Dr Mahathir mengambil alih jawatan PM dari Datuk Hussein Onn pada September 1981 dan sejak itulah banyak slogan baru yang diketengahkan oleh pentadbiran beliau dan pimpinan selepas beliau. Kita faham kenapa slogan besar-besar diketengahkan, iaitu kerana hendak menunjukkan kelainan dari pentadbiran sebelumnya (pentadbiran Datuk Hussein Onn).
Saya sendiri sudah lupa kebanyakkan slogan itu, tetapi saya masih ingat satu slogan pentadbiran Dr Mahathir, iaitu Bersih, Cekap dan Amanah (BCA). Slogan BCA ini masih saya ingat disiarkan melalui media cetak dan letronik dengan luas sekali dan rakyat termasuk diri saya amat menyokong dan menyanjungi Dr Mahathir kerana berusaha untuk mencari kelainan dari yang sebelumnya.
Tetapi apabila dikaji dan dibuat penganalisisan yang betul, kita lihat slogan itu hanya tinggal slogan semata-mata. Hasilnya Bersihnya tidak ada, Cekapnya entah ke mana dan jauh sekali kita boleh melihat sikap Amanah di kalangan pimpinan dan kerajaan. Zaman inilah projek ‘express’ dengan skala besar dilakukan dan telah menghasilkan rasuah yang besar melalui projek-projek raksaksa ini. Hampir kesemua projek raksaksa ini dilakukan secara runding terus. Para konsultan pun terlibat dalam menaikkan harga projek-projek runding terus ini dan kumpulan kroni-kroni in menjadi kaya raya secara tidak amanah.
Tidak payah diulangi apa-apa yang telah dilakukan secara tidak amanah dan bersih itu kerana rakyat sudah mula menilai dan memberikan persepsi yang sebenar terhadap kepimpinan Dr Mahathir itu. Walau bagaimanapun saya tetap menyokong slogan anjuran Dr Mahathir itu sehingga ke hari ini. Saya tahu Dr Mahathir telah membuahkan slogan yang amat baik dan saya menyokong slogan anjuran beliau itu sehingga sekarang.
Oleh kerana Dr Mahathir bijak mewujudkan slogan terbaik tetapi beliau tidak mampu untuk merealisasikannya, maka saya terus tercari-cari siapakah yang boleh melakukan serta merealisasikan slogan itu. Saya dan beberapa orang yang lain berfikir dan mencari pihak mana yang dirasakan mampu untuk melaksanakan slogan itu secara realistik.
Akhirnya pencarian saya itu berjaya juga….mungkin kerana berkat kesabaran saya itu. Kita telah melihat kerajaan dan pimpinan P Pinang lah yang telah berjaya melaksanakan slogan Bersih, Cekap dan Amanah itu dengan begitu baik sekali. Saya mengucapkan syabas kepada Lim Guan Eng yang begitu serius dalam melaksanakan apa yang sepatutnya dilaksanakan sebagai Ketua Kerajaan sebuah negeri. Secara tidak langsung slogan Bersih, Cekap dan Amanah itu dilaksanakan oleh kerajaan P Pinang dengan begitu ketara sekali.
Semasa Guang Eng mengambil alih pimpinan kerajaan P Pinang pada 8hb Ogos 2008 yang lalu, P Pinang mempunyai hutang dengan Kerajaan Pusat sebanyak RM630 juta. Sehingga penghujung tahun 2011, P Pinang telah membayar kembali hutang-hutang itu kepada Kerajaan Pusat sebanyak 95 peratus, iaitu sebanyak RM600 juta. Ia meletakkan P Pinang sebagai negeri yang hampir berjaya membayar kembali hutang itu kesemuanya kepada Kerajaan Pusat. Ini merupakan rekod kepimpinan yang sangat cekap seperti yang di slogankan oleh Dr Mahathir itu.
Tindakan kerajaan P Pinang mengisytiharkan harta Ketua Menteri dan exco-exconya itu amat meyakinkan rakyat terhadap kepimpinan P Pinang. Ia boleh pula dibaca dan dilihat oleh rakyat melalui laman web kerajaan P Pinang itu. Ia merupakan tindakan keterbukaan yang maksima dan rakyat tidak lagi merasa sangsi terhadap keunggulan pentadbiran kerajaan negeri P Pinang itu. Rakyat P Pinang merasakan yang mereka adalah bersama dan sebahagian dari pentadbiran Kerajaan Negeri itu.
Kerajaan Negeri pula merasakan yang rakyat patut tahu secara telus tentang ketelusan kepimpinan yang mereka telah pilih semasa PRU yang lalu. Berani mengisytiharkan harta itu merupakan satu tindakan yang paling terpuji dan kalau benar Kerajaan Negeri-Negeri tadbiran BN yang lain itu bersih, maka tidak ada sebab Negeri-Negeri tadbiran BN tidak boleh melakukan apa yang dilakukan oleh kerajaan P Pinang.. Dengan tindakan mengisytihar harta itu akan melenyapkan rasa sangsi dan curiga rakyat terhadap kerajaan pimpinan Guan Eng itu.
Saya percaya, saranan Guan Eng supaya ahli-ahli jemaah kabinet Kerajaan Pusat mengisytiharkan harta itu tidak akan dilakukan kerana ia akan membongkar segala ketidaktelusan barisan pimpinan BN sekarang ini. Bagi saya, untuk mengisytiharkan harta oleh menteri-menteri BN dalam Kerajaan Pusat BN itu adalah satu perkara yang mustahil berani dilakukan oleh PM Najib….bak kata AR Tompel dalam satu filem lakonannya beliau berkata…impossible…impossible!.
Tanpa slogan yang besar-besar dan hebat-hebat kerajaan P Pinang telah melakukan apa yang di slogankan oleh kerajaan BN sendiri. Pendeknya BN hanya pandai berslogan, kerajaan PR Pulau Pinang dan negeri-negeri tadbiran Pakatan Rakyat pula telah melaksanakan lebih dari apa yang telah dislogankan oleh Dr Mahathir dan pimpinan-pimpinan selepas beliau.
Rakyat masih mempunyai harapan untuk mendapatkan kerajaan yang telus dan jujur. Apa yang rakyat harus lakukan ialah untuk memilih pihak yang berkemampuan mentadbir kerajaan dengan telus dan yang memihak kepada rakyat seperti di Pulau Pinang dan Selangor dalam pilihanraya yang akan datang.
Sesungguhnya hanya tahap kejujuran dan etika yang tinggi sahaja yang boleh melaksanakan pentadbiran yang kita lihat di P Pinang dan kerajaan Negeri Selangor serta lain-lain kerajaan tadbiran Pakatan Rakyat.
Oleh kerana sudah terjumpa yang baik ini, elok jangan kita lupa untuk mengekalkan kepimpinan ini lagi. Kita telah melalui jalan yang payah untuk mendapatkan apa yang telah kita dapati ini. Jagalah ia dengan baik dan jangan terlepas dari kita lagi.
SLOGAN YANG MENYELIPUTI MAKSUD TERSIRAT...
ReplyDeletenazri kata bahaya kalau dedah harta.. hahahaha...
ReplyDeletePak Pan,
ReplyDeleteSapu sampai bersih selagi masih berkuasa,
Mesti cekap kaut harta rakyat dan negara,
Kerja2 di atas berhasih jika rakyat yng bongok amanah kan kuasa pada penyamun.
Cukup geli aku dengan mamak tua kutuk ne.
pas ne nak tegok anjing2 dia menyalak..
Saya masih berkeyakinan (insyallah) negeri2 pentadbiran PR sekarang akan kekal & ditambah lagi beberapa negeri lagi & insyallah Putra Jaya pd PRU13 akan dtg.
ReplyDeleteMmg ketara pentadbiran PR yg berbeza terutama dari segi 'accountability' & juga jimat cermat yg dilakukan wpun menerima dugaan yg sungguh besar dlm masa 4tahun pemerintahan..
kita tengok ANJING SUKUM PM & the gang salak tera mana sgt! nak gigit kalu kita tengkalong dgn kayu bagi.
ReplyDeleteleklau
Saudara AA,
ReplyDeleteThe rakyat want accountability, transparency and good governance. These three attributes are forever absent in the minds of plunderers.
Apa yang telah dilakukan oleh kerajaan PR Pulau Pinang dalam tempoh yang pendek ini sudah cukup baik walau pun masih ada ruang untuk diperbaiki. Saya tidak fikir kerajaan dan pimpinan BN sekarang berani mengmabil langkah yang sama. PR Pulau Pinang telah membuktikannya. Bagaimana dengan kerajaan PR di negeri2 lain ?.
ReplyDeleteSlogan BCA yang diperkenalkan Kutty itu memang baik..tapi perlaksanaannya HAMPEH ! Bunyi dahsyat umpama GONG..tapi kosong didalamnya. Dasar Pengswastaan yang giat dijalankan diera Kutty telah berjaya melahirkan ramai jutawan " Mr Commission " dikalangan para pimpinan UMNO dan BN. Beban dari dasar2 kapitalis ini telah meninggalkan beban yang tidak sedikit dikalangan rakyak khususnya akibat kenaikan kos hidup dalam banyak perkara meliputi produk dan perkhidmatan.
Kini masanya untuk semua warga Malaysia memberi peluang kepada PR sebagai alternatif terbaik sekurang2nya buat masa sekarang.
Many of those who worshipped The Mamak cannot understand why Malaysians blame him for the woes of the country.
ReplyDeleteI have compiled excerpts of articles which were published in the media in past years to refresh the memories of Malaysians, as to why many Malaysians feel that The Mamak did more harm than good for the country in his 22 years of office. They call him the father of modern Malaysia. I certainly beg to differ.
These 22 fiascos were published in the form of questions directed to The Mamak:-
1) On clean government
You came to power in 1981 and introduced the slogan bersih, cekap dan amanah (clean, efficient and trustworthy). What did you do to further that? Did you make the Anti-Corruption Agency more independent and effective? Did you ensure that the police and judiciary do their jobs properly and reduce corruption in their ranks? Did you ensure that ministers and chief ministers not have income beyond their legal means? How many big guns were prosecuted for corruption offences during your tenure? What happened to bersih, cekap dan amanah?
2) Press freedom
Your criticism of the government received plenty of coverage in the local media recently whereas, during your time, criticisms against you by two former prime ministers were muted in the mainstream newspapers. Editors in Umno-linked newspapers too were removed for not toeing the line. What did you do to advance the cause of responsible press freedom?
3) Proton
You went ahead with the national car project in 1983 despite a number of experts disagreeing with you, especially with respect to the lack of economies of scale. Isn't it true that Proton's profits over the past 20 years came from the vastly higher prices that the Malaysian public have had to pay to subsidise Proton, resulting in considerable hardship for Malaysians who need cars because of the poor public transport system? Why was it necessary for Proton to buy a stake in a failed Italian motorcycle manufacturer when it could not even produce cars competitively?
4) Heavy industries
Why did you push into heavy industries such as steel and cement in the 1980s, ignoring studies which suggested developing natural resource-based industries instead? They caused major problems and billions of ringgit in losses.
5) Immigration
Why did you allow hordes of people to immigrate, mainly from Indonesia , in such an unregulated way that there are as many or more illegal immigrants than legal ones now, accounting for some two million or more people? Did you not realize that this would cause serious social problems?
6) Operasi Lalang
Why did you have to resort to this move in October 1987, when you used the Internal Security Act to detain over 100 people, close down four newspapers and cause a wave of fear throughout the country? Was it to consolidate your tenuous hold on power then by using an oppressive law? It was all for your own security and survival, isn`t it?
Continue......
7) Judiciary
ReplyDeleteWhat was your motive to take action in 1988 to remove the then Lord President and several Supreme Court judges from their positions under allegations of judicial misconduct, a move which was heavily criticized by the Bar Council and other bodies? Was it because you needed more compliant judges whose rulings would not threaten your position of power in a number of cases in court?
Was this the first step in dismantling the judiciary's role as a system of checks and balances against the legislature and the executive? What have you to say to repeated assertions by many, including prominent ex-chief justices, who maintain that this led to the erosion of judicial independence?
8) Education
Why did you allow our national school system, which is the ideal place to develop ties among young Malaysians, to become so divisive? Why is it that our local Universities, once the preferred choice of tertiary education, have deteriorated to a level that even students who gained admission prefer to enroll into local private Universities.
9) Malaysian Airlines System
Why did your government sell MAS (private sale) to Tajuddin Ramli who had no knowledge whatsoever about running an airline? Why did your government then later bail out Tajuddin by paying RM8 per share when the shares were trading at only RM3.60 in the open market, costing close to RM 1 billion of the rakyat's money.
10) Privatization
Why did you allow privatization to take place in such a manner that the most profitable parts of government operations were sold away like Telekom Malaysia ,Pos Malaysia and Tenaga Nasional? Toll roads had guaranteed toll increases and compensations in the event traffic projections were not met. Independent power producers had contracts that guaranteed them profits at the expense of Tenaga Nasional .What was the justification of privatizing the government medical stores to Southern Task Sdn Bhd, and the resulting increase of prices of medicines?
11) Putrajaya
What is the justification of spending RM20 billion on a grandiose government city at a time when office space was available in Kuala Lumpur ? Could the money not have been put to better use, such as improving educational resources?
12) Indah Water Konsortium
What was the basis of granting Indah Water Konsortium a concession to manage the national sewerage system? Could you explain the RM1.4 billion soft loan to IWK which clearly has irrecoverable losses?
13) Konsortium Perkapalan Berhad
Why did you rescue Konsortium Perkapalan Berhad (then owned by Mirzan, your son) and which had debts of RM1.7 billion using funds from Petronas? Was it not your administration which forced Malaysian International Shipping Company (MISC) to acquire the assets of Konsortium Perkapalan Nasional? It was a blatant misuse of public funds to bail out your son during the Asian financial crisis in 1997.
14) Time Dotcom Bhd.
Why did your administration bail out Time Dotcom Bhd which was saddled with a RM5 billion debt? Why did your government use RM904 million from Kumpulan Wang Amanah Pencen to buy up 273.9 million of unwanted Time Dotcom shares incurring an instant loss of RM280 million?
Did you not force the Employees Provident Fund (EPF) to buy 81.6 million unsubscribed public portion of the initial public offering (IPO) of Time Dotcom Bhd at RM3.30 per share when the shares were trading at only between RM1.95 and RM2.10 and in the process incurring an instant loss of RM100 million?
14) Time Dotcom Bhd.
ReplyDeleteWhy did your administration bail out Time Dotcom Bhd which was saddled with a RM5 billion debt? Why did your government use RM904 million from Kumpulan Wang Amanah Pencen to buy up 273.9 million of unwanted Time Dotcom shares incurring an instant loss of RM280 million?
Did you not force the Employees Provident Fund (EPF) to buy 81.6 million unsubscribed public portion of the initial public offering (IPO) of Time Dotcom Bhd at RM3.30 per share when the shares were trading at only between RM1.95 and RM2.10 and in the process incurring an instant loss of RM100 million?
15) LRT
Why did you bail out the light rail transit operators Projek Usahasama Transit Ringan Automatik Sdn Bhd (Putra), which belonged to Renong, and Sistem Transit Aliran Ringan Sdn Bhd (Star) using almost RM600 million from EPF, which still resulted in EPF having to write off RM135 million with a share loss of RM96 million?
16) North South Expressway
Why did your administration award North South Expressway concession to UEM (which then formed Plus) and then provide them with a loan of RM1.6 billion which was half of the tender price of RM3.2 billion. What was the justification for your administration to grant Plus such over generous terms, which included annual increment of toll rates and guaranteed traffic volumes?
17) PSC Industries Berhad
Why did your administration in 1998 award a RM24.3 billion contract to PSC Industries Berhad, together with an advance of more than RM2.5 billion to build naval patrol boats? Why were they also given exclusive rights to service the Malaysian navy's entire fleet? Could you confirm that the first two ships built by PSCI could not even pass pre-delivery trials? How would you answer to the Public Accounts Committee's revelation that it will cost the government another RM120 million just to salvage the first two vessels nearing completion after seven years?
18) Bakun Dam
Why did you award Ekran Bhd the contract to build the Bakun Hydroelectric Dam in Sarawak without a tender ? Why did your administration take over the construction of the dam by bailing out Ekran by almost RM200 million for 'work done'?
19) InventQjaya
What was the basis of inviting Libyan-American Sadeq Mustaffa to Malaysia to set up InventQjaya Sdn Bhd and to also give him a grant of RM440 million? What was the benefit for Malaysia and how has Malaysia benefited? What happened to InventQjaya now?
20) Forex Losses
Why did your administration dabble in speculation of the money market which ultimately cost Bank Negara almost RM9.3 billion in losses?
21) Bank Bumiputra
Why did you allow the mismanagement of Bank Bumiputra, to the extent that it had to be bailed out 3 times, costing the country a total of RM 3 billion? Again, dipping into Petronas's funds?
22) Perwaja Steel
Why did your administration allow Perwaja Steel to be mismanaged resulting in RM 2.9 million of the rakyat's money being squandered?
There you are 22 fiascos in 22 years. The bad news is that there are actually more than 22! Remember the APs, Maminco, Renong and many more .
Those who remember, please add on to this list.
saudara aspan,
ReplyDeletesoalan pendek.... Mengapa saudara sertai DAP dan bukan Keadilan?......terima kasih...
Kutty perkenalkan BCA untuk rakyat.
ReplyDeleteTapi bagi dia, CBA iaitu CEKUP (hentam ) BERSIH BERSIH dan AMANAH, jangan bagi orang tahu !
Tengok la anak anak dia bukan kerja apa dulu tapi billionare ! huh...
Semua kepincangan Mahaded Mamak Kutty dan kroni-kroni elit nya itu akan dibongkarkan secara meluas di media-media cetak dan massa apabila PR berjaya merampas Putrajaya kelak dan di waktu itu para penyokong "buta kayu" UMNO/BN akan ternganga mulutnya dari terbitnya matahari tahun 2013 hingga terbenamnya matahari tahun 2014. Kita doakan usia Mamak Kutty ini agar dipanjangkan Allah supaya rakyat marhaen dapat menonton secara "live", segala konspirasi dan korupsi si tua kutuk ini yang dilakukan semasa pemerintahannya dan semasa hayatnya.
ReplyDeleteDedah harta through KPMG more transparent said LGE. A joke right. These accounting firms do what are told by whoever that pays it to do. It is a private company. Where is the transparency at all.Bukan tak ingat kes Enron, accountnya dibloatedkan tapi duit tak de. Finally bangkrup. And apa jadi dengan accounting firm tersebut. Lupa ke.
ReplyDeletePoodahlah ttg hutang P Pinang yang dilunaskan. Di kontra dgn aset pengurusan air kepada faderal gomen. Ingat ke dapat hasil dari FDI berbillion utk bayar hutang. Paling tinggi kurangkan hutang adalah kerajaan bn negeri perak sampai rm900 juta.
LGE nak argue dari segi % P Pinang lebih tinggi. TTg duit mcmnilah, kalu hutang RM1 dari gomen pas tu bayar balik RM1, kira 100%. Tapi kalu pinjam 50%, bayar balik RM49, dari segi % ialah 98%, kurang dari 100%.
Bagi penyokong LGE yg kurang ilmu, kita amik contoh umur.Jika 2 orang bayi dilahirkan 1 year apart, ketika itu, dari segi %, yg lahir kemudian 100% lebih muda.Ketika dia berumur 99 tahun, dari segi %, dia hanya muda 1% dari yg satu lagi.
OOH AsPapan Lalang.
Assalamu'alaikum
ReplyDeleteDemi Negara
dan nasib bangsa
Fikir – fikirkanlah
jangan sampai tersalah langkah
jatuh tersungkur berlumuran darah
Mengaku Muslim,
mengaku beriman
Hukum Allah dipersendakan ?
Sungguh ajaib !
Sunggguh hairan !
Kerja rasuah tinggi menjulang
Sifat amanah dah lama hilang
Di beri kuasa,
disalah guna
Hidup rakyat tambah merana
Rakyat kurus kebuluran
Tuan gendut terbanyak makan
Tiada peduli halal dan haram
Renung-renungkanlah ….
Wassalam
anon 19:17
ReplyDeletesaya rasa jawapan nya ialah DAP memang sejak azali parti pembangkang, manakala Keadilan adalah serpihan UMNO. Mentality UMNO masih ada. Betul tak uncle AA?
cubalah lihat khzanah menjual harta kerajaan dengan begitu murah kepada syed mokhtar al bukhary...sedih..Kepentingan rakyat tidak dipentingkan....
ReplyDeletePrestasi dan keupayaan PR di Pulau Pinang dan negeri2 PR lain telah diperakui oleh Audit Negara, bukannya datang dari akuan atau dakwaan PR sendiri.
ReplyDeleteKalau dalam tempoh sesingkat itu banyak penjimatan tadbir urus telah mampu PR tunjukkan..bayangkanlah berapa banyak boleh dijimatkan kalau PR menguasai tampuk pemerintahan sejak puluhan tahun dulu.
Tak payahlah kalangan UMNO nak mempertikaikan hakikat dan fakta yang diperakui Jabatan Audit Negara. Terima sajalah fakta bahawa cara urus tadbir PR ternyata jauh lebih baik dan berwibawa. Yang ramai menyalak dan menyalahkan PR Pulau Pinang hanyalah segelintir golongan yang "makan besar" di era BN dulu.
Mana lebih wibawa..laporan dan komen penyokong karat UMNO kat bawah ni ker atau analisa dari jabatan Audit Negara ?
ReplyDeleteDedah harta through KPMG more transparent said LGE. A joke right. These accounting firms do what are told by whoever that pays it to do. It is a private company. Where is the transparency at all.Bukan tak ingat kes Enron, accountnya dibloatedkan tapi duit tak de. Finally bangkrup. And apa jadi dengan accounting firm tersebut. Lupa ke.
Poodahlah ttg hutang P Pinang yang dilunaskan. Di kontra dgn aset pengurusan air kepada faderal gomen. Ingat ke dapat hasil dari FDI berbillion utk bayar hutang. Paling tinggi kurangkan hutang adalah kerajaan bn negeri perak sampai rm900 juta.
LGE nak argue dari segi % P Pinang lebih tinggi. TTg duit mcmnilah, kalu hutang RM1 dari gomen pas tu bayar balik RM1, kira 100%. Tapi kalu pinjam 50%, bayar balik RM49, dari segi % ialah 98%, kurang dari 100%.
Bagi penyokong LGE yg kurang ilmu, kita amik contoh umur.Jika 2 orang bayi dilahirkan 1 year apart, ketika itu, dari segi %, yg lahir kemudian 100% lebih muda.Ketika dia berumur 99 tahun, dari segi %, dia hanya muda 1% dari yg satu lagi.
OOH AsPapan Lalang.
KALAU DAH KARAT TU..MEMANG SUSAH..KARAT MENUNGGU REPUT DAN LUPUS JER..
Lalang sekurang2nya boleh dimanafaatkan untuk ternakan. kalau sesuatu dah karat tahap gaban..memang tunggu masa abis hayat jer !
Bro, excellent writing and listing!
ReplyDeletePlease allow me to copy and publish those.
There are still many of them worshiping that mamak fella. Im not sure whether they are blind, deaf or just dumb.
Anon 03:52pm,
ReplyDeleteAt least they performed better than BN gov. Simple.
Wouldn't be easier for you to 'digest'? I hope so, cause you seems to have problem comparing performances.
Analisa tuan amat tepat! Saya pun menyokong slogan bersih, cekap dan amanah. Siapa tidak? Tapi cara pentabiran TDMM melakukannya amat lah berkontradiktori. Ianya sebenar adalah slogan untuk mengagburi mata disebaliknya mana penyelewangan bermaharajela. Pentabiran LGE berlainan. Apa tu CAT bukan BCA? Satu cakap saja, satu buat je. Yang man lebih best?
ReplyDeleteAudit Negara reports:
ReplyDeleteStates under BN : D
States under PR : B
Easy to choose for the coming GE.
Lambang dacing BN adalah dacing zaman kati tahil.Dacing yg paling mudah/sesuai menipu pelanggan ketika jual beli.Patutlah ia sinonim dengan BN.
Mamak murtad adalah lambang/status terbaik UMNO masakini iaitu:
ReplyDelete1. Ego dan angkuh
2. Kaya cara membelit/auta.
3. Tua+uzur,tak produktif lagi.
4. Dah nak nyanyuk tapi masih tamak.
5. Buat kesilapan tapi tak mengaku.
6. Pandai berlakon.
7. Bersifat diktator.
Dan
8. mempunyai hati zaman kuno.
(Tak habis2 berdendam terhadap
seseorang yg telah membongkar
rahsia dia menyelamatkan
perniagaan anak2nya yg
hampir muflis
menggunakan wang
rakyat).
Mana tak bahaya jika nazri n geng istihar harta mereka yang melebihi kemampuan gaji dan elaun mereka selama ini. Tembelang mereka akan pecah membusukan 1Malaysia yang mana selama ini mereka merompak wang rakyat sesama mereka utk jadi kaya raya.
ReplyDeleteVery sad when Tun M was in power, he was put on a pedestal. But now that he's out, he 's regarded like a pariah.
ReplyDeleteHe may have his faults, but we should be thankful that he's done a great deal to this beloved nation.
Belajarlah tahu mengenang budi. Bukankah tu sikap terpuji orang Melayu.
Foremost, you guys must thank him for giving you Anwar Ibrahim. For me that was his biggest mistake. He owes Malaysians an apology big time for bringing in Mr Trouble in our midst.
Mujur lah DSAI ada dpt mengimbangi Madey.. kalau tak habis melayu kena jual dek QD...
ReplyDeleteQD....
ReplyDeleteKerana mengenang budi,kita ingat ikut je, biarkan diri diperbodohkan.....sorry la bro.zaman dah berubah.....
QD.. for me the biggest mistake is that your parents having you as their children.. what a loser !!..
ReplyDeletekudean..
Tundet pembawa buday kroni. Memperkayakan kroni, membuli rakyat yang perlukan bantuan...
ReplyDeleteTo whom it may concern.
ReplyDeleteMengenang budi and thankful to mamak murtad for what?He was paid handsomely by the rakyat to do a job.Anyone who is qualified to be PM will do the same thing,in fact better,who knows.
MM biggest mistake was staying in power for too long and let the ego, corrupt and greed diseases enters his brain.And PKR was formed because of MM.
Lessons to be learned:
PM A 1st term:PM is the servant.
PM A 2nd term:PM is still the servant.
PM A 3rd term:Rakyat are the servant.
PM A 4th term:Rakyat will be slave.
For a better future,M'sians should never let anyone sits the PM job for more than 2 terms,regardless of any party.
sibuk ar qd ni. heheh.
ReplyDeleteQD,
ReplyDeleteKalau salah PR, kau bising-bising. Tapi kalau salah UMNO/BN, kau suruh kenang budi, walaupun sudah terang lagi bersuluh UMNO/BN penuh dengan rasuah dan salah guna kuasa.
You own comments shows how deeply bigotry runs within your veins. Masya Allah.
--ziggy