Saya rasa sangat terpanggil untuk menulis tentang apa yang diperkatakan oleh pemimpin kerajaan BN yang tidak lepas dari menggunakan isu ‘mengenang budi’ sebagai modal kempen. Modal ini telah dijual kepada rakyat dari dulu sampailah sekarang, apatah lagi dalam situasi BN dalam keadaan defensif sekarang ini.
Tentunya ini merupakan modal terbesar yang masih tinggal kepada UMNO terutamanya dan masih ada di antara pemimpinnya yang menyatakan bahawa sesiapa yang berfikiran yang berlainan dengan pemikiran pimpinan UMNO itu adalah mereka yang tidak mengenang budi. Berbagai-bagai budi yang UMNO telah taburkan, kata mereka. Pelajaran anak-anak, sampailah kepada subsidi gigi palsu kepada orang yang gigi yang sudah ‘kelompong’. Kalaulah tidak ada UMNO, kepada mereka ramai rakyat yang ‘kelompong’ giginya.
Kita mesti faham asas pembentukan sebuah negara seperti negara kita ini. Kita mengambil demokrasi sebagai cara rakyat memilih siapa yang mereka hendak berikan mandat itu. Memberikan undi kepada mana-mana pihak itu merupakan satu tanggungjawab yang asas dalam demokrasi. Asalkan parti-parti yang menawarkan kepimpinan itu adalah parti-parti yang halal disisi undang-undang negara, kita boleh memberikan undi kepadanya. Setakat ini hanya parti komunis Malaya sahaja yang telah diharamkan dan tidak boleh mengambil bahagian dalam pilihanraya di negara ini.
Saya memilih untuk menulis isu ini kerana ada seorang dua yang menulis email kepada saya dengan bahasa yang baik dan sopan supaya saya mengingati jasa-jasa UMNO dan terus sahaja menyokong parti itu. Saya menghormati pandangan mereka ini dan saya telah pun memberikan jawapan kepada mereka berdua ini juga dengan bahasa yang baik dan tertib, selari dengan adat serta adab sopan sebagai seorang Melayu.. Melayu ini sebenarnya adalah bangsa yang lembut budi bahasanya.
Itulah sebabnya saya tidak memandang sebelah mata kepada mereka yang bercakap kasar dan menggunakan bahasa kotor dan jelek apabila bersalah-salahan dalam satu isu yang berbangkit. Perkataan kotor-kotor yang terhambur dari pihak UMNO dan penyokong-penyokongnya ini lah yang membuatkan ramai rakyat di atas pagar mengambil tindakan memberikan sokongan kepada pihak alternatif yang di hina dengan tiada perinya ini.
Mereka mengambil sikap dan kelakuan penyokong UMNO ini sebagai alasan dan penyebab mereka tidak berminat untuk bersama UMNO lagi. ‘Attribute’ dan sikap Melayu itu sudah tidak ada lagi kepada penyokong-penyokong UMNO kini. Sikap dan perlakuan mereka terlalu ‘un Malay’. Mereka terlupa yang bahasa itu adalah jiwa kepada bangsanya.
Sesebuah negara yang berkerajaan mendapatkan sumber kewangan untuk memerintah itu datangnya dari rakyat. Rakyat yang membayar pihak yang memerintah itu melalui cukai pendapatan, cukai tanah serta cukai excise serta jualan dan bermacam-maca lagi sumber dan kesemuanya adalah dari rakyat.
Ahli-ahli Legislatif serta pegawai-pegawai awam dibayar gaji oleh rakyat. Semua perbelanjaan kerajaan dan kakitangannya dibayar dari wang rakyat. Seperti di negara kita cukai pendapatan di kutip dari semua yang mempunyai pendapatan tidak kira mereka itu ahli UMNO, DAP, PKR, PAS atau mana-mana parti sekali pun.
Sekarang ini rakyat telah memberikan mandat kepada UMNO dan BN untuk memerintah. Gaji menteri-menteri UMNO dan BN dibayar oleh rakyat. Pemimpin-pemimpin UMNO ini ditugaskan untuk memerintah dan mentadbir negara dengan baik dan jujur. Tetapi sekarang mereka yang diberi mandat ini telah banyak menyimpang dari tanggungjawab mereka kepada negara.
Saat ini UMNO sedang menghadapi pertarungan yang sangat sengit dalam sejarahnya. Orang Melayu termasuk ahli-ahli UMNO sendiri sudah mula dengan deras meninggalkan UMNO ini dan pemimpin UMNO mula lah memberikan segala janji-janji yang sama sejak dulu sampai lah sekarang, iaitu agenda Melayu. Sampai sekarang UMNO hanya punya agenda Melayu tetapi tidak mampu melaksanakannya. Melayu terkebelakang juga.
UMNO terus memaki hamun siapa yang tidak sebulu dengannya dan yang tidak dapat di tinggalkannya ialah sifat mengungkit-ngungkit dengan apa yang telah dilakukannya terhadap negara. Mereka memaki hamun kononnya yang tidak menyokong ini adalah mereka yang tidak berterima kasih. Tetapi hakikatnya mereka tidak berterima kasih terhadap rakyat yang telah memberikan mereka mentadbir negara selama ini.
Menteri-menteri dibayar gaji oleh rakyat termasuk Perdana Menteri. Begitu jugalah MB MB setiap negeri serta semua ahli-ahli lagislatif itu dibayar gaji dan kemudahan oleh rakyat. Rakyat membayar gaji dan kemudahan itu ialah untuk mereka mentadbir negara dengan baik. Jangan rasuah, jangan menyalahgunakan kuasa dan tidak berdisiplin.
Kalau jadi menteri jangan gunakan kedudukan untuk mempengaruhi kerajaan untuk membiayai projek suami dan anak-anak dengan begitu besar secara mudah. Jangan gunakan wang itu untuk membeli perkara-perkara yang tidak kena-mengena dengan tujuan pinjaman itu di berikan. Ikut undang-undang yang telah digubal dengan baik itu. Jika undang-undang kata tidak boleh jadi Pengerusi Koperasi jangan rampas kedudukan mereka yang layak duduk di situ sekian lama.
Hormati rakyat tanpa mengira fahaman politik. Kalau telah menandatangani perjanjian royalty minyak dengan negeri-negeri berdaulat dalam persekutuan itu kita mest tunaikan janji itu. Jangan dipermain-mainkan rakyat yang telah lama bersabar melihat tahap kelakuan pemimpin yang terlalu buruk itu.
UMNO mesti faham pembiayaan pembangunan negara itu dibiayai oleh pembayar cukai termasuk cukai dari ahli-ahli pembangkang. UMNO hanya menguruskan serta membuat perancangan untuk membangunkan negara dan rakyat telah membayar gaji mereka setiap bulan.
Kalau dah begitu apa pasal UMNO sentiasa meminta rakyat berterima kasih kepada UMNO sedangkan pemimpin-pemimpin UMNO dalam kerajaan itu telah dibayar gaji dan upah mengurus negara oleh rakyat.
Oleh kerana salah laku pemimpin UMNO itulah yang menyebabkan ramai yang tidak lagi bersama parti itu dan lucunya UMNO pula yang meminta kita berterima kasih kepada mereka. UMNO nampaknya meminta kita berterima kasih kerana membohongi rakyat dan melakukan segala tindakan buruk seperti rasuah dalam segala bidang. Bagaimana UMNO mempunyai muka untuk meminta orang ramai berterima kasih kerana mereka menjahanamkan negara dan harta benda rakyat?
Bacalah sebanyak mana pun ayat-ayat quran seperti yang dilakukan oleh TS Muhyiddin baru-baru ini untuk mengaburi mata rakyat dan menutup segala salah laku pemimpin-pemimpin. Tetapi rakyat tetap mengetahui segala keburukan yang dilakukan oleh pimpinan-pemimpin mereka. Ayat-ayat yang dibaca itu hanya mustajab bergantung kepada siapa yang membacanya.
Pendeknya apa yang diberikan oleh UMNO kepada rakyat selama ini ialah duit rakyat sendiri, bukannya duit UMNO. Mereka pun telah dibayar dengan lumayan untuk mengendalikan kerja-kerja pembangunan negara dan rakyat.
Kemarahan kepada mereka ialah kerana mereka telah mengambil lebih dari apa yang dibayar oleh rakyat itu melalui rasuah dan salah guna kuasa yang telah berlarutan sekian lama.
Rakyat negara ini adalah insan biasa. Mereka ada had kesabarannya. Itulah ramai rakyat yang ingin mengupah pihak lain untuk mentadbir mereka kerana UMNO yang telah di upah mereka untuk menjaga kepentingan mereka telah banyak menyeleweng. Mereka tidak juga mahu berubah untuk menjadi pentadbir yang baik.
Tetapi kita memahami juga kenapa mereka tidak mahu berubah: iaitu kerana sudah begitu ketagih dengan mencuri dam memakan rasuah secara besar-besaran. Penyakit ketagihan ini memang tidak boleh diubati dan rakyat tahu UMNO tidak mungkin dapat mengubati penyakit yang mereka hadapi ini.
Itulah sebabnya rakyat memandang sepi kepada UMNO akhir-akhir ini. Mungkin rakyat akan bertindak mengupah pihak lain pula untuk mentadbir mereka dengan baik. Dalam sistem demokrasi tidak salah jika kita memberikan peluang kepada mana-mana pihak untuk diupah untuk mentadbir kita.
Rakyat tidak mahu lagi pemimpimpin-pemimpin yang mengambil terlalu lebih daripada upah yang telah ditetapkan untuk mereka. Rakyat sudah terlalu sabar selama ini melihat mereka mencuri di sana dan mencuri di sini. Mereka semua ibarat ‘mengharapkan pagar, pagar makan padi’.
AA,
ReplyDeleteSaya ni nak tanya depa, tang mana buruknya DAP. Di Penang, kami rasa banyak bezanya berbanding semasa Gerakkan menjadi kerajaan di sini.
Semua boleh hidup. Melayu boleh hidup, cina boleh hidup mamak-mamak Penang ini pun boleh hidup.
Semasa Gerakkan dulu kami hanya dengar saja depa orang UMNO dapat projek itu dan ini. Kontraktor Melayu macam kami ini tak dapat apa kerana semua projek sudah ditentukan siapa yang duk dapat.
Bolehlah depa bantai sini bantai sana kat DAP tapi kami tau itu hanya permainan kotor UMNO di Penang saja.
Terima kasih AA. Kalau hang mai Penang hang tidok rumah aku lah! Boleh sembang-sembang sikit bro.
JK Hasan,
ReplyDeleteKami pun akan jadi macam Penang jugaklah.
Terengganu kita pun nok tukar kerajaan juga. Kami sudah jemu mendengar kerenah UMNO dan BN ni. Kita tidak mahu dikelentong lagi. Cukuplah setakat kelentong yang ada ni.
JK Hasan, kita doa banyak-banyak.
PRU13, AKU TUNGGU KAU, 1 UNDI UTK PEMBANGKANG TAK KIRA PARTI APA KAT AREA AKU,
ReplyDeleteKami di Perak ni pun suka wakil rakyat DAP. Depa ni kita bulih buat macam "budak suruhan", kita minta tolong depa mesti tolong. Lain pe'el dengan wakil rakyat BN, kita kena hormat dan sembah kalau nak minta apa-apa. Depa langsung tak pentingkan protokol.PRU 13 ni kami nak bagi kat PR.
ReplyDeleteAA
ReplyDeleteMy view is that the rakyat are so fed up with UMNO/BN, reminding us all that we need to show gratitude to them for the so-called development. Such blind allegiance is purely a load of bull***t.
What the rakyat really want are transparency, accountability and zero corruption.
Aspan,
ReplyDeletebeing a son of a rubber Felda settler in Pasir Besar Gemas, i am very sore with this plundering act of the government.
Najib seems to vandalize every agency with money. It's fucking insincere act for his personal glory and deed.
Isa Samad is just the conduit of the corruptible PM.
Salam Tn. Aspan dan semua,
ReplyDelete1) Kehilangan Tanah-tanah Rezab Melayu, Anak-anak Syarikat Pusat dan Negeri di bawah tunjangan UMNO/BN adalah kebiadapan ketamadunan Bangsa yang tidak boleh dimaafkan.
2) Aset2 ribuan juta ini telah berpindah tangan kepada pihak yang tidak bertanggunjawab. Salah siapa kalau bukan Ketuanan Melayu UMNO/BN? Bagaimana Rakyat terutamanya MELAYU hendak mengenang budi kepada lanun dan perompak yang merosakkan kehidupan mereka?
3) UMNO/BN kelas feudal ini akan kehilangan Rakyat dan Kuasa di negara ini. Tidak kira berapa tahun lagi dan yang jelas bahawa waktunya begitu hampir untuk UMNO/BN dikalahkan samada secara aman atau sebaliknya.
4) Disebabkan majoriti di dalam UMNO/BN adalah terdiri dari Pemimpin dan Pengikut totok yang kehilangan akal budi, jati diri dan berminda korupsi, bermakna nama UMNO/BN itu sendiri akan menjadi lagenda seperti mahsuri. Bagaimana Rakyat hendak mengenang budi kepada manusia seperti ini?
5) Tiada siapa yang harus dipersalahkan kecuali pemimpin2 Melayu/Mamak/Pengikut sekular di dalam UMNO/BN, Inilah punca kerosakan Umat Melayu. Melayu/Mamak dan pencacai tegar UMNO/BN yang menzalimi peradaban, mentaliti, kuasa, ekonomi, harta dan upaya Rakyat berbangsa MELAYU. Inilah realiti yang berlaku dimuka bumi bernama Malaysia.
FAKTA :-
"Apabila Pemerintah dipersada kehancuran,
Pencacai menjadi tidak keruan,
Undang-Undang menjadi bahan mainan,
Penguatkuasa sebagai alat kezaliman,
Rakyat dijadikan sasaran,
Berlakulah perubahan Kerajaan".
"Ilham Pemikir"
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan pengunjung sekalian.
ReplyDeleteAlhamdulillah, tepat lagi tak perlu bersuluh. Teruskan cetusan idea sebegini agar kita sekalian benar-benar melabur segala macam property kita dengan penuh kesedaran dan keinsafan.
Nah, terima kasih? Setahu saya, makhluq, khasnya makhluq insani yang bersifat pelupa ini, hanya layak menerima ungkapan terima kasih itu seadanya dan sekadarnya. Antaranya, ayat 59 Surah An-Nisa' itu sendiri: perasan tak kita,perintah "taatlah kepada" diungkapkan dua kali sahaja, manakala kepada "pemimpin", tidak dimulakan dengan perintah itu. Malah, kalau ada perselisihan, selesaikan dengan kembali kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul-Nya (Hadith). Jadi, mengapa mereka yang berkenaan ni kini minta kita pula untuk berterima kasih kepada mereka, walhal kemungkaran, kesesatan, kefasiqan dan pelbagai bentuk kezaliman jelas saudara paparkan, ya tak? Malah, lebih diburukkan lagi dengan mempersendakan ayat-ayat Allah oleh sesetengah mereka yang kepinginkan kemasyhuran hingga ke liang lahad; bukankah itu namanya meniru permainan Yahudi dan Nasara? Sudahlah demikian, memang bangsa Melayu sebenarnya pernah bertamadun suatu ketika dulu dan sebenarnya sehingga kini, masih dikenali sebagai bangsa yang lemah-lembut, berbudi-bahasa dan bersopan. Namun, ibarat dik nila setitik, habis susu sebelanga ... sayang, kan?
Berkenaan aspek pemerintah-rakyat pula, bukankah dengan segala perincian yang saudara sebutkan itu jelas isyarat rakyat telah lama membeli produk yang mereka janji-maniskan demi terpilih? Namun demikian, hanya kerana berbeza pandangan dan pelbagai isu remeh-temeh, kebenaran terhalang, malah sengaja ditutup; hak selayaknya dirompak seupayanya; kemungkaran dan kezaliman dibiar, malah disebar-luas ... Nah, layakkah mereka mendakwa mereka pemerintah negara Islam dan pejuang bangsa?
Kesimpulannya, saya suka membawa contoh Al-Fadhil Dr. Hasan Ali, ulama' yang sepanjang minggu ini berdepan pelbagai komentar pedas pelbagai pihak, tidak terkecuali, rakan-rakan pengunjung. Bukan saya nak bela salahnya, tetapi, yang saya ingin bawakan ialah, keberanian dan kesudiannya mengaku keterlanjurannya. Sebab itulah, saya katakan tadi, makhluq insani ini, adalah makhluq pelupa dan kadang-kadang terlajak; namun, bukankah Allah Yang Maha Pengampun, bersedia mengampuni, sekaligus menutup kes, para hamba-Nya yang benar-benar bertaubat nasuha? Kalian boleh rujuk pada laman HarakahDaily, artikel bertarik 24/12/2011. Oleh itu, sekiranya mereka ingin kembalikan kepercayaan kita, eloklah mereka bertaubat nasuha, dan rasanya tak salah jika mereka bersedia memberi peluang orang lain pula bertakhta. Mengakhiri ulasan, sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih atas keizinan saudara dan rakan-rakan menyiarkan ulasan yang tidak seberapa ini; jangan lupa untuk tapis mana-mana yang kurang wajar. Ingatlah, yang baik dan sempurna, hanya Allah SWT.
Terima kasih.
SALAM SDR ASPAN;
ReplyDeleteSaya telah sedar sejak berumur 13 tahun lagi yang umno ini macam parasit yang menkuda bangsa Melayu. Sejak saya layak mengundi dengan bangganya saya tidak pernah memberi undi saya kepada umno atau kuncu2nya. sekarang apabila saya siambang senja ini ramailah kawan seangkatan buka mata. Saya tidaka akan memberi undi saya kepada umno atau kuncu2nya selagi saya mampu membuang undi. umno tidak dahulu, sekarang dan selamanya.
Pak Aspan,
ReplyDeleteDua minggu lepas DAP buat ceramah besar-besaran di Mersing, sesuatu yang belum pernah terjadi sebelum ini. DAP sudah mula tunjuk taring di Mersing, a very serious signal to UMNO/BN.
Malangnya Ketua Bahagian a.k.a Ahli MT UMNO a.k.a MP Mersing a.k.a Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia beserta Ketua pemuda Bahagian sedang sibuk mengurus projek-projek dari langit untuk kontraktor-kontraktor dari Kuala Lumpur mengendali kerja-kerja yang tak bermutu di kem Grup Gerak Khas Sultan Iskandar Mersing. Hinggakan projek-projek kecil pun kontraktor Kelas F Mersing tak merasa.
Seperti yang saya dah katakan dulu, mereka akan merompak habis-habisan sebelum PRU13. They will leave us dry.
Sentiasa ingatkan pembaca-pembaca blog Pak Aspan. Its high time to get rid of all these robbers. Saya sentiasa doakan Pak Aspan sihat sejahtera dan terus blogging.
Masaalahnya, cam mana nak kalahkan BN dlm PRU kerana mereka menguasai tv,radio,akhbar,spr,polis dll agensi kerajaan.Waktu PRU mereka akan menggunakannya macam datuk mereka punya.
ReplyDeletePersempadanan kawasan parlimen yang tidak adil.BN dpt 6000 undi =1 kerusi manakala PR dpt 30,000 undi,1 kerusi juga.Kalau 40% pengundi mengundi BN pun mereka boleh memerintah dengan majoriti mudah kerana jumlah kerusi parlimen yang menentukan pemerintah.
Begitulah halusnya putarbelit BN dan SPR.
salam,
ReplyDeletesesapa yang tak faham tu, rajin-rajinlah baca tulisan sdr Aspan. Banyak boleh dipelajari. Semua isu boleh dikupas, diulas sebab-sebabnya. so, mai kita renung kembali apa benda kerajaan telah buat, sedang buat dan apa lagi dia nak buat. Ingat! tak selamanya dsan tak semuanya rakyat Malaysia. kami tak makan rumput.
Tk dari mak wa.
Slm.Pak AA
ReplyDeleteumno itu suci org bermain dlm umno itu kotor.
Salam Pak Aspan..
ReplyDeleteKita tidak perlu berterima kasih kepada UMNO kerana negara kita hak kita. Penyelewengan dan rasuah dalam NFC contohnya bukan setakat Sharizat saja yang terlibat malah jika disiasat lebih ramai lagi pemimpin2 UMNO teribat. Malah saya rasa mungkin pemimpin2 kanan negara juga turut terlibat.
Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga menunjukan bukti kepada rakyat betapa ketirisan dan penyelewengan yang berterusan berlaku dalam kerajaan pimpinan Najib/UMNO BN.
Justeru itu, tidak ada apa lagi yang boleh diharapkan oleh rakyat dalam negara ini kepada UMNO-BN untuk menjaga harta rakyat, melainkan melakukan transformasi dan harus dilakukan oleh rakyat dalam PRU ke 13. Ubahlah kerajaan yang sedia ada kepada kerajaan yang bersih dan bertanggungjawab kepada rakyat.Lakukan perubahan demi kebaikan semua. Pilihlah apa parti sekali pun dalam PRU nanti tapi jangan pilih UMNO-BN yang jadi perosak, pengkhianat dan perompak harta rakyat dan jangan sesekali kita berterima kasih kepada mereka kerana nagara kita adalah hak kita.
By hook or by C**********k, we must kick of UMNO-BN
Salam, AA;
ReplyDeleteRakyat Malaysia yang berbilang Bangsa dan Agama telah memberi mandat dan amanah kepada UMNO/BN mentadbir Negara kita ini. Mereka sepatutnya mentadbir Negara ini dengan penuh amanah lagi jujur demi kepentingan Rakyat semuanya.Rakyat telah memberi mereka gaji yang lumayan, alaun rumah dan sebagainya.Bil Letrik SERI PERDANA berapa? Hampir RM 170 ribu sebulan.
SIAPA YANG TAK MENGENANG BUDI?????
UMNO/BN lah yang tidak mengenang budi.Mereka TIDAK BERAMANAH.Mereka ingat NEGARA ini bapak mereka punya.....Nauzubillahi Min Zalik.
When I read the comments above me as I write this, it makes me wonder if change is really like a tsunami come the next GE. Will BN finally fall? We don't know, but I'm now convinced that we are heading there. UMNO must finally fall to our knees. WE HAVE THE POWER TO VOTE!
ReplyDeleteSalam tuan,
ReplyDeleteRM1 trillion telah dibawa keluar oleh elite-elite umnobn keluar Negara secara haram. Bayangkan kesan kepada ekonomi Negara.
Negara Malaysia sepatutnya menjadi negara kaya untuk dinikmati oleh rakyatnya kerana Negara mempunyai sumber yang pelbagai seperti Getah, Sawit, Emas, Minyak dan kilang@ pengeluaran raksasa tapi malangnya kekayaan hanya diagihkan dan di nikmati dikalangan elite-elite umnobn.
Orang-orang kampung, Felda yang tidak tahu hal ini hanyalah sebagai peminta sedekah menunggu durian runtuh sekali setahun yang tidak pun berbalui. Tidak cukup dengan itu elitr-elit umnobn meminta golomgan ini untuk berterima kasih kepada mereka.
Mungkin tiba pilihanraya ini disebarkan gambar-gambar elite umnobn seperti Najib, Muhiyidin, Nazri, Rais yatim, Hishamuddin, Mohd Nor Yaakub, (Tengku)? Adnan, Correct-Correct, Chua Soi Lek, Zahid dan lain-lain (sertakan sekali scandal mereka). Sertakan sekali jumlah Wang penyelewengan yang mereka rompak dari rakyat selama ini. Inilah bakal pemimpin yang memimpin Negara.
Tibalah masanya pengundi membuat pilihan terbaik untuk diri sendiri dan Negara. Seperti kita memilih tempat bekerja? Siapa yang boleh offer kita lebih baik dari segi pendapatan dan suasana tempat kerja. Pertimbangkan juga latarbelakang Syarikat tersebut. Jika syarikat tersebut disebut sebagai selalu mungkir janji dan pegawainya suka makan rasuah maka fikir-fikirlah..
Drp: zuki ahmad
saya sangat setuju dengan teguran tuan tentang ada bloggrs yang bercakap bahasa kotor seperti mencarut sebenarnya itulah nilai dirinya sekotor apa yang dia keluarkan. Ramai orang umno yg bercakap kotor ini menyebabkan backfire untuk umno dan personaliti yang yg makihamun tu...
ReplyDeleteisunya ialah perompak, dan suruh berterima kasih pada si perompak itu, saya teringat cerita filem ali baba bujang lapok, karya p.ramle, saorang saudagar menalipon kepala perompak suruh merompak kedainya sbb tak tahan dgn perangai isterinya dan mengucapkan terima kasih pada kepala perompak 44 orang penyamun itu, saya percaya mesti ada message yg nak di sampaikan oleh alahyarham p.ramle itu, tetapi dia dah pergi dulu, senang cakap kalau nak berkawan dengan setan ke hantu ke lebih baik pilih setan atau hantu yg kita kenal lama berurusan dgn kita.walhuwalam
ReplyDelete