dan tulen telah dikuburkan oleh mamak kerala dengan bantuan PATI acheh.Saorang "palestin" telah digunakan untuk memalukan Hussein Onn agar menggundurkan diri.Sabelum ini mamak kerala tersebut telah terlibat menumbangkan Abd. Rahman.Petualang berdua ini telah menubuhkan United Mamak National Organisation (UMNO Baru). Inilah gerombolan yang telah dan sedang memusnahkan segala akhlak dan pegangan dan ajaran agama islam bangsa Melayu sekarang.

    ReplyDelete
  9. Tuan Penulis,

    Izin kan saya mengatakan bahawa dari sekarang, kita patut merujuk kepada parti yang dimaksudkan dengan menulis nama asalnya "UMNO Baru" untuk membezakannya dari UMNO yang sudah mati secara tidak terhormat pada tahun 1987. Sebabnya adalah jelas dan nyata parti yang kini melaung dirinya sebagai UMNO adalah hanya "looks like UMNO, sounds like UMNO, but it's NOT UMNO!" Seperti tuan penulis katakan.."UMNO Baru ditubuhkan untuk menyelamat seorang pemimpin"(we all know who).

    Terima kasih

    ibat

    ReplyDelete
  10. INSYALLAH ...kita tunggulah pilihanraya terdekat nanti..sama sama kita kubur kan UMNO BARU ini..saya juga ada di persidangan tempoh hari...pemimipin ketua UMNO ni memang hipokrit...

    ReplyDelete
  11. Are there still moral value in the umno leadership. Certainly no?, they lost it long time ago. They still dare proclaim themselves as defenders of their religion. Maybe their brand are totally different for others. Which religion allows corruption? Worst if it belong to our future generation. Why do people need so much money. Satan = love of money. Remember you will have to repay it back.

    ReplyDelete
  12. AA, yang lain-lain tu sapu di bawah permaidanilah!

    ReplyDelete
  13. Tindakan mahathir suruh shahrizat berhenti samalah dengan botak chin suruh kawannya supaya jangan merompak.

    dpd: bukan perompak RM1 billion

    ReplyDelete
  14. Tok Pan,
    Jangan la suruh Mami Ijat berhenti...Dia dah sinseng lengan dah. Karang dia angkat kain, sapa yang susah..He3..Tok Jib plak tak terkata2..Payah oo..
    Hal Tok Det tu biasala..Keadilan hanya ditentukan disebelah mana kita berada' (He3..Melayu mudah lupa?).
    Biaq pi la depa duduk sat lagi Menteri tu..kan Tok Jib dah umum PRU13 tak lama lagi. Wow depa tak henti, banyak senjata oo..
    -sender Rakyat Jenny (Jeniang la tu)

    ReplyDelete
  15. Anon 12:11:00 GMT+08:00

    1. Kalau tengok gambar 3 orang pemimpin-pemimpin UMNO Penang yang hantar Kuih tahi kat LGE tempohari sah...sah lagi sahih puak-puak mamak!

    Kalau kita letak gambar ahli MIC penang sebelah gambar tadi sah tak ade bezanya dari rupa paras dan fizikal.

    Jika kita lihat beberapa siri demo yang dianjurkan oleh UMNO Penang, saling tak tumpah stail dan cara seperti stail geng-geng MIC kat malaysia ni! Lansung tak ada ciri kemelayuan!
    Agaknya sebab dari gene dan species yang sama kot...yang berbeza hanya ugama sahaja. yang lain semua sama.

    2. Agaknya betul la UMNO kat Penang tu adalah United Mamak national organisation (UMNO). Ramai agaknya tersalah faham bahawa UMNO Penang tu parti UMNO melayu yang baru abis PAU baru-baru ini. Sebenaqnya bukan dan tak sama!

    3. satu lagi gambar yang menarik adalah gambar yang diambil dipejabat Kerajaan negeri pulau Pinang. Belah kiri gambar tersebut memaparkan 3 pemimpin UMNO Penang. Sebelah kanan dipaparkan 3 orang wanita melayu tulin kakitangan kerajaan negeri.

    Kan jauh bezanya, mamak dengan melayu tulin pulau pinang.

    3. Jika kita lihat kepada tindakan2 UMNO peringkat nasional hari ini, misalnya dalam isu NFC, terserlah tindakan2 itu bukan berdasarkan cara orang melayu...lebih kepada stail dan budaya mamak. hatta blogger premier UMNO pun dah didominasi oleh geng mamak!...papagomo...no?

    Kesian-kesian...kat melayu-melayu tulin yang kena diperkudakan oleh United Mamak National Organisation(UMNO!

    Bat8

    ReplyDelete
  16. I believe not every UMNO member are like this. There are many people who have no power to speak out as a few warlords who control the party will not let them. These few warlords have used UMNO for their personal gain and now they will do anything to protect themselves.There are many good and sincere people in the party and if they dont stand up and make the changes, they will be rejected by the people. Time is running out.

    ReplyDelete
  17. umno dah gila tuan, angkut taik ke hulu ke hilir, kemudian makan taik tu ...ni perangai org gila

    ReplyDelete
  18. che det tu ayam bapak...berkokok berderai2, ekoq belemueh dgn taik. umno mentakrifkan hasil mahsul negara sebagai 'harta rampasan perang'

    ReplyDelete
  19. Pak Aspan,

    Sejarah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka akan berulang. Ini semua angkara keturunan mamak atau digelar Rahim Kajai sebagai DKK (Darah Keturunan Keling). Raja Mendeliar telah membuat onar dalam kerajaan Melayu Melaka.Ini dapat disorok dalam Kitab leluhur institusi beraja. Suasana zaman telah beubah tetapi percayalah genetik dan DNA Raja Mendeliar telah berkembang hingga menjadi komuniti dominan di sebuah negeri di Malaysia serta telah menduduki jawatan penting parti teras di Malaysia. Sosok ini telah membuat onar dalam politik negara. Komuniti ini saya percaya akan menyebabkan parti yang membentuk kerajaan Malaysia akan jatuh kerana kelaku buruk mereka, hinggakan orang Melayu lain juga rimas dengan tingkah laku mereka.

    ReplyDelete
  20. Tuan Aspan,

    Saya sependapat dengan sahabat kita pasal sejarah Raja Mendaliar. Nampaknya sejarah hampir berulang kembali. DKK akan menjadi onar dalam pemerintahan Malaysia. Awas bangsa ku. Bangun lah dari lena mu. Jangan sekali-kali mengiyakan "Melayu Mudah Lupa" yang seringkali diucapkan olih pemimpin DKK itu. Wahai saudara ku dari DKK. Jangan lah menghina diri kamu oleh sikap segelintir saudara DKK kamu yang tidak berpegang kepada ajaran Islam. Tinggalkan mereka! Ayuh kita bersatu dengan panji Islam. Biar apa jenis keturunan sekalipun. Yang utama bersatu majukan negara bersama ISLAM..Ingat PRU13 ingat ABU.

    ReplyDelete
  21. Salam Pak Aspan,

    Pemimpin2 umno ni tak takutkah kepada balasan Allah S.W.T....mereka ni semakin lama semakin riak dan takbur,seolah mereka adalah raja segala raja.Insaf la wahai pemimpin umno sebelum terlambat....

    ReplyDelete
  22. Salam Pak AA,


    Saya sebagai ahli umno yang biasa berasa amat sedih melihat gelagat pemimpin umno sekarang,Setiap kali sholat saya selalu berdoa agar mereka menjadi pemimpin yang baik...tapi apakan daya,Allah S.W.T. tidak makbulkan doa saya....

    ReplyDelete
  23. “Dr Mahathir meminta Shahrizat berhenti. Yang lain-lain itu macam mana?”

    Aspan,

    Yang lain2 semua kawan2 ala Mamakutty’s “slaves” seeing that he was the one who started it all for 22 years...

    In Sharizat’s case, wasn’t she the “Heroine” who got all her Wanita UMNO members to back Mahyuddin to “win big”, whilst Jibby & Moo “neglected” Jr. to lose the Pemuda Leadership at the last UMNO General Assembly???

    Finally to share this...

    Stamford Holdings Sdn Bhd – http://malaysia-today.net/mtcolumns/guest-columnists/45472-stamford-holdings-sdn-bhd

    Biometrics – The cash flow for Umno elections ~ Transformer 2.0 – http://1malaysia1love.blogspot.com/2011/08/biometrics-cash-cow-for-umno-elections.html

    So the "Sifu" Puppet Master has finally decided...

    To put his "End Game" in place...for junior...

    At 84, it's getting late for Sifu...
    With Jibby as the main puppet...and this says it… ...

    “I back Najib, he is a better man,” says Dr Mahathir – http://malaysia-today.net/mtcolumns
    /newscommentaries/45451-i-back-najib-he-is-a-better-man-says-dr-mahathir

    The Ketuanan UMNO Baru is like the Malaysian Alfa Romeo in the the older days...

    It was a great car...

    One of the favourite jokes then...

    If you want to remove ALL the rust in the car, there will be no car left...

    It is the rust that has held the car in one piece...

    You be the judge.

    Shalom.

    ReplyDelete
  24. Shahrizat tak pandaqi simpan. Jadi kena tangkap. Yang lain pandai simpan, selamatlah mereka.

    ReplyDelete
  25. Tuan,

    Saya amat sedih melihatkan pemimpin seperti ini, turun ke padang untuk memperlihatkan imej yang bersih kepada masyarakat tetapi tidak beretika di belakang. Yang peliknya pihak polis pun dengan sepantas kilat meng'clear'kan isu ini walaupun dikatakan masih dalam siasatan.

    ReplyDelete
  26. Klu x suka pun jgnlah sampai bagi kek tahi... satu cara jer nk ajar puak-puak nie...kita tukar kerajaan

    malu aku nk mengaku melayular...

    D ulu
    B N
    S ekarang
    P R...

    ABU

    ReplyDelete
  27. Dr m used d Malays only as an agenda for his political mileage. It's sad the Malays can't see beyond that. Today, he's using them for his billions businesses earned from the rakyat's hard earned money. Kita nak sayang dr m atau nak sayang negara? He Alone has destroyed the country's economy and judiciary system. Is that the work of a great man? Yes!!! Only one that loves the country not would do that.

    ReplyDelete
  28. Inilah penyakit di Umno malaysia.

    Adakah resign boleh memajukan malaysia?

    Sepatutnya pemimpin atasan (PM dan orang yang meluluskan program)perlu resign dan pengurus syarikat patut dipenjarakan atas " criminal on Breach of trust - CBT" .

    Kalau tidak, perkara seperti ini akan berulang dan hancurnya negara kita.

    ReplyDelete