06 December 2011

Perasaan takut boleh hilang sebentar dengan berbagai-bagai cara

Ada dua orang pembaca setia saya menulis kepada saya untuk saya memberikan komen terhadap cara PM Najib bercakap dengan menjerit dan bertempik di dalam mana-mana majlis kempen beliau. Saya tidak berminat untuk mengomennya kerana dah stail beliau suka bertempik dan menjerit apa yang saya dapat katakan?

Tetapi saya hanya hendak membuat satu cerita semasa saya membesar di kampung saya yang jauh dipedalaman semasa itu. Sekarang kampung saya sudah tidak jauh ke pedalaman lagi, malah boleh menembusi perjalanan ke Jelebu, Bahau dan Kuala Pilah dengan senang.

Alhamdulillah, anak-anak kampung saya semuanya ingat kepada jasa ibu bapa yang membesarkan mereka dan semua mereka membantu ibu bapa mereka di kampung yang kesemuanya telah tua-tua belaka. Tidak ada orang-orang tua yang terbiar kerana anak-anak mereka semuanya membela nasib ibu bapa mereka yang sudah uzur. Alhamdulillah.

Tetapi semasa awal enam puluhan dahulu kami sangat jauh dari dunia luar. Api letrik belum sampai ke kampung saya. Jalanraya pun baru tahun ‘67 baru di bina. Sebelum itu kami hidup dalam kegelapan. Cerita saya ini hanya boleh difahami dengan mudah oleh orang yang hidup di zaman itu dan mempunyai keadaan di kampung mereka yang sama dengan keadaan kampung saya.

Walaupun tidak ada letrik kami berkemampuan berjalan dalam kegelapan kerana sudah biasa dengan keadaan itu. Kehidupan kami seperti biasa. Kalau nak ke surau pun boleh berjalan dalam gelap. Alhamdulillah kami sampai ke mana-mana yang hendak kami tuju. Perasaan takut tidak ada dalam kamus kehidupan kami walaupun perasaan itu datang sekali sekali semasa berjalan di dalam gelap itu.

Kadangkala bila berjalan kesaorangan di dalam gelap itu ada juga perasaan takut itu datang. Takut kerana ada orang berkata hantu selalu ada di sekian-sekian tempat. Apabila sampai ketempat itu datang juga rasa takut itu. Jadi untuk menghilangkan takut itu masing-masing akan berbuat macam-macam untuk menghilangkan ketakutan itu.

Ada yang menyanyi dengan sekuat hati. Yang tua-tua menyanyikan lagi S Effendi sekuat hati. Yang muda-muda menyanyikan lagi Ahmad Jais dan Rafeag Buang. Ada yang nyanyi lagu Mat Sentul dengan sekuat hati. Semuanya itu adalah untuk menghilangkan rasa takut dan untuk meyakinkan diri sendiri yang mereka berada di dalam keadaan selamat dan tidak merbahaya.

Selain dari menyanyi ada pula membakar mercun untuk menghilangkan rasa takut. Mercun memberikan bunyi yang sangat kuat dan itu adalah cara yang paling senang untuk menghilangkan rasa takut itu. Saya mengalami segala-galanya ini kerana saya hidup di kampung yang agak jauh ke pedalaman semasa itu.

Jadi saya berharap kedua-dua orang yang bertanya kepada saya sudah mendapat jawapan kenapa seseorang itu bertempik atau bercakap dengan kuat. Jika itu yang berlaku di dalam perhimpunan agong UMNO yang baru lepas itu, saya yakin ada orang yang sedang merasakan ketakutan. Siapa orangnya saya tidak tahu. Kenapa mereka takut sehingga bercakap sekuat hati itu, tidak juga saya tahu.

Tetapi yang pasti pemimpin itu mesti ada yang dia takutkan. Kalau hendak tahu apa yang beliau takutkan tanyalah beliau sendiri. Saya takut hendak bertanya nanti kena tempik pula. Saya pun ada perasaan takut sikit-sikit.

Anyway, that’s not an issue.

20 comments:

  1. Dear Sir,

    Your cerita di kampong zaman dulu-dulu answered it all. Classic story telling.

    Mereka amat takut dengan keadaan sekeliling mereka.

    ReplyDelete
  2. Pak,

    Another way of looking at it is "an empty tin can makes the loudest noise"! And by all account last weekend was the noisiest and smelliest show ever! The noise and stink was at record level and unsurprisingly, nothing and absolutely nothing of value was offered and given to the Malay masses except for the same old "bovine excrement (courtesy of NFC)Ketuanan Melayu and etc..etc".

    Najib and Muhyidin both tried to outdid each other in the contest of "who is the loudest empty tin can (empty mind as well)" and both excel at being the emptiest can among all of Bolehland's tin cans who gathered in PWTC with the specific purpose of making noise and nuisance out of themselves (with little else).

    Maybe now we can call UMNO as being "United in Making Noise and Obscenities"!

    Nick.

    ReplyDelete
  3. Tuan Aspan,
    Saya faham apa yg tuan ingin sampaikan.analogi tuan AA memang terbaikkkkk,apa kejdahnyya bertempitt sampai muka.naik merah,

    ReplyDelete
  4. Saya masih berpandangan bn akan menang dlm pru13 nanti, tetapi dengan kemenangan yg tipis dan sukar mendapat 2/3 majoriti.

    BN/UMNO bernasib baik kerana orang kuat PR dikaitkan dgn isu moral, yg banyak mempengaruhi pengundi terutama orang Melayu. Chua SL masih boleh survive kerana dia mengharapkan undi bukan Melayu.

    Moga Malaysia tetap terus berjaya dan Melayu tetap bermaruah walaupun di negaranya sendiri.

    ReplyDelete
  5. Pak, apabila seseorang itu dalam ketakutan, suaranya akan bertambah kuat kerana secara sikoloji, memberi pandangan yang palsu dan mengelirukan orang ramai. Sebagai seorang pemimpin, tidak semestinya suara yang kuat memberi kuasa yang lebih dan tidak pula berkmana lemah jika suaranya lemah lembut. Yang penting itu, kena ada Substance yang padat dan logic dan tidak caci-mencaci orang lain. Orang Umno ini dah backward dan sudah ketinggalan zaman. Baru-baru ini Dr.M pernah buat komen seperti "the problem is Malaysian don't have any more idiots. Kesimpulannya, orang Umno itulah yang idiot and clowning in the PAU kat PWTC.

    ReplyDelete
  6. Salam tuan,

    Ada juga yang cuba-cuba buat berani dengan menyakat kawan-kawan. Sebenarnya dia yang paling penakut. Ada juga yang meracau-racau cakap yang bukan-bukan. Tempat itu keras lah kononnya dia pernah nampaklah benda itu bergayut diatas pokok tinggi. Jadi orang kawan-kawan lain semakin takut nak lalu kawasan yang dimaksudkan.

    drp: zuki ahmad

    ReplyDelete
  7. Pak Aspan cerita orang suka cakap bertempik dan meraung satu hal.Satu hal lagi adalah orang yang ternganga mendengar..pantang orang bertempik, mereka pun bertepuk tangan dan bersahut-sahutan. Macam apa ye? tak sampai hati nak sebut

    ReplyDelete
  8. tak takut bini apa lagi hantu6 December 2011 at 23:43:00 GMT+8

    Hahahahaha... ekekekekeke....kah kah kah.....
    This article is the good one.

    UMNO takut hantu.....!!

    ReplyDelete
  9. last weekend takde hantu merayau kat kolumpur. mereka sume camp kat pwtc.

    ReplyDelete
  10. Saudara AA.

    Bertempik sekuat mana pun oleh UMNO number one leader dan ditambah dengan mengutuk pembangkang oleh TPM dan ramai lagi, tidak akan menguntungkan mereka.

    Bagi rakyat jelata, jangan sesekali pilih UMNO/BN dalam PRU 13.

    ReplyDelete
  11. Salam saudara,

    Suatu analogi yang tepat. Cuma saudara tak mahu nyatakan kenapa ianya berlaku. Namun umum sangat maklum sebab musababnya.

    ReplyDelete
  12. Tuan Aspan,

    Agree with you about 'Any way, that's not an issue'.

    Peluang lebih cerah untuk PR tumbangkan BN jika najib tidak rasa takut. Over confident macam Pak Lah dulu tu lah antara penyumbang penambahan kerusi PR.

    Jerit pekik di selangi dengan mengilai macam hantu dalam hutan adalah sifat semulajadi majoriti ahli politik. Saya langsung tidak pelik dengan kelakuan mereka ini tetapi peliklah jika tuan rasa terperanjat dengan suasana di PAU tempohari. Ini bukan sahaja budaya ahli politik UMNO tetapi budaya majoriti ahli politik Malaysia.

    ReplyDelete
  13. Assalamu'alaikum, saudara Penulis dan rakan-rakan pengunjung sekalian.

    Alhamdulillah! Syabas di atas beberapa komentar saudara yang turut termuat dalam ruangan Terbaik Dari Blog pada HarakahDaily. Sememangnya apa yang saudara katakan telah mampu disaksikan dengan nyata tanpa perlu lampu suluh ... khasnya bila ketua mereka ini asyik menyuruh sekalian kita mempertahankan segala yang telah termaktub dalam Perlembagaan. Walhal, mereka, bagaimana pula, kan?

    Saya turut bersetuju dengan artikel terbaru saudara mengenai gaya orang yang ketakutan yang akan melakukan apa sahaja demi menaikkan semula semangat yang telah lemah itu. Pada pandangan saya, sememangnya ini ialah pengulangan sejarah sejak berzaman oleh sekalian pemimpin zalim, tak kira di mana jua, sama ada yang dipaparkan atau tidak dalam Al-Quran dan Hadith Nabi. Bukankah itu yang diwarisi daripada pemimpn seperti Firaun, Haman, Namrud, dan lain-lain, juga tidak terkecuali, Abu Jahal, Abu Lahab serta sekutu-sekutu mereka? Maaf, bukan tujuan dan niat saya menyamakan Dato' PM kita ini dengan mereka yang terkutuk seperti itu; tetapi, suka atau tidak, kita harus mengakui hakikat. Apa hakikatnya? Hakikatnya ialah, kita tiada pilihan untuk keluar daripada lumrah dan ketentuan-Nya, sama ada mahu Dia (Allah SWT) meredhai kita atau memurkai kita. Dengan itu, walau sekian banyak mereka mencanangkan slogan dan gagasan yang kononnya untuk rakyat, hakikatnya, telah sama-sama kita saksikan hari ini, rakyat makin terpinggir. Ya, kan? Mudah sahaja; puncanya ialah membelakangkan perlembagaan Allah, justeru Perlembagaan Persekutuan juga pasti ditafsir sekehendak rasa. Justeru, demi mengelakkan ketidakenakan pada urus tadbir mereka yang semakin mampu dihidu, tak dapat main cara halus, main cara kasarlah pula mereka ini, kan? Dengan ini juga, saya amat bersyukur dengan ni'mat pengetahuan IT yang tidak seberapa kurniaan-Nya ini, yang turut menjadi input kepada saya dan rakan-rakan OKU penglihatan untuk memperoleh maklumat alternatif yang lebih benar lagi sahih. Teruskan menulis; semoga sumbangan saudara dikira amal soleh yang diterima-Nya. Akhir kata, jutaan ampun dan maaf andainya komentar saya ini punya unsur yang kurang elok, maklumlah, kita insan biasa. Sekiranya begitu, saudara bolehlah menapisnya untuk tujuan penyiaran.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  14. Yes, I do agree with you sir.They fear ghost more than Allah.

    ReplyDelete
  15. Terjerit-jerit,terpekik-pekik MELAYU!!! ISLAM!!!.Cara hidup mereka,nak kata ikut Islam, ikut cara Melayu pun jauh sekali.Anak2 mereka diluar negara hidup berfoya-foya dengan jalang orang putih.Dasar hipokrit.Ini semua lakonan nak tipu orang kampung,sedangkan yang ada/tinggal dengan UMNO hanyalah songkok dan baju melayu sahaja.
    Podahhh!!!!!

    ReplyDelete
  16. Jerit dan pekik pemimpin dan perwakilan dalam perhimpunan agong UMNO yang lepas mungkin untuk menaikkan semangat ahli agar tidak takut menghadapi suasana kritikal yang jelas menunjukkan sokongan rakyat terhadap parti itu telah merosot teruk.

    Berceramah dalam keadaan terpekik terlolong juga salah satu cara untuk menyembunyikan kelemahan diri seperti yang dilakukan oleh menteri lembu Sharizat dengan kumpulan wanita UMNO.

    Tapi cara presiden parti UMNO bertempik seolah-olah ahli UMNO Baru yang hadir dalam dewan tempuhari pekak badak...

    Lebih malang lagi...."semua kata-katanya tidak boleh dijadikan panduan apatah lagi untuk dipercayai......cakap tak serupa bikin.."

    ReplyDelete
  17. zaman saya agak ke depan sikit... jalan malam guna andang dan ada USTAZ pesan jika takut baca AYATUL KURSI dan empat KULL.

    Maklumlah selalu kena pergi tengok TV kat rumah jiran. Paling haru bila balik lepas tenngok cerita hantu.

    Mungkin perlu USTAZ 40 nasihat mereka semua.

    Ada orang cakap ketika kita jerit-jerit menyanyi dan ketawa,kita akan lupa diri dan tak perasan apa yang kita cakap dan lakukan.

    ReplyDelete
  18. Menyentuh tentang orang yang punya gaya cakap bertempik saya ingin hubungkan dengan ustaz yang memberi kuliah agama di masjid. gayanya suka bertempik tak tahu apa sebab. bukan kerana takut...mungkin over confidence...gaya ustaz pondok..

    ReplyDelete
  19. Hi..hari ini pekerja2 artis berjadual di RTM yg jumlahnya hampir ratusan pekerja berkemungkinan akan dibuang kerja atas tindakan cerdik para pemimpin barisan nasional,dan kebnykan pekerja ini semuanya tinggal di kawasan lembah pantai...dan yg pasti nya PRU 13 ini lembah pantai akan kekal di tangan nurul izzah..kerana kerajaan BN ini cukup menjaga kebajikan pekerja "rakyat diutamakan pencapaian didahulukan"slogan yg betul2 menitik beratkan kebajikan rakyat...kesian pemimpin sekarang,dan lebih kasihan ialah rakyat digula-gulakan oleh pemimpin...ayuh kuasa ditangan kita rakyat.. Kita yg akan menentukan pemerintah yg sebeginikah yg kita mahukan...hapuskan bajingan2 ini dari tampuk pemerintahan pada pilihanraya yg akan datang......

    ReplyDelete
  20. Hi..hari ini pekerja2 artis berjadual di RTM yg jumlahnya hampir ratusan pekerja berkemungkinan akan dibuang kerja atas tindakan cerdik para pemimpin barisan nasional,dan kebnykan pekerja ini semuanya tinggal di kawasan lembah pantai...dan yg pasti nya PRU 13 ini lembah pantai akan kekal di tangan nurul izzah..kerana kerajaan BN ini cukup menjaga kebajikan pekerja "rakyat diutamakan pencapaian didahulukan"slogan yg betul2 menitik beratkan kebajikan rakyat...kesian pemimpin sekarang,dan lebih kasihan ialah rakyat digula-gulakan oleh pemimpin...ayuh kuasa ditangan kita rakyat.. Kita yg akan menentukan pemerintah yg sebeginikah yg kita mahukan...hapuskan bajingan2 ini dari tampuk pemerintahan pada pilihanraya yg akan datang......

    ReplyDelete