Sistem pemilihan pemimpin khususnya Perdana Menteri yang ada pada hari ini mungkin penyebab kepada keadaan celaru yang kita sedang hadapi sekarang. Oleh kerana Perdana Menteri di pilih dari pemimpin utama UMNO maka pada hakikatnya seorang Perdana Menteri di pilih oleh lebih kurang 4000 orang perwakilan Melayu UMNO sahaja. Ia bermakna Perdana Menteri Malaysia itu di tentukan oleh 4000 orang perwakilan UMNO dan orang lain tidak ada kuasa untuk menentukan Perdana Menteri.
Kalau dahulu sistem ini merupakan sistem yang baik tetapi oleh kerana sikap tidak bertanggungjawab pemimpin yang di pilih oleh 4000 orang perwakilannya ia sudah menjadi penyebab utama kepada kecelaruan yang kita sedang hadapi sekarang ini. Empat ribu orang perwakilan ini sebenarnya amat penting kerana merekalah yang menentukan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri. Orang Melayu sendiri tidak boleh memilih siapa Perdana Menteri. Hanya perwakilan yang di berikan mandat oleh ahli-ahli UMNO untuk menentukan siapa Presiden UMNO dan secara konvensyennya seterusnya menjadi Perdana Menteri negara.
Oleh kerana sistem perwakilan inilah yang membuatkan menjadi perwakilan itu sebagai modal perniagaan. Menjadi perwakilan merupakan perniagaan yang sekejap tetapi memberikan pulangan yang besar kerana perwakilan boleh ‘dibeli’ undi-undi mereka dengan harga yang lumayan oleh mereka yang sanggup membayar harga itu semata-mata untuk duduk di kalangan pemimpin-pemimpin tertinggi parti.
Budaya ini sudah menjadi budaya yang menjadi penyebab kepada keruntuhan nilai politik Melayu selama sejak lebih dari dua dekad yang lalu. Kebanyakan pemimpin apabila terpilih menduduki Majlis Tertinggi itu menjadi keliru. Mereka tidak tahu samada mereka yang duduk dalam Majlis Tertinggi itu ada kah oleh kerana kepimpinan mereka atau oleh wang ringgit yang mereka taburkan semasa siri kempen pemilihan parti itu.
Apa-apa yang di beli itu tidak tahan lama. Apabila kita selalu sangat memakan makanan yang di beli dari luar akhirnya kita akan merasa jemu dan balik memasak di rumah untuk mendapatkan kelainan rasa makanan itu. Kata ramai yang mahir dalam isu permakanan, sesiapa yang memakan makan yang di beli dari luar terus-terusan kesihatan tubuh kita akan luntur dalam jangka masa panjang.
Mungkin oleh UMNO di pimpin oleh mereka yang memimpin hasil dari pembelian undi itulah yang menyebabkan batang tubuh UMNO itu sudah menjadi lemah dan menghadapi berbagai-bagai penyakit yang terminal. Yang jelas kita nampak sekarang UMNO sedang menghadapi penyakit ‘cancer’ yang ‘malignant’ kerana semua sel yang baik-baik dalam UMNO itu telah dimakan oleh sel-sel yang jahat. Akhirnya batang tubuh UMNO itu semakin hari semakin lemah walaupun tubuh itu ada lah tubuh yang besar.
Apabila memilh pemimpin seperti memilih Perdana Menteri, mereka yang menghadapi ‘cancer’ inilah yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan pemilihan. Seperti yang kita tahu mereka-mereka yang sakit dan tidak sihat tubuh badan dan pemikiran ini tidak mungkin mampu untuk membuat keputusan yang betul. Dengan pilihan yang salah inilah yang telah memperjudikan nasib bangsa dan negara untuk masa depan.
Maka sistem memilih pemimpin utama negara dengan cara perwakilan ini patut di hentikan dan mencari ‘mechanism’ yang lebih baik dari cara dan sistem sekarang. Pemilihan Perdana Menteri perlu dibuat oleh semua rakyat supaya pemilihan itu benar-benar pilihan rakyat, bukannya di buat oleh perwakilan yang tidak bertanggungjawab boleh melakukan ‘trading’ terhadap undi-undi mereka dengan wang ringgit, kerana kepimpinan negara mesti pemimpin yang mendapat sokongan yang ‘legitimate’ dari rakyat.
Cadangan ini tidak mungkin dapat di lakukan oleh kepimpinan yang sedang memimpin kita kerana cara perwakilan ini menjaga kepentingan peribadi mereka. Hanya satu cara sahaja untuk melakukan perubahan ini, iaitu untuk rakyat melakukan pemindahan kuasa dari yang ada sekarang kepada pihak yang lebih bertanggungjawab terhadap rakyat dan negara.
Malaysia ini negara kita, maka kita lah yang berwajib untuk melakukan perubahan itu. Jangan mengharapkan mereka yang berkepentingan peribadi yang keterlaluan untuk mengubah nasib masa depan negara dan generasi kita. Sistem sekaranglah yang menyebabkan Azeez Rahim misalnya boleh memenangi kerusi MT sedangkan Shahril Samad tidak berjaya untuk mendapatkan sokongan dalam pemilihan yang lalu. Semuanya ini kerana politik perwakilan yang di kotori oleh 'pembeli-pembeli' undi yang berlaku tanpa kawalan dalam pemilihan itu.
Negara memerlukan seorang pemimpin Melayu untuk menjaga dan memulakan penggubalan sistem pemilihan PM yang terbaik untuk kita semua yang terdiri dari berbilang kaum ini.
Mungkin ramai yang akan mengkritik saya kerana cadangan ini, tetapi secara seriusnya elok kita semua rakyat memikir dan menimbangkan cadangan ini.
Silap tu. Presiden UMNO sekarang tidak dipilih. Tidak macam dahulu. Belum perhimpunan agong dah diisytihar menang tanpa bertanding. Menang kerana tidak sampai 100 bahagian.
ReplyDelete*Transformasi My Foot'
Pedulikan Umno ni!! enough is enough la bang!!
ReplyDeleteCukup-cukuplah Umno!!!
popularkan istilah ini...
ReplyDeleteOKU... Orang Kuat Umno
tak tau ler cara mana tapi cerdik pandai tentu ada cara yg boleh dicadangkan... agaknya kena taruk satu ruang lg kat kertas undi untuk perdana menteri pilihan rakyat..
ReplyDeleteSemua ikut arus ,kalau nak mandai maidai dengan apa2 teori diperenkat cawangan dah tumbang.Cuba tengok bahagian Jelebu manakah perginya cerdik pandai yang telah disekolahkan olih Umno dulu kerana yang memimpin dia tu sahaja sungguh pun hilang dua penggal dan datang balik dia juga memimpin. Ramai yang mengharap dah dicantas atau merajuk dan yang tinggal hanya hidup tak mahu mati segan dan semuanya dah petang2. Pemilihan dicawangan ,dibahagian dan Presiden semuanya sama iaitu buka terbaik dikalangan yang terbaik.
ReplyDeletePak,
ReplyDeleteIt is obvious that the system or the mechanism or maybe we should term it "habit" (dlm bahasa kita "tabiat") of choosing the number one man (through the vote by 4000 UMNO delegates)of this country is clearly defective and more accurately destructive in nature. More so when UMNO itself tend to regulate (cover up) it's own offenses and wrongdoing by defining them as minor and inconsequential faults. Bribery are termed as non criminal offenses and given a completely misleading name which is "money politics" and offenders are not even subjected to the laws of this country and merely fined, suspended and reprimanded by UMNO itself (a nation onto itself?)! Are these actions and cover up by UMNO even legal and ethical? You know as well as me that it is NOT!
So in view that UMNO itself is defective and destructive in nature, it is unsurprising that UMNO has so many bad (putting it mildly) leaders and these bad leaders cannot but elect an even worse PM. Well, what type of leaders do we expect when it is selected from a pool of bad and even worse choices. When it comes to UMNO, it's no longer scraping the bottom of the barrel BUT more accurately, perusing the content of a rubbish heap in a middle of a landfill. Garbage in and garbage out!
So the crux of the matter (in choosing the PM) still lies with us since it will be only an academic exercise of proposing a new and better system or mechanism UNLESS we unseat and especially kick out UMNO from their current seat of power and influence over Malaysia and the Malays in general. Only when UMNO is no longer the main influence and the main antagonizer of Malaysia and the Malays and its political belief, can we move ahead and chart a new course for this country and its future. Until then at least, we should concentrate more on reforming our election commission, provide it with credible independence and authority to spur our democratic values and ways. Lets start with a small step and maybe when we are ready and able, sprint forward without even learning how to jog. We can do that actually by adapting "Anything But UMNO"!
Nick.
Bahagian yang berkanser tu kita harus potong dan buangkan supaya keseluruhan tubuh dapat diselamatkan. Begitu juga dengan negara kita!
ReplyDeleteA B U
Sepatutnya untuk jawatan PM, satu pemilihan secara beasingan hendaklah diadakan. Semua parti politik yang mendapat undi lebih 30% sewaktu PRU boleh menghantar wakil untuk bertanding jawatan PM. Calun PM perlu juga memenuhi syarat-syarat tertentu seperti kelayakan akedemik. Wakil-wakil parlimen boleh memilih wakil mereka untuk menjadi PM dengan mengundi di parlimen.
ReplyDeleteTak ada salahnya pemilihan PM cara sekarang. UMNO is the main party and the delegates are representatives of the party which comprises the Malays.
ReplyDeleteYang jelik ialah Keadilan di mana Ketua Umumnya dilantik tanpa bertanding.
Dan sekarang nak dijadikan PM jika Pakatan memerintah.
PAS nampaknya tak bersetuju. Memang wajar Ustaz Hadi jadi PM kerana ia tak ada isu moral seperti Anwar.
Adakah anda semua memikirkan kemungkinan scenario ini? Jika Keadilan cuma dapat beberapa kerusi.
Dah tentu DAP dan PAS tak boleh membenarkan dia jadi PM.
Takkanlah nak seorang yang menang sikit kerusi ditabalkan menjadi PM.
Pernah tak memikirkan alternatif jika Anwar tersungkur di Permatang Pauh?
Lagi teruk dalam PKR. Main cup-cup tempat sahaja tanpa pemilihan.
Assalamu'alaikum
ReplyDeleteDemi Negara
dan nasib bangsa
Fikir – fikirkanlah
jangan sampai tersalah langkah
jatuh tersungkur berlumuran darah
Pemimpin yang AMANAH dan BIJAKSANA
bagaikan seorang GURU
BERKHIDMAT penuh DEDIKASI
BERBAKTI tiada henti
membangun GENERASI BERKUALITI
Pemimpin RASUAH berakhlak RENDAH
bagaikan TOYOL bekerja MUDAH
merata pejabat sibuk GELEDAH
KHAZANAH NEGARA habis di JARAH
Renung - renungkanlah …….
Wassalam.
Jadi camno nak bersihkan penyakit duit politik ni bang? Ado di mano2 sebonar eh. Kek parti mano pun serupo.
ReplyDeleteDen nak cari jln camno nak borsehkan umno ni ado cara ke bang?
Budak Paroi
Salam..
ReplyDeleteMinda perlu dibersihkan bukan hati..
bukan muka tapi wajah..
bukan kaki tapi pendirian..
bukan tangan tapi pegangan..
bukan raga tapi jiwa..
sujud pada aturan PENCIPTA..
bukan sujud pada objek dicipta..
Idea PENCIPTA..
Beri kain pelikat dalam muktamar PAS pun rasuah bro.
ReplyDeleteJadi, kalau nak bebas 100% rasuah nampaknya kenalah kita samada balik ke China, India atau Indonesia dimana rasuah disana tidak ada. Betul tak? Betul kan?
mmg betul hanya perwakilan yg memileh PM kito rakyat ni apo tunggul ke ? klu perwakilan pilih lanun yg jd PM lanun lah PM kito habis lah harto & wang ringgit di rompak
ReplyDeleteCara pemilihan perlu ditukar dan tempoh perlu dihadkan! Kalau tidak nanti jadi besar kepala dan macam pemerintahan anak-beranak pulak. Mengalahkan Raja-raja.
ReplyDeleteAssalamu'alaikum
ReplyDeleteDemi Negara
dan nasib bangsa
Fikir – fikirkanlah
jangan sampai tersalah langkah
jatuh tersungkur berlumuran darah
Pemimpin AMANAH berakhlak MULIA
bagaikan DOKTOR dan JURURAWAT tiada henti memberi KHIDMAT
merawat pesakit kembali SIHAT
Pemimpin MUNGKAR berakhlak RENDAH
bagaikan PONTIANAK penghisap darah
darah di hisap penuh GHAIRAH
insan sakit bertambah PARAH
Renung - renungkanlah .....
Wassalam.
Kenapa hanya orang UMNO boleh pilih PM? Adakah ini disebabkan hanya orang Melayu hanya boleh jadi PM? Orang lain pun bayar income tax ada hak untuk mencalon dan memilih dan mengundi PM.
ReplyDeleteTuan Haji.
ReplyDeleteBagi saya, bekas anggota ATM yg dah berusia 61 tahun ni, saya tidak mempunyai PM atau menteri menteri kabinet dlm hidup saya. Ketua yg bakal saya ikuti perintahnya hanyalah Seri Paduka Baginda Yg Di Pertuan Agong serta Raja Raja Melayu sahaja. Baginda SPBYDP Agong tidak naik melaui lantikan rasuah ataupun pintu buntut. Kuasa Raja Raja Melayu adalah kuasa mutlak dan tidak boleh dipertikaikan lagi.
Seandainya ada musuh yg cuba menjatuh ataupun membunuh PM atau menteri menteri kabinetnya, saya tidak akan ambil tahu langsung, tetapi jangan cuba cuba disentuh Yg Di Pertuan Agong ataupun Raja Raja Melayu, saya akan kedepan. PM serta menteri menteri kabinetnya tidak pernah langsung saya peduli ataupun hormati sbb mereka naik tidak secara jujur. Oleh itu gaya pemerintahan mereka pun penuh dgn tipu daya serta berkentingan diri.
Untuk makluman Tuan Haji, saya pernah terserempak dgn seorang menteri kabinet dari Sabah (Ahli MKT UMNO yg kanan), dia memberi salam kpd saya, namun ianya tidak saya jawab. Saya pun tidak tahu entah mengapa terjadi demikian.
Salam Saudara Aspan,
ReplyDeleteMereka yang akan mengkritik saudara tak lain dan tak bukan dari kalangan UMNO sendiri saja. Memang benar sistem pemilihan PM tidak selari dengan kehendak rakyat. Sepatutnya rakyat yang pilih PM, bukan perwakilan UMNO. Dalam BN sendiri sistem itu tidak betul apa tah lagi untuk seluruh negara. Hanya UMNO berkuasa memilih PM. Apakah Malaysia kepunyaan UMNO saja?
Oleh kerana UMNO Baru ini pada awalnya dipimpin oleh seorang diktator maka telah menjadi satu kemestian pada rakyat bahawa UMNO saja yang berhak memerintah. Itulah yang dicanang dan diwar-warkan supaya ianya menjadi candu dan rakyat akan akur. Hatta di kalangan BN sendiri seolah-olah komponennya telah dikembiri. Bersuara saja akan diugut.
Rakyat perlu bangkit dan ubah kerajaan dan kemudian barulah sistem yang ada sekarang boleh melalui proses pemindahan ke sistem pemilihan oleh rakyat. Rakyat perlu sedar bahawa merekalah "kingmaker" dan merekalah yang menentukan siapa PM kita, bukan UMNO. Apa tah lagi sekitar 4 ribu perwakilan UMNO.
Bro,
ReplyDeleteSemenjak tahun 1987 lagi Presiden UMNO/Perdana Menteri tidak pernah di pilih. Tak dibenarkan bertanding oleh Mamak Bendahara!
Tuan Aspan,
ReplyDeleteUbahlah perlembagaan ini jika wadah tuan berjaya menguasai putrajaya. Ini semua ditentukan dalam perlembagaan Negara. Bukan salah & silap UMNo, ini pilihan rakyat sejak berzaman lagi.
Saya lebih selesa jika kita mengikut stail pemilihan presiden US terutamanya berkaitan ketelusan pembiayaan kempen. Sekarang ini kita tidak dapat penjelasan berkaitan sumber kempen mereka melainkan hanya meneka dalam kesamaran. Rakyat perlu tahu dari mana parti najib dan parti anwar memperoleh modal yang begitu banyak yang membolehkan mereka membiayai kempen pilihanraya yang berterusan. Besar modalnya tu. Jika Najib kita boleh lah tuduh dia guna wang kerajaan macam wang itu ayahnda dia yg punya tetapi anwar pula nak kaut modal dari mana? Kalau dari wang poket dia atau kepimpinan PR, wow kaya sungguh mereka ini dan dari mana datangnya sumber kekayaan mereka.. jika dari sumbangan dermawan rakyat Malaysia pula tidak kah nanti bila Anwar berjaya menjadi PM maka kenalah dibalas budi dermawan ini.. rasuah juga lah tu. Jika dari sumber luar negara pula lagilah bahaya sebab tiada budi tanpa pulangan nya.Cuba cubalah tuan sarankan pada wadah baru tuan supaya telus dalam pengurusan dana. Ada laporan audit sendiri dan nanti bentangkan pada rakyat. Barulah ternganga BN dan yg penting sekali barulah kami nampak perbezaan ketara antara PR dan BN.
Musafirdidunia....
ReplyDeletePemilihan Raja-Raja Melayu tu adil kah? Perlantikan Raja-Raja Melayu tu adilkah? Kamu ni usia sahaja dah 61 tahun, tapi tak pernah rajin nak membaca, kalau ada komputer di rumah pun mungkin kamu simpan sebelah peti ais sahaja. Pendapat kamu sama taraf dengan "rekrut" dalam tentera dan langsung tak mencerminkan dengan usia kamu sekarang. Untuk pengetahuan kamu, Raja-Raja kamu yang sebanyak 11 orang itu adalah Raja Berpelembagaan. Apa itu Raja Berpelembagaan? Kamu bacalah dan carilah sendiri, kalau nak mudah tanyalah "Lebai Google" ya..
IbnAbdHalim
ReplyDeleteBerdosa tak membalas salah orang Islam. Lainlah orang kafir yang tak wajib disambut salamnya.
Anda dah terjatuh biadap.
Tuan Aspan
Bagaimana rasanya menghadiri buat pertama kali mesyuarat perwakilan PKR?
Tentu anda dan bro Sak diberi penghormatan for being the latest members and prized catch.
Sekurang2 nyo ekau tahulah yang politic is about numbers. Nanti dah raso penangannyo beri tahu semua org yo?
ReplyDeleteDen kekocik dulu sekolah cino kek kampung. Pandai main basketball tera dari kebanyakan player cino lain tapi tak kono pilih...sobab melayu tak ramai.
Kalau di pilih pun sobab nak jadikan melayu tu mercu tanda yo. Takut ketua kg marah nanti orang kg tak boli ke kodai aciin ko kodai atan.
Tapi sobab org kg motong gotah mrk ambik hutang. Kodai runcit melayu tak boleh hutang mudai kocek..
Kau aspan modal cukup ko nak berjuang dgn DAP ni?
Budak Paroi
AA,
ReplyDeleteYou baca Budak Paroi punya komen?...ha....itulah mentaliti yg terbentuk dalam UMNO.
Dia nak berhujjah tapi itulah dia level pemikirannya.
It's sickening.
Budak Terachi,
ReplyDeleteAda, saya baca juga komen Budak Paroi tu.
Tapi takkanlah saya nak respon terhadap komen macam tu. Tetapi ini demokrasi, biarlah apa dia nak kata.
Setidak-tidaknya sdr boleh membezakan komen dia dengan komen-komen dari yg lain bro.
Sdr akan tahu niali pemikiran di antara pengomen-pengomen itu.
Dalam UMNO memang mecam tu. Menjawab hujjah secara loyar buruk tu memang dah biasa.
They are not serious and they do not know how to be one. let them...
KAT MSIA NI ADA BANYAK PEKARA HARAM-2 BANG. PASAI BANYAK ANAK ANAK HARAM KOT.MANA LAH TIDAK NYA...DUMNO PUN HARAM PATUT LA PEDANA MENTERI HARAM HARAM BELAKA. APA NAK HERAN SANGAT PUN.
ReplyDeleteSalam sdr Aspan,
ReplyDeleteTertarik berhubung dengan isu yang diketengahkan.
Manusia yang hidup akan sentiasa mencari dan mengubah cara hidup ke arah yang lebih bersesuaian mengikut keadaan masa. Apa yang telah diamalkan sejak lebih 50 tahun lalu memang tidak dapat disangkal lagi sedikit atau banyak tidak sesuai lagi terutama apabila manusia semakin ramai yang boleh berfikiran maju. Mereka akan sentiasa memikirkan penambahbaikan untuk mengharungi hidup. Hanya mereka yang berfikiran statik dan feudal sahaja tidak berkeyakinan untuk berubah. Mereka yang tergulung dalam kategori inilah yang menjadi masalah untuk memikir dan menerima perubahan.
Saya rasa sistem perlantikan PM yang dipilih melalui Dewan Parlimen mungkin lebih sesuai dan adil. Dengan ahli yang telah dipilih oleh rakyat yang duduk di Parlimen membuat pemilihan Ketua Executive Pentadbiran Negara, PM adalah bertanggung dan menjawab sebarang tindakan dan keputusan yang dibuat kepada wakil yang rakyat pilih di Parlimen. Sistem pengundian bagi pemilihan ini bolehlah difikirkan. Dengan cara ini saya rasa mereka yang berwibawa sahaja yang akan di pilih oleh "wakil rakyat". Bilangan kerusi dari satu2 parti juga akan kurang memberi kesan jika bilangannya sepertimana sekarang.
Jika Sistem ini boleh difikirkan, Dewan Negara bolehlah dimansuhkan. Dengan pemansuhan ini dapat menjimatkan wang, masa dan undang2 yang digubal oleh wakil rakyat tidak perlu di sahut kokokannya didewan yang "dormant"yangmana ujudnya sekarang tidak ada "significantnya" kecuali memberi ruang "buat kerja dua kali".
Perlantikan Kabinet bolehlah di buat oleh PM yang dipilih oleh dewan (wakil rakyat) tetapi setiap calun perlu mendapat kelulusan dewan.
Saya rasa cara ini dapat di fikirkan bersama...wasallam..myi
Yes bro, the selection or the election system should be changed.
ReplyDeleteIt's already ketinggalan zaman.
aku dulu pun kahak ahli umno..jadi ketua pemuda cawangan tapi bila nak bertanding ketua pemuda bahagian ,aku di cantas...oleh seorang kopral pencen ...sekarang kopral ini jadi ahli majlis dan dapat projek macam2 ...aku bukan marah dia menang dia belanja sateh kepada ahli2 umno jangan pilih aku....kernangan jadi ahli umno
ReplyDeleteAA,
ReplyDeleteI am dead sure you are more relaxed since you left UMNO.
You have done good and decisive move and you get my support bro.
Dalam Umno pun you kena cantas. In Pilah they are left with scums in Umno.
aku pernah jadi perwakilan kePAU di PWTC. jumlah duit yg dikumpul dari pemimpin MT yg bertanding berjumlah rm47k. itu aku tak gerak all out kutip duit aku cuma dipanggil dan melalui agen calon. aku punya kawan kerja cari duit all out pada pemilihan dan dia kata dia dapat rm120k. kawan aku kata aku bodoh tak pandai kutip duit terutamanya pada malam2 terakhir pemilihan yang dikenali sebagai MALAM LAILATULQADAR.
ReplyDeletesalam AA., kerana tu sejak dari Datok teman dulu dia larang kami anak cucu dia menyokong puak-puak umno (sejak dari perikatan dulu sampai la ke BN) sekarang. Teman sendiri dan tujuh kali menjadi pengundi dalam PRU, sekali pun haram BN dapat undi teman " tak sior nak bagikan undi teman ke UMNO nu " tag line seorang orang kampung teman yang di katakan kureng tahap kecerdasan pemikirannya, tapi bulat hatinya menolak UMNO., moralnya hanya siapa yang tahap kecerdasan pemikiran lebih rendah dari orang kampung teman tu je yang nak memberikan undi kepada BN khususnya UMNO... orang yang waras tak kan nak mengundi BN
ReplyDeleteTuan Aspan,
ReplyDeleteCara terbaik untuk memilih PM dalam sistem yang sedia ada adalah dengan menggunakan sistem Parlimen.Biar calon ditentukan oleh ahli dewan yang telah diberi mandat oleh rakyat.Sekarang ni calon PM boleh berentap di pintu istana negara sekirannya kedudukan 50/50-sapa dapat menghadap 'nomber one' boleh jadi PM,kalau tak ngam dengan jaga pintu istana dah tentu tak dapat masuk betul tak?
4000 yang terpilih tu pun dgn cara busuk.... yang dipilih di puncak tu lah yang paling busuk.... ni la agaknya TDM kata.. rotten to the core.....
ReplyDelete