27 December 2011

Kuah ayam pun, rasa ayam juga - Lauknya biar pemimpin kita makan....baru aman negara

Pilihanraya sudah hampir tiba. Dalil-dalilnya semakin jelas. Pembahagian-pembahagian duit ratus-ratus ringgit seorang sudah mula dibayar. Walaupun pembayaran itu terlalu rendah untuk berkuasa dan mendapat pulangan yang berbillion bagi pemimpin-pemimpin yang berkuasa, itulah caranya UMNO hendak selamat kali ini. Walau bagaimana pun itu hanyalah usaha tetapi yang menentukan tetap rakyat.

Kalau dikaji dari jumlah yang dibayar kepada rakyat, dengan jumlah sebanyak 1 trillion ringgit yang dilarikan oleh setengah pihak yang berkuasa atau pun kroni pihak yang berkuasa jumlah itu terlalu kecil: ibarat sebesar tahi gigi sahaja.

Lagi pun yang dibahagi itu adalah duit rakyat sendiri, duit pembayar cukai dan bukannya duit UMNO atau pun BN. Yang dibawa lari sebanyak 1 trillion ringgit keluar negara sejak 10 tahun dahulu pun adalah wang yang di curi dari rakyat. Semuanya rakyat yang punya.

Saya sempat berjumpa dengan ramai orang yang bertanya tentang RM500 dan bantuan sekolah RM100 yang dihebohkan oleh media setiap malam melalui TV3 itu. Rata-rata memberikan pandangan yang itu merupakan satu pembelian undi dan sokongan. Rupa-rupanya rakyat kita ini adalah terlalu murah pada pandangan pimpinan kita.

Ada juga yang mengatakan yang mereka hanya mendapat kuah sahaja tetapi ayam dan dagingnya di belasah oleh mereka yang berkuasa dan kroninya. Ada yang mengatakan kepada saya yang mereka hanya mendapat kuah kerana mereka menilai kita hanya setakat nilai kuah ayam sahaja.

Tetapi saya mengatakan, tak apalah dapat kuah sahaja. Selama ini pun tuan-tuan makan kuah sahaja. Biarlah lauk ayamnya mereka yang sental. Dah kita ini layaknya hanya setakat menghirup kuah sahaja, nak buat macam mana.

Mereka (pemimpin) hanya mahukan kita makan kuah sahaja dan tak lebih dari itu. Mereka mengatakan kalau makan dan menghirup kuah ayam, kuah itu rasa ayam juga. Asalkan dapat rasa ayam itu cukuplah. Kalau kita hirup soup kambing sahaja, soup itu pun ada rasa kambingnya. Cukuplah setakat itu.

Ayam dan kambing serta lauknya bukannya untuk kita. Itu untuk pemimpin-pemimpin dan kroni-kroni mereka sahaja. Rakyat mesti sedar kenyataan ini. Kita mesti sedar yang rakyat hanya mendapat kuah ini adalah kehendak rakyat sendiri. Bukankah rakyat yang membiarkan mereka makan lauk dan kita semua makan kuah. Itu pilihan rakyat juga selama ini.

Kalau rakyat hendak makan lauk selepas ini, usaha itu mesti dilakukan oleh rakyat sendiri. Rakyat terpaksa ketepikan mereka yang ‘kuat makan’ ini. Cara untuk mengenepikan mereka yang ‘kuat makan’ ini rakyat sendirilah yang patut berfikir. Pilihannya luas terbentang. Tepuk dada tanyalah selera.

Tetapi kalau rakyat tidak berbuat sesuatu, itu sahajalah yang kita dapat selalu…..RM500 semasa undi rakyat diperlukan.Mereka (pemimpin) masih berfikir yang rakyat sudah selesa dengan makan kuah sahaja.

Kok tak dapek makan isi (lauk) dapek kuah pun cukuplah…..kuah ayam pun rasa ayam jugak kan!! Lauk yang sedap-sedap tu biar pemimpin-pemimpin kita makan, kerana mereka 'kuat makan'.

22 comments:

  1. Pan,

    Itu kuah ayam,kalau rondang ayam macam mono pulak raso eh?...sapo yang dapek lobeh.

    ReplyDelete
  2. Salam tuan,

    Bagi saya, yang masih menyokong umno/bn adalah :-

    1- kontraktor yang bergayut di bawah ketiak umno/bn

    2- golongan veteran yang terlalu bernostalgia

    3- mereka yang kurang terdedah dengan politik massa/ kurang terdedah dengan keburukan pemimpin umno/bn

    4- mereka yang merasa selesa kerana mendapat pekerjaan yang baik. jenis ini akan TAKUT dengan bayang-bayang. Contohnya, kalau PR perintah, negara akan kucar kacir dan kehidupan mereka akan terjejas. Jenis ini lebih pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan kesusahan orang lain dan mereka lupa bahawa yang beri rezeki adalah ALLAH, bukannya umno/bn

    5- golongan yang suka menerima/ meminta-minta dan suka pada keuntungan segera. contohnya penduduk kampung yang masih hidup susah. mereka akan terlalu menyanjungi pemimpin yang memberikan bantuan 100/500 ringgit, atap zink, tandas boleh alih, enjin bot, tangki air dan lain-lain bantuan segera yang lain. Lepas pilihanraya, apabila mereka dilupakan, mereka akan melabun sesama mereka dan mengeluh. Datang pilihanraya, mereka dapat lagi bantuan segera, mereka LUPA penderitaan ketika dipinggirkan. Ianya berterusan selagi minda mereka terkepung dan takut untuk berubah.

    6- Mereka kaki lobi dan kaki bodek yang mendapat habuan tanpa bekerja keras, tetapi cukup dengan kenal pemimpin atasan untuk di lobi. Golongan ini memang tak boleh pakai dan dengan mudah akan bertukar 'kiblat'. tidak hairan jika PR memerintah, mereka akan terlalu baik dengan pemimpin PR. Inilah conman.

    So, mereka yang masih sokong umno, di mana anda punya kedudukan.

    Jika alasan anda menyokong umno kerana agenda melayu, apa alasan anda apabila melihat tanah rizab melayu yang digadaikan oleh umno, mengurangkan kuasa raja2 dan 'menyerang' institusi raja tetapi kini sibuk mempertahankan (kononnya) institusi sama yang diserang dulu? Siap suruh siasat harta sultan dan masuk muka depan paper lagi. Di mana kedudukan melayu sekarang setelah lebih 50tahun umno tadbir malaysia? Ketahuilah bahawa agenda melayu hanya untuk menghalalkan apa yang mereka buat, sedangkan yang diberi banyak keistimewaan adalah kaum lain yang mana banyak memberi dana kepada mereka.

    FIKIR-FIKIRLAH

    ReplyDelete
  3. Den paling respek satu insan yg paling bersih cekap amanah, Kata dia hanya makan mee spt org lain jugak hanya sepinggan. Juga saranan kepada melayu yg nak jadi jutawan, boleh jual goreng pisang kek pekan Rabu spt anak2 dia.

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

    Ya, tepat sekali! Kalau tak diperincikan pun, rasanya dah boleh faham ... Cuma, di sinilah kita perlu bertanyakan diri: "Sampai bilakah aku harus begini?" "Sampai bilakah aku harus menangis?"

    Malah, kalau tak keterlaluan, saya katakan, bukan sekadar itu .. Yang penting, kita turut dibalas dengan pelbagai najis buangan mereka. Cukuplah bila ditinjau akan gejala sosial dan indeks rasuah yang semakin parah. Bukankah segalanya ini berkembang pesat bagaikan cendawan tumbuh lepas hujan, khususnya di era UMNO ii ini?

    Oleh itu, mereka akan sentiasa cipta slogan berhikmat sakti diikuti pelbagai tawaran insentif zahir dan batin bagaikan para ketagih khamar, dan setelah mabuk, habis yang di keliling dimangsakan. Puncanya? Tiada atau ketipisan iman yang parah! Bukankah iman dan taqwa disusuli amalan Islami yang penuh istiqamah, penawar tunggal permasalahan sebegini? Tapi sayang, panda baca Quran, sekaligus kaki putar-belit ... Bukankah semuanya itu benar?

    Menutup bicara, mari kita bersama cantas dan sembelih mereka sebelum mereka berterusan menyembelih kita sehingga hancur lebur. Semoga setelah ini, kita sekalian benar-benar selamat dan akan menikmati sekalian yang disajikan bersama-sama sebagai keluarga Malaysia yang beroleh rahmat, barakah dan ampunan-Nya. Mengakhiri perkongsian ini, segunung penghargaan kepada kalian di atas kesudian berkongsi penyiaran pandangan serta ulasan; yang sempurna itu hanyalah Dia; tapislah mana-mana keterlanjuran saya yang tidak sepatutnya.

    Terima kasih dn selamat berjihad.

    ReplyDelete
  5. nuar makan ayam, juak2 serban pertahankan dpt tgk video jekk...hahaha....

    ciannn .......

    ReplyDelete
  6. Ramai orang Melayu sanggup makan kuah sahaja atas nama 'ketuanan Melayu'. Kaum lain sudah tidak mahu lagi makan kuah dan sanggup berubah untuk menikmati daging ayam. Akhirnya Melayu yang bertuankan Melayu turun temurun makan kuah sahaja.

    ReplyDelete
  7. @anon 12:04:00

    tepat sekali list penyokong tegar umno yg saudara beri...penyokong tua yg terlalu bernostalgia hanyalah menyokong umno yg mati sebelum dihidupkan kembali oleh TDM..

    fitnah2 umno tentang cauvinisme menyebabkan golongan ke-4 dalam list tersebut muncul...takut hilang kuasa..hilang mata pencarian..negara kucar kacir...lantas lupa Yang Maha Memberi Rezeki dan MAha Merancang...mereka ini lagaknya seperti tukang tilik yg boleh menilik masa hadapan..

    sepanjang berbicara dengan penyokong tegar umno..yg saya dapat hanyalah cacimaki sahaja...bila ditegur maka balasan mereka adalah cacian, digelar anjing dll...hinanya kita sebagai penasihat atau tukang tegur..tetap tiada perubahan...maka teguran ini harus diubah dalam bentuk undian kepada ABU..

    by hook or by crook...ABU

    ReplyDelete
  8. tuan aspan,

    orang orang yang malas membaca terutamanya media altenatif akan menyokong umno, beberapa kenala saya tidak tahu blog aspanalias, sakmogkol, tukar tiub atau pun membaca malaysia today, malaysia insider dsbgnya.mereka lebeh suka dengan cerita politik di kedai kopi.

    ReplyDelete
  9. rm500÷12bulan÷30hari :::: rm1.80sehari
    rm100÷12bulan÷30hari:::::: rm0.36sehari

    rm1.80 atau rm0.36 setiap 5 tahun sekali rakyat dapat.......kesian......kesian.....

    ReplyDelete
  10. Tuan,

    Dahlah makan kuah, kita diminta berterima kasih dan bersyukur pula.

    Ada kalangan graduan yang bukan sekadar berterima kasih malah bersyukur bukan kpd Allah tapi pada pemimpin umno hanya kerana dapat biasiswa je. Padahal biasiswa itu sememangnya hak setiap pelajar yang layak..

    Drp; zuki ahmad

    ReplyDelete
  11. salam!
    Syukur dapat juga kuah berperisa ayam. Teringat saya di suatu ketika dulu, jika jejaka yang teringin nak kahwin tapi tak ada income tetap akan di kata nak bagi makan apa bini tu! nak makan pasir? Opp silap. la ni pasir pun mahal maa...
    tk. mak wa

    ReplyDelete
  12. Tok Pan,
    Sedap oo kuah berperisa ayam, tambah lagi cicah dengan roti bengali..He3..(saja menyakat)
    Teringat saya masa muda2 dulu. Masa tu kerja dengan konsultant. Satu hari kami rancang untuk buat jamuan dan dipersetujui semua orang termasuk boss no1 kumpul rm5 seorang.
    Tiba hari jamuan, saya dan boss no1 kena keluar menghadiri satu mesyuarat di tempat lain. Bila balik kepejabat lebihkurang jam 6.00 petang, jamuan telah tamat. Ada la staf perempuan tolong simpan kat boss no1,ayam dan kuahnya..He3..kat saya depa kata dah abis la. Tapi masa nak balik tu ternampak la plak staf yg kata dah abis, siap tapau sekali bawa balik umah.
    -sender Rakyat Jenny (Jeniang la tu)

    ReplyDelete
  13. Salam Kepada Rakyat Malaysia terutama yang berketurunan Melayu.
    PERCAYALAH LAUK AYAM ITU LEBIH SEDAP DARI KUAHNYA,
    LAUK KAMBING ITU LEBIH SEDAP DARI KUAHNYA,
    LAUK LEMBU ITU LEBIH SEDAP DARI KUAHNYA.
    TAKKANLAH SELEPAS LEBIH 50TAHUN MERDEKA TAK NAK MERASA LAUK SEPENUHNYA,
    JIKA NAK, LEPASKAN TALI CUCUK HIDUNG YANG umno CUCUK KEATAS TUAN-TUAN...... BERUBAHLAH......
    BAGILAH UNDI KEPADA PARTI LAIN YANG BERTANDING.......
    LAMBANG LAIN DARI DACING.....
    DAN PERCAYALAH LAUK YANG SIMAKAN DENGAN ISI ADALAH LEBIN ENAK DARI KUAHNYA SAHAJA.... Myi

    ReplyDelete
  14. Tuan,
    Saya tak konfiden UMNO/BN akan tumbang dalam PRU13 nanti. Walaupun macam2 rungutan didengar menunjukkan rakyat tak happy dengan UMNO/BN, they will still win!! Bukan disebabkan sokongan padu rakyat khususnya pengundi2 Melayu tapi menang secara menipu!!Menipu secara legal dan tak legal. What can the rakyat do? Legal?, ya once nama dah di dalam senarai yang telah diwartakan, there's nothing we can do!!Nak bantah pun sebelum senarai ni diwartakan. Jentera Pakatan kena semak betul2 senarai pemilih yang dipamirkan kelak for every kawasan! Semak every name, alamat mereka dan jika boleh hubungi mereka in person. Bantah selepas diwartakan dah tak guna. Lama mana nak bising?? What are we doing to stop all these nonsense especially sebelum PRU?? Lama mana kita nak ditipu? Dengan terang2 puak2 ni buat kerja2 kotor menipu tapi, bantah lah macam mana pun, they just buat2 tak reti, buat pekak badak sambil kerja2 kotor masih dipergiatkan.

    ReplyDelete
  15. Salam Saudara Aspan,

    Saya fikir tak boleh salahkan rakyat 100%. Sebenarnya majoriti rakyat tak pilih mereka. Mereka berkuasa sebab berlaku kecurangan dalam pilihanraya sebab itulah rakayt tuntut pilihanraya yang adil dan bersih melalui Bersih 2.0 tempoh hari.

    ReplyDelete
  16. Anon 11:28

    Kalau rondang, ekau dapek kaladak eeyo...

    ReplyDelete
  17. Ministers:99%cow brain,1%human brain for stealing28 December 2011 at 03:39:00 GMT+8

    Perlu juga diketahui,dapat rm500+rm100 pun kerana PR dah kuat dan boleh tandingi BN.Dulu dapat kain pelikat dan kain batik shj.BN beri apa ambil shj tapi tetap ikut Pak Abu.

    ReplyDelete
  18. Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

    Sekali lagi, nyata benar dan tepat ulasan beberapa orang rakan pengunjung: Punca kita hanya minum kuah aja tu pun, antara lain, menang undi secara haram. Nah, bukankah itu juga "najis"? Ditambah hidangan madu beracun berupa pelbagai bentuk transformasi berselit debu dan daki ... Kalian boleh lihat analisa Anwar Ibrahim, kegagalan Najib menjawab pelbagai persoalan yang beliau kemukakan terhadap pelan ETP sehingga 2020 pada ruangan Column/Rencana HarakahDaily.

    Memang diakui juga, bantahlah macam mana pun, jika sistem sedia ada tidak diperbaiki, tak akan menjadi. Persoalannya, bagaimana sistem tersebut mampu diperbaiki, sedangkan ianya dikuasai dan dicengkam golongan elit yang memang sesat barat ini? Contoh mudah: penguasaan media arus perdana, termasuk TV3; walhal, TV3 asalnya merupakan sebuah penyaiaran swasta di awal penubuhannya pada tahun 1984. Bukankah itu sahaja, di samping pelbagai lagi cengkaman golongan ini yang sudah terlalu banyak untuk disenaraikan, menyebabkan segala perkhidmatan untuk massa kelihatan gah di luar tetapi kucar-kacir dan merudum ke belakang di dalam? Apatah lagi bila disebutkan tentang sistem pilihanraya ... Bayangkan, pengkalan data agensi-agensi terbabit kucar-kacir akibat campurtangan para diktator dan bangsawan ini, di samping, terdapat kemungkinan wujudnya para petugas yang jahil IT, umpamanya, disokong jahil etika ...

    Sebab itulah, saya tetap berpendirian, bahawa, takhta itu sendiri mesti dirampas dulu, barulah, insha Allah, penghijrahan (perubahan) secara besar-besaran dapat dijayakan. Juga, tidak dilupakan, kepimpinan serta para pendukung PR itu sendiri juga mesti mempunyai komitmen perjuangan jitu agar kekuatan dan keteguhan perjuangan sukar digugat para agen syaitan ini. Dengan peristiwa tragis yang menimpa kerajaan sah Perak, iktibar terpenting ialah dalam diri, mesti ada jati diri yang teguh. Kalau tidak, pasti akan jadi sepertimana golongan saudara baru yang mudah luntur dengan syahadah sekadar di atas pagar tanpa penghayatan terhadap kalimah penyaksian itu sendiri. Bukankah Hadith Rasulullah SAW menjawab soalan Malaikat Jibril AS: "Apa itu ihsan?", jelas nyata, memberitahu kita, supaya beribadahlah kepada Allah, paling kurang, dengan keyakinan penuh bahawa Allah tetap memerhatikan kita? Disokong pula dengan banyak sekali ayat yang merangkaikatkan sifat-sifat Maha Melihat dan Maha Mendengar-Nya?

    Menutup bicara, marilah kita teruskan jihad ini. Semoga hujan rahmat yang akan diturunkan nanti mampu melupuskan sekalian banyak najis mereka, dan akhirnya kita insha Allah terselamat dunia danakhirat. Terima kasih tak terhingga di atas ruang perkongsian yang diperuntukkan, dan jangan lupa untuk menapis segala keterlanjuran.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  19. Kita makan kuah? I don't think so.
    Kalau you all pergi kenduri kawin di Felda, kampung tradisional, flet di Keramat, rumah setinggan etc, penuh lauk pauk atas meja.
    Ada rendang ayam ,serunding daging dan dalca kambing. Tak habis makanpun dan dibuang.
    Hantaran pun macam anak orang kaya dengan sekurang-kuragnya RM11,000.
    Kita patut bersyukur diberi RM500 for golden citizens and RM100 each for every schoolchildren. Kalau ada 6 orang anak, banyak tu.
    Siapa nak beri duit percuma macam tu?
    Saya duduk US berpuluh tahun tak pernahpun negara terkaya tu dole such goodies to its citizens.
    Better than the opposition in Selangor which promises goodies to senior citizens and babies, but all returned with empty hands.
    Semalam isteri saya pergi temankan kawannya menghantar borang bantuan Rakyat 1Malaysia untuk ibunya.
    Heran, katanya, kebanyakan yang minta bantuan adalah China dan India. Melayu cuma segelintir sahaja.
    Mana perginya orang Melayu kita yang rata-rata ramai yang miskin berbanding dengan Nons?
    Adakah kita malu atau malas nak minta bantuan atau kita dirasuk pemikiran oleh dakyah pembangkang.
    Something wrong there.
    Can't we be like the
    Indians and Chinese who will grab any benefits given like Amanah Saham Malaysia or other goodies.
    Mereka rasa mereka layak dan berhak. Why not us???
    In short kita ni bodoh sombong.

    ReplyDelete
  20. Tuan Aspan,

    Majoriti mereka ini sanggup makan kuah kerana tidak yakin pemerintah baru boleh beri mereka makan. Pemerintah baru kena beri keyakinan akan kekuatan mereka bukan atas kelemahan pemerintah semasa.

    ReplyDelete
  21. Pak Pan, den raso QD ne anak khinzir la... dah suka makan tai... loyer burok pulak.. mampuih..

    ReplyDelete
  22. @QD..

    anda xfaham atau sengaja buat2 xfaham perumpamaan pak AA? atau masih diselubungi denial syndrome..

    500 nak dibanding dengan bilion yg atasan umno dok telan..mestilah kuah..

    pembangkang menghasut?telahan anda jauh tersasar..duit rakyat..buat apa nak malu..yg patot malu adalah pemimpin yg salahguna duit rakyat...

    org melayu akan selamanya akan malas dibawah kepimpinan sekarang..diberi gula2 diam..tidak mahu perubahan..can't we b like Japan, US..dare to make a change for a better future..

    ReplyDelete