“Masa depan politik Shahrizat bergantung kepada Perdana Menteri” kata PM Najib. Sesungguhnya itulah hakikatnya jika dipandang dari sudut jawatannya sebagai ahli jemaah kabinet negara. Sememangnya jawatan menteri itu adalah ‘prerogative’ Perdana Menteri seratus peratus. PM boleh melantik sesiapa sahaja dalam jamaah menteri, waimma melantik orang yang tidak berguna kepada negara dan rakyat.
Begitu juga dengan pemilihan sesiapa yang hendak dilantik sebagai senator yang dicadangkan oleh Kerajaan Persekutuan. Itu juga adalah ‘prerogative’ Perdana Menteri. Oleh kerana ‘prerogative’ Perdana Menteri itulah maka kita lihat ramai menteri-menteri kabinet Najib itu ramai dikalangan mereka yang menjadi persoalan dan isu besar dalam politik negara pada hari ini.
Itulah sebabnya kita melihat ramai menteri-menteri yang masuk ke dalam jemaah menteri itu mengikut ‘pintu belakang’ kerana mereka telah ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya yang lalu. Selalunya mereka ditolak oleh rakyat kerana bersebab. Tentulah penolakkan itu disebabkan kerana mereka tidak melepasi tahap kelayakan yang asas tetapi oleh kerana Perdana Menteri tidak menghormati pandangan rakyat, mereka ini dibawa juga ke dalam kabinet oleh Najib dan tentunya Najib mempunyai sebab yang tersendiri membawa yang ‘reject’ ini ke dalam jemaah menteri beliau.
Shahrizat telah ditolak oleh pengundi Lembah Pantai dalam pilihanraya dahulu. Begitu juga Koh Tsu Koon. Tetapi mereka masih dibawa ke dalam kabinet oleh Najib dan memegang jawatan yang tinggi-tinggi. Idris Jala tidak pernah pun menjadi ahli kepada mana-mana parti dan tidak pun tahu rupa borang pencalonan pilihanraya. Raja Nong Cik pun begitu dan beliau kini menjadi Menteri bertanggungjawab terhadap Wilayah Persekutuan. Ramai lagi ahli-ahli parlimen yang dipilih rakyat tetapi mereka hanya diarah untuk menjadi pak turut sahaja.
Shahrizat yang telah didesak oleh rakan dalam partinya sendiri untuk berundur berkata yang beliau tidak akan meletakkan jawatan, Beliau berkata beliau mempunyai 1.3 juta ahli wanita UMNO dibelakangnya. Saya tidak tahu kenapa dibabitkan ahli-ahli wanita UMNO bila berhadapan dengan skandal wang yang sangat besar oleh keluarganya. Tetapi ramai juga ahli-ahli wanita UMNO yang tidak bersetuju Shahrizat kekal dalam jawatannya kerana ia sudah pasti menjejaskan nama baik UMNO khususnya wanita.
Tetapi oleh kerana itu adalah ‘prerogative’ Perdana Menteri maka Shahrizat kekal sehingga saat ini sebagai seorang menteri. Najib boleh memilih untuk mengekalkan Shahrizat atau meletakkan beliau ditepian politik perdana negara kita. Najib mempunyai hak untuk mengikut kehendak ramai atau menolak kehendak ramai dikalangan ahli-ahli dan pemimpin UMNO sendiri.
Didalam UMNO apabila seseorang itu sudah mendapat pangkat yang tinggi seperti menteri, kesalahan sebesar mana pun amat susah untuk dibuktikan kerana ‘prerogative’ Perdana Menteri tadi. Tetapi mata-mata yang menerima sogokan sebanyak RM200 sangat cepat dan mudah untuk diambil tindakan.
Kalau ditanya beberapa orang menteri yang ada sekarang ini semuanya mahukan supaya Nor Mohammed Yakcop dibersarakan kerana imej beliau yang tidak setaraf dengan jawatan yang beliau pegang. Setiausaha politik beliau ditangkap dengan jumlah wang yang besar dalam rumahnya di Pulau Pinang, tetapi Nor Mohammed Yakcop masih segar bugar dalam kabinet Najib kerana itu adalah ‘prerogative’ Perdana Menteri.
Justru itu kita telah melihat bukti kukuh yang ‘prerogative’ yang ada pada Perdana Menteri itu hanya diperguna untuk mengekalkan orang yang tidak lagi layak untuk diletakkan dimana-mana. Oleh kerana terlalu ramai pemimpin ‘reject’ dalam pentadbiran kita, maka keseluruhan parti itu juga sudah menjadi parti ‘reject’.
Oleh kerana parti itu sudah menjadi parti ‘reject’ maka pimpinan menggunakan wang ringgit untuk membeli perasaan rakyat dalam kita menghampiri pilihanraya kali ini. Maka beraturlah rakyat lima enam jam untuk mendapatkan jumlah wang sebanyak RM500 kerana kesuntukan dalam kehidupan dan di antaranya yang teramai beratur itu adalah kaum parti pemerintah itu sendiri iaitu Melayu.
Sebegitu lama kita merdeka rakyat masih dibeli dengan wang secebis itu untuk meneruskan kuasa yang mereka sedang pegang dengan penuh keenakan itu. Dalam pada itu beretoriklah pimpinan kita kononnya akan membawa negara kepada negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2015.
Saya tidak nampak bagaimana ia akan dicapai bila rakyat masih diarak untuk beratur untuk mendapatkan RM500 itu. Ini kah dia salah satu cara untuk meningkatkan pendapatan rakyat sehingga USD15,000 setahun seperti yang dijanjikan oleh pentadbiran Najib kepada rakyat?
Dari RM500 jika nak sampaikan kepada pendapatan tahunan sebanyak US15,000 setahun itu, amat jauh untuk dicapai. Tidak tahu lah samada tahun 2015 itu merupakan ‘target’ yang tepat untuk mencapainya. Tetapi kalau ‘target’ itu pada tahun 3015 mungkin matlamat itu akan tercapai.
Tetapi bagi segelintir yang dalam kuasa serta kroni-kroninya, usahkan US15,000 setahun, malahan USD berbillion-billion pun boleh dicapai. Maklum sajalah mereka akan terus bermaharajalela dalam kuasa kerana Perdana Menteri menggunakan ‘prerogative’ beliau untuk mengekalkan mereka yang tidak semenggah ini dalam barisan pimpinan yang tamak haloba tanpa batas itu.
Selagi PM menggunakan ‘prerogative’ beliau untuk mengekalkan pimpinan yang tidak semenggah ini dari menggunakan ‘prerogative’ beliau untuk mengeluarkan mereka dari barisan kabinet negara, selagi itulah kita tidak dapat memperbaiki keadaan yang kita semua hadapi.
Maka kali ini kita mengharapkan rakyat pula untuk menggunakan ‘prerogative’ mereka untuk melakukan pertukaran yang amat diperlukan oleh rakyat kini.
Tuan Aspan
ReplyDeleteThat's a clear signal that Shahrizat will go soon. Najib is trying to tell her that he decides on Shahrizat's fate and that she should quit.
We can also take the cue from Nazri's long explanation on NFC yesterday which also mentioned her.
Najib is reminding Shahrizat who has been going around as though she has the right to stay on.
And the worse thing is she's dragging down Wanita UMNO with her which many in that womens' wing disagree in silence.
At the recent Exco meeting, her deputy Datuk Kamilia and exco member Seripah Noli did not attend as protest.
I too do not agree with the appointments of back-door ministers via senatorship.
But I do understand in the case of Nong Chik and Jala. He's introducing them to the people since they will be contesting the parliamentary seat in the coming GE. Nong Chik in Lembah Pantai and Jala, a Kelabit in his hometown (forgot the constituency name right now).
Palanivel as a trade-off with Samy Vellu and Tsu Koon by virtue of him being Gerakan president.
I don't understand why he's keeping Mat Yaakob. Guess it's the Penang UMNO factor.
But as I said before, not to worry, Najib has his way of solving things.
Asyik2 cakap pasal UMNO. Boring sungguh! Tuan kan sudah jadi ahli DAP. Saya sudah lama menunggu bila agaknya tuan akan bercakap tentang DAP dan perjuangannya untuk memaju dan memakmurkan orang2 Melayu. Menjadikan Melayu bertaraf dunia dibawah pimpinan DAP.
ReplyDeleteprerogative discretion dan budibicara digunakan berlebihan olih pemimpin dan pehak berkuasa tanpa ada sebarang panduan yang rakyat terima dengan dendam.Kalau mereka bolih buat bagitu kita perlu jawab yang kita tak ada pilihan melainkan ABU kerana ubat yang mujarab hanya ABU .panadol,tranqualiser,pain killer ,morpine tak sembuh tetapi ABU jamin mujarab.
ReplyDeleteprerogative discretion dan budibicara digunakan berlebihan olih pemimpin dan pehak berkuasa tanpa ada sebarang panduan yang rakyat terima dengan dendam.Kalau mereka bolih buat bagitu kita perlu jawab yang kita tak ada pilihan melainkan ABU kerana ubat yang mujarab hanya ABU .panadol,tranqualiser,pain killer ,morpine tak sembuh tetapi ABU jamin mujarab.
ReplyDeleteNajib nak pecat Shahrizat tapi Perdana Menteri tak mengizinkan....
ReplyDeleteSdr Aspan,
ReplyDeleteMenyalahkan Shahrizat dan menghumban segala beban kepada beliau kerana kes penyelewengan peruntukan wang NFC tidaklah tepat. Pucuk pimpinan UMNO BN serta menteri2 yang terbabit dalam peruntukan wang berkenaan haruslah juga dipersalahkan.
Kerana itu tidaklah menghairankan kenapa Najib dan pimpinan tertinggi parti UMNO berdolak dalih dn keberatan untuk singkirkan Shahrizat kerana "saham subahat" mereka dalam kes berkenaan tetap ada. Jika Shahrizat didapati bersalah, mereka bimbang cerita lain akan timbul yang akan menyebabkan segala tembelang mereka terbongkar.
Lihat saja kes Tajuddin Ramli & Dana Harta, siapakah yang merelakan diri menjadi perantara agar kes berkenaan diselesaikan di luar mahkamah ?. Lihat juga dalam kes Shahrizat ini, siapa pula yang membuka laluan agar Shahrizat & keluarganya membayar kembali RM250 juta itu dan jawatan beliau akan dikekalkan ?.
Ini sebenarnya mainan pimpinan UMNO BN untuk menutup sopak, kurap dan panau dalam parti berkenaan dari terdedah meluas. Tunggulah..akan lebih banyak lagi penyelewengan pimpinan UMNO BN akan terdedah satu persatu khususnya di Selangor.
Bila pemimpin lebih mementingkan rakan rapat bagi memegang sesuatu jawatan/tanggungjawab dan tidak bersandarkan kepada realiti dan kehendak majoriti..inilah padahnya.
Dalam kes NFC ini, jika Shahrizat dijatuhkan hukuman sedangkan yang lain bebas dan terus memegang jawatan..pada saya ini amatlah tidak kena. Kuasa penuh meluluskan RM250 juta berkenaan bukannya ditangan Shahrizat malah beliau tidak pun berada dalam potfolio berkenaan.
Pak Lah, Najib, Mahyuddin, Noh Omar dan beberapa nama lain yang terbabit sehingga peruntukkan berkenaan diluluskan perlulah juga dipersalahkan. Sebarang tindakan keras kepada Shahrizat sebenarnya berkemungkinan besar akan membahayakan pemimpin2 yang dinyatakan tadi. Ini adalah antara sebab kenapa penyelesaian belum ditemui sehingga sekarang kerana UMNO BN cuba untuk melakukan "magic" bagi menyelamatakan pemimpin mau pun parti itu sendiri.
Bukankan Shahrizat dah berkata " beritahu saya pimpinan UMNO BN mana yang tidak bermasalah". Anda tafsirlah ungkapan Sharizat itu dan kenapa ucapan sedemikian terkeluar dari mulut beliau.
Kalau anda sebagai rakyat masih2 tak faham2 lagi dan masih memuja UMNO BN...eloklah anda rebus kepala anda dalam air mendidih agar otak lebih cair dan dapat berfungsi dengan lebih sempurna.
Salam Pak Aspan,
ReplyDeleteMemang benar apa yang dituliskan...sudah sampai masanya kita kena tukar kerajaan...
Dikatakan pendapatan perkapita rakyat Malaysia sekarang adalah RM28,000 setahun atau puratanya RM2,700 sebulan. berapa peratuskah jumlah penduduk yang mempunyai pendapatan bulanan sedemikian? Sudah tentu saya tidak termasuk dalam golongan tersebut.
ReplyDeleteWhether PM sacks Shari or not the damaged has been done.The longer she stays the better for PR to keep alive the issues.UMNO cannot sack her because she had enough of others UMNO's big guns dirt inside her pocket to last her a lifetime.
ReplyDeleteThe easiest way to find out the truth is to topple BN in the coming GE.
Apabila PM mempunyai prerogative memileh siapa dia suka,tentulah yg dipileh itu semuanya yes man/woman,kaki bodek,kaki jilat, kaki cium kaki,cium tangan dan batu2 api yg akhirnya akan menghancurkan PM sendiri.Tunggulah harinya.
ReplyDeletePak,
ReplyDeleteAnd as usual, Najib made a firm decision on the wrong thing and for the wrong reason. Najib has in fact issued a challenge to the Malaysian people to act! Najib stood up to the people of Malaysia and right to our faces, he declared that he doesn't care about the opinion and the feeling of Malaysian and he,as the PM has all the power and authority to do what ever he wishes (that includes flying off to Australia, shopping during the Merdeka celebration)!
In the time and place where he should be humble and obedient to the people (that's GE, to you and me), Najib lost his mind and became pompous and arrogant. Does Najib really think that his position as PM is not at the behest and approval of the people, at all? Does he think that as PM, the rakyat cannot vote him out? Does he think the seat of PM and the right to govern Malaysia is his to take to the grave. He would be much mistaken with that notion and his defense of Shahrizat is totally unacceptable. Just like so many UMNO leaders, Najib has shown us the biggest flaws inherent in all of them, which is unable to accept blame for their weakness and fault and of course shoulder the responsibility (by resigning and disband his government like those frequently done by western democracies).
In view of the challenge and its arrogance manner, how should we Malaysian, respond? How else can we respond to bully and a moronic one at that? By showing him that we are not intimidated and remind him to never ever again take our vote and our power to elect government official for granted. Since bullies only respond to strength and power, we Malaysian should be prepared to be tough and strong on these weak minded but arrogant pompous bullies. Let's give him a tight slap and a good lesson in humility and decency. Let's all of us vote them out of office and kick them from the government (and the luxurious lifestyle at our expense). Let's show them what ABU can do and let them never forget the power of the people since it's our prerogative to vote whomever we want and kick out whomever we dislike. It's our prerogative that's matter, NOT his. He is just a politician who is nothing without a vote and who is even less a human being without an official government post (just like his wife).
Nick.
Bukan Pak Jib's prerogative, its de facto PM Kak Mah. Kak Ijat is a friend to Kak Mah while in TKC and UM.
ReplyDeleteBagaimana tidur hendakkan lena?
ReplyDeleteBadan tak mandi busuk ketiak
Kenapa Malaysia ada bencana?
Lembunya jujur tuannya tidak
Geli hati memakan betik
Betik dijolok dengan joran
Kalah undipun menteri dilantik
Salah dan betul bukan ukuran
QD,
ReplyDeleteNajib is trying to tell her to quit?? I thought it is his perogative, right ? Kenapa segan pulak? Or he has to seek the real PM's permission ?
Your good friend Kampong man says Sharizat is very popular in Lembah Pantai, contrary to your opinion, so much so until she has to go into parliment by the back door.
Ketua Pemuda KJ is not in cabinet,Timbalan pulak didalam. First time in UMNO history. ANother perogative of the PM ?
Salam Pak Aspan,
ReplyDeletePM yang kurang cerdik, lebih suka yang kurang cerdik sikit drpdnya menjadi menteri. Jika yang jenis suka joli, yg sekaki dengannya akan menuruti. Yang suka berpoya2 yang sejoli akan diminati. Yang suka p*** yan sundal akan dicari.Yang suka mencuri yang balaci akan mengerti. Ingatlah orang melayu, jangan memilih pemimpin secara pusakai kerana yang telah hidup senang akan menjoli...
Nobody would dare to ask Shah~lizard to quit. She was recently quoted as saying "Why must I quit from my post? There are many more out there who were swindeling billions Ringgit are still at large...!"
ReplyDeleteHahahaha.... tergelak mcm nak terberak dengar. Hanya penyamun yg kenal akan muka penyamun.
Salam Pak cik Aspan..
ReplyDeleteSaya baru baca paper Malaysiakini.berkenaan umno tak tangisi pemergian dato ariff dan pak cik aspan.sy nmpk dorang mcm sebak je.sbb bekas dun pahang dan ahli UMNO Negeri Smbilan kluar Join parti Pakatan Rakyat..
Pape pn sy tetap follow uncle k..
Ini Linknya
http://www.malaysiakini.com/news/189419
Saudara AA,
ReplyDeletePM memang ada 'prerogative' untuk melantik sesiapa sahaja untuk menjadi menteri. Tetapi beliau harus sedar bahawa bukan sebarang manusia mempunyai 'integrity', terutamanya kaum reject rakyat.
Jadi, apa gunanya 'prerogative' tanpa 'integrity'?
Tuan Aspan,
ReplyDeleteKekuatan kerajaan BN selama ini adalah kerana Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO sentiasa tahu hak 'prerogative' dan tiada segan silu menggunakan nya atau tidak menggunakanya bergantung budibicaranya atas kepentingan politik semata baru lah kepentingan negara. Hak ini diberikan oleh majoriti rakyat yang secara langsung membawa makna yang majoriti rakyat memang mahu seorang Perdana Menteri yang ada kuasa 'prerogative'. Najib belajar dari kesilapan Pak Lah.
Bukan salah Najib dan BN kerana mereka tidak pernah menipu malahan mereka secara konsisten mengamalkan stail pemerintahan mereka. Stail pemerintahan korupsi, kronisme dan pelbagai lagi yg tidak tertulis banyaknya ini bukan dilakukan secara sembunyi malahan terang terangan. Dari tol plus yang semakin ramai pengguna dan semakin lama tempoh nya semakin meningkat pula tol nya, komisyen2 kpd kroni seperti kes kapal selam dsb, rumah2 yg dikategorikan sebagai istana dan pelbagai lagi ini dilakukan secara konsisten dan terang2.
Najib & rakan2 serta pemimpin terdahulu melakukan ini dengan 'izin' majoriti. Apakah salah majoriti yang memilih mereka? Saya tidak termasuk dalam majoriti yang memilih mereka walaupun saya ahli UMNO. Majoriti juga tidak boleh dipersalahkan 100% kerana mereka tidak diberikan pilihan yang sewajarnya sebelum ini. Namun keadaan semakin berubah. Kepimpinan pembangkang sudah mula nampak diterima. Penyertaan golongan profesional ini menaikkan imej pembangkang.
Saya tetap berpendapat pilihanraya yang mendatang ini akan dimenangi oleh BN dengan majoriti mudah. Saya menjangkakan pakatan rakyat akan menang pada Pilihanraya ke 14 selepas tamatnya era anwar ibrahim. Pada saya anwar sudah menjadi liabiliti kepada pakatan rakyat. Jika mahu bertukar wadah maka PAS adalah pilihan saya kerana selama ini undi saya untuk parti ini.
Bukan susah sangat nak menjadi pemimpin. Pertama mesti ada sifat kejujuran. Jika tak mampu nak buat keputusan bersndirian, panggil semua yang berkaitan untuk bberbincang dan serahkan kepada ahli lembaga pucuk pimpinan.
ReplyDeleteSalam AA,
ReplyDeletePrerogative dalam bahasa melayu bererti suka hati aku.
Salah atau betul tak penting.
Surrogate