Sejak berita yang dilapurkan oleh Malaysian Insider dan Utusan dan beberapa blogger yang pro UMNO beberapa hari yang lepas, blog saya telah dibanjiri dengan pelawat yang ramai dan kebanyakkannya memberikan sokongan kepada saya jika saya menyertai DAP.
Media perdana Utusan dan blogger UMNO telah menulis dengan panjang lebar dan membuat kritikan keras terhadap saya. Tetapi yang menggalakan ialah sokongan dari orang-orang biasa ini sangat menggalakan dan ianya benar-benar membuka minda ramai orang Melayu yang sebenarnya menyertai DAP itu bukannya satu jenayah dan juga tidak ‘unpatriotic’.
Tidak ada parti akan dibenarkan untuk ditubuhkan jika parti-parti itu tidak memperjuangkan kebaikan untuk negara dan rakyatnya. Apa yang asas kepada segala-galanya dalam penubuhan parti itu ialah Bab Asas dan Tujuan dalam Perlembagaan sesebuah parti itu. Kalau di selidik secara teliti semua parti yang terdaftar dengan halal di negara ini bertujuan yang tidak lari dari kandungan dan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Semuanya mempunyai matlamat menyatukan rakyat berbilang kaum dan agama di negara kita ini. Apa yang membezakan dari satu parti dengan parti yang lain ialah samada pimpinan sesebuah parti itu benar-benar mengikuti apa yang diperuntukan di dalam Bab Asas Dan Tujuan yang terkandung di dalam parti-parti itu. Baik atau tidak sesuatu parti itu bergantung samada pimpinan parti itu benar-benar mengikut lunas-lunas yang telah di tulis dalam Perlembagaan parti itu.
BN pada asasnya bukannya tidak baik, tetapi semangat yang ada di dalam BN itu tidak di sempurnakan dengan betul sehinggakan rakyat tidak lagi berselera dengan komponen itu. Asasnya ialah rakyat atau kaum yang menganggotai parti-parti dalam BN itu bersatu dan seterusnya parti-parti yang berada di dalam BN itu bekerjasama dengan baik dan menjadikan komponen itu sebagai wadah untuk mencapai matlamat yang satu iaitu perpaduan kaum (national unity).
Apabila BN tidak lagi melaksanakan matlamat yang baik itu maka rakyat mula berasa tersentuh dan meninggalkan BN itu sekarang ini. Oleh kerana BN khususnya UMNO dipimpin oleh pemimpin Melayu yang lemah maka pimpinan dan ahli-ahli UMNO memainkan isu rasis yang menebal bertujuan untuk menyatukan orang Melayu di bawahnya untuk mengekalkan kuasa yang mereka sangat seronok mendapatnya. Bagi UMNO asalkan orang Melayu bersatu mereka mendapat kuasa tetapi tidak bertanggungjawab kepada keseluruhan rakyat dan merelakan perpecahan di kalangan rakyat berbilang kaum.
Tetapi meniupkan isu bangsa dan bersifat rasis yang keterlaluan maka rakyat berbilang kaum telah berpecah dan ianya membunuh semangat rakyat di antara kaum untuk bersatu. UMNO menggunakan isu perkauman dengan mengingatkan insiden 13 Mei 1969 dahulu sebagai senjata untuk menakut-nakutkan orang Melayu sedangkan perkara itulah yang sepatutnya cuba di baiki oleh BN, bukannya menggunakan 13 Mei itu sebagai cara untuk mendapatkan sokongan orang Melayu.
Apabila perkara ini terjadi ia bukan sahaja menjadikan MCA dan MIC bermasalah, ianya juga telah menjadikan semua rakyat merasa tidak selamat jika BN yang dipimpin oleh UMNO itu terus-menerus mentadbir negara dengan cara menakut-nakutkan rakyat. MCA pula terpaksa menjadi chauvinis cina untuk mendapatkan sokongan kaum cina terhadap mereka. Tetapi DAP pula yang di tuduh chauvinistic dan ini lah yang tidak dapat disabarkan oleh rakyat lagi.
Sifat chauvinis cina MCA itu menaikkan lagi suhu perpecahan kaum dalam BN sendiri sedangkan rakyat sudah tidak mahu lagi sentimen perkauman ini dimainkan kerana mereka mahu hidup dalam keadaan aman dan muhibbah di bawah ini. Rakyat sekarang sudah menolak isu-isu rasis ini dan inilah sebenarnya perjuangan kita selama ini. Rakyat telah bersabar menantikan pembaikpulihan sikap dan perangai pemimpin dalam BN itu untuk terus diberikan mandat, tetapi nasi sudah menjadi bubur. BN tidak mungkin mampu lagi untuk melaksanakan tugas menyatukan rakyat lagi.
Secara tidak sedar atau secara sedar rakyat mula tidak lagi mempercayai momokan UMNO terhadap PAS dan DAP yang selama ini mereka dengar melalui media masa perdana dan percakapan pemimpin-pemimpin UMNO. Dalam keadaan ‘keferasatan’ rakyat terhadap BN mereka telah berusaha menolak BN dan di dalam pilihanraya yang lalu BN hanya memenangi 85 kerusi di Semenanjung dan PR pula memenangi 82 kerusi. Kalau tidak kerana sumbangan kerusi dari Sabah dan Sarawak BN sepatutnya telah tumbang dalam pilihanraya yang lalu.
Rakyat melalui PR telah berjaya mengambil alih pentadbiran lima buah negeri, tidak termasuk Wilayah Persekutuan yang tidak mempunyai legislatif negerinya sendiri. Sejak itu negeri-negeri tadbiran Pakatan Rakyat seperti di P Pinang telah menunjukkan bakat kepimpinan kerajaan yang baik dengan etika dan pentadbiran yang jauh lebih baik dari pentadbiran BN dahulu.
Keadaan ini tidak menyenangkan pihak BN yang telah dikalahkan oleh rakyat itu. Segala usaha dilakukan oleh pihak penyokong BN di negeri itu untuk ‘discredit’ kerajaan P Pinang sehinggakan kumpulan penyokong BN telah menghantar kek berbentuk tahi kepada Ketua Menteri negeri itu. Inilah contoh-contoh buruk yang sedang dilakukan oleh penyokong BN di P Pinang dan pemimpin-pemimpin UMNO di negeri itu tidak langsung mahu menegur sikap buruk penyokong-penyokong mereka itu.
Itu adalah tindakan desperado. Tindakan meloyakan ini membuatkan imej UMNO dan BN di P Pinang bertambah buruk dan tidak memungkinkan BN akan menjadi pilihan rakyat bukan sahaja di negeri itu tetapi menyeluruh di seluruh negara. Perkara buruk ini juga dilakukan oleh penyokong BN di Selangor, Kedah dan Kelantan dengan menggunakan TV3 dan Utusan sebagai ‘kuda pelejangnya’. Setiap malam media perdana ini meyiarkan perkara-perkara seperti ini untuk membantu BN mendapatkan kembali sokongan yang sudah ditarik balik oleh rakyat itu.
Jika ditanya saya samada usaha mereka, media perdana, itu akan berjaya, saya dengan jelas menjawabnya yang itu merupakan mimpi di siang hari sahaja. Rakyat sudah mempunyai persepsi buruk terhadap media perdana ini kerana tujuannya sangat mudah untuk difahami oleh rakyat yang ramai…iaitu untuk memecah belahkan rakyat. Selalunya UMNO hanya berjaya dalam keadaan perpecahan.
Sesudah bercakap tentang perkara yang telah di cakapkan ini, siapa yang sebenarnya yang patriotik? Orang yang patriotik ini sebenarnya orang yang macam mana? Adakah orang dan pemimpin yang telah memperkosa harta rakyat itu patriotik? Adakah pemimpin yang menggunakan kedudukannya untuk membelasah harta rakyat itu pemimpin patriotik?
Adakah pemimpin yang menambah harga perlengkapan persenjataan negara itu untuk mendapatkan ‘kick back’ itu patriotik? Adakah pentadbiran yang beretika dan bersih yang dilakukan oleh DAP di P Pinang dan kerajaan PAS di Kedah dan Kelantan itu tidak patriotik? Adakah sayangkan UMNO itu sahaja yang patriotik walaupun pemimpin yang mencuri di sana sini itu adalah pemimpin UMNO?
Adakah tindakan membawa keluar wang negara secara haram sebanyak RM1 trillion keluar negara itu tindakan yang sangat patriotik? DAN yang mengkritik pemimpin negara kerana membiarkan wang yang bertrillion itu tidak patriotik. Siapa sebenarnya manusia dan rakyat yang patriotik kepada pemimpn UMNO dan penyokongnya?
Masing-masing boleh membuat penilaian dan menjawab samada segala tindakan semua pihak itu tindakan yang patriotik. Buatlah keputusan sendirian. Yang penting sebelum membuat keputusan kita mesti berfikir sedalam-dalamnya dan bertanggungjawab ke atas keputusan yang kita ambil itu.
Jangan kita menyalahkan orang lain di atas kesilapan dan kesalahan kita sendiri. Kita sepatutnya ada rasa malu sikit-sikit kerana rakyat sedang memerhatikan kita semua. Silapnya UMNO ini, mereka memandang orang ramai ini semuanya tidak pernah ke sekolah dan tidak tahu membaca dan menulis dan seterusnya tidak berkemampuan untuk berfikir.
Pada UMNO rakyat khususnya orang Melayu senang dipersendakan dan mereka (orang Melayu) tetap akan sokong UMNO sampai hari kiamat. Mungkin itu jugalah cara setengah blogger pro UMNO berfikir….memaki hamun mereka yang tidak menyokong UMNO dan mengharapkan orang ramai akan mengikut mereka.
Pengamal media perdana serta penulis-penulis dalam alam cyber nampaknya terus-terusan mewujudkan keadaan yang berlawanan di antara RAKYAT dan UMNO.
bila la si juhi chawla tu nak berenti
ReplyDeleteSaudara AA,
ReplyDeleteBenar dan tepat. Masalah sekarang ialah pertempuran di antara rakyat dengan UMNO!
Soapa yang akhirnya berjaya? Rakyat atau UMNO?
Tunggu PRU!!!!
Salam Pak Aspan,
ReplyDeletePada pendapat Pak Aspan,adakah BN akan terus memenangi PRU13 atau mengalami kekalahan yang teruk ???
Harap Pak Aspan tolong ungkaikan ....
Anon 8:49,
ReplyDeleteUntuk menjawab soalan saudara itu hanya rakyat yang mampu memberikan jawapan tepat kepada soalan sdr.
Tetapi akal kita menyebelahi pendapat yang BN akan menghadapi keadaan yang belum pernah di alaminya sebelum ini.
TKasih
AA and Sak,
ReplyDeleteWhat you are going to do is very heartening and exceedingly appropriate. Just go through the tribulations of this nasty Malaysian politics. WE offer you perpetual prayers and support for you both.
bydeen
Bro Aspan, Pursue what you think is right!.I believe thinking Malays like you and Datuk Sak realized that UMNO can no longer be changed from within, so leaving it is a sensible choice. God willing, we the silent majority urban Malays will support PR in the coming GE.
ReplyDeleteSpemoni
Asalkan Bukan UMNO! Syabas!
ReplyDeleteTahniah kerana berani berfikir diluar kerangka...
ReplyDeleteSaya hidup dilingkungi penyokong tegar umno.. Saya sangat bimbang jika bn akan menang lagi dlm pru13... Ini memandangkan penyokong tegar umno ni tak tau apa-apa, mereka hanya tengok tv3, tv2, tv1. Hanya baca utusan dan bh..dan kena ingat...perlu dingat...golongan ini masih ramai.. PR kena berusaha dlm skala MEGA dlm pru13...klu tidak... takut kita semua yg jd mimpi disiang hari.. Itu belum cerita tipu helah bn..
Semalam saya duduk berbual dengan AJK UMNO Bahagian Mersing. Saya tanya macamana kalau Isa Samad, Rahim Thamby Chik atau Ketua Pemuda Bahagian Mersing disenaraikan sebagai `winnable candidate' PRU13?
ReplyDeleteJawab mereka "memang jahanamlah UMNO. Kalau orang-orang ni jadi calun, kita kena kempen agar ahli-ahli semua `mandikan' UMNO cukup-cukup kali ni"
Akhirnya UMNO/BN akan disabotaj oleh lembu-lembu mereka sendiri.
Orang umno terutama dikampung2 tu hanya jasad dan fisikalnya UMNO tapi rohnya dah goyah atau dah condong. Kalau betul cakapnya cukup senang mendapat undinya kerana mereka itu faktanya adalah dari akhbar kerajaan dan tv yang diulangkan berkali2 hinggakan mereka hafal hingga tak nampak yang betul.Yang dapat habuan berapa ekor pun dan yang dah mula menyepikan diri untuk selamat kerana ombak mahukan UMNO tumbang terlalu kuat.
DeleteSebenarnya orang2 Melayu sudah lama tertekan, sengsara, benci, tertindas, diperbodohkan, ditipu, mual, muak, menyampah, muntah & meluat dengan parti UMNO. Kami telah lama memendam rasa dan berpeluang untuk meluahkannya hanya pada setiap kali PRU.
ReplyDeleteKami semua ingin lari dari kelompok Melayu UMNO dan amat dahagakan pembaharuan baru dalam era dunia serba modern ini. UMNO gagal dalam memperjuangkan cita2 bangsa Melayu & bangsa malaysia amnya setelah 54 tahun menjajah. (Melayu masih miskin paras 18% berbanding dgn bangsa2 lain).
Adalah diharapkan pemimpin2 seperti tuan & SAK akan membuka mukadimah baru bagi banyak lagi orang2 Melayu diluar sana untuk bersama2 berjuang memajukan tanah air yg tercinta ini.
Sekurang2nya DAP telah membuktikan pemerintahannya di P. Pinang didalam memperjuangkan hak untuk semua bangsa termasuk Melayu, Cina & India. Inilah yang diharapkan untuk semua bangsa untuk membangunkan Malaysia untuk pergi jauh kehadapan.
Lagi satu nak habaq... sekurang2nya Wanita2 DAP tak selak kain macam Wanita/Puteri UMNO.
Hik3..
tuan aspan,
ReplyDeletetahniah diucapkan kerana menyertai DAP dengan Dato Sak saperti yang di laporkan dalam malaysia today 2.1.2012
Saudara AA and Sakmongkol
ReplyDeleteBoth of you are embarking on a road less traveled. But at the end of the day, the truth shall prevail, and all falsehood and hypocrisy will be eradicated.
Shalom.
Syabas serta tahniah saya ucapakan kpd Tuan Haji kerana telah mengambil pendirian yg betul dan tidak hipokrit dlm perjuangan hidup Tuan. Bagi mereka yg masih taksub dgn UMNO, saya menyeru supaya membuka minda dari yg jumud kpd yg releven dan fikir fikirkanlah dgn pelita hati serta buatlah satu keputusan yg jitu demi kebaikan semua. Thanks.
ReplyDeletesaya sokong apa shj keputusan tentang wadah perjuangan politik tuan
ReplyDeleteAA,
ReplyDeleteSaya betul-betul terkejut tetapi menggembirakan saya kerana tindakan berani tuan. Saya doakan tuan melalui onak-onak perjuangan Melayu ini sentiasa dalam keadaan tenang dan akhirnya berjaya.
AA
ReplyDeleteUMNO ini seolah-olah memusuhi melayu. UMNO ikat dan tambat melayu untuk kepentingan kepimpinannya sahaja. Baik betul lain cerita.
Betul, minda melayu sudah diperkosa oleh UMNO. Kesian juga saya melihat melayu yg masih menjunjung umno palsu ini.
ReplyDeleteTuan,
ReplyDeletewalaupun sasaran utama DAP ialah rasuah dan salahguna kuasa, ramai yang tidak tahu kerana media dikawal oleh BN. Rasuah dan salahguna kuasa ini selalunya dikaitkan dengan NEP dan dengan itu senang untuk Umno untuk mengatakan DAP rasis.
Tetapi Tuan mest jaga ada dikalangan DAP yang betul betul cina rasis. Mereka ini Cina tulen yang lebih Cina dari orang negeri Cina dan anti segala yang bukan Cina. Antara mereka adalah :
Prof. P. Ramasamy (Batu Kawan)
M. KulaSegaran (Ipoh Barat)
M. Manogaran (Teluk Intan) ;
Charles Santiago(Klang)
Gobind Singh Deo (Puchong)
John Fernandez (Seremban)
Tunku Abdul Aziz (Dewan Negara)
S. Ramakrishnan (Dewan Negara)
S. Veerapan(Repah)
K. Arumugam(Rahang)
P. Gunasekaren (Senawang)
Jagdeep Singh(Datok Keramat)
A. Tanasekharan (Bagan Dalam)
R. Sanisvara Nethaji Rayer (Seri Delima)
A. Sivanesan (Sungkai)
V. Sivakumar (Tronoh)
A. Sivasubramaniam (Buntong)
M. Manoharan(Kota Alam Shah)
Please be careful and the hopes of many Malaysians are with you.
Penyokong ABU
Dear Sir,
ReplyDeleteI believe people of your caliber will serve the rakyat honestly and honorably. Let people say what they want, We are with you all the way.
Pak Aspan,
ReplyDeleteTerima kasih diatas jawapan Pak Aspan.Rakyat la yang akan menentukan sapa menang dan sapa kalah.All the best to you.....
Tuan Aspan,
ReplyDeleteApabila membuat keputusan untuk berjuang dalam satu wadah yang berasaskan politik, tuan perlu berkorban untuk sedia bertolak ansur dalam setiap pergerakan malahan pertuturan. Berjuang dalam berkumpulan ini memerlukan kita sentiasa mematuhi keputusan parti walaupun kadangkala ianya bercanggah dengan pemikiran kita. Setiap perselisihan dan perbezaan pendapat mestilah disalurkan melalui saluran dalaman parti yg mana akhirnya kita kena akur dengan apa jua keputuusan kepimpinan. Sanggupkah tuan akur?
Pas Aspan,
ReplyDeleteSaya harap anda dapat berpeluang untuk pergi ke atas jalan dan bertanya sesiapa :-
1. Adakah mereka tak puas hati dengan pimpinan sekarang sebab pimpinan sekarang orang Melayu ataupun Cina walaupun kerajaan semasa bersih?
2. Adakah keadaan mereka akan lebih baik jika pimpinan di bawah kaum mereka sendiri walaupun tak bersih?
Kalau jawapan 1. Tak Puas dan jawapan 2. Lebih Baik,
maka harap anda dapat mencuci fikiran zaman purba yang telah dimantapkan oleh BN.
Pendapat saya, sebagai seorang rakyat Malaysia, tak kiralah siapa atau apa kaum yang memimpin asalkan dia mejaga rakyat, tak 'corrupt' dan seterusnya.
Adakah anda nak sokong kaum sendiri walaupun dia 'corrupt'? Patut bela lembu tapi beli condo? Siapa yang makan daging terbanyak di negara ni? Melayu? Ada jaga orang Melayu macam ni?
Ahli politik Cina dalam skandal porn, tengoklah mana ada orang Cina nak sokong? Kalau ada pun dari satu, dua saja dari ratus ribu.
Semoga anda berjaya dengan pengembaran anda :)
Sekian,
Mat Sepet
Don't be defensive on why you are joining DAP. That's your right.
ReplyDeleteSavor the moment. Now you have instant fame. People who don't know you suddenly are visiting your blog and applauding you.
So say thanks to the pro-UMNO bloggers and those who wrote about you.
Focus on how should carry out your duties when elected MPs. Dont be like those whom you condemned.
And continue allowing anti-PKR commentators in your blog.
Don't be like other PKR bloggers like Din Merican, Haris, Zorro who allow only Anwar/LGE lickers to be in their blog.
Be like UMNO bloggers who although being called vulgar names still published them. Then you can reply likewise.
I noticed self-censorship is favored by Pakatan bloggers. And to think that they criticise mainstream media for censoring PKR news. Cakap tak serupa bikin.
Saya tabik Tuan.
ReplyDeleteOnly ABU can ensure that the nation will
ReplyDeletenot be another Greece.
Aspan,
ReplyDeleteTiada ku sangka kau begitu berani walaupun aku tau kau seorang yang lantang. Tindakan kau masuk DAP membuatkan orang seperti aku pun sudah mula berani bersama DAP. Sebenarnya memang DAP itu telus. Tahniahlah saudara. Saya menghormati saudara. Diharap ramai lagi yang berani seperti saudara
Salam Tuan Aspan,
ReplyDeleteKredibiliti dan corak fikir orang seperti Tuan Aspan dan Datuk Sak tak mungkin diterima oleh mereka (UMNO) yang korup minda. Maju terus tuan, demi tanah air tercinta, hancurkan golongan yang memporak-perandakan negara!
"ASAL BUKAN UMNO"
Pengundi Muda.
Sir,
ReplyDeleteI support your decision.
Walaupun PR letak calon seekor lembu vs BN,tetap akan undi lembu.Sekurang-kurangnya lembu boleh buat kerja, tiada DNA rasuah dan mencuri wang rakyat.
ReplyDeleteTeruskan niat murni kamu ke DAP.
Pak,
ReplyDeleteAll the best in your endeavor and hope yours and Dato Sak actions and deeds will be the catalyst for change in the Malay people as a whole. We have had the Sodomy I episode as the first catalyst that started the change in perspective in the Malay and Malaysian as a whole. Later we had the internet becoming the major catalyst of change in Malaysia and along with it the realization that it's the rakyat who own Malaysia and NOT UMNO, NOT Najib, NOT Rosmah, NOT TDM and especially NOT lackeys and paid sycophantic bloggers.
NOW it seems that we need yet another catalyst, a catalyst that will start a new chain of reaction in the mind of Malays and Malaysian. A catalyst that will breakdown the bond of race and racist politics brought about by UMNO and BN arrogance and greed, changing it to a new form of politics and understanding and of course freedom of association and justice infused with equality of all under the law and constitution.
And I believe that you and Dato Sak and many other prominent Malays personalities will be that catalyst of change, a catalyst that the Malays and Malaysian need and need it urgently. So please move forward, Pak AA and never look back! You carry with you the hope and will of change in all of us. Let the catalyst break the mold for the Malays and form a new Malaysia. Let's leave 1Malaysia(infected with 40K UMNO thieves) behind and create a NEW MALAYSIA where the oppressed and the weak are protected and the pirate and thieves are brought to justice! I'm with you and BE IT DAP OR PAS and the opposition, as long as it's ANYTHING BUT UMNO, my vote is yours!
Nick.
Will Always support u as u support the people with honesty..
ReplyDeleteTqvm
Jolobu
A.B.U.....Tabik dan terima kasih
ReplyDeleteAssalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
ReplyDeleteTerima kasih di atas artikel terbaru ini. Sememangnya jelas, BN ini, khasnya UMNO, memang sukar sekali ditegur kerana mereka sentiasa menganggap merekalah yang benar segala-galanya. Justeru, tidak hairan jika budaya sebegini menjadi semakin kronik saban tahun. Bayangkan, jika benar Islam agama rasmi, mengapa pengamalannya hanya dalam aspek tertentu, bukan secara syumul (menyeluruh)? Lantas, terjadilah pelbagai kemungkaran sepertimana yang kita saksikan, khasnya sepanjang senarai yang saudara kongsikan. Sebab itu juga, mereka kini terasa bahang kebangkitan rakyat yang semakin celik-info, justeru, memainkan isu-isu "racist" dan keagamaan, malah bertindak di luar batas budaya Melayu sendiri, walhal merekalah yang sibuk bercakap tentang adab dan tatasusila. Terbaru, tragedi kekasaran polis terhadap para mahasiswa yang berhimpun secara aman di UPSI: apa maknanya ni? Dahlah insiden berdarah sebegitu berlaku semasa kita menyambut tahun baru yang sekaligus menandakan peningkatan usia? Bagaimanakah pula tindakan para samseng mereka yang menghadiahkan kek najis kepada pimpinan negeri P. Pinang itu? Bukankah ini sekaligus merobek maruah dan imej Islam pada kacamata non-Muslim?
Oleh iu, seperti yang saya nyatakan sebelum ini, tak usah layanlah puak-puak sebegitu dajjal dan istiqamahlah dalam perjuangan. Bersamalah kita tumbangkan kezaliman mereka walau hanya bersenjatakan sehelai borang dan tinta dakwat sebagai sebahagian daripada penghinaan yang patut mereka terima akibat mewarisi sifat angkuh dan rakus Fir'aun dan Namrud. Juga, kiranya mereka berterusan begitu, yaqinlah, para pemimpin dan pengampu sebegini akan saling berhujjah mendakwa-dakwi agar diringankan daripada azab neraka; ketika itu, bukan hanya nasi dah jadi bubur, malah akan dijawab kepada mereka: "Mintalah! Sesungguhnya doa orang-orang kafir itu sia-sia aja!"
Menutup bicara, sekalung penghargaan di atas perkongsian ruangan ini; janganlupa untuk menapis kekurangan dan keterlanjuran ulasan ini. Terima kasih dan bersamalah kita teruskan perjuangan ...
AA,
ReplyDeleteada setengah bloggers yang mengkritik anda dengan isu peribadi dan tidak ada kena mengena dengan politik.
Tetapi anda bersabar, kerana kali ini kejayaan berpihak kepada yang bersabar.
kepada Ariff isu yang di sebut ialah isu perceraian anda dan anda akan bernikah tidak lama lagi.
Apa isunya di sini? Bercerai dan menikah adalah isu biasa. Bukankah Najib sendiri menceraikan Isterinya dan mengambil isteri orang. Kenapa tidak di jadikan isu?
Terima Kasih anda berdua. Saya terus doakan anda selalu.
pencerahan yg tepat dan jitu....syabass
ReplyDeleteAsalamu'alaikum
ReplyDeleteJika kita tidak mahu melihat Bangsa Melayu di anggap oleh Warga Dunia. sebagai suatu bangsa yang hina,korup dan berkurap , marilah kita lakukanlah anjakan paradigma .
Tinggalkanlah kebatilan dan tingkatkan penghayatan Islam dalam kehidupan harian.
Wassalam
Ibnu Sulaiman
Salam, saya rasa sebagai orang Melayu, tidak kiralah Pak Aspan ini bekas ahli Umno ker tidak...Pak Aspan ini sebenarnya sudah sesat. Tidak tahulah apa yang dikejar oleh Pak Aspan dari Umno tapi tak dapat, hingga sanggup berpaling tadah dan bertindak belot kepada bangsa sendiri.
ReplyDelete